Jumaat, 19 November 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Hahaha elok sangat la tu ... Big mama dah tak nak jadi Canselor Unisel

Posted: 19 Nov 2010 07:28 PM PST

Sultan Selangor Perkenan Rosmah Lepas Jawatan Canselor Unisel

Oleh HAIRULAZIM MAHMUD

KUALA SELANGOR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenankan hasrat Datin Seri Rosmah Mansor untuk tidak dilantik semula sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) selepas kontraknya tamat Februari ini.

Rosmah memberitahu demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Istiadat Konvokesyen Unisel Kelima di Kampus Bestari Jaya di sini, Sabtu.

"'Ingin saya maklumkan bahawa ini adalah merupakan tugasan terakhir saya dalam Majlis Konvokesyen Unisel.

"Permohonan saya untuk berundur diri sebagai Canselor sehingga tamat tempoh lantikan telah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor," katanya.

Turut hadir pada majlis itu termasuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kontroversi kedudukan Rosmah di universiti milik kerajaan negeri itu mula tercetus selepas Pakatan Rakyat berjaya merampas Selangor daripada Barisan Nasional pada pilihan raya umum 2008.

Isteri Perdana Menteri itu pernah menyatakan mahu melepaskan jawatannya kerana dianggap 'tidak kena' jika terus memegang jawatan di negeri diperintah parti pembangkang.

Bagaimanapun beliau terpaksa menanti sehingga Sultan Selangor membuat keputusan. - mStar
MS: Lagi satu aku dok tunggu bila rosmah nak kata "Saya tak akan lagi gunakan title "First Lady". Gelara itu bukan untuk saya. Saya sikit pun tak layak untuk gunakan gelaran tu. Tapi saya ni kan jenis perasan sikit, ala-ala kadok naik junjung, jadi saya gunakanlah. Apa saya nak risau kan, laki saya pun backing saya dalam Parlimen bila ada isu "First Lady" ni ditimbulkan .... hahahaha ... Selepas ini saya tak akan gunakan lagi gelaran 'First Lady' sebaliknya saya akan gunakan gelaran Lady Gaga ... oopppss bukan Lady Gaga, tapi "Lady Gagak " .... hahahahaha ...

"Siapa yang nak keluar ... keluar lah ..." - Dr Syed Husin Ali

Posted: 19 Nov 2010 07:13 PM PST

Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali tidak risau dengan sekiranya terdapat anggota parti itu bercadang untuk keluar parti dan menyertai parti baru yang dicadangkan oleh Datuk Zaid Ibrahim.

Tokoh PKR itu menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu pembersihan dalam parti itu yang ditubuhkan sejak 10 tahun yang lalu.

"Bagi saya mudah sahaja. Siapa yang nak keluar… keluarlah. Ini bagi saya (satu) proses pembersihan dalam parti.

"Saya selalu katakan, bila sampah sarap berlalu, sungai akan menjadi jernih… Saya tidak risau dan ramai pemimpin tidak risau," katanya dalam temubual dengan Malaysiakini semalam.


Menurutnya, situasi tersebut bukan dialami oleh PKR sahaja, malah sebelum ini PAS dan DAP turut mengalami situasi yang sama suatu ketika dahulu.

"Ini bukan pengalaman PKR (sahaja). Parti yang tua, yang kelihatan lebih kuat, sudah mengalami (perkara ini). (Dalam) PAS sendiri apabila presidennya sendiri (Datuk) Asri (Muda tinggalkan parti)," katanya senator itu.

Hak Zaid

Syed Husin mengulas mengenai kenyataan Zaid yang juga pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dalam sidang media pagi semalam yang tidak menolak kemungkinan ramai anggota PKR akan menyertainya keluar parti.

Dalam sidang media di kediamannya, Zaid memilih 16 Disember depan sebagai tarikh beliau meninggalkan parti itu setelah menghantar surat peletakkan jawatannya semalam.

Beliau juga memutuskan untuk menubuhkan parti baru dan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengulas mengenai keputusan Zaid tersebut, Dr Syed Husin yang juga bekas tahanan ISA berkata, ia merupakan hak Zaid untuk berbuat demikian.

"Rakyat yang akan menentukan sama ada parti itu mempunyai masa depan (atau tidak). Tapi dia konsisten bahawa dia mahu bertanding dan masuk ke dalam parlimen. Terserah (kepada) rakyat (untuk menetukannnya)," katanya.

Ditanya sama ada PKR dan Pakatan Rakyat mahu berkejasama dengan parti baru itu, Dr Syed Husin berkata parti itu akan melihat perkembangannya terlebih dahulu.

Sekejap nak, sekejap tak nak

"Dalam masa sekarang bukan kita (PKR) akan putuskan," katanya.

Dr Syed Husin yang turut mempersoalkan sikap Zaid "yang tidak tetap pendirian" dan "sekejap berubah-ubah".

"Perkara kecil sahaja, (contohnya) sekejap nak ada sidang akhbar, sekejap tak nak. Sekejap nak adakan balik.

"Sekejap nak bertanding presiden, sekejap nak bertanding timbalan. Sekejap kata nak berundur sekira seorang itu mengambil bahagian. Bila orang itu mengambil bahagian, dia tak mahu berundur.

"Jadi perkara seperti ini menimbulkan banyak tanda tanya. Kebenaran apa?" katanya ketika mengulas kenyataan Zaid yang mahu menubuhkan parti baru "berteraskan kebenaran". - Malaysiakini

Godam Zaid untuk bersih parti dari "trojan horses"

Posted: 19 Nov 2010 06:39 PM PST

Oleh Fazy Sahir dan Jamilah Kamarudin

SHAH ALAM: Perhimpunan suaikenal anjuran PKR Selangor di sini malam tadi bertukar menjadi medan menggodam Zaid Ibrahim dalam usaha untuk membersihkan parti dari "trojan horses".

Walaupun beberapa pemimpin parti tidak menyebut nama individu berkenaan secara spesifik namun jelas mereka menghentam setiap kenyataan negatif bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu terhadap parti.

Zaid yang juga bekas menteri undang-undang mengambil keputusan keluar parti berkuatkuasa 16 Disember ini dalam satu sidang akhbar yang penuh sesak dengan wartawan dari berbagai media cetak dan elektronik di kediamannya semalam.

Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali, pesaing terdekat Zaid dalam jawatan timbalan presiden sebelum ini, dalam ucapannya merayu kepada kepimpinan tertinggi parti agar bertindak tegas dan berani untuk membersihkan "trojan horses" ini kelak.

Menurut beliau, gesaan Zaid supaya Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur dari parti disifatkan sebagai melampau.

Minta Anwar berundur tindakan melampau

Azmin berkata, "ada suara-suara sumbang……. jika suruh saya berundur saya terima. Tapi kalau suruh Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur itu tindakan melampau.

"Beliau umpama orang tiada rumah, kita jemput masuk dan beri segala kemewahan, beri segala makanan dan tilam empuk, permaidani hebat…setahun nikmati kemudahan itu," tambah beliau.

Ujar beliau, "maka saya rayu Anwar, (Presiden) Wan Azizah (Wan Ismail), Timbalan Presiden (Syed Husin Ali), Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat selesai kongres……. kita perlu tegas dan berani untuk membersihkan 'trojan horses' yang wujud dalam parti.

"Jangan tangguh…sebab kita bimbang dengan orang-orang seperti ini.

Kita bersama presiden, Anwar dan rakyat sudah bina parti ini 12 tahun lalu," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 1,000 anggota PKR di Auditorium MBSA malam tadi.

Katanya, semakin banyak serangan diterima PKR beliau yakin parti itu akan bertambah kuat.

Penyandang timbalan presiden Dr Syed Husin Ali yang cukup lantang mengkritik Zaid mengalu-alukan pengunduran beliau daripada PKR.

"Apa hendak kita gelarkan kepada seseorang yang menafikan keputusan Pakatan Rakyat memboikot Utusan Malaysia dan memburukkan parti?," tanya Azmin.

‎​"Jika orang ini hendak keluar…sila keluar. Jika orang ini nak gunakan tali gantung untuk gantung diri pastikan biar sampai mati," katanya.

'Fikir banyak kali, jangan nanti 'gila bayang'

Sementara itu, Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan pemimpin yang keluar parti kelak agar tidak bertindak seperti orang 'gila bayang'.

Beliau turut merujuk kepada kes bekas setiausaha agung PKR P Jenapala yang menyaman parti berhubung pemilihan ini sebagai tidak dapat menerima hakikat.

Saifuddin menyifatkan Jenapala sebagai 'tidak dapat menerima hakikat' ekoran pemecatan dalam PKR sehingga bertindak untuk saman parti.

"Pemimpin seperti ini memang kurang ajar, jangan kita biarkan mereka. Setuju atau tidak untuk bersama dengan dia?," soal Saifuddin sambil disahut 'tidak' oleh para mereka yang hadir.

"Beliau mahu keluar parti 16 Disember….sebab nak jelajah nak dapat sokongan," kata Ahli Parlimen Machang itu tanpa menyebut nama individu terbabit.

Dipecat kerana muflis

"Mereka hantar saman sedangkan sebelum saya jadi setiausaha Jenapala sudah dipecat sebab muflis. Dia tidak terima hakikat dan hantar surat. Saya ingatkan kembali sebelum mahu bercerai fikir banyak kali, jangan nanti gila bayang"," katanya.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pula dilihat lebih tenang daripada pemimpin lain yang cukup agresif ketika mengkritik dan mempersoal kesetiaan Zaid terhadap parti.

Beliau menekankan semangat setia kawan serta semangat perjuangan dalam parti berusia 12 tahun itu.

Tegas beliau, "kita perlu ingat bahawa kejayaan PKR bersama-sama Pakatan Rakyat mesti mementingkan rakan pasukan bukan diri sendiri, itu kekuatan kita.

"Setiap ahli wajar pegang prinsip perjuangan dan semangat setia kawan maka rakan lain turut terasa apabila 'cubit peha kiri peha kanan terasa sakit," katanya - FMT

Masih dara selepas 6 tahun berkahwin

Posted: 19 Nov 2010 05:03 PM PST

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mior Azlan Mior Kamarul Baid
KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan wanita menderita nafkah batin dan mendakwa masih dara walaupun sudah bernikah enam tahun lalu gara-gara tersalah pilih suami yang hanya bernafsu kepada kaum sejenis.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Citra, 35, berkata rahsia suaminya itu dirungkaikannya selepas memasang alat perakam di dalam kereta, selain penemuan gambar, maklumat dalam diari serta pendedahan rakan karib lelaki terbabit.

"Hakikat itu amat mengecewakan saya menyebabkan saya terpaksa minta cerai," katanya sambil memaklumkan segala urusan perceraiannya sudah selesai di pejabat agama sebuah daerah di Selangor, baru-baru ini.

Berkongsi pengalamannya dengan Harian Metro untuk dijadikan pengajaran kepada wanita lain supaya berhati-hati memilih suami, Citra berkata dia mengenali suaminya yang dinamakan M pada awal 2003 selepas diperkenalkan adik sepupunya.

"Pada awal perkenalan, dia cukup sempurna apatah lagi tampil dengan ciri alim selain pandai mengambil hati ibu dan anak saudara yang saya pelihara sejak kematian ibu bapa kanak-kanak itu.

"Mungkin kerana ingin memenuhi kehendak ibu yang mahu saya berkahwin selain terpaut dengan kasih sayang ditunjukkan kepada anak saudara menyebabkan saya bersetuju berkahwin pada Disember 2003 walaupun baru mengenalinya kira-kira tiga bulan," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Citra yang memiliki beberapa rangkaian perniagaan berkata, kekurangan atau kelemahan M mula dikesannya sejak awal perkahwinan berikutan kegagalannya melayari malam pertama dengan sempurna.

"Namun, saya menganggap ia mungkin masalah biasa bagi pasangan yang baru berkahwin dan terus mencuba walaupun dia seolah-olah hilang bersemangat ketika di ranjang.

"Mungkin agak memalukan untuk diceritakan, namun suami saya langsung tidak mampu mencapai ereksi walaupun dirangsang dengan pelbagai cara," katanya.

Menurut Citra, sejak itu, pelbagai cara dilakukannya termasuk berpakaian seksi dengan memakai baju tidur sutera selain memastikan fizikal tampil menarik bagi membangkitkan nafsu suaminya.

"Namun, semua itu sia-sia apabila suami seolah-olah sengaja menjauhkan diri. Saya bertanya apa kekurangan diri ini, namun dia tidak dapat memberikan penjelasan munasabah.

"Sebaliknya, ketika cuba mengelak daripada berasmara dia hanya memberi pelbagai alasan tidak logik seperti tak mahu ganggu saya yang keletihan, ingin menonton televisyen terlebih dahulu, mesyuarat di pejabat serta pelbagai alasan lain," katanya.

Menurutnya, lebih mengecewakannya apabila suaminya itu memberi alasan mati pucuk akibat menghidap kencing manis.

"Tapi, saya tahu alasan itu tidak munasabah kerana kencing manis yang dihidapinya tidak serius apatah lagi usianya yang masih muda.

"Akibat terlalu ingin menimang cahaya mata, saya berusaha menjalani penyemaian benih suami dalam rahim atau IUI selain kaedah bayi tabung uji atau IVF bagi mencapai impian itu.

"Walaupun terpaksa menjalani pembedahan selain mengeluarkan belanja besar sehingga lebih RM30,000, namun kedua-dua usaha terbabit tetap gagal berikutan sperma suami saya lemah.

"Malangnya saya dipersalahkan suami dan dituduh menjadi punca kegagalan mendapatkan cahaya mata," katanya.

Namun, kata Citra, segala persoalan yang menghantuinya terjawab apabila dia menemui gambar suaminya berpelukan dengan lelaki lain.

Katanya, bukti itu diperkukuhkan dengan penemuan diari M dan pengakuan rakannya yang memberitahu M homoseksual sejak di bangku sekolah.

"Untuk mencari bukti lebih sahih, saya memasang pita rakaman di dalam kereta dan hasilnya saya dapat mendengar rakaman perbualan mengghairahkan suami dengan rakan lelakinya," katanya.

Akibat tidak tahan dengan penderitaan dialami, dia memutuskan untuk bercerai dengan suaminya dan M bersetuju untuk melepaskannya selepas menyedari rahsianya terbongkar.

"Saya kini lebih lega selepas lebih enam tahun menderita batin dan emosi akibat tidak disentuh dan dilayan selayaknya sebagai wanita bergelar isteri," katanya - Metro

Halim Saad - bekas bos Renong - nak beli KFC

Posted: 19 Nov 2010 06:08 AM PST

Halim Saad bids for KFC franchise owner

November 19, 2010KUALA LUMPUR, Nov 19 — Malaysia's QSR Brands has received a takeover offer from Idaman Saga, a vehicle linked to tycoon Halim Saad.

The company did not disclose any pricing details on the takeover offer. QSR said its board was deliberating on the proposal.

The shares of QSR were suspended from trading this morning along with its major shareholder Kulim and its subsidiary company KFC Holdings.

There had been speculation in the market that a foreign private equity firm was providing financial backing for Idaman Saga. — Reuters/TMI

Demo 'haram' : Mat Sabu Tian Chua Gobala dibebas

Posted: 19 Nov 2010 01:57 AM PST

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan 15 orang, termasuk ahli parlimen Batu Tian Chua atas dakwaan terlibat dalam perhimpunan awam yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (BERSIH).

Hakim Jagjit Singh berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bahawa perhimpunan pada 10 November 2007 itu haram.

"Masjid negara adalah tempat beribadat, dan tiada sesiapa mempunyai kuasa untuk menyuraikan hadirin, atas apa alasan pun orang ramai mempunyai hak berhimpun di masjid," katanya.

Jagjit menyampaikan keputusan itu selepas mendengar pengakuan daripada 36 saksi sepanjang perbicaraan yang mengambil masa tiga tahun.

Selain Tian Chua, dua lagi pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa, anggota parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan dan bekas naib presiden PAS dan pemidato terkenal Mohamad Sabu.

Semua mereka ditahan tiga bulan selepas perhimpunan itu. - Malaysiakini

Kenapa ahli Umno berkerumun pada Perkasa

Posted: 19 Nov 2010 01:04 AM PST

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din optimis parti itu mempunyai peluang yang lebih baik pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.

Menurutnya, pendekatan yang diambil oleh PAS melalui tahaluf siyasi bersama dengan parti-parti pembangkang telah membuahkan hasil di dalam PRU 12 lalu.

Beliau menambah, Allah telah memberi jalan kepada PAS untuk mencapai kejayaan melalui persefahaman politik itu.

Katanya, rakyat kini telah memberikan sokongan yang terbuka kepada PAS dalam suasana Umno sedang meniti hari-hari tua.

Bahkan, ujarnya ahli-ahli Umno kini sudah hilang keyakinan kepada parti perkauman itu untuk membela orang Melayu.

Buktinya, tambah beliau orang-orang Umno sekarang berkerumum pada Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) untuk membela orang Melayu.

"Kenapa ahli-ahli Umno tak guna wadah Umno untuk bela Melayu, tapi guna NGO Melayu," soalnya ketika ditemui pada majlis penyerahan penghargaan Majlis Syura Ulama PAS kepada Almarhum Ustaz Hassan Shukri di Taman Melewar, hari ini.

Beliau yang mewakili Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan anggota majlis itu menyampaikan penghargaan berupa sijil dan plak itu kepada isteri Almarhum Ustaz Hassan, Ustazah Hamidah Abdul Mutalib.

Tambahnya, melalui tindakan itu menampakkan pemimpin tertinggi Umno terlibat secara khusus dengan Perkasa.

Justeru, beliau mempersoalkan adakah pemimpin dan ahli Umno kini menggunakan platform lain untuk berteduh - HD

Tiada ulasan: