Rabu, 10 November 2010

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


ZAID DAN MUSTAFA DISARANKAN SERTAI PAS

Posted: 09 Nov 2010 09:28 PM PST

Oleh: Mandor

Di dalam tekanan menghadapi krisis pemilihan di dalam PKR hari ini, Dato Zaid Ibrahim mungkin tiada pilihan lain kecuali berundur dari PKR. Istilah berundur mungkin lebih manis buat Dato Zaid daripada istilah keluar parti. Apabila hilangnya kepercayaan dan keyakinan beliau terhadap Ketua Umum, maka apa maknanya Zaid berada di dalam PKR.

Memang benar, Ketua Umum bukan jawatan yang rasmi di dalam PKR bahkan tiada pertandingan untuk jawatan itu. Jawatan tersebut hanya pengiktirafan parti kepada DS Anwar dan sehingga kini ianya masih diiktiraf. Sekiranya Dato Zaid masih yakin dengan parti tetapi tidak yakin dengan Ketua Umum sekarang, cara terbaik untuk Dato Zaid Ibrahim memimpin parti mengikut acuan yang dikehendakinya hanyalah dengan meletakkan dirinya sebagai calon Presiden PKR menentang DS Wan Azizah. Tetapi, Dato Zaid melepaskan peluang itu dan hanya berani walaupun separuh jalan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.

Oleh yang demikian, Dato Zaid dilihat tiada harapan lagi untuk melakukan apa yang ingin dilakukan kepada parti. Kini, beliau dilihat lebih kepada ingin menghancurkan parti. Justeru itu, tidak hairanlah seminggu ini media milik Umno/Bn mendapat `durian runtuh' yang dianugerahkan oleh Dato Zaid bagi menghentam parti. Terbaik bagi Dato Zaid sekarang adalah berundur dari parti dan menyertai parti lain asalkan bukan Umno. Hanya itu saja cara Dato Zaid ingin mengembalikan nama baiknya di dalam politik setelah `tercemar' angkara isu terbaru ini.

Saya ada terbaca di dalam satu blog yang cuba mempengaruhi PAS agar tidak menerima Dato Zaid Ibrahim seandainya beliau ingin menyertai PAS. Saya rasa pandangan itu tidak boleh diterima bahkan saya sendiri lebih suka Dato Zaid berada di dalam PAS untuk menerima tarbiyah bagaimana untuk berjuang dan bagaimana untuk memelihara adab berjamaah. Di dalam PAS, kemungkinan Dato Zaid melakukan `perangai' yang telah dilakukan kepada PKR sekarang mungkin dapat diatasi kerana PAS sebuah parti Islam yang jauh berlainan dengan parti lain. Sebab itulah PAS sentiasa terpelihara daripada `spesis' seperti Dato Zaid walaupun kadangkala di dalam Muktamar PAS agak panas juga. Akhirnya, semua ahli PAS bertaut dengan prinsip `Wala' kepada keputusan Jemaah yang tentunya berpaksikan kepada nasihat dari Majlis Syura Ulamak. Ini meletakkan hukum agama melebihi dari kuasa pemimpin di dalam PAS.

Begitu juga, saya lebih suka sekiranya Sdr Mustafa Kamil Ayub menyertai PAS seandainya beliau merasakan PKR tidak boleh memberikan apa yang diinginkannya. Cara `mengugut' parti seperti yang dilakukannya tidak boleh menyelesaikan sebarang masalah. Bayangkan jika semua ahli PKR yang merasa tidak berpuas hati terhadap parti turut `mengugut' parti. Sebagai seorang yang `senior' di dalam PKR, Sdr Mustafa Kamil tidak wajar melakukan perangai kebudak-budakan itu./mandor.blogspot.com

SAKSIKAN PEMILIHAN - MEDIA DIJEMPUT

Posted: 09 Nov 2010 12:30 PM PST

Bukti Ketelusan Pemilihan Keadilan, Media Dijemput Buat Liputan
09/11/2010


PETALING JAYA 9 NOV : Sebagai membuktikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telus dalam menjalankan proses pemilihan langsung parti berkenaan, semua media dijemput untuk membuat liputan proses pemilihan peringkat pusat parti itu.

Timbalan Setiausaha Agung PKR, Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman melalui email yang dihantar kepada media tempatan kira-kira jam 7 malam tadi memaklumkan hal itu.

" Sila pilih dari 81 Cabang yang bakal mengadakan pengundian minggu ini," tulis Sharifah dalam email yang turut diterima Tv Selangor.

Difahamkan keputusan yang diambil Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) itu bertitik tolak daripada gesaan yang dibuat oleh calon Timbalan Presiden PKR,Mustaffa Kamil Ayub.

Tengahari tadi, Tv Selangor turut menerima satu kenyataan media dari Mustaffa yang memberi amaran kepada Presiden PKR dan pengerusi JPP supaya segera bertindak.

Memorandum berkenaan bagi mendesak pembatalan dan penjalanan semula pemilihan kepimpinan pusat 2010.

Mustaffa dalam kenyataannya turut menyebut lebih 162 aduan telah diterima di samping tindakan JPP yang berat sebelah, namun ia dipertikai oleh JPP yang mendakwa hanya 6 aduan diterima.

Sabtu ini, 13 November, 41 cabang akan mengadakan proses pemilihan antaranya di Pulau Pinang [Nibong Tebal, Bukit Bendera, Bukit Gelugor, Bayan Baru, Balik Pulau], Wilayah Persekutuan [Kepong, Batu, Wangsa Maju, Segambut, Setiawangsa, Titiwangsa, Johor [Segamat, Ledang, Bakri, Muar], Selangor [Sepang].

Manakala Terengganu [Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kemaman, Besut, Dungun, Marang, Kuala Terengganu], Sabah [Batu Sapi, Kinabatangan, Semporna, Kalabakan, Labuan], di Perak pula [Gopeng, Tapah, Pasir Salak, Lumut, Bagan Datok, Teluk Intan, Tanjung Malim], Melaka [Kota Melaka, Jasin] manakala di Sarawak [Mas Gading, Petra Jaya, Stampin].

Sementara pada Ahad, 14 November pula, Wilayah Persekutuan [Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras, Bandar Tun Razak], Johor [Parit Sulong, Sri Gading, Batu Pahat, Simpang Renggam, Kluang, Sembrong].

Cabang di Sarawak yang mengadakan pemilihan pada Ahad pula ialah [Sri Aman, Betong, Julau, Lanang, Bintulu, Miri], Wilayah Persekutuan Putjaya [Putrajaya],

Selangor [Kuala Langat, Kota Raja, Klang, Kapar, Shah Alam, Subang, Petaling Jaya Utara, Petaling Jaya Selatan].

Di Pulau Pinang pula cabang yang akan mengadakan pemilihan ialah cabang Tanjong dan Jelutong. /TVNews

RUPANYA ADA 6 KES SAHAJA, KECOH SAMPAI MERAJUK DAN UGUT PARTI

Posted: 09 Nov 2010 09:30 AM PST

Terperanjat aku bila membaca kenyataan dari SU Agung PKR di dalam sidang medianya petang tadi. Di dalam kecoh-kecoh pasal pemilihan pimpinan PKR, kununnya terlalu banyak aduan salah laku, ketidak adilan di dalam PKR, rupa-rupanya hanya ada 6 kes yang diadu secara rasmi.

Mati-mati aku ingat beribu atau setidak-tidaknya berpuluh aduan telah dibuat sehinggakan sampai Zaid Ibrahim berundur dari gelanggang dan Sdr Mustafa Kamil sampai mengugut parti. Berbaloikah dengan 6 kes ini untuk menyebut PKR gagal berlaku adil. 6 kes itu pun belum tentu betul atau tidak. Mana dia kes-kes yang lain? Atau sememang tiada kes, sekadar cerita dari si `tukang karut' yang dipercayai oleh Zaid dan Mustafa?

Nampaknya Zaid tertipu dengan `tukang karut'nya. Mungkin Zaid merasa semua salah laku itu telah dibawa ke pengetahuan parti dan parti tidak mengambil tindakan. Rupa-rupanya ada 6 kes sahaja. Lepas ini, Zaid yang tidak pernah merasa orang lain betul ini akan mendakwa bahawa SU Agung PKR telah sorokkan lain-lain laporan yang telah dimajukan ke pihak parti. Aku rasa Zaid atau Mustafa akan cakap begitu. Habis macam mana?

Lojikkah dengan 6 kes yang belum tentu benar atau tidak ini maka parti mesti membuat pemilihan semula? Buat pemilihan biar sampai seribu kali sehinggalah Zaid atau Mustafa boleh kalahkan Azmin? Berpijaklah di bumi nyata. Terimalah hakikat, jangan mudah dengar cakap orang lain. Mungkin ada kawan yang mahu kita lingkup.

PKR wajib siasat 6 kes tersebut dengan adil. Itu penting. Jika telah berlaku adil, masih ada yang tidak puas hati, biarlah dia meroyan sendiri. Buang masa layan orang gila kuasa seperti itu./wfauzdin.blogspot.com

KITA JEMPUT DIA MASUK RUMAH, KITA PULA NAK DIHALAUNYA...KURENG AJAR!!

Posted: 09 Nov 2010 08:30 AM PST

Bayangkan `tuan rumah' pelawa kita masuk rumah dia. Tiba-tiba kita `halau' tuan rumah. Anwar jemput Zaid masuk PKR, dilayan baik, diberi peluang bertanding pilihanraya sebagai calon Parlimen Hulu Selangor. Diberi jawatan `percuma' sebagai Ketua Cabang PKR Wilayah Persekutuan. Tiba-tiba `tuan rumah' dihalau.

Mahu cerita banyak nanti la lepas ni. Cuma nak komen sikit pasal Zaid ni. Terbaru, terus terang kata beliau layak ganti Anwar sebagai pemimpin dalam PKR dan PR. Nak muntah aku....berhenti dulu...sambung sat lagi... /wfauzdin.blogspot.com

ZAID MENGAKU MAHU GANTI ANWAR, APA YANG AZMIN PATUT BELAJAR AGAKNYA?

Posted: 09 Nov 2010 07:09 AM PST

ZAID tanpa rasa segan dan malu mendakwa beliau layak menggantikan DS Anwar memimpin PKR. Baca sini. Zaid yang dihukum oleh Umno atas rasuah politik, masuk PKR kemudiannya tewas di Hulu Selangor, dapat jawatan Ketua Cabang PKR Wilayah Persekutuan secara `percuma' ini ada hati mahu menggantikan DS Anwar? Jangan muntah dulu....

Zaid kata DS Anwar tidak layak lagi memimpin PKR dan juga PR kerana beliau ada masalah tersendiri. Kekalahan PR di Batu Sapi dan Galas juga dibebankan kepada DS Anwar. Ada beliau datang ke Batu Sapi bantu calon? Ada beliau berkampung di Galas bantu PKR? Beliau tidak sebut kejayaan yang banyak dicapai di bawah pimpinan DS Anwar, kerana hatinya terlalu busuk semata-mata untuk berkuasa di dalam PKR. Bahkan bercita-cita tinggi untuk memimpin PR. Itulah Zaid Ibrahim tokoh yang baru `dua hari' kenal PKR.

Zaid tertinggal jauh dibandingkan dengan Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden PKR. Jika beliau mendahului Azmin sepertimana awal dulu, agak-agak Zaid jadi `gila' seperti sekarang atau tidak? Aku mulanya tidak percaya anggapan orang yang menyebut Zaid itu `racun' di dalam PKR tidak ubah seperti ejen Umno yang diutus untuk menghancurkan PKR. Tetapi, bila aku fikir balik sukar untuk aku menolaknya sekarang.

Masa Zaid tiada di dalam PKR, pemilihan di dalam PKR berjalan lancar, penuh harmoni di mana menyaksikan Azmin tidak pernah menentang Timbalan Presiden PKR waktu itu walaupun beliau mendapat sokongan agak besar. Sifat hormat menghormati begitu kuat waktu itu. Bila Zaid masuk Umno, kita sambut baik. Dia awal-awal sebut tidak mahu rebut jawatan tertinggi dalam parti. Tetapi, akhirnya dengan penuh putar belit dengan syarat itu ini, akhirnya masuk bertanding. Bila terasa nak kalah, malu dengan kekalahan di tangan Azmin yang beliau kata `perlu belajar' lagi tu, beliau cari pasal salahkan pihak lain. Lalu, beliau tarik diri.

Azmin perlu belajar lagi, katanya. Belajar apa lagi Zaid? Belajar masuk penjara? ISA ? Kamu pernah masuk penjara ke Zaid? Belajar rasuah politik wang seperti yang kamu lakukan dalam Umno dulu? Itu yang kamu mahu Azmin belajar?

DS Anwar mempunyai masalah katanya. Sebagai kawan kalau kamu baik dan ikhlas, kamu sepatutnya membantu kawan kamu apatah lagi dia yang bawa kamu masuk PKR. Tapi, kamu sanggup lepaskan tengkuk kamu demi jawatan yang kamu mahu. Kamu mahu ganti tempat DS Anwar dan biarkan DS Anwar sendirian dengan musibah yang melandanya? Inikah pemimpin yang kita mahu dalam PKR atau PR. Cukuplah Zaid....kamu sepatutnya balik ke Kota Bharu atau berguru dengan Berahim Ali lagi bagus daripada jadi perosak dalam parti./wfauzdin.blogspot.com

MEREKA TUDUH, SAIFUDDIN JAWAB....TAK PUAS HATI LAGI?

Posted: 09 Nov 2010 01:52 AM PST

Zaid letak jawatan sebab pemilihan parti PKR tidak telus.

Persoalannya, benarkah pemilihan tersebut tidak telus?




Dalam tulisan blognya, Haris mendakwa beliau mempunyai bukti bahawa calon tertentu boleh membeli kertas undi dan seterusnya pengawas pemilihan PKR boleh memanipulasi peratusan keluar mengundi dengan menggunakan kertas undi berkenaan.

Beliau yang juga seorang peguam mendakwa sebanyak 1,000 kertas undi yang tidak digunakan minggu lalu boleh dibeli dan digunakan semula dalam pusingan pengundian berikutnya.

Menjawab dakwaan tersebut Saifuddin berkata setiap cabang akan dibekalkan kertas undi pada jumlah yang terhad dengan nombor siri masing-masing yang tidak boleh digunakan di mana-mana cabang lain.

Malah kata beliau warna pada kertas undi juga berbeza setiap minggu.

"Ini adalah kertas undi untuk minggu pertama, berwarna putih manakala untuk sekarang, kertas undi untuk minggu ini berwarna biru jadi kalau Haris dapat seribu kertas undi berwarna putih, boleh tak dia gunakan untuk minggu ini?

"Parti ingin memaklumkan semua ahli ahli dan calon-calon bertanding bahawa kesemua kertas undi yang sudah digunakan minggu lalu, tidak boleh digunakan lagi minggu ini ataupun pada minggu depan," kata Saifuddin dalam sidang media tergempar di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana petang semalam. /Tranungkite

http://suara-keadilan.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=461:pemilihan-mpp-2010-telus-kertas-undi-punyai-ciri-keselamatan-ketat&catid=2:terkini&Itemid=2

Tiada ulasan: