Di bawah ini adalah gambar Al-Quran kecik yang ada dalam simpanan saya.
saya mendapatkannya dari rumah arwah nenek saudara saya,lebih kurang 20 tahun lepas.Saya terjumpa Al-qur'an ni semasa mengemas rumah arwah beberapa hari selepas dia meninggal.
Bagaimana arwah nenek saudara saya memperolehi al-qur'an ini wallahu'alam.Tidak ada sesiapa yang tahu.
Quran yang saya ada ini hanya bersaz 1inci x 2 inci ini dicetak dengan dakwat emas,kulitnya berwarna merah tua,tanpa ada apa-apa corak atau tulisan.
Cuma ada satu logo kat muka depan tapi tulisannya tak dapat dibaca dengan jelas walaupun saya dah scan dan cuba besarkan gambarnya.
Klik Untuk besarkan gambar
Dari negara mana sebenarnya Qur'an ini dicetak, dan kenapa ia dibuat dalam saiz yang kecik?
Kalau ada sesiapa yang ingin berkongsi cerita berkenaan hal ini boleh tulis dalam ruangan komen.
Akhirnya dapat kesan masaalah kenapa saya tak dapat log in ke blog.Kerana PC saya sudah ada "hantu" yang mengacau.nampaknya kena format balik .Insyaallah pagi esok blog ini akan dapat di update.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan