Sabtu, 27 November 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Pemimpin PKR ... yang ini aku setuju

Posted: 27 Nov 2010 09:32 PM PST

Jangan Guna Media Serang Pemimpin Parti

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN dan ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Ketua Srikandi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Siti Aishah Shaik Ismail menyeru ahli parti tidak menggunakan media massa sebagai medium untuk menyerang pemimpin bagi menyuarakan rasa ketidakpuasan hati mereka.

Katanya, sikap sedemikian perlu ditinggalkan kerana ia bukanlah budaya parti sebaliknya setiap ahli dari semua peringkat boleh mengkritik pemimpin secara berhemah.

Beliau berkata penggunaan media massa dibenarkan namun bukanlah dengan menjadikannya sebagai satu medium untuk menyerang pemimpin-pemimpin parti.

"Jangan gunakan media massa untuk hentam pemimpin, itu bukan kita. Kita telah dididik untuk tidak menggunakan media massa untuk menyerang parti.

"Tegur pemimpin tidak salah, tetapi kita telah dididik akan etika ketika menegur pimpinan parti," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di Kongres Nasional Tahunan Ketujuh di sini, Sabtu.

Sementara itu, wakil Perak, Zulkifli Ibrahim pula mengingatkan pemimpin parti tidak menjadikan parti itu sebagai alat untuk kepentingan peribadi masing-masing.

"Janganlah kita jadikan parti itu milik individu. Ya benar, PKR memang milik Datuk Seri Anwar Ibrahim, milik Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tapi PKR juga milik kita semua," katanya.

Beliau turut mengingatkan wakil rakyat parti itu supaya turun padang dan melawat kawasan mereka dengan lebih kerap supaya masalah rakyat dapat didengar dan diselesaikan.

"Ada wakil rakyat kita ini belum satu penggal kita telefon pun kadang-kadang tak angkat. Kita beri amaran tak mustahil mereka juga boleh jadi mangsa tsunami, jika inilah sikap mereka," katanya - mStar

Santai pagi Ahad - Gesel buah dada pada jurugambar

Posted: 27 Nov 2010 07:23 PM PST

SUDAH lama sebenarnya Diva dengar cerita kurang enak tentang penyanyi wanita muda yang bakatnya dicungkil menerusi sebuah program realiti popular beberapa tahun lalu.

Kalau sebelum ini ada teman wartawan menyampaikan khabar 'kenakalan' artis itu, kali ini ia dialami sendiri kawan baik Diva iaitu seorang jurugambar sambilan.

Dia mengaku diganggu oleh budak hingusan itu di sebuah hotel baru-baru ini.

Kawan Diva yang sudah punya kekasih hati itu boleh tahan kacaknya dan ditugaskan oleh si bos untuk mengambil gambar penyanyi berkenaan bersama artis lain.

Barangkali pantang naluri mudanya tengok jantan elok rupa paras, dia tanpa perasaan malu terus menghampiri jurugambar kacak itu.

"Va, aku tak sangka langsung artis ini berperangai macam itu sekali sedangkan ada salah seorang ahli keluarganya yang menemani.

"Masa aku ambil gambar dia, artis ini berulang kali nak tengok gambar yang baru dirakam di skrin kamera aku.

"Alasannya, dia mahu tengok sama ada okey atau tak wajahnya yang dimekap tebal tu.

"Apa yang buat aku tersentak, sambil tengok semula gambarnya dalam kamera, dia boleh mendekatkan badannya dengan aku sampai kami bersentuhan cukup rapat.

"Aku ingat dia tak sengaja. Tapi bila dia mula menggeselkan payu daranya pada badan aku dan buat suara manja, apa lagi, aku terus jadi tak selesa," luahnya kepada Diva. - Kosmo

Selepas 'Third Force' kini muncul pula 'Geng Berempat' dalam PKR

Posted: 27 Nov 2010 07:09 PM PST

Syed Mu'az Syed Putra
PETALING JAYA, 28 Nov — Jika sejak dua hari lalu hangat diperkatakan mengenai "Third Force", hari ini seorang perwakilan PKR mendakwa wujudnya kumpulan baru — dikenali sebagai "Geng Berempat" — yang sekiranya tidak ditangani dengan segera akan merosakkan parti komponen Pakatan Rakyat itu.

"Saya hanya melahirkan kebimbangan sekiranya wujud kumpulan ini dalam parti ia akan membawa kerosakan kepada parti.

"Kita tidak tahu sama ada benar-benar wujud ataupun tidak, tapi kebimbangan itu ada dan ia dibuat berdasarkan perkembangan selepas pemilihan parti.

"Jadi kebimbangan itu ada, kalau benar-benar wujud ia akan merosakkan parti," kata perwakilan dari Pahang Ahmad Nizam Abdul Hamid ketika membahaskan usul pemberdayaan demokrasi pada Kongres Nasional PKR di sini.

Ketua PKR Temerloh itu berkata demikian dengan merujuk kepada sejarah politik China yang mengatakan gelaran "Geng Berempat" itu ialah panggilan yang diberi kepada sebuah paksi politik haluan kiri yang terdiri daripada empat orang pegawai Parti Komunis China.

Keempat-empat individu itu adalah Jiang Qing, isteri terakhir Mao Zedong yang kelihatan memimpin kumpulan ini, dan sekutu-sekutu terdekat Zhang Chunqiao, Yao Wenyuan, dan Wang Hongwen.

"Geng Berempat" ini berjaya menguasai alat-alat kuasa Parti Komunis China pada tahap-tahap terakhir Revolusi Kebudayaan, tetapi tidak pasti keputusan besar mana yang dilakukan atas arahan Mao Zedong dan dilaksanakan oleh kumpulan ini, dan yang mana adalah hasil rancangan kumpulan itu sendiri.

"Kita hanya melahirkan kebimbangan itu sahaja. Sama ada wujud atau tidak saya tidak tahu tapi ini adalah topik yang hangat diperkatakan sekarang.

"Jadi saya minta supaya pemimpin yang menang harus melakukan tugas sebagai seorang pemimpin," kata Ahmad Nizam ketika ditemui selepas itu.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan individu-individu yang terlibat.

Mengenai pembersihan dalam PKR, Ahmad Nizam berkata ia adalah keputusan yang dibuat berdasarkan emosi bukan intelektual.

"Keputusan nak buat pembersihan parti bukan intelektual tetapi adalah emosi, ia lebih kepada emosi.

"Pemimpin yang merasa diri menjadi dewa tiada tempat di dalam parti, parti dibina atas konsep merdeka," katanya - TMI

Apakah PKR dah sama dengan UMNO? - Harapan ke Putrajaya kian pudar

Posted: 27 Nov 2010 05:45 PM PST

MS : Aku ingat aku saja yang rasa macam tu, tapi rupa-rupanya ada lagi orang yang punya perasaan yang sama, dan bagaimana pula rakyat atau pengundi di luar sana? Apakah mereka juga berperasaan sebegitu? Harap para pemimpin PKR dapat memikirkan sama isu ini - Hilang Keyakinan atau senang cakap 'orang dah tak percaya' ... bila orang dah tak percaya, tahu lah kan apa akibatnya ...
Jadi pada DSAI dan pimpinan PKR, harap dapat memikirkan semula hala tuju perjalanan PKR, nawaitu asalnya, samada hendak menjatuhkan UMNO atau ada agenda lain disebaliknya.???
CAKAP-CAKAP PERANGAI PKR ADALAH SAMA DENGAN UMNO SUDAH BERKUMANDANG....

Penulis Tamu - kedahlama,

Sejak penubuhannya, PKR dilihat sebagai parti yang dominan dalam menerajui pemerintahan negara. Kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU-12 lalu dilihat hasil sumbangan besar PKR dalam mencapai kejayaan. Rakyat dan pengundi mula menaruh harapan besar agar Pakatan Rakyat mampu menerajui dan mentadbir negara dalam PRU-13 nanti.

Namun semua harapan itu semakin hari semakin kabur dan hampir lebur. Apa yang berlaku dalam pemilihan PKR dilihat sama dengan apa yang pernah berlaku dalam UMNO dan BN. Gila kuasa, berebut jawatan, lobi melobi, politik wang, penipuan undi, tuduh menuduh, fitnah memfitnah semakin menular di kalangan ahli dan pemimpin PKR.

Di mana saja ada pemilihan sama ada peringkat cabang dan nasional, pasti ada kedengaran rasa tidak puashati terhadap pendundian cara kiraan undi. Begitu juga kempen2 yang dilakukan saling tidak tumpah seperti apa yang berlaku dalam UMNO dan BN. Kalau calon Melayu yang bertanding, maka cara, method dan modus operandinya sama dengan apa yang UMNO lakukan ketikan pemilihan. Begitu juga jika calon India yang bertanding, sama seperti MIC dan MCA lakukan.

Ramai sahabat2 saya yang dulu kuat menyokong PKR, kita nampak makin longgar dan mahu kembali kepada mengundi UMNO. Beberapa kampung yang dulunya solid menyokong BN, kini makin nampak pudar dan berazam memangkah BN dalam PRU akan datang. Taman-taman perumahan yang dulunya memberi kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat, kini mula nampak cenderung dan memuji kepimpinan Najib Razak dan BN.

Apapun ramai yang muya goyah dan hilang keyakinan kepada Pakatan Rakyat. Mereka melihat PKR sudah lupa diri dan gila kuasa. Mereka lihat PKR yakin untuk menawan Putrajaya dalam PRU-13 nanti, maka sebab itu mereka berebut-rebut jawatan dgn harapan agar dipilih jadi calon dalam pilihanraya dan akan jadi menteri atau memegang jawatan besar.

Semua yang berlaku, rakyat perhatikan. Semangat rakyat kepada PKR semakin luntur dan lebur...mereka menyesal dan kecewa dengan perangan-perangai sebahagian pemimpin PKR YANG SALING TAK TUMPAH SAMA DENGAN PERANGAI PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO. Yang tinggal dan bersih adalah PAS. Hanya PAS yang dilihat mampu menang beberapa kerusi, namun PAS yang bersendirian sudah pasti tidak mampu untuk mentadbir Malaysia sebagai kerajaan. Oleh itu PAS akan kekal seperti sebelum bersama PKR dan akan terus memerintah Kelantan, dan yang pasti Kedah akan kembali jatuh ke tangan UMNO dan BN

Lagi pengakuan isteri-isteri curang

Posted: 27 Nov 2010 06:41 AM PST

MONA, 30, mula bosan dengan sikap suaminya yang gagal menjadi ketua keluarga selain penat memberi peluang selama enam tahun untuk lelaki itu berubah, dan akhirnya mula menjalin hubungan dengan 'mat saleh'.

Wanita bertugas sebagai pakar perunding kecantikan di ibu kota itu berjinak-jinak dengan mat saleh beberapa bulan selepas melahirkan anak angkara suami yang kerap lepas tangan dalam pelbagai perkara membabitkan rumah tangga serta tanggungjawab lain.

"Ia bermula pada 2004 apabila suami yang saya kahwini atas dasar cinta menunjukkan tanda tidak akan mengubah sikap lepas tangan dalam pelbagai perkara, selain gagal memimpin dan mendidik saya menjadi 'isteri' ... seterusnya DI SINI

Saifuddin: ‘Third Force’ bukan serpihan PKR, Najib tak buat kerja rumah

Posted: 27 Nov 2010 06:05 AM PST

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

PETALING JAYA, 27 Nov — Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menolak dakwaan kewujudan kumpulan yang dikenali sebagai "Third Force" adalah serpihan membabitkan ahli-ahli parti itu yang kecewa dengan kepimpinan mereka.

"Memang tiada kaitan dengan PKR, tiada... tiada kaitan pun," kata setiausaha agung parti Saifuddin Nasution kepada The Malaysian Insider di akhir hari pertama Kongres Nasional parti yang berlangsung di sini.

Justeru, beliau juga menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak melakukan "kerja rumah" yang baik apabila mengatakan Third Force adalah serpihan PKR.

"Saya keliru sedikit dengan kenyataan Datuk Najib yang mengatakan seolah-olah Third Force ini adalah serpihan PKR.

"Third Force bukan anggota PKR, Datuk Najib menyebut lahirnya Third Force menunjukkan kucar-kacirnya PKR sehingga membawa kepada kewujudan Third Force.

"Jadi saya fikir kenyataan itu tidak cermat dan tidak melakukan kerja rumah yang baik," katanya.

Najib hari ini berkata kewujudan kumpulan yang dikenali sebagai "Third Force" dalam pakatan pembangkang khususnya PKR adalah berikutan timbulnya rasa tidak puas hati anggota parti itu terhadap kepimpinan mereka.

Beliau berkata keadaan itu juga menunjukkan krisis keyakinan yang begitu serius melanda parti tersebut dan tindakan anggota PKR itu kerana mereka sudah hilang kepercayaan terhadap pemimpin mereka.

"Kalau berlaku apa-apa pun, ini kesan daripada rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli PKR sendiri sebab itu mereka sudah menjadi kumpulan yang telah memilih jalan untuk keluar daripada PKR.

"Sama ada mereka jadi Third Force atau mereka masuk parti yang Datuk Zaid (Ibrahim) nak tubuh atau pun nak masuk Umno dan sebagainya. Ini kesan daripada keadaan dalam PKR yang menjurus kepada satu keadaan di mana krisis keyakinan yang begitu serius melanda parti tersebut," katanya.

Sebaliknya Saifuddin (gambar) berkata, kewujudan Third Force adalah inisiatif kumpulan aktivis yang merasakan mereka ada peranan dalam politik negara.

"Ura-ura penubuhan Third Force ini datangnya daripada sekumpulan aktivis yang berpendapat mereka ada peranan dalam politik negara.

"Misalnya mereka berpendapat meletakkan calon pilihan raya bukanlah hak mutlak masing-masing parti politik, mereka merasakan bahawa mereka juga ada peranan.

"Jadi dalam sistem demokratik yang terbuka membenarkan penyertaan semua pihak, tiada siapa yang boleh menyekatnya. Kelahiran kumpulan ini adalah daripada sekumpulan aktivis yang merasakan sampai masa untuk mereka terjun berkecimpung dalam politik," katanya.

Ahli Parlimen Machang itu berkata kemungkinan besar Third Force mahu supaya parti melantik mereka sebagai calon dalam pilihan raya.

"Saya fikir perkara asas dalam pemilihan calon ini ialah calon yang boleh menyumbang kepada kemenangan dan parti sudah tentu mempunyai mekanisme kriteria pemilihan calon.

"Third Force ini berpendapat bahawa mereka juga mahu ada tempat terhadap perkara ini. Jadi dasar parti sekarang ini adalah urusan pemilihan parti adalah urusan dalaman.

"Pernah berlaku NGO bertanding gunakan lambang parti. Walaupun parti mempunyai sistem pemilihan dengan keutamaan kepada aktivis parti dan pemimpin parti menjadi calon tapi rekod pembangkang atau Pakatan Rakyat ini menunjukkan bahawa di sana ada juga peluang yang diberikan kepada aktivis," katanya.

Saifuddin juga menolak Pakatan Rakyat akan menemui Third Force secara rasmi.

"Setakat ini belum ada ura-ura untuk menemui secara rasmi," katanya.

Ketika ditanya mengenai kekosongan jawatan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Saifuddin mengatakan bahawa parti masih belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu.

Jawatan tersebut kosong selepas Zaid mengambil keputusan untuk meninggalkan PKR.

"Kita belum pilih, lazimnya selepas kongres. Apabila ada kekosongan ataupun kalau tidak ada kekosongan lazimnya mana-mana parti pun akan melakukan pelantikan baru atau mengekalkan pelantikan lama.

"Ia tertakluk kepada keupayaan parti di negeri masing-masing.

"Jadi saya menjangkakan pengumuman berkaitan dengan pelantikan baru bagi negeri-negeri akan dilakukan bersekali dengan pengumuman keputusan pemilihan MPP," katanya.

Bagaimanapun, Saifuddin berkata kepimpinan parti akan mengadakan perbincangan bagi memilih calon yang sesuai.

"Biasa pimpinan akan duduk berbincang, meneliti dan mengambil kira semua aspek.

"Saya tidak boleh nak jangka sama ada perubahan," katanya - TMI

Tengok, apa Utusan Meloya kata ... yang ni yang kita tak nak

Posted: 27 Nov 2010 01:08 AM PST

MS: Betul, aku setuju, kerja mereka adalah cari salah kita, tapi kalau benda-benda yang disebut ini tak benar-benar berlaku, senang la kita nak menepisnya. Ini apa yang disebutnya itu kebanyakkan nya memang terjadi , memang telah heboh diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Walaupun ada penafian dari pimpinan PKR, tapi apakah penafian tersebut dapat diterima pengundi?
Jangan sampai pengundi meluat dan berkata "ala depa ni pun sama saja macam Umno juga ..."
Apakah benar pemimpin akan berkhidmat untuk rakyat atau untuk diri sendiri atau hanya syok sendiri?

oleh : Zulkifli Bakar

November 27, — Sama ada suka atau tidak, pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) harus mengakui bahawa mereka menghadiri kongres parti itu hari ini dan esok dalam keadaan parti berkenaan sedang berhadapan dengan seribu satu masalah.

Mungkin mereka boleh melindunginya dengan retorik ucapan dan kenyataan yang akan dibuat oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Ketua Umum.

Retorik mereka akan disokong oleh bakal Timbalan Presiden, Azmin Ali dan anak Anwar, Nurul Izzah yang akan ditabal sebagai salah seorang naib presiden.

Tetapi rakyat sudah mengetahui betapa buruknya pemilihan di peringkat cabang yang berlangsung sebelum ini bagi membolehkan pemimpin-pemimpin yang menjadi pilihan Anwar mencapai kemenangan.

Mereka ini akan penuh bangga berdiri di atas pentas mengangkat tangan apabila diisytiharkan menang, namun semua itu tidak akan menutup segala kepincangan yang sedang dan akan berlaku.

Semua orang tahu bagaimana pemilihan di peringkat cabang dijalankan sehingga dalam setiap mesyuarat tersebut, ada sahaja kerusi berterbangan, adegan tumbuk-menumbuk, laporan polis dibuat dan penipuan kertas undi.

Malahan jumlah kehadiran ahli PKR ke mesyuarat tersebut juga sama sekali jauh daripada jumlah sebenar mereka yang berhak mengundi. Sungguhpun begitu, pengundian tetap dijalankan biarpun di sesetengah cabang yang ahlinya mencecah ratusan orang, tetapi yang hadir hanya berpuluh ahli dan yang penting adalah calon pilihan Anwar menang!

Walaupun terdapat bantahan, namun pemimpin-pemimpin PKR yang kononnya memperjuangkan demokrasi tidak mahu mendengar segala bantahan dan keluhan ahli di peringkat akar umbi.

Lebih malang apabila Wan Azizah yang memberi jaminan kononnya akan menyiasat semua aduan sekadar menabur janji sahaja, tiada tindakan dilakukan. Lagipun, orang tahu siapa lebih berkuasa di dalam PKR biarpun Wan Azizah adalah Presiden.

Selagi keputusan pemilihan menyebelahi orang-orang Anwar, maka tiada apa-apa tindakan yang akan dibuat. Kesudahannya, ia mewujudkan perasaan tidak puas hati dan kemuncaknya apabila bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden dan keluar parti.

Kalau beginilah cara dan sikap pemimpin-pemimpin PKR yang kononnya lebih demokratik berbanding orang lain, kita boleh mengagak apa akan terjadi jika mereka diberi peluang memerintah negara. Sudah pasti segalanya menjadi tunggang-langgang kerana amalan pilih kasih, nepotisme dan kronisme yang dilakukan.

Mungkin orang seperti Azmin begitu bangga kerana bakal ditabal sebagai timbalan presiden tetapi beliau patut bertanya apakah kemenangannya layak diiktiraf ketika pelbagai kepincangan berlaku sepanjang pemilihan di peringkat cabang?

Pemimpin-pemimpin PKR seperti Azmin mungkin boleh mengabui pengikut-pengikut parti itu yang taksub tetapi hakikatnya semakin ramai yang sudah sedar. Sebab itulah, berlaku tindakan mengucapkan selamat tinggal kepada PKR, bukan sahaja dalam kalangan pemimpin malahan di peringkat akar umbi.

Kalaulah PKR diibaratkan sebuah kapal, ia sudah tentu bocor di sana dan sini, menanti masa untuk karam tetapi pemimpin-pemimpin mereka masih tidak mahu mengakuinya. Bagi mereka, PKR tetap sebuah parti yang sempurna, pemimpin-pemimpin paling demokratik dan ahli-ahlinya bijaksana dalam membuat keputusan.

Tetapi sebenarnya, PKR adalah sebuah parti yang sedang berhadapan dengan seribu satu masalah dan boleh diibaratkan 'cakap tak serupa bikin'. Mereka mendakwa mengamalkan kebebasan media tetapi ada media dihalang untuk membuat liputan.

Mereka juga mendabik dada, kononnya PKR parti pelbagai kaum tetapi pemilihan yang berlangsung menyaksikan bagaimana pemimpin kaum India yang sebelum ini memainkan peranan penting menarik kaum itu menyokong PKR semakin dipinggirkan.

Namun pemimpin-pemimpin PKR tidak mahu melihat semua itu, sebaliknya mereka lebih selesa membuat pelbagai tuduhan kepada Barisan Nasional (BN), Umno dan kerajaan. Tubuh PKR sendiri yang semakin penuh diselaputi 'kudis-kudis politik', tidak mahu pula dirawat.

Oleh itu, PKR akan 'berkongres' dalam keadaan yang boleh dianggap hanya 'syok sendiri'. Segala kepincangan mahu ditutupi dengan ucapan-ucapan yang hanya akan berkisar kepada impian untuk menawan Putrajaya.

Perjuangan rakyat yang kononnya menjadi landasan penubuhan parti itu hanya sekadar retorik kerana apa yang lebih utama adalah memastikan cita-cita Anwar menjadi Perdana Menteri menjadi kenyataan.

Kesimpulannya, tiada apa yang harus PKR banggakan dengan kongres yang diadakan ini kerana rakyat tahu situasi sebenar. — Utusan Malaysia

Google : Beruk = Khairy Jamaludin

Posted: 26 Nov 2010 11:10 PM PST


Cuba korang pergi ke website google.com.my kemudian search keyword "beruk", perhatikan hasil carian yang pertama sekali. ReJaM© pun tak pasti mengapa google menganggap Khairy Jamaludin sebagai hasil carian paling tepat untuk keyword "beruk", tapi itulah hasilnya. Korang boleh cuba sendiri dan lihat hasilnya.

Dari segi ilmu SEO, mungkin laman web wikipedia tentang Khairy Jamaludin sering kali dirujuk oleh website-website yang memiliki Page Rank (PR) yang baik dengan menggunakan keyword "beruk". Oleh itu apabila google crawler mengesan banyak keyword beruk dihubung kepada laman tersebut (backlink), maka google menganggap laman wikipedia tentang Khairy Jamaludin adalah hasil carian paling tepat untuk keyword "beruk - Milo Suam

Tiada ulasan: