Rabu, 10 November 2010

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Desakan Zaid Supaya Beliau Undur Diri, Azmin Ali Jelaskan Kedudukannya Dalam Parti Di Tentukan Oleh Para Ahli Dan Bukannya Individu Tertentu !!

Posted: 10 Nov 2010 06:00 AM PST

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali (foto) berkata kedudukan beliau dalam parti itu ditentukan oleh anggota parti dan bukannya individu yang menentukan saf kepimpinan parti. Dalam hubungan ini, katanya beliau tidak akan tunduk dengan desakan agar beliau mengundurkan diri daripada PKR kerana menerima sokongan baik untuk memberikan khidmat bagi membawa parti itu ke tahap yang lebih besar. Azmin berkata demikian sebagai mengulas desakan Datuk Zaid Ibrahim agar beliau dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur daripada parti itu kerana didakwa merekalah yang membawa masalah kepada PKR. "Saya bersedia untuk mengambil peranan yang lebih kecil jika itulah yang diputuskan. Namun Alhamdullillah setakat hari ini dukungan oleh anggota parti untuk saya memimpin itu cukup kuat dan besar termasuk negeri Sabah," kata Azmin kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. "Maka bukan soal individu mahupun Zaid menentukan saf kepimpinan parti ini bermakna beliau tak menghormati prinsip dan amalan demokrasi di dalam parti," kata Azmin yang akan bertanding bagi jawatan timbalan presiden PKR. Mengenai permintaan Zaid supaya proses pemilihan yang sedang diadakan ditangguhkan kerana dakwaan berlakunya manipulasi, Azmin berkata jika ada tuduhan mana-mana pihak perlu mengemukakan bukti, malangnya sehingga sekarang tidak ada bukti secara khusus dihantar kepada sekretariat Jawatankuasa Pemilihan Pusat untuk diteliti aduan-aduan berkenaan. Oleh itu, beliau meminta pihak-pihak yang mengeluarkan dakwaan sedemikian supaya lebih bertanggungjawab dan tidak beremosi kerana semata-mata telah tewas dan tersungkur di beberapa negeri dalam pemilihan parti. "Mengapa perkara ini tidak dibangkitkan pada hari pertama pemilihan semasa beliau mendapat sokongan, mengapa hanya setelah dua minggu pemilihan berlaku dan setelah tewas teruk di negeri Sabah baru perkara ini dibangkitkan. Jadi banyak juga persoalan dibangkitkan anggota juga mengenai keikhlasan beliau dalam perkara yang dibangkitkan itu," katanya.

[Ramai ahli PKR dan penyokong Pakatan Rakyat kini "pening" melihat apa yang berlaku dalam parti itu. Soal Zaid atau Azmin yang betul usahlah difikirkan sangat. Soalnya, kenapa kekalutan ini berlaku?. Samalah juga dalam sesuatu pilihanraya, BN akan menghentam pembangkang dengan berbagai isu-isu panas. Memang ia sukar untuk diterima oleh penyokong Pakatan Rakyat. Namun, perlawanan tetap berjalan seperti biasa. Hinggalah apabila kekalutan itu memuncak akibat campurtangan pihak tertentu dengan keputusan badan bebas yang mengendalikan pilihanraya tersebut iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Akhirnya SPR membuat tindakan dan keputusan yang dilihat memihak kepada BN semata-mata. Termasuk mengadakan pilihanraya ketika "hari bekerja" bagi kawasan kubu pembangkang. Sedangkan pilihanraya ada satu hari penting yang sepatutnya dibuat pada hari cuti. Akhirnya penyokong pembangkang mengamuk menyalahkan SPR termasuk yang terbaru di Batu Sapi dan Galas baru-baru ini. Inilah yang berlaku sebenarnya apabila badan bebas dilihat "double standard" maka ia akan menimbulkan kemarahan rakyat. Kini ia berlaku dalam PKR sendiri, apabila badan bebas iaitu Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dilihat amat "berat sebelah" dan banyak keputusan yang meragukan berlaku. Tambah menyedihkan apabila anggota JPP itu dilantik dikalangan agli parti yang boleh mengundi. Akhirnya ia dilihat tidak telus dan bebas dari kekangan pihak atasan. Ini isu sebenarny dalam kes Zaid Ibrahim itu sebenarnya].

Tiada ulasan: