Rabu, 10 November 2010

Murai Anak Emas

Murai Anak Emas


Di Sebalik Penjualan Bangunan Umno Ada Udang Sebalik Batu

Posted: 09 Nov 2010 11:48 PM PST

Licik permainan politik demand oleh Zaid Ibrahim, bermula keluar dari umno kerana tidak tidak mendapat sesuatu yang di hajat nya, masuk PKR berserta dengan jawatan2 dalam parti, tak berapa hari dalam PKR setelah kerusi parlimen Hulu Selangor kosong terus memintas beberapa orang tokoh tempatan, dia di anugerah sebagai calon PRK Hulu Selangor, memang mendadak.

DSC02626 Zaid Ibrahim semasa menjadi calon PRK Hulu Selangor.

Bercita2 ingin menjadi timbalan presiden PKR, setelah kelihatan bayang2 persaingan merebut jawatan itu dalam pemilihan tidak menyebelahi nya, dia mula membuat onar.

Sebelum itu dia telah membuat plan awal, dengan menjual bangunan Umno kepada dewan pemuda Pas Kelantan, aku anggap laa, dengan harapan pada PRU13 dia boleh kawtim dengan Pas sebagai calon Parlimen Kota Bharu atas tiket PKR, kerana lain2 tempat dia tidak yakin dia boleh menang, setidak2 nya Pas boleh membalas jasa2 Zaid, atau sekiranya Zaid sudah meninggal kan PKR seperti bayang2 sehari dua ini,  Zaid boleh saja menyertai Pas dengan tidak banyak halangan, dan boleh lah pulak dia membuat onar dalam Pas.

Parti Pas ni kalau ikut rekod terlampau jujur, orang buat muka seposen dan berlakon jujur jah, mudah memperdaya Pas.

Kesian pengundi2 Pas di Hulu Selangor, bermati2an mempertahan kan Zaid, apa jua keburukan Zaid mereka menepis nya, tapi apa balasan si ego ini ?.

Ketua Bank Dunia Gesa Guna Emas Dalam Sistem Monetari (kewangan)

Posted: 09 Nov 2010 03:36 AM PST

Ketua Bank Dunia, Robert Zoellick menggesa pemimpin-pemimpin ekonomi dunia mempertimbangkan penggunaan semula emas dalam sistem monetari (satu istilah yang mengelirukan banyak orang) sebagai pengukur dalam pergerakan mata wang.

image dinar atau dirham Kelantan.

Beliau membuat cadangan itu kerana bimbang berlaku 'peperangan mata wang' dalam suratnya yang diterbitkan dalam Financial Times.

Zoellick berkata, sistem itu perlu terlibat dalam dolar, euro, yen, pound dan renminbi yang kini diperdagangkan di peringkat antarabangsa.

tok ggawo said : dengan bahasa mudah nya guna matawang emas atau perak, paling tepat nya DINAR dan DIRHAM  seperti yang di mulakan oleh  Kerajaan Negeri Kelantan, umno BN jah yang bebal, kalau seboleh2 nya mahu menyekat usaha Kerajaan negeri itu, Awang Adek lagi bengap, sebab matawang kertas senang KERAjaan menipu.

Tiada ulasan: