Ahad, 14 November 2010

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Sultan Terengganu boikot Perasmian Monsoon Cup 2010?

Posted: 14 Nov 2010 03:07 PM PST

Sultan Selangor membatalkan keberangkatan ke majlis jamuan tengahari anjuran yayasan itu kerana dukacita dengan kosnya yang terlalu tinggi. Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud dilaporkan berkata, pada pendapat Baginda kos makan tengah hari lebih daripada RM300,000 adalah amat tinggi dan membazir. Menurut Ramli, Baginda berpendapat lebih berfaedah jika wang itu digunakan untuk belanja pembelajaran dan kebajikan atau membiayai lebih ramai pelajar yang kurang berkemampuan. Inilah pertama kali seorang sultan memboikot program kerajaan negeri kerana sifat mulia tuanku bagi mengelakkan pembaziran. Amalan ini amatlah terpuji dan sepatutnya diterapkan kesemua negeri termasuklah negeri patik, Terengganu Darul Iman.

UMNO Selangor mendakwa perbelanjaan sebenar Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke 40 Yayasan Selangor sekitar RM800,000 bukannya RM300,000 yang dikatakan sebelum ini. Timbalan Pengerusi Perhubungannya, Datuk Seri Noh Omar berkata jumlah RM300,000 itu hanya merupakan bayaran pendahuluan yang dibuat oleh yayasan kepada syarikat yang terlibat dalam penganjuran sambutan yayasan itu yang sepatutnya diadakan pada 15 November ini. Sebaliknya, beliau mendakwa bahawa baki kos yang dianggarkan RM500,000 lagi untuk sambutan itu telah diluluskan sebagai peruntukan tambahan. Alhamdulillah kini UMNO pun tahu istilah membazir. Mereka pun boleh ambik jawatan juru-audit kerajaan negeri PR.

Pada 10 November lalu juga, Khalid juga menubuhkan jawatankuasa audit profesional untuk menyiasat pendedahan ADUN Hulu Klang Saari Sungib bahawa wujud salah guna kuasa dalam penajaan majlis perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Media melaporkan, jumlah tajaan oleh anak syarikat kerajaan negeri itu sebanyak RM520,000. Perangai penjawat awam yang lama bekerja dibawah pemerintahan UMNO-BN sekian lama terlupa bahawa mereka kini bertuankan kerajaan PR. Tabiat lama masih lagi terikut-ikut. Baguslah kalau kini mula dah berubah. Pemimpin UMNO-BN juga kini dah mula menghargai dana rakyat.

Diharapkan negeri-negeri yang masih diperintah oleh UMNO-BN juga mengamalkan budaya jimat cermat meskipun negeri kaya raya macam Terengganu ini. Berapakah agaknya kos perasmian dan penganjuran Sukan Kuda lasak di lembah Bidong tahun ini?. Kalau perasmian Karnival FEI WEC 2008 sempena pertandingan kuda lasak dua tahun lalu sahaja dikatakan bernilai RM 48 juta. Setengah orang memberitahu itu hanya kos bunga apinya sahaja. Itu bunga api termahal sempena malam perasmian sukan kuda lasak tersebut.

Bagaimana dengan sukan musim banjir tahun ini. Berapa kos perasmian dan penganjuran Monsoon Cup. Walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak dan rakyat jelata tetapi dipercayai Monsoon Cup tidak boleh dihentikan kerana terikat dengan kontrak yang dirangka sebegitu rupa, yang sudah tentu telah mengambil kira kepentingan diri masing-masing dalam agenda rompakan duit rakyat. Didakwa Patrick Lim mendapat kira-kira RM300 juta setahun untuk penganjuran Monsoon Cup dan tempohnya tamat sehingga 2012, dikira kontrak bermula tahun 2005.

Untuk tahun 2010 ini, Piala Monsun dijadualkan berlansung pada 2-6 Disember nanti. Biasanya kalau tidak Tuanku sultan Mizan, wakil istana Terengganu akan merasmikan event itu disetiap tahun. Adakah tahun ini Sultan Terengganu mengikuti apa yang dibuat oleh Sultan Selangor dengan memboikot upacara perasmian Monsoon Cup 2010 demi mengelakkan pembaziran dan menggunakan perbelanjaan kewangan tersebut untuk biasiswa atau pinjaman pelanjaran bagi anak Terengganu atau sebagai bantuan kepada fakir miskin yang masin lagi tinggi di Terengganu?

Rakyat Terengganu pun dah muak untuk membantah. Pemimpin UMNO-BN buat pekak badak aje. Kalau Sutan sendiri ambil sikap macam Sultan Selangor kot-kot Mat Said yang amat bergantung dengan istana demi survival politik beliau akan peka. kalau tak jadikanlah undi saudara pada PRU-13 nanti untuk menaja perubahan.

http://ustsaifulbahri.blogspot.com/2010/11/sultan-terengganu-boikot-perasmian.html

Gambar TG Nik Aziz Di Mekah. Alhamdulillah TG Nik Aziz Sihat

Posted: 14 Nov 2010 03:30 AM PST

[Pendedahan Panas Dan Berani] Uncle Seekers Dedahkan Hubungan Cinta Rahsia Dengan Bekas Permaisuri Agong Siti Aishah

Posted: 13 Nov 2010 10:00 PM PST




Setakat hari ini, sudah 5 blog post sudah ditulis oleh Uncle Seekers untuk mendedahkan hubungan "cinta syhhh" antara mereka berdua. Kami tak mahu beri komen apa-apa. Mungkin anda sendiri perlu membaca pengakuan part 1, part 2 , part 3, part 4 dan part 5 dari Uncle Seekers. Kemudian anda buatlah penilaian anda sendiri.


baca dan nilai sendiri berkaitan dengan pengakuan dan apa yang ditulis oleh beliau..

p/s: hujung minggu, rileks politik jap. layan gosip panas hehehe. selamat berhujung minggu semua

[Sumber di ambil dan dikemaskini dari blog BN]

Jawapan AC Mizal Terhadap Dakwaan ‘Gelang RM78′ & Testimoni Copy Paste

Posted: 13 Nov 2010 05:00 PM PST

http://img607.imageshack.us/img607/7789/82287861.jpg

Ekoran pembongkaran serta pendedahan yang dibuat oleh pemilik blog www.aididmuaddib.blogspot.com mengenai perniagaan gelang AC Mizal yang bagi kami sudah cukup layak untuk dikategorikan sebagai 'story of the year', AC Mizal akhirnya tampil membuat kenyataan media (setelah memadam akaun facebook'nya) bagi menjawab dakwaan-dakwaan yang ditimbulkan oleh pemilik blog yang dikenali dengan nama Aidid Mu'addib itu.

Berikut adalah jawapan AC Mizal terhadap beberapa dakwaan yang ditimbulkan. Anda baca dan anda tentukan.

1) Gelang AC Mizal dibeli dengan harga AS$25 (RM78) tetapi dijual RM1,000

Apa yang dipaparkan di blog hanya gambar yang diubahsuai. Harga RM1,000 yang ditawarkan bukan sebab saya tamak, tetapi ia membabitkan pelbagai kos, antaranya kos kotak, operasi dan pemberian bonus. Malah, daripada RM1,000 itu, sebanyak RM500 diberi kepada ahli sebagai komisen.

2) Tiada Lesen Jualan Langsung

Dakwaan saya tiada lesen jualan langsung juga tidak benar. Lesen jualan langsung syarikat saya memang bukan di atas nama AC Konsortium tetapi anak syarikat AC Konsortium, Ilham Prestij Sdn Bhd. Lesen itu tergantung di pejabat saya. Untuk lebih jelas, saya tidak menjalankan perniagaan jualan langsung pemasaran berbilang tingkat (MLM) tetapi pemasaran satu tingkat (SLM). Lesen diberikan bermula dari 16 Mac 2010 hingga 15 Mac 2011.

3) Penjualan gelang AC Mizal di gedung Marks & Spencer, London

Saya tidak beri apa-apa kenyataan bahawa gelang saya dijual di gedung Marks & Spencer, London. Saya hanya kata akan dijual di gedung berkenaan. Ia masih dalam proses perbincangan sebelum menjadi kenyataan. Memang saya ada kata gelang saya dijual di London tetapi dijual kepada orang perseorangan.

4) Testimoni yang ditiru daripada laman web

Testimoni itu dihantar dari London untuk usaha memasuki pasaran di gedung Marks & Spencer. Bukan saya yang menghasilkannya. Manalah saya tahu jika ia ditiru daripada laman web lain.

5) Gelaran Datuk

Kenapa ada yang mahu mempertikaikannya? Saya bukan mahu berlagak menggunakan gelaran berkenaan, tetapi sememangnya ia adalah penganugerahan daripada Sultan Pahang. Saya ada dokumen pengurniaan kebesaran dan pingat negeri Pahang oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang ditandatangani sendiri oleh Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Muhammad Safian Ismail.

Kini, saya menunggu tarikh untuk menerima pengurniaan itu yang dijadualkan untuk sesi kedua pada bulan ini atau Disember nanti.

+ Disalin dari AC jawab dakwaan – Harian Metro

[Sumber]

Tiada ulasan: