Khamis, 4 November 2010

Tukar Tiub

Tukar Tiub


DI KLUANG HARI SABTU INI

Posted: 04 Nov 2010 09:44 AM PDT



UNTUK RENUNGAN KITA SEMUA
:

pilihanraya ini kalau boleh mengubah apa-apa
pasti pilihanraya ini telah lama di haramkan !



TERANGILAH - BERSINARLAH



nota:
bawalah cahaya kebenaran
bawalah cahaya kegembiraan
terangilah gelap yang menakutkan
terangilah hati yang gundah
bergembiralah anak semua bangsa


tim tukar tiub
mengucapakan selamat menyambut hari cahaya
khususnya kepada yang beragama hindu
juga
kepada seluruh umat manusia agar
kita semua mendapat cahaya kebenaran
ketika kita bertempur
melawan kejahatan dan kezaliman



TUKAR TIUB DI KLUANG SABTU ESOK



ATURCARA PROGRAM

2.30-4.00 ptg Pameran
- Kenderaan Klasik
- BMX
- Pakaian Bundle

4.00- 5.00 ptg Klinik
- Baju Rakyat
- Graffity Art
- Fotografi

5.00-6.30 ptg Film Screening:
- "GADOH - Aku Anak Bangsa Malaysia"

6.30-7.15 mlm Sesi Bual Bicara - Ulasan Filem "GADOH"
- Ah Chong dan Fazleena

7.30-8.15 mlm Live Performance 1:
- Jalan Terus by Nik Binjidan

8.30-9.00 mlm Sembang Tepi (Intro): Skema VS Stylo
- Isham dan Nur Fazleena


9.00-9.30 mlm Live Performance 2:
- Okestra Kaki Kayuh

9.30-10.00 mlm Sembang Tepi (wrap-up): Skema VS Stylo
- Isham dan Nur Fazleena


10.00-11.30 mlm Live Performance 3:
- Pak Samad
- Alternative Band Club (ABC)
- Voice of FELDA
- Band Kota Tinggi

nota:
tukar tiub dengan minah cun kah kah kah

nota:
tukar tiub akan muncul di slot
jam 8.30 malam - bertemu disana
sebelum itu ke kedai kopi
di stesen kereta api

KES TEOH BENG HOCK

Posted: 04 Nov 2010 09:31 AM PDT




CARA TEOH MEMBUNUH DIRI




nota:
mahkamah telah diberitahu
bahawa teoh telah mencekik dirinya
sendiri

untuk meyakin kan hakim
pihak sprm telah menunjukkan cara
teoh mencekok lehernya sendiri
dengan menggunakan tali leher kah kah kah



IO TAK TOLAK PEGAWAI SPRM MUNGKIN SUSPEK - mkini

Pegawai penyiasat kes kematian setiausaha politik exco negeri Selangor, Teoh Beng Hock memberitahu mahkamah hari ini bahawa beliau tidak boleh menolak kemungkinan beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai suspek dalam kes tersebut.

Ini kerana seorang saksi, yang juga pegawai SPRM, telah melihat mereka di tingkat 14 di mana Teoh disoalsiasat sehingga awal pagi 16 Julai tahun lalu, iaitu pada hari yang sama, Teoh ditemui mati.

JENG JENG JENG
JENG JENG JENG
JENG JENG JENG


nota:
ini kes siasat sampai mati
kes ini sahaja di panjang panjang kan
agar orang ramai lupa

tetiba satu hari ini nanti
akan keluar keputusan koroner
akan keluar kenyataan yang mengatakan
bahawa teoh beng hock betul betul telah mati
kematian dibuktikan kerana teoh todak bernafas lagi
juga mayat teoh telah ditanamkan

tetapi apa yang menyebabkan teoh mati
walah wu alam bissawab
sebab kematian tidak diketahui
mungkin teoh cekik lehernya sendiri kah kah kah

tak percaya?

sila tunggu kah kah kah


SEBELUM KE JALAN RAYA - DATANG KE SINI DAHULU

Posted: 04 Nov 2010 09:19 AM PDT




SEMUA DI JEMPUT DATANG




nota:
kita telah saksikan
penipuan dan beerat sebelah spr
di dua pilihanraya kecil - batu sapi
dan galas

kita telah marah - jangan marah sahaja
tapi tidak melakukan apa apa

datang ke majlis ini buktikan
kemarahan anda sebelum kita
semua turun ke jalan raya sekali
lagi kah kah kah



JEMPUTAN PELANCARAN BERSIH 2.0
BERSATU DAN MELANJUTKAN REFORMASI PILIHAN RAYA


Kami, jawatankuasa induk BERSIH 2.0 ingin menjemput anda/organisasi anda untuk bersatu bersama-sama kami dalam melanjutkan usaha ke arah pilihanraya bersih dan adil. Banyak lagi yang perlu dilaksanakan dan BERSIH 2.0 memerlukan sokongan dan bantuan anda dalam memastikan misi Malaysia yang demokratik menjadi realiti.

BERSIH 2.0 percaya hanya menerusi pilihanraya yang bersih dan adil sahaja seseorang warganegara mampu mengenalpasti hala tuju mereka dan berharap pihak yang dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan sesebuah pemilihan itu bertindak dengan telus dan berkesan. Perjalanan untuk reformasi pilihanraya adalah ranjau dalam proses demokrasi, termasuk kedaulatan undang-undang dipulihara, hak asasi manusia dilindungi, urustadbir baik dan pengelastarian di dalam pembangunan Negara.

Sebagai waraganegara kita boleh menjadikan impian ini satu kenyataan. Isu-isu utama dalam reformasi pilihanraya termasuk:

1. Pembersihan sepenuhnya senarai pemilih bagi memastikan sebarang penipuan disisihkan dan senarai pemilih yang penuh dengan integriti.

2. Penggunaan dakwat kekal (seperti yang dijalankan di Indonesia dan India) bagi menghalang pengundian berganda.

3. Reformasi dalam pengundian pos dengan memansuhkan senarai pemilih yang berasingan yang sedia ada bagi pengundi-pengundi pos dan juga untuk menjadikannya sistem yang lebih fleksibel bagi semua pengundi – di dalam mahu pun di luar Negara , dengan alasan munasabah untuk memilih untuk menjadi pengundi pos.

4. Akses media yang bebas dan adil untuk kesemua parti yang bertanding, termasuk: (a) akses bebas terhadap media milik kerajaan terutamanya televisyen dan radio; (b) akses pembayaran (iklan politik) adil di dalam media swasta; dan (c) peruntukan di dalam hak untuk menyerang balas terhadap kesemua parti yang bertanding dan wakil-wakil yang bertanding yang sebelumnya mendapat liputan negatif di dalam laporan-laporan berita.

5. Tempoh kempen minima 21 hari

6. Amalan-amalan adil dan professional dalam persempadanan kawasan supaya mengurangkan pembahagian yang tidak adil (malaportionment, gerrymandering) yang seterusnya menyebabkan pembahagian kerusi dan undi yang tidak seimbang.

7. Pendaftaran otomatik untuk semua pengundi yang layak.

8. Pengurangan kelayakan umur pengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun.

9. Reformasi dalam urusan kewangan pilihanraya bagi memastikan ketelusan dan menghadkan kecenderungan terhadap politik wang.

10. Pentadbiran yang tidak berat sebelah di semua peringkat kerajaan sebelum, selepas dan semasa pilihan raya umum atau kecil, untuk badan perundangan di peringkat persekutuan dan negeri.

11. Memperjuangkan hak semua pelajar berumur 18 tahun ke atas untuk mengambil bahagian dalam politik di dalam dan di luar kampus.

BERSIH 2.0 menghargai sumbangan yang dicurahkan oleh kumpulan awal BERSIH dengan agenda reformasi mereka. BERSIH 2.0 kini dilancarkan sebagai gabungan kumpulan masyarakat yang tidak berpartian. Ia merupakan sebuah gerakan rakyat biasa yang ingin memastikan hak kepada pilihanraya yang bersih dan adil seperti yang dijamin oleh undang-undang. Undian dan suara kita mestilah diutamakan.

Butir-butir pelancaran seperti berikut:

Tarikh : 10 November 2010 (Rabu)
Masa : 8.30 mlm. – 10.30 mlm.
Tempat : Dewan Sivik PJ, Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya.

Sila panjangkan jemputan kepada ahli-ahli dan rakan anda ke pelancaran Bersih 2.0. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Nurul di 03-77844977.

Yang benar,
Dato' Ambiga Sreenevasan
Pengerusi Ahli Jawatankuasa Induk



PELUANG DATANG HANYA SEKALI

Posted: 04 Nov 2010 09:12 AM PDT



ADA CHAN MUKA TEMBAM MASUK AKHBAR



nota:
kalau tak ada berita karut ini
sampai dunia kiamat pun muka
tembam ini tak akan masuk media
inilah satu satunya peluang
untuk si muka tembam kah kah kah


KETUA PUTERI UMNO KUALA KRAI DISERANG KETIKA RAYU UNDI - melayau

Ketua Puteri UMNO Kuala Krai, Suzaini Adlina Mohd. Shukri, cedera diserang seorang wanita dipercayai anggota parti lawan ketika sedang merayu undi di Sekolah Kebangsaan Cina Gua Musang di sini dalam pilihan raya kecil Galas hari ini.

Dalam kejadian 11.30 pagi itu, Suzaini Adlina, 37, diserang dari arah belakang oleh wanita itu yang menggunakan tiang bendera menyebabkan beliau cedera di dahi dan hidung.

"Ketika itu peraih undi parti lawan berada di sebelah kanan dan saya berada di sebelah kiri, dan apabila datang seorang pengundi, saya turut bersama dengan anggota wanita parti lawan mengiringi pengundi tersebut ke pusat pengundian.

"Secara tiba-tiba saya diserang daripada belakang dari arah belakang. Dia mengetuk saya dua kali dan apabila saya berpaling ke arah penyerang itu, sekali lagi saya diserang," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Gua Musang.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… SIAPA MENYERANG MINAH TEMBAM INI?.... kah kah kah..

kah kah kah… PENYERANG INI TAK ADA KELAS… kah kah kah..

kah kah kah… KALAU MINAH INI CUN OKAY JUGA… kah kah kah..

kah kah kah… INI MINAH TEMBAM…. KENAPA SERANG?.... kah kah kah..

woit… LAAA BILA TENGOK MUKA … BUKAN KITA SIMPATI… KITA TAK ADA SELERA NAK MAKAN…. kah kah kah..


LAGI KRITIKAN TERHADAP PEMILIHAN

Posted: 04 Nov 2010 09:01 AM PDT



KRITIKAN DARI PUCUK PIMPINAN



nota:
tak kan kenyataan ini juga
dianggap cuba meruntuhkan parti
selalu dituduh orang bukan ahli
parti ingin merosakkan parti kah kah kah

tapi yang megeluarkan kenyataan
ini bukan sahaja orang parti
tetapi pemimpim pkr semndiri
kah kah kah


JAWATANKUASA PEMILIHAN PARTI (JPP) 2010 MESTI TELUS & ADA INTEGRITI

Proses pemilihan Parti KEADILAN telah bermula pada 29 Oktober 2010, namun apa yang kita harapkan untuk memperolehi satu sistem pemilihan yang adil dan telus daripada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) semasa mengendalikan proses pemilihan amatlah mendukacitakan.

Kita juga pernah menyuarakan bantahan sebelum ini, dalam peringkat proses pencalonan dan pemilihan cabang terhadap JPP, disebabkan banyaknya berlaku masalah dan ketidakseragaman dalam melaksanakan syarat dan peraturan pertandingan yang sepertimana yang ditetapkan oleh JPP itu sendiri. Secara jelasnya, walaupun terdapat banyak bantahan yang telah dikemukakan, sehingga kini tidak ada apa-apa tindakan dan keputusan yang diambil oleh jawatankuasa tersebut, walaupun terdapat syarat dan peraturan tidak yang secara jelas tidak dipatuhi.

Permasalahan ini terus berlarutan sehingga ke proses Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat yang sedang berlaku dan akan berakhir pada 21 November 2010 nanti, ketelusan terhadap JPP ini terus dipertikaikan oleh pelbagai pihak, dengan beberapa insiden, salah laku yang telah berlaku secara jelasnya, dimana terdapat kaedah pengendalian tidak bersikap profesional dan bersifat condong sebelah pihak. Ini termasuk, soal penjumlahan undi yang diumumkan tidak konsisten, terutamanya keputusan yang melibatkan kedudukan Jawatan Timbalan Presiden.

Justeru, bagi memastikan kelangsungan perjuangan parti yang berlandaskan keadilan untuk semua, kami mohon supaya status JPP ini digantung dan proses pemilihan parti ditangguhkan sehingga kita yakin sepenuhnya badan atau Jawatankuasa Pemilihan ini mengambil tindakan yang proaktif membaiki kelompangan yang ada. Tindakan ini perlu, supaya ianya tidak akan menimbulkan pelbagai masalah dalam proses Pemilihan Parti 2010 seterusnya.

Kami juga telah menyiapkan satu memorandum cadangan bagi penambahbaikan JPP untuk diserahkan kepada Presiden KEADILAN dan Pengerusi JPP.

Kami juga menegaskan, bentuk tindakan yang kami lakukan ini adalah kerana kami meletakkan kepentingan parti itu di atas, malah juga untuk menjaga keharmonian dan kepentingan parti ini. Hasrat baik pendekatan parti untuk memberi kuasa memilih kepada kepada setiap anggota pastinya tergugat dan terhalang, sekiranya badan atau jawatankuasa yang dilantik tidak dapat berperanan dengan sebaiknya. Kita tidak mahu anggota parti sendiri ditipu dan dizalimi oleh kerana kepentingan pihak tertentu, sepertimana apa yang kita perjuangkan untuk memberi keadilan untuk semua. Suara anggota akar umbi mestilah dikembalikan dalam KEADILAN.

"KESINAMBUNGAN PERJUANGAN"
"KEMBALIKAN SUARA RAKYAT"

MUSTAFFA KAMIL AYUB
Naib Presiden Keadilan
Calon Timbalan Presiden Keadilan



KEPUTUSAN UNDIAN TAK RESMI

Posted: 04 Nov 2010 04:03 AM PDT




BERITA TERKINI
- jam 7.43

calon Pas di Galas kalah
majoriti 900 +++



INI TIANG GOL PAKATAN




MARI KITA MAIN BOLA


7.01pm: GALAS

Dr Zulkefli Mohamad (PAS) - 2,270
Abdul Aziz Yusof (BN-Umno) - 2,834
Majoriti - 564

7pm: BATU SAPI

Linda Tsen (BN-PBS) - 5,051
Yong Teck Lee (SAPP) - 1,018
Ansari Abdullah (PKR) - 1,709
Majoriti - 3,342

TIANG GOL GEROMBOLAN


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


nota:
sampai mampus
menendang bola tak masuk
kah kah kah


SPR MESTI KATA TAK ADA BUKTI

Posted: 04 Nov 2010 01:50 AM PDT




INI LOGO BARU SPR



nota:
kalau pilihanraya boleh mengubah apa apa
pilihanraya telah lama diharamkan


tak percaya?

tengok laa nanti
semua telah disusun
padang telah sedia
refree telah ada
penjaga garis telahada
bola telah ada

hanya menunggu bila nak maian bola?
kah kah kah


HABUAN PILIHANRAYA ; RATUSAN LAGI BERATUR UNTUK RM250
– mkini

Barisan panjang kelihatan di bilik operasi BN di Bukit Cekati, Gua Musang, di mana kira-kira 300 orang beratur selepas mengundi.

Kira-kira 12.30 tengah hari tadi, orang ramai kelihatan mendaftar di kaunter sebelum masuk ke dalam sebuah bilik secara bergilir.

Mereka kemudian kelihatan memegang sepucuk sampul coklat.

Semakan mendapati jumlahnya bernilai RM250.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... TAK JUMLAH INI PUN TAK SALAH…. kah kah kah..

kah kah kah…. DUA RATUS LIMA PULUH RINGGIT…. kah kah kah..

kah kah kah…. INI SAHEH BELI UNDI…. kah kah kah..

kah kah kah…SPR MESTI …BUTA TAK NAMPAK…. kah kah kah

nota:
masih lagi nak main bola?
kah kah kah
kah kah kah


TERBUKTI TIPU MELAYU

Posted: 04 Nov 2010 01:39 AM PDT





HIASAN PETANG UNTUK KETAWA





BERITA HARIAN AKUI SALAH LAPOR DAKWA KIT SINAG KARA UMNO KAPIR - minsider

Berita Harian hari ini mengakui bahawa pihaknya telah membuat kesilapan dalam laporan mendakwa Penasihat DAP Lim Kit Siang melabelkan "Umno kafir" pada satu kempen di Galas yang beliau sendiri tidak hadir.

Akhbar harian milik Umno itu mendakwa Lim mengeluarkan kenyataan "Umno orang kafir" demi mempengaruhi pengundi kaum Melayu pada pilihan raya kecil DUN Galas yang sedang berlangsung.

Berita kontroversi tersebut melaporkan Ketua Menteri Melaka i Mohd Ali Rustam sebagai berkata, Lim membuat kenyataan demikian di depan Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) i Anwar Ibrahim.

Justeru, Berita Harian hari ini melaporkan kenyataan Ali Rustam itu tidak merujuk kepada Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit…. SAMAN JANGAN TAK SAMAN…. kah kah kah..

kah kah kah…. HOBEN JAN TAK HOBEN…. kah kah kah..

kah kah kah… HOBIN SAMPAI RAHAI…. kah kah kah…

nota:
inilah kerja akhbar gerombolan
hari hari buat kacau
hari buat huru hara
timbulkan kebencian melayu terhadap china

ini bukan kerja kafir
jangan burukkan kapir
orang kapir yang makan babi
dan tak baca bismillah itu
perangai mereka lebih sopan
lebih hormat sesama manusia

jangan sama juga mereka dengan binatang kurap
kerana binang juga tahu hormat menghormati

jangan sama mereka dengan tai dan berak
keran taik dan berak menjadi baja yang lumayan

ini kerja bani melayu gerombolan
bani melayu yang jadi barua
barua ketuanan melayu
kerja malas - nak cari kontrek kah kah kah

BERITA TERLAMBAT MASUK

Posted: 03 Nov 2010 09:19 PM PDT




SIAPA INI ?





nota:
ini nenek kebayan ke?
atau hantu kum kum?














200 AHLI PKR MASUK UMNO – berita hairan

Seramai 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Wangsa Maju termasuk bekas Ketua Cabangnya dari 1999 hingga 2004, Mohd Nasir Husin keluar daripada parti itu untuk menyertai UMNO.

Mereka menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO bahagian Wangsa Maju, Mohd Shafei Abdullah, semalam.

Mohd Nasir berkata, mereka mengambil keputusan itu setelah melihat parti PKR sudah terkeluar daripada landasan asal perjuangan sebelum ini dan lebih tertumpu kepada kepentingan individu bagi mencapai hasrat untuk menawan Putrajaya.

"Yang membuat reformasi sebenarnya adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, PKR hanya pandai melaungkan saja tapi tidak ada reformasi pun berlaku dalam parti itu.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… LAMA KITA TUNGGU BERITA INI…. kah kah kah..

kah kah kah… PASAL APA LAMBAT SANGAT…. kah kah kah..

kah kah kah…. LAMBAT PASAL APA?.... kah kah kah..

kah kah kah….. BAJET LAMBAT MASUK KE?.... kah kah kah..

kah kah kah…. NASIB BAIK KITA SEMUA SABAR…. kah kah kah..

nota:
pelik tiap kali ada piliharaya kecil
akan ada yang meninggalkan parti
yang pelik lagi memelikan – malaon
yang keluar parti ini – suka bergambar
posing depan kamera

tak kan tak ada cara lain nak bergambar
gambar beri borang sudah leceh

kenapa tidak ambil gambar menonggengkan
pasti ada laporan dalam new york times
atau aljazera dan cnn akan buat lipuran
akhbar tempatan ini rakyat malaysia tak ambil pot kah kah kah

nota:
setakat ini kalau di kumpul jumlah
yang telah keluar parti hampir 37,857 orang
tak sangka pkr ada banyak ahli
tambah 200 daro wangsa maju jumlah nya 38,057
kah kah kah

HIKMAH PILIHANRAYA KECIL

Posted: 03 Nov 2010 08:44 PM PDT





BANJIR MELANDA WILAYAH UTARA



nota:
hujan makin lebat
minta minta buaya keluar
kah kah kah







PROJEK JAMBATAN MANEK URAI DITERUSKAN -melayau

Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pembinaan projek jambatan di Manek Urai yang menelan kos sebanyak RM17 juta akan diteruskan.

Beliau berkata, meskipun kosnya naik sekali ganda berbanding RM8 juta sebelum ini, ia tidak menghalang Kerajaan Pusat meneruskan projek berkenaan kerana ia berkaitan dengan kepentingan rakyat.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… NASIB BAIK ADA KEMATIAN YB DI GALAS…. kah kah kah..

kah kah kah… KALAU TIDAK JAMBAN TAN INI TAK SIAP SIAP…. kah kah kah..

kah kah kah…. INILAH HIKMAH NYA PILIHANRAYA KECIL… kah kah kah…

woit… MARI KITA MINTA PARA YB MELAWAT KAWASAN BAJIR… kah kah kah..

kah kah kah... HULUR HULUR DERMA DAN BUAT BUAT SIBUK... kah kah kah..

kah kah kah.... NASIB BAIK DI TELAN BUAYA.... kah kah kah

kah kah kah… ATAU SATU DUA ORANG HANYUT…. SELURAH MALAYSIA AKAN BERSYUKUR…. kah kah kah..

SELAMAT MENGUNDI ADEK DAN KAKOK

Posted: 03 Nov 2010 08:28 PM PDT





HINGGA KE SAAT INI






24.02 PERATUS KELUAR MENGUNDI DI GALAS

Masa pengundian: 8 hingga 5 petang
Pengiraan undi: Bermula 6.30 petang
Keputusan: Menjelang jam 9 malam

BATU SAP: JUMLAH KELAUAR MENGUNDI 23.05 PERATUS

Masa pengundian: 8 hingga 5 petang
Pengiraan undi: Bermula 6.30 petang
Keputusan: Menjelang 8 malam

nota:
sumber malaysiakini


JANGAN TIMBANG TETAPAI BUKANKAN UNDI ANDA
– karakah daily

Para pengundi Galas diminta jangan 'timbang-timbang' undi anda tetapi 'bulatkan' tekad anda untuk mengundi calon PAS dalam pilihan raya kecil ini.

Inilah antara mesej yang disampaikan menjelang para pengundi Galas dan Batu Sapi membuat pilihan mereka hari ini.

Pelbagai mesej dihantarkan kepada para pengundi melalui sms, twitter, blog dan sebagainya dan kini kempen tidak ada sempadan lagi walaupun berdepan laut di Batu Sapi atau hutan Hulu Kelantan di Galas.

"Kepada pengundi x2 GALAS, janganlah "TIMBANG"x2 undi anda, fikirlah "BULAT"x2 dan mengundi. Selamat mengundi," tulis P Sugumaran, aktivis DAP dari Ipoh melalui twitternya.



Tiada ulasan: