Selasa, 30 November 2010

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Hidup Melayu

Posted: 30 Nov 2010 07:43 AM PST


Bismillahirahmanirrahim..


"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, mungkin  puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada kaum yang menghinakannya dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, 

(kerana) boleh jadi puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik sesudah keimanan dan , sesiapa yang tidak bertaubat maka mereka itulahlah orang yang zalim."
surah al Hujurat  ayat 11

Assalamualaikum,salam blogger.
Sekarang satu malaysia dok sibuk pasal ketuanan melayu,kononnya ada pihak yang nak runtuhkan ketuanan melayu nak buang segala hak istimewa orang melayu.Di satu pihak lagi kononnya nak bela melayu ,nak jadi hero melayu.Mengajak rakyat untuk bersama-sama dengan puaknya mempertahankan hak orang melayu.
Betul atau tidak perjuangan kedua-dua pihak ini hanya Allah yang tahu.Mungkin mereka cuma menggunakan isu ni untuk kepentingan politik masing-masing.Untuk mencari pengaruh agar dapat sokongan rakyat.sedangkan dalam hati hanya nak gunakan politik untuk kepentingan peribadi masing-masing.

Saya nak komen mudah saja.saya tak rasa bangga sedikitpun jadi melayu sebab melayu hanya bangsa berdasarkan keturunan dan warna kulit anugerah Allah sama macam bangsa-bangsa lain.Kita tak pernah berjuang untuk jadi melayu,cina ,india arab.atau apa bangsa sekalipun.saya jadi melayu sebab mak ayah saya melayu.dia cina sebab mak ayah dia cina.Kalau nak bangga dengan bangsa, orang Israel lah yang paling tinggi sekali darjatnya sebab ramai nabi-dan rasul dilantik dikalangan bangsa mereka.tapi
Allah tidak memandang mulia berdasarkan bangsa dan warna kulit.yang mulia disisi Nya hanyalah iman dan taqwa.

"Sesungguhnya Allah tidak memandang rupa atau harta kamu, tetapi Allah memandang kepada hati kamu" HR Muslim

Jangan bangkitkan kisah sebelum merdeka ,kerana tanah Malaysia ini(dulu tamah melayu) hanya dihuni oleh orang melayu maka melayu jadi tuan.Tapi sekarang kita kena terima hakikat ,keadaan sudah berubah sebab mereka juga rakyat malaysia dan lahir di Malaysia.Adakah kita nak halau semua bangsa-bangsa lain dari bumi malaysia?

Saya lebih bangga jadi orang Islam,sebab islam adalah pilihan kita sendiri,nak jadi Islam kita kena berjuang melawan nafsu syaitan.Kita kena berjuang melawan bisikan dan hasutan musuh-musuh islam yang tak kenal penat lelah setiap hari membelanjakan wang yang banyak untuk memurtadkan kita.Kalau iman tak kuat memang mudah termakan pujukan dan tipudaya mereka.Islamlah yang betul-betul berharga dari bangsa.Berapa ramai melayu kini yang murtad.di malaysia sendiri sudah ada persatuan melayu murtad.

Sekarang mungkin kita boleh buat slogan melayutu Islam dan Islam tu melayu sebab majoriti masyarakat Islam di malaysia adalah melayu,tapi keadaan itu makin berubah sedikit demi sedikit.
Orang melayu makin ramai yang tukar agama,bahkan bangsa cina dan India semakin ramai memeluk Islam.Jika kita masih nak mempertahankan bangsa melayu semata-mata apa akan jadi jika satu hari nanti di malaysia orang dari bangsa lain lebih ramai yang islam dari melayu sendiri.adakah kita masih nak bagi keistimewaan pada melayu murtad dan menafikan hak mualaf semata-mata kerana dia bukan melayu.

Bagi saya lebih baik istimewaan melayu ditukar kepada hak Istimewa Islam tak kira apa bangsa sekalipun asalkan dia islam dia ada hak istimewa.Itu baru betul ikut cara islam.


Cari N3 lama-lama disini

Gempar Di Parlimen Menteri Nyaris Kena Potong Gaji

Posted: 30 Nov 2010 03:13 AM PST


KUALA LUMPUR 30 NOV: Kredibiliti Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sebagai Menteri Tenaga, Teknologi Hijau and Air hampir 'tercalar' hari ini jika
tidak kerana majoriti 11 undi yang menentang usul potong gaji menteri berkenaan sebanyak RM10 di Dewan Rakyat.
   
Usul yang dikemukakan Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) itu menyaksikan 58 anggota Parlimen mengundi untuk tidak menyokong usul tersebut
berbanding 47 anggota yang bersetuju supaya RM10 dipotong daripada gaji menteri berkenaan.
   
Selain Chin, hanya tiga menteri kabinet termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri
Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dilihat berada di dalam dewan dan layak untuk mengundi.
   
Pengundian usul itu yang sepatutnya hanya dilaksanakan melalui undian suara 'terpaksa' menukar rentak apabila kebanyakan anggota Parlimen pembangkang tidak puas hati apabila ramai yang tidak berpeluang berucap selain tidak berpuas hati dengan penggulungan usul oleh Chin.
   
Kekecohan itu menyebabkan Timbalan Yang di-Pertua Datuk Ronald Kiandee bersetuju undian belah bahagian dilakukan setelah berpuas hati terdapat lebih
daripada 15 anggota dewan yang bersetuju dengan cadangan itu.
   
Tempoh pengundian kira-kira 10 minit diisi dengan pelbagai ragam anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang yang saling 'berperang mulut',
malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang juga berada di dalam dewan turut menerima sindiran daripada pembangkang apabila
diingatkan bahawa beliau tidak layak untuk mengundi.
   
Terdahulu Dzulkefly dalam usulnya membangkitkan tiga isu utama mengenai pengurusan air, iaitu isu penswastaan air di Selangor yang masih belum selesai
sehingga sekarang selain mempersoalkan keputusan kerajaan untuk meneruskan konsesi air kepada Syabas dan Puncak Niaga walaupun kedua-dua syarikat itu

gagal memenuhi terma-terma perjanjian konsesi yang telah ditandatangani.
   
Beliau juga menyifatkan RM10 perlu dipotong daripada gaji menteri kerana sehingga kini didakwa masih gagal untuk mewujudkan polisi air negara seperti
diwujudkan di Thailand.
   
Chin ketika menggulung perbahasan usul itu berkata, polisi air negara masih di peringkat perangkaan oleh kementerian.
   
Mengenai masalah air di Selangor pula, beliau berkata, isu air bukan terletak pada kementerian semata-mata kerana ia termaktub dalam senarai bersama yang

bermakna kerajaan negeri juga mempunyai tanggungjawab dalam menyelesaikan isu berkenaan.- Bernama.


Cari N3 lama-lama disini

Israel Mahu Bina 625 Rumah Baru

Posted: 30 Nov 2010 02:42 AM PST


30/11/2010 - Pengarah peta dan pusat kajian di Orient House Khalil Tufakji Ahad lalu mendedahkan Israel mahu membina 625 unit rumah baru di penempatan Ze'ev Pisgat,yang didirikan di tanah Palestin dalam daerah Hezma dan Beit Hanina, Baitulmuqaddis timur.

Tufakji berkata rancangan Israel ini bertujuan untuk meluaskan penempatan ini dan membina penempatan Yahudi yang baru, selain membina taman di atas kawasan seluas 300 dunums selepas mendirikan penempatan ini.

Beliau juga menegaskan yang Israel merancang untuk membina landasan kereta api antara Tel Aviv dan penempatan di Tebing Barat bagi menghubungkan penempatan ini dengan kawasn pantai, memisahkan utara dari selatan Tebing Barat dan melakukan pembersihan etnik di daerah lembah Yordan.

http://palestinkini.info/


Cari N3 lama-lama disini

Tiada ulasan: