Ahad, 21 November 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


RAYUAN KEPADA PIMPINAN PKR - JANGAN HAMPAKAN AHLI YANG SETIA KEPADA PARTI

Posted: 21 Nov 2010 10:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

WAKTU Pemilihan di dalam PKR telah pun berakhir semalam. Mungkin kita sudah pun tahu secara tidak rasmi siapakah pemenang bagi kesemua jawatan MPP terutamanya jawatan panas iaitu Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua AMK dan Ketua Wanita. Keputusan rasmi dikatakan akan diumumkan pada Kongres PKR tidak beberapa hari lagi.

Satu bala' telah selesai apabila Dato Zaid Ibrahim mengumumkan akan keluar dari PKR berkuatkuasa 16 Dis nanti, suatu tarikh yang terlalu lama bagi kita menanti untuk meraikannya. Apakah semuanya sudah selesai di dalam PKR? Sudah tentu jawapannya tidak, kerana PKR mesti membersihkan imej parti yang dilihat agak tercalar sepanjang tempuh pemilihan kali ini. Jika `kekotoran' yang dikatakan masih melekat di dalam PKR sekarang tidak dibersihkan nescaya ianya akan membawa penyakit ke dalam parti.

Isu utama yang perlu difokuskan oleh kepimpinan parti adalah isu berkaitan pemilihan yang julung kali diadakan secara `satu ahli, satu undi' ini didakwa berlakunya penipuan, penyelewengan dan ketirisan. Sekiranya terdapat kelemahan dari segi teknikal, mungkin kita boleh menerimanya memandangkan kaedah pemilihan ini julung kali diadakan dan parti tidak mempunyai pengalaman melaksanakan pemilihan seperti ini. Tetapi, sekiranya pemilihan kali ini dibuktikan berlakunya penyelewengan, penipuan, ketirisan atau salah guna kuasa oleh pihak yang bertanggungjawab, maka pimpinan wajib memikirkan apakah tindakan yang boleh dilakukan agar ahli-ahli masih yakin dan percaya kepada parti ini.

Saya yakin, majoriti ahli tidak mahu calon yang mereka sokong menang akibat penipuan melainkan mereka yang mempunyai kepentingan peribadi tertentu. Sebab itulah wajar bagi parti menyiasat seadil-adilnya ke atas semua dakwaan yang dikemukakan tanpa prejudis. Setakat ini majoriti ahli masih setia dengan parti, tetapi kesetiaan mereka kepada parti bukan bererti mereka menyokong segala penipuan atau salah laku.

Kita tidak mahu jaminan demi jaminan diberikan oleh Ketua Umum, Presiden mahu pun oleh Setiausaha Agung untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas semua dakwaan yang dikemukakan. Kita mahu parti melaksanakannya dan dihebahkan secara terbuka kepada semua ahli apakah tindakan dan hasil siasatan yang telah dijalankan. Saya yakin, sekiranya penjelasan yang diberi itu ikhlas dan bertanggungjawab, sudah pasti kita semua redha dengan apa jua keputusan parti.

Biarkan beberapa puak itu berhimpun di hadapan TV 3 dan diberi liputan meluas oleh media pencacai Umno kununnya memprotes pemilihan yang telah diadakan, PKR harus fokus kepada tanggungjawab iaitu amanah kepada semua ahli-ahli yang setia ini. Ahli-ahli yang setia tidak mengharapkan TV3 atau Utusan Malaysia untuk mengadu nasib mereka. Mereka masih yakin parti akan membela mereka dan bukannya media pencacai yang tidak pernah jujur terhadap parti ini. Apakah parti tergamak mengecewakan ahli-ahli yang setia ini?

Mudah-mudahan pimpinan diberi kekuatan untuk menghadapi cabaran seperti ini. Berikhtiarlah sebelum kita terlambat kerana bukan mudah untuk menyatukan ahli setelah mereka sendiri hilang keyakinan kepada parti. /wfauzdin.blogspot.com

JANGAN GELAR MEREKA `KELING', MEREKA CUMA MABUK TODI SAJA

Posted: 21 Nov 2010 08:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

RAMAI yang bengang bila ada puak yang tidak kena mengena dengan parti buat kecoh pasal pemilihan di dalam PKR. Peliknya, ramai di antara mereka berkulit `gelap' dan bercakap macam orang mabuk todi. Saya tidak bersetuju mereka yang berhimpun itu digelar `Keling' kerana kita bimbang mereka yang ikhlas dan setia kepada parti akan terasa hati. Baca di sini.

Mereka tahu, aksi mereka akan dirakamkan oleh TV3 dan pasti esoknya akan terpampang berita mereka `mabuk todi' itu di dalam akhbar pencacai pujaan Zaid Ibrahim. Itulah yang mereka mahu sebenarnya, bukan kerana parti pun sebab ketuanya pun sudah disepak keluar dari parti. Bukan mudah mahu keluar muka di dalam TV3, siap dapat diwawancara lagi. Mengapa TV3 tidak mewancara DS Anwar, Presiden PKR atau pun Saifuddin Nasation selaku Setiausaha Agung PKR? Setidak-tidaknya TV 3 boleh mewancara Pengerusi JPP sendiri untuk menjawab segala persoalan berkaitan pemilihan PKR?

Mengapa si mabuk todi itu yang ditemubual setiap hari? Ini membuktikan TV3 bersekongkol dengan si pemabuk todi itu untuk menghancurkan PKR. Inilah yang dimaksudkan oleh DS Anwar semasa berucap di dalam Rapat Perdana di MBSA Shah Alam malam kelmarin iaitu musuh atau pengkhianat parti yang tidak mempunyai adab. Mereka bukan tidak tahu agenda TV 3 atau Utusan, tetapi demi inginkan publisiti murahan mereka sanggup lakukan.

Nasib baik tidak ramai yang terikut dengan perangai `pemabuk todi' berkulit gelap yang setiap hari berhimpun. Masih ramai lagi yang tahu bagaimana untuk melakukan protes atau kritikan kepada parti mengikut cara dan adab. Seperti yang saya katakan tadi, ahli yang telah dipecat dari parti ini bukannya ikhlas untuk menegur parti tetapi kerana dendam kesumat mereka. Kita cabar mereka bertanding di dalam PRU nanti dan berdepan dengan PKR jika mereka rasa mereka hebat sangat./wfauzdin.blogspot.com

SELAMAT DATANG DS ANWAR KE PAHANG ESOK (23 NOV )

Posted: 21 Nov 2010 05:00 PM PST

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim khabarnya akan bertandang ke bumi Pahang Darul Makmur pada 23 November ini. Kunjungi ini adalah sesuatu yang amat ditunggu-tunggu oleh ahli PKR dan juga rakyat Pahang sebenarnya.

Tambahan pula disaat kemelut pemilihan 2010 yang kini melanda parti itu. Apa yang pasti kehadiran Anwar bakal memberi suntikan baru kepada pimpinan PKR negeri untuk kembali memperkukuhkan parti selepas agak tegang gara-gara kempen pemilihan ini. Justeru itu ramai yang amat ternanti-nanti kemunculan mantan TPM itu. Difahamkan, Anwar bakal bertemu dengan kepimpinan PKR negeri di Pejabat Perhubungan PKR Jalan Beserah Kuantan.

Sementara di sebelah malamnya, beliau akan bertemu rakyat dalam ceramah umumnya yang kedua di lokasi terbabit. Harus diingat, Anwar pernah hadir dan berceramah di tempat yang sama awal tahun ini. Makanya, kehadiran Anwar kali ini pasti akan memberi harapan baru buat PKR Pahang. Sudah pasti, nama Datuk Zaid Ibrahim bakal ditimbulkan semasa ceramah beliau itu nanti.

Soalnya, apakah relevan untuk nama Zaid terus dimainkan, sedangkan penyokong bekas calon Timbalan Presiden itu sebenarnya masih ramai dalam PKR Pahang itu sendiri. Ada sebahagian daripada mereka kini, mengakui bahawa tertipu dengan permainan Zaid. Beliau begitu licik memberi harapan kepada para penyokongnya, tetapi tiba-tiba bertindak diluar dugaan mereka seperti apa yang berlaku sekarang ini. Semuanya ini jelas membuktikan bahawa para penyokong Zaid tidak bersalah sebenarnya apabila memberi sokongan kepada beliau.

Namun, masalahnya yang berlaku mutakhir ini mereka bukan sahaja dihentam dan dikutuk oleh penyokong Azmin Ali. Malah ada juga yang telah diberi kata dua bahawa riwayat politik masing-masing akan berakhir kiranya berlaku rombakan kepimpinan negeri selepas ini.

Apapun, hanya Anwar Ibrahim yang lebih mengetahui dan bakal meredakan keadaan yang berlaku ini. Nantikan kunjungan beliau ke Kuantan bagi mendengar amanat terakhirnya sebelum Kongres Nasional PKR mulai 26 November ini./PahangdailyJustify Full

PARTI TIDAK PECAT ZAID UNTUK BERI PELUANG BELIAU BERTANDING - DR SYED HUSIN

Posted: 21 Nov 2010 11:46 AM PST

'Kalau Zaid teruskan, Azmin tetap mampu menang'

Abdul Rahim Sabri
Nov 21, 10

Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali berkata, beliau yakin Azmin Ali mampu menang dalam perebutan kerusi nombor dua parti itu walaupun sekiranya Datuk Zaid Ibrahim tidak menarik diri sebelum ini.

NONE "Saya rasa dia (Azmin) boleh menang. Saya percaya kalau Zaid masuk pun, dia (Azmin) boleh menang.

Saya percaya Zaid pun tahu, kerana dia tahu trend pencalonan.

"Tapi bila kita tahu, (sepatutnya) jangan memburukkan parti. Kenapa salahkan orang sahaja," katanya.

Dr Syed Husin berkata, sewaktu membuat keputusan tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya sekarang, persaingan bagi mengisi kekosongan itu memang sudah dijangkakan.

Bagaimanapun, tambahnya, "tak sangka menjadi teruk sehingga ada pihak yang mengecam dan memburukkan parti dan pimpinan dengan bekerjasama dengan pihak luar yang memusuhi parti".

Tak baca

"Pihak luar, misalnya media yang akan kaitan dengan parti-parti tertentu. Sebab pemilihan ini bukan sahaja dikomen buruk oleh media tertentu, tetapi juga dikomen oleh pemimpin parti politik tertentu," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini kelmarin.

Bagi Dr Syed Husin, insiden "memburukkan parti dan pimpinan" itu dimulai dengan tindakan Zaid mengkritiknya sebagai nyanyuk ekoran temubualnya dengan portal berita Merdeka Review

"Saya percaya dia (Zaid) pun tidak baca interbiu itu. Kalau dia baca, dia tak akan tuduh saya (yang) menyatakan saya menuduh dia. Sebab saya tidak beri indikasi untuk memihak kepada sesiapa.

"Tapi dah jadi begitu... itu pun saya tidak menjawab. Bila sebut saya nyanyuk, nyanyuklah. Jadi saya tidak layan, sebab (ia) personal. Alhamdulillah, saya belum lagi nyanyuk," katanya sambil ketawa.

(Zaid bagaimanapun menafikan menggunakan gelaran itu kepada Dr Syed Husin, sebaliknya menyebut beliau sebagai "nyanyu" atau merepek.)

Dr Syed Husin yang juga bekas tahanan ISA mendedahkan, pada waktu itu terdapat cadangan supaya Zaid dikenakan tindakan displin susulan tindakan itu.

Nilai dengan kata-kata, tindakan

Bagaimanapun, tambahnya lagi, parti merasakan "kalau (tindakan) diambil displin, (ia) akan ditafsirkan seolah-oleh menyekat beliau untuk bertanding" dalam pemilihan parti.

"Tapi apa yang dilakukannya melanggar disiplin dengan serang parti dan kecam pimpinan. Semua itu melanggar displin. Dan memang dari awal sifatnya begitu," katanya.

Mengulas dakwaan bahawa Zaid adalah "kuda trojan" atau musuh dalam selimut bagi memporak-perandakan parti, Dr Syed Husin berkata, beliau tidak tahu menahu mengenainya.

"(Itu kamu) kena tanya dialah...Tetapi seseorang itu, kita boleh dinilai dengan kata-kata dan tindakannya," katanya.

Mengimbau kembali pertemuannya dengan Zaid di Petaling Jaya setahun lalu, sebelum bekas menteri itu menyertai PKR, Dr Syed Husin berkata, beliau ketika itu berharap agar penyertaan seseorang dalam parti itu dibuat dengan niat baik.

"Tetapi saya kecewa, bila belum sempat beberapa bulan menjadi anggota, dia mulai serang parti kerana (apa yang berlaku) tidak sesuai dengan kehendak dia.

"Jadi, saya rasa perbuatan ini tidak baik dan susah diterima," katanya yang juga ahli Dewan Negara./Malaysiakini

JANGAN GELAR MEREKA `KELING', MEREKA CUMA MABUK TODI SAJA

Posted: 21 Nov 2010 08:08 AM PST

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

RAMAI yang bengang bila ada puak yang tidak kena mengena dengan parti buat kecoh pasal pemilihan di dalam PKR. Peliknya, ramai di antara mereka berkulit `gelap' dan bercakap macam orang mabuk todi. Saya tidak bersetuju mereka yang berhimpun itu digelar `Keling' kerana kita bimbang mereka yang ikhlas dan setia kepada parti akan terasa hati. Baca di sini.

Mereka tahu, aksi mereka akan dirakamkan oleh TV3 dan pasti esoknya akan terpampang berita mereka `mabuk todi' itu di dalam akhbar pencacai pujaan Zaid Ibrahim. Itulah yang mereka mahu sebenarnya, bukan kerana parti pun sebab ketuanya pun sudah disepak keluar dari parti. Bukan mudah mahu keluar muka di dalam TV3, siap dapat diwawancara lagi. Mengapa TV3 tidak mewancara DS Anwar, Presiden PKR atau pun Saifuddin Nasation selaku Setiausaha Agung PKR? Setidak-tidaknya TV 3 boleh mewancara Pengerusi JPP sendiri untuk menjawab segala persoalan berkaitan pemilihan PKR?

Mengapa si mabuk todi itu yang ditemubual setiap hari? Ini membuktikan TV3 bersekongkol dengan si pemabuk todi itu untuk menghancurkan PKR. Inilah yang dimaksudkan oleh DS Anwar semasa berucap di dalam Rapat Perdana di MBSA Shah Alam malam kelmarin iaitu musuh atau pengkhianat parti yang tidak mempunyai adab. Mereka bukan tidak tahu agenda TV 3 atau Utusan, tetapi demi inginkan publisiti murahan mereka sanggup lakukan.

Nasib baik tidak ramai yang terikut dengan perangai `pemabuk todi' berkulit gelap yang setiap hari berhimpun. Masih ramai lagi yang tahu bagaimana untuk melakukan protes atau kritikan kepada parti mengikut cara dan adab. Seperti yang saya katakan tadi, ahli yang telah dipecat dari parti ini bukannya ikhlas untuk menegur parti tetapi kerana dendam kesumat mereka. Kita cabar mereka bertanding di dalam PRU nanti dan berdepan dengan PKR jika mereka rasa mereka hebat sangat./wfauzdin.blogspot.com

TERBUKTI PKR TIDAK MUDAH GOYAH

Posted: 21 Nov 2010 05:00 AM PST

PKR Masih Kuat, Penuh Semangat
Oleh Mohd Sayuti Omar

Saya hadir rapat umum anjuran PKR Selangor bertempat di auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor. Mulanya agak malas untuk pergi memandangkan cuara tidak begitu baik, hujan turun sejak petang tadi. Aspal basah melecehkan perjalanan. Tetapi kerana seorang kawan (pegawai kerajaan pencen) sedia untuk jadi teman, saya gagahi juga walaupun tubuh agak keletihan kerana banyak makan daging korban.

Apa yang menarik hati untuk ke sana, bagi melihat sejauh mana kekuatan PKR akhir-akhir ini. Sejauh manakah semangat ahli dan penyokong PKR; apakah ia retak atau semakin membuak ekoran serangan bertubi-tubi ke atas parti berkenaan dan pemimpin utamanya Anwar Ibrahim.

Apakah kekalutan yang berlaku dalam parti itu ekoran bahana pemilihan pemimpin memberi impak buruk kepada atau sebaliknya kepada parti komponen Pakatan Rakyat itu. Kerana kalau ikutkan laporan media massa, seolah-olah PKR sudah tidak mempunyai ahli lagi. Yang tinggal hanya Azmin Ali, Saifuddin Nasution, Wan Azizah serta Nurul Izzah sahaja. Yang lain digambarkan sudah bertaubat dan kembali kepada parti asal mereka, Umno binti kebangsaan.

Jadi untuk melihat apakah rapat umum itu berjaya atau tidak saya (kami) pergi untuk melihat sendiri apa yang berlaku dalam parti itu. Jangan hanya melihat dari wall Fb ataupun dalam ruang blog yang melaporkan mengikut sentimen masing-masing. Apakah ianya mendapat sambutan dan ahli dan para penyokongnya masih mempunyai semangat berkobar-kobar.

Apa lagi notis rapat umum itu diadakan dalam masa singat, sejauh manakah ahlinya alert kepada panggilan itu. Kalau dengan notis yang singkat tetapi ahli tetap juga dapat memenuhi dewan itu bermakna PKR masih segar bugar.

Masa saya sampai di aditorium MBSA bahagian bawah sudah dipenuhi dengan orang ramai. Tiada lagi kerusi kosong kecuali ruang-ruang khas menuju ke pentas. Ruang atas juga penuh sesak. Pendek kata semua ruang dalam dewan yang boleh memuatkan 2,500 orang sendak. Majlis juga sudah bermula dengan Saifuddin memberi ucapan pembukaan sebagai Setiausaha Agung.

Sekeliling Adotorium itu terpampang gambar gandingan pemimpin PKR Selangor bersama Anwar. Belasan banner yang bergantungan menyatakan sokongan penuh kepada Anwar Ibrahim. Kata-kata tertulis di banner itu memberi sokongan padu tanpa berbelah bagi kepada Anwar sebagai pemimpin utama PKR yang juga diharap menjadi perdana menteri.

Back drop di hias dengan banner besar yang mempamerkan gambar gergasi Anwar di tengah yang diapit oleh Azmin Ali dan Khalid Ibrahim. Di bawah gambar Anwar tertulis perkataan "Anwar Ibrahim Pengemudi Zaman". Inilah juga tema rapat umum berkenaan.

Jelas sekali apa yang terdapat dalam adotorium itu menggambarkan PKR bukan lemah tetapi semakin kuat. Semangat ahli semakin membakar. Serangan media pro kerajaan ke atas parti dan pemimpinnya tidak membekas langsung. Boleh disimpulkan serangan mengila itu memberi suntikan baru kepada ahli dan penyokong PKR untuk mengemaskan ikatan bekong mereka untuk terjun ke gelanggng perang bagi menghadapi serangan musuh.

Demikian juga tindakan mabuk khamar oleh Zaib Ibrahim yang mengumumkan akan keluar parti 16 disember depan sambil melepaskan najis di jalanan dengan memburukkan parti dan Anwar turut menjadi daya tarikan. Saya percaya mereka yang datang memenuhi aditorium itu untuk mendengar apakah ulasan pemimpin PKR terutamanya Anwar terhadap versi mabuk Zaid kali ini. Mungkin ada perbezaan mabuk Zaid semasa dalam Umno dengan mabuk Zaid selepas keluar PKR!

Anwar tidak banyak mengulas mengenai Zaid. Bau khamar tidak terhidu oleh Anwar. Seperti mana katanya tidak wajar beliau mengulas mengenai Zaid. Masih banyak perkara lain yang beliau patut beri tumpuan daripada mengulas tindakan mabuk Zaid Ibrahim. Cuma Anwar menjelaskan apa yang menyebabkan beliau terkilan dengan Zaid ialah kerana beliau memburukkan parti. "Saya tidak terkilan kalau dia mahu keluar parti, itu haknya. Saya juga tidak kisah kalau beliau memburukkan saya, tetapi jangan menyalahkan parti," ujar Anwar dalam nada yang emosi.

Setiap kali nama Zaid disebut oleh pemidato malam tadi setiap kali itu mendapat reaksi negatif daripada para hadirin. Ada yang melaungkan mabuk... dan mengalu-alukan tindakan Zaid itu dan merasa bertuah dan terselamat kerana seorang lagi pengkhianat PKR sudah pun keluar.

Himpunan malam tadi itu memberi kekuatan dan semangat baru kepada ahli dan penyokong PKR. Sekaligus ia menjelamakan keikhlasan dan kesungguhan para pemimpinnya terutamanya yang berucap; Anwar Ibrahim, Saifuddim, Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan Syed Husin Ali.

Misalnya Azmin secara berterus terang dan penuh keinsafan memberi jaminan akan mempertahankan kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor. Pengakuan Azmin itu bukan sahaja melegakan Khalid tetapi turut melegakan ahli PKR yang selama ini direshakan dengan spekulasi media aruas perdana kononya Azmin ada agenda untuk mengambil alih tempat Khalid.

Apapun yang menakjubkan malam tadi ialah ucapan Syed Husin Ali dan pengagumannya kepada Anwar Ibrahim. Malam ini saya lihat Syed Husin benar-benar memjemlakan dirinya sebagai seorang pemimpin yang sedarhana, ikhlas dan tulen.

Walaupun beliau sudah tidak lagi akan menjadi timbalan presiden selepas ini tetapi hakikat itu seolah tidak disedari oleh beliau. Beliau masih bersemangat persis dia adalah pemimpin nombor tiga. Inilah jenis pejuang sebenarnya yang berjuang bukan kerana kedudukan atau didorong oleh wang dan ringgit. Apa yang dijemla dan dipamerkan oleh Syed Husin sewajarnya dicontohi oleh ahli dan penyokong PKR dan dimalui oleh pemimpin yang lain.

Merumuskan himpunan malam tadi, bahawa kedudukan PKR masih belum tergugat. Serangan dan perang saraf yang dilakukan media tidak berjaya melumpuhkan semangat dan cita-cita PKR untuk terus mengemudikan bahtera pemeritah negara di masa depan.

Dalam memberi ingatan dan semangat kepada ahli, dalam menerima kerenah dan serangan musuh, Anwar mengingatkan ahli PKR hendaklah tidak terlalu mengambil kira serangan musuh dan tidak perlu mudah gelabah.

"Kita diserang bukans sekali, malah lebih satu dekad dulu. Sepatutnya kita sudah tidak mudah gelabah lagi," kata Anwar. Mana-mana pemimpin yang mudah cemas dan tidak mampu untuk menangkis serangan musuh, mereka hndaklah berundur dan berilah atau memberi peluang kepada yang lebih bersedia dan mampu," tegas Anwar.

Anwar juga begitu emosi dalam memberi ingatan keras kepada mana-mana pemimpin yang tidak ikhlas, tidak jujur dan tidak mempunyai keyakinan dengan pejuangan membela rakyat agar berundur untuk tidak menimbulkan masalah kepada parti.

Di akhir himpunan itu semua pemimpin membaca ikrar perjuangan bertekad untuk memperkuatkan parti dan seterusnya mengapai harapan dan cita-cita untuk menakhluki Putrajaya.

Anwar memberi ingatan kepada sesiapa yang tidak yakin dan tiak setia dengan parti silalah keluar..


Sebahagian daripada hadirin memenuhi oditorium MBSA.


Saifuddin Nasution yang menjadi nadi kepada PKR berjalan menjalankan tugas dengan baik dipuji Anwar.


Sebahagian pemimpin PKR terutamanya yang bertanding dalam pemilihan merebut jawatan berikrar mempertah dan menjawa maruah parti.


Kelihatan Syed Husin, (berbju putih) turut melafaz ikrar.


Saifuddin dan Azmin mengangkat tangan berikrar mempertahankan parti dan Anwar sekaligus.


Ruang atas auditorium penuh sesak dan kelihatan sebahagian daripada banner menyatakan sokongan kepada Anwar dan PKR bergantungan.

http://msomelayu.blogspot.com/

JIKA BERLAKU PENYELEWENGAN, KITA BATALKAN - SAIFUDDIN NASATION

Posted: 21 Nov 2010 04:00 AM PST

Oleh Dzulkarnain Taib
IMG_9015SHAH ALAM 20 Nov - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Saifuddin Nasution Ismail yakin parti akan bertambah mantap dan kukuh selepas selesai proses Pemilihan Pimpinan Pusat 2010 yang akan berakhir hujung minggu ini dan seterusanya akan menumpukan seluruh tenaga dan perhatian kepada agenda memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Bercakap kepada lebih 2,000 penyokong dan anggota parti dari seluruh negeri Selangor di sini semalam pada perhimpunan 'Rapat KEADILAN: Anwar Pengemudi Zaman', Saifuddin berkata episod di mana bekas calon Timbalkan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim meninggalkan parti bukan melemahkan parti malah akan memberi suntikan semangat serta merapatkan saf perpaduan di kalangan anggota.

"Selepas pemilihan MPP (Majlis Pimpinan Pusat) nanti, insyaAllah Parti Keadilan Rakyt akan muncul sebagai parti yang terkuat di Malaysia. Sejak dua tiga bulan alu kita menjadi tumpuan media terutama media milik Umno-Barisan Nasional disebabkan pemilihan ini. Mereka kecam dan serang kita hari-hari dan kata parti kitakan berpecah kerana pemilihan. Walaupun saya tidak bersetuju dengan RTM, TV3 dan akhbar milik Umno saya berterima kasih kepada mereka kerana telah membantu mempopularkan lagi KEADILAN di kalangan rakyat Malaysia.

"Sejak kita ditubuhkan pada 1999 mana pernah akhbar Umno seperti Utusan Malaysia memuji kita. Jadi munasabah ke individu seperti Zaid pergi bercakap kepada media yang sudah terbukti sangat membenci perjuangan yang diangkat oleh kita. Mana ada anggota yang waras pemikirannya sanggup dan tergamak menggunakan saluran sedemikian untuk menghentam partinya sendiri. Orang macam ini memang kurang ajar," tegas Saifuddin sambil disahut dengan teriakan. 'Keluar, Keluar' yang ditujukan kepada bekas Pengerusi majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Wilayah Persekutuan itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata pemimpin boleh datang dan pergi dalam mana-mana parti tetapi tiada maaf kepada perbuatan mengkhianati parti.

"Mahu ke kita pemimpin seperti Zaid terus kekal dalam parti kita, mahukah kita benarkan orang seperti Zaid mengkhianati parti yang dibina atas kesengsaraan dan perjuangan rakyat," tanya beliau disambut dengan sedakan gemuruh dari hadirin yang menjawab, 'tidak. tidak, keluar, keluar'.

Saifuddin berkata tujuan Zaid mahu keluar secara rasmi daripada KEADILAN pada 16 Disember depan ialah kerana beliau mahu membuat penjelajahan atau 'roadshow' ke seluruh tanah air untuk mencaci serta menghentam parti.

"Apabila Anwar keluar penjara pada 2004, beliau menjelajah ke seluruh pelusuk Malaysia untuk menjelaskan kepada rakyat agenda perjuangan kita. Hasilnya pada PRU 2008 kita dapat 1.5 juta undi dan menang undi popular di Semenanjung.

"Kita akan terus jaga parti ini daripada musuh yang ingin menghancurkannnya. Apa yang berlaku sekarang adalah sebahagian daripada mehnah dan tribulasi dalam liku-liku perjuanbgan yang panjang dan percayalah kita akan muncul lebih hebat dan kuat selepas ini," ujar beliau.

Saifuddin juga mengambil kesempatan pada perhimpunan itu untuk menjelaskan beberapa isu mengenai proses pemilihan parti yang dibangkitkan oleh anggota dalam aduan mereka kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

"Kita tidak pernah ada pengalaman sebagai sebuah parti mengurus pemilihan secara terus begini. Pemimpin yang ada pun termasuk saya yang pernah menjadi Penolong Setiausaha Pemuda Umno atau Anwar atau Azmin kesemua kita tidak ada pengalaman itu. Kita mulakan proses ini dengan 'zero'. Kita buat juga dan kita muncul sebagai parti yang pertama di Malaysia dengan berani mempelopori pendekatan ini. Ada masalah memang ada, adakah kita tangani ya kita tangani, ada aduan memang ada dan kita selesaikan sebaik mungkin.

"Kalau terbukti ada penipuan, penyelewengan kita akan batalkan mana-mana keputusan tidak kira apa pangkat dia dalam parti. Itu komitmen yang JPP berikan kepada anggota. Seramai 70,000 anggota keluar mengundi pada pusingan pertama, mana ada parti di Malaysia ini merekodkan jumlah seramai ini dalam pengundian parti?

"Yakinlah kita kini bergerak atas landasan yang betul dan kita akan membina pada kekurangan yang ada. Rapatkan saf kembali dan insyaAllah kita akan tawan Putrajaya dalam masa terdekat," tegas Saifuddin./SK

VIDEO - UCAPAN AZMIN BERJANJI MEMBELA MB SELANGOR

Posted: 21 Nov 2010 01:00 AM PST

Tiada ulasan: