Rabu, 10 November 2010

D'Perbatasan

D'Perbatasan


Malaikat Yang Gila Kuasa

Posted: 10 Nov 2010 06:32 PM PST

Tajuk Cerita Asal: Malaikat turun dari langit.

Hebat sungguh Zaid bin Ibrahim. Hebat apabila kemasukannya membawa perubahan besar kepada Parti Keadilan Rakyat baru-baru ini. Keluarnya kemudian menyebabkan PKR menjadi kacau bilau. Zulkifili dan Zaharin yang keluar tidak langsung menyebabkan PKR bergolak tetapi seorang yang benama Zaid berjaya menghuru harakan PKR. Hebat sungguh Zaid.

Semua orang kenal Zaid. Zaidlah yang mahu menyaman Kerajaan Kelantan apabila Kerajaan Kelantan mahu melaksanakan hudud. Alasannya ia bercangggah dengan undang-undang Persekutuan. Ertinya Zaid adalah pendukung undang-undang buatan manusia bukan undang-undang Tuhan.

Zaid sebenarnya oang yang tidak ada tempat dalam UMNO dahulu. Dia kalah di parlimen Kota Baharu. Namun Pak Lah menyelamatkan sisa-sisa politknya dengan mengambilnya jadi menteri tak berfotpolio. Ertinya menteri tidak ada jabatan khusus.

Orang malayu sangat sinonem dengan tiga perkara. Apakah tiga perkara itu? Iaitulah arak, anjing dan babi. Perasuah setinggi langitpun kalau tidak minum arak, tidak memeluk anjing dan tidak makan babi, dia akan dimaafkan. Tidak hairan jika perasuah tegar masih menang dalam pilihanraya kerana wang tidak najis seperti anjing dan babi. Namun orang yang pernah minum arak adalah sipandang rendah oleh orang malayu. Dan perangai orang itu akan menjadi bahan empuk untuk dimanipulasikan jika dia dilantik menjadi calun pilihanraya. Dan inilah Zaid. Maka adalah silap besar PKR melantik Zaid menjadi calun pihanraya dahulu dimana dia kalah dengan sejaah botol araknya bukan dengan calun Barisan Nasional.

Jangan hairan jika Profesor Abdul Aziz Bari berkata Zaid adalah duri dalam daging PKR dan dia gagal bekerja dalam satu pasukan di PKR, dan dia tidak memberikan apa-apa menafaat selama dia berada di dalam PKR melainkan prinsip tegak sendirinya. Zaid bukan pendomentrasi yang sanggup di ISAkan oleh kerajaan. Zaid bukan pengasas PKR. Zaid tidak pernah merasakan pukulan cota FRU seperti Tian Chua. Zaid hanya mengintai jawatan President PKR dan dengan alasan itu dia akan meminta itu dan ini kepada Pakatan Rakyat kelak jika Pakatan memerintah Malaysia.

Zaid sebenarnya tidak layak untuk mencalunkan dirinya sebagai Timbalan President PKR tetapi hanya layak sebagai ketua cabang atau ketua cawangan sahaja. Itulah jawatan yang selayaknya jika dia menyertai PKR dalam Pakatan Rakyat sudah separuh perjalan menuju Putra Jaya. Dan inilah sebenarnya yang diintai oleh Zaid walaupun berbuih mulutnya berkata dia ikhlas untuk memperbetulkan PKR. Zaid sudah ditolak UMNO. Ziad tidak ada tempat di hati pemimpin PAS kerana Zaidlah yang mahu menyaman Kerajaan yang mahu melaksanakan hukum Tuhan. Maka tidak ada jalan bagi Zaid melainkan masuk PKR.

Namun Zaid silap besar dan tidak bijak berpolitik dan boleh dikatakan baru belajar berpolitik. Penyokong PKR yang bijak berfikir dan melihat sejarah tidak akan menjadi pengikut Zaid. Kerana sejarah menunjukkan yang layak diangkat menjadi pemimpin ialah orang yang telah mengorbankan masa dan umurnya dalam perjuangan. Zaid tidak ada semuanya itu dalam sejarah PKR. Tetapi Zaid telah melakar sejarah orang yang mahu pengasas PKR, mahu orang yang dipenjara bertahun-tahun kerana mahu merubah penyelewengan, mahu orang yang masih kekal dalam PKR sedangkan yang lain telah kembali masuk ke kepompong supaya berundur. Zaid mahu dia jadi pemimpin utama PKR. Zaid mahu menggantikan Wan Azizah sebagai President PKR dan seterusnya menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya ke Putra Jaya. Zaid mahu Azmin yang tinggalkan bontang oleh Ezam kotak, Zaharin, Ruslan Kasim, Lokman, Zulkifli Nordin dan lain-lain berundur. Zaid mahu dia dijulang sebagai Malaikat.

Dan sekarang Zaid melepaskan semua jawatan parti tetapi tidak keluar parti. Dan Zaid berkata akan terus menyokong PKR. Namun Zaid tidak mengurangkan prinsip tegak sendirinya. Sekarangpun Zaid telah menjadi fokus media arus perdana. Zaid telah ada wadah menyampaikan prinsip tegak sendirinya secara terbuka. Zaid sudah ada suara untuk menyatakan prinsip tegak sendirinya walaupun membalun partinya sendiri. Dan ini membawa rebah kepada partinya, membakar rumahnya sendiri. Masakan menyokong parti kalau dalam kempem pilihanraya kelak Zaid akan mengkritik partinya sendiri.

Namun percayalah, Pakatan Rakyat akan kalah jika Zaid menjadi pemimpin atasan PKR. Prinsip tegak sendiri Zaid akan menjadi beban kepada PAS dan DAP jika Zaid menjadi President PKR. Zaid akan memaksakan pendapat peribadinya kepada Tuan Guru Nik Aziz dan Lim Guan Eng. Ketika itulah Lim Kit Siang dan Karpal Singh akan menolak PKR. Hasilnya Pakatan Rakyat akan hancur. Dan inilah yang dimahukan musuh Pakatan Rakyat.

Maka DAP dan PAS haruslah berfikir seratus kali untuk menerima Zaid jika dia keluar PKR. Pemimpin dua parti ini harus menolak terus Zaid. Kerana sejarahnya mula menghampiri sejarah Ibrahim Ali. Ibrahim Ali diberikan tempat dalam pilihanraya oleh PAS kerana PAS menyangka dia telah bertaubat. Rupanya tidak. Dan nampaknya Zaidpun tidak boleh bermusyawarah walaupun telah menunaikan haji. Seharusnya Zaid tahu apa makna musyawarah setelah melawati maqam RasuluLLah Sallallahu alaihi wasallam.

Jangan hairan jika Ezam kotak menyerah hanya kerana semua pendapatannya sewaktu dalam PKR disekat total. Nak makan apa kalau kerja tidak ada. Samalah dengan seroang rakan penulis dahulu di Johor. Dia berhenti kerja dan menjadi ketua pemuda PAS cawangan kalau tidak silap. Namun ahli keluarganya bukan orang PAS. Kemudian dia di jadikan kontrek oleh sebuah kerajaan negeri. Sekarang PASnya entah kemana. Ertinyanya kalau prinsip Islam tidak kukuh, mudah lentok dengan wang.

Rakyat yang mahukan perubahan dalam struktur pemerintahan negara sekarang tidak akan menyalahkan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali jika Pakatan Rakyat gagal ke Putra Jaya tetapi akan menyalahkan Zaid ibrhim, Ezam kotak, Zaharin dan Zulkifli Nordin. Dan penerajunya ialah Zaid kerana Ezam, Zulkifli dan Zaharin tidak ada bisa sebagaimana Zaid.

Dan Zaid hanya sesuai membuat parti sendiri dan menjadikan prinsip tegak sendirinya sebagai undang-undang partinya itu. Memang Anwar Ibrahim, Azmin, Saifudin, Tian Chua dan lain-lain bukan Malaikat. Namun dalam parti politik musyawarah adalah kinci utama keteguhan parti. Dan membuat parti sendiri adalan jalan terakhir Zaid untuk menjadi pemimpin negara. DAP dan PAS sudah hampir pasti telah membuat homework sebelum menerima Zaid sekiranya dia meninggalkan PKR. Dan memang sebaiknya Zaid keluar terus dari PKR dan menyertai Zulkifli Nordin, Zaharin, Lokman Nor Adam, Ruslan Kasim dan lain-lain kerana seperti kata Profesor Abdul Aziz Bari, Zaid adalah duri dalam daging PKR.

-Detikdaily

Adun BN akui Umno punca tanah Melayu terhakis

Posted: 10 Nov 2010 06:15 PM PST

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Farid Saad mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang.

Justeru itu, beliau sebagai generasi muda dalam Umno mahu membaikinya sekaligus memastikan lain-lain tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan yang tidak terancang.

"Sebagai generasi muda dalam Umno, saya rasa ia perlu diperbetulkan apakah kesilapan lalu supaya tidak terus menjadi persoalan siapakah pengkhianat sebenarnya," ujarnya pada Debat Perdana Pengkisahan Tanah Melayu di Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian di Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, di sini malam tadi.

Justeru, beliau mahu melupakan kisah lama yang ditinggalkan oleh generasi lama Umno yang nyata gagal menyelamatkan kedudukan tanah tersebut.

Dengan niat ikhlas, beliau mengajak semua parti politik Melayu dan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu agar duduk semeja berbincang bagaimana cara terbaik menyelamatkannya.

"Soal parti terpulang pada rakyat. Saya tidak menghalang orang Melayu mahu memilih perjuangan mana yang mereka hendak kerana yang penting ialah ia jaga tanah masyarakat Melayu," kata beliau.

Program anjuran Yayasan Bina Ilmu itu membariskan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Yusoff Latif sebagai ahli panel.

Gambar : Tok Guru Nik Aziz Berangkat Ke Mekah

Posted: 10 Nov 2010 05:45 PM PST








Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V dan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan haji, hari ini.Kenyataan itu disampaikan oleh Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Ahmad.

Dalam kenyataan akhbar tersebut, beliau berharap semoga Tuanku akan selamat berangkat dan pulang ke tanah air."Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan baginda," ujarnya.

Baginda akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 3.00 petang, sementara Nik Aziz dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra melalui penerbangan pertama 6.15 pagi tadi.

Turut serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Shukri Mohamad, dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Nik Aziz ketika ditemui media di kediamannya petang semalam berharap, rakyat seluruhnya mendoakan kesejahteraan rombongan ke Tanah Suci agar selamat pergi dan kembali.
"Tak apa tak datang (hantar) ramai-ramai pun, doa pun sudah cukup," ujarnya sambil tersenyum ceria.Sultan Muhammad Ke-V dijadualkan berangkat pulang ke negara ini pada 23 November nanti.

Zaid Mengaku Mahu Ganti Anwar

Posted: 10 Nov 2010 06:37 AM PST

ZAID tanpa rasa segan dan malu mendakwa beliau layak menggantikan DS Anwar memimpin PKR. Baca sini. Zaid yang dihukum oleh Umno atas rasuah politik, masuk PKR kemudiannya tewas di Hulu Selangor, dapat jawatan Ketua Cabang PKR Wilayah Persekutuan secara `percuma' ini ada hati mahu menggantikan DS Anwar? Jangan muntah dulu....

Zaid kata DS Anwar tidak layak lagi memimpin PKR dan juga PR kerana beliau ada masalah tersendiri. Kekalahan PR di Batu Sapi dan Galas juga dibebankan kepada DS Anwar. Ada beliau datang ke Batu Sapi bantu calon? Ada beliau berkampung di Galas bantu PKR? Beliau tidak sebut kejayaan yang banyak dicapai di bawah pimpinan DS Anwar, kerana hatinya terlalu busuk semata-mata untuk berkuasa di dalam PKR. Bahkan bercita-cita tinggi untuk memimpin PR. Itulah Zaid Ibrahim tokoh yang baru `dua hari' kenal PKR.

Zaid tertinggal jauh dibandingkan dengan Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden PKR. Jika beliau mendahului Azmin sepertimana awal dulu, agak-agak Zaid jadi `gila' seperti sekarang atau tidak? Aku mulanya tidak percaya anggapan orang yang menyebut Zaid itu `racun' di dalam PKR tidak ubah seperti ejen Umno yang diutus untuk menghancurkan PKR. Tetapi, bila aku fikir balik sukar untuk aku menolaknya sekarang.

Masa Zaid tiada di dalam PKR, pemilihan di dalam PKR berjalan lancar, penuh harmoni di mana menyaksikan Azmin tidak pernah menentang Timbalan Presiden PKR waktu itu walaupun beliau mendapat sokongan agak besar. Sifat hormat menghormati begitu kuat waktu itu. Bila Zaid masuk Umno, kita sambut baik. Dia awal-awal sebut tidak mahu rebut jawatan tertinggi dalam parti. Tetapi, akhirnya dengan penuh putar belit dengan syarat itu ini, akhirnya masuk bertanding. Bila terasa nak kalah, malu dengan kekalahan di tangan Azmin yang beliau kata `perlu belajar' lagi tu, beliau cari pasal salahkan pihak lain. Lalu, beliau tarik diri.

Azmin perlu belajar lagi, katanya. Belajar apa lagi Zaid? Belajar masuk penjara? ISA ? Kamu pernah masuk penjara ke Zaid? Belajar rasuah politik wang seperti yang kamu lakukan dalam Umno dulu? Itu yang kamu mahu Azmin belajar?

DS Anwar mempunyai masalah katanya. Sebagai kawan kalau kamu baik dan ikhlas, kamu sepatutnya membantu kawan kamu apatah lagi dia yang bawa kamu masuk PKR. Tapi, kamu sanggup lepaskan tengkuk kamu demi jawatan yang kamu mahu. Kamu mahu ganti tempat DS Anwar dan biarkan DS Anwar sendirian dengan musibah yang melandanya? Inikah pemimpin yang kita mahu dalam PKR atau PR. Cukuplah Zaid....kamu sepatutnya balik ke Kota Bharu atau berguru dengan Berahim Ali lagi bagus daripada jadi perosak dalam parti.


Dari
WFAUZDIN NS

Kadar Tol Dijangka Meningkat

Posted: 10 Nov 2010 06:22 AM PST

Kebimbangan utama disebalik cadangan pengambilalihan PLUS Expressways Bhd oleh UEM Group dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) ialah kenaikkan kadar tol apabila disemak nanti.

Demikian kata Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail yang mana ujarnya pengambilalihan tersebut akan menyebabkan penstrukturan baru dari segi ekuiti, pengurusan dan pengendalian yang akhirnya kadar tol akan dinaikkan.

"Selepas 20 tahun dan konsesi lebuhraya ini hampir tamat, saya diberitakan akan ada pembaharuan konsesi di mana kerajaan memberi lampu hijau kepada UEM dan KWSP yang kepentingan sahamnya dipegang oleh Umno.

"Penstrukturan semula merupakan strategi asas untuk menaikkan kadar tol. Alasan yang akan diberikan kerana berlaku perubahan dari segi polisi, pengendalian dan sebagainya.

"Ini tentu akan dikatakan perbelanjaan pentadbiran baru yang tidak dapat dielakkan oleh pihak pemegang konsesi (gabungan UEM-KWSP) yang sudah tentu menyebabkan kadar tol terpaksa dinaikkan," ujar beliau.

Dalam pada itu, Azan berkata KWSP yang tidak mempunyai kepakaran dalam pengendalian lebuhraya menjadi enjin utama sebagai penyumbang pelaburan dari segi kewangan.

"Saya tidak rasa KWSP mempunyai kepakaran dalam pengurusan lebuhraya, gabungan antara KWSP-UEM akan membentuk satu konsortium yang baru di mana UEM akan diletakkan unit yang menjaga aspek teknikal sementara KWSP sebagai institusi yang hanya menyalurkan sumber kewangan.

"Di sini akan timbul konflik baru dalam gabungan yang tidak seimbang di mana dana KWSP daripada pemotongan gaji pekerja sektor swasta .

"Saya tidak pasti keuntungan daripada pelaburan yang dibuat ini akan dipulangkan kepada penabung KWSP atau pun hanya menjadi rakan kongsi untuk tujuan pengambalihan sahaja," ujarnya ketika ditemui TV Selangor di lobi Parlimen, petang tadi.

Dalam kenyataan bersama, UEM dan KWSP berkata tawaran berkenaan akan dibentangkan pada mesyuarat agung luar biasa PLUS bulan depan.

"Pemerolehan semua aset dan liabiliti PLUS akan dilaksanakan oleh perantara pelaburan tujuan khas, yang 51 peratus milik UEM dan 49 peratus dipegang oleh KWSP," kata kenyataan itu.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif UEM Group, Datuk Izzaddin Idris, berkata kumpulan akan terus mengekalkan standard penyenggaraan dan perkhidmatan pengendali lebuh raya itu untuk keselamatan pengguna lebuh raya.

Untuk rekod PLUS merupakan pemilik aset RM23 bilion dan merupakan pengendali lebuh raya tol terbesar Asia Tenggara.

Betul Ke Zaid Tak Dapat Publisiti?

Posted: 10 Nov 2010 05:39 AM PST

Terbaca aku kat blog rakan orang kuat PR mungkin khususnya orang kuat PKR. Setiap postingnya sejak kebelakangan ini sememangnya seperti pro Zaid Ibrahim. Itu tidak menghairankan kerana blog aku ini pun pro Azmin dan Chegu Bard. Biarpun ada yang berkata Chegu Bard bukan `team' Azmin, namun aku yakin dengan kata-kata Chegu Bard bahawa beliau tiada `kem' dan menganggap pertandingan ini adalah pertandingan adik beradik.

Lagi pun blog ini blog aku, maka tentulah aku akan lahirkan siapa yang aku sokong. Kebetulan pula aku adalah penyokong PR samada PKR mahu pun PAS. Aku kurang menulis pasal DAP, tetapi aku gembira bila DAP pun sokong PAS. Mulanya aku berpendirian bahawa aku menyokong Azmin tidak bererti aku tidak suka Zaid jauh sekali Sdr Mustafa Kamil. Andainya Zaid menang juga, aku nekad akan menerima keputusan itu walaupun harapan aku jika Azmin tewas, Sdr Mustafa Kamil akan menang. Itu dulu.

Sekarang aku berubah pendirian kerana Zaid telah tunjukkan siapa dia sebenarnya di dalam PKR. Bukan kerana Zaid kritik parti atau pemimpin, tetapi aku tidak boleh bersekongkol dengan beliau yang tunjuk hebat meminta Anwar dan Azmin keluar dari politik. Lebih aku tidak boleh terima sehingga nak termuntah apabila Zaid mengaku beliau boleh menggantikan tempat Anwar. Itu lah sebabnya Zaid kini aku iktiraf sebagai `musuh' walaupun dia masih menebalkan muka berada di dalam PKR. Aku berdoa agar Zaid tinggalkan PKR dan tubuhkan partinya sendiri untuk menilai sejauh mana beliau boleh bertahan.

Buat Sdr Mustafa, aku rasa terlalu lama masa 48 jam itu untuk beliau `ugut' parti. Patutnya memadai 1 jam atau separuh hari sudah cukup untuk beliau melihat samada parti ini bersedia atau tidak `melutut' dengan kemahuan tokoh lama yang tewas di Cabangnya sendiri itu.

Ada teman menulis di dalam blognya mengatakan beliau `terpaksa' mempertahankan Zaid kerana Zaid tidak diberi ruang di dalam media kepunyaan parti seperti Suara KeADILan. Berapa kerat yang baca akhbar parti ini yang sudah berbulan aku sendiri tidak jumpa di pasaran akibat digantung permit? Melucukan bagi aku alasan beliau itu. Sebenarnya Zaid lah calon yang paling hebat mendapat publisiti dari media perdana seperti Utusan, TV3 dan RTM sejak kebelakangan ini. Semua kata-kata Zaid mendapat `high light' dari media pencacai itu. Berita untuk Azmin? Jangan harap melainkan yang buruk-buruk sahaja. Zaid pada pandangan media pencacai ini sudah sama seperti `firaun besar' dari Kulim Bandar Baru kalaupun tidak seperti Ezam sesumpah yang amat laku suara mereka. Kalau tak percaya tonton berita hari ini atau baca akhbar pencacai hari ini, mesti ada cerita yang mereka kutip dari mulut Zaid.

Azmin amat ketinggalan dari segi publisiti. Media alternatif tidak banyak membantunya, jauh sekali media pencacai kerana media pencacai ini hanya layak buat si pencacai sahaja. Jadi, hujah teman aku tu hujah yang dangkal semata-mata untuk melindungi dirinya dari diketahui sebagai penyokong tegar Zaid dan anti azmin, Itu saja.


Dari WFAUZDIN NS

DAP bantah hasrat MCA beli firma judi, Tanjong

Posted: 09 Nov 2010 09:46 PM PST

Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke hari ini mempersoalkan rancangan badan pelaburan MCA - Huaren Holdings Sdn Bhd - untuk mendapatkan pegangan saham ke atas firma perjudian Tanjong PLC - syarikat perjudian ketiga terbesar di Malaysia selepas Berjaya Sports Toto dan Magnum.

"Pertama sekali, adakah benar mereka merancang untuk berbuat demikian? Jika betul, di mana autoriti moral MCA? Adakah ia (MCA) entititi perniagaan atau sebuah parti politik," soal Loke pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Beliau juga mempersoalkan tindakan MCA yang hanya berdiam diri rancangan Kementerian Kewangan sebelum ini yang bercadang meluluskan lesen judi sukan di negara ini.

"Adakah kerana mereka menyokong rancangan itu kerana mereka juga ada perancangan untuk melabur dalam perniagaan perjudian?" soalnya.

Menurut Loke lagi, terdapat konflik kepentingan apabila MCA diwakili oleh seorang timbalan menteri kewangan yang keputusannya memberi impak kepada industri perjudian.

"MCA masih adalah sebahagian daripada kerajaan. Meskipun mereka tidak berkuasa, tetapi mereka tetap sebahagian daripada kerajaan dan ini mungkin menyebabkan konflik kepentingan," katanya.

Loke berkata jika MCA meneruskan hasratnya untuk terbabit dengan industri perjudian, DAP akan terus menjaja isu berkenaan.


-malaysiakin

RM65 juta ubahsuai Sri Perdana untuk Rosmah?

Posted: 09 Nov 2010 09:43 PM PST

Peruntukan RM65 juta untuk mengubahsuai Sri Perdana di Putrajaya merupakan suatu pembaziran wang rakyat semata-mata untuk memenuhi citarasa kehidupan mewah pemimpin serta ahli keluarga mereka.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata kerajaan tidak peka dengan nasib dan penderitaan rakyat yang berpendapatan rendah tetapi terlalu gairah untuk melatih rakyat ke arah kehidupan mewah.

"Kos perbelanjaan keluar negara telah meningkat sebanyak 70 peratus dari 2008 hingga 2010.

"Rosmah, isteri Perdana Menteri pula mengisytiharkan diri beliau sebagai wanita pertama (First Lady) yang biasanya diberkan kepada isteri presiden supaya beliau mendapat hak sebagai VVIP.

'Rosmah pula memang terkenal dengan seorang yang boros berbelanja ketika di luar negara.

"Apakah peruntukan sehingga RM65 juta itu untuk memenuhi kehendak nafsu Rosmah yang suka kehidupan mewah," jelas Tian ketika di temui di lobi Parlimen hari ini.

Bajet tumpu hidup mewah

Menurut Tian, Bajet yang diumumkan Najib baru-baru ini juga lebih memberi tumpuan kepada kehidupan mewah.

"Bajet yang dibentangkan lalu pun seolah-olah ada pengaruh daripada Rosmah atau mahu rakyat menuruti cara hidup isteri beliau seperti pewangi berjenama luar negara dan pakaian-pakaian wanita.

Katanya, peruntukan sebanyak RM65 juta merupakan angka yang keterlaluan kerana wang tersebut boleh digunakan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di utara tanah air atau bantuan kepada pelajar-pelajar miskin di seluruh negara.

Semalam, Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar ketika membahaskan perkara tersebut berkata, peruntukan yang begitu tinggi itu amat tidak wajar hanya untuk mengubah suai kediaman Perdana Menteri yang masih dalam keadaan baik.

"Setiap kali belanjawan, ada peruntukan untuk ubah suai kediaman Perdana Menteri. Setiap kali tukar Perdana Menteri, berlaku pengubahsuaian. Apa yang rosak sebenarnya? Kita nak tahu apa yang memerlukan pengubahsuaian sampai memerlukan kos yang tinggi?," kata Mahfuz

Seri Perdana di Putrajaya mula dibina pada tahun 1997 dengan kos RM24 juta dan siap dua tahun kemudiannya. Bangunan ini diubah suai buat kali pertama pada tahun 2005.


-freemalaysiatoday

PKR Apa Dah Jadi?

Posted: 09 Nov 2010 09:18 PM PST

Orang kata... nak tau kebaikan sese'orang', tanya kawan dia. Jika nak tau pula tentang keburukan dia.... tanya musuh dia. Namun itu semua ialah pandangan seorang kawan dan seorang musuh. Yang si kawan akan cakap yang baik-baik, manakala... yang si musuh akan mencaci, mengeji dan menghina. Aaaahh... biasalah tu.

Tapi, apakah kita boleh pegang seratus peratus dengan apa yang kita dengar? Itu semua cakap-cakap orang saja.... sedangkan kita tidak mengenali atau mempunyai apa-apa experience apa-apa dengan 'orang' yang kita nak nilai itu. Atau mungkin juga, kita tak kenal dia secara personal atau dekat??

Kata orang juga.... tak kenal maka tak cinta. Untuk mengetahui dan menyelami hati budi serta perangai sebenar seseorang itu, kita kena mendampingi dia terlebih dulu. Lagi lama kita bergaul dengan dia... lagi masak kita tentang perangai dia yang sebenarnya. Lagi jelas kepada kita tentang hati budinya. Macam suami isteri... sebelum kahwin, banyak hipokritnya.... tetapi, apabila sudah duduk serumah dan tidur sebantal, baru kita tahu siapa dia yang sebenarnya...

Jadi... adilkah kita, sekiranya kita membuat sesuatu andaian atau penilaian tentang sese'orang' hanya semata-mata berdasarkan cakap-cakap kawan dan lawannya sahaja??

Rasanya... itu semua boleh kita jadikan panduan dan ingatan sahaja. Sebelum membuat sesuatu andaian, kita juga perlu teliti dalam membuat pemerhatian dan pengamatan. Jangan mudah terpengaruh dengan apa yang kita dengar. Guna akal yang Allah SWT anugerahkan kepada kita secara rasional. Ini dapat mengelakkan diri kita jadi manusia 'lalang' dan manusia yang mudah dipengaruhi dan mudah pula beralih 'qiblat'.

Kita mesti selalu beringat... yang manusia ini ada yang cerdik dan licik, ada yang jujur dan ikhlas dan ada yang lurus bendul dan senang kita nak 'baca'. Dan.... ada juga yang pakar dalam berpura-pura. Aha, pelakon professional.... Hati-hati!! Jangan kita terpedaya. Be strong.... Be wise.... Be observant... Be critical.... Be rasional...

Kini... Parti Keadilan Rakyat sedang menghadapi kemelut getir, ekoran proses pemilihan kepimpinan parti 2010 yang dibuat secara demokrasi melalui 'satu ahli satu undi'. Fuuhh... kecoh satu Malaya, Sabah dan Sarawak.

Pelbagai isu dimainkan sejak ia bermula. Isu 'Trojan Horse'nya... isu payung-memayungnya... isu kau geng siapa, aku geng siapa... isu kempennya.... isu ketelusan JPPnya... isu 'tangan ghaib'nya dan yang ternow ialah isu penipuan dalam proses pengundiannya.

Pun begitu.... ini semua adalah proses mematangkan PKR. Tetapi, dalam mengharungi proses pematangan ini.... jangan pulak PKR tersungkur!!

Namun yang pastinya, apa yang sedang berlaku dan apa yang telah dilakukan oleh pihak-pihak yang bertelagah, pasti ada sebab musabab serta tujuannya. Semua kata dan berasa yang tindak tanduk mereka adalah demi kebaikan dan kelansungan parti. Whatever ler....

Apa-apa pun.... sekarang UMNO/BN sedang bertepuk tangan dan bersorak kegembiraan melihatkan pergolakan yang berlaku. Itu yang mereka mahu. Sebenarnya, antara rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat, yang paling mereka geruni ialah PKR kerana ia parti yang bebas perkauman. Ada ciri kesepaduan kaum dalam PKR, yang sesuai dengan realiti kaum di Malaysia hari ini. PKR nampak lebih relevan dengan zaman dan keadaan.

PKR dengan gabungan DAP dan PAS, mampu merubah landskap politik negara. Inilah cabaran dan dugaan hebat yang perlu di atasi oleh UMNO/BN. Lantas.... kehadiran 'trojan horses' di dalam PKR tidak dapat disangkal. Pasti mereka telah menyusupmasukkan 'trojan horses' mereka ke dalam PKR secara licik sekali. Misi mereka.... lemah dan hancurkan PKR. Strategi mereka.... melalui serangan dari dalam dan luar.

Tapi.... siapa mereka?? Ada yang telah dikenal pasti. Ada juga yang sudah lari. Malah, ada yang sudah berambus pergi. Malangnya.... masih ada lagi. Itu sebab, PKR kena berhati-hati dan berwaspada. Cari dengan teliti..., kaji gerak geri dan tindak tanduk...., siasat dan perhati.... cari bukti dan pastikan.... dan bertindak dengan bijak. Bukan melatah, jangan menuding jari... Bertindak secara bijak dan rasional kerana keutuhan parti mesti diutamakan.

Apa-apa pun, semua pihak harus bermuhasabah diri. Kita tak mahu kecelaruan dalam PKR, menggangu-gugat kerjasama utuh dan kesepakatan Pakatan Rakyat. Siapa lagi yang rakyat nak harapkan untuk memulihkan keadaan pincang Malaysia, selain Pakatan Rakyat. Nak harapkan UMNO/BN??

Ermmm... toksah haraplah. 'Tangan-tangan' mereka bukan tangan yang membina tetapi tangan yang memusnahkan. Apa yang mereka sentuh atau pegang, pasti musnah... punah-ranah sesemuanya.

Jadi... kepada siapa lagi rakyat nak bersandarkan harapan, selain kepada Pakatan Rakyat. Itu satu-satulah harapan rakyat yang masih ada dan ber'nyawa'. Pleaaseee.... jangan musnahkan harapan tersebut.

Hello PKR..... rakyat masih berharap untuk melihat fajar baru menyingsing di bumi Malaysia.

REFORMASI!!! Apakah kamu semua sudah lupa janji reformasi kamu?? Apa kamu sudah lupa janji untuk memberi 'Harapan Baru untuk Malaysia'??

Kita manusia berpegang pada janji. Jangan sekali-kali hampakan orang dengan memungkiri janji manis kamu. Janji ialah amanah yang mesti.... sedaya upaya ditunaikan. Ingat tu.....

Kikis sifat merajuk ala UMNO

Posted: 09 Nov 2010 09:17 PM PST

Datuk Zaid Ibrahim perlu mengikis sifat merajuk 'ala UMNO' sekiranya ikhlas berjuang atas platform PKR.

Timbalan Pengerusi PKR Kedah, Wan Salleh Wan Isa berkata, tindakan Zaid menarik diri bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dan meletak semua jawatan dalam parti hanya disebabkan kecewa dengan kegagalan parti menangani manipulasi dalam pemilihannya adalah tidak tepat kerana proses itu lebih dianggap 'pemilihan keluarga' semata-mata.

Menurutnya, beliau mendapat maklumat daripada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang menjelaskan tiada seorang pun dalam kalangan pucuk pimpinan parti campur tangan dalam urusan pemilihan.

"Zaid harus faham, ini pertandingan keluarga, mengapa perlu heboh kepada media cakap ada orang manipulasi pemilihan parti, sedangkan beliau boleh membuat aduan kepada JPP atau pucuk kepimpinan tertinggi?

"Saya fikir Zaid tidak perlu rasa cemburu dengan calon pesaing jawatan Timbalan Presiden lain dan sekiranya benar-benar ikhlas berjuang untuk parti, tidak perlu meletak semua jawatan dan hebohkan masalah dalaman parti kepada media," katanya sewaktu dihubungi semalam.

Wan Salleh berkata, beliau secara peribadi tidak bersetuju dengan tindakan Zaid meletak semua jawatan dalam parti hanya disebabkan kecewa dan sebagai seorang pejuang, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu seharusnya menolak kepentingan peribadi berbanding parti.

Menurutnya, terdapat tiga faktor yang dirasakan menyumbang kepada kekurangan undi diperolehi Zaid dalam proses pemilihan setakat ini iaitu orang baru, keyakinan ahli PKR sendiri terhadap calon yang berkhidmat lebih lama dan faktor masa.

Misteri bagaimana pegawai PM ada harta RM200 juta

Posted: 09 Nov 2010 08:59 PM PST






(klik imej untuk membaca dengan jelas)

Mendapat maklumat dari seorang yang mendakwa 'orang dalam' JPM dengan memberikan dokumen dan fakta mengenai penyelewengan yang memungkinkan seorang pegawai kakan di Pejabat Perdana Menteri mengumpulkan kekayaan secara luar biasa.

Dokumen dan fakta tersebut melibatkan Setiausaha sulit kanan kepada Perdana Menteri iaitu. Dato' Zakiah Ibrahim.


Dato Zakiah atau pemberi maklumat menggelarnya ZAKAYA merupakan wanita yang mempunyai pengaruh besar di Pejabat Perdana Menteri. Tanyalah kepada sesiapa yang pernah berurusan dengan Pejabat Perdana Menteri mesti mengetahui gelagat dan peranan wanita ini.


Tidak menyukai publisiti, Zakiah dalam diam mengumpul harta bernilai RM200 juta dalam masa tidak sampai tiga tahun menguasai pejabat PM.


Zakiah adalah individu yang memuktamadkan siapa yang mendapat projek melalui direct nego atau restricted tender di Kementerian Kewangan.


Kuasanya melebihi kuasa datuk Seri Husni Hanazlah, Menteri Kewangan Kedua.


Menggunakan bilik yang betul-betul terletak di sebelah bilik PM, Zakiah membuat keputusan untuk menguasai dan menukar syarikat yang mendapat kontrak kerajaan samada untuk Ketua UMNO bahagian, kerabat diraja mahupun kroni-kroni beliau sendiri.


Beliau dalam masa yang singkat telah mengumpul kekayaan sebanyak RM200 juta dengan cara diam-diam melalui dua orang rakannya Dato Norida Hamzah, CEO Aero Tree Defence & Services Sdn Bhd dan seorang lagi Halim Othman, bekas petugas Sri Satria dan "Nominee Director" untuk Zakiah.


Modus Operandi Zakiah adalah dengan menukar proposal syarikat yang terpilih kepada syarikat Dato Norida dan Halim atau memanggil ketua bahagian UMNO atau Kerabat Diraja yang berjaya merebut tender untuk berkongsi kekayaan dengan beliau.


Satu lagi keistimewaan Zakiah adalah beliau boleh terus menghubungi menteri untuk "rundingan terus" dengan beliau supaya projek itu boleh dikongsi antaranya dan pihak menteri atau pegawai kanan kementerian tersebut.

Hari ini kami kemukakan dua bukti 2 syarikat milik Zakiah yang menggunakan kroni beliau dengan memaksa Bank Pembangunan dan Malaysia Debt Ventures Berhad memberikan pinjaman berjumlah hampir RM200 juta untuk projek bernilai RM20 juta.


(maklumat diperolehi dari orang sumber dalaman JPM yang tidak mahu dikenali, JPM atau individu yang dinyatakan di atas harus menafikan atau menerangkan kedudukan sebenar...satu masej twitter sudah dihantar kepada PM Malaysia untuk melihat respon beliau)

Tiada ulasan: