Rabu, 17 November 2010

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Mengurus lembu...??

Posted: 17 Nov 2010 02:50 PM PST

Menumbangkan dan mengerjakan 24 ekor lembu di MBI semalam bukanlah satu tugas yang terlalu sukar. 3 jam setengah selesai. Namun faktor manusia benar2 mencabar kesabaran.

Kerenah pekerja MBI yang dipertanggungjawabkan buat hal?? Kerenah orang awam yang berebut tulang?? Kerenah mat indon, bangla, myanmar dan foreigner yang tamak?? Tiap2 tahun itulah cabarannya...

Pendek kata mengurus lembu lebih mudah dari mengurus manusia...Lebih2 lagi lembu yang diberikan oleh JAIS...hmmm maksud aku...lembu Khusrin (gambor sebelah). Kecil dan jinak...he he!!

Namun 90% ok. Majoriti kariah yang hadir OK. Mungkin dengan sedikit tarbiah mengenai hukum dan cara korban dan pembahagiannya, mutu pengurusan akan bertambah cemerlang pada masa akan datang. Jasa mu tetap dikenang.

Tahniah kepada AJK masjid dan ahli kariah yang volunteers bertungkus lumus menyelesaikan tugas di dalam waktu yang ditetapkan. Dari Tuan Nazir yang menyembelih sendiri 13 ekor lembu termasuk lembu Dato' K....Dato' Nazir dengan teamnya yang melapah dan mengerjakan sebahagian besar lembu2 tersebut, Hj. Ghazali yang mengetuai kerja2 memotong tulang, Anas ketua bungkus, Hj. Anuar ketua keselamatan dan pengagihan, Lobai dan Izzudin yang sibuk mengheret lembu yang telah disembelih, Hj. Ghani, Hj. Rosli, Halim, Ghani Md. Jani, Hj. Wan Suhaimi (yang menderma T-shirt), Puan Ropiah dan muslimat, Pak Usop, Imam Saime dan Imam Ariff yang masing2 membanting tulang untuk menjayakan program ini.

Tahun ini khabornya tak ada orang (yang datang ke MBI)tak dapat daging kecuali kariah yang menunggu semuanya nak dihantar ke depan pintu. Tak dapek den nak menolong...

Cumanya yang agak puzzle ialah kehilangan Pengerusi JK Badan Bertindak Penduduk Taman Bukit Indah yang agak lantang mengkritik AJK MBI yang tak makan bersama jemaah pada malam Jumaat. Dalam program sebegini penting, hilang pulak dia. Anak2 buah adalah ada dua tiga orang. Lepas solat, aku sempat berborak dengan dia . Mungkin silap aku juga tak bagi tau secara rasmi ada program korban selepas khutbah Hari Raya.

Satu lagi perkara menarik, Tuan Nazir mencadangkan tahun depan program korban di MBI akan diberatkan kepada korban kambing berbanding dengan lembu. Ini memandangkan kecenderungan orang makan kambing telah meningkat dengan dahsyatnya di Bukit Indah ini.

Tiada ulasan: