Rabu, 10 November 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


TONTON VIDEO LUCAH OBAT LEMAH SAHWAT? KA KAH HA..BACALAH DOKTOR GILA INI

Posted: 10 Nov 2010 08:56 AM PST

Guizhou, China, Film porno diketahui dapat membuat orang menjadi adiksi atau kecanduan sehingga membawa dampak buruk pada otak. Tapi seorang ahli urologi justru merekomendasikan menonton flim porno untuk membantu menyembuhkan ejakulasi dini.

Baru-baru ini, seorang pria yang didiagnosa dengan prostatitis, yaitu peradangan pada kelenjar prostat yang menyebabkan sakit pada saat ejakulasi, menjalani pengobatan di sebuah rumah sakit di Guizhou, China, mengaku diminta untuk menonton film porno.

Bisakah film porno mengatasi masalah ejakulasi?


"Rumah sakit tersebut mungkin ingin pasien melakukan masturbasi sambil menonton film porno, agar dia membuang sperma tidak sehat," ujar Dr Lin Fa Cai, ahli urologi dari Singapura, seperti dilansir Thestar, Rabu (10/11/2010).

Menurut Dr Cai, biasanya film porno yang digunakan dalam pengobatan tersebut adalah film yang dipilih secara khusus dan bukan merupakan film porno yang banyak di pasaran.

Hal serupa juga disampaikan oleh Dr Yang Zhi Jian dari klinik kesehatan pria di Singapura. Ia mengatakan bahwa menonton film porno bisa membantu pasien belajar keterampilan untuk meningkatkan kehidupan seksualnya.

"Metode ini memang belum pernah dilakukan sebelumnya, tapi ternyata cukup berhasil diterapkan," jelas Dr Jian lebih lanjut.

Tak hanya itu, seorang pakar seks Dr Wei Siang Yu juga mendukung metode menonton film porno tersebut. Menurutnya, metode tersebut dapat merangsang produksi hormon seks pria.

Ejakulasi dini atau masalah gangguan ereksi adalah hal yang paling menakutkan bagi pria. Menghindari ejakulasi dini dapat sangat berguna dalam kehidupan seorang pria. Karena pria dengan ejakulasi dini dianggap tak bisa membahagiakan pasangannya dan bisa menyebabkan stres.

Ejakulasi dini ternyata merupakan masalah seksual yang umum terjadi pada pria. Diperkirakan ada sekitar 30 persen pria di dunia mengalami ejakulasi dini. Tidak peduli berapa usia, berapa banyak pengalaman yang dimiliki atau seberapa banyak tahu tentang seks, ejakulasi bisa terjadi pada siapa saja.

Selama bertahun-tahun, sejumlah penyebab ejakulasi telah dibicarakan, termasuk masalah-masalah psikologis seperti kecemasan dan rasa bersalah, kebiasaan buruk dari masturbasi, sensitivitas penis lebih besar dan kurangnya pengalaman seksual.

PARTI BN TERNYATA PARTI JUDI HAHA?

Posted: 10 Nov 2010 06:44 AM PST

Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke hari ini mempersoalkan rancangan badan pelaburan MCA - Huaren Holdings Sdn Bhd - untuk mendapatkan pegangan saham ke atas firma perjudian Tanjong PLC - syarikat perjudian ketiga terbesar di Malaysia selepas Berjaya Sports Toto dan Magnum.

"Pertama sekali, adakah benar mereka merancang untuk berbuat demikian? Jika betul, di mana autoriti moral MCA? Adakah ia (MCA) entititi perniagaan atau sebuah parti politik," soal Loke pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Beliau juga mempersoalkan tindakan MCA yang hanya berdiam diri rancangan Kementerian Kewangan sebelum ini yang bercadang meluluskan lesen judi sukan di negara ini.

"Adakah kerana mereka menyokong rancangan itu kerana mereka juga ada perancangan untuk melabur dalam perniagaan perjudian?" soalnya.

Menurut Loke lagi, terdapat konflik kepentingan apabila MCA diwakili oleh seorang timbalan menteri kewangan yang keputusannya memberi impak kepada industri perjudian.

"MCA masih adalah sebahagian daripada kerajaan. Meskipun mereka tidak berkuasa, tetapi mereka tetap sebahagian daripada kerajaan dan ini mungkin menyebabkan konflik kepentingan," katanya.

Loke berkata jika MCA meneruskan hasratnya untuk terbabit dengan industri perjudian, DAP akan terus menjaja isu berkenaan

SEBELUM INI UMNO JUGA MERANCANG JUDI BOLA MASA PIALA DUNIA..SEKARANG MCA HA HA HA..

MENGAPA KALIINI AKU MESTI SOKONG AZMIN?

Posted: 10 Nov 2010 04:41 AM PST

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali berkata kedudukan beliau dalam parti itu ditentukan oleh anggota parti dan bukannya individu yang menentukan saf kepimpinan parti.
Dalam hubungan ini, katanya, beliau tidak akan tunduk dengan desakan agar beliau mengundurkan diri daripada PKR kerana beliau menerima sokongan baik untuk memberikan khidmat bagi membawa parti ini ke tahap yang lebih besar.
Azmin berkata demikian sebagai mengulas desakan Datuk Zaid Ibrahim agar beliau dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur daripada parti itu kerana didakwa merekalah yang membawa masalah kepada PKR.
"Saya bersedia untuk mengambil peranan yang lebih kecil jika itulah yang diputuskan. Namun alhamdullillah setakat hari ini dukungan oleh anggota parti untuk saya memimpin itu cukup kuat dan besar termasuk negeri Sabah," kata Azmin kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
"Maka bukan soal individu mahupun Zaid menentukan saf kepimpinan parti ini bermakna beliau tak menghormati prinsip dan amalan demokrasi di dalam parti," kata Azmin yang akan bertanding bagi jawatan timbalan presiden PKR.
Mengenai permintaan Zaid supaya proses pemilihan yang sedang diadakan   ditangguhkan kerana dakwaan berlakunya manipulasi, Azmin berkata jika ada tuduhan mana-mana pihak perlu mengemukakan bukti, malangnya sehingga sekarang tidak ada bukti secara khusus dihantar kepada sekretariat Jawatankuasa Pemilihan Pusat untuk diteliti aduan-aduan berkenaan.
Oleh itu, beliau meminta pihak-pihak yang mengeluarkan dakwaan sedemikian supaya lebih bertanggungjawab dan tidak beremosi kerana semata-mata telah tewas dan tersungkur di beberapa negeri  dalam pemilihan parti.
"Mengapa perkara ini tidak dibangkitkan pada hari pertama pemilihan semasa beliau mendapat sokongan, mengapa hanya setelah dua minggu pemilihan berlaku dan setelah tewas teruk di negeri Sabah baru perkara ini dibangkitkan.
"Jadi banyak juga persoalan dibangkitkan anggota juga mengenai keikhlasan beliau dalam perkara yang dibangkitkan itu," katanya. — Bernama

BURUK KELAKU ZULKIFLI NORDIN :ISLAM TAIK KUCING YANG DIAMALKAN?

Posted: 10 Nov 2010 12:59 AM PST

Gara-gara menegur sikap ahli parlimen bebas Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang membangkitkan isu 'sosej babi', Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS- Kuala Selangor) dihalau keluar dewan.

Insiden bermula apabila Zulkifli membangkitkan isu seorang pelajar membawa sosej babi yang dimasak oleh ibunya, ke sekolah dalam satu kes yang berlaku di Kuching.

Isu tersebut semalam dibangkitkan Chong Chieng Jen (DAP-Kuching).

Dr Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat kemudiannya membantah dengan mendakwa tidak wajar ruang perbahasan bajet Jabatan Perdana Menteri diguna membangkitkan isu agama yang boleh mencetuskan ketegangan.

Lantaran itu, Zulkifli yang juga bekas ahli PKR, kemudian menanyakan pendirian PAS berhubung perkara itu lalu menuduh PAS berdiam diri dalam isu tersebut dan mendakwa parti itu menghalalkan orang Islam makan babi.

Kenyataan itu kemudiannya membangkitkan kemarahan bukan sahaja Dr Dzulkefly, malah sebahagian ahli parlimen Pakatan Rakyat lain.

Turut bangun membantah Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), dan Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja).

Tidak berpuas hati dengan kenyataan Zulkifli itu, Dzulkefly kemudiannya bangun membantah sehingga dewan menjadi kecoh dan tidak terkawal oleh Timbalan Speaker, Datuk Dr. Wan Junaidi Jaafar.

Speaker kemudiannya mengarahkan Dr Dzulkefly duduk namun tidak diendahkannya ekoran Zulkifli terus menyerangnya.

Ekoran itu, Speaker mengarah Dzulkefly keluar dewan.

"Apa yang memanaskan saya apabila saya disuruh saya duduk, dalam masa sama Kulim Bandar Baharu (Zulkifli) terus menerus menyerang PAS, serang Islam dan serang saya," katanya ketika ditemui sewaktu keluar pintu dewan.

Pada sidang media selepas itu, Dzulkefly mendakwa ahli parlimen Kulim Bandar Baharu sengaja menggunakan ruang perbahasan untuk mencetuskan pertentangan.

"Dalam semangat toleransi beragama, Kulim Bandar Baharu membuat satu penyataan yang menunjukkan orang Islam ekstrem.

"Kalau benar mahu bahas isu ini, bukan di sini, tapi Kulim Bandar Baharu terus mengatakan bahawa inilah PAS, yang menghalalkan orang Islam makan babi.

"Inilah cara paling jahat yang sebenarnya mengkhianati agama atas kononnya untuk memperjuangkan agama," katanya kesal.

Sementara itu, Yusmadi Yussof (PKR-Balik Pulau) pada sidang media sama turut mengecam sikap Zulkifli.

Katanya, Zulkifli  tidak bertanggungjawab dan tidak mengamalkan konsep Islam moderat yang mahu ditonjolkan kepimpinan negara.

"Saya terkilan kerana Kuala Selangor (Zulkefly) menjadi mangsa dalam usaha pertahankan apakah Islam yang sebenar," ujarnya.

DEMI WANGKRONI DAN PROTON AWASLAH KERETA ANDA HARUS DILUPUSKAN?

Posted: 09 Nov 2010 10:20 PM PST

KUALA LUMPUR - Sebanyak 5,110,326 daripada 19,820,842 jumlah kenderaan berdaftar di Malaysia sehingga Ogos lepas berusia lebih 10 tahun, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Beliau berkata kementerian sentiasa menekankan aspek keselamatan terhadap semua kenderaan tanpa mengambil kira usia kenderaan berkenaan.

"Selain daripada tindakan penguatkuasaan yang dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia, langkah pengawalan keselamatan melalui pemeriksaan Puspakom diwajibkan bagi memastikan kenderaan itu masih layak digunakan," katanya semasa menjawab soalan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Salahudin ingin tahu jumlah kenderaan berdaftar di negara ini melebihi usia 10 tahun dan langkah pengawalan keselamatan yang diambil bagi memastikan kenderaan itu selamat.

Abdul Rahim berkata pemeriksaan yang dilakukan adalah berdasarkan beberapa kategori termasuk kategori kenderaan perdagangan yang memerlukan kewajipan pemeriksaan awalan sebelum pendaftaran dan menjalani pemeriksaan berkala setiap tahun bagi dua tahun pertama dan setiap enam bulan untuk masa seterusnya.

PAS DI INGAT JANGAN TERIMA ZAID MASUK PAS

Posted: 09 Nov 2010 08:17 PM PST

jika zaid keluar pkr pun apa salahnya...apa lebihnya ha ha.. setakat perhiasan takda pun tak pa pergila jilat balik ke umno pun takda masalah.. tapi gua wanti wanti bagi amaran ngan pas jangan sesekali ambik zaid masuk rumah pas cilaka 500tau kalau zaid masuk pas.

si mustafa dah jadi lalang..mungkin saja dia masih setia dengan muhyiddin sebagai bos lama dia...

ZAID BUKAN PEJUANG SEBENAR!!!

Posted: 09 Nov 2010 03:56 PM PST

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim bukan pejuang sebenar, kata Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Mansor Othman.
Mansor yang bertanding bagi satu daripada empat jawatan naib presiden berkata Zaid tidak dapat menangani tekanan daripada anggota parti di peringkat akar umbi.
"Saya tidak fikir Zaid seorang pejuang sebenar kerana apabila beliau menghadapi tekanan, beliau menyerah kalah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bangunan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Semalam, Zaid dilaporkan menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dengan alasan pucuk pimpinan PKR tidak langsung cuba menangani pelbagai isu berhubung manipulasi dan amalan pemilihan yang tidak adil walaupun isu-isu itu sering dibangkitkan.
Dalam kenyataannya semalam, Zaid juga mengumumkan beliau melepaskan semua jawatannya dalam parti itu.
Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri (I) berkata, apabila Zaid mendapati bahawa peluangnya tipis untuk menang, beliau menarik diri.
"Beliau (Zaid) tidak menghadapi tekanan daripada pimpinan parti tetapi suara-suara akar umbi memberi petunjuk bahawa beliau mungkin kalah, jadi beliau menarik diri," katanya.
Mengenai dakwaan Zaid berhubung manipulasi dan amalan pemilihan yang tidak adil, Mansor berkata jika ada, beliau sepatutnya membangkitkan perkara itu melalui saluran yang betul dan bukan melalui media.
"Kita sepatutnya tidak menggunakan media untuk menyerang parti, tetapi membawa isu berbangkit pada mesyuarat parti untuk penyelesaian," katanya.
Bagaimanapun, Mansor yang kecewa dengan keputusan Zaid, juga mengakui bahawa parti itu kini dalam dilema bagi menangani masalah anggota baru parti yang mencari kedudukan.
"Mereka masih baru di dalam parti dan apabila gagal dalam cubaan untuk mendapatkan jawatan dalam parti, mereka membenarkan diri mereka dikawal 'musuh' untuk menyerang parti," katanya. — Bernama

ASRI MOHON MAAF CADANG ANWAR BERSARA:ADA YANG LAIN MAHU CONTOHI AKUI KESILAPAN?

Posted: 09 Nov 2010 11:20 AM PST

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin memohon maaf atas pandangan sebelum ini yang mencadangkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya "bersara politik."

"Justeru, sebagai saudara Muslim, saya sekali lagi – seperti kenyataan awal - pohon kemaafan atas pandangan tersebut.

"Namun saya masih mempercayai pandangan itu ada kebenarannya, melainkan Allah SWT mendatangkan hal yang sebaliknya. Dia Maha Mengetahui segalanya," katanya.

Bagaimanapun, beliau menafikan digunakan oleh akhbar Umno Utusan Malaysia dalam 'perancangan' untuk mencemarkankan nama baik Anwar sebagai ketua pembangkang.

Tiada ulasan: