Jumaat, 5 November 2010

D'Perbatasan

D'Perbatasan


Rakyat Diseru Teruskan Perjuangan Demi Keadilan

Posted: 05 Nov 2010 06:23 AM PDT

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusannya sempena perayaan Deepavali yang diraikan masyarakat India beragama Hindu menyeru supaya rakyat terus berusaha untuk meraih kebaikan kerana untuk mendapatkannya adalah merupakan satu perjuangan suci.

"Perayaan Deepavali merupakan suatu perayaan bagi meraikan kemenangan kebaikan mengalahkan kejahatan, kemenangan keadilan menewaskan kezaliman.

"Sesungguhnya dengan amalan kebaikan maka hadirlah kemuliaan, sesungguhnya kejahatan itu menjelma apabila kita melupakan amalan kebaikan" - terjemahan dari bait yang terkandung dalam adikaram keempat Thirukural, adikarya penyair besar Tamil, Tiruvalluvar.

Karya tersebut katanya adalah sebuah karya yang sarat dengan tunjuk ajar kebaikan yang disampaikan dalam bentuk puisi.

"Gema dari bait-bait Thirukural kini semakin bermakna tatkala menjelangnya Deepavali," ujar Anwar dalam perutusan tersebut.

Bermaruahkah Kemenangan Umno-BN Di Galas Dan Batu Sapi?

Posted: 05 Nov 2010 06:19 AM PDT

Akhirnya BN diisytiharkan menang di Galas dan Batu Sapi. Di Galas BN merampas kerusi yang dimenangi oleh PAS tahun 2008 dulu. Manakala di Batu Sapi mereka mempertahankan kerusi yang mereka menangi tahun 2008 dahulu.

Maka tersenyumlah Najib dan Muhyiddin. Lebih penting lagi Rosmah tersengeh-sengeh. Tidak sia-sia Rosmah menggalas tugas suaminya merasmikan program besar negara. Tidak sia-sia beliau bertemu dengan pemimpin luar negara sebagai menggantikan suaminya. Tidak rugi beliau meminta peruntukan RM 111 juta untuk Permata Negara berbanding hanya RM 95 juta untuk SAR. Tidak ada kesan apa-apa menaikkan harga minyak petrol RM 0.05 sen beberapa hari yang lalu. Semuanya bahkan menaikkan undi BN lagi.

Muhyiddin pula dan BN, tidak segan-segan meratah jentera kerajaan sepuas-puasnya. Habis sekolah, dengan murid-muridnya, guru-guru, ibu bapa, polis, tentera, pegawai kesihatan, hospital dan pelabagai agensi dikerah bagi berkempen untuk UMNO. Dengan pelbagai janji manis dan peruntukan dari langit melimpah ruah jatuh ke Galas. Semuanya digunakan semaksimum mungkin tanpa rasa malu dan segan.

Hampir tergelak sekalian rakyat yang cerdik telatah SPR yang diperkudakan BN. Kalau PAS buat, semuanya ditohmah rasuah, walaupun ianya zakat. Tapi yang dibuat BN, depan mata dengan sogokan berjumlah RM 250, RM 100, RM 1000 dan pelbagai rasuah wang dianggap bersih. Kesian SPR yang masih hitam dari udara demokrasi.

Di Batu Sapi, apakah keburukan yang tidak dilemparkan oleh BN terhadap pembangkang khususnya Pakatan Rakyat? Naik jemu kita mendengar pujian melangit media terhadap kepemimpinan Perdana Menteri dan BN. Kononnya hanya BN layak perintah negara. Pembangkang pula - lembaplah, rasuahlah, tidak cekaplah, tidak peduli rakyatlah, tiada wawasanlah dan macam-macam lagi perkataan buruk dilemparkan.

galas-skSekiranya inilah trend kerajaan BN dalam berkempen yang tidak mempedulikan etika dan menjaga kebebasan media, maka sukarlah indeks kebebasan akhbar negara untuk meningkat. Labih jauh lagi, bagaimana Malaysia akan diiktiraf dunia sebagai negara yang mengamalkan demokrasi yang sebenar.

Apakah yang BN hendak dibanggakan dengan kemenangan ini. Mereka perlu bertanya diri mereka sendiri, bermaruahkah kemenangan ini dengan segala macam penyelewengan yang dilakukan secara terang-terangan? Berselindung disebalik jentera kerajaan untuk berdepan dengan jentera parti Pakatan Rakyat, adil dan beranikah BN?

Bagi Pakatan Rakyat, kekalahan ini memberi makna bahawa Galas dan Batu Sapi akan kembali dimenangi dalam Pilihanraya Umum akan datang sebagaimana terjadi di DUN Pengkalan Pasir, Kelantan dan DUN Ijok tahun 2008. Kerana Pilihanraya Kecil bukanlah ukuran kekuatan BN melainkan sebagai ukuran kekuatan jentera kerajaan yang menggempur Pakatan Rakyat!

Sabah Bukan Lagi 'Fixed Deposit" Umno-BN

Posted: 05 Nov 2010 06:18 AM PDT

Peningkatan jumlah undi dan sokongan pengundi muda kepada calon Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dalam Pilihan Raya Kecil Batu Sapi membuktikan Sabah bukan lagi 'fixed deposit' bagi Umno-Barisan Nasional.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata meskipun keputusan PRK memihak kepada Umno-BN, ia telah menyaksikan undi golongan muda kepada Pakatan Rakyat meningkat di kerusi tersebut.

"Walaupun Pakatan Rakyat berdepan dengan taktik kotor Umno-BN yang menyogok pengundi, penyalahgunaan jentera dan dana kerajaan serta serangan bertubi-tubi media arus perdana tetapi kita tetap mencatatkan keputusan yang memuaskan.

"Ia juga memperlihatkan peningkatan konsisten dalam 7 kemenangan Pakatan Rakyat dalam siri-siri Pilihanraya Kecil usai 2008 lagi.

"Tewas bukan bererti kita harus akur pada situasi semasa, hakikatnya ia menjadi satu ruang untuk kita memperkemaskan jentera dan juga mengenalpasti kekurangan yang perlu ditambah baik.

"Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah buat jentera Pilihan Raya yang begitu komited dan bertungkus-lumus bekerja tanpa mengenal penat lelah demi memastikan kemenangan calon-calon Pakatan Rakyat," ujar beliau dalam kenyataan medianya hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan tahniah buat para petugas KEADILAN khususnya dan Pakatan Rakyat amnya di Batu Sapi dan di Galas.

Menang Di Galas, Batu Sapi tidak semesti BN ‘KIAN KUAT’

Posted: 05 Nov 2010 06:08 AM PDT

Penganalisis politik Profesor A. Aziz Bari berpendapat walaupun Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan berganda pada pilihan raya kecil serentak semalam, tetapi ia bukan petanda pentadbiran Najib sudah kembali diterima rakyat sepenuhnya.

"Kenyataan ialah Barisan baru menang lima daripada 13 pilihan raya kecil yang diadakan sejak Ogos 2008.

"Jika Barisan benar-benar kuat, ia sepatutnya menang di kesemua 13 pilihan raya yang telah diadakan dan tidak di kawasan pedalaman sahaja," kata penganalisis politik dari Universiti Islam Antarabangsa ini kepada The Malaysian Insider.

Oleh itu kata beliau, kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi bukan satu aras tanda perikatan itu kian kuat.

"Tiada yang hebat dalam kemenangan di Batu Sapi dan Galas ini.

"Kedua-dua kerusi ini adalah kerusi mereka, sebagaimana di Batang Ai, Bagan Pinang dan Hulu Selangor," ujar beliau lagi.

Pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BN tidak harus mengambil mudah dengan kemenangannya pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan DUN Galas, sebaliknya perlu terus berusaha memastikan kejayaan serupa dicapai pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Muhyiddin berkata, walaupun kejayaan itu menampakkan adanya perubahan baik dan harapan kepada BN menjelang pilihan raya umum ke-13 kelak, tetapi ia tidak boleh diambil mudah.

"Kita tidak boleh ukur kemenangan di Galas dan Batu Sapi. Walaupun ada perubahan besar, perubahan yang baik, tetapi BN tidak boleh ambil sikap mudah dengan perubahan dan kejayaan ini kerana kita masih ada banyak kerja yang perlu dibuat," katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 setelah memperoleh kemenangan berganda semalam.

BN merampas kembali kerusi DUN Galas di Kelantan dengan majoriti undi 1,190 selain mengekal kerusinya di Parlimen Batu Sapi, Sabah dengan majoriti besar iaitu 6,369 undi.

Bagaimanapun A. Aziz (gambar) mengakui kemenangan Umno sepatutnya memberi isyarat penting kepada kerajaan Kelantan yang diterajui PAS sejak lebih 20 tahun lalu.

"Satu signal yang penting untuk pentadbiran negeri Kelantan.

"Jangan terlalu selesa walaupun telah melepasi tempoh 20 tahun memegang kuasa," kata beliau.

Jelas beliau, Umno yang dikatakan kuat itu masih tidak bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil seterusnya.

"Kita tengok apakah Barisan bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil di (Parlimen) Batu atau dua kerusi DUN di Kedah.

"Kita tahu Barisan terkial-kial untuk mengelak pilihan raya kecil di situ," katanya.

"Malangnya ini disahkan oleh mahkamah. Walaupun kita tidak mengatakan mahkamah bersekongkol tetapi sebagaimana dalam kes-kes lain keputusan memihak kepada Barisan meskipun di sisi undang-undang ia sukar dipertahankan," ujarnya.

Sambil tidak menolak bahawa terdapat beberapa kelemahan pada perjenteraan PAS, A. Aziz yang juga pakar perlembagaan berkata, kemenangan BN kali ini seakan disebabkan salah guna jentera kerajaan pusat sendiri.

"Pada PRU (pilihan raya umum) tidak mudah untuk Barisan (Nasional) menggunakan agensi kerajaan seperti JHEOA umpamanya," ujarnya.

Bercakap soal trend pengundian yang di luar jangkaan semua pihak, beliau mempunyai pandangan tersendiri.

"Dan, mungkin pengundi sengaja tidak mahu memprovokasi Barisan kerana kalau ia tewas kemungkinan ia jadi lebih 'ganas', itu memang ada dan agensi seperti SPR dan polis akan lebih berat sebelah," dakwa beliau.

Disebabkan itu, beliau berkata kedua-dua pilihan raya kali ini tidaklah memberi impak berantai pada landskap politik Malaysia.

"Dalam konteks Malaysia pilihan raya kecil adalah sesuatu yang sepatutnya dimenangi oleh BN yang turut dibantu oleh SPR dan sistem yang tidak adil.

"Ini tidak semestinya memberi gambaran positif bagi pilihan raya kecil.

"Dalam pilihan raya kecil ini tidak ada perubahan, siapa pun menang kerajaan negeri dan pusat tetap sama," tambah beliau.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Fadhil Osman mengemukakan persoalan "apakah yang BN hendak dibanggakan dengan kemenangan ini."

"Mereka perlu bertanya diri mereka sendiri, bermaruahkah kemenangan ini dengan segala macam penyelewengan yang dilakukan secara terang-terangan?

"Berselindung di sebalik jentera kerajaan untuk berdepan dengan jentera parti Pakatan Rakyat, adil dan beranikah BN?" kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Kata beliau, bagi Pakatan Rakyat, kekalahan semalam memberi makna bahawa Galas dan Batu Sapi bakal kembali dimenangi dalam pilihan raya umum akan datang sebagaimana terjadi di DUN Pengkalan Pasir, Kelantan dan DUN Ijok dua tahun lalu.

"Kerana pilihan raya kecil bukanlah ukuran kekuatan BN melainkan sebagai ukuran kekuatan jentera kerajaan yang menggempur Pakatan Rakyat," katanya lagi.



Dari malaysian Insider

ORANG YANG BAIK BERKURANGAN SEDANG YANG JAHAT BERTAMBAH BANYAK

Posted: 05 Nov 2010 02:22 AM PDT

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik".

Keterangan

Di antara tanda-tanda qiamat ialah:

1. Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar.

2. Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk membuat kejahatan sangat banyak.

3. Orang yang berbuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya.

4. Bila anak-anak merupakan punca kemarahan orang tuanya.

5. Anak-anak sudah berani melawan orang tuanya.

6. Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang yang baik dan tidak segan terhadap mereka.

7. Apabila maksiat semakin banyak berlaku. Lebih memilukan lagi apabila anak sudah berani menipu ibu bapa (anak kelihatan baik dihadapan orang tua, tetapi sebaliknya dibelakang)

8. Semakin banyak perpecahan/ perbalahan sesama umat islam.

9. Semakin ramai manusia yang berlagak sombong, angkuh, biadab (terhadap orang yang lebih tua)

Nampaknya corak masyarakat kita pada hari ini tidak banyak bezanya dari apa yang disebutkan oleh Rasulullah saw. Setiap hari kita melihat kebenaran daripada apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw.
Kita berdoa, mudah-mudahan Allah swt. menyelamatkan kita dan anak cucu kita dari tergolong di kalangan mereka yang disebutkan tadi.

Apa yang kita lihat sekarang, semakin ramai anak muda yang berlaku sumbang, biadab, sombong dan angkuh. Sekiranya ditegur, mereka tidak menerima dengan hati terbuka. Walhal sudah terbukti, bahawa dirinya bersalah.Malah lebih buruk apabila ada yang tidak dapat menerima, lebih suka menyalahkan orang lain yang menegur. Sesama Islam sudah menyebut, sekiranya anak adam itu melakukan kesilapan, maka hendaklah ditegur. Sebagai umat Islam, kita berhak untuk menyampaikan ilmu, dan menegur dengan cara berhemah.

Ingatlah wahai anak Adam, hidup di dunia hanya sementara. Yang kekal abadi hanya di sana. Seandainya sikap kita sebelum ini kurang baik, maka perbaikilah. Sekiranya masih ada sisa-sisa bongkak, angkuh, sombong, berlagak dan hanya tahu menunjuk pandai, maka ubahlah.....Perlu kita sedari, kadangkala Allah hanya ingin menguji kita, umat Manusia.Diberikan kekayaan/ harta (kereta, rumah, kerja dsb) bukan untuk menunjukkan kemegahan. Bukan untuk menunjukkan keangkuhan. Bukan untuk membalas dendam.

Tetapi untuk menduga kita. Mempastikan kita, bahawa kita sebagai manusia adakah dari kalangan yang bersyukur? Bukan mudah untuk mengaku salah....Bukan payah untuk menuding jari ke arah insan lain.Dan disebabkan sikap sombong dan berlagak kita, pelbagai bala dan ancaman telah Allah turunkan.Kadangkala, kita terlupa/ lalai...Kita tertanya mengapa ramai orang tidak menyukai kita? Kenapa setiap kali memulakan perkenalan, seringkali terjadi pertelingkahan? Kita diberi akal untuk berfikir, kita diberi hati untuk merasai, kita diberi rasa untuk merasai....Tidak pernahkah kita fikirkan?

Mungkin kerana sikap kita yang kurang disenangi oleh teman-teman.Mungkin tabiat buruk kita menjadi kebencian setiap mata memandang....Selagi kita diberi Allah segala kebaikkan, pergunailah...Jangan hanya tahu mengatakan diri kita sebagai insan yang matang, tetapi hakikinya kita lebih kerdil dari orang yang tidak langsung punyai akal.

Kadangkala melalui pengalaman lalau menjadikan kita lebih berhati-hati dalam melalui hidup ini.Kadangkala pengalaman itu menjadikan kita lebih muhasabah diri.Tetapi sebaliknya. Pengalaman lalu banyak kita gunakan untuk kita lebih bersikap angkuh, biadab, sombong sehinggakan sanggup menyinggung perasaan dan kredibiliti orang lain.Pernahkan kita perasan tentang itu?

Satu hari Allah beri kita 24 jam. Setiap yang ada dimuka bumi hidup berpasang-pasangan.Ada siang, ada malam. Ada pagi, ada petang, ada isteri, ada suami....begitu juga kita.Selagi kita tidak mengubah corak kehidupan dan pesona diri kita dari perkara - perkara yang keji, selagi itulah Allah telah berjanji, sesiapa yang baik, pasti bertemu jodoh yang baik. Sesiapa yang sebaliknya, begitulah hakikatnya.

Mungkin pada pandangan mata kita, dia lelaki / perempuan terbaik. Ingatlah kita, selagi kita belum sebenar-benarnya menginsafi diri. Sesekali kita cuba renung, di mana salah dan silap kita. Sesekali cuba kita fikirkan kebaikan seseorang terhadap kita. Sesekali cuba kita renung, masa lampau kita...Nescaya kita akan menangis apabila mengenang semua itu. Tetapi kita angkuh, kita sombong, kita tidak mahu menoleh walaupun sesaat masa lampau yang sebenarnya banyak memberi pengajaran pada kita.

Untuk menjadi baik, berkawanlah dengan orang- orang yang baik. Belajarlah dari kesilapan lalu. Jangan asyik mengikut kata hati dan kedegilan diri sendiri.Dengan orang lebih tua, kita besikap kurang ajar, kita biadap apabila menerima sebarang nasihat. Apakah salahnya kita mendengar?

Bukankah itu satu ilmu. Ilmu yang mampu memantapkan diri kita. Apa yang berlaku sebaliknya. Apabila kita ditegur, kita mendongak angkuh, menyimpan dendam di dalam hati, tidak menerima teguran sebagai ilmu yang membina. Malah menunjukkan kemarahan dengan pelbagai cara.Tidakkah kita rasa bersalah? Tidakkah kita rasa berdosa?Tidakkah kita terfikir, segala perbuatan kita dilihat oleh Allah? Di catat segala amal kebaikannya/ keburukannya? Tidakkah kita merenung sejenak, apa yang kita lakukan itu, pasti Allah membalas secara tunai di muka bumi ini. Mungkin suatu hari nanti, kita diperlakukan sedemikian rupa oleh suami, isteri, teman yang kita sayangi.

Ingatlah...doa orang yang teraniaya amat mustajab. Tidakkah kita takut? Dan hari ini cuba kita lihat, berapa banyak telah Allah turunkan bala? Mungkin kita bergaduh sesama rakan dipejabat. Mugkin kita bergaduh bersama suami/isteri dan lebih buruk apabila kita bergaduh sesama ahli keluarga. Jadi, sekiranya anda semua membaca petikan ini, anggaplah ia sebagai ilmu yang perlu disampaikan kepada kita sesama Islam. Jangan biarkan Islam dijajah.Sepertimana kita telah lihat. Segala-galanya telah dijajah dan kita merelakannya. Semakin banyak maksiat berlaku, semakin banyak anak remaja yang biadab, angkuh, sombong walaupun baru mendapat sedikit kesenagan yang telah Allah berikan, bukankah itu sikap golongan penjajah? Lebih ramai lagi bangsa lain di luar sana yang bersikap mulia dari kelakuan kita. Tidakkah kita malu atau segan?

Sekiranya kita diantara golongan yang masih berpegang pada ajaran Islam, ingatlah setiap perkara yang buruk, pasti akan mendapat balasan.

Sekiranya kita sentiasa redha dan berserah pada Allah dan sentiasa menunaikan kewajipan, di situlah Allah beri keberkatan.

Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kejahilan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah,Wassalamualaikum warahmatullah

D'PERBATASAN

Why must a Pasti kindergarten be demolished?

Posted: 05 Nov 2010 01:25 AM PDT

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.

Reflection
ABUNDANCE
1. Lo! We have given thee Abundance;
2. So pray unto thy Lord, and sacrifice.
3. Lo! It is thy insulter (and not thou) who is without posterity. (Surah 108, Al-Kauthar)

***

IN my article posted earlier entitled 'Melaka Maju': The magic is gone' I mentioned my concern that Malays/Muslims were being 'chased' out of their lands.

In the name of development, some Malays/Muslims were sidelined, they were told to vacate their lands and surrender their properties, paving the way for projects that benefitted those in power and a chosen few.

An Islamic kindergarten run by PAS (Pasti) named Pasti Jaya Insan in Bukit Katil, some ten kilometres from Melaka city is next in line to be demolished; thanks to Melaka's state leaders, the majority of them from Umno, for their 'kindness' and 'far sighted views'.

On the ground of the Pasti Jaya Insan building that also houses PAS operations room, would be built a new road connecting busy Jalan Bukit Katil to a nearby housing estate.

Bukit Katil PAS Information Chief, Yusuf Wahab, said his side had received letters from the State Government asking them to sign an agreement, paving way for the demolition of the Pasti building and the construction of the new road.

It was said that the Umno-BN led state government would used force to acquire the land by banking on 'Akta Pengambilan Tanah 1960' (Appropriation Land Act 1960).

In his effort to stop the demolition of Pasti Jaya Insan, Yusuf, better known as Cikgu Yusuf and his team have sought out and worked on many avenues such as distributing hundreds of cards to residents including greeting cards during the last Eid (Aidilfitri).

Their latest effort was in organizing a Pakatan Rakyat demonstration on the grounds of the Pasti after Friday prayers on 22nd October that attracted some 500 supporters and sympathizers.

In his greeting cards, Cikgu Yusuf among others wrote: "This (demolition of the Pasti building) is unjust and cruel actions of the Barisan Nasional (BN) government upon the people especially children as their place of learning would be torn down. Let us show our sympathy and be united and work together to defend and protect this Pasti."

Cikgu Yusuf when met by writer said; acquisition of the land was the latest strategy of the Umno-led state government to pull down the PAS- owned building which houses its kindergarten and operations room.

"Prior to this, they did they carried out all sort of tactics including summoning the Pasti's administrators to court, accusing teachers of preaching Islamic knowledge without permit from the Islamic religious council. But the cases are still pending, thus those in power have lost their patience in seeing that the Pasti's activities ceased," says the former Melaka PAS Information Chief.

Cikgu Yusuf said the Pasti Jaya Insan building is more than 50 meters from the main road and during peek hours such as the morning rush, it would in no way obstruct traffic flow.

He said building a new road from Jalan Bukit Katil to the new housing estate via the Pasti grounds was not an urgent matter as there are already a few alternative roads for residents there.

"If they really felt bad and had to build the new road, why not choose other routes. In fact they could build the new road beginning from the intersection of Jalan Bukit Bayan-Jalan Bukit Katil, thus upgrading the three-forked intersection into a four-forked one. But why must they choose the Pasti ground that is more than 300 meters from the intersection?" asks Cikgu Yusuf.

He claimed that the original site for the new road planned by the authorities did not run through the Pasti grounds but interference by top state Umno leaders victimized the PAS kindergarten just to satisfy their thirst for power.

He also said that there were several other Pasti buildings in the state slapped with demolition orders by the city council, including those accused of not having Certificate of Fitness (CF).

Melaka PAS State Chief, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman who spearheaded the Pakatan Rakyat demonstration on the site, said they protested the acquisition of the Pasti land not because they were against development such as building new roads and setting new housing estates, but the state government must be fair and just to all 'rakyat' – irrespective of their political beliefs.

He said every decision made must not be based on narrow minded political views for the benefit of the chosen few or the leaders themselves.

"PAS do not go against development but leaders must be fair to all. Our country is on the brink of collapsing because cronyism is flourishing, corrupt leaders are still being elected because the practice of cronyism. I do hope the people who have power to elect leaders through elections; wll get rid of these leaders who are very afraid of loosing power.

"Whatever their reasons (tearing down the Pasti building), we do not agree and we will fight to the end because their action is an act of cruelty to their political rivals with the misuse of government machinery in getting their dirty agenda fulfilled," says Ustaz Abdul Ghani.

Melaka DAP Chairman, Goh Leong San, said Pakatan Rakyat would defend the peoples' right and would go against directives from the state government led by Chief Minister, Mohd Ali Rustam who had make a mock on democracy.

"We hope the people would be united and I will raise the matter in the next seating of the State Assembly," said Goh who is assemblyman for Kesidang.

State KeADILan Youth Chief, Hairiz Nordin, regretted there was no discussion between the two sides and he was in the opinion that Umno-BN leaders were afraid of the growing support for PAS and Pakatan Rakyat especially from the younger generation, so they ordered the Pasti building to be demolished.

He said Pakatan Rakyat would make the rakyat know about the development and fight till end over this issue because Pasti has for decades been providing quality education especially on Islamic knowledge to children at a very young age.



Dari Lanh14

Kenapa Tengku Razaleigh Berterima Kasih Kepada Pas?

Posted: 05 Nov 2010 01:15 AM PDT

NAMPAKNYA para pemerhati politik dan bloger yang bersimpati dengan Pas masih terus meracau dan mencari sebab musaba kenapa Pas tewas parah di Galas. Dengan menolak takdir itu juga disebabkan perbuatan manusia juga wajar kalau mereka mencari di manakah kesilapan Pas. Usah dilihat kepada kekekutan BN tetapi cubalah menyelami kesalahan diri sendiri. Tragedi yang berlaku itu adalah kombinasi antara kelemahan diri dengan kekuatan musuh.

Jadilah manusia yang bersikap tasamuh.

Ada macam-macam yang digali dan diselidiki. Kerana kurang berhati-hati dan mungkin juga kerana diulik perasaan dengki dan marah, maka dicakar kepada orang-orang tertentu. Segala penyakit lama dikait dan dihimpunkkan dan dicampakkan di Galas untuk membusukkan orang-orang tertentu. Janganlah begitu, tidak baik.

Tuhan memesankan kepada kita, supaya berikhtiar kemudian bertakwa. Berbaik sangkalah kamu sesama kamu dan diminta bertasbeh dan bersyukur. Saya yakin kalau mereka yang berminat nak mencari di mana sebab musbaab atau suis kekalahan Pas ia akan ditemui.

Carilah... bagi saya, seperti saya katakan saya membuat ulasan dan meletakkan kesalahan kepada apa yang dapat dilihat, dapat dirasa dan dihayati sendiri. Yang kita tahu. Sedikit-sedikit didengar. Kandatipun ada lagi sebab-sebab ghaib yang sukar untuk dihuraikan. Bukan sukar kalau dihuraikan tetapi untuk tidak menimbulkan masalah kerana ia menyentuh soal hidup dan aspirasi politik orang lain, elak tangguhkan dulu.

Marilah kita sama-sama mencari dan menggalinya tanpa 'melesetkan' (melumurkan) kepada sesiapa. Sekiranya kita menemui suis dan rahsia itu, apakah ianya wajar atau sebaliknya sama-sama kita fikirkan? Apakah strategi itu silap dan dianggap memakan diri sendiri? Politik adalah penyelesaian masalah ummah dan bukannya penimbul masalah kepada ummah. Tidak ada ertinya politik kalau ia boleh menyusah dan memperpanjangkan masalah ummah.

Saya yakin apa jua tindakan baik di sebelah kiri atau kanan tujuannya sama untuk menyelesaikan masalah ummah. Apa juga strategi diambil untuk kemenangan Pas. Dalam konteks Galas untuk kemenangan rakyat. Adalah celaka ahli politik yang berstrategi dengan niat kalau untuk menjahamkan negeri dan menyusahkan rakyat. Pemimpin yang sedemikian sejahat-jahat pemimpin wajar disalit di pohon balak.

Jadi kepada pencari jawaban kepada kekalahan Pas hendaklah bertenang dan menbeleknya dengan baik. Jangan berprangsangka, apa lagi kalau cuba menarik kambing-kambing putih untuk dijadikan kambing hitam bagi menjustifikasi kekalahan itu. Ini bukan masanya untuk melakukan korban, ingat kepada kenduri di hapan masih besar dan memerlukan pengorbanan dan bukan melakukan korban.

Sekiranya apa yang saya ketahui ini jawaban kepada persoalan itu, atau menjadi punca kepada kekalahan itu maka bolehlah didedahkan agar tidak menimbulkan ruang fitnah kepada orang lain dan demi menyelamatkan orang lain juga tidak tersalut dengan darah merah fitnah. Pendedahan itu rasanya tidak elak di ruang terbuka. Sesiapa berminat bolehlah bertemu secara peribadi bukan saja demi mengetahuinya tetapi mengkaji sejauh manakah kebijaksanaan atas strategi itu.

Tengku Razaleigh Hamzah ketika mengulas kemenangan bergaya UBN itu mengucap terima kasih kepada Pas? Kenapa?

Bagi yang bijak pandai mendengar kenyataan dan ulasan itu sudah dapat mengintai di mana duduk perkara sebenarnya. Ini mesti ada sesuatu yang perlu dihurai dan ditafsirkan berpandukan pelbagai lembaga dan kitab politik?




Dari mso

Batu Sapi dan Galas milik BN, Petanda pilihan raya umum awal

Posted: 05 Nov 2010 01:01 AM PDT

Barisan Nasional berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri Galas di Kelantan dan mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah.

Di Batu Sapi, keputusan rasmi Datin Linda Tsen dari PBS menang dengan majoriti 6,359 manakala Ab Aziz Yusoff memenangi Galas dengan majoriti 1,190 undi.

Kemenangan BN ini, susulan ganjaran-ganjaran kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak melalui belanjawan dan pelbagai tindakan untuk memenangi hati pengundi bukan Melayu menguatkan jangkaan pilihan raya yang lebih awal.

Blog-blog dan pemerhati pro-BN mendakwa BN telah memenangi semula undi bukan Melayu di Galas, sesuatu yang telah diusahakan sejak perubahan besar sokongan pengundi bukan Melayu kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-12.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media di Batu Sapi mendakwa kemenangan di Sabah itu sebagai satu sokongan kepada gagasan 1 Malaysia perdana menteri.

Pada masa sama, kemenangan ini juga menguatkan lagi kedudukan Tengku Razaleigh Hamzah yang sebelum ini dilihat terpinggir daripada Umno. Razaleigh menjadi faktor kekuatan Umno dalam pilihan raya kecil ini.

Kemenangan Umno di negeri kubu kuat PAS ini walau bagaimanapun tidak menjejaskan kerajaan negeri PAS.

Kemanangan kedua-dua pilihan raya kecil ini memberi kesan positif yang besar kepada Umno dan Barisan Nasional, kerana mengalahkan dua parti PR iaitu PAS di Kelantan dan PKR di Sabah.

PRK Galas, Batu Sapi bukti Pakatan teguh

Posted: 05 Nov 2010 12:44 AM PDT

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi telah membuktikan kepada rakyat keteguhan Pakatan Rakyat dalam berhadapan dengan usaha musuh hendak memecahbelahkan Pakatan.

"Kekalahan bukan bermakna perjuangan kita suatu yang tidak benar, sebaliknya lawan kita menguasai segala jentera kerajaan dan berjaya memanipulasi keadaan sehingga mereka beroleh kemenangan.

"Walaupun kita menghadapi kekalahan di kedua kerusi ini, namun ia tidak mematahkan semangat untuk terus berjuang menentang kebatilan BN di masa hadapan," ujar Presiden PAS itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikut kenyataan beliau.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua jentera PAS di semua peringkat, ahli-ahli yang membantu daripada segi tenaga dan wang ringgit dalam menghadapi pilihan raya kecil Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi.

Begitu juga dengan jentera Pakatan Rakyat, DAP dan PKR yang tidak penat membantu dalam keadaan kita berhadapan serangan dahsyat jentera lawan.

Walaupun kita menghadapi kekalahan di kedua kerusi ini, namun ia tidak mematahkan semangat untuk terus berjuang menentang kebatilan BN di masa hadapan.

Apapun pilihan raya ini telah membuktikan kepada rakyat keteguhan Pakatan Rakyat dalam berhadapan dengan usaha musuh hendak memecahbelahkan Pakatan.

Kekalahan bukan bermakna perjuangan kita suatu yang tidak benar, sebaliknya lawan kita menguasai segala jentera kerajaan dan berjaya memanipulasi keadaan sehingga mereka beroleh kemenangan.

Namun kita tidak menolak untuk mengkaji segala kelemahan di pihak kita yang perlu diberi perhatian. Semoga ia akan menjadi lonjakan kepada kita bagi berhadapan dengan pilihan raya lebih besar tidak lama lagi.

Sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh jentera PAS dan Pakatan Rakyat, para penyumbang wang ringgit dan tenaga, pengundi-pengundi yang setia mengundi Pakatan, semoga usaha tuan-tuan akan diberkati Allah SWT.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,

Presiden PAS.

Menyanggah Tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Posted: 05 Nov 2010 12:31 AM PDT

KENYATAAN MEDIA

Menyanggah Tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abidin

1. Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BIPPA), PKR, ingin menyatakan bahawa serangan-serangan peribadi pelbagai bentuk dan pendekatan terhadap DSAI bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Hal ini berlaku kerana beliau dilihat sebagai pemimpin yang berupaya membawa perubahan ke atas sistem pemerintahan negara. Mereka yang mahu mempertahankan status quo akan menggunakan pelbagai kaedah tidak bermoral semata-mata mahu menjejaskan kredibiliti beliau.

2. Adalah jelas bahawa DSAI mempunyai kewibawaan dan keupayaan membina muafakat politik nasional dengan pewujudan gagasan Pakatan Rakyat sebagai alternatif kepada Barisan Nasional yang dilihat semakin hilang relavansinya dalam realiti politik negara masa kini.

3. Keberkesanan kepemimpinan seseorang itu tidak boleh diukur dari segi usia semata-mata. Hakikatnya kepemimpinan itu hendaklah dilihat dari segi karisma, amanah, keberanian, kegigihan dalam perjuangan menegakkan keadilan, kebenaran dan kesejahteraan rakyat, mengenepikan kepentingan peribadi dan keluarga, kesediaan berkorban, memiliki kebijaksanaan (hikmah) dan ketahanan fizikal. Inilah antara sifat yang dimiliki dan dihayati oleh DSAI sebagai pemimpin yang diiktiraf dan dihormati oleh kawan dan lawan dalam dan luar negara.

4. Komitmen DSAI ketika diberi peluang memimpin negara adalah terbukti dengan rekod kecermelangan. Kepemimpinannya terserlah dan diterima dalam dan luar negara sejak awal 1970an. Beliau istiqamah (consistent) justeru kepemimpinannya untuk memimpin rakyat dan negara terutama disaat negara sedang mengalami krisis kepercayaan tetap diperlukan. Persoalannya sekarang: Kenapa beliau diminta berundur?

5. Pada hemat BIPPA yang patut berundur ialah kepimpinan negara sekarang yang telah terbukti tidak berupaya mengangkat martabat rakyat dan negara dengan kemiskinan rakyat yang masih berleluasa di Sabah, Sarawak dan Semenanjung, masalah rasuah yang semakin membarah, keruntuhan moral (akhlak) dan pelbagai penyakit sosial yang semakin kronik, penyalahgunaan kuasa yang berwewenang, hutang negara yang semakin bertambah, track rekod kerendahan moral dan akhlak yang diketahui umum, terjejasnya imej negara di peringkat antarabangsa dan ketakutan pelabur-pelabur asing melabur di Malaysia.

6. Seruan Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada hakikatnya adalah manifestasi suara ketakutan pimpinan negara terhadap fenomena kebangkitan rakyat.

7. Akhirnya, sebagai seorang ilmuan Muslim sewajarnya beliau patut lebih berhati-hati dalam memberi pandangan supaya tidak menjejaskan kredibiliti dan kewibawaannya sehingga menyebabkan audien hilang hormat.


Dr Muhammad Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BiPPA), PKR
4 hb Oktober, 2010

DAP fail saman terhadap BH dan KM Melaka

Posted: 04 Nov 2010 09:22 PM PDT

DAP mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Berita Harian dan Ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rustam berhubung kenyataan "Umno kafir" walaupun akhbar harian itu membuat pembetulan semalam.

Penasihat parti, Lim Kit Siang yang tidak berpuas hati dengan pengakuan akhbar itu memberitahu para pemberita di sini bahawa "pembetulan" tidak bermakna "permohonan maaf" tetapi hanya memburukkan lagi keadaan.

Ahli Parlimen Ipoh Timor itu berkata, partinya akan memfailkan saman malu terhadap kedua-dua pihak itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari Isnin ini.

Akhbar berkaitan Umno itu memetik Mohd Ali berkata Lim menyebut Umno "kafir" Selalu lalu, hingga menimbulkan kemarahan di kalangan ahli parti pembangkang.

Bagaimanapun, akhbar itu memuatkan satu perenggan pembetulan pada muka surat 8 semalam dan menegaskan bahawa laporan itu, yang memetik kata-kata Ketua Umno Melaka itu, bahawa "DAP semakin berani mencampuri urusan agama Islam" bukan merujuk kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang."

"Kesilapan dikesali." Itu sahaja yang disebut dan tidak ada penyataan memohon maaf atau penyataan ditarik balik dibuat.

Lim merasa hairan dan tidak masuk akal apabila "pembetulan" itu boleh digunakan sebagai pembelaan, alasan atau untuk menjustifikasikan laporan yang salah, menghina, tidak bertanggungjawab, bersifat hasutan dan menjatuhkan maruah.

Menurut Lim, Pengerusi DAP dan juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor akan bertindak sebagai peguambela.

Apabila disoal sama ada beliau mendapatkan penjelasan daripada Mohd Ali berhubung hal ini, Lim menjawab, "tidak perlu. Selain itu, beliau (Mohd Ali) mendiamkan diri sejak 48 jam yang lalu."

Tiada ulasan: