Jumaat, 12 November 2010

Justice For All

Justice For All


PAS Bimbang Dengan Krisis & Penipuan PKR

Posted: 12 Nov 2010 06:29 PM PST

Hanya mat rempit atau kaki mat pit sahaja yang tak risau dengan kemelut PKR..

PR bimbang kemelut PKR

KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) bimbang dengan kemelut dalaman yang melanda Parti Keadi:lan Rakyat (PKR) yang kini dilihat hampir mencetuskan perpecahan dalam kalangan ahli parti itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara ini harus diatasi oleh pucuk pimpinan PKR agar ia tidak berlarutan dan boleh menimbulkan perpecahan bukan sahaja dalam kalangan ahli malah turut membabitkan Pakatan sedia ada.

"Bagaimanapun, saya yakin dengan kepimpinan PKR dan bagi mengatasi kemelut yang berlaku dalam kalangan ahli mereka, pasti perkara ini tidak akan berlarutan sehingga boleh menimbulkan kejadian tidak diingini," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mahfuz berkata, perang dingin yang berlaku dalam PKR ini turut memberikan kesan kepada PR, perkara sebegini akan terjadi terhadap mana-mana pihak jika salah satu parti gabungan mereka bertelingkah sesama sendiri.

"Apa jua pertubuhan atau parti yang bergabung akan bimbang jika sekiranya perkara sebegini terjadi dalam pakatan mereka, ia memberikan kesan dan menjadi perhatian ramai, kerana banyak pihak termasuk ahli parti ingin mengetahui perkembangan mengenainya," katanya.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai cara tersendiri menangani kemelut dalaman tanpa melibatkan campur tangan luar.

Seorang lagi Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, parti meminta PKR menyelesaikan kemelut secepat mungkin kerana ia turut memberi kesan kepada pakatan pembangkang.

"Sebagai satu keluarga besar dalam pakatan sudah pasti apa yang berlaku dalam PKR ini akan memberikan implikasi terhadap masa depan dan juga keyakinan rakyat terhadap keupayaan Pakatan Rakyat," katanya.

Sementara itu, calon naib presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar berkata, PKR bermesyuarat bagi menangani perkara itu dan mengenal pasti beberapa langkah segera.

"Kita mengamalkan perbincangan secara tertutup. Kita rasa dalam mana-mana parti yang melangsungkan pemilihan tidak ada yang berani mengamalkan sistem terbuka. Kita sedang memperbaiki dan menghalusi sistem yang kita akan gunakan dan saluran yang ada," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas teguran Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang mahu PKR segera menyelesaikan masalah dalamannya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.

Mengenai gesaan pelbagai pihak agar pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) ditangguhkan, Nurul Izzah berkata, keputusan untuk berbuat demikian perlu dirujuk kepada Biro Politik parti itu.

Lebik Baik Zaid Berdebat Dengan Anwar, Daripada Pencacai AMK

Posted: 12 Nov 2010 03:03 PM PST

Shamsul Iskandar ajak Zaid Ibrahim berdebat?? Biar betul ni. Kalau betul, baguslah. Atas mencari kebenaran, sesuatu perdebatan perlu dihalalkan. Saya rasa Dato Zaid tak kisah nak berdebat dengan calon U-Turn Ketua AMK ini. Sebab masa jadi menteri dulu, Dato Zaid berani tebalkan muka jejak kaki ke bangunan Majlis Peguam, berforum dengan peguam dan pemimpin pembangkang berkaitan dengan sistem kehakiman. Teruk masa tu Zaid kena belasah daripada ahli panel dan mereka yang hadir. Saya sendiri pun hentam dia. Tapi dia tak kisah, apa yang BN buat tak betul, dia takkan nafikannya.

Jadi pelawaan Shamsul Iskandar ini pasti dipandang serius oleh Dato' Zaid. Tapi sebenarnya kita sebenarnya lebih berminat kalau Zaid Ibrahim berdebat dengan Anwar atau Azmin. Bukannya pencacai dalam PKR. Shamsul Iskandar nak berdebat ni kerana apa? Kerana keadilan atau kerana jawatan. Boleh ampu Anwar retorik dan Azmin penipu kononnya dia pejuang tegar PKR. Kalau macam ni, baik tak payah berdebat. Bazirkan masa sahaja. Baik si Shamsul ni pergi berdebat dengan Che'gu Bard. Bukannya terhegeh-hegeh nak jadi pencacai kononnya dia pejuang no. 1 Anwar. Memang rosak ada pemimpin muda macam ni. Lebih utamakan pangkat daripada prinsip. Kalau macamnilah gayanya, alamat makin terbantut lagilah hasrat kita nak tumbangkan kerajaan zalim BN. Hanya satu jalan je untuk atasinya..kita singkirkan pemimpin-pemimpin bodoh yang suka retorik dan menagih simpati, pada masa hanya tengok orang lain sahaja yang salah. Mereka semua maksum dan tak boleh ditegur..

Tiada ulasan: