Ahad, 14 November 2010

jarang anak melayu

jarang anak melayu


YANG CUBA ATAU SENGAJA?

Posted: 13 Nov 2010 07:11 PM PST

Jangan peningkan kepala, santai-santai sahaja sambil baca sedikit petikan berita dan dialog temubual di bawah :

YPM berjaya lahir saintis, jurutera Bumiputera (BH – 12 Nov., 2010)

Misi penghantaran pelajar Malaysia ke Jepun wujudkan lebih ramai tenaga kerja mahir

…………………………………………..
…………………………………………..

Ketika memberi taklimat perancangan DPPT IV kepada pemberita sempena lawatan kerja lima hari memantau perkembangan pelaksanaan DPPT, Pengerusi YPM, Datuk Dr Rosli Mat Hassan, berkata Jepun menyambut baik usaha YPM meneruskan kerjasama pendidikan itu, malah kesediaan Japan International Cooperation Agency (JICA) menerusi rundingan tidak rasmi untuk meneruskan pembiayaan DPPT IV membuktikan negara itu cukup komited dalam membantu Malaysia melatih tenaga berkepakaran.

Kah3… kah3… kah3…. dah keluar dari kurungan atau dah tercabut kurungan Datuk?

Ikuti rakaman temubual eksklusif tanpa siar berikut :

Soalan : Datuk Dr… boleh tanya soalan?

Datuk Dr : Ya, silakan…

Soalan : Apa tajuk tesis Ijazah Kedoktoran Datuk?

Datuk Dr : (Dengan yakin) "Rakyat Didahulukan (untuk ditipu), Pendapatan (sendiri) Diutamakan".

Soalan : Maknanya slogan yang PM kita perkenalkan tu, mengambil roh daripada tesis Datuk Dr lah ya?

Datuk Dr : (Dengan bangga) Tahu tak apa… hahahahaha…

Soalan : (Buat-buat tak tahu) Datuk Dr, apa bezanya Dr dengan Dr in bracket?

Datuk Dr : Kalau tak ada kurungan maknanya tipu, ada kurungan maknanya bodek.

Soalan : Datuk Dr jangan pula nak tipu kami..

Datuk Dr : Issshhh… tak ada tipu tipu lah… siapa kata tipu? 'Lebong', 'kelentong', 'pelawok', 'wat lolok' sikit-sikit jee…

Soalan : Apa benda semua tu Datuk Dr?

Datuk Dr : Itu adalah projek-projek MPD yang boleh direka-reka, macam projek MRR2 tu...

(p/s : Cuba menipu atau sengaja menipu?)… kah3… kah3… kah3…

YANG MEMONOPOLI ‘TITLE BRACKET’

Posted: 13 Nov 2010 04:52 PM PST

Satu lagi projek Dr Jepun in bracket…. (baca seperti anda membaca pada papan tanda projek 'Satu lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional' gitu)…

Selepas berhempas pulas memastikan PM Najib menerima anugerah dan 'title' Dr bracket (Dr), kali ini giliran DS Alies Anur, mantan Setiausaha Politik PM Najib semasa PM Najib menjadi Menteri Pertahanan pula menerimanya.

Yang pasti, Dr Jepun in bracket khabarnya mendakwa telah berusaha dan bekerja keras, kerana hubungan baik dengan ketua universiti yang menganugerahkan (Dr) berkenaan sudah menjadi seperti 'saing rodong' dengan beliau. Makanya beliau dengan kembang hidungnya telah memastikan DS Alies turut sama menerima anugerah dan title yang menjadi sanjungan dan kebanggaan beliau selama ini.

Jangan salah tafsir. Dr Jepun in bracket tidak ada apa-apa muslihat dan niat serta kepentingan peribadi. Usaha beliau itu, dikhabarkan kerana jasa dan pengorbanan yang maha besar telah diberikan oleh DS Alies kepada negara Malaysia dan negara Jepun. Besarnya jasa dan pengorbanan DS Alies ini mengatasi jasa dan pengorbanan negarawan, menteri-menteri dan pemimpin negara yang lain.

Tahniah kepada DS Alies dan tahniah teramatnya sudah pasti kepada Dr Jepun in bracket kerana usaha dan kerja keras beliau sehingga memungkinkan DS Alies menerima title yang sama dengan beliau. Paling penting Dr Jepun in bracket telah berjaya 'mengesan kelayakan' seseorang seterusnya membuat pilihan yang tepat sesuai dengan peribahasa "jauhari sahaja yang mengenal maknikamnya".

Selain itu, sumber-sumber Dr Jepun in bracket turut menyebut bahawa DS Alies juga telah memenuhi piawaian 'ketinggian' yang disyaratkan oleh Dr Jepun in bracket dengan persetujuan Universiti penganugerah.

Lebih darpada itu, Dr Jepun in bracket juga memang sengaja hendak menunjukkan kehebatan beliau yang boleh mempengaruhi Universiti di negara 'kelahiran tidak rasmi' beliau itu, bahawa mereka semuanya boleh tunduk dan mematuhi telunjuk dan kehendak beliau. Kata orang 'serba hendak serba dapat'…

Itulah namanya kehebatan dan pengaruh yang besar. Hebatnya lagi Dr Jepun in bracket ini sehingga hampir semua ketua Universiti di Jepun, apabila menyebut sahaja nama Dr Jepun in bracket, secara automatiknya akan menjadi panaslah kerusi tempat duduk mereka. Mereka (ketua U berkaitan) tidak senang duduk - takut, bimbang, kecut batu… Dan ada sesetengahnya sampai terkencing terberak tanpa sempat ke tandas lagi.

Cuma ada teman-teman yang bertanya… "Dr Jepun in bracket ni pilih patern yang sama dengannya sahaja ke untuk dapat title tu? Semua patern 'jepun asal' sahaja!". Jawab teman yang lain, "kerana itulah kelayakan serta piawaian asas dan utama. Yang lain itu hanya markah bonus sahaja seperti kebodekan, kepentingan peribodi, politik, masa depan, kekuasaan, dan sebagainya".

Entahlah.. Yang pasti sedang beratur untuk menerima (Dr) selepas ini (semuanya sedang diusahakan dengan bersungguh-sungguh oleh Dr Jepun in bracket bagi mendapatkannya. Sebab itu beliau dilihat kerap berulang alik ke negara kelahiran tidak rasminya itu), antaranya :

DS Rosmah M
Brahim pandok
Jamali kerdil
Paramiswara kontot
Ajis Samsuding
Ding Adang
Semua ahli Persatuan Orang Pendek Malaysia (ringkasnya PANDOK).

(p/s : Sesiapa ada cadangan mereka yang layak menerima (Dr) sebegini, sila maklumkan segera kepada Dr Jepun in bracket untuk pertimbangan. Tetapi perlu memenuhi syarat dan piawaian utama yakni mestilah telah mendaftar menjadi ahli PANDOK atau sekurang-kurangnya orang itu mestilah tidak melampaui ketinggian 4 kaki 6 inci (dalam ukuran metrik (cm), sila kira sendiri).

Tiada ulasan: