Ahad, 14 November 2010

Biaqpila

Biaqpila


Nafi sumbangan negeri, Sultan Kedah dukacita

Posted: 14 Nov 2010 02:00 PM PST



Mohd Shubihi Muhamad Zain

ALOR SETAR, 14 Nov: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kecewa dengan pihak-pihak yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan negeri membantu mangsa banjir besar baru-baru ini.

"Namun, beta dukacita kerana ada suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan beta serta semua pihak yang terlibat di dalam membantu mangsa banjir," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Penggal Ketiga, dekat sini, pagi tadi.

Gambar: Pemeriksaan perbarisan PDRM oleh Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ketika perasmian Sidang Dun Kedah.

Sementara itu, baginda juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyumbang dana, saling membantu dan bekerjasama memberi bantuan tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan fahaman politik semasa negeri menghadapi bencana banjir terburuk itu.

"Beta merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat membantu mangsa banjir dan keadaan ini jelas menggambarkan semangat persaudaraan dan perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat beta yang berbilang kaum dalam menghadapi bencana, titah baginda lagi.

Ucapan tahniah turut dirakamkan kepada Menteri Besar (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) yang berjaya menerajui kerajaan negeri secara adil, beramanah dan proaktif.

"Rakyat di negeri ini telah diberi layanan yang adil, hubungan antara kaum semakin erat melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Beta dapati kerajaan negeri telah memberikan sepenuh daya usaha dan kerjasama dengan semua pihak bagi memajukan negeri ini," titah baginda.

HD

Terima Kasih Referee Kayu

Posted: 14 Nov 2010 04:00 AM PST



"Saya hanya tanya pengadil kenapa Mahali dilayangkan kad merah. Kemudian saya diberi kad kuning,"kata Safiq Rahim yang merupakan ketua pasukan bolasepak negara.

"Apabila saya tanya pula kenapa saya kena kad kuning, pengadil terus keluarkan pula kad merah," katanya.

Malaysia bagaimanapun tetap berjaya layak ke pusingan kedua selaku empat pasukan tempat ketiga terbaik dan akan bertemu juara Kumpulan B, Iran 4 petang esok.

MANGKUK KAYU BERAYUN PUNYA PENGADIL.TAPI TERIMA KASIH JUGAK LA,KALAU SERI ATAU MENANG SEMALAM,MALAYSIA KENA JUMPA KOREA SELATAN.BIAQ CHINA YANG KENA LAWAN DENGAN KOREA SELATAN.

KEPADA PEMAIN NEGARA,GUA SALUTE LU ORANG LA!!!! BOLEH BERTAHAN HINGGA AKHIR,GOL-GOL CHINA PUN TERHASIL DARI SEPAKAN PERCUMA DAN PENALTI.SEPAKAN PERCUMA PUN AKIBAT TINDAKAN BERAT SEBELAH PENGADIL,APALAGI PENALTI YANG NAMPAK SANGAT PENGADIL TIDAK PROFESSIONAL.

GUA RASA LU ORANG BOLEH MENANG SEMALAM KALAU TAK KERANA KEPUTUSAN-KEPUTUSAN GILA REFEREE TU.

SYABAS MALAYSIA!!!! SELAMAT BERJUANG KE PERINGKAT SETERUSNYA!!!

Gimik Mustafa Kamil Tidak Menjadi...

Posted: 13 Nov 2010 11:00 PM PST

Oleh Mohd Sayuti Omar

SAYA hanya mampu tersenyum mengenangkan politik Mustapa Kamil Ayub yang membuat gimik Wak Long (badut dalam wayang kulit) dalam PKR tetapi tidak menjadi. Hari ini dia membuat sidang akhbar memberitahu sekalian rakyat yang dia meneruskan hasrat perebutan jawatan timbalan presiden. Walaupun dia protes pemilihan itu yang dianggap tiak adil, tetapi dia teruskan juga.

Pelik bunyinya.. tetapi itulah politik. Mulanya Mustapa Kamil bukan main lagi melepaskan geli gelemannya dengan pemilihan itu yang dianggap tidak adil dan penuh dengan tipu daya



Dia memberi masa 48 jam untuk PKR memperbetulkan kepincangan dalam pemilihan itu kalau tidak dia akan melakukan sesuatu yang mengejutkan. Nada dan bunyi suara Mustafa Kamil sangat tegas, kalau tidak sama dengan suara Malik Zabaniah pun tetapi dekat-dekatlah dengan suara itu.

Dia mengeluarkan kenyataan itu saat dia mendamping Zaid Ibrahim yang membuat penjelasan berhubung tindakannya menarik diri dari bertanding dan meletakkan semua jawatan dipegangnya. Kenyatan itu dibuat di rumahnya (Zaid) di Tropicana. Ini bermakna Mustafa Kamil sengaja melangkah ke rumah Zaid untuk mendampingi Zaid. dan bersekongkol dengan kesucian dan kekudusan politik Zaid.

Jika dilihat kepada kesungguhan itu, Mustafa Kamil semacam turut berkerat rotan dan berpatah arang dengan PKR. Dia akan mengikut jejak langkah Zaid. Tetapi tidak begitu rupanya. Sebaliknya dia dorong ke belakang semula. Belum sempat ayam berkokok dia sudah memalingkan semula niatnya. Mulanya dia membuat kenyataan memberi isyarat masih sokong kepada penasihat dan presiden PKR. Selepas itu beliau...membuat pula kenyataan tetap akan bertanding walaupun menganggap proses pemilihan itu pincang.

Apakah erti kata-kata Mustafa Kamil itu? Budak kecil pun faham mengenai kesongsangan kenyataan itu. Tetapi koner baring Mustafa itu mudah untuk difahami. Dia sudah dapat mengangak bila Zaid lontar bom tetapi tidak meletup maka dia kena cari jalan selamat secepat mungkin. Caranya undur balik ke belakang.

Dalam pengamatan saya, cara Mustafa Kamil mendampingi Zaid itu di sidang akhbar itu dan mengangkat kertas memorandum satu kesilapan besar. Beliau senaga 'mendempetkan' dirinya dengan kebusukan yang ada kepada Zaid. Ingin saya beri tahu Mustafa Kamil beliau tidak akan terlwan dengan cara politik Zaid. Zaid boleh bergerak dengan wang. Mustafa jangan harap kalau hendak menumpang tuah Zaid.

Walhasilnya tindakan Mustafa Kamil bersama Zaid tidak sampai tiga hari itu telah merosakkan reputasi dirinya. Baik-baik dirinya dikenali sebagai seorang ahli politik berpotensi, cendekiwan tetapi julangan itu jatuh bercelabak apabila beliau tidak bijak memilih kawan atau tempat untuk membuat kritikan kepada parti. Dan apabila Mustafa tidak jadi membuat gimik Wak Long itu maka orang pun akan dapat mengukur sejauh mana kebestarian politik seorang Mustafa Kamil Ayub

http://msomelayu.blogspot.com/



DD

Sepasang kekasih dicekup ketika tidur

Posted: 13 Nov 2010 08:00 PM PST



Operasi Cegah Maksiat Masjid Al-Azim, Pandan Indah KL

PANDAN INDAH - Sepasang kekasih yang sedang lena dibuai mimpi terkejut apabila Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu di salah sebuah unit kondominium di Pandan Perdana, awal pagi semalam kerana disyaki berkhalwat.

Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah, Ahmad Nawi Osman berkata, operasi kira-kira jam 3 pagi itu dilakukan setelah pihaknya menerima maklumat serta aduan orang awam.

"Setibanya di lokasi, didapati pintu rumah tidak dikunci dan keadaan ruang tamu agak gelap. Setelah lampu rumah dibuka, kami mendapati pasangan tersebut tidur di ruang tamu.

"Anggota penguat kuasa terus memperkenalkan diri setelah mengejutkan pasangan terbabit," katanya.

Menurutnya, sebelum pihaknya menyerbu rumah dipercayai disewa teman wanita pasangan itu, pegawai Masjid Al-Azmin mendapati pintu rumah itu ditampal 'angpow' Tahun Baru Cina dan beberapa tanglong bertujuan bagi mengaburi jiran tetangga dan pihak penguatkuasa.

Ahmad Nawi berkata, ketika tangkapan, lelaki berkenaan tidak berbaju dan hanya berseluar pendek, manakala teman wanitanya berpakaian lengkap dan berseluar pendek.

"Pasangan terbabit dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk membolehkan pihaknya membuat laporan.

"Kami hanya menjalankan tindakan di bawah Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabitkan kesalahan mereka boleh di denda sebanyak RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Pada masa sama, pegawai Masjid Al-Azim turut menjalankan Operasi Cegah Maksiat yang bermula pada jam 12.30 malam hingga jam 7 pagi di beberapa kawasan tumpuan seperti di Bukit Langat, Bukit Permai dan pihaknya turut memantau di beberapa kawasan sekitar taman permainan dan padang di Pandan Indah, Pandan Jaya dan Pandan Perdana dalam usaha memerangi aktiviti tidak bermoral.

"Seramai 90 remaja ditahan di dalam operasi itu di beberapa lokasi berasi- ngan, pihak kami turut berhadapan dengan beberapa remaja yang 'keras kepala' ketika kami melakukan operasi di Bukit Langat.

"Bagaimanapun perkara tersebut berjaya dikawal setelah kami memberi penerangan dan taklimat ringkas kepada mereka," katanya.

Sementara itu, Ahmad Nawi berkata, pihaknya telah mengambil maklumat kesemua remaja terbabit dan mereka perlu menghadiri sesi kaunseling di Masjid Al-Azim Pandan Indah.

"Tindakan tegas akan diberikan jika mereka ingkar dan tidak menghadiri sesi kaunseling tersebut," katanya.

Menurutnya, operasi tersebut dijalankan di bawah Seksyen 31, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabitkan kesalahan mereka boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara.

"Kami tidak teragak-agak menyerahkan mereka kepada pihak Jais untuk dikenakan tindakan lanjut apabila didapati melakukan perbuatan yang sama berulang serta ingkar menghadiri sesi kaunseling tanpa memberi alasan kukuh.

"Saya berharap mereka dapat memberi kerjasama atau berhadapan tindakan tegas daripada Jais," katanya.

SH


Lawak Ahad: Terpotong

Posted: 13 Nov 2010 05:00 PM PST



Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Zamri
terpandang Khairy sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Khairy.

Zamri : Kenapa menangis?

Khairy : Saya datang untuk ujian darah.

Zamri : Awak takut ke?

Khairy : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah
terpotong jari saya.

Mendengarkan penjelasan Khairy, Zamri pun menangis.

Khairy : Eh, kenapa pula awak menangis?

Zamri : Saya datang untuk ujian air kencing…


Tiada ulasan: