WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- PEMILIHAN PKR - BLOGGER SEDANG MENJAHANAMKAN PARTI
- BLOGGER MAT KILAU KELUAR PKR ? KEPUTUSAN YANG BAIK, TETAPI....
- MEREKA SEMAKIN GANAS, CABARAN BUAT PR
- BERJIHAD JIHAD JUGA, TETAPI KENA BIJAK
- PEMILIHAN PKR - AZMIN TERUS MENGATASI ZAID
- SAYA PUN PERNAH BERTEMU AZMIN - NURUL IZZAH
| PEMILIHAN PKR - BLOGGER SEDANG MENJAHANAMKAN PARTI Posted: 06 Nov 2010 11:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS NEGARA musnah jika PKR menuju Putrajaya. Begitulah bunyinya beberapa Blogger menyampaikan isyarat untuk memperbetulkan parti ini. Jika demikianlah keadaannya buat apa lakukan kerja bodoh untuk terus bersama PR? Bukankah PR ingin bersama PKR dan DAP menuju Putrajaya? Masakan kerana taksub menyokong beberapa pemimpin dan teramat anti dengan Azmin, maka tergamak mereka menyebut begitu? Saya tahu beberapa Blogger begitu mengharapkan Zaid Ibrahim menjadi Timbalan Presiden PKR, begitu juga ada Blogger yang ingin melihat Sdr Mustafa Kamil menjadi Timbalan Presiden PKR sama juga saya berharap agar YB Azmin memenangi kerusi Nombor Dua di dalam parti ini. Maka, pastilah masing-masing akan cuba berkempen untuk calon pilihan masing-masing. Peliknya, di dalam keadaan mereka ingin naikkan calon-calon mereka, mereka menyebut bahawa negara akan hancur jika PKR menuju Putrajaya. Mungkin, negara tidak jadi hancur seandainya Zaid memenangi pertandingan ini. Dakwa mereka pemilihan PKR kali ini dicemari dengan tangan Azmin serta dibantu oleh Anwar. Peliknya, sehingga kini Azmin semakin dihampiri oleh Zaid dari segi jumlah undian. Jika benar tangan Azmin bersama Anwar mencatur pemilihan ini, bodoh sangat bagi Azmin untuk membiarkan dirinya dihampiri rapat oleh Zaid. Mungkin bagi puak ini, kedudukan YB Nurul Izzah yang berada di depan sekarang di dalam perebutan kerusi Naib Presiden PKR juga adalah hasil campurtangan Azmin dan Anwar? Tetapi ada yang mendakwa Azmin tidak `sebulu' dengan Nurul Izzah, mengapa pula Nurul Izzah sekarang berada di depan? Bukan untuk menepis dakwaan kelemahan JPP mengendalikan pemilihan kali ini. Mungkin ada beberapa prosedur dan cara pemilihan yang diadakan boleh dipertikaikan. Bagi saya, jika PKR membatalkan kesemua pencalonan sebelum ini dan mengadakan pemilihan semula itu adalah lebih baik agar puak-puak itu berpuas hati. Tetapi, berpuas hati jugakah mereka jika mereka dapati calon yang mereka mahukan itu tidak mendapat pencalonan atau undian yang tinggi? Mereka akan mencari seribu alasan lain untuk mengatakan pemilihan patut diadakan semula. Kita boleh beri pendapat dan kita juga boleh tidak bersetuju dengan sesiapa di dalam parti. Tetapi untuk menyebut keburukan parti sehingga ingin menyamakan dengan Umno adalah satu perbuatan yang teramat bodoh. Lebih baik keluar dari parti yang kita sendiri percaya parti ini akan meruntuhkan negara suatu hari nanti. Saya tetap yakin, semua ahli PKR akan dapat menilai siapa yang sebenarnya sayangkan parti atau sayangkan dua tiga kerat tokoh parti. Apa yang penting, parti telah laksanakan pembaharuan yang baik dari segi amalan demokrasi. Kelemahan tetap wujud, jika ada penyelewengan berlaku menjadi kewajipan pimpinan parti memperbaikinya segera. Samada Azmin, Zaid atau Mustafa memenangi pemilihan kali ini, biarlah mereka menang dengan bermaruah. Jika terbukti ada unsur yang tidak baik sepanjang pemilihan ini, PKR wajib mengambil tindakan tegas ke atas sesiapa sahaja. Sekadar bercakap dan menuduh seolah-olah calon pilihan kita sahaja yang betul, sampai bila pun parti ini tidak boleh kita baiki bersama./wfauzdin.blogspot.com | ||||
| BLOGGER MAT KILAU KELUAR PKR ? KEPUTUSAN YANG BAIK, TETAPI.... Posted: 06 Nov 2010 06:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS SATU berita yang mengejutkan saya juga apabila mendapat maklumat dari blog rakan yang menyebut seorang Blogger PKR `Cucu Mat Kilau' mengumumkan keluar parti beberapa jam yang lalu. "Kali ini giliran bekas calon PKR Dun Kemayan, Bera, Pahang iaitu Saudara Mohd Shukri Jamaluddin, 39 telah umumkan keluar PKR dua jam yang lalu." (Petikan dari blog rakan) Malas mahu ulas mengapa dan kenapa beliau mahu keluar dari parti yang beliau katakan banyak berjuang terhadap parti ini. Cuma, saya ingin tahu ke mana arahnya perjuangan beliau selepas ini. Adakah terus berjuang tanpa parti, ataupun berjuang di dalam sebuah lagi parti sekutu PKR iaitu PAS. Jika PAS pilihan beliauy, Alhamdulillah, kerana kita sebenarnya tidak kehilangan pejuang untuk menentang Umno/Bn. Seandainya Blogger ini meninggalkan PKR yang dikatakan tidak lagi sejiwa dengan perjuangannya, dan beliau menyeberang pula kepada Umno, maka saya sudah dapat meneka mengapa Blogger berkenaan berpaling tadah. Saya yakin Blogger Cucu Mat Kilau tidak sebodoh itu untuk bersama Umno. Mungkinj pilihannya adalah PAS dan bagi saya pilihan beliau itu adalah lebih bijak. Zukri Aksah pun keluar dari PKR dan menyertai PAS cumanya Zukri Aksah masih berminat berkempen untuk Zaid di dalam PKR. Saya harap Blogger Cucu Mat Kilau tidak sedemikian. Saya sentiasa mendoakan agar Blogger Cucu Mat Kilau masih istiqamah dengan perjuangan rakyat ini. Mungkin ada benarnya PKR kadangkala membuatkan kita rimas untuk memikirkan sejauh mana PKR boleh mendisiplinkan ahli-ahlinya. Sejauh mana PKR mampu untuk merealisasikan amalan semokrasi dan ketelusannya. Namun, secara jujurnya saya berpendapat di sebalik kelemahan yang ada di dalam PKR, parti ini masih boleh diharapkan dari parti bangsat yang berperangai APCO itu. Semoga Blogger Cucu Mat Kilau yang saya hormati dan segani itu berjaya di dalam perjuangan barunya terutamanya di dalam PAS jika PAS menjadi pilihannya, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com | ||||
| MEREKA SEMAKIN GANAS, CABARAN BUAT PR Posted: 06 Nov 2010 01:08 PM PDT Musuh Makin �Mengganas� - Dugaan Makin Mencabar Bagi PR 05/11/2010 ![]() Tidak sukar untuk mengagak tajuk utama muka depan akhbar-akhbar arus perdana esok berikutan kemenangan 2-0 Barisan Nasional(BN) di Galas dan Batu Sapi semalam. | ||||
| BERJIHAD JIHAD JUGA, TETAPI KENA BIJAK Posted: 06 Nov 2010 11:07 AM PDT Jihad jihad jugak. Tapi sampai bila setiap kali kita tewas kita mahu seru kembali berjihad? Sampai bila kita akan bercakap kita mesti bersabar dan teruskan jihad? Kita bukan tidak tahu selama ini kita masuk gelanggang yang tidak pernah rata, penuh dengan berbagai `senjata' mereka terkumpul sehinggakan `pengadil' pun memakai jersi yang sama dengan mereka. Naik malas untuk bercakap pasal rasuah pilihanraya. Bila kita bercakap pasal itu, orang akan kata kita cari alasan mengapa kita kalah. Bila bercakap pasal media yang tidak bebas, orang akan kata itu alasan semata-mata. Hakikatnya, kita percayakah ada rasuah berlaku di dalam pilihanraya? Kita percayakah semua peruntukan yang turun melambak-lambak ketika pilihanraya itu sebenarnya kebetulan, bukan rasuah pilihanraya? Apa yang kita lakukan setelah kerap kali di`buli' sedemikian rupa? Parti kita ini bodoh sangatkah sehingga sanggup masuk gelanggang di dalam keadaan begitu? Jika kita cakap tidak payah masuk bertanding di dalam keadaan begitu, mereka akan cakap yang untung pihak mereka sebab menang tanpa bertanding. Habis tu, kita mahu buat apa? Masuk juga gelanggang dan serahkan `kepala' kita untuk di`buli' semahu-mahunya? Kita tidak ada pilihan langsungkah? Bukan kita tidak tahu media kepunyaan kita kekuatannya setakat mana. Permit Suara Keadilan sehingga sekarang kena beku. Di Gua Musang, berkesan sangatkah media alternatif seperti internet? Sampai bila kita seperti meredhakan semua ini? Sampai kerusi yang kita ada di Parlimen dan Dun licin semuanya baru kita mahu sedar? Bangkitlah wahai PR. Lakukan lah sesuatu yang benar-benar berkesan agar sekurang-kurangnya dapat mengurangkan sikit rasa kena buli oleh puak mereka. Sewaktu kita bangkit di dalam kempen `BERSIH' dahulu, nah, kita lihat betapa besarnya kesan kepada kita. Lepas itu, kita kembali rehat dan balik kepada program ceramah. Harapan kita, PR hendaklah lebih radikal selepas ini. PRU Ke 13 tidak lama dan masihkah kita mahu sondolkan kepala kita lagi. Jihad, jihad juga tetapi kena bijaklah./mandor.blogspot | ||||
| PEMILIHAN PKR - AZMIN TERUS MENGATASI ZAID Posted: 06 Nov 2010 10:34 AM PDT
Walaupun sebelum ini Sabah dianggap sebagai kubu kuat Datuk Zaid Ibrahim, pesaing utamanya Azmin Ali bagaimanapun terus menjarakkan diri di depan dalam persaingan kerusi timbalan presiden PKR. Pasir Mas Azmin (35), Zaid (53), Mustaffa (0) (89 daripada 490 turun mengundi) Kota Belud Azmin (16), Zaid (133), Mustaffa (1) (153 daripada lebih 2,000 turun mengundi) Papar Azmin (124), Zaid (28), Mustaffa (2) (154 daripada kira-kira 2,700 turun mengundi) Sandakan Azmin (417), Zaid (25), Mustaffa (13) Keningau Azmin (26), Zaid (169), Mustaffa (3) Kota Kinabalu Azmin (34), Zaid (162), Mustaffa (0) Ranau Azmin (153), Zaid (107), Mustaffa (10) (290 daripada kira-kira 3,800 turun mengundi) Kudat Azmin (67), Zaid (138), Mustaffa (2) (222 daripada 2,226 turun mengundi) Beufort Azmin (223), Zaid (58), Mustaffa (9) Sumber: Malaysiakini | ||||
| SAYA PUN PERNAH BERTEMU AZMIN - NURUL IZZAH Posted: 06 Nov 2010 01:00 AM PDT Biarpun berulang-kali disifatkan sebagai pertarungan dalam satu keluarga, namun dunia politik tidak terpisah daripada percaturan strategi dan taktik. Setiap gerak-geri ahli politik akan dikaji motif yang tersirat di sebaliknya, lebih-lebih lagi mereka yang meragui keikhlasan Zaid Ibrahim dalam konteks ini. Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah motif di sebalik pujian tersebut?
"Jadi, untuk isu sama ada beliau memuji saya, saya hargai. Tentunya, siapa yang tidak? Pada masa yang sama, adakah itu akan memastikan saya akan berdiam diri sahaja mengikuti satu aliran? Tidak." Menjawab kepada spekulasi bahawa dirinya dilihat memihak kepada Zaid Ibrahim, sementara Anwar dilihat menyebelahi Azmin Ali, Nurul Izzah cuba menyangkal dakwaan tersebut. "Saya rasa kamu perlu tengok track rekod saya. Di mana saya berceramah untuk pemilihan, saya berkempen di mana? Saya berkempen di Kuala Pilah, Dato Kamarul ada, Shamsul Iskandar ada. Dan di Kuala Pilah, ada banyak lagi calon lain. Saya juga berkempen di Melaka, di Alor Gajah. Siapa ada? Dato Zaid ada situ, berkempen sekali, dan juga beberapa calon lain. Kemudian di Pahang. Di Pahang, yang ada bersama adalah YB Azmin Ali, di Kuantan. Dan di Perak, yang bersama saudara Mustaffa Kamil Ayub."
"Jawatan nombor dua. Jawatan nombor dua bukan jawatan yang senang, terutamanya dalam konteks kita berdepan dengan banyak cabaran kepada Ketua Umum. Jadi kepada saya, yang lain kalau nak spekulasi, spekulasi. Saya tidak lihat...(tapi) Akan menjadi kerugian kepada kita kalau kita meminggirkan mana-mana pimpinan. Parti kita ini parti yang hanya boleh berjaya bila reformasi mekar dalam parti. Bila kita dapat menggamit harapan dan imaginasi masyarakat luar." Beliau menyimpulkan, "Kalau kita inward looking (lebih mengambil berat hal ehwal diri), lupa tentang isu-isu yang relevan di luar, you should just close shop (kamu harus gulung tikar sahajalah). Itu pandangan saya." Berunding dengan sesiapa sahaja Desas-desus tidak terhenti begitu sahaja. Rundingan demi rundingan berlangsung sebelum hari pencalonan. Wartawan senior The Star, Joceline Tan dalam kolumnya Anwar puts his foot down pada 17 Oktober, mengisahkan bagaimana rundingan berlaku di antara Zaid Ibrahim dengan tiga orang wanita, bernama Wan Azizah, Nurul Izzah dan Faekah Husin (Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim), sebelum hari pencalonan pemilihan PKR peringkat pusat.
"Ini parti sendiri, kenapa nak jadi masalah? Kenapa nak jadi satu yang kontroversi?" beliau mempersoalkan. Bagaimanapun, keputusan Nurul Izzah yang berubah-ubah, dari "tumpu kepada cabang Lembah Pantai" (tidak bertanding di peringkat Pusat), hinggalah "menawarkan diri di barisan Naib Presiden", dan memberi persepsi "mungkin bertanding untuk Timbalan Presiden" pada saat-saat akhir, turut mencungkil kesangsian. Nurul sebenarnya mempunyai ruang di sayap AMK mahupun Wanita, bahkan mungkin lebih senang diterima jikalau bertanding untuk mendapatkan kerusi di Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
"Kenapa perlu berpaksi atau bertumpu kepada YB Azmin? Mungkin Dato Zaid akan menang. Mungkin Mustaffa Kamil Ayub akan menang. Jadi, bagaimanakah boleh terus dirumuskan bahawa keputusan saya hanya ditumpukan pada Azmin? Pada saya, you make the wrong decision sebab you make it based on your supposed enemy." Menyedari realiti bahawa "lebih tinggi kita menaiki tangga sosial politik, lebih banyak lagi serangan yang dikemukakan", beliau tetap mahu meluahkan pandangannya, "Tapi bagi saya, dalam mana-mana parti sekali pun, bila ada banyak power bases, lebih sihat budaya parti. Itu pandangan peribadi saya."/Merdeka Review |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

"Beginilah, saya tidak suka untuk meneliti kenyataan sebegitu. Yang terbaik untuk menjawab adalah benam. Pada saya, sekarang kita pergi kepada visi beliau (Zaid Ibrahim) selaku jawatan Timbalan Presiden. Itu yang lebih penting. Kalau memang beliau nak memenangkan diri beliau, jadi ahli-ahli perlu dimaklumkan tentang visi beliau. Sama seperti YB Azmin."
Beliau meneruskan, "Saya rasa, kita perlu wujudkan medan di mana semua calon patut bersuara, bertemu dengan ahli. Itu medan yang paling saksama. Jadi, dalam ucapan saya, saya kata, saya serahkan kepada ahli-ahli untuk memilih. Jadi pilihlah dengan baik, yang ada integriti, yang ada visi yang boleh menggerakkan ke depan untuk parti."
Nurul (gambar kanan) cuba menjustifikasikan dengan alasan mendekatkan keperluan generasi muda dengan parti, namun alasan ini agak lemah untuk menyanggah tafsiran sesetengah analisa, bahawa beliau menyasarkan Naib Presiden kerana mahu mengimbangi kuasa Timbalan Presiden, seandainya dimenangi Azmin Ali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan