MIMPI SENJA |
- DSAI mungkin 'digantung' bulan depan
- Kes Mata Lebam : Kabinet akan soal Gani Patail
- Pengakuan bekas pengikut ajaran sesat : Isteri disetubuhi di depan mataku
- Beras, Keras, Waras kunci kebahagiaan rumah tangga
- Syabas diberi 14 hari henti Tabung Budi
- Pegawai Kanan Yayasan Selangor Direman 7 Hari
| DSAI mungkin 'digantung' bulan depan Posted: 23 Nov 2010 09:16 PM PST Gambar : TMIKUALA LUMPUR, Nov 24 — Barisan Nasional (BN) is expected to use its majority to strike a blow against its Pakatan Rakyat (PR) rivals ahead of possible snap polls next year, by suspending Datuk Seri Anwar Ibrahim from Parliament next month. The Malaysian Insider understands that on the final day of the ongoing parliamentary session this December 15, the opposition leader will be made to answer for his APCO-Israel jibe from earlier this year, under recommendation from the House's powerful Rights and Privileges Committee. The committee is expected to recommend a suspension order against PR's de facto leader, said to be a thorn in the side of the ruling government which suffered severe losses in the last general election. In Election 2008, Anwar had led the opposition pact in sweeping up five states and denying BN its customary two-thirds parliamentary majority. It is believed that Anwar will be suspended for at least six months from the House but will continue to receive his MP's salary. Najib was initially leery over the move to suspend Anwar.The Malaysian Insider understands, however, that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had initially been against the idea of meting out such a punishment to the opposition leader for fear of public backlash, but had relented after being convinced by his BN aides. The prime minister is also scheduled to meet with Dewan Rakyat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia over the issue today. The move is believed to be a strategic attempt by the ruling BN coalition to throw the opposition momentarily off guard ahead of an expected general election, believed likely to be held in the first quarter of next year. It is also believed to be a form of reprisal by the federal government, after similar moves by PR administrations in Selangor and Penang to suspend BN opposition leaders from its state assemblies. Last July, the Selangor state assembly had suspended former mentri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo and four other BN assemblymen from the House for one year and six months each, respectively. Their privileges as assemblymen were also revoked for the period of their suspension. According to news reports, the state assembly's Rights and Privileges committee had recommended Khir's suspension for failing to attend the Select Committee on Competency, Accountability and Transparency's (Selcat) inquiry for allegedly making disparaging remarks against the committee in the media. The other four BN assemblymen — Datuk Warno Dogol (Sabak Bernam), Datuk Mohd Idris Abu Bakar (Hulu Bernam), Mohd Isa Abu Kassim (Batang Kali) and Datuk Marsum Paing (Dengkil) — were also suspended for the same reason. Earlier this month in Penang, state opposition leader Datuk Azhar Ibrahim from Umno, who is also the Penaga assemblyman, was suspended for six months from the assembly after he refused to retract allegedly seditious remarks regarding the May 13 racial clash in 1969. His suspension, effective August 17 to February next year, had also sparked a walkout by all the 11 BN assemblymen in the state legislature. BN state opposition leaders had been suspended in Selangor and Penang. The lawmaker had apparently, during a speech to the assembly by Chief Minister Lim Guan Eng on May 7, warned of a likely repeat of the May 13 racial riots and had suggested the armed forces take over the functions of the police if the latter had lost the confidence of the people. Azhar was referred to the assembly's Rights and Privileges Committee after a motion tabled by DAP's Jagdeep Singh Deo was accepted. The suspension order was subsequently conveyed to the state assembly and allowed. In Anwar's case, the fiery opposition leader had been summoned to the House's committee on June 8 after he claimed that the supposedly Israeli-linked public relations consultancy APCO Worldwide employed by the Najib administration was behind both the 1 Malaysia and 1 Israel concepts. His remarks had dominated the previous parliamentary session earlier this year and had been used incessantly by opposition leaders as campaign fodder during the Hulu Selangor and Sibu by-elections. Anwar's hearing before the committee was, however, put off when the leader insisted on being accompanied by legal counsel — former Bar Council president Datuk Ambiga Sreenivasan. He was later allowed to be accompanied by Ambiga under strict instructions that the latter would not be allowed to speak during the proceedings. Despite this, Anwar's hearing was put off and the matter has not been raised since then. - TMI |
| Kes Mata Lebam : Kabinet akan soal Gani Patail Posted: 23 Nov 2010 03:31 PM PST ![]() Pentadbiran Najib telah mengarahkan 2 menteri kabinet untuk menyoal Gani Patail berhubung penglibatan beliau dalam kes 'mata lebam' yang melibatkan DSAI pada tahun 1998. Keputusan ini di ambil selepas Datuk Mat Zain Ibrahim bekas Ketua CID Kuala Lumpur mendakwa mempunyai keterangan-keterangan baru tentang kes 12 tahun lalu itu yang membabitkan Peguam Negara itu. Rais Yatim dan Nazri Aziz telah diarahkan untuk bertemu Gani Patail untuk tujuan ini, tapi terpaksa untuk menunggu sehingga Gani Patail kembali dari mengerjakan haji. Mat Zain beberapa hari lalu telah menghantar surat terbuka kepada Ketua Polis Negara berhubung kes mata lebam ini. Menurut Nazri, Kabinet memerlukan jawapan dari Gani Patail sebelum apa-apa tindakan dapat diambil. |
| Pengakuan bekas pengikut ajaran sesat : Isteri disetubuhi di depan mataku Posted: 23 Nov 2010 07:55 AM PST Ajaran Sesat Laga Lutut Sekiranya tuan-tuan masih ingat lagi, satu ketika dahulu heboh di media massa berhubung ajaran sesat laga lutut. Ajaran sesat ini mengamalkan pertukaran pasangan yang ditentukan sendiri oleh tuan guru tersebut. Pada hari 'tarbiyah', setiap pasangan akan berkumpul di sebuah kawasan khas (biasanya di kediaman ahli-ahli sendiri bagi mengelakkan dihidu pihak berkuasa). Aku dan isteri adalah bekas pengikut ajaran itu. Di sini biar aku ceritakan serba sedikit mengenai diriku dan keluarga. Aku adalah seorang technician di sebuah kilang terkemuka di Lembah Klang. Isteriku pula adalah seorang kerani di sebuah jabatan kerajaan. Ketika itu, aku berumur 29 tahun manakala isteriku 25 tahun. Kami telah berkahwin selama 6 tahun dan dikurniakan seramai 2 orang anak perempuan yang comel. Kami mula mengenali ajaran sesat ini apabila diperkenalkan oleh seorang kenalan lama isteriku. Aku dan isteri adalah seorang yang amat cetek tentang ilmu agama ...... seterusnya DI SINI |
| Beras, Keras, Waras kunci kebahagiaan rumah tangga Posted: 23 Nov 2010 04:39 AM PST Oleh Nazli Ibrahim PETALING JAYA: Antara kunci kebahagian rumah tangga ialah beras, keras dan waras, demikian menurut Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Mohamad Aziz di parlimen hari ini. "Padi yang akhirnya menjadi beras, yang akhirnya jadi nasi, yang akhirnya mengenyangkan kita dan yang akhirnya rumahtangga menjadi aman. Sebab itu antara kunci kebahagian rumah tangga ialah beras, keras dan waras," kata beliau dengan disambut riuh dengan gelak ketawa Ahli Parlimen lain. Apabila beliau menyedari kemungkinan kenyataannya telah disalah tafsir, beliau menjelaskan keras yang dimaksudkan ialah sihat dari segi kesihatan fizikal. "Keras maknanya sihat. Saya tak ada (maksud) lain. Kalau ada yang maksud kelain tu, di luar kemampuan sayalah," ujar beliau sama turut tertawa. Beliau berkata demikian ketika diberi laluan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar semasa menjawab soalan berkaitan bekalan dan keperluan simpanan beras dalam negara. Sementara itu ketika diberi laluan untuk mencelah, Mohamed berkata tanggapan sesetengah pihak bahawa mengimport beras lagi baik berbanding mengusahakan jelapang sendiri kerana kos yang lebih rendah haruslah diperbetulkan. Menurut beliau, sikap terlalu bergantung kepada negara pengimport beras untuk memenuhi keperluan makanan dalam negara adalah amalan yang tidak baik untuk negara. Beliau menjelaskan, negara bila-bila masa boleh berhadapan risiko negara pengeluar beras menghentikan eksport beras secara mengejut ke negara ini. "Besok (jika) tiba-tiba makanan dalam negara kita berkurangan. Bukan kerana kita tidak mampu hendak beli, tetapi negara pengeluar tidak dapat menjual kerana keadaan-keadaan di negara masing-masing. Beliau turut memberitahu parlimen agar pandangan seperti ini harus diubah dengan dengan mengusahakan lebih banyak lagi penanaman padi supaya negara lebih dahulu bersedia - FMT |
| Syabas diberi 14 hari henti Tabung Budi Posted: 23 Nov 2010 03:57 AM PST KUALA LUMPUR, 23 Nov – "Perang" antara kerajaan negeri Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) mula memuncak dengan agensi itu diberi notis 14 hari supaya menghentikan program Tabung Budi atas alasan ia melanggar syarat perjanjian konsesi air.Notis bertarikh 23 November – hari ini – dikeluarkan oleh Pengarah Kawal Selia Air Selangor Nor Azmi Diron di bawah Subseksyen 12(2) Akta Pembekalan Air 1997. "Selain menghentikan program tersebut dalam masa 14 hari, Syabas juga dikehendaki memaklumkan kepada kerajaan Selangor berkenaan pembatalan Tabung Budi. "Pembatalan tersebut juga perlu diiklankan di dalam akhbar-akhbar utama di Malaysia," kata Pejabat Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Kata kenyataan itu, mengikut notis itu, Lesen Pembekalan Air yang diberikan kepada Syabas mengikut Subseksyen 12 (3) Akta Pembekalan Air 1997 akan dibatalkan jika Syabas gagal mematuhi arahan pembatalan program itu. Notis tersebut juga telah mengingatkan Syabas bahawa selaku pemegang lesen, syarikat itu hanya boleh mengutip dan menyimpan caj yang masih berhutang (caj tertunggak) oleh pengguna dalam kawasan pembekalan air. Syabas tidak boleh mengutip sumbangan daripada orang ramai bagi tujuan membayar caj bekalan air tertunggak seperti yang dilakukannya melalui Tabung Budi, katanya. Semalam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan Selangor akan meminta kerajaan pusat menarik balik lesen konsesi yang diberikan kepada Syabas jika syarikat itu didapati mengutip balik kos 20 meter padu air yang disubsidi oleh kerajaan Selangor kepada rakyatnya menerusi Tabung Budi. Khalid berkata Syabas tidak berhak mengutip derma daripada mana-mana individu pengguna air yang mendapat subsidi daripada kerajaan negeri menerusi tabung yang dilancarkan syarikat itu. "Jika benar ada individu yang mahu mendermakan subsidi yang diberikan, mereka hendaklah memulangkannya kepada kerajaan negeri dan bukannya kepada Syabas. Syabas tidak boleh menggunakan duit subsidi itu. Duit subsidi yang saya gunakan ini ialah duit negeri untuk rakyat. "Saya akan berbincang perkara ini dengan Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor dan pihak kewangan negeri sebab dalam perjanjian penswastaan yang dibuat bersama Syabas, kerajaan negeri tidak menyatakan Syabas boleh jalankan usaha ini (mengutip balik kos 20 meter padu air). "Kita mahu lesen Syabas dirampas jika didapati tidak menjalankan tugas seperti yang dijanjikan dalam perjanjian penswastaan," katanya. Tabung Budi dilancarkan Syabas pada 24 Ogos lepas melibatkan skim yang membolehkan pengguna air membayar balik kos 20 meter padu air bernilai RM11.40, yang disubsidi kerajaan negeri kepada rakyat Selangor setiap bulan, diserahkan kepada Syabas. Wang kutipan itu nanti akan disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan yang tidak menerima 20 meter padu air percuma bagi mendapatkan semula sambungan air bersih ekoran kegagalan mereka membayar bil. - TMI |
| Pegawai Kanan Yayasan Selangor Direman 7 Hari Posted: 22 Nov 2010 11:02 PM PST Oleh SALWA SHAARI SHAH ALAM: Seorang pegawai kanan Yayasan Selangor direman selama tujuh hari bermula Selasa, berhubung keputusan kontroversi untuk membelanjakan RM300,000 bagi Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-40 yayasan tersebut. Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, Khairul Nizam Abu Bakar pada pukul 12 tengah hari dan pegawai tersebut yang difahamkan adalah pengerusi pengelola majlis tersebut direman untuk membantu siasatan. Pegawai yang berusia dalam lingkungan 40-an itu tiba di mahkamah pada pukul 11.45 pagi dengan diiringi oleh dua pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor. Difahamkan, pegawai itu ditahan oleh SPRM dan dibawa ke pejabatnya di tingkat 16, Pejabat Yayasan Selangor di Petaling Jaya, dekat sini pada pagi Isnin. .Pada 12 November lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor di Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung pada 15 November lalu. Baginda membuat keputusan tersebut selepas dukacita apabila dimaklumkan kos perbelanjaan yang melebihi RM300,000 untuk majlis itu. Pada 15 November lalu, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar pula mendakwa pembaziran dalam penganjuran majlis itu bukannya melebihi RM300,000 seperti yang dilaporkan sebelum ini tetapi melebihi RM800,000. Bagaimanapun, seorang lagi pengurus besar yayasan tersebut dilaporkan berkata, kos sebenar majlis itu adalah RM285,000 bagi menampung penyediaan makanan untuk jemputan khas seramai 200 orang kenamaan dan 2,000 tetamu lain. Difahamkan majlis sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu telah dibatalkan. Pada 14 November lalu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pegawai kanan tersebut telah diarahkan bercuti dengan gaji selama sebulan berkuat kuasa serta merta sehingga siasatan selesai - mStar |
| You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan