Ahad, 14 November 2010

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Larang media bohong dan fitnah- Mahfuz

Posted: 14 Nov 2010 03:38 PM PST

Mohd Shubihi Muhamad Zain
ALOR SETAR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempertahan tindakan kerajaan Kedah tidak membenarkan beberapa media Umno membuat liputan perjalanan Sidang Bajet 2011 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang bermula hari ini.

Menurutnya, tindakan tersebut bukan bermakna kerajaan negeri tidak mendokong kebebasan media namun sebagai pengajaran kepada mereka yang melakukan pembohongan dan fitnah terhadap kerajaan negeri seperti yang terjadi dalam isu banjir baru-baru ini.

"Media arus perdana ini sudah menyalahgunakan kebebasan mereka melakukan pembohongan dan fitnah atas nama kebebasan, yang kita nak adalah media yang melaporkan apa yang betul, adil, tidak menyebelahi mana-mana pihak dan tidak ada tujuan politik disebaliknya.

"Kebebasan media tidak mengizinkan pembohongan, kebebasan media juga tidak mengizinkan fitnah, adalah wajar kerajaan negeri mengambil tindakan sedemikian terhadap media yang tidak faham apa erti kebebasan media dan media menyalahgunakan kebebasan itu," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Ketika ditanya media berkaitan usul untuk membenarkan media-media terlibat membuat liputan sidang belanjawan itu oleh Adun-adun Barisan Nasional, beliau berkata, mereka berhak berbuat demikian mengikut peruntukkan sistem demokrasi yang diamalkan kerajaan negeri itu.

"Terpulang kepada mereka kerana itu adalah hak mereka, dan terpulang pula kepada Speaker untuk menentukan samada menerima atau menolak usul itu kerana dia merupakan orang yang berkuasa ke atas perjalanan sidang dewan itu," katanya.

Beliau mengulas beberapa organisasi media, dilarang memasuki DUN Kedah bagi membuat liputan sesi belanjawannya yang bermula pagi ini.

Menurut Muhamad Helmi Mohamad Khalid, setiausaha akhbar kepada menteri besar, larangan itu dibuat ekoran laporan negatif media terhadap banjir yang melanda negeri itu baru-baru ini.

Hanya pemberita daripada The Star, Harakah, Sinar Harian, Makkal Osai, Malaysian Namban, Sin Chew, Kwong Wah, China Press, Nanyang Siang Pau, Guang Ming dan agensi berita Bernama dibenarkan membuat liputan untuk perbahasan belanjawan selama tiga hari itu.

Halang media: Kenapa Perak tidak jadi isu?

Posted: 14 Nov 2010 03:32 PM PST

Harakahdaily

IPOH: Tindakan kerajaan Kedah tidak membenarkan beberapa media Umno membuat liputan perjalanan Sidang Bajet 2011 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang bermula hari ini terus menerima sokongan.

Sambil menyokong, Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim turut mempersoal kenapa isu itu diperbesarkan, sedangkan kerajaan BN Perak turut melakukan perkara sama kepada media alternatif.

"Kenapa heboh media pro BN tidak boleh masuk sidang DUN Kedah sedangkan di Perak media dan blogger pro PR sudah lama dihalang masuk dewan," soalnya.

Beliau berkata demikian sebagai membandingkan tindakan BN Perak di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang turut menghalang media pro Pakatan Rakyat membuat liputan beberapa sidang DUN sebelum ini.

"Sesekali selayaknya kita boleh cakap padan muka...," katanya sinis.

Beliau mengulas beberapa organisasi media, dilarang memasuki DUN Kedah bagi membuat liputan sesi belanjawannya yang bermula pagi ini.

Menurut Muhamad Helmi Mohamad Khalid, setiausaha akhbar kepada menteri besar, larangan itu dibuat ekoran laporan negatif media terhadap banjir yang melanda negeri itu baru-baru ini.

Hanya pemberita daripada The Star, Harakah, Sinar Harian, Makkal Osai, Malaysian Namban, Sin Chew, Kwong Wah, China Press, Nanyang Siang Pau, Guang Ming dan agensi berita Bernama dibenarkan membuat liputan untuk perbahasan belanjawan selama tiga hari itu.

"Hak media hanya bebas kepada media pengampu BN dan merekalah penghianat kepada rakyat," katanya.

Kulasegaran gagal pertahan jawatan timbalan pengerusi DAP Perak

Posted: 14 Nov 2010 03:27 PM PST

BERNAMA


Kulasegaran tetap dilantik sebagai naib pengerusi DAP Perak. — gambar fail

IPOH — Timbalan Pengerusi DAP Perak M. Kulasegaran gagal mempertahankan jawatannya pada pemilihan sempena Konvensyen DAP Perak di sini hari ini.

Hanya seorang penyokongnya iaitu bendahari DAP Perak yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Jalong Leong Mee Meng yang terpilih dalam senarai 15 anggota jawatankuasa negeri.

Sebanyak 41 calon menawarkan diri pada pemilihan berkenaan.

Kulasegaran yang juga Anggota Parlimen Ipoh Barat bagaimanapun dilantik sebagai salah seorang Naib Pengerusi DAP Perak.

Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham mempertahankan jawatannya bersama dengan Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming.

V. Sivakumar, Adun Tronoh yang juga bekas Speaker DUN Perak semasa pakatan pembangkang memerintah sebelum ini terpilih sebagai Timbalan Pengerusi.

Sebanyak 972 perwakilan menyertai pemilihan yang berlangsung di sebuah hotel di sini. Jumlah keseluruhan perwakilan yang sepatutnya mengundi ialah sebanyak 1,228 orang.

Sementara itu, Ngeh yang juga Adun Sitiawan berkata jawatankuasa baru yang dipilih itu bersetuju menubuhkan enam biro baru bagi meningkatkan perkhidmatan parti kepada masyarakat.

Enam biro itu ialah Perkhidmatan Perubatan, Pendaftaran Air, Biro Guaman, Pembangunan Ekonomi, Hal Ehwal Pengguna dan Kebajikan Sosial.

PAS jawab Umno: Kami tidak mahu naik kapal sudah bocor, hendak karam

Posted: 14 Nov 2010 03:25 PM PST



Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dari PAS, PKR dan DAP berjalan bersama dengan calon mereka untuk pilihan raya kecil Galas bulan lalu. — Gambar oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR — PAS menolak pelawaan terbaru Umno agar menyertai Barisan Nasional (BN), perikatan yang ia pernah anggotai empat dekad lalu, atas alasan "tidak akan menaiki kapal yang bocor dan hendak karam."

Sebaliknya, PAS akan berusaha supaya ahli-ahli umno khususnya dan orang Melayu Islam bersama dengan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.

"PAS tidak akan bersama dengan BN, sebaliknya (akan) terus dengan Pakatan Rakyat yang sudah teruji dan terbukti.

"Sekarang Umno sudah hilang kompas perjuangan dan ideologi. Perjuangan yang mementingkan 'perutisme' sahaja," kata Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad menjawab pelawaan rakan sejawatannya dari Umno Datuk Ahmad Maslan kepada parti itu semalam.

Dilihat merujuk kepada peristiwa 1970-an, kata Idris, PAS tidak mahu bersama lagi dengan sebuah parti yang menjadikan perjuangan sebagai "batu loncatan untuk peribadi walaupun merugikan bangsa."

PAS pernah menerima jemputan BN untuk menyertainya pada awal 1970-an tetapi kerjasama itu berakhir empat tahun kemudian.

PAS menyifatkan ia tidak ditendang keluar oleh BN selepas perikatan itu menjadi kuat menjelang pilihan raya umum 1978.

The Malaysian Insider semalam melaporkan Umno terus mengajak PAS agar bersama parti teras BN itu daripada hanya bercita-cita mahu menggantikannya atau memintanya supaya berundur secara terhormat jika kalah dalam pilihan raya umum ke-13.

Malah menurut Ahmad, yang juga timbalan menteri, kedudukan PAS akan lebih baik jika ia bersama BN daripada terus berganding dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam PR.

"PKR dan DAP itu hanya membebankan PAS.

"PAS akan lebih baik bersama Umno-BN bukan bersama PKR dan DAP yang tidak sehaluan dengan PAS," kata Ahmad semasa dihubungi The Malaysian Insider.

Suara dan pandangan agar Umno-PAS terus kedengaran sejak selepas pilihan raya umum 2008 yang mana PAS bersama DAP dan PKR menafikan kedudukan majoriti dua pertiga BN di Parlimen dan selepas pentadbiran lima negeri jatuh ke tangan PR.

Sehubungan itu, Ahmad juga mengingatkan PAS supaya mengkaji dahulu kedudukan mereka dalam PR dan Parlimen sebelum membuat keputusan untuk menggantikan parti Melayu terbesar itu.

Malah, Ahmad berkata Umno-BN masih lagi memegang tampuk pemerintahan negara sambil menjelaskan pilihan raya umum ke-13 masih belum diketahui bila akan diadakan.

Ahmad memberikan saranan itu menjawab kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Umno-BN harus berundur secara hormat jika kalah dalam pilihan raya umum.

Menjawab pelawaan Ahmad, Idris juga menegaskan, PAS sebagai sebuah parti yang mempunyai ideologi jelas dan mempunyai kepimpinan berkualiti dan ahli yang ikhlas akan terus mara bagi membentuk landskap baru dalam politik negara.

Malah katanya, PAS menganggap "cukuplah Umno yang telah diberi mandat untuk mengetuai negara lebih separuh abad."

Justeru soal beliau, apa yang Umno boleh banggakan untuk tatapan generasi akan datang.

"Rakyat merasakan sudah cukup penderitaan dan kesusahan yang dialami oleh mereka dengan tekanan hidup akibat salah guna kuasa.

"Walaupun negara ini adalah anugerah Allah dengan hasil mahsul yang banyak, namun masih ramai rakyat yang tidak bertanah, contohnya Sabah, tanah yang terbentang luas, hasil yang melimpah ruah, namun masih ada rakyat yang membina rumah di atas air," katanya.

Negara baru sahaja menyaksikan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah iaitu awal bulan lalu.

Justeru, kata Idris, PAS tidak akan mengizinkan Umno mengkhianati rakyat untuk separuh abad yang kedua pula.

"(Oleh itu) PAS wajib ganti Umno," katanya.

Idris mendakwa Umno hanya boleh hidup dengan 3M iaitu wang, jentera kerajaan dan media.

"Umno sudah tidak bermaya untuk hidup dan bermain di atas padang yang sama rata. Jika Umno tidak ada 3M, maka Umno akan berkubur begitu sahaja," katanya lagi.

Idris juga berkata, PAS akan terus bersama PR, yang dibentuk pada 2008, kerana ia adalah percubaan politik yang terbaik walaupun dalam usia agak muda.

"Umno dengan kekuatan media perdana yang berada di tangan mereka cuba menggelapkan berita kebaikan PAS yang telah disumbangkan melalui PR, kes banjir di Kedah adalah satu contoh," katanya lagi.

Timbalan pengurus besar Yayasan Selangor diarah cuti sebulan

Posted: 14 Nov 2010 03:22 PM PST

BERNAMA


Khalid berkata Sharifuldin telah diarah bercuti bagi mempercepatkan siasatan ke dalam isu tersebut. — gambar fail

SHAH ALAM — Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata siasatan awal berhubung keputusan kontroversi untuk membelanjakan RM300,000 bagi Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Yayasan Selangor menunjukkan penglibatan pejabat Timbalan Pengurus Besar yayasan itu.

Sehubungan itu, Khalid yang juga pengerusi yayasan tersebut berkata bagi memastikan siasatan dilakukan dengan cepat dan bebas, kerajaan negeri telah mengarahkan Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor Mohd Sharifuldin Sulaiman mengambil cuti bergaji selama sebulan berkuat kuasa serta merta sehingga siasatan selesai.

"Kerajaan menghargai setiap maklumat salah laku bagi memastikan pentadbiran negeri dan anak syarikat diuruskan dengan telus dan bertanggungjawab.

"Kita juga tidak akan teragak-agak untuk membuat keputusan berani termasuk membawa mana-mana individu yang terbukti melakukan salah guna kuasa ke muka pengadilan," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Pada Jumaat lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor di Kuala Lumpur esok selepas dukacita apabila dimaklumkan kos perbelanjaan yang melebihi RM300,000 untuk majlis itu.

Semalam, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar pula mendakwa pembaziran dalam penganjuran majlis itu bukannya melebihi RM300,000 seperti yang dilaporkan sebelum ini tetapi melebihi RM800,000.

Pengurus Besar Yayasan Selangor Ilham Marzuki sebelum ini dilaporkan berkata kos sebenar majlis itu adalah RM285,000 bagi menampung penyediaan makanan untuk jemputan khas seramai 200 orang kenamaan dan 2,000 tetamu lain.

Difahamkan majlis sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu yang sepatutnya dijadualkan esok telah dibatalkan.

Warni-warni pemilihan PKR di Selangor

Posted: 14 Nov 2010 04:06 AM PST

Abdul Rahim Sabri

Walaupun sebelum ini mesyuarat agung tahunan (MATC) beberapa cabang PKR di Selangor diselubungi kekecohan, tetapi pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) hari ini berlangsung sebaliknya.

Sebanyak lima cabang - Kuala Langat, Kota Raja, Kapar, Subang dan Petaling Jaya Selatan (PJS) - perjalanan proses pengundian berlangsung dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Malah suasananya seperti majlis jamuan. Di cabang Subang, anggotanya dihidangkan bihun goreng, jus anggur dan jus oren sebelum menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Tinjauan Malaysiakini mendapati, ramai anggota daripada pelbagai kaum turut menikmati hidangan yang disediakan sehinggakan sebesen bihun habis licin.

Malah dua pondok panas dipasang di sebelah pintu masuk Dewan Serbaguna Sekyen 7 Kota Damansara bagi membolehkan semakan keahlian dilaksanakan di samping penyokong kumpulan yang bertanding mengedarkan 'chai' mereka masing-masing.

Kelihatan juga penyokong turut mengedarkan 'chai' kepada pengundi sewaktu mereka berbaris sebelum memasuki pusat pengundian berkenaan.

Malah, poster-poster calon MPP turut dilekat di dinding bangunan berkenaan sebagai usaha kumpulan masing-masing berkempen di saat-saat akhir.

Tinjauan Malaysiakini di cabang Petaling Jaya Selatan pula mendapati, sebanyak 30 meja disediakan bagi membolehkan anggota memangkah calon pada kertas undi yang diawasi oleh kira-kira 10 pengawas.

Manakala pintu masuk menuju ke pusat berkenaan dikawal kira-kira lima pengawal khas yang dikenali sebagai 'Skuad Khas PJS'

Di luar kawasan pusat pengundian, sebanyak tujuh pondok panas dibuka diluar pusat pengundian - yang terletak kira-kira 10 meter - dari tempat mengundi.

Kelihatan juga penyokong dari kumpulan masing-masing mengedarkan 'chai' berkempen diberikan kepada pengundi sebelum memasuki pusat pengundian.

Pelbagai poster dan kain rentang dari kumpulan 'Sinar Harapan Baru' dan 'Team Mantap' di pasang di sekitar kawasan berkenaan.

Ibu pejabat parti mengarahkan cabang berkenaan mengadakan pemilihan cabang serentak dengan pengundian MPP hari ini.

Malaysia alukan pembebasan Aung San Suu Kyi

Posted: 14 Nov 2010 04:04 AM PST

BERNAMA

aungsansuukyi3-1KUALA LUMPUR: Malaysia mengalu-alukan pembebasan pemimpin prodemokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi semalam.

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra berkata Malaysia dan negara-negara Asean yang lain selama ini sentiasa mahukan beliau dibebaskan.

"Malaysia yakin bahawa pembebasan tanpa bersyarat ke atas Aung San Suu Kyi akan meyumbang kepada usaha Myanmar untuk melakukan proses penyatuan yang akan memberi laluan kepada kestabilan, keamanan dan kemakmuran di dalam negara itu," kata Wisma Putra.

Ia berkata Malaysia berpendapat masyarakat antarabangsa perlu memberi bantuan dan pertolongan kepada Myanmar bagi menggalakkan Myanmar melaksanakan "Pelan ke arah Demokrasi".

Suu Kyi dibebaskan selepas tujuh tahun menjadi tahanan di rumahnya sendiri.


Nafi sumbangan, Sultan Kedah dukacita

Posted: 14 Nov 2010 04:00 AM PST


sultankedaH_siap1Oleh Mohd Shubihi Muhamad Zain

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kecewa dengan pihak-pihak yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan negeri membantu mangsa banjir besar baru-baru ini.

"Namun, beta dukacita kerana ada suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan beta serta semua pihak yang terlibat di dalam membantu mangsa banjir," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Penggal Ketiga, dekat sini, pagi tadi.

Sementara itu, baginda juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyumbang dana, saling membantu dan bekerjasama memberi bantuan tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan fahaman politik semasa negeri menghadapi bencana banjir terburuk itu.

"Beta merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat membantu mangsa banjir dan keadaan ini jelas menggambarkan semangat persaudaraan dan perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat beta yang berbilang kaum dalam menghadapi bencana, titah baginda lagi.

Ucapan tahniah turut dirakamkan kepada Menteri Besar (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) yang berjaya menerajui kerajaan negeri secara adil, beramanah dan proaktif.

"Rakyat di negeri ini telah diberi layanan yang adil, hubungan antara kaum semakin erat melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan.

Beta dapati kerajaan negeri telah memberikan sepenuh daya usaha dan kerjasama dengan semua pihak bagi memajukan negeri ini," titah baginda.

Terengganu wajibkan pelajar Muslim baca al-Quran setiap hari

Posted: 14 Nov 2010 03:59 AM PST

BERNAMA

BESUT — Setiap pelajar Muslim di Terengganu akan dikehendaki memulakan sesi persekolahan harian mereka dengan membaca al-Quran selama 10 minit mulai tahun depan.

Pengarah Jabatan Pelajaran Terengganu Razali Daud berkata ia adalah sebahagian daripada usaha pihaknya memberi penekanan serius kepada pembangunan sahsiah seiring dengan kecemerlangan akademik yang dicapai pelajar.

Beliau berkata pihaknya akan berusaha memastikan warga sekolah memiliki sahsiah dan akhlak yang mantap, selaras dengan usaha membasmi masalah disiplin kalangan pelajar sekolah di Terengganu.

"Bagi pelajar Islam yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil pula tenaga ustaz akan digunakan bagi menguruskan mereka secara berkumpulan," katanya kepada pemberita, di sini.

Selain itu katanya semua program pembangunan sahsiah pelajar seperti perkhemahan akan dilaksanakan di dalam kawasan masjid dan tidak lagi di resort atau di hotel-hotel sebagaimana yang diamalkan sebelum ini.

Sementara itu Razali berkata, semua sekolah di Terengganu akan dikehendaki mengadakan solat hajat sebelum cuti persekolahan bermula minggu depan, di samping satu lagi solat hajat serentak di seluruh negeri yang dirancang sebelum sesi persekolahan bermula tahun depan.

Suami mati ditikam 6 lelaki, polis tahan isteri untuk bantu siasatan

Posted: 14 Nov 2010 03:56 AM PST

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki warga Indonesia mati selepas ditikam oleh enam lelaki dalam satu pergaduhan di rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya dekat sini kira-kira pukul 11 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata polis menahan isteri lelaki yang berumur 24 tahun itu yang dipercayai turut terbabit dengan kejadian bagi membantu siasatan, manakala enam lagi suspek melarikan diri.

Beliau berkata lelaki yang belum dikenal pasti identitinya itu maut selepas ditikam oleh enam suspek yang merupakan rakannya, yang juga warga Indonesia.

Katanya polis percaya kejadian berpunca daripada pertengkaran apabila lelaki itu dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan isteri kepada salah seorang daripada enam lelaki berkenaan.

"Dia ditikam di rumahnya di tingkat lima, kemudian dia melarikan diri ke tingkat dua dan mati di situ," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya lelaki itu mati akibat ditikam berkali-kali dengan senjata tajam seperti pisau dan parang, dan mayatnya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.

Arjunaidi berkata polis sedang berusaha memburu enam suspek yang dipercayai masih berada di sekitar Lembah Klang.

Guan Eng dakwa pemimpin Umno buta sejarah, Perlembagaan

Posted: 14 Nov 2010 03:55 AM PST


IPOH — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menuduh pemimpin-pemimpin Umno "buta sejarah, Perlembagaan" dengan mencetuskan perasaan kebencian dan tidak toleransi di kalangan rakyat negara ini.

Sambil merujuk kepada beberapa insiden berkaitan dengan sentimen perkauman sejak kebelakangan ini, Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa pemimpin-pemimpin Umno "melarikan" Perlembagaan Persekutuan dan menggunakannya mengikut kehendak dan kemahuan mereka bagi memecahbelahkan rakyat Malaysia.

"Apabila Umno bercakap mengenai Perlembagaan, mereka hanya bercakap mengenai kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bukannya kepentingan sahih kaum-kaum lain.

"Ini menunjukkan Umno buta sejarah, buta Perlembagaan, dan buta hati. Kita mesti lawan mereka," kata beliau ketika berucap merasmikan Kongres DAP Perak Ke-15 di sini hari ini.

Lim (gambar) menekankan bahawa Artikel 153 menyebut, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera yang lain dan kepentingan komuniti-komuniti lain selaras dengan peruntukan perkara ini.

"Tetapi Umno sentiasa merujuk Artikel 153 Perlembagaan mengenai kedudukan orang Melayu sebagai justifikasi pendekatan rasis mereka hanya untuk orang Melayu.

"Mereka juga seringkali gagal untuk menyebutkan kepentingan sahih komuniti-komuniti lain juga mesti dilindungi," tegas beliau.

Justeru Lim juga berkata, agenda "rakyat Malaysia terlebih dahulu" jelas disemadikan dalam Perlembagaan, malangnya aspek ini tidak dipedulikan oleh pemimpin-pemimpin rasis Umno.

Lim mendakwa pemikiran rasis yang meletakkan kepentingan perkauman mengatasi kepentingan nasional ditimbulkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang mendakwa kadar penyertaan bukan Melayu dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah disebabkan rendahnya semangat patriotisme mereka.

Selain itu kata Lim, akhbar keluaran Kumpulan Utusan, milik Umno, yang cuba mencetuskan semula peristiwa 13 Mei 1969 dengan menganggapnya sebagai "hari keramat".

"Kerajaan mesti mengambil tindakan ke atas Utusan memandangkan ia mengembangkan rasa kebencian dan pelampau, bertindak seolah-olah mereka mahukan satu lagi 13 Mei dengan menyambutnya sebagai hari suci.

"Saya percaya orang Melayu di negara ini bukan macam Utusan Malaysia. Utusan ekstremis Umno," katanya lagi.

Lim juga menekankan insiden kenyataan rasis yang dikeluarkan oleh dua pengetua sekolah dan pegawai kanan Biro Tata Negara baru-baru ini.

Tindakan dilapor telah dikenakan ke atas mereka termasuk menggantung tugas.

"Lihat kenyataan-kenyataan rasis dan menghina daripada pengetua-pengetua yang menimbulkan rasa benci dengan memanggil orang India anjing dan Cina pendatang, yang harus balik ke China atau pegawai BTN yang melabelkan orang India sebagai si botol dan Cina sebagai si mata sepet.

"Atau, pemimpin-pemimpin Umno yang secara terbuka mengatakan mereka tidak memerlukan undi orang India dan Cina," katanya lagi.

Serentak dengan itu, Lim juga membidas Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dan bertanya mengapa bukan Melayu di Perak mestik menyokong BN dalam pilihan raya umum akan datang.

"Mengapa harus rakyat Perak mesti menyokong seorang pemimpin yang komradnya merasakan mereka tidak memerlukan undi Cina dan India?

"Minta Zambry lihat mukanya di cermin... adakah anda maksudkan anda tidak memerlukan undi orang India?" kata beliau pada majlis yang dihadiri sekitar 1,000 perwakilan.

Lim berkata, pemimpin-pemimpin DAP bukannya antiorang Melayu, anti-Islam ataupun menentang institusi diraja sebagaimana didakwa oleh Umno saban hari.

"Dalam perjuangan kami, kita dipaksa berhadapan dengan banyak dakwaan palsu. Saya ingin menekankan di sini, tidak sesiapa pun harus mempersoalkan kesetiaan kami kepada Perlembagaan Persekutuan.

"Mereka membuat tuduhan tetapi mereka tidak boleh mencari bukti," kata beliau.

Kata Lim, perjuangan DAP adalah bersandarkan pada prinsip Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu, parti telah meminda perlembagaannya pada 2006.

Justeru kata beliau, parti komponen Pakatan Rakyat itu bergerak seiringan dengan perlembagaan yang membawa kepada kemerdekaan.

Selain itu beliau juga mengingatkan kembali tema DAP "Malaysia Sederhana" yang bersandarkan lima prinsip iaitu agenda "Rakyat Malaysia" terdahulu, hak asasi manusia dan masyarakat madani, peluang yang saksama, keluhuran undang-undang dan integriti dan komuniti bandar yang intelek.

Sehubungan itu, Lim meminta rakyat tidak membuat kesilapan kerana pendekatan Malaysia yang sederhana akan memutuskan pakatan mana yang bakal memerintah kelak.

Tiada rekod mahkamah Beginda sudah keluar Islam, kata Jakim

Posted: 14 Nov 2010 03:54 AM PST



Anak Beginda dirotan selepas membawa makanan berlaukkan sosej babi ke sekolah. — WikiCommons

KUALA LUMPUR — Tiada maklumat rasmi mahkamah menunjukkan Beginda Minda, bapa seorang kanak-kanak yang dirotan kerana membawa makanan berlaukkan sosej babi ke sekolah bulan lalu telah keluar agama Islam, kata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini.

Laporan semalam menyebut Jabatan Agama Islam Sarawak juga tidak mempunyai rekod yang mengatakan Beginda atau nama Islamnya Nor Azman Abdullah telah memeluk Islam dan keluar Islam sedekad lalu.

"Kita tiada rekod yang membuktikan sudah ada perintah mahkamah, bercakap dari segi perundangan tiada maklumat, tiada perintah mahkamah, bermakna dalam kes ini tiada keputusan Mahkamah Syariah," kata Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz ketika dihubungi The Malaysian Insider.

"Jadi secara peribadi dan Jakim memang mengharap sesiapa yang pernah menganut Islam akan kekal sebagai Islam walaupun pernah tersilap dalam amalan mereka, setiap orang ada membuat kesilapan dalam hidup mereka," kata beliau.

Wan Mohamad berkata, berdasarkan pada lunas perundangan, mahkamah yang perlu menentukan sama ada seseorang itu keluar agama ataupun sebagainya.

"Pada kami, seseorang yang beragama Islam tetap akan dianggap sebagai seorang Islam sehingga mahkamah membuat keputusan, dan kes ini Mahkamah Syariah yang akan menentukan," kata beliau yang turut menambah, pihaknya sedang mengumpulkan maklumat berhubung isu ini.

Wan Mohamad berkata, Jakim sedia membantu agensi agama negeri dalam menyelesaikan kekalutan yang wujud, membawa makanan haram atau makan makanan haram, dan berpendapat bahawa tindakan sedemikian tidak harus dianggap sebagai sudah keluar Islam.

"Jakim akan melihat secara menyeluruh punca-punca (mendakwa keluar Islam), yang kadangkala keputusan itu dibuat kerana sebab-sebab luaran yang tiada kaitan dengan soal akidah, jadi dalam menjalankan siasatan ini, kita tidak boleh cepat, gelojoh, tidak boleh mengambil tindakan berasaskan undang-undang semata-mata.

"Siasatan sedang dijalankan," kata Wan Mohamad.

Semalam, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman berkata Sarawak akan mendapatkan bantuan Jakim untuk menyiasat dan mengesahkan sama ada Beginda, seorang pemimpin PKR Sarawak, sebelum ini merupakan seorang Islam atau sebaliknya.

Daud berkata, Jabatan Agama Islam Sarawak tidak mempunyai rekod yang mengatakan Beginda telah memeluk Islam.

Jelasnya, Beginda juga tidak pernah mengaku kepada jabatan tersebut dia seorang Islam atau tidak pernah keluar daripada Islam walaupun namanya menunjukkan dia seorang Islam.

"Kita akan menyiasat perkara ini dan kerajaan negeri akan meminta bantuan Jakim yang akan bekerjasama dengan jabatan agama Islam lain di negara ini untuk membantu sama ada Beginda pernah mempunyai rekod sebagai seorang Muslim atau tidak," katanya.

Ditanya mengenai penggunaan nama Islam oleh Beginda, Daud memberitahu, perkara itu bukan merupakan sesuatu yang baru di Sarawak kerana banyak masyarakat bukan Islam turut menggunakan nama seperti orang Islam.

Malah semalam Daud berkata, di Malaysia, setiap individu yang murtad termasuk di Sarawak hanya akan diberikan kaunseling tidak seperti amalan sebelum ini iaitu diambil tindakan ke atas mereka yang murtad.

Ujarnya, jika mereka mengakui hanya memeluk Islam dan tidak pernah mengamalkan ajaran Islam yang sebenar, jabatan itu akan membenarkan mereka keluar agama Islam.

"Namun kes-kes seperti ini amat jarang dan kita tidak menggalakkan ia daripada berlaku," tegas beliau.

Isu itu turut dibangkitan pada Dewan Rakyat minggu lalu.

Sambil menekankan bahawa pihaknya mengharapkan Beginda masih seorang yang beragama Islam, Ketua Pengarah Jakim menambah, "itu bukan sesuatu yang kami mahukan (keluar Islam)."

Ketika ditanya sama ada akan mengadakan pertemuan dengan Beginda beliau memberitahu:

"Ini (pertemuan) satu tindakan yang biasa kami ambil, tetapi tidak dimaklumkan kepada umum."

Pada Rabu lalu, kerajaan telah mengarahkan bahagian penyelidikan Jakim untuk menyiasat status agama Beginda.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata, selepas mengenal pasti status Beginda, siasatan boleh dijalankan terhadap dakwaan anaknya Basil Beginda dirotan guru akibat kejadian itu.

Katanya, status agama Beginda perlu disiasat kerana mengikut keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan apabila salah seorang ibu atau bapa beragama Islam, maka anak itu beragama Islam.

"Selepas itu (baru) boleh sampai kepada kesimpulan apa juga keputusan tentang itu boleh tentukan kepada kenapa budak ini dirotan," katanya di Dewan Rakyat.

Isu itu tercetus Angela Jabing membuat aduan bersama sayap wanita PKR kepada Jabatan Pelajaran Sarawak dengan mendakwa Basil, anaknya berusia 10 tahun, dirotan penolong kanan sebuah sekolah di Sarawak kerana membawa nasi goreng berlaukkan sosej babi ke sekolah.

Beginda, yang pernah bertanding pada pilihan raya 1999 dan 2001 atas tiket PKR menggunakan nama Islam juga mengakui bahawa dia bukan lagi beragama Islam.

"Saya akui, saya pernah memeluk Islam sebelum ini. Tetapi pada 1999, saya sudah tukar agama. Sekarang saya bukan Islam," kata Beginda baru-baru ini.

Namun menurut Beginda, anaknya itu bukan beragama Islam.

Beginda berkata pada tahun 2004, apabila dia memohon MyKad, beliau telah menukar namanya semula kepada Beginda Minda.

Anaknya dilahirkan pada 8 Mei 2000.

Pada sijil kelahirannya, tiada agama dicatatkan untuk Beginda.

Kelmarin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin pula menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya menyiasat kemungkinan bapa kanak-kanak yang dirotan itu mempunyai dua identiti.

Lim sedia batal arahan MMC-Gamuda henti kerja jika puas hati alasan

Posted: 14 Nov 2010 03:51 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


Banjir teruk di kawasan utara terdahulu dikaitkan dengan projek landasan kembar. — gambar fail

KUALA LUMPUR — Kerajaan negeri Pulau Pinang bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha bagi membincangkan arahan henti kerja yang dikenakan ke atas MMC-Gamuda JV Sdn Bhd, pemaju projek landasan berkembar, dua hari lalu.

"Saya bersedia untuk mendengar penjelasan Datuk Seri Kong.

"Jika Datuk Seri Kong dapat memuaskan (dengan penjelasan), saya bersedia untuk mengesyorkan agar arahan henti kerja ke atas kontraktor MMC-Gamuda JV ditarik balik dengan segera," kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

"Saya akan menunggu laporan mereka sebelum memutuskan sama ada dan bila untuk menarik balik arahan henti kerja," kata Lim lagi.

Lim berkata, beliau juga kesal kerana kini Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung menafikan pernah mengatakan yang projek itu menyebabkan masalah banjir.

Kelmarin, kerajaan negeri mengeluarkan arahan itu ekoran kenyataan Chor dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bahawa banjir besar baru-baru ini antara lain ekoran projek tersebut.

Kerajaan negeri Pulau Pinang mengarahkan MMC-Gamuda JV memberhentikan dengan segera kerja projek landasan kereta api berkembar Ipoh ke Padang Besar melibatkan tanah di negeri itu bagi mengelak banjir.

Mesyuarat exco kerajaan negeri membuat keputusan agar kerja projek itu dihentikan sehingga syarat baru yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dipenuhi.

Kerajaan negeri meminta MMC-Gamuda JV bersedia untuk memecahkan apa-apa landasan yang dibina supaya air tidak akan bertakung dan bertanggungjawab untuk menanggung segala kos kewangan akibat banjir.

"Kami berharap MMC-Gamuda JV dapat memberikan satu jaminan bertulis kepada pihak kerajaan negeri untuk memenuhi dua syarat baru yang ditetapkan," kata Lim kelmarin.

MMC-Gamuda JV adalah kontraktor utama projek landasan kereta api berkembar sepanjang 329km yang dijangka siap awal 2013, membabitkan kos lebih kurang RM12.5 bilion.

Syarikat itu telah menafikan bahawa projek berkenaan adalah punca banjir di Kedah.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pula menganggap langkah kerajaan negeri Pulau Pinang yang mahu projek itu dihentikan kerana mendakwa ia punca banjir di Kedah adalah tidak wajar dan tidak berasas.

KTMB berkata projek itu tidak menyumbang kepada banjir yang lebih kronik di Kedah mahupun seperti dikhuatiri di Pulau Pinang.

Laporan Jabatan Meteorologi menunjukkan hujan lebih dari luar biasa iaitu hampir sekali ganda direkodkan pada 2005 iaitu peningkatan paras air dari 119mm kepada 207mm, kata KTMB semalam.

KTMB dan MMC-Gamuda JV bagaimanapun akan mengaturkan perbincangan lanjut bersama wakil kerajaan negeri untuk mencari penyelesaian perkara berkenaan.

Pemulihan Sungai Klang perlu ditangani bersama

Posted: 13 Nov 2010 09:04 PM PST

SELANGOR KINI

SHAH ALAM – Perlaksanaan projek pemulihan dan pembangunan Sungai Klang memerlukan kesefahaman antara kerajaan negeri, Kerajaan Pusat dan pemaju swasta.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, projek ini mampu digerakkan dengan lebih pantas dan menyeluruh jika ketiga-tiga pihak bersetuju untuk duduk semeja dan bergabung tenaga menjayakan rancangan untuk rakyat Selangor ini.

Di Dewan Negeri Selangor hari ini, Tan Sri Khalid berkata, kerajaan negeri telah pun merangka kertas kerja memulih dan membangunkan Sungai Klang.

Projek ini adalah sebahagian daripada rancangan rangsangan ekonomi negeri, membangunkan tebing-tebing strategik di sepanjang Sungai Klang untuk sektor hartanah, komersil, pembekalan air dan mobiliti.

"Kita sudah bersedia untuk bekerjasama, malah telah menyerahkan pelan pemulihan dan pembangunan Sungai Klang kepada Kerajaan Pusat. Kita bersetuju dengan konsep 'Sungai Kehidupan' yang dirancang Kerajaan Pusat, dan bersetuju untuk mengazetkan kawasan-kawasan yang terbabit bagi menjayakan konsep itu," kata Khalid.

Menjawab soalan dari Dewan, Tan Sri Khalid berkata, pihaknya menangguhkan dahulu perlaksanaan projek pemulihan Sungai Klang sementara menunggu maklum balas daripada Kerajaan Pusat.

Ini kerana kerajaan negeri amat berminat dengan rancangan 'Sungai Kehidupan' kelolaan Kerajaan Pusat, konsep yang berkongsi matlamat dengan rancangan kelolaan kerajaan negeri.

"Adalah lebih baik sekiranya kita bekerjasama dengan Kerajaan Pusat, daripada buat secara berasingan. Beri masa untuk perbincangan yang menyeluruh antara Kerajaan negeri, Kerajaan Pusat dan swasta," tegasnya.

Tan Sri Khalid menjelaskan kepada dewan bahawa rancangan kerajaan negeri untuk pemulihan dan pembangunan Sungai Klang bersandarkan kepada inisiatif swasta, dan tidak membabitkan peruntukan daripada Belanjawan Negeri.

"Kita bersandarkan kepada konsep dana inisiatif swasta. Kita mengalakkan dana daripada pihak swasta untuk mengerakkan projek ini. Manakala Kerajaan Pusat menggunakan dua konsep, iaitu dana dari Kumpulan Wang dan juga dari inisiatif swasta," ujar Khalid.

Kerajaan negeri menganggarkan kos projek pemulihan Sungai Klang mencapai RM1.4 bilion, manakala Kerajaan Pusat pula memperuntukkan RM1 trilion untuk projek 'Sungai Kehidupan'.

MB: Cari sumber air lebih murah

Posted: 13 Nov 2010 09:03 PM PST

SSELANGOR KINI

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor harus mencari sumber air lebih murah dan cekap bagi mengatasi masalah bekalan air di Selangor, demikian kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Untuk itu, projek pembersihan Sungai Klang dilihat sebagai alternatif yang lebih cekap dan murah daripada mengimport air mentah dari Pahang.

Beliau mengulas perkara ini pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) pagi tadi bagi menjawab soalan Ahli Dewan Undangan (Adun) Batang Kali, Mohd Isa Abu Kassim, yang bimbang dengan krisis bekalan air di Selangor pada masa depan.

Berkenaan Projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2), beliau berkata, ia tidak akan dilaksanakan buat masa ini.

"Pelaksanaan projek itu tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa kerana ia melibatkan kos yang tinggi. Jika tiada penstrukturan semula industri bekalan air di Selangor dan pembinaan loji rawatan air itu diteruskan, rakyat akan menanggung beban dari segi kos," katanya.

Abdul Khalid berkata, sehingga kini masalah itu tidak berlaku di negeri ini, walau bagaimanapun kerajaan negeri perlu membuat persiapan bagi menangani masalah bekalan air di Selangor pada masa depan.

‘Jom Kerja’: Sebanyak 20,000 peluang pekerjaan ditawarkan di Selangor

Posted: 13 Nov 2010 08:57 PM PST

BERNAMA


SHAH ALAM - Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini diberitahu bahawa sebanyak 20,000 peluang pekerjaan ditawarkan di Selangor sempena promosi program 'Jom Kerja' yang bermula November tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Theresa Kok berkata, statistik itu diperoleh daripada Persatuan Pekilang-pekilang Malaysia (cawangan Selangor).

Beliau berkata, sepanjang lima siri program 'Jom Kerja' yang diadakan bermula November tahun lepas sehingga Oktober tahun ini, seramai 5,562 calon datang mendaftar dan seramai 2,441 pemohon berjaya ditemu duga.

"Program jelajah 'Jom Kerja' ini diadakan dari satu daerah ke satu daerah dan menerima sambutan memberangsangkan daripada rakyat Selangor yang tiada pekerjaan dan ada juga di kalangan mereka mencari peluang pekerjaan baru," katanya semasa menjawab soalan Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS-Sijangkang).

Ahmad Yunus ingin tahu jumlah peluang pekerjaan yang ditawarkan dan sambutan rakyat Selangor terhadap peluang pekerjaan di negeri itu.

Kok berkata, daerah Klang mencatatkan penyertaan tertinggi calon yang menghadiri temu duga, iaitu seramai 2,060 orang.


Kemalangan Maut Libatkan 2 Pelajar UiTM

Posted: 13 Nov 2010 08:53 PM PST

KELAB GREENBOC

2 penuntut UiTM maut nahas

Gambar: KEADAAN kereta yang dinaiki empat sahabat pelajar UiTM yang terbabit dalam kemalangan maut di KM 47.7 berhampiram susur keluar Tol Alor Setar Utara, 7 pagi ini. Dalam kejadian itu dua maut, dua lagi parah. Foto: Syaharim Abidin

ALOR SETAR: "Malam Rabu lalu, arwah Syazwan bersalaman dengan saya dan berkata tak sabar untuk mengikut rakannya ke Pulau Pinang.

"Saya pelik kerana dia nampak tergesa-gesa pada malam itu. Saya tak sangka itu antara tanda dia akan pergi buat selama-lamanya," kata Muhd Najib Zakaria, 18, rakan Syazwan Azizan, 19, yang maut bersama seorang lagi rakannya, Azrul Hadi Azizzan, 18, manakala dua yang lain cedera dalam kemalangan maut di Kilometer (KM) 47.7, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), berhampiran susur keluar Plaza Tol Alor Setar Utara, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 pagi itu, Syazwan dan Azrul Hadi maut, manakala Muhammad Aiman Ismail, 18, patah tangan dan kaki, sementara pemandu kereta, Faris Abdul Ghani, 18, cedera ringan selepas kereta Perodua Viva dinaiki terbabas dan melanggar pokok.

Keempat-empat penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis itu dalam perjalanan pulang ke Perlis selepas menziarahi ibu Azrul Hadi di Pulau Pinang.

Muhd Najib berkata, dia pelik dengan sikap Syazwan atau lebih mesra dengan panggilan Pak Teh di kalangan rakan sekuliah sebelum dimaklumkan rakan mengenai kejadian itu kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.

Sementara itu, bapa saudara Azrul Hadi, Abdul Rahman Omar, 68, berkata dia terkejut selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.

"Arwah mungkin pulang ke rumah kakaknya di Pulau Pinang untuk menziarahi ibunya yang mengalami darah tinggi. Sejak bapanya meninggal dunia tiga bulan lalu, ibunya Mariam Md Saman, 45, mengikut anak perempuannya ke Pulau Pinang.

"Saya tak sangka arwah pergi terlebih dulu daripada kami. Dia seorang yang periang dan selalu mendengar kata orang tua," katanya yang ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, semalam.

Difahamkan, empat sahabat baik itu mengambil jurusan Diploma Pengurusan Perladangan di UiTM berkenaan dan baru mendaftar masuk ke universiti itu pada Julai lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghaffar Rajab berkata, empat penuntut lelaki berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke Arau, Perlis.

"Kereta Perodua Viva dipandu Faris dikatakan cuba mengelak 'objek' melintas di lebuh raya menyebabkan dia hilang kawalan lalu terbabas," katanya.

Belajar bahasa seni dari Datok Seri Utama Rais Yatim.

Posted: 13 Nov 2010 08:48 PM PST

Oleh shahil

Baru-baru ini saya terdengar komen Datok di siaran berita RTM bahawa Datok mempertikaikan wartawan dihalau dari membuat liputan perjalanan Dewan Undangan Negeri Kedah. Saya tidak mahulah komen samada Datok behak atau tidak membuat kome. Datok seorang menteri maha Datok berhal membuat komen samada komen Datok itu wajar atau tidak. Datok berkuasa mutlak. Namun pada saya jika Datok membuat komen sebelah pehak, saya rasa orang akan mempertikaikan kredibiliti Datok

Datok saya lihat seorang menteri yang cukup bagus dalam pertuturan. Maksud saya, pertuturan Datok tersusun, tidak bercelaru seperti sesetengah menteri lain. Kalimat Datuk penuh berbunga. Kadang-kadang saya temangu melihat pergerakan mulut Datok untuk menggayakan nada pertuturan.

Saya tidak hairanlah hal yang demikian itu kerana Datok adalah menteri yang terlibat dengan budya dan kessenian. ya, bercakap juga ada seninya, pergerakan mulut juga ada seninya. Dan memperlihatkan nada percakapan untuk menyampaikan maksud juga ada seninya.

Namun jika Datok membua statement sebelah pehak tanpa menyelidik pehak yang Datok komen, saya fikir ia sudah hilang satu dari syarat seni bercakap membuat statement. Membuat statement bahawa Menteri Besar Kedah tidak wajar kerana menghalau wartawan itu, tetapi Datok tidak membuat komen tentang Kerajaan Perak memerintahkan polis berkawal di luar Dewan Undangan Negeri ketika persidangan berlangsung, saya fikir hilanglah seni komentar Datok.

Datok,

Bersikap adil dalam perbuatan adalah wajib Datok, ALLah Taala adalah Tuhan Datok dan juga Tuhan MB Kedah, juga Tuhan MB Perak sekarang. Maka Datok harus bersikap adil. Jika Datok rasa tidak wajar MB Kedah menghalau wartawan untuk liputan perjalanan Dewan, Datok juga wajar mengkritik MB Perak sekarang kerana menjadikan Dewan Undangan Negeri seperti zon perang.

Ada peperangankah di Dewan Undangan Negeri Perak, Datok?

Orang Negeri Sembilan terkenal dengan adat perpatihnya. Saya juga lair dari keluarga yang mengamalkan adat ini. Cukup seni dalam hal ehwal kekeluargaan. Cukup hebat dengan undang-undang keluarganya walaupun al-marhum Mufti Ahmad dahlu pernah mengatakan ada beberapa perundangan adat perpatih itu becanggah dengan Islam. Tetapi bukan ini maksud saya cuma saya ingin menyatakan bahawa jika Datok tidak adil dalam apa juga kritikan Datok, hilanglah seninya, seperti akan turunlah hujan ribut bencana jika adat perpatih itu dihapuskan.

Maka saya nasihatkan Datok supaya jika mahu memberikan komen kepada kerajaan pembangkang, komen jugalah hal yang sama yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional. Itu belum lagi jika disentuh kerajaan negeri-negeri Barisan Nasional yang lain, seperti ada kerajaan Negeri yang membena masjid dari kaca, akhirnya masjid jadi barangan lawatan bukan untuk solat. Nanti kalau ada kerajaan pembabgkang membena masjid yang besar dan cantik, kot-kot Datuk mata membaziar pula.

Maka haruslah Datok memperlihatkan sikap adil dalam mengkritik. Tidak adil dimurkai ALLah Taala, Datok. Tidak adil juga menyebabkan penyokong pembangkang akan terus menolak Barisan Nasional. Janganlah nanti orang berkata "tepi kain orang nampak, kain kita koyak tak nampak". Maka ia akan berjalan dalam keadaan kain koyak...malu Datok.

Sekianlah nasihat ikhlas saya buat Datok. Supaya Datok akan diliaht orang, seni percakapan sama dengan seni perbuatan. Yelah itupun kalau Datok nak dengarlah. Kalau tidak, saya tidak boleh berbuat apa-apa. Dan saya agak takut juga nak menulis hal ini. Yelah, takut saya akan dicaj cuba menghasut Datok. Menghasut ni kita sama-sama tahu ganjarannya...merana anak bini Datok.

Zaid tercalar sementara PKR terpalit

Posted: 13 Nov 2010 08:44 PM PST

Lim Hong Siang

Keputusan Zaid Ibrahim untuk menarik diri daripada Pemilihan PKR, malah meletak jawatan parti menjadi antara isu yang paling hangat diperbincangkan selepas PRK Galas dan Batu Sapi. Berbeza dengan pemimpin PKR yang keluar parti sebelum ini, bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri ini kelihatan lebih berkredibiliti ketika melontarkan kritikan terhadap PKR, dari apa yang ditampilkan media cetak akhbar.

Justeru itu, PKR dan pimpinan Ketua Umumnya Anwar Ibrahim (gambar kanan, kiri) terpalit lantaran daripada peristiwa ini. Kolumnis media cetak bahasa Cina meragui kepimpinan Anwar, malah menganggap keputusan Zaid (gambar kanan, kanan) memalit imej PKR; sementara sebahagian kecil pula menganggap Zaid terlalu kebudak-budakan dan senang merajuk.

Tujuh Kesilapan Anwar

Dalam satu artikel kolum berjudul "Tujuh Kesilapan", Timbalan Ketua Editor Sin Chew Daily, Lim Sue Goan menyenaraikan tujuh kesilapan yang dilakukan Anwar, menurut penilaiannya terhadap Anwar dalam tempoh lebih dua tahun kebelakangan ini.

Pertama, Anwar tidak respon kepada Program Transformasi Ekonomi yang diketengahkan oleh PM Najib; kedua, membiarkan semangat Pakatan Rakyat untuk terus menjunam; ketiga, tidak melaksanakan idealisme reformasi; keempat, organisasi Pakatan Rakyat yang lemah; kelima, Anwar tidak menggunakan pengalamannya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk menggabungkan sumber politik yang ada di empat negeri Pakatan Rakyat, misalnya mengemukakan dasar penyelesaian ekonomi; keenam, gagal menyelesaikan pergelutan kuasa dalam PKR; ketujuh, kekurangan daya pimpinan dan membuat pertimbangan.

Menurut Lim Sue Goan, Anwar memperlihatkan semangat yang tinggi sebelum 8 Mac 2008, tetapi amat berbeza setelah terjerat dengan kes mahkamah dan kegagalan rancangan 16 September 2008.

Tiada ruang untuk mereka yang beridealisme

Editor Eksekutif Sin Chew Daily pula, Lim Mun Fah menganggap kuasa mudah mengkorupkan seseorang. Beliau bermula dengan senario politik tanahair yang semakin ketara fenomena polarisasi dalam isu perkauman dan agama. Lim Mun Fah menganggap adalah sukar untuk Zaid Ibrahim, seorang ahli politik yang cenderung kepada pemikiran liberal, lebih terbuka dan sederhana, untuk mendapat tempat dalam gelanggang politik di Malaysia.

Melihat kepada nasib Zaid Ibrahim, Lim Mun Fah mengeluh bahawa bukan sahaja taktik-taktik yang pelbagai digunakan dalam persaingan antara parti dengan parti, malah pemilihan dalam parti sendiripun menyaksikan penggunaan taktik yang pelbagai untuk mengukuhkan kepentingan sekta sendiri.

Lim Mun Fah mengakhiri artikelnya yang disiarkan pada 10 November ini dengan, "...Sesungguhnya, 'kuasa' lebih memikat hati daripada 'idealisme'. Untuk mereka yang tidak sanggup dikorup kuasa, mungkin hanya mempunyai satu pilihan, iaitu menjadi pembangkang untuk selama-lamanya!"

"Pembangkang" yang dimaksudkan Lim Mun Fah adalah mereka yang lantang untuk menyuarakan kebenaran, demi prinsip dan bukan untuk menghambat kuasa. Dengan kata lain, beliau mengandaikan Zaid sebagai "pembangkang", yang gagal mendapat tempat dalam parti politik, walaupun dalam PKR yang mendakwa dirinya penggerak perubahan dan membawa politik baru.

PKR tanpa Zaid

Dalam satu artikel yang disiarkan pada 10 November di ruang Rencana, Kuay Chau Churh yang juga wartawan Sin Chew Daily melihat penarikan diri dan perletakan jawatan partinya secara tidak langsung memalit imej "keadilan" Parti Keadilan Rakyat.

Kuay Chau Churh sedar, sesungguhnya Zaid tidak melalui zaman reformasi seperti yang dialami sesetengah pemimpin yang ada, tetapi Zaid mempunyai idea yang memperlihatkan keterbukaan minda, misalnya menekankan keadilan, kesaksamaan tanpa perbezaan kelas. Beliau menganggap kelebihan dan pengalaman Zaid ini sebenarnya boleh mengisi kekosongan yang ada pada PKR dari segi pentadbiran.

Berikutan apa yang berlaku, Kuay Chau Churh menganggap penarikan diri Zaid mungkin memenuhi sesetengah agenda dalam parti, namun hasilnya mungkin mengakibatkan reputasi PKR terus menjunam. Pendek kata, tiada pemenang dalam pemilihan parti ini, tetapi cukup untuk mengecewakan rakyat.

Ulangi kelakuan Chandra Muzaffar?

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Pengarang Sin Chew Daily, Tay Tian Yan mempunyai pandangan yang agak berbeza. Dalam artikel kolumnya pada 10 November, Tay Tian Yan cuba mengimbas kisah apabila intelektual seperti Chandra Muzaffar menyertai Parti Keadilan Nasional pada tahun 1999, dan kemudian keluar parti. Apa yang dilakukan oleh bekas Timbalan Presiden ini adalah menyerang PKR, tetapi mendiamkan diri apabila berdepan dengan kuasa pemerintah.

Tay Tian Yan menganggap intelektual harus mengkritik dan memantau kedua-dua pemerintah dan pembangkang berdasarkan prinsip yang sama. Apabila Chandra Muzaffar (gambar kanan) hanya meluahkan ketidakpuasan dirinya, beliau telah hilang penghormatan daripada masyarakat umum.

Untuk Tau Tian Yan, keadaan yang hampir sama kini berlaku pada Zaid Ibrahim. Zaid Ibrahim amat disegani ketika beliau meletak jawatan menteri demi mempertahankan prinsip. Namun, selepas Zaid Ibrahim menyertai PKR, selain rungutan, menarik diri dan meletak jawatan, entah apa yang dilakukan lagi.

Malah beliau berkata Zaid yang ditaruh harapan adalah Zaid yang mempunyai misi besar untuk menggerakkan perubahan politik, dan bukan Zaid yang hanya merungut dan merajuk.

Pemilihan parti bukan memilih malaikat!

Dalam kolum Lum Chih Feng yang disiarkan Oriental Daily pada 10 November, berjudul "Pemilihan Parti bukan mencari malaikat!", beliau menganggap kritikan Zaid Ibrahim terhadap pimpinan 2 A (Anwar dan Azmin) bukan sesuatu yang baru, tetapi sekadar mengulangi apa yang dikatakan oleh bekas ahli parlimen PKR yang keluar parti.

Malah, Lum Chih Feng berkata, anggota dalam parti sudah tidak asing dengan kritikan sedemikian, ada juga rintihan kadang-kala tetapi tidak sampai tahap hendak melenting.

"Dunia politik bukan dunia agama, pemilihan parti bukan untuk mencari malaikat, tetapi memilih mereka yang layak sebagai pemimpin, kuncinya kebertanggungjawaban dan kebijaksanaan untuk membuat pertimbangan. Apakah ciri-ciri ini dimiliki Zaid? Bagaimana pula dengan Azmin dan Mustaffa Kamil Ayub?" Lum mempersoalkan.

Zaid tubuh parti baru bersama Ong Tee Keat?

Dalam satu artikel kolum yang disiarkan Kwong Wah Yit Poh pada 12 November pula, Hu Yi Dao mendakwa dirinya menerima satu khabar angin melalui sms bahawa Zaid Ibrahim telah berunding dengan bekas Presiden MCA Ong Tee Keat untuk menubuhkan parti baru, malah 11 ahli parlimen akan menyertainya, termasuk wakil rakyat Wangsa Maju, Wee Choo Keong.

Bagaimanapun, ketika mengulas sikap Zaid Ibrahim, Hu Yi Dao menganggap Zaid Ibrahim terlalu emosional, umpama budak-budak yang senang merajuk. Beliau mengimbas beberapa pengalaman Zaid, yang pernah bekerjasama dengan Mahathir dan Abdullah Ahmad Badawi - semuanya diakhiri dengan sikap Zaid ini. Dan kni, sikap merajuk ini diulangi terhadap Anwar Ibrahim.

*Kaleidoskop adalah "digest" kandungan media cetak. Akhbar bahasa Cina yang dirujuk bertarikh dari 10 hingga 12 November 2010, berkisar pada isu penarikan diri dari pemilihan parti dan perletakan jawatan parti oleh Zaid Ibrahim.

22 jemaah haji Malaysia meninggal di Tanah Suci

Posted: 13 Nov 2010 08:36 PM PST

BERNAMA

MAKKAH: Seramai 22 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di tanah suci manakala 85 masih dirawat di hospital menjelang jemaah haji dari seluruh dunia mula bergerak ke Arafah hari ini untuk berwukuf di Arafah esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika mengumumkan perkara itu bagaimanapun tidak memberikan pecahan jemaah lelaki dan wanita yang meninggal dunia.

Bagaimanapun, katanya, Lembaga Tabung Haji (TH) sudah memaklumkan kematian mereka kepada keluarga masing-masing sambil menambah bahawa mereka sakit sebelum meninggal dunia.

Bercakap kepada pasukan media TH yang membuat liputan Musim Haji 1431 Hijrah selepas meninjau operasi TH Mekah di Hotel Al-Janadriyyah petang semalam, Jamil Khir berkata TH akan membayar dam haji sebagai penghormatan kepada jemaah yang meninggal dunia bagi menyempurnakan haji mereka.

Dalam tinjauan itu, beliau disertai Pengerusi TH, Tan Sri Abi Musa Asa''ari Mohamed Nor serta Pengarah Urusan kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Ismee Ismail. Taklimat disampaikan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Salleh Abdul Mubin mengenai persiapan agensi itu menghadapi wukuf.

Jamil Khir berkata empat jemaah yang meninggal dunia berumur 80 tahun ke atas; 70-79 tahun (lapan orang); 60-69 tahun (empat orang); dan 50-59 tahun (enam orang).

"Lapan puluh lima jemaah yang sakit tidak akan dihalang dari mengerjakan rukun haji. Mereka akan dibawa terus dengan ambulans ke Arafah dan dibantu urusan melontar jamrah serta tawaf haji dan saie haji," katanya.

Jamil Khir berkata 71 orang dirawat di dua hospital Malaysia dan 14 lagi di hospital Arab Saudi di Madinah dan Makkah.

Mereka yang dirawat terdiri daripada 46 lelaki dan 39 perempuan. Kebanyakan mengalami penyakit kulit dan sendi dan batuk.

Katanya, 28 jemaah yang lemah daya ingatan, kelainan upaya atau uzur akan dibantu secara satu pesakit satu petugas TH sehingga selesai mengerjakan rukun haji.

"Saya berpuas hati dengan persiapan yang dibuat....marilah sama-sama berdoa agar semua jemaah kita kuat dari segi mental dan fizikal supaya ibadah mereka lengkap dan mendapat haji mabrur," katanya.

Anwar Nik Aziz Diiktiraf Individu Muslim Berpengaruh Di Dunia

Posted: 13 Nov 2010 08:35 PM PST

Oleh Suara Keadilan

muslim2010-coverSHAH ALAM - Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi tersenarai antara 500 Individu Muslim Paling Berpengaruh Dunia untuk tahun 2010.

Buku ' The Most Influential Muslims 2010' yang diterbitkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre turut menyenarai Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada edisi kali ketiga buku itu.

Dalam laporan itu, Anwar disifatkan sebagai seorang ahli politik yang dikenali di peringkat global dengan pendirian Islam serta sangat berpengaruh kalangan generasi muda.

"Empat buah negeri di bawah kerajaan Malaysia berada di penguasaan Anwar. Jika Anwar memimpin dalam pilihanraya yang adil, Anwar akan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

"His excellency Dr anwar Ibrahim is a Malaysian politician of global stature. He is the former Deputy Prime Minister of Malaysia, former Finance Minister and is currently the leader of the Malaysian opposition coalition.He is well-known for his liberal Islamic stance on politics, and is incredibly influential as a leader and role model for young people. Ibrahim's coalition now controls four of 13 state governments. If led by Anwar, it would have a fair chance of winning the next national election in 2013."

Buku itu turut mengiktiraf Nik Abdul Aziz pula yang disifatkan sebagai pemimpin yang sudah memerintah Kelantan 20 tahun yang mempunyai sokongan ahli PAS hampir 1 juta ahli.

"Nik Abdul Aziz telah memerintah negeri Kelantan kira-kira 20 tahun dan beliau memegang kuasa yang sangat penting dalam tempoh berkenaan di mana sokongan ahli PAS hampir satu juta ahli"

"Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat is a Malaysian politician, an Islamic scholar and has been the chief minister of the State of Kelantan for the past 20 years. He holds the position of Mursyidul Am-the religious guide-within the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS). As the religious guide of the Pan-Malaysian Islamic Party, Nik Mat is the spiritual leader of Malaysian Islamic politics and holds very important sway over the tenor of politics in the nation. Nik Aziz's fundamentalist party has close to one million members and enjoys strong support from the northern rural and conservative states such as Kelantan and Terengganu."

Buku 'The Most Influential Muslim 2010' turut dibahagikan kepada 15 kategori ,antaranya kategori ulama, politik, cendekiawan, pemuda, media, sains, teknologi, perubatan, undang-undang, seni dan radikal.

Penyenaraian tersebut membuktikan kepimpinan politik dan peranan besar ketiga-tiga pemimpin dalam gagasan Pakatan Rakyat yang mendapat pengiktirafan masyarakat antarabangsa.

'Anu dalam botol': PAS mahu penjelasan

Posted: 13 Nov 2010 04:15 PM PST

MALAYSIA KINI


Dewan Pemuda PAS menyatakan kekesalannya dengan penerbit dan pengarah filem terkenal Raja Azmi Raja Sulaiman yang bersungguh-sungguh ingin menayangkan filem ...Dalam Botol yang didakwa berunsurkan tema gay.

Sehubungan itu, Ketuanya Nasrudin Hassan mahukan Raja Azmi menjelaskan apakah motif utama pembikinan dan penyiaran filem berkenaan?

"Adakah ia merupakan isu atau fokus penting dikalangan masyarakat terutamanya golongan belia pada hari ini?

"Malah, Pemuda PAS juga hairan mengapa pihak beliau pada asalnya menamakan judul filem berkenaan Anu Dalam Botol?

Dalam satu kenyataan hari ini, Nasruddin berkata, walaupun dalam perbahasan fekah seksualiti bukanlah tabu, tetapi daripada sudut perfileman, industri itu mestilah membangunkan minda masyarakat dengan penerbitan filem "berkualiti" dan canggih.

Menurut takrif dewan itu, filem yang berkualiti terhasil melalui jalan cerita atau pengisian yang yang menjadikan masyarakat lebih baik.

Menurut Nasrudin lagi, sesuatu karya juga mesti kira pertimbangan agama, budaya dan nilai yang perlu diterapkan kepada masyarakat.

"Pihak DPPP berharap agar industri perfileman giat memproduksi filem-filem yang memberikan nilai-nilai positif selain menyentuh isu yang melibatkan kepentingan umum supaya ia dapat menjadi agen yang efektif untuk membantu negara dalam melahirkan rakyat yang tinggi nilai jatidirinya, kukuh pegangan agama dan prinsipnya, hidup dalam budaya ilmiah serta kuat sifat patriotiknya," katanya.

Bantahan terbaru Pemuda PAS terhadap isu filem itu dilihat selari dengan perhimpunan bantahan mereka terhadap konsert artis 'gay' terkenal Amerika Syarikat Adam Lambert di Kuala Lumpur sebelum ini.

Raja Azmi sebelum ini dilaporkan berkata, ...Dalam Botol merupakan inspirasi kisah benar yang mengisahkan 'derita' mereka yang bertukar jantina tetapi ingin kembali kepada asal.

Jenayah terhadap kanak-kanak membimbangkan

Posted: 13 Nov 2010 04:13 PM PST

BERNAMA


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini melahirkan rasa bimbang dengan kemunculan banyak kes-kes penderaan, penganiayaan, jenayah seksual serta sumbang mahram terhadap kanak-kanak.

Beliau berkata berkata banyak kes yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat termasuk kes dera, dilakukan oleh ibu bapa dan penjaga kanak-kanak itu sendiri, sedangkan merekalah yang sepatutnya memberi perlindungan.

Katanya statitistik kes yang membabitkan ibu bapa mencatatkan jumlah 808 kes, adik beradik (23 kes), teman lelaki ibu (270), jiran (26), saudara mara (322), orang dikenali (231), manakala pendera tidak dikenali sebanyak 110 kes.

"Sebanyak 1,010 kes penderaan dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga April meliputi kes penderaan fizikal, seksual, emosi, sumbang mahram dan buang bayi.

"Kes-kes ini terus meningkat dari 2,279 pada 2007 kepada 2,780 (2008), dan 2,789 pada 2009," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia 2010 yang mengambil tema "Keselamatan Kanak-kanak di Tangan Kita: Bertindaklah!" di Petaling Jaya hari ini.

Shahrizat berkata kerajaan membuat pelbagai dasar untuk melindungi kanak-kanak, seperti Dasar Perlindungan Kanak-kanak, Dasar Kanak-kanak Negara, Akta Kanak-Kanak 2001, tetapi ia tidak akan menjadi kenyataan sekiranya tiada pembabitan semua pihak menjayakannya.

Sementara itu selaras dengan sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia 2010, pihak kementerian mengambil inisiatif mewujudkan talian kanak-kanak Childline dengan menggunakan talian 15999.

Beliau berkata talian itu disatukan dengan talian Annur yang sudah wujud sebelum ini dengan mempunyai nombor yang sama supaya ia lebih senang diingati serta praktikal, dan ia beroperasi 24 jam sehari sepanjang tahun.

Shahrizat berkata Malaysia adalah satu daripada 130 negara di dunia yang mempunyai talian sedemikian yang dibangunkan dengan kerjasama projek Childline Malaysia (CLM) selain 20 pertubuhan bukan kerajaan dan syarikat swasta.

Beliau berkata daripada 203 negara di dunia, 165 negara sudah mempunyai talian khusus untuk kanak-kanak.

Tema pelancaran Childline ialah "Keselamatan Kanak-Kanak di Tangan Anda. Kita semua Bertanggungjawab" dan ia diwujudkan dengan kerjasama 20 pertubuhan bukan kerajaan dan syarikat swasta.

Naib presiden PBB mungkin letak jawatan

Posted: 13 Nov 2010 04:10 PM PST

MALAYSIA KINI


Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Daud Abdul Rahman akhirnya bercakap tentang masa depan politiknya dan keadaan kesihatannya yang menjadi bahan spekulasi di Sarawak sejak bulan lalu.

Beliau yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) berkata bahawa sekiranya pilihan raya negeri diadakan tahun ini, beliau mungkin meletak jawatan ekoran kesihatanya di mana beliau dinasihat supaya berehat sehingga akhir tahun ini, lapor Bernama.

"Jika pilihan raya negeri diadakan tahun depan, insya-Allah saya fikir saya akan teruskan tetapi keputusan akhir akan saya biarkan presiden parti dan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk membuat keputusan," beliau dipetik berkata kepada pemberita di Kuching hari ini

Beliau berkata beliau akan menerima sebarang keputusan yang dibuat presiden parti demi kepentingan parti dan rakyat, lapor agensi berita nasional itu.

Daud, 59, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Tupong sejak 1991 diserang strok ringan enam minggu lalu dan ekoran itu doktor menasihatinya supaya berehat.

"Serangan strok menjejaskan penglihatan saya. Kini saya pulih sepenuhnya tetapi saya memerlukan rehat,' katanya dan menambah beliau diberi cuti sakit sehingga Isnin ini.

'Haram' media: GERAKAN sedih, NUJ ajak boikot

Posted: 13 Nov 2010 04:09 PM PST

MALAYSIA KINI


Pemuda GERAKAN Kedah mendesak pemimpin kanan Pakatan Rakyat di peringkat pusat tidak berdiam diri dalam isu larangan terhadap beberapa media daripada membuat liputan di belanjawan yang akan dibentangkan di dewan negeri itu esok.

Ketua Pemuda GERAKAN negeri Tan Keng Liang berkata, ini kerana kebebasan media di negeri jelapang padi itu kini semakin terjejas.

"Pakatan Rakyat juga perlu menjamin dan mengekalkan kebebasan media di negeri Kedah," katanya.

"Saya berharap pemimpin-pemimpin pusat Pakatan Rakyat tidak akan berdiam diri dan mengabaikan kepentingan rakyat negeri Kedah."

Kerajaan PAS Kedah dilaporkan mengeluarkan arahan itu melalui sepucuk surat yang ditandatangani oleh setiausaha akhbar menteri besar yang hanya membenarkan Harakah, The Star, Sinar
Harian, Sin Chew Daily and Makkal Osai membuat liputan sesi belanjawan sehingga Selasa ini.

Dilaporkan juga, larangan itu ekoran dakwaan terdapat manipulasi berita dan liputan terhadap mereka.

Dalam satu kenyataan hari ini, Tan berkata, beliau sedih apabila kebebasan media bukan hanya disekat, malah petugas media didakwa berhadapan dengan ancaman dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Pihak media tersebut hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Saya berharap pihak media di Kedah akan tabah dalam mengharungi situasi sedemikian di negeri Kedah," kata Tan lagi.

Tan juga menjelaskan, larangan itu bertentangan dengan janji Pakatan untuk memberi kebebasan kepada media Malaysia.

Selain Pemuda GERAKAN, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia Hata Wahari dilaporkan kecewa dengan langkah itu, sekali gus mendesak larangan itu dibatalkan.

"Ia suatu tindakan kerajaan negeri yang tidak rasional dan tidak adil dengan memilih beberapa media tertentu.

"Mereka tidak harus berlebih-lebihan melatah terhadap laporan yang tidak digemari mereka," Hata yang juga wartawan kanan Utusan Malaysia dipetik sebagai berkata.

"Sekiranya kerajaan negeri tidak mahu menarik balik surat (larangan itu), semua organisasi media patut memulaukan persidangan DUN sebagai tanda bantahan."

Tiada ulasan: