Selasa, 2 November 2010

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


DI MANA ADA BN DI SITU ADA MISKIN

Posted: 02 Nov 2010 08:38 PM PDT

Melarat tapi Kg Mangkalinau tetap sokong 'bapa'
Joseph Sipalan and Kuek Ser Kuang
Nov 3, 10
10:38am
Kongsi 4
Sekumpulan kanak-kanak dilihat membincangkan peraturan yang perlu diikuti sebelum mereka membuat garisan di tanah liat berhampiran rumah mereka.

Selepas persetujuan, masing-masing mengambil kedudukan sambil membaling guli di lubang yang digali itu. Ada yang bertempik gembira kerana guli mereka mengena sasaran.

Bagi kebanyakan orang, mereka tidak faham apa yang seronok sangat dengan permainan itu tetapi bagi kanak-kanak di Kg Mangkalinau, ia adalah syurga masa lapang mereka, tidak kira yang kecil mahupun yang agak berusia.

Seperti kenbanyakan perkampungan setinggan, Batu Sapi juga tidak terkecuali dihimpit kemiskinan tegar. Ribuan yang menghuni di kediaman yang tidak layak dinamakan 'rumah'. Pondok yang muat dengan 'sampah sarap' yang menunggu masa menyembah bumi.

Tiada bekalan elektrik atau minuman yang bersesuaian. Malah mereka juga tidak mampu menghantar anak-anak ke sekolah.

Keperitan hidupan ini boleh disaksikan hanya kira-kira 20 minit perjalanan dengan kereta dari bandar Sandakan.

Bagi rakyat Sabah, setinggan itu dihuni oleh kebanyakannya pendatang asing, hasil 'Projek IC', yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usahanya menggulingkan pentadbiran pembangkang yang diterajui oleh PBS ketika itu pada tahun 1994. Beliau didakwa memberi kerakyatan serta merta bagi menjamin sokongan kepada BN meningkat.

Penghuni setinggan itu mempertahankan klesahih kewarganegaraan mereka serta membuktikannya dengan menunjukan MyKad milik mereka dan tidak kurang juga yang mempunyai kad keahlian Umno.

Tidak kira stigma sosial dan persepsi yang menyelubungi setinggan ini, hakikatnya mereka ini adalah golongan miskin tegar dan buta huruf.

Mereka amat memerlukan pertolongan tanpa hampir langsung tidak dibantu.

Di sebalik kesengsaraan dan keperitan hidup, kebanyakan mereka mengisytiharkan sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada BN yang dianggap sinonim dengan 'bapa'.

Jaafar Lama, 60, seorang pengawal keselamatan berkata penduduk Kg Mangkalinau, yang ditubuhkan pada 1993, seringkali terpaksa mencari sisa bangunan dan apa-apa sahaja bahan buangan bagi memperbaiki rumah mereka serta jambatan usang yang menghubungkan mereka dengan dunia luar.

Katanya di sebalik kesetiaan kepada BN, mereka sebagai anak ada kalanya terasa "dipinggirkan oleh bapa".
"Sokong, mana boleh tak sokong (BN). Itu bapa sendiri, mana boleh sokong orang lain... tapi tengok macam mana dia jaga anak. Ini bapa kita, mana boleh sokong orang lain...tapi tengok cara dia jaga anaknya," kata Jaafar.

Pengerusi keselamatan dan pembangunan kampung, kampung bersebelahan Kg Mangkalinau Orang, Ahmad Musa, 55, bersependapat dengan sentimen Jaafar.

Katanya, penduduk di situ yang kebanyakan mereka nelayan tidak dapat menganggarkan berapa yang mereka perolehi setiap bulan kerana ramai yang tidak pasti sama ada perahu yang digunakan mampu menghadapi badai di laut.

[Baca berita penuh]

FASION ISLAM- ULANG TAYANG SEBAB RAMAI YANG BELUM LIHAT GAMBAR-GAMBAR

Posted: 02 Nov 2010 08:08 PM PDT

Salam,

Fashion Islam 1Malaysia apakah ini? Beginikah acuan Islam 1Malaysia yg cuba diterapkan oleh Kerajaan Malaysia sekarang. Penentangan dan bantahan atas dasar Islam bukan atas dasar kepartian atau politik. Minta faham dan minta jelas. Kami menentang kerana sayangkan Islam dan sayangkan generasi umat Islam yang akan datang jangan jadi fikiran sempit....jika selama ini apa jua bantahan dan penentangan dikaitkan dgn politik kepartian sebab ditentang adalah kerajaan memerintah tapi Islam tidak mengenal siapa..hatta sekalipun mana-mana parti yg ingin memperjuangkan Islam perlu di tegur dan ditentang sekiranya sudah lari dari jalan Islam itu sendiri.......Malaysia semakin hari semakin menanti bala dan bencana besar dari ALLAH s.w.t....

Tapi sudah jelas umat Islam di Malaysia cuba ditelanjang dan di songsang dgn dasar Islam 1Malaysia....menjahanamkan mana-mana pemerintah yang cuba merosakkan kesucian Islam di Malaysia....































TAWAR BENDA TIPU ORANG

Posted: 02 Nov 2010 07:17 PM PDT

Tiada pertemuan semuka, Hillary hubungi Anwar sentuh kes liwat

Posted: 02 Nov 2010 06:29 PM PDT


November 02, 2010

SANDAKAN, 2 Nov – Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan tiada pertemuan empat mata dengan Hillary Clinton, tetapi beliau memaklumkan yang Setiausaha Negara Amerika Syarikat itu ada menghubunginya malam ini untuk bertanya tentang keadaan beliau, isterinya dan juga kes liwat kedua yang sedang dihadapinya.

Ketika ditemui wartawan di sini malam ini, Anwar (gambar) memberitahu, Clinton meminta maaf kepada isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana gagal bersapa dengan beliau pada satu majlis di ibu negara pagi tadi.

"Beliau bertanya tentang saya dan Azizah dan juga meminta maaf kerana pada majlis pagi ini, beliau hanya diberitahu tentang kehadiran Azizah selepas berakhirnya majlis itu.

"Dan, beliau meminta saya menyampaikan salamnya dan meminta maaf kerana tidak menyedari kehadirannya ketika dialog pagi ini," kata Anwar selepas satu majlis kempen di sebuah restoran di sini malam ini.

Anwar menambah, Clinton juga memperlihatkan keprihatinan berhubung kes liwat kedua yang sedang dilaluinya sekarang dan memaklumkan bahawa kerajaan Amerika Syarikat mengikuti dengan rapat kes tersebut – yang kedua dalam sedekad ini.

"Beliau bercakap mengenai keadaan saya dan saya memberitahu beliau bahawa saya perlu melalui proses perundangan sewajarnya.

"Beliau mengatakan bahawa Amerika Syarikat ambil berat dan mahu kerajaan Malaysia menghormati lunas perundangan," kata Anwar lagi.

Anwar berada di sini dalam siri kempen pilihan raya kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah.

Pengundian berlangsung Khamis ini.

Terdahulu, Bernama melaporkan kerajaan tidak mempunyai halangan bagi Clinton untuk menemui ketua pembangkang itu kerana sudah menjadi adat bagi para pemimpin untuk bertemu kedua-dua pemimpin kerajaan dan pembangkang dalam mana-mana lawatan negara.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bagaimanapun berkata tindakan itu pada masa ini tidak akan membawa petanda baik memandangkan perbicaraan kes liwat Anwar masih berjalan dan kerajaan tidak mahu ia memberi isyarat yang salah kepada rakyat.

"(Tambahan pula) kerajaan Barisan Nasional (BN) kini menghadapi pilihan raya kecil di Galas (Kelantan) dan kawasan Parlimen Sabah (Batu Sapi) jadi kita tidak mahu individu atau pihak tertentu untuk menyalah tafsir bahawa Amerika Syarikat atau Setiausaha Clinton membantu orang ini," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar bersama dengan Clinton di Putrajaya hari ini.

Clinton, yang tiba malam tadi, adalah dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia. Sebelum itu, Anifah dan Clinton mengadakan mesyuarat dua hala berhubung isu antarabangsa dan serantau untuk kepentingan bersama.

Clinton, ketika ditanya sama ada beliau akan bertemu Anwar lewat hari ini berkata: "Saya tidak dapat berjumpa Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) hari ini kerana beliau sakit dan ia memberi kesan kepada jadual saya di Kuala Lumpur."

"Para pegawai dari Amerika Syarikat dan Jabatan Negara sentiasa berhubung dengan Anwar, kami akan terus berhubung dengannya dan kami memantau kesnya dan seperti apa yang disebut Menteri Luar mengenai perbicaraan yang terbuka dan bebas, itu yang sebenarnya kami jangkakan," katanya.

Beliau berkata perkara mengenai pendakwaan Anwar, yang didakwa sebagai bermotifkan politik oleh sesetengah pihak, juga dibincangkan dalam mesyuarat.

"Sudah diketahui umum bahawa Amerika Syarikat percaya adalah penting bagi semua aspek kes ini untuk dikendalikan dengan adil dan telus dan sebaliknya yang meningkatkan keyakinan dalam kedaulatan undang-undang di Malaysia.

"Kedutaan kami mengekalkan hubungan baik dengan parti pemerintah dan pembangkang memandangkan disiplin penting dalam proses demokrasi di Malaysia dan kami akan terus menyokong pembangunan pesat Malaysia dalam mengukuhkan institusi demokrasi dan kedaulatan undang-undang," katanya.

Anifah juga mengulangi bahawa beliau akan memastikan Anwar mendapat perbicaraan yang adil kerana jika wujud "pendakwaan berunsur politik'' ia boleh berlaku kepada sesiapapun.

ANTI ISA DI LONDON...GAMBAR DARI FACEBOOK

Posted: 02 Nov 2010 06:00 AM PDT







Gesaan Anwar bersara ditolak PKR

Posted: 02 Nov 2010 05:42 AM PDT

Gesaan Anwar bersara ditolak PKR

Posted by admin on November 2nd, 2010

Sambil mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih "relevan", pemimpin-pemimpin muda PKR membidas Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menggesa Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu berundur daripada arena politik, sambil menyifatkan bekas mufti Perlis itu sebagai "tidak realisitik".

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd berkata, kenyatan Asri semalam, yang mencadangkan agar Anwar bersara daripada politik, kononnya kerana "rentak tari politik yang makin tidak seimbang" adalah satu kenyataan pelik dan tidak berpijak pada realiti politik tanah air semasa.

Sehubungan itu, Shamsul Iskandar mempersoalkan apakah Asri lupa bahawa tercetusnya gelombang perubahan di kalangan rakyat sebenarnya adalah melalui Anwar yang juga penasihat PKR.

"Apakah beliau tidak sedar berlakunya impak kepada Umno-BN dalam pilihan raya umum ke-12 adalah kerana gelombang rakyat melalui muafakat Pakatan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar?" kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Katanya, AMK tidak apologetik dan kekal menegaskan, kepimpinan Anwar adalah relevan sehingga kini dan masih diperlukan berikutan pengalaman serta kredibiliti kepimpinannya yang jelas berjaya memperkukuh PR di sebalik pelbagai usaha Umno-BN untuk merincih kefahaman dan keyakinan rakyat ke atas perikatan itu.

"Di saat beliau menyarankan politik idea dan politik nilai dibudayakan, cadangan beliau seolah-olah satu bentuk perlindungan kepada Umno-BN yang jelas kelihatan tandus idea untuk mengekang kemaraan rakyat melalui kepimpinan Datuk Seri Anwar dan kesepakatan kepimpinan PKR-PAS-DAP di bawah panji Pakatan.

"Sekiranya benar beliau menjunjung politik idea dan politik nilai, maka sewajarnya Asri menyarankan agar Umno-BN bersikap jantan dan gentleman untuk menjunjung semangat federalisme dan tidak mengawal instrumen kerajaan termasuklah sistem kehakiman yang saban hari semakin menjelekkan, khususnya di dalam mengendalikan kes konspirasi kedua ke atas Datuk Seri Anwar," kata beliau lagi.

Shamsul Iskandar juga berkata, AMK berminat untuk menyarankan agar Asri menasihati idola beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad agar insaf dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang tertindas selama hampir 23 tahun di bawah hegemoni Mahathirisme yang jelas membunuh semangat demokrasi dan berterusan memanipulasi instrumen kerajaan demi memperkukuh cengkaman Umno-BN kepada rakyat.

"Jika ini gagal dilakukan Asri, terbuktilah kenyataan Asri sebelum ini adalah satu kenyataan politik yang hendak dijadikan remedi oleh Umno-BN.

"AMK mendoakan agar Asri terhindar daripada diperguna oleh Umno-BN yang gagal menerima hakikat bahawa rakyat telah membuka mata dan bersedia menolak Umno-BN yang tebal dengan rasisme dan unsur penyelewengan," kata beliau.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pula berkata, Asri bebas memberi pendapat tetapi hanya rakyat dan ahli yang menentukan sama ada Anwar bersara atau tidak.

Namun anak sulung Anwar ini berkata, nasihat Asri itu tidak akan mematahkan semangan Ketua Umum PR itu untuk membawa PR menumbangkan Umno-BN pada pilihan raya umum ke-13.

"Prinsip Datuk Seri Anwar untuk lawan tetap lawan sama ada ada jawatan politik atau tak seperti dalam penjara dulu," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan Asri memberi nasihat terbuka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kepemimpin Umno yang lain sekiranya ikhlas memperjuangkan hak rakyat.

"Saya harap Asri juga akan minta Najib dan semua (kepemimpinan) Umno bersara untuk sejahterakan rakyat.

"Dia juga patut komen tentang kelemahan Bajet 2011 kalau memang berjuang untuk rakyat (kerana) lebih ramai seperti Asri patut bersuara untuk rakyat," ujar Nurul Izzah yang turut mempersoal motif Ahli Parlimen California, Charles S. DeVore mengaitkan Anwar dengan kumpulan pengganas di Amerika Syarikat.

Menurut beliau, rancangan DeVore mengaitkan Anwar dengan pertubuhan tidak berdaftar Ikhwanul Muslimin beralasankan Anwar pernah berpartisipasi dengan Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) adalah tidak munasabah.

Dalam pada itu anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Badrul Hisham Saharin juga berpendapat kenyataan Asri sebagai gesaan yang tidak wajar dan tidak dapat diterima.

"Alasan yang menggatakan bahawa rentak politik Anwar Ibrahim tidak seimbangan dan penggundurannya akan memberi ruangan kepada politik baru tidak tepat.

"Hakikat sebenarnya, politik Malaysia sedang mengalami anjakan yang besar dari sudut kesedaran dan kepekaan terhadap politik," kata beliau yang juga Ketua PKR Rembau.

Badrul Hisham juga berkata, penglibatan rakyat Malaysia sebagai suara pengimbang kuasa politik adalah nafas-nafas baru yang telah wujud dan Anwar merupakan faktor utama penyumbang perubahan tersebut.

"Politik Malaysia bergolak kerana rakyat khususnya golongan muda menuntut perubahan dari situasi politik berbudaya usang yang ada pada BN.

"Kuasa politik mutlak yang mahu dipegang oleh BN hari ini tercabar dengan kebangkitan anak muda dalam mempersoalkan khususnya isu-isu berkenaan dengan demokrasi dan keadilan.

"Anwar dilihat sebagai kuasa penyatu dalam politik yang dapat mencabar tindakan-tindakan kerakusan politik BN dan Umno khususnya.

"Usaha menyatukan suara-suara pembangkang bagi tujuan mendesak kerajaan memerintah dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh Anwar," kata beliau sambil menambah, rakyat perlu ingat bahawa usaha menyatukan perjuangan pembangkang wujud sejak dahulu lagi – sewaktu timbulnya Gagasan Rakyat yang merupakan kalobrasi DAP, PAS dan Semangat 46 serta Angkatan Perpaduan Ummah yang dibentuk oleh Tengku Razaleigh Hamzah dalam usaha mengimbangkan dominasi BN dan Umno dalam memegang kuasa di negara ini.

"Usaha Tengku Razaleigh tidak berjaya sebagaimana berjayanya Anwar sebagai faktor penyatu dalam Pakatan Rakyat yang telah berjaya mencabar monopoli politik yang ada pada BN khususnya Umno," kata beliau.

Malah katanya, ia merungsingkan BN-Umno sehingga pelbagai usaha dibuat untuk mematikan imej dan karier politik beliau.

"Kita lihat hari ini tindakan-tindakan terdesak kerajaan memerintah terhadap Anwar wujud kerana beliau berjaya memberi kesedaran baru, politik baru dan harapan baru kepada rakyat Malaysia.

"Ini dilihat sebagai satu ancaman kepada politik BN-Umno yang sedia ada," katanya.

Oleh itu tambah beliau, kemantapan PR sebagai satu alternatif kepada BN adalah politik nafas baru yang sebenarnya.

"Kehadiran Anwar dalam menyatukan parti-parti ini bagi menguatkan suara rakyat adalah satu kejayaan.

"Faktor kehadiran Anwar dalam politik tanah air amat kritikal dalam kita membawa harapan baru untuk rakyat Malaysia.

"Sekiranya Anwar gagal kita percaya BN dan Umno tidak akan melakukan usaha terdesak mereka untuk melenyapkan partisipasi Anwar dalam politik," katanya.

Malah kata beliau, generasi baru melihat Anwar sebagai ikon penyatuan yang akan menjadi suara baru dalam perjuangan rakyat.

Justeru, katanya, Asri perlu realistik dalam menuntut Anwar, Ahli Parlimen Permatang Paut, berundur dari politik.

"Alasan beliau tidak tepat dan ini juga mampu dilihat sebagai satu usaha untuk menggagalkan usaha reformasi yang dilakukan demi membebaskan rakyat dari terus ditipu oleh kerajaan memerintah.

"Anwar telah berjaya menggerakkan barisan pembangkang yang mantap dan semakin diterima rakyat Malaysia.

"Asri sepatutnya lebih kritikal dalam memberi pendapat dan tidak terikat dalam pandangan sealiran dengan BN yang telah banyak melakukan manipulasi kuasa semata-mata mahu terus menipu rakyat Malaysia," katanya.

Malaysian Insider

N-45 Galas: Tok Guru Islamkan 3 Orang Asal Di Lojing

Posted: 02 Nov 2010 05:12 AM PDT

Topeng Perak Unmasked's Photos - N-45 Galas: Tok Guru Islamkan 3 Orang Asal Di Lojing


"Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah," demikian kalimah syahadah yang telah dilafazkan oleh tiga orang penduduk asal Kampung Sandrop dalam Program Muhibbah Menteri Besar Kelantan bersama Masyarakat Orang Asal semalam.

Majlis pengislaman mereka yang dihadiri lebih daripada 300 orang penduduk asal menjadi lebih bermakna apabila ucapan lafaz syahadah mereka dipimpin oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri dan disaksikan oleh calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan turut hadir pada majlis itu adalah Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood dan Dr. Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai.

Ketiga-tiga saudara baru itu, Hashim Along, 32, Ramle Sabri, 20 dan Asot Jeli adalah berasal dari Kampung Sandrop juga.

Bn JANGAN CEPAT MELATAH

Posted: 02 Nov 2010 04:54 AM PDT

Galas: BN di depan, majoriti belum buat keputusan
Harakahdaily

SHAH ALAM, 2 Nov: Kajian lapangan yang dijalankan oleh Ilham Centre pada 29 hingga 31 Oktober mendapati BN mendahului PAS sebagai parti yang akan memenangi pilihan raya ini iaitu 22 peratus manakala PAS 15.6 peratus namun 54.1 peratus lagi respondan tidak membuat kenyataan pasti.

Ilham Centre, sebuah firma penyelidikan lapangan bebas, menemui bahawa jumlah pengundi yang meletakkan jawapan TIDAK PASTI dalam jangkaan parti mana akan menang adalah paling tinggi berbanding kawasan lain dalam beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini terutama dalam saat hampir dengan tarikh pengundian.

Jumlah pengundi ini boleh ditafsirkan sebagai pendirian berhati-hati dan mengambil pendirian tunggu dan lihat. Ini juga dilihat menyediakan peluang terbuka kepada kedua parti ini untuk berusaha meyakini dan memenangi hati pengundi untuk parti masing-masing menang dalam pilihan raya ini.

Dapatan kajian lapangan di kalangan pengundi di DUN Galas mendapati bahawa pengundi terlalu berhati-hati dalam menyatakan kecenderungan pola pengundian mereka.

Namun begitu, hasil kajian ini tidak perlu dirungsingkan sangat oleh PAS kerana 45 peratus respondan adalah ahli Umno berbanding dengan 20 peratus PAS dan PR dan 35 peratus lagi pengundi atas pagar.

Berikut adalah sebahagian ringkasan eksekutif yang dibuat oleh penal penyelidik Ilham Centre terhadap kajian mereka ini.

Jika diamati pada dapatan kajian, kebanyakan pengundi mengambil pendirian tunggu dan lihat "tawaran politik" oleh kedua-dua parti yang bertanding. Ini merujuk kepada soalan kepada mereka mengenai parti mana yang akan menang dan jawapan kepada numerator kebanyakannya memilih TIDAK PASTI akan mengundi siapa dan TIDAK RESPON sebagai tanda menyembunyikan pendirian politik mereka begitu tinggi.

Ini juga memperlihatkan satu trend menarik pengundi yang mana pendirian mereka yang memerlukan komitmen politik oleh kedua-dua parti dalam survival kehidupan mereka.

Mereka memerlukan PAS untuk menyelesaikan persoalan yang melibatkan bidang kuasa kerajaan negeri seperti pemilikan tanah, peluang pekerjaan, keperluan infrastruktur seperti air dan perparitan dan sebagainya.

Mereka juga masih memerlukan BN bagi pihak kerajaan persekutuan bagi menyelesaikan keperluan dan bantuan pertanian seperti baja, kemudahan infrastruktur dan pembangunan dalam cakupan kuasa federal kerana corak majoriti pengundi merupakan petani.

Maka, ILHAM dapati, dilema pendirian ini menyebabkan mereka mengambil pendirian berhati-hati sebelum menterjemahkan sokongan politik mereka kepada calon dan parti yang bertanding.

Mereka juga dilihat seolah-olah cuba mengelak daripada dilabel sebagai memihak dan berusaha menyembunyikan pendirian politik mereka dikhuatiri akan menjejaskan peluang untuk mendapatkan tuntutan setempat mereka.

Kajian ini dilaksanakan bagi melihat empat asas utama dalam kerangka pilihan raya iaitu, menilai sikap pengundi terhadap calon yang bertanding, mengetahui isu yang mempengaruhi undi, mengukur kekuatan jentera parti pada persepsi pengundi dan parti manakah pada pengamatan mereka akan memenangi dalan pilihan raya ini.

1. Populariti calon PAS melebihi calon UMNO

Calon PAS, Dr Zulkifli Mohamad dilihat lebih dikenali di kalangan pengundi berbanding calon BN. Merujuk kepada soalan mengenai calon yang mereka kenali, sejumlah 60 peratus pengundi yang ditemubual mengakui mengenali calon PAS ini. Ini kerana beberapa faktor antara yang jelas ialah, Dr Zulkifli ini pernah bertanding sebagai calon Parlimen pada pilihan raya lepas. Ini sebenarnya boleh ditafsirkan sebagai kelebihan kepada jentera PAS berbanding BN. Namun begitu, calon UMNO/BN mengekori rapat dengan 56.7 peratus popular di kalangan pengundi.

2. Isu Tanah dan Infrastruktur tidak lengkap membelit kempen PAS.

Dalam dapatan kaji selidik menunjukkan bahawa isu pemilikan tanah agak kritikal dibangkitkan oleh pengundi terutama di Daerah Mengundi Kampung Pulai, Batu Papan, Lepan Tupai dan Sungai Terah. Isu tanah diwakili peratusan tertinggi isu utama bagi pengundi Galas iaitu sebanyak 56.5 peratus Rungutan infrastruktur yang kurang memuaskan sebanyak 45 peratus.

Merujuk kepada isu tanah, di Kampung Pulai misalnya, permintaan pengundi Cina Peranakan terhadap status tanah yang diterokai mereka masih belum jelas status hak milik menyebabkan pendirian politik mereka agak dingin. Ini sedikit memberi tekanan dalam kempen PAS, kerana pengundi di sini ingin melihat penyelesaian konkrit dalam permasalahan ini.

3. Jentera tempatan tidak kelihatan, didominasi jentera luar dan kekuatan hampir seimbang antara kedua parti.

Sepanjang pemerhatian lapangan, kempen menerusi jentera mahupun program kerajaan agak kurang meriah berbanding beberapa siri pilihan raya kecil yang lain. Jentera kedua parti yang bertanding kelihatan sukar menghidupkan pos-pos bertugas parti. Kebanyakannya digerakkan oleh jentera daripada luar Galas. Namun, jika dibandingkan, jentera PAS dilihat lebih komited dan agresif berbanding jentera UMNO/BN setakat tempoh kajian lapangan ini dijalankan.

4. Kesimpulan

Dari hasil kajian lapangan di atas bolehlah di buat kesimpulan bahawa setakat tempoh berkempen ini, bacaan sikap pengundi atas pagar, dan orang asli adalah penentu kejayaan calon UMNO/BN untuk menang. Manakala PAS perlu mengekalkan momentum kejayaan pada pilihan raya lepas dengan mengekalkan sokongan pengundi Cina di kawasan Bandar, bergantung kepada pengundi luar Galas serta memenangi hati pengundi UMNO/BN yang kecewa dengan kerajaan persekutuan.

ILHAM melihat, dalam fasa akhir kempen yang berbaki 2 hari lagi, peluang kedua parti untuk menang masih terbuka luas dengan syarat jentera harus agresif meyakinkan pengundi.

Latar belakang kajian lapangan "Tinjauan Awal Perspektif Umum dan KecenderunganTrend Pengundian di N31 Bagan Pinang".

• Para pengundi berdaftar dan penduduk di N31 Bagan Pinang dipilih menerusi kaedah pemilihan berstruktur dan ditemubual (interviews) di samping pemerhatian secara terus dan penglibatan di lapangan (survey by direct and participant observation).

• Responden terdiri daripada 81.0 peratus pengundi Melayu dan 19.0 peratus Cina. Orang Asal tidak termasuk dalam kajian lapangan ini.. Respondan dipilih berdasarkan komposisi kaum dan lokaliti Unit Peti Undi (UPU) mengikut saluran di tempat itu.

• Persampelan dibentuk dengan mengambilkira jumlah pengundi berdaftar/ penduduk di setiap DUN dalam N45 Galas berasaskan parti, pecahan kaum, UPU, lokaliti kawasan, jantina, umur dan pekerjaan.

• Kawasan/lokaliti kajian adalah sekitar Galas yang melibatkan kawasan bandar dan luar bandar di 7 buah Unit Peti Undi (UPU) (Lepan Tupai, Batu Papan, Kampung Pulai, Sungai Terah, Bandar Lama Gua Musang, Bandar Baru Gua Musang dan Kampung Bharu)

• Temubual dan observasi dijalankan dari 29 hingga 31 Oktober 2010

• Ralat bagi kaji selidik ini adalah ±3.25 peratus.

Mengenai ILHAM CENTRE (KT0211031-M)

ILHAM Centre ditubuhkan pada 2006 sebagai sebuah firma penyelidikan bebas yang menumpukan pengkhususan dalam kajian lapangan. Fokus dan tumpuan penyelidikan berasaskan kajian lapangan mengambil kira pendekatan sepertimana kaedah penyelidikan akademik di peringkat pengajian tinggi. Penyelidikan pandangan awam yang dilakukan menerusi kaji selidik lapangan dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan kemasyarakatan dan kajian dasar.

Ilham Centre dibarisi oleh para pengkaji sosial yang mempunyai kepakaran di dalam bidang sains politik, politik antarabangsa, ekonomi dan kewangan, sains kemasyarakatan dan juga kajian dasar.

ILHAM Centre yakin bahawa sebuah negara yang maju harus didukungi dengan fakta dan statistik. Usaha ini juga bagi meletakkan harapan untuk menyumbangkan kepakaran untuk mengangkat tamadun Malaysia yang didasari dengan penggubalan dasar berdasarkan suara rakyat terbanyak.

Sekian, terima kasih.
Di sediakan oleh:
Panel Penyelidikan ILHAM Centre


SELEPAS DI TEGUR MUSA AMAN MENGELUAARKAN KENYATAAN AKAN MEMERHATI PERBICARAAN ANWAR

Posted: 02 Nov 2010 04:11 AM PDT



Badan Hak Asasai Manusia menggesa Malaysia menggugurkan dakwaan ke atas Anwar dan membidas kes itu sebagai "charade of justice," atau 'keadilan kepura-puraan' dan Amerika Syarikat telah memberi amaran bahawa ia sedang memerhati dengan teliti peristiwa berkenaan.


Namun isu ini bukanlah mudah untuk di tepis.Umno akan menyatakan bahawa Anwar adalah egen Amerika sebagaimana yang semua maklumkan.
Kita tidak tahu apa yang di "gempar" atau di beri kata dua kepada Musa Aman sehingga beliau membuat kenyataan tersebut.Ini perlu ditangani dengan berhemah oleh Bn kerana ianya akan memberi kesan hebat keatas pelaburan dan rakyat akan menderita sekiranya Amerika memboikot semua pelaburan baik di dalam mahupun di luar..

Setiap kenyataan yang di buat oleh pimpinan Umno dilihat sebagai satu ejekan kepada Amerika.Mana mungkin mereka tidak tahu akan tindak tanduk yang Malaysia lakukan,apa yang pimpinan Umno cakapkan dan apa propaganda yang Umno mainkan.Maka kerana itu, sistem kehakiman,dan semua sistem yang menjurus kepada kegagalan fungsi negara ini ..dilihat sebagai satu langkah yang boleh menjauhkan para pelabur , maka kerana itu semuanya harus di tukar.Bagaimanakah menukarnya ??? hanya ada satu jalan ..iaitu tumbangkan Bn.

wrlr

SIAPA SUDAH MULA MAIN KOTOR?

Posted: 01 Nov 2010 11:11 PM PDT

Tuesday, November 2, 2010


KEMUNCAK penentuan ibarat 'menghitung hari' siapakah bakal dinobatkan pengundi Parlimen Batu Sapi sebagai 'Wakil Rakyat Baru' untuk 30 bulan lagi setelah hanya kira kira 45 jam dari sekarang percaturan politik di PRK Batu Sapi akan ditutup.

Kerancakan mengatur langkah dan strategi di pusingan terakhir bagi setiap parti politik yang bertanding seperti BN, PR dan SAPP nampak jelas begitu ketara sekali kesibukannya sehinggakan ada calon yang kebingungan kerana program debat sini dan debat sana, akhirnya calon PKR Haji Ansari tersesat 'venue'.

Haji Ansari pada mulanya menyangkakan perhimpunan SAPP di Dewan Serbaguna Hakka, Batu 6, pada Ahad yang dihadiri kira-kira lebih 2,000 orang itu adalah 'venue' debat di antara Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman dengan Calon SAPP Batu Sapi Datuk Yong Teck Lee, tetapi sebenarnya debat itu telah dibatalkan.

Bagaimana pun, Ansari setelah dimaklumkan Setiausaha Agung SAPP Datuk Richard Yong bahawa debat itu telah dibatalkan beliau telah meninggalkan tempat itu walaupun dipelawa untuk duduk di kerusi depan selaku tetamu kehormat untuk mengikuti ceramah politik di situ.

Sementara itu, dipihak BN pula petugas parti itu kini sibuk mengatur strategi lain dalam usaha terakhir menarik seberapa ramai pengundi Batu Sapi untuk memihak/mengundi kepada calon BN Datin Linda Tsen pada 4 November kelak.

Di kawasan perkampungan pengundi bumiputra Islam kelihatan beberapa tompok dan longgokan barangan peralatan rumah seperti zing dan sebagainya konon untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan.

Salam Hormat,

YUSOP Z (sabahkini)

APAKAH MALAYSIA MENJADI PUSAT LONGGOKAN DADAH??

Posted: 01 Nov 2010 10:58 PM PDT

Syabu RM1.3 juta dirampas

Berita hari ini amat membimbangkan.Kerajaan menyatakan bahawa memacu kejayaan dengan berbagai aktiviti yang baik,canggih dan hebat, namun terlupa untuk membanteras najis dadah???Bagaiaman dengan NEP dan juga NKRA,NKRI,EPI...yang orang kkampung sendiri tak faham..namun kerajaan masih boleh bersahaja memperkenalkannya .

Bagi aku semua ini masih tidak sampai kepada orang kampung , kerana orang kampung dan penduduk Malaysia ini hanya membaca 8 muka surat setahun..

Adakah dengan dasar ini akan menjadikan rakyat negara kita mengejar sesuatu yang selama ini pula ketinggalan yang lain di mana dadah menjadi masalah besar, dan menjadikan ibubapa merasa risau dengan anak mereka.

Fikir-fikirkan kita adakah kerajaan melepaskan semua ini hanya dengan pembanggunan yang di rancang dan memberi tumpuan kepada ekonomi tanpa mengambilkira masalah yang boleh menjatuhkan negara ini.


wrlr

Nasaruddin : Pihak berkuasa harus siasat kenyataan Najib

Posted: 01 Nov 2010 10:51 PM PDT

Tiada ulasan: