Selasa, 16 November 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


"Jangan dok perabih duit rakyat lah Shabery ai ....!"

Posted: 16 Nov 2010 10:59 PM PST

MS: Sukan Asia 2023 ... Menteri kata kabinet memang dah tak nak buat Sukan Asia 2023, tapi katanya nak tanya rakyat dulu samaada rakyat nak atau tidak .... Jawapan nya TIDAK ...
Shabery ai jangan la nak dok perabih duit rakyat tu, bukan sikit pula tu ... katanya kosnya melebihi RM1.6 bilion, tapi katanya lagi kos akan meningkat 3 atau 4 kali ganda ... dah jadi RM6.4bilion dah ... alahai yang kaya siapa? ... Kroni juga la kan.
Ingat lah SUKOM98 Shabery oi, sapa yang kaya? Bukan kroni Mahathir ker? Sampai hari ni akaunnya tak dapat ditutup lagi ... sebab apa?" Sebab kroni sapa pun tak boleh kata apa ... Ni la yang dikatakan "mentekedarah" ...
Jadi untuk Sukan ASIA 2023 ni hangpa jangan nak dok mengarut lah ya ... Lupakan. Lebih baik gunakan duit tu untuk rakyat. Kalau dengan rakyat hangpa "kemut" sangat, kalau nak perabih macam tu (perabih ada makna tu) hangpa pandai lah nooo ....

GUANGZHOU, 16 Nov — Kementerian Belia dan Sukan sedia untuk mendapatkan kelulusan Kabinet bagi membida penganjuran Sukan Asia 2023 jika terdapat desakan daripada rakyat Malaysia, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata walaupun Kabinet pada September lepas membuat keputusan untuk tidak meneruskan bidaan terhadap penganjuran Sukan Asia 2019, kementerian sedia untuk meyakinkan jemaah menteri bagi tujuan bidaan edisi 2023 pula.

"Bagi bidaan Sukan Asia 2019, KBS menganggarkan kos penganjuran sukan kedua terbesar dunia itu melebihi RM1.6 bilion.

"Jika kita mahu membida temasya pada 2023, kosnya mungkin naik sehingga tiga atau empat kali ganda tetapi apa yang lebih penting ialah kemahuan rakyat Malaysia sendiri.

"Jika mereka mahu Malaysia membida temasya tahun 2023, mereka perlu bersuara. Saya percaya kerajaan akan menilai kemahuan rakyat," kata beliau dipetik Bernama hari ini.

Beliau kini berada di sini di mana semalam Malaysia mengutip emas pertama.

Laporan sebelum ini menyebut Sukan Asia Ke-18 sepatutnya berlangsung 2018 tetapi Jawatankuasa Olimpik Asia pada 3 Julai 2009 memutuskan untuk mengalihkan temasya itu setahun sebelum Olimpik 2020.

Berbanding kejohanan semasa, bidaan untuk Sukan Asia 2019 dan 2023 disatukan sebagaimana bidaan untuk menganjurkan Piala Dunia FIFA 2018 dan 2022.

Jawatankuasa Olimpik Asia meminta negara-negara yang berminat agar menghantar surat hasrat manakala bidaan rasmi mesti dikemukakan sebelum akhir 2010 dan negara penganjur akan diumumkan April depan.

Ahmad Shabery dan anggota kontinjen Malaysia yang beragama Islam sebelum itu menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha di Pusat Agama yang terletak di Perkampungan Atlet di sini.

Kata beliau, kos penganjuran akan meningkat setiap tahun dan perkara itu tidak dapat dielakkan tetapi tuan rumah boleh mendapat pulangan daripada pelbagai bentuk lain.

Guangzhou sendiri dilaoprkan membelanjakan lebih RM7 bilion untuk menganjurkan Sukan Asia yang sedang berlangsung di sini manakala New Delhi membelanjakan lebih RM18 bilion untuk menganjurkan temasya Sukan Komanwel ke-19 bulan lepas.

Malaysia sebelum ini hampir menjadi tuan rumah kepada dua edisi Sukan Asia.

Qatar menewaskan Malaysia bagi menganjurkan Sukan Asia di Doha pada 2006 dan edisi tahun ini pula diberikan kepada Guangzhou selepas bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menolak peluang penganjuran itu dengan alasan ia membabitkan kos RM1.3 bilion.

Hasrat untuk membida menjadi tuan rumah Sukan Asia 2019 pula ditolak Kabinet kerana kos penganjurannya dianggarkan melebihi RM1.6 bilion.

Bandar raya Incheon di Korea Selatan akan menjadi tuan rumah edisi ke-17 pada 2014 manakala tuan rumah bagi edisi 2019 pula menjadi rebutan antara Hong Kong, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan India.

Hong Kong juga dilaporkan berminat untuk membida penganjuran temasya pada 2023 jika gagal dalam bidaan bagi edisi tahun 2019.

Ditanya mengenai kriteria yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Olimpik Asia bahawa tuan rumah yang mahu menganjurkan temasya itu mesti mempunyai kumpulan besar atlet yang bertaraf Asia, Ahmad Shabery berkata memandangkan bidaan akan datang adalah bagi 2023, Malaysia mempunyai masa yang mencukupi untuk menyediakan kumpulan atlet seperti yang dimaksudkan.

"Jika kita serius mahu menganjurkannya, Malaysia mempunyai tempoh 12 tahun lagi untuk menyediakan kumpulan besar atlet yang bertaraf dunia," katanya.

Ahmad Shaberu berkata bahawa ketika Doha menganjurkan Sukan Asia 2006, Qatar yang mempunyai penduduk sekitar 200,000 orang, tidak mempunyai kumpulan besar atlet bertaraf dunia.

"Penganjuran Sukan Asia bukan melibatkan atlet dan pegawai sahaja tetapi membabitkan semua rakyat, sama ada secara langsung atau tidak," katanya - TMI

Rogol : Pemuda dipenjara 18 tahun dan 12 sebatan

Posted: 16 Nov 2010 09:52 PM PST

KOTA BHARU - Sifat keji seorang pemuda yang merogol anak saudara tirinya sendiri terbalas apabila dia dikenakan hukuman penjara 18 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku 3 Jun lalu, tertuduh tanpa perikemanusiaan sanggup merogol mangsa yang baru berumur 10 tahun dan lebih memilukan dia mengidap sakit jantung.

Hakim Dazuki Ali mengarahkan tertuduh yang bekerja sendiri menjalani hukuman tersebut daripada tarikh dia ditangkap pada 5 Jun lalu iaitu dua hari selepas kejadian berkenaan berlaku.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian ibu mangsa tidak ada di rumah dan dia sedang bermain dengan adik perempuannya yang masih kecil di dalam bilik sebuah rumah di Kampung Tok Batek, Jalan Pantai Cahaya Bulan pada 3 Jun 2010, lebih kurang pukul 2 petang.

Dalam pada itu, tertuduh yang berpakaian kemeja T dan berseluar putih dalam rayuan memohon mahkamah meringankan hukuman ke atasnya.

Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Azhari memohon mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap tertuduh yang sepatutnya melindungi seorang kanak-kanak yang baru berusia 10 tahun, sembilan bulan ketika itu.

Bagaimanapun menurutnya, tertuduh telah bertindak tidak berperikemanusiaan apabila mengambil kesempatan merogol seorang kanak-kanak yang sedang leka bermain di dalam sebuah bilik di rumahnya.

"Apa yang lebih malang lagi, mangsa merupakan penghidap sakit jantung sejak kecil dan telah mengenali tertuduh dalam tempoh yang lama menyebabkan dia berasa takut dan trauma," katanya.

Pemuda itu didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak lebih 30 tahun dan sebat tidak kurang 10 sebatan. - Sinar Harian

Benarkah Pemimpin Berkorban Untuk Rakyat atau Untuk Hidup Mewah?

Posted: 16 Nov 2010 08:57 PM PST

Sempena Hari Raya Korban

Oleh Nazli Ibrahim

PETALING JAYA: "Wajarkah bagi mana-mana individu mendakwa dirinya berkorban untuk agama, negara dan rakyat padahal pada masa yang sama hidup mewah dan membina kekayaan untuk dirinya sendiri?"

Demikian soal calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham Shaharin yang juga dikenali sebagai Chegu Bard ketika bercakap tentang pengorbanan sempena Hari Raya Korban yang disambut oleh umat Islam negara ini hari ini.

Beliau mengingatkan semua pihak agar tidak hanya mempertikaikan pengorbanan pihak lain tetapi harus juga memikirkan adakah diri sendiri pernah berkorban untuk pihak lain.

"Kerajaan meminta rakyatnya berkorban untuknya tetapi apa pula pengorbanan kerajaan untuk rakyat negara ini?

"Apabila negara ini dikatakan bakal muflis oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala tidak berapa lama dahulu, rakyat diminta berkorban untuk negara.

Gaya hidup mewah

"Tetapi apa pula pengorbanan mereka ini untuk rakyat dan negara, dengan gaya hidup yang mewah mereka tanpa sedikit pun merasa bimbang akan nasib negara dan rakyat.

"Saya percaya rakyat negara ini tidak merasa ragu untuk berkorban untuk negaranya, asalkan kena pada caranya dan pemimpin sendiri harus menunjukkan contoh teladan yang baik" kata Chegu Bard.

Beliau turut mengingatkan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) khususnya anak-anak muda agar jangan hanya pandai bercakap tentang pengorbanan yang kononnya pernah dilakukan untuk parti.

"Kadang-kadang ada yang mendakwa telah berkorban itu dan ini untuk parti. Hakikatnya yang mendakwa berkorban ini ada yang membina kekayaan melalui jawatan politik yang disandangnya.

"Jadi dalam situasi ini, siapa yang berkorban sebenarnya? Parti atau orang-orang seperti ini? Tentulah imej parti yang akhirnya terkorban apabila dipandang serong oleh masyarakat nanti," ujar beliau.

Pengorbanan sebenar

Disamping itu beliau menyanjung tinggi pengorbanan sebenar yang pernah dilakukan oleh anggota parti itu dari pelbagai peringkat untuk meletakkan parti berada di kedudukannya sekarang.

"Saya amat menyanjung tinggi pengorbanan ahli parti semua peringkat yang berkorban untuk perjuangan keadilan ini lebih-lebih lagi di akar umbi sehinggakan ada yang terpaksa bergolok bergadai untuk meneruskan perjuangan parti.

"Jadi amat wajar pemimpin yang berada di atas untuk merenung pengorbanan mereka di bawah yang tidak punya apa-apa kepentingan diri.

Apabila ditanya pengorbanan yang pernah dilakukan untuk perjuangan parti, Chegu Bard menjawab, "Di mana keikhlasan jika bertujuan untuk mendapatkan publisiti atas pengorbanan yang telah dilakukan?

"Biarlah beberapa teman rapat yang mengetahui kesulitan, pengorbanan yang pernah saya lalui dalam perjuangan untuk menegakkan keadilan ini. Selain itu, Tuhan saja yang tahu," ujarnya.

Di samping itu, beliau turut mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam di negara ini - FMT

Yen Yen, Shaziman, Shabery Cheek dan Ismail Sabri bakal digugur minggu depan?

Posted: 16 Nov 2010 07:58 AM PST

PETALING JAYA: Khabar angin dan spekulasi tercetus mengenai rombakan kabinet yang dijangka diumumkan minggu depan atau awal bulan Disember, kata sumber-sumber hari ini.

Empat menteri disebut-sebut akan digugurkan. Mereka ialah Datuk Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan); Datuk Shaziman Mansur (Kerjaraya); Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Seri Ng Yen Yen (Pelancongan).

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dikatakan akan dibawa masuk ke kabinet menjadi timbalan menteri.

Beberapa menteri pula dijangka bertukar kementerian. Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang kini menteri dalam negeri dipindahkan ke kementerian pertahanan.

Dua bekas menteri – Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur yang kini setiausaha agung BN dan bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said akan kembali ke kabinet.

Sementara Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan akan menjadi menteri penuh.

Ini merupakan rombakan kedua Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sejak mengambilalih jawatan dari Tun Abdullah Ahmad Badawi, April tahun lalu.

Dalam rombakan pertama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar; Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Azalina digugurkan.

"Terdengar khabar Najib akan mengumumkan rombakan tersebut selepas mesyuarat kabinet di Putrajaya Rabu depan," kata sumber itu.

Dalam perkembangan berkaitan, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh dijangka akan menjadi ketua penerangan Umno yang baru.

Beliau menggantikan Ahmad yang mula memegang jawatan itu, April tahun lalu.

Idris merupakan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dan wakil rakyat Jerteh di Terengganu - FMT

Sabah miskin, yang kaya hanya pemimpin - Datuk Karim

Posted: 16 Nov 2010 03:44 AM PST

Bekas pengasas Umno Sabah, Datuk Karim Ghani mengakui kesahihan laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia (MEM) oleh Bank Dunia, bahawa Sabah dikategori sebagai negeri paling miskin di Malaysia, lapor TV Selangor.

Laporan berkenaan menyebut Sabah yang mewakili 10 peratus penduduk Malaysia mempunyai 40 peratus daripada rakyatnya dikategorikan sebagai miskin.

Sehubungan itu, Karim juga yang menyanggah kenyataan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Negeri Sabah yang menafikan laporan MEM berkenaan.

Pemimpin yang pernah sama-sama berjuang bersama tokoh kemerdekaan Sabah, Tun Datu Mustapha Datu Harun itu berkata masalah wujud disebabkan perjanjian ketika pembentukkan Malaysia tidak ditunaikan.

"Sabah negeri kaya, yang miskin rakyatnya dan yang kaya juga pemimpinnya. Laporan Bank Dunia itu yang betul," katannya yang berhasrat menghidupkan semula Usno.

Berhubung tindakan EPU menyanggah laporan tersebut, Karim berkata ini kerana kerajaan BN sengaja tidak mahu mengakui rakyat Sabah miskin.

"Kenyataan yang asyik diulang-ulang oleh pemimpin Sabah, hujung tahun ini semua rakyat sudah keluar daripada kemiskinan.

"Sabah kaya...kita ada minyak, ada kayu balak, ada kelapa sawit tapi rakyatnya miskin disebabkan pentadbiran yang tidak betul.

"Yang dimajukan cuma bandar dengan bangunan yang mencakar langit tetapi di luar bandar, orang masih lagi merempat.

"Seperti di Batu Sapi, kalau kita tengok tempat orang Islam di sana, air mata saya pun menitis kerana merempat sedangkan Batu Sapi itu tempat Ketua Menteri, banyak dengan kayu balak dan kelapa sawit," katanya.

Dakwa Karim lagi, Umno-BN sengaja membiarkan rakyat Sabah di dalam keadaan daif supaya undi mereka senang dibeli setiap kali pilihan raya diadakan.

"Ini adalah soal kepimpinan, kalau pemimpin mentadbir dengan baik, apa parti pun baik tetapi sejak tahun 1985 keadaan rakyat Sabah bertambah buruk. Rata-rata pekerja di Sabah, berpendapatan kurang daripada RM 500 kecuali pegawai kerajaan dan para pimpinan atasan," katanya.

Beliau juga membidas projek mega seperti membina terminal lapangan terbang yang berharga RM 1.2 bilion yang dakwanya tidak memberikan manfaat kepada rakyat Sabah terutamanya yang tinggal di kampung-kampung yang langsung tidak pernah menjejak kaki ke terminal tersebut.

"Projek mega memang nampak indah tapi projek di kampung, apa yang ada.

"Buat jalan raya tapi tidak mendatangkan hasil kepada rakyat jadi macam mana hendak menambah pendapatan rakyat supaya dapat keluar daripada kemiskinan," katanya lagi - Malaysiakini

Perutusan Aidiladha YAB Lim Guan Eng

Posted: 16 Nov 2010 12:08 AM PST

Perutusan Aidil Adha 1431 Hijrah oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada hari Selasa, 16hb November 2010:

Perutusan Aidil Adha 1431 Hijrah

Salam Aidil Adha saya ucapkan dari hati kecil ini buat semua umat Islam terutamanya mereka yang menunaikan fardhu haji di Makkah pada tahun ini. Semoga Allah SWT merahmati ibadah mereka dengan haji mabrur yang diterima Ilahi.

Aidil Adha atau Hari Raya Korban adalah hari yang suci dan penting untuk umat Islam menginsafi betapa perlunya pengorbanan dalam hidup dan dalam perjuangan. Saya difahamkan bahawa pengorbanan bukan sahaja bererti korban nyawa dan harta benda tetapi ia juga membabitkan pengorbanan jiwa dan sanubari. Ini bererti kita perlu berkorban demi kebenaran untuk menolak kemungkaran, kepalsuan dan pembohongan.

Ramai di kalangan kita yang saling sayang-menyayangi antara satu sama lain. Tetapi masih ada segelintir manusia yang tidak mahu keluar dari tempurung perkauman. Golongan ini melihat segala-galanya dari sudut kaum; sehingga mereka sanggup memfitnah sesama jiran dan sahabat termasuk mennghasut hasad dengki dan benci-membenci antara kaum.

Betapa serius fitnah boleh dilihat bila ada gambar palsu diedarkan oleh pihak tertentu bahawa saya sebagai orang bukan Islam telah sembelih lembu pada Hari Qurban, sedangkan yang sebenarnya sembelih lembu adalah Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin. Adalah diharapkan perbuatan terkutuk ini tidak akan diulangi lagi.

Sifat-sifat buruk serta keji seperti rasuah, korupsi, pecah amanah, menindas, menyalahgunakan kuasa dan sebagaimana tidak mengenal kaum. Sama juga dengan perjuangan bersama tanpa mengenal kaum berlandaskan prinsip yang dikongsi bersama seperti Keadilan, Kebenaran, Kebebasan, Kebajikan untuk rakyat dan ketakwaan kepada Tuhan.

Oleh itu, sempena hari yang mulia ini, kita sebagai rakyat Malaysia pelbagai kaum perlu berikrar untuk menolak fitnah dan bohong serta sentimen perkauman benci-membenci. Biar kita menerima keredhaan daripada Tuhan yang mencipta kita semua bukan dengan membeza-bezakan atas warna kulit tetapi mencari persamaan atas warna darah yang sama dengan masalah dan harapan serupa sebagai seorang ibu,bapa,abang, adik, kakak, anak dan cucu.

Selamat menyambut Aidil Adha 1431 Hijrah.

Tiada ulasan: