Jumaat, 31 Disember 2010

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


APA YANG TAK KENA PADA ZAHARUDDIN MUHAMMAD?

Posted: 30 Dec 2010 11:47 PM PST

satu:



dua:




dari Facebook Abe Tah, Veteran PAS dalam kepimpinan PAS kelantan


[1]

Handphoneku berbunyi. Dilihat pada screen, termaktub nama Azlan. Aku sambut panggilan itu. Setelah diberi salam dan aku membalas salamnya, aku diajak berjumpa. Aku bersedia dengan pelawaan itu.

Azlan adalah seorang pemuda PAS yang mempunyai kamera. Semasa Nasir Zakaria menyatakan persediaan untuk bertanding di DUN Paya Jaras, Azlan adalah seorang yang cukup istiqamah, sehingga ke mana sahaja Nasir berada, maka di situ dia ada untuk mengambil gambar.

Sedihnya, apabila Nasir Zakaria meninggalkan DUN Paya Jaras dengan seribu satu keraguan kerana beberapa faktor yang tidak perlu dinyatakan disini. Disamping, beberapa cerita berlaku sebelum perpindahan yang tidak dimaklumkan kepada pekerja parti, menyebabkan sebilangan pemuda merasa tidak puas hati, terutama Azlan. Lebih-lebih lagi, banyak keraguan yang timbul, tidak dijawab dengan jawapan yang memuaskan, sebaliknya hanya sekadar alasan untuk menyelamatkan diri.

Azlan mula dituduh sebagai SB oleh Nasir. Memang modus Operandi Nasir ini sama ketika berhadapan dengan orang yang tidak sealiran dengannya. Jika dahulu, dituduh seorang muslimat pusat sebagai "seperti pelacur", sambil menunjukkan sesuatu SMS yang dia berbalas-balas sesama mereka. Begitujuga, sebilangan pemuda-pemuda PAS yang tidak bercanggah fikrah dan tindakan dengannya, amat mudah dilebelkan orang itu sebagai SB.

Tuduhan sebagai SB yang dilakukan oleh Nasir itu, dipercayai oleh Zaharuddin Muhammad yang merupakan menantu presiden PAS. Ekoran itu, Zaharuddin Muhammad telah melakukan tindakan yang cukup luar jangka, iaitu dia telah memerangkap Azlan agar datang ke pejabat PAS kawasan, lalu dirampas handphone. Kemudian berlaku beberapa tindakan yang dilakukan oleh menantu presiden tersebut terhadap Azlan, seakan-akan siasatan polis yang dilakukan kepada seorang penjenayah.

Kejadian itu, amat menjadikan Azlan terkejut. Memandangkan azlan mempunyai penyakit lemah jantung sejak dilahirkan lagi, sudah pasti ia amat memberi kesan kepada kehidupannya. Dikala kami berjumpa di salah sebuah gerai makan di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh, kelihatan wajahnya pucat.

"kenapa muka anta pucat?" soalku.

Lalu Azlan menceritakan kejadian yang baru sahaja menimpa dirinya. Maka, fahamlah aku bahawa tindakan menantu presiden PAS itu adalah tindakan yang tidak patut, malahan boleh disifatkan sebagai "Melampau".

Sejak dari itu, aku tidak mahu berjumpa dengan Zaharuddin Mohammad lagi. Aku bimbang, banyak perkara yang tidak diingini akan berlaku, seperti berlaku tepuk meja ketika bersembang, bercakap dengan suara keras dan sebagainya. Semuanya adalah terkesan dengan tindakan Zaharuddin Mohammad yang dilakukan terhadap seorang pemuda PAS yang istiqamah dalam membantu memenangkan PAS dalam Kawasan Subang. Ia ditambahi lagi bahawa beliau seorang yang cukup mendokong fahaman "kawin campur PAS –UMNO" yang bising selepas itu, kemudian tenggelam tetapi dihidupkan balik dalam seminggu dua ini.

[2]

Seminggu sebelum aku dijadual berdebat bersama dengan Fathul Bari di Masjid bangsar, aku telah dijadualkan menyampaikan kuliah tafsir di Surau Al-Azhar, Sri Damansara. Aku telah mengajar tafsir di situ, lebih 6 tahun pada setiap hari selasa. Pada Kuliah tafsirku disitu, aku mulai dari Surah Al-Fatihah, sehingga kini baru sampai ayat ke 64 dari surah Al-Imran. Setiap kali aku hendak menyampaikan kuliah di surau tersebut, pasti aku akan merujuk sebanyak 4 buah kitab tafsir, iaitu kitab At-Tafsir Al-Kabir karangan Imam Fakruddin Ar-Razi, Tafsir Al-Quran Al-Azim karangan Imam Ibnu kathir, Maariful Quran karangan Mufti Syafee' [dalam bahasa Urdu] dan Tahrir wa Tanwir karangan Ibnu Asyur.

Namun, pada 7 Disember yang mengikut jadualnya aku berkuliah disitu. Aku agak pelik, kerana kehadiranku tanpa diberitahu adalah untuk berforum, walhal pada siangnya aku telah research tentang ayat 64 dari surah Al-Imran untuk menyampaikan kuliah tafsir seperti pada setiap minggu.

Aku hadir agak awal pada hari itu. Ekoran itu, aku ditolak agar mengimamkan solat pada hari tersebut. Setelah menunaikan solat sunat ba'diyyah, kebiasaannya, ada jemaah yang mengeluarkan meja. Tetapi pelik pada kali ini, meja tidak diangkat, tetapi yang dikeluarkan adalah sofa.

Aku mula sangsi. Hatiku berkata-kata, "apakah aku tersilap jadual? Apakah aku sepatutnya berdebat dengan Ulama UMNO di surau ini?"

Aku berpaling kebelakang, kelihatan dari jauh Zaharuddin Muhammad, menantu presiden PAS yang aku tidak berjumpa hampir 2 tahun. Hati kecilku mula menutur, "tak habis-habis lagi. Dulu perangkap Azlan, hari ni nak perangkap aku pula"

Jika diikut kebiasaan pun, sebarang program forum yang dianjurkan, hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu. Dinyatakan tajuk forum, dan bersama dengan siapa akan berforum. Tetapi, kejadian ini amat memelikkan. Tanpa dimaklumkan tentang majlis forum, tajuk forum dan dengan siapa aku akan berforum, tiba-tiba berlaku majlis forum tersebut.

Aku akur sahaja. Aku merasakan ada pakatan dalam mengadakan program pada malam itu. Dari sudut hati kecilku menjangkakan, pasti akan ada perkara yang tidak diingini berlaku selepas ini, ekoran program forum pada malam itu.

Saudara Zainul Faqar yang tinggal dikawasan situ turut hadir dalam majlis forum tersebut. Ternyata, forum itu kelihatan seperti berlaku pertembungan antara aku dan Zaharuddin Muhammad, waima tidak ada unsur menghentam atau menyindir. Bagi mereka yang tahu tentang isu kerajaan perpaduan, pasti mereka akan faham disebalik kandungan forum pada malam itu. Perkara itu, dilakarkan oleh Zainul Faqar dalam blog beliau [Sila Klik]

[3]

Sepertimana yang dijangka, ternyata berlaku perkara yang tidak diingini selepas dari kejadian tersebut. Berlaku sedikit kekecohan dan ketidak-puas hati dari sebilangan jemaah di surau tersebut terhadap tindakan seorang jawatankuasa yang kelihatan "taassub" dengan Zaharuddin yang dilakukannya terhadap aku.

Sudah aku katakan, aku tidak mahu bertemu dengan Zaharuddin Mohammad, kerana mahu mengelak berlaku perkara yang tidak diingini. Tetapi, perangkap jahat yang sering dilakukan oleh Zaharuddin ini, sering mengundang keburukan, menyebabkan berlaku perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

lima orang menghubungiku bertanya tentang perkara itu. Agak sukar untuk aku menjawab secara terang, kerana mahu menjaga nama baik Zaharuddin Muhammad. Namun, setelah banyak kali berfikir, aku ingin nyatakan disini bahawa, aku bersedia sepentas sekali lagi dengan zaharuddin demi menyelesaikan sebarang kekeruhan yang berlaku. Tetapi pada kali ini, aku tidak mahu sepentas atas nama forum, tetapi aku mahu berdebat dengan beliau atas tajuk-tajuk yang lima orang jemaah yang menghubungi bertanya kepadaku. Iaitu, berkenaan "gabung PAS-UMNO", atau "apakah pimpinan PAS ini tidak boleh ditegur dan dikritik".

Aku menghormati dan memandang tinggi keilmuan yang ada pada diri Zaharuddin. Jika mahu dibuat perbandingan, ilmu yang ada pada zaharuddin terlalu jauh dan tinggi jika mahu dibandingkan dengan ilmu yang aku ada. Memandangkan atas keilmuan itu, Aku rasa, Zaharuddin perlu mengambil sikap yang lebih bermaruah dan tidak perlu mengambil sikap "playself", seperti yang dilakukan sebelum ini. Dia tidak perlu melakukan komen dalam blog dengan menggunakan "tanpanama" atau mempergunakan blog-blog hantu, sepertimana yang dilakukan oleh Saudara Suhaimi Embong. Malahan, jika Zaharuddin tidak bersedia pun, aku cadangkan Suhaimi embong datang berdebat atau berbincang denganku dalam isu yang dikemukakan, sepertimana yang dia sering berhujjah atas nama blog Batuapi @firestone.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg buloh
31 Januari 2010 * 3:38 petang

Tiada ulasan: