Rabu, 10 November 2010

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Data pelancong, Ali Rustam menipu lagi!

Posted: 09 Nov 2010 10:33 PM PST

Bila Ali Rustam bercakap atau mengeluarkan fakta, semua blogger bersedia, tentu ada saja fakta yang nak dikelentongnya. Ini orang memang tak boleh pakai! Sebelum ini telah dibongkarkan pembohongan Ali Rustam tentang Melaka Maju, kali ini Ali Rustam berbohong lagi tentang Negeri Melaka.

Ali Rustam kata dialah yang lebih pandai memerintah, sebab pelancong lebih ramai datang ke Melaka berbanding ke Pulau Pinang. Tapi ternyata data bohong yang diberi oleh Ali Rustam! Untuk maklumat pembaca, bagi mengetahui jumlah pelancong yang datang ke sesebuah negeri, cara paling mudah kita boleh menngesannya melalui data penginap dari hotel-hotel di negeri berkenaan. Ini kerana pihak hotel biasanya akan mengambil maklumat terperinci pelancong yang datang untuk menginap.

Data mana yang digunapakai oleh Ali Rustam? Data pelancong yang datang ke Pulau Pinang yang diberi oleh Ali Rustam secara kasarnya sama dengan data Tourism Malaysia, Tapi data negeri Melaka jauh melencong dari rekod Tourism Malaysia. Kah kah kah kaki kencing! Sila klik gambar untuk melihat data dari Tourism Malaysia.




ReJaM© "Ini ular memang kaki belit!"


credit to : amenoworld.blogspot.com

Dah Eloklah Cina, India tak patriotik menteri bebal!

Posted: 09 Nov 2010 09:14 PM PST


Isu orang Cina dan India yang kurang menyertai angkatan tentera dibangkitkan lagi oleh Menteri Pertahanan. Apa yang sibuk sangat dengan isu Cina, India tak patriotik ni? Bukankah UMNO selama ini memperjuangkan bangsa Melayu? Bimbang bangsa Melayu ditindas, bimbang bangsa lain ingin merampas Malaysia? Eloklah diorang tak patriotik! Kalau diorang lebih patriotik nanti, ramai-ramai masuk tentera lagilah pemimpin UMNO pening kepala!

Bukankah keadaan sekarang dah elok sangat? Kereta kebal di tangan Melayu, Meriam di tangan Melayu, semua teknologi tentera dikuasai oleh Melayu! Nanti bila Cina dan India pakat-pakat nak join tentera, UMNO juga yang susah hati kahkahkah!


ReJaM©"Marahkan anak sindir menantu!"

DS Najib kemalangan kereta tebalik di Ayer Keroh

Posted: 09 Nov 2010 06:49 PM PST


Kereta yang dinaikki oleh Dato Seri Najib Tun Razak, terlibat di dalam satu kemalangan di Lebuhraya Senawang, Ayer Keroh. Kereta yang dinaikki mereka terbalik di tepi lebuhraya tersebut. Tapi pembaca semua jangan salah paham pula ye, ini kisah yang berlaku pada tahun 1988, semasa Dato Sri Najib menjawat Jawatan Menteri Belia dan Sukan. Sekadar mengimbau sejarah yang tidak ramai mengetahuinya. Mungkin ramai di kalangan pembaca blog ini belum lahir pun pada masa itu.

Berikut laporan berita yang melaporkan kejadian kemalangan tersebut pada masa itu. Sekadar hiburan santai pagi ini. sila klik untuk membesarkan gambar.







ReJaM© "Tahukah anda, Helikopter yang sedang dinaikki Najib pernah terhempas? Ikuti imbasannya dalam entry akan datang..."

Rumah Anwar Ibrahim diserbu HINDRAF

Posted: 09 Nov 2010 08:22 AM PST

Sekumpulan penyokong Hindraf menyerbu rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara sambil membawa poster seorang lelaki yang membakar diri kerana tidak puas hati dengan perobohan stor sebuah kuil di Puchong.

Dipimpin penyelaras pertubuhan itu W Sambulningam, kumpulan 20 orang itu berhimpun di depan pagar rumah bangglo Anwar sambil membakar lilin sebagai simbol memperingati 'pengorbanan' lelaki India tersebut.

Mula berkumpul seawal jam 8.30 malam, mereka mempamerkan kain rentang dan gambar mangsa itu sambil melaungkan slogan "Mana janji pkr?" "Mana janji Anwar?" dan "Pakatan janji kosong".

Kumpulan itu dilihat cuba mengaitkan masalah berkaitan isu kuil dengan janji-janji pilihan raya Pakatan Rakyat - antaranya berhubung pemberian hak tanah untuk rumah ibadat kepada penganut Hindu - yang didakwa tidak ditunaikan.

Berucap dalam perhimpunan ringkas kira-kira setengah jam itu, Sambulingam yang juga presiden Parti Hak Asasi Manusia Malaysia (HRP) mendesak Anwar, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang menjamin hak itu di negeri-negeri Pakatan.


Menurut Sambulingam, mereka mengadakan perhimpunan di rumah ketua pembangkang itu kerana suara mereka melalui demonstrasi di depan pejabat PKR di Petaling jaya Mac lalu didakwa tidak diendahkan.

Bukan sahaja hak tanah untuk rumah ibadat, tuntutan lain mereka meliputi hak untuk tanah kubur Hindu, sekolah jenis kebangsaan (Tamil) dan setinggan India.

Sementara itu, berlaku sedikit ketegangan mulut di awal perhimpunan apabila seorang lelaki, dipercayai kakitangan Anwar meminta kumpulan itu bersurai.

Bagaimanapun, mereka terus berkumpul sehinggalah seorang wakil Anwar keluar menerima memorandum daripada Sambulingam di pintu pagar rumah bangglo Anwar itu.

Kelihatan kira-kira 20 anggota polis daripada ibu pejabat daerah (IPD) Sentul mengawal sekitar tempat tersebut. Tiada tangkapan dan insiden tidak diingini berlaku. [Malaysiakini]

ReJaM©

Bekas Mufti Perlis tegur pemimpin BN

Posted: 09 Nov 2010 06:35 AM PST



Lantaran pemimpin Barisan Nasional yang begitu jelas mempolitikkan isu bantuan banjir di Kedah, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd asri Zainul Abidin menegeur para pemimpin Barisan Nasional agar berlaku adil tidak hanya menuding jari kepada Kerajaan Negeri Kedah.

Di Halaman Facebook rasmi websitenya beliau menulis seperti berikut,

"Pemimpin BN tidak sewajar hanya menuding jari ke Kerajaan Kedah cuma..saya dimaklumkan Kerajaan Perlis pun tidak memberikan bantuan yang sewajarnya kepada mangsa banjir, padahal Perlis terlalu kecil..sampai pelajar-pelajar IPTA kesuntukan bekalan makanan..individu tertentu ada membantu..namun pimpinan Kerajaan Negeri hanya menghulurkan bantuan yang teramat sedikit..Pimpinan BN patut kritik Kerajaan Perlis"




ReJaM©

Pemangku PM yang hebat!

Posted: 09 Nov 2010 04:14 AM PST



Apec: Muhyiddin ganti Najib

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menggantikan Najib bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-18 di Yokohama, Jepun dan seterusnya menghadiri Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC (AELM) pada hujung minggu ini.

Sidang Kemuncak kali ini yang bertemakan "Perubahan dan Tindakan", akan didahului dengan Mesyuarat Menteri-menteri APEC (AMM) ke-22 pada 10 dan 11 November serta Mesyuarat Akhir Pegawai-pegawai Kanan APEC (CSOM) dua hari yang berakhir semalam.

Timbalan Perdana Menteri akan diiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot Jaem, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Abdul Rahman Mamat, pegawai-pegawai kanan Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Kementerian Luar, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Kewangan.

Muhyiddin akan menyentuh isu-isu mengenai penilaian Matlamat Bogor, strategi pertumbuhan APEC, integrasi ekonomi serantau dan Agenda Pembangunan Doha. [BERNAMA]

ReJaM© "Ingatkan nak suruh RM je pergi kah kah kah..."

Tiada ulasan: