Kami Sokong Tokguru |
- Tahniah Pengarah Pelajaran Terengganu
- 3GP Melayu,Hakikat Bukan Rekaan
- Jom Test Power
- Ka'abah Adalah Pusat Bumi(Terbukti SecaraSaintifik)
- Coke/Persi + Mentos = Racun Rumpai
| Tahniah Pengarah Pelajaran Terengganu Posted: 15 Nov 2010 06:45 PM PST BESUT 14 Nov. – Setiap pelajar Muslim di Terengganu akan dikehendaki memulakan sesi persekolahan harian mereka dengan membaca Al-Quran selama 10 minit mulai tahun depan. Pengarah Jabatan Pelajaran Terengganu, Razali Daud berkata, ia adalah sebahagian daripada usaha pihaknya memberi penekanan serius kepada pembangunan sahsiah seiring dengan kecemerlangan akademik yang dicapai pelajar. Beliau berkata, pihaknya akan berusaha memastikan warga sekolah memiliki sahsiah dan akhlak yang mantap, selaras dengan usaha membasmi masalah disiplin kalangan pelajar sekolah di Terengganu. "Bagi pelajar Islam yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil pula, tenaga ustaz akan digunakan bagi menguruskan mereka secara berkumpulan," katanya kepada pemberita, di sini. Selain itu, katanya, semua program pembangunan sahsiah pelajar seperti perkhemahan akan dilaksanakan di dalam kawasan masjid dan tidak lagi di resort atau di hotel sebagaimana yang diamalkan sebelum ini. – Bernama -ijoks2009- satu langkah yang baik sepatutnya di perluaskan untuk seluruh negara.Diharap program ini berterusan jangan hanya hangat-hangat taik ayam saja. |
| 3GP Melayu,Hakikat Bukan Rekaan Posted: 15 Nov 2010 03:26 PM PST Assalamualaikum,dan salam blogger bagi yg belum menyertai keluarga besar Islam.. Kehidupan kita sehari-hari tidak dapat lari dari tangungjawab,dan tangungjawab yang paling besar ialah tangungjawab kepada Allah. Sabda Rasulullah s.a.w "Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu".(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad) Kisah dibawah saya petik dari http://marhaenkacak.blogspot.com adalah salah satu dari beribu-ribu kisah sedih yang menganmbarkan betapa teruknya sistem moral masyarakat islam sekarang. Satu hari ni aku adala buat Program Pemeriksaan Mata kat satu sekolah area Setapak/Wangsa Maju...... memang ari tu jenuh aku cek mata budak2 sekolah menengah ni.... Maklumla.... kadang2 bukan budak2 yang bermasalah mata je yang nak cek, budak2 yang menggatal saja2 nak cek pun ramai.....hahaha.... Walaupun aku rase nak marah je budak2 yang mengada2 ni, aku tetap bersabar n cek la jugak mata budak2 ni.... takpela.... aku pun faham tingkah laku budak2 baru nak up ni... mesti la sume bende nak cuba.... nak2 kalau kawan2 ada kat situ mestila orang lain pun nak sibuk sama....hehehe.... Tenguk budak2 ni teringat lak aku kat zaman kenakalan aku kat sekolah dulu...hahaha Bila dah habis aku cek mata budak yang terakhir, aku pun saja2 je la bertanya ngan seorang budak laki ni yang still ada kat bilik kesihatan sekolah ni.... "Dik, amacam belaja? ok tak cikgu kat sekolah ni?" Kata budak lelaki tu, "ok la bang....kalau tak best pun layankan jer...hehehe.." "hahaha...ko ade awek tak sekarang ni?..." Aku pun tanya soklan untuk suka2....... "mestila ada bang.....orang hensem cam saya mesti la ada awek...." sengih budak lelaki yang bernama Usop ni.... "oooo....abang pun takde awek lagi.....budak2 skang ni memang pandai cari awek....ajarla abang sket ilmu ngorat2 ni...." kate aku sambil saja nak 'up' kan moral budak ni....hehehe.... "hahaha....boleh bang..... belanja la saya makan kat kantin....hihihihi" Aku pun terpikir idea yang best lagi untuk bertanya...... "ko tunjuk la gambar awek ko kat aku....Baru aku belanja ko kat kantin...amacam?..." Budak tu pun menunjukkan gambar awek nya kepada aku dengan muka bangga n riaknya.... Alangkah terkejutnya aku gambar yang si Usop ni tunjukkan ialah gambar SEPARA BOGEL diorang berdua dalam satu bilik......... "kurang asam ko yek.... ni ko kat mane ni ngan awek ko ni....??" "ala bang....ni kat rumah saya ni.... masa ni mak bapak saya takde.... saya pun apa lagi..... bawak la awek saya ke rumah....hihi... dapat la saya rasa puas2 malam tu...." "Saya geram bang.... orang kata saya ni 'LOSER' pasal tak dapat 'MAIN' dengan pompuan lagi.... diorang kata saya ni 'TERUNA TERLAJAK' ..... So, saya pun geram la.... tu la yang saya ajak awek saya ni datang rumah.... Dia pun pun on jer....hahaha...." Aku pun terdiam mendengar penjelasan budak ni...... Lepas tu aku pun ajak dia ke kantin sambil belanja si Usop ni makan nasi berlauk ayam dan horlick ais segelas.... ----------------------------------------------------Berbalik kepada tangungjawab sebagai seorang Islam,apakah tangungjawab kita hanyalah kepada anak-anak kita sahaja,dan membiarkan perkara itu berlaku di depan mata jika ianya tidak melibatkan saudara kita? Sedarkah kita dengan membiarkan kemungkaran berlaku didepan mata memnyebabkan turunnya bala bencana dari Allah yang akan menimpa keseluruhan masyarakat. Saya bukanlah orang yang layak untuk membicarakan masaalah agama,tapi hanya inilah yang saya mampu lakukan untuk menyedarkan masyarakat kita yang seakan-akan pura-pura tidur dengan isu akhlak anak-anak kita yang makin buruk. Siapa yang bersalah? sama-sama kita fikir.Tak perlulah saya huraikan panjang - lebar disini. Pada saya semua kita bersalah.Ibu-bapa,guru-guru,kerajaan,,mediamasa,dan masyarakat. Saya nak petik satu kisah menarik yang saya pernah baca tentang seorang pemuda yang menegur kemungkaran dengan caranya yg tersendiri. Dikatakan pemuda ini,suka berjalan-jalan di tepi pantai dan tempat-tempat rekreasi jika ada kelapangan.Jika dia terserempak dengan pasangan kekasih sedang bercengkerama apa yang dia buat ialah, duduk tidak jauh dari pasangan tersebut ,keluarkan surat yasin yang sentiasa dibawanya bersama dan membacanya secara perlahan namun masih dapat didengar oleh pasangan tersebut.Akhirnya pasangan tersebut akan malu sendiri dan beredar dari situ. |
| Posted: 15 Nov 2010 02:01 PM PST -Santai Pagi- Jom kita test power line tenet. Saya punya 512kb je,tu pun waktu malam je,kalau siang 250kb. Sila test kat sini speedtest.streamyx.com.my |
| Ka'abah Adalah Pusat Bumi(Terbukti SecaraSaintifik) Posted: 15 Nov 2010 04:02 AM PST |
| Coke/Persi + Mentos = Racun Rumpai Posted: 15 Nov 2010 01:00 AM PST Jika sayang diri anda dan keluarga anda. Hindarkan anak-anak anda dari makan coklat Mentos bersama coke atau pepsi. Jangan makan Mentos sebelum atau selepas minum Coke atau Pepsi. Campuran kedua-kedua bahan ini akan bertukar menjadi racun sianida. Racun sianida adalah racun yang paling kuat kesan diantara semua racun. Racun sianida banyak digunakan dalam membuat proses membuat racun rumpai dan indusri melombong emas. Kebanyakan sungai yang berhampiran lombong emas dicemari racun sianida. Bayangkan dari ujikaji yang dilakukan. Apabila kedua bahan ini dicampur boleh menghasil letupan. Jika kita makan/minum kedua-kedua bahan ini. Adakah perut anda akan meletup atau sebaliknya. Sila sebarkan kepada saudara mara dan sahabat handai jika anda sayang mereka. Mencegah adalah lebih baik dari merawat. Jazakallah khairan. http://resepirahsiaku.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from Kami Sokong Tokguru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan