Jumaat, 31 Disember 2010

Addin

Addin


Cara Baru Buang Bayi

Posted: 31 Dec 2010 09:19 AM PST

SEREMBAN, 31 Dis – Qurratnaini Amni Jamaludin, 20, sedang menunggu rakannya di Stesen KL Sentral bila tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang.Beliau lantas menoleh dan terlihat seorang wanita Melayu dalam lingkungan 20-an mendukung bayi lelaki dipercayai baru berusia seminggu.

Wanita bertudung serta berseluar jean dan berbaju warna hijau lumut itu meminta beliau menjaga bayinya seketika kerana katanya dia hendak ke tandas. Qurratnaini menunggu seketika untuk wanita itu mengambil semula bayinya. "Kemudian, saya tunggu, dan tunggu ... hingga kira-kira dua jam!, namun wanita itu tidak juga muncul.

"Saya mula panik, curiga dan bimbang ... Saya hubungi ibu bapa saya di Rantau (Negeri Sembilan)."Mereka datang dengan kereta untuk mengambil saya dan membawa bayi itu ke Seremban," katanya di sini hari ini. Qurratnaini berkata, atas nasihat ibu bapanya, bayi seberat 3.5 kilogram dan berkulit sawo matang itu diserah kepada Hospital Tuanku Ja'afar di sini, sebelum mereka membuat laporan polis.

Sebelum itu, Qurratnaini, pelajar jurusan kejururawatan bersama seorang rakannya menaiki komuter dari stesen keretapi Seremban pada kira-kira pukul 9.15 pagi untuk ke KL Sentral.Mereka tiba di stesen itu di Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 10.00 pagi. – Bernama

Rajagopal Bantah Pemain Kempen Di Tenang, Johor

Posted: 30 Dec 2010 11:10 PM PST

Jakarta,30 Dis – Jurulatih Malaysia, Rajagopal membantah arahan pihak-pihak tertentu yang ingin mengadakan sambutan kejayaan Piala AFF Suzuki di Tenang, Johor. Beliau juga mengancam tidak akan teragak-agak untuk meletakkan jawatan seandainya anak-anak buahnya dipolitikkan.

"Saya membentuk mereka dengan air mata, air peluh dan air darah. Tolong jangan musnahkan apa yang telah dibentuk dengan politik sempit. Pemain ada hak kefahaman politik peribadi sendiri. Penyokong yang bangun jatuh bersama saya juga adalah dari semua lapisan idealogi politik. Tolong, jangan pecah-pecahkan kami. Jangan jadikan kami bahan kempen.

Kejayaan kami adalah kejayaan untuk semua lapisan masyarakat Malaysia. Kami bukan mewakili satu jenis golongan sahaja."Dilaporkan, ada usaha pihak tertentu yang ingin meraikan kejayaan skuad negara di Felda untuk Melayu jenis hutan.

Sumber

UMNO Kedah Makin Bergelora

Posted: 30 Dec 2010 08:16 PM PST

Tak Mampu Tenangkan Gelora Umno Kedah

PAS dan Pakatan Rakyat Kedah merakamkan ucapan terima kasih kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak kerana memilih Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah dan Datuk Mukhriz Mahathir sebagai gandingan 'terbaik' untuk meneraju Umno di negeri ini.Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang ditemui berkata, perlantikan kedua-dua tokoh itu dilihatnya tidak mampu mendatangkan ancaman besar kepada Pakatan Rakyat Kedah.

"Perlantikan kedua-dua tokoh itu membuktikan bahawa Umno sudah ketandusan pemimpin yang berkarisma untuk diangkat sebagai calon Menteri Besar sekiranya mereka berjaya merampas kembali negeri ini dalam pilihan raya akan datang. "Ahmad Bashah bukan sahaja dikenali di kalangan ahli-ahli Umno sebagai pemimpin yang kurang berkemampuan, malah mereka juga tak yakin dengan kredibilitinya untuk bersaing dengan Datuk Seri Ustaz Azizan Razak sebagai Menteri Besar yang telah berjaya memimpin pentadbiran negeri dengan baik walaupun baru tiga tahun diberi kepercayaan berbuat demikian," katanya.

Mahfuz yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah turut mempunyai alasan untuk meragui keupayaan Mukhriz bergandingan dengan Ahmad Bashah memimpin Umno Kedah. "Saya melihat Mukhriz yang dilantik sebagai timbalan kepada Ahmad Bashah sebagai 'orang baru' yang diangkat naik bukan dengan keupayaan sendiri tetapi menumpang populariti orang lain, iaitu bapanya Tun Mahathir Mohamed. "Beliau juga merupakan pemimpin Umno di Kubang Pasu yang jarang sekali menghadiri mesyuarat bahagian kerana tidak sebulu dengan beberapa pemimpin di situ yang dikatakan bertanggungjawab dalam komplot menyingkirkan bapanya sebagai perwakilan ke perhimpunan Umno suatu ketika dulu," ujarnya.

Mahfuz turut berpandangan, perlantikan kedua-dua tokoh itu sukar untuk menenangkan gelora politik dalaman Umno Kedah apabila tumbang dalam piihan raya lalu, sebaliknya Pakatan Rakyat akan merintis jalan mudah untuk mempertahankan kemenangan yang sedia ada. "Saya dihubungi ramai orang-orang lama Umno Kedah, ada di antara mereka yang masih aktif berpolitik dan sebahagiannya telah bersara dan mereka turut berkongsi berpandangan sama dengan saya.

"Walau bagaimanapun, kita amat mengalu-alukan perubahan dalam pucuk kepimpinan Umno Kedah dan berharap kepimpinan baru ini akan memberi kerjasama sebaik mungkin kepada kerajaan negeri. "Saya juga harap mereka tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan amalan demokrasi di samping bersikap lebih terbuka menerima sebarang kritikan," katanya. Rombakan badan-badan perhubungan Umno, Isnin lalu telah melantik Ahmad Bashah untuk mempengerusikan Umno Kedah, manakala, Mukhriz dilantik sebagai timbalan berkuatkuasa 1 Januari nanti.

Sumber

Tiada ulasan: