Ahad, 14 November 2010

shalehudin

shalehudin


Kula gagal

Posted: 14 Nov 2010 09:00 AM PST

Kulasegaran Gagal Pertahan Jawatan Timbalan Pengerusi DAP Perak

IPOH: Timbalan Pengerusi DAP Perak M. Kulasegaran gagal mempertahankan jawatannya pada pemilihan sempena Konvensyen DAP Perak di sini Ahad.

Hanya seorang penyokongnya iaitu bendahari DAP Perak yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Jalong Leong Mee Meng yang terpilih dalam senarai 15 anggota jawatankuasa negeri.

Sebanyak 41 calon menawarkan diri pada pemilihan berkenaan.

Kulasegaran yang juga Anggota Parlimen Ipoh Barat bagaimanapun dilantik sebagai salah seorang Naib Pengerusi DAP Perak.

Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham mempertahankan jawatannya bersama dengan Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming.

V.Sivakumar, Adun Tronoh yang juga bekas Speaker DUN Perak semasa pakatan pembangkang memerintah sebelum ini terpilih sebagai Timbalan Pengerusi.

Sebanyak 961 perwakilan menyertai pemilihan yang berlangsung di sebuah hotel di sini. Jumlah keseluruhan perwakilan yang sepatutnya mengundi ialah sebanyak 1,228 orang.

Sementara itu, Ngeh yang juga Adun Sitiawan berkata jawatankuasa baru yang dipilih itu bersetuju menubuhkan enam biro baru bagi meningkatkan perkhidmatan parti kepada masyarakat.

Enam biro itu ialah Perkhidmatan Perubatan, Pendaftaran Air, Biro Guaman, Pembangunan Ekonomi, Hal Ehwal Pengguna dan Kebajikan Sosial. - BERNAMA

Cepat dan bebas

Posted: 14 Nov 2010 07:36 AM PST

Pegawai kanan Yayasan Selangor diarah bercuti

Pegawai kanan Yayasan Selangor diarahkan bercuti bergaji selama sebulan berkuatkuasa serta merta sehingga siasatan terhadap perbelanjaan mewah bagi majlis sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu disiasat.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, tindakan terhadap Timbalan Pengurus Besar Mohd Sharifuldin Sulaiman itu bagi memastikan siasatan dilakukan dengan cepat dan bebas.

"Laporan awal yang diterima menunjukkan penglibatan pejabat timbalan pengurus besar yayasan itu," katanya.

Kelmarin, Sultan Selangor membatalkan keberangkatan ke majlis jamuan tengahari anjuran Yayasan Selangor yang dijadual esok kerana dukacita dengan kosnya yang terlalu tinggi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud dilaporkan pada pendapat Baginda kos makan tengah hari lebih daripada RM300,000 adalah amat tinggi dan membazir.

Baginda berpendapat lebih berfaedah jika wang itu digunakan untuk belanja pembelajaran dan kebajikan atau untuk membiayai lebih ramai pelajar dari golongan yang kurang berkemampuan.

Baginda menyifatkan jumlah perbelanjaan sebesar itu bagi majlis makan tengahari sempena sambutan ulang penubuhan Yayasan Selangor sebagai satu pembaziran.

Dalam satu kenyataan hari ini, Khalid berkata, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghargai setiap maklumat salah laku bagi memastikan pentadbiran negeri dan anak syarikat diuruskan dengan telus dan bertanggungjawab.

"Kita juga tidak akan teragak-agak untuk membuat keputusan berani termasuk membawa mana-mana individu yang terbukti melakukan salahguna kuasa ke muka pengadilan," katanya.- Malaysiakini

Selamat jalan ego

Posted: 14 Nov 2010 05:48 AM PST

Tahniah buat Zaid Ibrahim kerana anda cepat sedar diri. Anda tidak perlu membuang masa terlalu lama setelah anda sendiri yang membuka pintu keluar dari PKR seluas itu. Bertuah sungguh lah ahli ahli dan blogger Pakatan lain yang sanggup sehidup semati dengan Zaid selama ini. Sanggup memaki pimpinan PKR hanya semata mata mempertahankan Zaid yang kini bakal angkat kaki memimpin parti baru citarasanya sendiri.

Tahniah jugak pada blogger dan ahli ahli Pakatan lainnya kerana anda punya pemimpin yang amat peka dengan situasi semasa. Zaid kini sudah mula membayangkan sebuah parti baru yang lebih hijau, lebih baik dan lebih banyak rumput untuk diragut. Ini citarasa barunya, parti baru perisa peribadi Zaid. Jelas Zaid begitu terharu dan mengeluh kerana tiada siapa lagi yang ingin menerimanya sebagai ahli mereka.

Dalam wawancara terbarunya dengan Mingguan Malaysia, bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu menjawab perlbagai persoalan sekitar kesetiaan politiknya pada PKR dan Anwar, Zaid mengulas lebih banyak tentang kemungkinannya menubuhknya parti baru bagi meneruskan agenda perjuangannya.

Jelas diri Zaid penuh tepu dengan rasa ego dan besar kepala, yang tentunya tiada tempat dalam Pakatan... Selamat jalan ego... - http://shalehudin.blogspot.com/

Orang Pas kena khatam ni...

Posted: 14 Nov 2010 03:01 AM PST

Hayati Dan Laksana Saranan Presiden

Oleh Mohd Sayuti Omar
SARANAN presiden Pas, Abdul Hadi Awang agar parti itu menang dengan kekuatan sendiri dan bukan kerana kelemahan Umno adalah tepat, dan perlu dihayati seterusnya dilaksanakan oleh semua ahli. Sebagai parti Islam terbesar dan tertua (masih hidup) di negara ini seharusnya Pas mempunyai keyakinan diri yang kuat untuk merealisasikan perjuangannya.

Menurut Abdul Hadi ada tiga asas penting bagi Pas untuk muncul sebagai parti terkuat kemudian memungkinkan Pas menerajui pemerintahan Malaysia di masa akan datang.

1. Kekuatan aqidah di kalangan ahli.
2. Mempunyai cawangan yang banyak dan ahli yang ramai, dan
3. Strategi yang berkesan dan digerakkan kepada peringkat akar umbi.

Beliau menegaskan demikian ketika berucap merasmikan seminar "Pas Sedia Ganti Umno" di Shah Alam hari ini. Seminar itu dihadiri para pemimpin Pas di semua peringkat dari seluruh negara. Dengan adanya seminar berkenaan ia menunjukkan iltizam dan keazaman Pas untuk mengambil alih teraju pemerintahan negara ini.

Tiga asas demikian hendaklah difahami serta dilaksanakan oleh ahli Pas sungguh-sungguh. Terutama mengenai aqidah dari kalangan ahlinya. Dalam sudut ini ada dua aspek, akidah agama (Islam) yang menjadi pegangan Pas dan aqidah (pegangan, prinsip dan dasar) perjuangan Pas. Dasar atau prinsip ini termasuk uslub yang diterima pakai oleh Pas yang bersesuaian dengan siasah Islam.

Ahlinya hendaklah senantiasa memperkukuhkan aqidah Islamiah mereka dan tidak lari dari matlamat asas Pas yang ditubuhkan untuk membangunkan Islam. Tidak mudah hanyut atau tergadai dengan keadaan-keadaan ataupun anjakan politik baru. Disebabkan kelonggaran pegangan aqidah ini kekuatan Pas yang dibina atas prinsip Islam dan ukhwah itu akan longgar dan runtuh sejak akhir-akhir ini. Satu sisi yang dapat dilihat kepada hubungan sesama pemimpin Pas kurang mesra ataupun wujud gap tertentu.

Jika ini tidak diatasi macam mana Pas akan lahir sebagai parti tonggak untuk menerajui kerajaan kelak. Lantaran itu Pas perlu kembali ke zaman silam (ukhwah) di samping mengaturkan strategi canggih dalam politik tetapi tidak lupa membawa ahli ke dalam usrah atau memperbanyakan majlis berbentuk ilmu meningkat iman dan takwa. Pas perlu sedar bahawa parti itu adalah wasatan ambiak.

Peranan ini boleh dimainkan oleh Dewan Ulama. Banyak para agamawan muda yang menyertai Pas kini mereka boleh dimanfaatkan untuk menyebarkan ilmu mereka kepada ahli Pas dan menyuburkan semangat wasatan ambiak dalam Pas.

Medan atau majlis ceramah hari ini nampaknya mengasingkan ahli dengan ilmu. Ceramah lebih kepada penjelasan isu politik dan dalam masa sama menjadi medan mengintrodinasi ke atas orang ramai agar menyokong Pas secara ekstrim dan membenci musuh juga secara ekstrim. Ada sesetengah penceramah yang diundang langsung tidak mempunyai knowledge Islam atau siasah Islam.

Penegakkan dan pengukuhan aqidah agama dan perjuangan ini bukan saja dari kalangan ahli tetapi pemimpin tertinggi juga. Ada sesetengah pemimpn kelihatan longgar dan rapuh aqidahnya sedia menukar ataupun menerima konsep matlamat menghalalkan cara untuk mendapatkan kuasa dan kedudukan. Fenomena atau pun sindrom ini perlu dibendung oleh Pas.

Perkara kedua juga penting. Pas perlu menubuhkan seberapa banyak cawangan dan memiliki ahli seberapa banyak yang boleh. Tetapi malang kepentingan ini nampaknya tidak diambilkan oleh Pas. Pas tidak melihat keperluan untuk memiliki cawangan seberapa banyak yang daya. Walhal dengan ada cawangan yang banyak ia mudah menggerakan parti berkenaan dalam menghadapi pilihan raya.

Negeri-negeri di sebelah Selatan, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan ternyata Pas tidak mempunyai cawangan yang banyak. Kekurangan atau ketiadaan cawangan ini menyebabkan Pas tidak dapat menyalurkan maklumat atau propaganda mereka kepada orang ramai kerana tidak ada saluran.

Jadi saranan presiden itu hendak diambil tindakan segera. Pas perlu menubuhkan jawatan kuasa kempen penubuhan cawangan baru dan menambah keahlian secara menyeluruh. Peruntukan juga perlu disediakan untuk tujuan ini.

Manakala strategi yang berkesan seperti mana disarankan itu sukar untuk dilaksanakan. Presiden atau Pas sendiri perlu menggariskan strategi yang hendak dilakukan. Harus ada blue print berhubung perkara itu. Apakah keberkesanan yang dimaksudkan itu. Ini memerlukan...garis panduan jelas. Dan strategi ini pula biarlah berbagai-bagai.

Lazimnya untuk mendapatkan idea dalam menuangkan startegi ini ia memerlukan pemimpin yang kreatif, inovatif dan rajin. Sudah sampai masa bagi Pas menukar perlahan-lahan beberapa pemimpin tua dan lapok di dalam parti berkenaan yang sudah kekeringan idea. Pemimpin yang bulu hidung dan bulu telinga sudah beruban perlulah ditukar atau berundur secara terhormat.

Sikap malu alah atau masih menggunakan perkakas lama tidak sesuai dan memberi kebaikan kepada Pas. Pas perlu mengorbankan pemimpin yang demikian. Mereka juga sepatutnya insaf dan sedar dengan berundur sebelum mereka diminta berbuat demikian. Biarlah golongan muda atau pelapis berada di barisan hadapan. Mereka sebenarnya tidak boleh membuat ukuran dengan mata sendiri tetapi harus menerima pakai kritikan umum sebagai kayu pengukur.

Presiden perlu memantau dan menilai ini semua. Kalau presiden sendiri bersikap melindungi pemimpin tua yang tidak dapat memberi atau menyumbangkan idea kreatif apa yang disarankan itu akan menjadi sia-sia saja.

Banyak pemimpin muda dalam Pas yang datang dari berbagai profesyen yang boleh dimanfaatkan. Mungkin mereka tidak mempunyai kekuatan dari segi pemahaman konsep kepimpinan ulama dan sukar mengekalkan Pas sebagai parti Islam progresif. Ini bukan alasan untuk tidak menggunakan mereka. Mereka boleh dijana dan dicetak fikrahnya seperti mana dikehendaki Pas.

Adalah sesuatu yang merugikan Pas kalau pemimpin muda yang bersemangat dan sedang ghairah untuk berbakti kepada Pas tidak dimanfaat sepenuhnya. Lama kelamaan kalau mereka dihalang dengan berbagai alasan yang remeh, mereka akan menjadi mandul atau pun secara perlahan akan mendiamkan diri.

Saranan presiden itu baik dan boleh dijadikan cetusan ke arah menjadikan Pas sebuah parti pembinaan agama, bangsa dan negara sebagai mengganti atau mengambil alih tugas Umno yang telah lebih setengah abad memerintah negara

http://msomelayu.blogspot.com/

PKR: Hidup segan mati tak mahu

Posted: 14 Nov 2010 02:00 AM PST

PKR: Siapa menang, siapa kalah?

Oleh A Kadir Jasin
Kalau Zaid lawan Anwar, siapa akan menang? Anwar dan Zaid belum tentu menang. Yang akan menang tanpa menggerakkan sepuntung jari pun adalah parti-parti dan pihak-pihak yang bersaing atau bermusuh dengan PKR.

Hakikatnya bukan soal kalau lagi. Perlawanan Zaid Ibrahim dengan Anwar Ibrahim sudah pun bermula.Apa tidaknya, Zaid secara terbuka, termasuk melalui media massa arus perdana yang tidak diyakini oleh pembangkang, telah mencabar Anwar dan orang kanannya, Mohd Azmin Ali, supaya memberi laluan kepada kepemimpinan baru.

Dan Zaid tentu tidak berjenaka, sinis atau skeptis apabila dia berkata, dia layak memimpin PKR. Yang malang adalah Zaid telah menarik dari daripada pertandingan timbalan presiden dan meletakkan semua jawatan parti.

Jadi, peluangnya memimpin PKR atau mengambil bahagian dalam proses kepemimpinan telah berakhir melainkan dia cuba memimpin parti itu dari luar melalui kaedah perang gerila atau pemberontakan.

Kemungkinan Zaid merampas kuasa melalui pemberontakan pasti tidak dipandang ringan oleh Anwar dan penyokongnya kerana bukan semua elemen dalam kepemimpinan dan keahlian PKR setia kepada Anwar.

Inilah bahana hasrat dan taktik Anwar cuba memperbesar dan memperkuatkan PKR dengan membawa masuk atau membenarkan kemasukan sesiapa saja tanpa menilai latar belakang serta kesesuaian mereka dengan aspirasi dan perjuangannya. Akhirnya keasyikan dia menambah ahli menjadi senjata makan tuan.

Adakah mampu bagi Anwar dan para penyokong setianya mengatasi pemberontakan yang sedang dianjurkan oleh Zaid ini?

Jawapannya ya, kalau dia belajar sesuatu daripada bekas mentornya Dr. Mahathir Mohamad dalam menangani keadaan sebegini.

Anwar sudah pun menjadi orang kesayangan Dr. Mahathir apabila Musa Hitam meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1986 dan pada tahun berikutnya berpakat dengan musuh ketatnya, Tengku Razaleigh Hamzah, untuk menjatuhkan Dr. Mahathir dalam pemilihan parti.

Musa kalah dan Ku Li tidak menang. Ku Li bawa kes ke mahkamah dan Umno diisytiharkan pertubuhan tidak sah. Dalam perebutan mendaftarkan semula Umno, Ku Li kalah lagi dan akhirnya keluar untuk menubuhkan Parti Melayu Semangat 46.

Kalau Anwar belajar daripada pengalaman Dr. Mahathir dan mahu terus menerajui PKR, dia terpaksa bertindak tegas. Dia terpaksa menyeluk pekasam hingga ke pangkal lengan atau dia berkemungkinan tersingkir daripada menjadi ketua parti yang diilhamkannya sendiri.

Tetapi, Anwar nampaknya tidak belajar daripada peristiwa lalu. Kalau dia belajar, tentulah dia lebih berhati-hati sebelum menanam modal yang besar mengalu-alukan kemasukan Zaid serta pelarian Barisan Nasional (BN) lain ke dalam PKR.

Kesilapan Anwar kini dan dahulu berpunca daripada keyakinan yang melampau terhadap dirinya sendiri. Bukan Anwar tidak kenal Zaid dan pelarian-pelarian BN, tetapi dia begitu yakin dia boleh mengubah dan mengawal sesiapa saja yang berpayung di bawah naungannya.

Silap

Ternyata dia silap. Zaid berani mencabarnya kerana dia yakin dia mempunyai sokongan sebahagian elemen Melayu dan majoriti elemen Cina dan India dalam PKR. Anasir-anasir ini tidak terlalu setia atau taksub kepada Anwar, tetapi kepada matlamat menjatuhkan BN dan menakluki Putrajaya.

Kalau Anwar berasa dirinya Perdana Menteri dalam pembikinan, Zaid pula tidak menyembunyikan matlamat dan cita-citanya menyertai PKR. Dia mahu memimpin parti itu. Justeru, walaupun belum dua tahun melompat dari UMNO ke PKR, dia sudah bertanding jawatan kedua tertinggi dalam parti itu dan sekali gus mempersoalkan kedudukan Anwar sebagai ketua yang tidak dipilih.

Dia tahu masa dan keadaan tidak memihak kepadanya setelah dia gagal mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor bagi pihak PKR/Pakatan Rakyat (PR).

PKR/PR sangat menaruh harapan bahawa Zaid dengan namanya yang begitu tersohor dapat mempertahankan kerusi strategik itu.

Kegagalan itu bukan sahaja memberi tamparan hebat kepada Zaid, tetapi menghakis harapannya untuk mara dalam kepemimpinan PKR. Maka dia terpaksa bertindak pantas dan tegas untuk membina semula imej dan prestijnya, dan jalan terbaik, dalam perkiraannya, adalah bertanding jawatan timbalan presiden.

Dia tahu dengan mencabar Azmin, dia berdepan dengan Anwar, dan dia juga tahu kalau dia menyerang Azmin, dia tidak dapat lari daripada menyerang Anwar.

Maka dia memilih untuk sekaligus menyerang Mohd Azmin dan Anwar apabila dia secara terbuka berkata, Azmin dan Anwar adalah punca masalah PKR.

Strategi Mohd Zaid ini secara tidak langsung menyeret presiden parti, Dr. Wan Azizah Wan Ismail, ke dalam gelanggang pergaduhan dengan memberi gambaran bahawa walaupun Wan Azizah ketua parti yang dipilih (tidak dicabar), tetapi kuasanya tidak sehebat kuasa Anwar yang tidak dipilih.

Setelah gagal dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor, Zaid tidak mampu kalah dalam pemilihan parti. Harapan masa depannya dalam PKR dan arena politik negara serta prestijnya sebagai aktivis politik akan musnah kalau dia gagal memenangi kerusi timbalan presiden.

Tetapi trend pengundian tidak memihak kepadanya dan tercetuslah tuduhan dan dakwaan bahawa proses pengundian tidak telus serta meragukan lantas dia pun menarik diri dan meletakkan semua jawatan parti yang diberikan kepadanya.

Sejak itu, bukan saja pekasam yang di seluk, malah meminjam ungkapan Inggeris berlakulah washing dirty linen in public.

Kesimpulannya, apa agaknya kesudahan kepada tendang terajang politik PKR ini? Hal-hal berikut boleh difikirkan dan dianalisis dengan lebih terperinci:

1. Buat permulaan, semua yang terbabit sudah calar-balar dan kalau gagal dibendung segera akan terlondeh baju dan seluar, PKR mungkin berakhir dalam lipatan sejarah dengan menerima nasib yang sama seperti parti-parti pelbagai kaum yang lain, antaranya Malayan Independent Party, Parti Negara, Pekemas dan Parti Sosialis Rakyat Malaysia.

2. PKR akan menjadi lebih kuat dengan peminggiran dan boleh jadi juga, penyingkiran watak-watak yang menyebabkan krisis yang berlaku sekarang.

3. PKR akan menjadi ibarat kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tak mahu.

4. Seandainya PKR kembali kuat, harapannya kekal sebagai pemangkin PR adalah cerah dan PR mungkin boleh mengekalkan cabaran yang kuat terhadap BN pada pilihan raya umum akan datang.

5. Pendaftaran PR sebagai pakatan politik yang sah mungkin tergendala atau menghadapi masalah kerana Zaid adalah pengerusi penaja yang mengepalai proses pendaftaran pakatan itu. — Mingguan Malaysia

Maut bersama jentera

Posted: 14 Nov 2010 12:28 AM PST

Projek mega telan nyawa

Oleh NASRI JAMALUDIN

SEBUAH bot pasukan mencari dan menyelamat meneruskan usaha mengesan Mohd. Nor di tempat kejadian (dalam bulatan) di Pantai Lido, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang pekerja yang sedang mengendalikan jentera pengorek pasir hilang bersama sejumlah peralatan selepas sebahagian daripada kawasan tebus guna projek mega Lido Boulevard berhadapan Zoo Johor di sini tiba-tiba tenggelam malam kelmarin.

Selain Mohd. Nor Miskan, 36, turut hilang ialah tiga jentera pengorek termasuk yang sedang dikendalikannya, dua buah kontena serta dua mesin penjana kuasa.

Dalam kejadian kira-kira 9.40 malam itu, Mohd. Nor sedang menjalankan kerja menambak laut kira-kira 100 meter dari pantai sebelum sebahagian daripada kawasan projek yang berpasir di situ tenggelam.

Setakat pukul 7 malam tadi, mayatnya belum ditemui.

Kakak mangsa, Hani Masra, 40, berkata, mereka dimaklumkan mengenai insiden itu oleh rakan mangsa tidak lama selepas kejadian.

"Dia (Mohd. Nor) sudah merancang hendak melawat ibu kami yang sudah dua hari dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat barah leher tetapi tidak kesampaian," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Nikmat berhenti merokok

Posted: 13 Nov 2010 10:00 PM PST

Susunan FATIMI NADIAH ZAINUDEEN

KETAGIHAN merokok ibarat membunuh diri secara perlahan-lahan.

"BERHENTILAH merokok. Simpan duit itu untuk buat kebaikan," pesan Mohammad Ameen, 30, bekas perokok tegar yang mula merokok sejak belasan tahun lagi itu.

Lelaki yang berasal dari England Utara itu pernah membelanjakan sehingga RM30 sehari untuk menampung kos ketagihannya itu.

Namun, pada bulan Ramadan 2008, beliau memutuskan untuk berhenti sepenuhnya menghisap 25 batang rokok sehari yang selama ini dilakukannya itu.

"Seorang cendekiawan memberitahu saya merokok itu haram kerana apabila seseorang itu merokok dia sebenarnya sedang memusnahkan dirinya sendiri.

"Kita semua tahu bahaya merokok jadi memang benarlah kita merosakkan tubuh kita.

"Tambahan pula, pakar perubatan mengatakan perokok sebenarnya sedang membunuh diri dengan perlahan," ujarnya.

Bagaimanapun, ketika memutuskan untuk berhenti merokok, Mohammed Ameen sudah pun memasang niat yang besar.

"Ketika saya memutuskan untuk berhenti merokok saya juga berjanji untuk menggunakan wang perbelanjaan untuk rokok itu untuk melakukan penghijrahan spritual yang paling besar dalam hidup saya, iaitu mengerjakan haji," kata Mohammed Ameen.

Kokain

Akuinya, sukar sekali untuknya berhenti merokok. Namun, Mohammed Ameen nekad bahawa ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dilakukan walaupun adakalanya beliau sendiri berasa ragu-ragu usaha itu akan berhasil.

"Ia merupakan satu usaha yang paling sukar saya pernah lakukan dalam hidup saya kerana saya sangat seronok menghisap rokok, setiap batang yang pernah saya hisap.

"Jadi ketika berhenti merokok, ia amat sukar. Tetapi kerana saya sudah nekad dan sanggup mengharunginya, akhirnya saya berjaya juga.

"Selepas dua tahun, rasa mengidam untuk menghisap rokok sudah hilang tetapi keinginan itu masih ada. Keluarga saya juga sangat gembira apabila mereka tahu saya sudah berhenti merokok.

"Tak sangka saya berhabis sehingga RM14,991 untuk merokok dalam setahun!" luahnya.

Biarpun berat untuk ditanggung, Mohammed Ameen berasakan keputusan untuk berhenti merokok merupakan keputusan terbaik yang pernah dilakukan dalam hidupnya.

"Saya tahu pada bulan Ramadan ramai yang cepat-cepat merokok sebaik saja berbuka puasa. Tetapi kalau difikirkan sejenak, selepas menahan diri daripada merokok selama 18 jam kenapa tidak dilanjutkan tempoh itu sehingga 24 jam?

"Daripada menggunakan duit itu untuk melayan ketagihan seperti itu, lebih baik gunakannya untuk kebajikan.

"Ramai yang tidak sedar ada begitu banyak bahan kimia dalam sebatang rokok. Sejumlah 85 peratus daripada kes kanser paru-paru berlaku disebabkan tabiat merokok.
MOHAMMED AMEEN

"Malah, bukan perokok saja yang menderita, orang di sekelilingnya juga menyedut toksin berbahaya ketika berada dekat dengan mereka," kongsi Mohammed Ameen.

Pada hari ini, Mohammed Ameen sudah berada di bumi Mekah dan bersedia untuk mengerjakan haji.

Malah, Penasihat Kesihatan Berhenti Merokok NHS itu kini menggunakan pengalamannya itu untuk menasihati perokok tegar yang lain agar mempertimbangkan keputusan untuk berhenti merokok.

"Saya bermula sebagai sukarelawan di sini tetapi kemudian saya berasa saya boleh memberi nasihat kepada orang lain.

"Memanglah saya sendiri berhenti merokok secara mengejut tanpa menggunakan sebarang bentuk gantian namun saya harap orang lain akan menggunakan apa jua bentuk bantuan yang diperlukan untuk berhenti merokok.

"Pergilah dapatkan nasihat daripada pusat-pusat pemulihan berdekatan tempat tinggal anda. Saya sudah berjumpa ramai perokok yang gagal berhenti merokok kerana mereka tidak mempunyai sokongan yang berterusan," pesannya. – ASIAN IMAGE

Siapa cipta peluru bagi Umno Selangor

Posted: 13 Nov 2010 08:00 PM PST

Siapa agaknya yang kreatif sungguh cipta peluru bagi kat Noh Omar tembak kerajaan Pakatan Selangor nih... Kerajaan Selangor kena cepat bertindak, siasat dalang disebalik Yayasan Selangor dan lagi satu ni Unisel pulak dah...

Aku bukan sokong PR membabi buta, tapi dik keranan dah tau kemuruk BN Selangor hari ini yang ketandusan idea untuk menyelar PR, segala benda buruk akan dicipta sendiri untuk disalakkan membeli hati rakyat Selangor. Dia yang hidupkan api, dia yang jerit jerit tuding orang lain yang nyalakan api. Ini memang sikap BN, bukan saja di Selangor malah seantero 1Malaysia.

Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor di Kuala Lumpur Isnin ini selepas dukacita apabila dimaklumkan kos perbelanjaan yang tinggi untuk majlis itu.

Aku tak pertikaikan tindakan baik yang diambil oleh Sultan Selangor. Tindakan beliau aku sokong tapi persoalannya, aku tak percaya MB Khalid tahu malah membiarkan pembaziran dahsyat macam ni. Memang la, apa la sangat RM300,000 atau RM800,000 kalau nak dibandingkan dengan pembaziran yang lebih lebih dahsyat kerajaan BN lakukan, tapi PR tak boleh lepas tangan isu ni.

Mereka kena siasat dan dapatkan jembalang disebalik pembaziran ini. Siapa yang arahkan pembaziran memalukan ini berlaku dalam negeri Pakatan. Tindakan sebegini hanya meruntuhkan nama kerajaan Pakatan yang sejak azali menjuarai dan menentang pembaziran. Pakatan Selangor harus lakukan sesuatu utnuk tutupkan mulut Noh Omar dari melalut lebih lama.

Berapa lama agaknya dia boleh senyum bebas

Posted: 13 Nov 2010 07:30 PM PST

BEBAS...Pemimpin pro-demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi tersenyum apabila dibebaskan daripada tahanan di rumah pada Sabtu. - Foto oleh REUTERS

22 jemaah haji Malaysia meninggal di Tanah Suci

Posted: 13 Nov 2010 07:00 PM PST

MAKKAH: Seramai 22 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di tanah suci manakala 85 masih dirawat di hospital menjelang jemaah haji dari seluruh dunia mula bergerak ke Arafah hari ini untuk berwukuf di Arafah esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika mengumumkan perkara itu bagaimanapun tidak memberikan pecahan jemaah lelaki dan wanita yang meninggal dunia. Bagaimanapun, katanya, Lembaga Tabung Haji (TH) sudah memaklumkan kematian mereka kepada keluarga masing-masing sambil menambah bahawa mereka sakit sebelum meninggal dunia.

Bercakap kepada pasukan media TH yang membuat liputan Musim Haji 1431 Hijrah selepas meninjau operasi TH Mekah di Hotel Al-Janadriyyah petang semalam, Jamil Khir berkata TH akan membayar dam haji sebagai penghormatan kepada jemaah yang meninggal dunia bagi menyempurnakan haji mereka.

Dalam tinjauan itu, beliau disertai Pengerusi TH, Tan Sri Abi Musa Asa''ari Mohamed Nor serta Pengarah Urusan kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Ismee Ismail. Taklimat disampaikan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Salleh Abdul Mubin mengenai persiapan agensi itu menghadapi wukuf.

Jamil Khir berkata empat jemaah yang meninggal dunia berumur 80 tahun ke atas; 70-79 tahun (lapan orang); 60-69 tahun (empat orang); dan 50-59 tahun (enam orang).

"Lapan puluh lima jemaah yang sakit tidak akan dihalang dari mengerjakan rukun haji. Mereka akan dibawa terus dengan ambulans ke Arafah dan dibantu urusan melontar jamrah serta tawaf haji dan saie haji," katanya.
Jamil Khir berkata 71 orang dirawat di dua hospital Malaysia dan 14 lagi di hospital Arab Saudi di Madinah dan Makkah.

Mereka yang dirawat terdiri daripada 46 lelaki dan 39 perempuan. Kebanyakan mengalami penyakit kulit dan sendi dan batuk.

Katanya, 28 jemaah yang lemah daya ingatan, kelainan upaya atau uzur akan dibantu secara satu pesakit satu petugas TH sehingga selesai mengerjakan rukun haji.

"Saya berpuas hati dengan persiapan yang dibuat....marilah sama-sama berdoa agar semua jemaah kita kuat dari segi mental dan fizikal supaya ibadah mereka lengkap dan mendapat haji mabrur," katanya. - BERNAMA

Haji nak ajar lebai bisul

Posted: 13 Nov 2010 06:48 PM PST

Isu murtad: Hadi dakwa Zul Noordin tak betul, PAS mahu siasat dulu

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
SHAH ALAM, 13 Nov — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau akan mendapatkan maklumat terperinci sebelum membuat sebarang pendirian berhubung kontroversi status agama bapa seorang kanak-kanak yang dirotan kerana membawa makanan berlaukkan sosej babi ke sekolah bulan lalu.

Isu yang bermula dengan sosej kini berkembang menjadi kontroversi murtad.

Sebaliknya, Hadi juga menyifatkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin (Bebas) yang mempersoalkan pendirian parti Islam itu sebagai "tidak betul".

"Hadis yang Zulkifli Noordin bawa banyak yang tidak betul, banyak cerita yang tidak betul.

"Jadi tidak perlulah untuk saya memberikan komen, saya akan dapatkan maklumat dulu sebelum buat keputusan," kata Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang pada sidang media selepas merasmikan program PAS Sedia Ganti Umno di sini.

PAS dijangka membuat pendirian mengenai isu ini esok apabila mengadakan mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja pusat esok.

Pendirian PAS dibangkitkan oleh beberapa ahli politik dan juga blog — yang mempersoalkan pendirian kerjasama komponen Pakatan Rakyat itu.

Pada Rabu lalu, kerajaan telah mengarahkan bahagian penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menyiasat status agama bapa seorang kanak-kanak terbabit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata, selepas mengenal pasti status Beginda Anak Minda atau Noor Azman Abdullah, siasatan boleh dijalankan terhadap dakwaan anaknya Basil Anak Beginda dirotan guru akibat kejadian itu.

Katanya, status agama Beginda perlu disiasat kerana mengikut keputusan muzakarah Fatwa Kebangsaan apabila salah seorang ibu atau bapa beragama Islam, maka anak itu beragama Islam.

"Selepas itu (baru) boleh sampai kepada kesimpulan apa juga keputusan tentang itu boleh tentukan kepada kenapa budak ini dirotan," katanya di Dewan Rakyat.

Minggu lalu, seorang ibu, Angela anak Jabing membuat aduan bersama sayap wanita PKR kepada Jabatan Pelajaran Sarawak dengan mendakwa anaknya berusia 10 tahun dirotan penolong kanan sebuah sekolah di Sarawak kerana membawa nasi goreng berlaukkan sosej babi ke sekolah.

Persidangan Dewan Rakyat Rabu lalu juga hangat apabila Zulkifli yang berbahas membangkitkan isu berkenaan dan mempersoal pendirian PAS berhubung perkara terbabit.

Kekecohan itu berlarutan sehingga mengakibatkan Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) diarah keluar dewan sehingga Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyambung persidangan dewan pada sebelah petang, kerana berterusan mencelah ketika Zulkifli berbahas, walaupun diarah untuk tidak berbuat demikian beberapa kali.

Dzulkefly berterusan menyalahkan Zulkifli kerana membawa isu itu ke dalam dewan dan menyatakan ia tidak sesuai dibincangkan berikutan masa yang diperuntukkan kepada Ahli Parlimen untuk berbahas sangat singkat iaitu 10 minit.

Rentetan daripada itu, Zulkifli kemudian membalas dengan bertanya: "Adakah kamu (Dzulkefly) sokong anak seorang Islam bawa babi ke sekolah?"

Beginda, yang pernah bertanding pada pilihan raya 1999 dan 2001 atas tiket PKR menggunakan nama Islam juga mengakui bahawa dia bukan lagi beragama Islam.

"Saya akui, saya pernah memeluk Islam sebelum ini. Tetapi pada 1999, saya sudah tukar agama. Sekarang saya bukan Islam," kata Beginda dipetik akhbar kelmarin.

Namun menurut Beginda, anaknya itu bukan beragama Islam.

Beginda berkata pada tahun 2004, apabila dia memohon MyKad, beliau telah menukar namanya semula kepada Beginda Anak Minda.

Anaknya dilahirkan pada 8 Mei 2000.

Pada sijil kelahirannya, tiada agama dicatatkan untuk Beginda.

Semalam, Zulkifli menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya menyiasat kemungkinan bapa kanak-kanak yang dirotan itu mempunyai dua identiti.

Dalam tulisan terbaru bertajuk "Ahli PKR murtad?" di blognya, Zulkifli menggesa "apakah pendirian kepimpinan dan ahli akar umbi PKR dengan status murtad Nor Azman Abdullah? dan apakah pendirian kepimpinan dan ahli PAS dengan murtadnya Nor Azman Abdullah ini, apakah mereka meredha?"

Awal pagi ini The Malaysian Insider melaporkan Dewan Pemuda PAS pusat menggesa mana-mana parti politik tidak cuba mempersalahkan kerjasama komponen Pakatan Rakyat dalam kontroversi tersebut.

Sebaliknya, parti itu berpendapat isu tersebut perlu dilihat secara lebih luas termasuk soal aspek bimbingan dan kemudahan kaunseling kepada mereka yang menganut agama Islam dan kemudian Islam di Sarawak.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Suhaizan Kayat berkata, adalah tidak wajar mempersalahkan kerjasama parti itu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP apabila membicarakan isu bapa kanak-kanak berkenaan didakwa murtad kira-kira sedekad lalu.

Haha... kepala bana apa pulak nih...

Posted: 13 Nov 2010 05:36 PM PST

JENAPALA...KEPALA...JENAPALA...KEPALA...AIYOOOOO!!!

Oleh: WFAUZDIN NS
TV 3 suku, dan boleh dikatakan semua media pencacailah senang cerita, memberi liputan meluas demontrasi di depan Ibu Pejabat PKR, di PJ semalam. Sumber Malaysiakini menyebut hanya lebih kurang 100 sahaja yang berhimpun dan ada sumber lain menyebut sekitar 200 orang. Demontrasi itu dikepalai oleh Jenapala. `Jenapala, kepalai'. Lebih kurang la tu.

Siapa Jenapala? Tentunya berbangsa India. Partinya apa? Diberitakan sudah lama dipecat dari PKR. Demontrasi untuk apa? Kununnya tidak puas hati dengan pemilihan kepimpinan PKR yang sedang berlangsung sekarang. Apa kena mengena dengan Jenapala yang `mengapalai' demontrasi tersebut sedangkan dia sudah lama dipecat dai PKR?

Maknanya, demontrasi itu semata-mata untuk nak kelentong TV3 suku yang bodoh bin bahlol itu. Lagi lucunya, ada beberapa orang tua yang turut serta berhimpun di situ, apabila ditanya oleh wartawan Malaysiakini apa tujuan berhimpun, mereka sendiri tidak tahu. Perhimpunan pula lebih kurang 30 minit saja. Aku rasa lagi lama kalau aku buang air besar.

Apabila TV3 suku siarkan demontrasi tersebut, terdengar pula suara entah dari mana mengarahkan supaya sepanduk diangkat untuk dirakamkan gambar di TV. Maka, budak-budak dan beberapa orang tua yang tidak tahu apa pun patuh. Apa yang aku tengok rata-rata kulit gelap. Maklumlah di`kepalai' oleh Jepala!!

Ayoo..yoo..Deyy...ini macam perhimpunan mau kasi Anwar jatuh ka? Itu Gerakan Anti Samy (GAS) lagi ribu-ribu berkumpul, Sammy pun tarak tumbang. Machaa...aiyooo...terima kasih banyak la pasal U hantar email pada saya jemput datang sana...nasib baik saya tarak datang. Kalau saya datang, aiiyooo...manyak malu woooo...Yang datang pun sama banyak itu Anwar punya Staf Opis wooo....

Tiada ulasan: