Rabu, 10 November 2010

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


24 Cabang minta tangguh segera pemilihan.

Posted: 10 Nov 2010 04:33 AM PST

Ni apa cerita pulak ni.. 24 Cabang minta tangguhkan Pemilihan.. Saifuddin kata semalam dapat sokongan kuat akar umbi..

Semalam.. ketika Saifuddin menegaskan bahawa PKR akan tetap meneruskan pemilihan langsung yang berlangsung sekarang meskipun menerima kata dua dan dipertikaikan dua calon timbalan presiden , Saifuddin berkata "Adakah ini akan memberi kesan ke atas proses (pemilihan)? Tidak, kami menerima sokongan kuat daripada akar umbi,"

Dan menurut Mustaffa Kamil Saifuddin tidak wajar berkata demikian, Ini kerana Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Dr Molly Cheah masih meneliti memorandum yang diserahkan..

Sekarang apa cerita pulak Saifuddin? Cabang-cabang ni bukan mewakili akar umbi kah?


24 Cabang Minta PKR tangguhkan Pemilihan.
Oleh Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, 10 Nov — Susulan tindakan dua calon mempertikaikan kesahihan, sebanyak 24 cabang menggesa kepimpinan PKR agar menangguhkan segera proses pemilihan pusat sementara menyiasat segala aduan wujudnya kepincangan dan kecacatan dalam proses pengundian.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, kesemua cabang berkenaan yang menggelar Gabungan Cabang PKR meminta agar sistem dan proses pemilihan pimpinan pusat dipastikan bersih, bebas dan adil.

"Adalah tidak wajar jika terdapat mana-mana pihak khususnya ahli jawatankuasa pemilihan pusat dan juga petugas pemilihan dilihat berpihak kepada calon-calon tertentu dan terlibat memanipulasi serta menipu undi.


"Fenomena tersebut telah dikesan berlaku dalam beberapa insiden sebelum ini yang mana turut diadukan oleh Mustaffa Kamil Ayub (calon timbalan presiden) dan juga ahli yang lain kepada jawatankuasa pemilihan pusat dan juga kepada sekretariat parti," kata beliau.

Oleh itu kata surat tersebut, "amat wajar sekali pucuk pimpinan parti dengan segera mengarahkan siasatan terhadap aduan dan sementara menantikan hasil siasatan dan tindakan susulan, maka proses pemilihan yang sedang dilakukan sekarang ini harus segera ditangguhkan."

"Kami sebagai pimpinan akar umbi PKR tidak dapat menerima hakikat wujudnya walaupun satu penipuan atau penyelewengan dalam proses pemilihan pimpinan parti, yang akan diberi amanah memimpin parti dan rakyat seluruhnya di masa akan datang," kata surat tersebut.

Kata surat tersebut, isu manipulasi dan penyelewengan pengurusan pemilihan pimpinan tertinggi PKR yang diadukan kepada Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam oleh Mustaffa harus diambil berat oleh pucuk pimpinan parti demi memastikan kewibawaan parti terus terpelihara.

"Siasatan segera harus dilakukan oleh jawatankuasa pemilihan pusat bagi menjawab aduan yang disampaikan oleh Mustaffa dan juga oleh beberapa pihak yang lain sebelum ini," katanya.

Cabang-cabang yang membuat gesaan terbaru ini ialah Putrajaya, Teluk Intan, Temerloh, Petaling Jaya Utara, Sembrong, Kuala Pilah, Paya Besar, Bagan Datoh, Bentong, Keningau, Tanjung Malim, Ipoh Barat, Tampin, Rompin, Pensiangan, Sungai Siput, Maran, Tambun, Jerantut, Bagan Serai, Tapah, Kuala Kangsar, Kota Kinabalu dan Seremban.

Dalam pada itu, Ketua PKR Putrajaya Onn Abu Bakar berkata, "sokongan yang kita dapat ini adalah daripada cabang-cabang yang sempat kita jumpa."

"Kalau hendak diikutkan lebih 80 cabang yang setuju dengan penangguhan," kata beliau sambil menambah, ini bukan mewakili mana-mana calon, tapi terbuka kepada mana-mana cabang yang hendak menuntut tindakan ibu pejabat.

"Selepas Mustaffa dah bagi tempoh 48 jam, jadi kita mintalah pucuk pimpinan bertindak. Kalau perlu tangguh, tangguhlah.

"Kita hendak minta pihak ibu pejabat bertindak, sebab di bawah kita dengar macam-macam, tapi macam tiada respons," katanya.

Semalam, Mustaffa menggesa agar pemilihan pusat bersejarah parti itu — menggunakan kaedah langsung — dibatalkan serta-merta dan diadakan semula pengundian dengan menyelesaikan segala aduan yang telah dikemukakan sebelum ini.

Mustaffa memberi tempoh 48 jam kepada JPP agar mengambil kedua-dua tindakan itu pada sidang media diadakan oleh Datuk Zaid Ibrahim yang kelmarin memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan nombor dua PKR atas alasan wujud kecacatan dalam proses pemilihan pusat.

Tempoh kata dua beliau akan berakhir petang esok.

Khir Toyo masuk hospital.

Posted: 10 Nov 2010 04:21 AM PST

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang itu dimasukkan ke hospital tersebut kira-kira pukul 10 pagi selepas mengadu demam, sakit kepala dan badan menggeletar.

Bahaya ni...

Khir Toyo dimasukkan ke hospital, disyaki demam denggi

SHAH ALAM, 10 Nov — Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dimasukkan ke Pusat Perubatan Selangor (SMC) di sini pagi tadi kerana disyaki menghidap demam denggi.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang itu dimasukkan ke hospital tersebut kira-kira pukul 10 pagi selepas mengadu demam, sakit kepala dan badan menggeletar.

Isteri beliau, Datin Seri Zaharah Kechik ketika dihubungi berkata beliau yang bimbang dengan keadaan kesihatan suaminya itu terus membawanya ke SMC untuk pemeriksaan lanjut.


"Apabila tiba di hospital, doktor yang melakukan pelbagai pemeriksaan termasuk mengambil sampel darahnya mengesyaki Datuk Seri mungkin mengalami demam denggi.

"Dr Khir kemudian diminta untuk menjalani rawatan lanjut bagi memastikan keadaannya baik dan beliau kini berehat di wad," kata beliau.

Sementara itu, ketika membahaskan ucapan Belanjawan 2011 di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini, anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan daripada DAP, Ng Suee Lim menanyakan di mana Khir yang tidak hadir untuk mendengar perbahasan.

Adun Sungai Pelek daripada Barisan Nasional (BN) Yap Ee Wah, bangun dan memberitahu dewan bahawa Khir tidak hadir pada hari ini kerana dimasukkan ke hospital disyaki menghidap demam denggi.


Bernama

Pemilihan PKR : Chegu Bard umum pendirian malam ini..

Posted: 10 Nov 2010 02:25 AM PST

Sebelum itu.. semalam adik beradik Chegu Bard yang bernama Din Binjai blog dia kat SINI, SMS kat aku "Krisis menuntut anak muda matang dan menjadi kuasa penyatu.Saudara/Saudari dijemput bersama Rapat Anak Muda 'Cari formula terbaik untuk selamatkan KEADILAN' 10 Nov, 9mlm, Dewan Himpunan Cina Selangor, dekat Stadium Merdeka, KL. Hadir dengan jiwa besar!! Hanya anggota KEADILAN.. Insyaallah YB Izzah bersama".

Aku kata aku dah expired.. dia kata hang mai jangan tak mai.. Chegubard suruh panggil.. tak apalah aku wakilkan kat hang la Din…

Jadi buat sesiapa yang berada dikawasan berdekatan sila hadir beramai-ramai ke Stadium tersebut..


Calon ketua sayap muda PKR putuskan malam ini opsyen tarik diri
Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 10 Nov — Calon ketua sayap pemuda PKR Badrul Hisham Shaharin akan memutuskan sama ada kekal dalam saingan ataupun menarik diri daripada bertanding - mengambil langkah Datuk Zaid Ibrahim — malam ini di sebalik dakwaan pemilihan parti berhadapan dengan kepincangan dan kecacatan.

Zaid mengumumkan pendirian menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden kelmarin dan melepaskan kesemua jawatan dalam parti itu.

Badrul Hisham berkata, beliau akan membuat keputusan "penting" demi kelangsungan parti dan juga bagi memenuhi harapan rakyat terhadap PKR.

"Kita melihat apa yang berlaku sekarang ini sebagai satu krisis yang memerlukan satu keputusan, saya akan mengambil kira aspek kelangsungan parti dan memenuhi harapan rakyat," kata beliau.


"Seluruh kepimpinan muda akan memutuskan bersama untuk mencari penyelesaian terhadap kepincangan yang timbul, kita akan membuat keputusan termasuk sama ada perlu atau tidak menarik diri daripada bertanding," kata beliau yang turut dikenali sebagai "Chegubard" kepada The Malaysian Insider hari ini.

Kata Badrul Hisham, oleh kerana beliau membuat keputusan dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak secara kolektif semasa hendak bertanding sebelum ini, apa jua keputusan malam ini akan diputuskan secara bersama.

"Ini cara kami membuat keputusan, kami mahu membuat keputusan mengenai penyelesaian kepada kepincangan semasa secara kolektif," kata beliau lagi.

Kira-kira 100 pemimpin dijangka berhimpun malam ini, kata beliau.

Pertemuan malam ini yang dinamakan "Himpunan Anak Muda Selamatkan Keadilan" akan berlangsung di Dewan Perniagaan Cina Selangor, 9 malam ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, salah seorang pesaing jawatan naib presiden, juga akan turut hadir.

Jawatan ketua AMK disaingi penyandang Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Badrul Hisham.

Saingan jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) masih didahului Shamsul Iskandar dengan 1,455 undi manakala Badrul Hisham mengekori rapat dengan 1,428 undi.

Sebelum ini termasuk semalam, Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail menafikan pemilihan parti dicemari manipulasi dan penyelewengan sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak termasuk Zaid.

Beliau juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan blog bahawa kertas undi pemilihan pusat PKR boleh dibeli.

Kelmarin, Zaid pula mendakwa beliau memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding kerana kecewa apabila aduan-aduan dikemukakan tidak diambil perhatian.

Ketika ditanya sama ada pemilihan patut ditangguhkan sebagaimana digesa oleh seorang lagi calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub, Badrul Hisham berkata, memang menjadi pendirian beliau dari awal bahawa pemilihan parti harus ditangguhkan sementara segala masalah dan isu yang ditimbulkan diselesaikan.

"Saya dari awal lagi sudah membuat pendirian ini. Tetapi parti membuat pendirian bahawa pemilihan harus diteruskan, kami akur dengan keputusan itu.

"Tetapi masalah yang dibangkitkan sebelum ini berterusan," kata beliau merujuk kepada dakwaan dan memorandum yang dikemukakan oleh Mustaffa semalam menggesa pemilihan dibatalkan dan proses pengundian baru diadakan.

Sementara itu, Nurul Izzah dalam ulasannya mengenai situasi semasa dalam parti itu berkata, beliau percaya setiap anggota PKR bebas untuk berfikir dan melakukan yang terbaik demi diri mereka dalam kerangka perjuangan parti.

"Pilihan sama ada untuk memegang atau melepaskan jawatan itu adalah hak setiap anggota parti.

"Pada masa yang sama, saya percaya PKR mempunyai anggota-anggota yang cukup mampu untuk mengambil alih tugasan yang telah diberi kepada Datuk Zaid sebagai pengerusi PKR Wilayah Persekutuan," kata beliau dalam kenyataan SMS.

Walaupun begitu, kata Nurul Izzah, kehilangan Zaid terasa oleh ramai ahli yang menaruh harapan dan amanah terhadap kesinambungan pimpinan beliau dalam parti.


The Malaysian Insider

Saifuddin sepatutnya tidak gopoh..

Posted: 10 Nov 2010 01:59 AM PST

Ini kerana Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Dr Molly Cheah masih meneliti memorandum yang diserahkan..

Calon: Presiden teliti memo, tak wajar SU Agung umum pendirian

KUALA LUMPUR, 10 Nov — Calon timbalan presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub berkata, setiausaha agung tidak wajar mengumumkan status bahawa pemilihan akan diteruskan memandangkan pucuk kepimpinan parti masih meneliti memorandum mengenai dakwaan kecacatan proses pengundian yang dikemukakan semalam.

Mustaffa berkata, memorandum itu yang memberikan tempoh 48 jam untuk penyelesaian — diserahkan kepada Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Dr Molly Cheah, petang semalam.


"Tidak wajar beliau (Saifuddin) membuat pengumuman bahawa pemilihan akan diteruskan kerana Presiden parti dan JPP masih meneliti memorandum yang kami serahkan," kata Mustaffa ketika dihubungi.

Semalam, Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR akan meneruskan pemilihan langsung yang diadakan sekarang meskipun menerima kata dua dan dipertikaikan oleh dua calon timbalan presiden ekoran dakwaan wujudnya manipulasi dan kecacatan dalam proses pengundian.

Saifuddin juga menolak dakwaan Datuk Zaid Ibrahim bahawa proses pengundian pemilihan pusat telah dimanipulasi.

Proses pengundian yang bermula dua minggu lalu akan berakhir 21 November ini.

Saifuddin juga menegaskan, daripada 87 bahagian yang telah selesai mengadakan proses pengundian, Datuk Zaid Ibrahim menang di 38 cabang manakala Azmin Ali pula di 37 cabang. Mustaffa menang di sebanyak 11 cabang.

"Jika ada (unsur) manipulasi, beliau (Zaid) tidak akan menang di satu cabang pun," kata Saifuddin.

Mustaffa berkata, Dr Wan Azizah berjanji untuk membincangkan dakwaan disenaraikan dalam memorandum yang dikemukakan semalam bersama beberapa pemimpin dan JPP.

"Beliau berjanji akan membincangkan perkara itu hari ini bersama beberapa pemimpin, kemungkinan dalam Biro Politik juga," kata Mustaffa sambil menambah, beliau meminta pucuk kepimpinan dan JPP memberikan penelitian segera memandangkan proses pengundian akan diteruskan hujung minggu ini.

Lazimnya PKR akan mengadakan mesyuarat Biro Politik setiap Rabu.

"Kami meminta perkara ini disegerakan memandangkan pemilihan akan diteruskan mulai 12, 13 November ini," katanya.

Semalam, Mustaffa menggesa agar pemilihan pusat bersejarah parti itu - menggunakan kaedah langsung — dibatalkan serta-merta dan diadakan semula pengundian dengan menyelesaikan segala aduan yang telah dikemukakan sebelum ini.

Mustaffa memberi tempoh 48 jam kepada JPP agar mengambil kedua-dua tindakan itu pada sidang media diadakan oleh Zaid yang kelmarin memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan nombor dua PKR atas alasan wujud kecacatan dalam proses pemilihan pusat.

Tempoh kata dua beliau akan berakhir petang esok.

"Hasil tindakan ke atas memorandum ini, awal Jumaat ini, saya akan mengumumkan pendirian saya sama ada saya akan terus bersaing ataupun sebaliknya," kata beliau.


The Malaysian Insider

Aku Bukan BERUK UMNO!! kata mamat ni..

Posted: 10 Nov 2010 12:30 AM PST

Tapi kalau korang tengok Sinar Harian edisi cetak utara tajuk yang terbentang kalau tak silap aku ialah "Saya bukan monyet UMNO, tapi ahli PAS"..

Tapi selama ini tak pernah lah pulak aku jumpa ahli PAS yang berdemo bersama dengan ahli UMNO.. bekas ahli PAS ada.. tapi dia ni mengaku yang dia ahli PAS.

Apa nak buat.. nasib hang la.. yang hang pi rantai diri kat pagar tu siapa suruh.. macam beruk lah tu.. Cuma yang berbeza ialah beruk dirantai pada lehernya.. hang pulak merantai pada pinggang..Lagipun mamat ni dah berada dalam kelompok beruk.. jadi dia pun dianggap sebagai beruklah..

Beruk ialah perkataan yang digunakan oleh Khairy Ketua Pemuda UMNO terhadap peserta Demonstrasi.. harap maklum.. he..he..

Ariff kurang yakin pada Pas

GEORGETOWN - Ariff Ibrahim, 38, (gambar) bukan wakil rakyat namun hal dirinya disebut-sebut pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Ini berikutan tindakannya memanjat dan merantai diri pada pintu pagar DUN ketika berlangsung tunjuk perasaan pada hari kedua sidang DUN minggu lalu.

Semalam, ADUN Seri Delima, RSN Rayer menggelar Ariff sebagai 'monyet UMNO' kerana tindakannya itu.

Tidak lama selepas tuduhan itu dilemparkan, Ariff tampil menjelaskan, "saya bukan ahli UMNO tapi ahli Pas."


Ariff bagaimanapun berkata, dia kini tidak lagi meyakini parti itu di peringkat negeri seperti dahulu kerana pemimpinnya dilihat tidak mampu membelas nasib orang Melayu dan Islam.

"Walaupun begitu, saya belum keluar parti, masih ahli Pas di kawasan Tanjung. Apabila ada orang menuduh saya ahli UMNO, itu tak betul. Saya tidak ada kena mengena dengan UMNO. Saya lebih selesa berjuang bersama NGO, bukan parti politik. Saya ada prinsip dalam perjuangan menegakkan Islam dan orang Melayu, saya tidak ada kepentingan politik," katanya.

Ariff berkata, suatu ketika dahulu, dia memang meyakini perjuangan Pas untuk membela nasib Melayu dan Islam namun apabila diberi peluang berkuasa bersama Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini, parti itu ternyata tidak mampu membawa sebarang perubahan.

"Saya anggap Kerajaan Negeri diperintah secara diktator. Sebab itu, Pas tidak mampu buat apa-apa. Ini amat menyedihkan," katanya.

Ariff berkata, insiden di DUN minggu lalu bukan demonstrasi pertama disertainya.

"Saya pernah melompat ke atas kereta Lim Guan Eng pada bulan Ramadan lalu berhampiran Masjid Kampung Rawa bagi meluahkan sendiri perasaan kecewa terhadap Kerajaan Negeri DAP," katanya.

Meskipun pernah bertindak demikian, Ariff berkata, dia tidak pernah dikenakan sebarang tindakan oleh parti.

"Pembelaan untuk orang Melayu dan Islam di negeri ini kurang memberangsangkan. Saya tak nampak nasib kita lebih terbela di bawah pimpinan kerajaan ini. Melalui NGO yang tidak terikat oleh kepentingan politik, saya harap mampu jadi pendesak untuk mendapatkan hak sebagai rakyat negeri ini," katanya.

Ditanya andai dikenakan tindakan oleh Pas atas tindak-tanduknya yang mencemarkan imej PR, Ariff berkata, dia hanya berpegang pada prinsip dalam memperjuangkan hak orang Melayu dan agama Islam.

"Berpolitik tidak penting. Lebih penting adalah perjuangan untuk agama dan bangsa. Kalau mereka nak ambil tindakan, mereka mempunya hak mengikut dan perlembagaan parti untuk berbuat demikian. Apa yang saya lakukan adalah berlandaskan hak saya sebagai orang Melayu dan orang Islam.

"Matlamat saya bersama Pas bukan untuk kebendaan tetapi adalah untuk agama dan bangsa," katanya.

Ditanya jika UMNO pernah mendekatinya berhubung isu yang dibangkitkan, Ariff berkata, apa yang dilakukan berlandas prinsip dan perjuangan.

"Saya tidak didalangi dengan mana-mana parti politik. Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa UMNO atau mana-mana parti politik berada di belakang saya. Saya lakukan semua ini atas prinsip perjuangan saya sendiri.

"Banyak isu yang saya bangkitkan dan ia bukan daripada sumber ahli politik mahupun media. Saya dan beberapa lagi aktivis turun dan mendengar sendiri masalah rakyat. Tindakan mereka menuduh saya orang UMNO adalah untuk menegakkan benang basah," katanya.

Ariff menyertai Pas sejak 1998 dan mula membangkitkan isu-isu Melayu dan penindasan terhadap hak kaum itu ketika bersama Pas Jelutong .

Menurutnya, sewaktu pemerintahan Barisan Nasionan (BN), dia pernah terlibat membangkitkan isu perkuburan Kampung Kolam yang tercemar dengan membawa batu nesan ke pejabat Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang ketika itu, Shabudin Yahya.

Selain itu, Ariff bersama rakan aktivis yang lain pernah melakukan demonstasi membela nasib peniaga Melayu di negeri ini seperti Restoran Doremi di Batu Feringghi dan beberapa peniaga Melayu lain.

Minggu lalu, Ariff terlibat dalam tunjuk perasaan di depan DUN berhubung isu tanah perkuburan Islam Lot 21 dan 22 .


Sinar Harian

RM65 juta ubahsuai Sri Perdana untuk Rosmah?

Posted: 09 Nov 2010 10:41 PM PST

Oleh Mat Zahari Ali

PARLIMEN KUALA LUMPUR: Peruntukan RM65 juta untuk mengubahsuai Sri Perdana di Putrajaya merupakan suatu pembaziran wang rakyat semata-mata untuk memenuhi citarasa kehidupan mewah pemimpin serta ahli keluarga mereka.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata kerajaan tidak peka dengan nasib dan penderitaan rakyat yang berpendapatan rendah tetapi terlalu gairah untuk melatih rakyat ke arah kehidupan mewah.

"Kos perbelanjaan keluar negara telah meningkat sebanyak 70 peratus dari 2008 hingga 2010.

"Rosmah, isteri Perdana Menteri pula mengisytiharkan diri beliau sebagai wanita pertama (First Lady) yang biasanya diberkan kepada isteri presiden supaya beliau mendapat hak sebagai VVIP.


'Rosmah pula memang terkenal dengan seorang yang boros berbelanja ketika di luar negara.

"Apakah peruntukan sehingga RM65 juta itu untuk memenuhi kehendak nafsu Rosmah yang suka kehidupan mewah," jelas Tian ketika di temui di lobi Parlimen hari ini.

Bajet tumpu hidup mewah

Menurut Tian, Bajet yang diumumkan Najib baru-baru ini juga lebih memberi tumpuan kepada kehidupan mewah.

"Bajet yang dibentangkan lalu pun seolah-olah ada pengaruh daripada Rosmah atau mahu rakyat menuruti cara hidup isteri beliau seperti pewangi berjenama luar negara dan pakaian-pakaian wanita.

Katanya, peruntukan sebanyak RM65 juta merupakan angka yang keterlaluan kerana wang tersebut boleh digunakan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di utara tanah air atau bantuan kepada pelajar-pelajar miskin di seluruh negara.

Semalam, Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar ketika membahaskan perkara tersebut berkata, peruntukan yang begitu tinggi itu amat tidak wajar hanya untuk mengubah suai kediaman Perdana Menteri yang masih dalam keadaan baik.

"Setiap kali belanjawan, ada peruntukan untuk ubah suai kediaman Perdana Menteri. Setiap kali tukar Perdana Menteri, berlaku pengubahsuaian. Apa yang rosak sebenarnya? Kita nak tahu apa yang memerlukan pengubahsuaian sampai memerlukan kos yang tinggi?," kata Mahfuz

Seri Perdana di Putrajaya mula dibina pada tahun 1997 dengan kos RM24 juta dan siap dua tahun kemudiannya. Bangunan ini diubah suai buat kali pertama pada tahun 2005.


Free Malaysia Today

Ramai menaruh harapan pada Zaid

Posted: 09 Nov 2010 10:37 PM PST

Oleh Mat Zahari Ali

PETALING JAYA: Timbalan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Nurul Izzah Anwar berkata beliau merasai kehilangan yang besar kepada parti khususnya di Wilayah Persekutuan ekoran perletakan jawatan pengerusinya Zaid dua hari lalu.

Menurut Izzah, sejak Zaid memegang jawatan Pengerusi PKR beberapa bulan lalu ramai dikalangan ahli menaruh harapan yang besar terhadap kepimpinan Zaid.

"Saya juga merasai kehilangan beliau kerana begitu ramai ahli yang menaruh harapan dan amanah terhadap beliau," jelas Nurul. Katanya, beliau menghormati setiap keputusan yang dibuat oleh Zaid kerana memahami keputusan yang dilakukan Zaid setelah memikirkan secara mendalam.


"Saya percaya setiap anggota parti PKR bebas untuk berfikir dan melakukan yang terbaik untuk diri mereka dalam kerangka perjuangan parti. Pilihan sama ada untuk memegang atau melepaskan jawatan itu adalah hak setiap anggota parti." tambah beliau ketika dihubungi.

Menurut Izzah lagi, pengisisan kekosongan jawatan sebagai peneraju PKR wilayah Persekutuan perlu di isi segera.

"Saya juga percaya PKR mempunyai anggota-anggota yang cukup dan mampu untuk mengambil alih tugasan yang telah diberi kepada Dato' Zaid sebagai pengerusi PKR WP supaya aktiviti parti dapat dijalankan." ujar beliau

Sementara itu, Zaid ketika dihubungi memberi tahu surat perletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan akan di serahkan dalam sehari dua lagi.

Semalam, Zaid dan seorang lagi calon Timbalan Presiden, Mustaffa Kamil Ayob mengadakan sidang media bersama menggesa kepimpinan tertinggi parti dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) membatalkan proses pemilihan yang sedang berlangsung kerana didakwa berlaku pelbagai penyelewengan.

Faktor tersebut juga menjadi punca utama Zaid melepaskan semua jawatan beliau dalam parti.


Free Malaysia Today

Tuduhan Liwat : Hillary Clinton juga bukannya BODOH!

Posted: 09 Nov 2010 09:12 PM PST

Selepas berjumpa dengan Hillary Clinton pada awal November yang lalu Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berikrar bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapat perbicaraan yang adil berhubung dakwaan kes liwat yang dihadapinya.

Katanya "Adalah menjadi kepentingan saya dan negara untuk memastikan Anwar dapat perbicaraan yang adil," kata Anifah ketika persidangan akhbar bersama, - merujuk terhadap dakwaan yang dikenakan ke atas Anwar yang boleh menyaksikan beliau dihumban ke penjara sehingga 20 tahun." – berita penuh sila baca di SINI

Kebanyakkan rakyat Malaysia yang mampu menggunakan otaknya atau berfikir bukan saja meragui kenyataan Anifah Aman itu malah tak percaya langsung.. itu bagi yang tahu menggunakan otaknya lah.. yang tak tahu memang percaya..


Adakah Hillary Clinton telah diperdayakan oleh Anifah Aman mengenai perkara ini? Tidak nampaknya kerana beliau juga memiliki otak untuk digunakan bagi berfikir…

It's hard to credit government promises of a fair and open trial

The trial itself has raised further troubling questions about the nature of the prosecution. Among other irregularities, Mr. Saiful was accused of—and didn't deny—a romantic relationship with a member of the prosecution team, which ought to have led to the dismissal of the case but instead resulted only in the removal of the lawyer.

The Wall Street Journal

Hillary Clinton had a diplomatic answer when asked last week about Malaysia's prosecution for sodomy of opposition leader Anwar Ibrahim. It's "well-known that the United States believes it is important for all aspects of the case to be conducted fairly and transparently and in a way that increases confidence in the rule of law," the U.S. Secretary of State said on a two-day visit to the country. Let's hope she used tougher language in her private meetings with Prime Minister Najib Razak.

This isn't the first time Mr. Anwar has endured this ordeal. In 1998, the then deputy prime minister was charged with sodomy just as he was about to launch a political challenge to Prime Minister Mahathir Mohamad. So much about that case was so ugly—most notably the photographs of the beating Mr. Anwar sustained in police custody—that it became an international cause célèbre. Yet Mr. Anwar spent six years in prison before the high court overturned the sodomy conviction, citing conflicting or coerced statements from key witnesses. After returning to politics, Mr. Anwar led his opposition coalition to historic gains in the March 2008 national elections. Now he stands accused again of the same charge.

Mr. Anwar's accuser is a twenty-something former aide named Saiful Bukhari Azlan, who claims he was forced to have sex multiple times with the then 60-year-old Mr. Anwar. Yet when Mr. Saiful presented himself at hospital two days after the alleged event, he showed no signs of tearing or bruising, according to several doctors who examined him at two separate hospitals.

Yet if physical evidence in the case is slight, the political overtones are strong. Mr. Saiful has admitted to meeting then deputy prime minister Mr. Najib two days before the alleged assault. Mr. Anwar was jailed the day after giving his first nationally televised speech since his first incarceration. The opposition leader presents the only serious challenger to Mr. Najib and his ruling United Malays National Organization, which has held power for more than a half century.

The trial itself has raised further troubling questions about the nature of the prosecution. Among other irregularities, Mr. Saiful was accused of—and didn't deny—a romantic relationship with a member of the prosecution team, which ought to have led to the dismissal of the case but instead resulted only in the removal of the lawyer. Last week, the second set of doctors who examined Mr. Saiful disclosed for the first time that they made detailed notes about the three-hour examination—which was the basis for the charge. When Mr. Anwar's team asked for access to the notes, the judge denied the request.

Mr. Najib's administration repeatedly proclaims its fidelity to the rule of law, including in multiple letters to this newspaper. "The trial is proceeding for the simple fact that a private citizen filed a criminal complaint," a prime minister's spokesman wrote us recently, "and our legal system has the obligation to all citizens to uphold the law and follow due process, regardless of the political prominence of those involved." Last week, Foreign Minister Anifah Aman reiterated the government's commitment to a "fair and open trial."

Given what we've seen of this case so far—to say nothing of the one before it—that promise is hard to credit. Mrs. Clinton is right to insist on fairness and transparency, but it's hard to expect either, given the evidence at hand.

Tuduhan AMK meliliki Senjata Merbaya ditangguh

Posted: 09 Nov 2010 08:48 PM PST

Cikgu Fariz dan empat anggota AMK ditahan 21 April lalu ketika kempen pilihah raya kecil Hulu Selangor atas dakwaan di bawah Akta Kanun Keseksaan Seksyen 426, kerana memiliki senjata berbahaya dan bahan letupan.


Kes Pisau Lipat 20 Sen Ditangguh 9 Mac 2011

KUALA KUBU BHARU 10 Nov - Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu menangguhkan perbicaraan kes pisau lipat 20 sen terhadap Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Fariz Musa dan empat anggota AMK sehingga 9 Mac tahun depan.

Fariz ketika dihubungi berkata tindakan melengah-lengahkan kes tersebut sebagai satu bentuk tekanan politik di mana saksi pendakwaraya iaitu pihak polis tidak dapat hadir memberikan keterangan.

"Kes ini sepatutnya dibuang daripada terus dibicarakan. Tindakan ini sengaja bagi menyusahkan kami untuk datang ke sini bagi menghadiri perbicaraan di sini.

"Ini kerana kebanyakkan yang dituduh adalah berasal daripada Pahang dan Terengganu dan ditambah dengan kos peguam yang dibayar setiap seorang setiap kali hadir ke perbicaraan," kata beliau semalam.


Sebelum itu, Hakim Zuraidah Zakaria pada 28 Julai lepas, menangguhkan kes dan menetapkan hari ini bagi meneruskan perbicaraan.

Penangguhan ketika itu dibuat selepas hakim mendapati ketiadaan kertas penyiasatan (IP) daripada pihak pendakwa raya.

Fariz dan empat anggota AMK ditahan 21 April lalu ketika kempen pilihah raya kecil Hulu Selangor atas dakwaan di bawah Akta Kanun Keseksaan Seksyen 426, kerana memiliki senjata berbahaya dan bahan letupan.

Mereka dituduh memiliki beberapa keping pisau lipat yang dipercayai digunakan untuk menurunkan kain rentang Barisan Nasional yang dianggap perbuatan provokasi semasa kempen PRK Hulu Selangor.


Suara Keadilan

Tindakan Zaid - Apa pendapat Aziz Bari

Posted: 09 Nov 2010 07:19 PM PST

Sebagai seorang ahli politik yang bergerak dalam satu pasukan, Datuk Zaid Ibrahim tidak boleh sewenang-wenangnya bertindak melulu hanya kerana tidak berpuas hati tentang beberapa perkara dalam parti lalu membuka ruang kepada musuh untuk menyerang PKR dan Pakatan Rakyat, ujar Prof Dr Abdul Aziz Bari.

"Sebagai ahli parti beliau boleh bercakap apa yang dia hendak. Tetapi saya rasa sebagai pemain dalam pasukan dia kena bertanggungjawab dan cerdik sikitlah.

"Jadi saya tidak fikir apa yang dilakukan oleh Zaid itu sebagai tindakan yang bijaksana. Maknanya dia tidak puas hati, dia bakar kapal," ujar Aziz.


Aziz yang juga pensyarah undang-undang berkata, Zaid perlu bertindak profesional jika ada pun ketidakpuasan hati dalam isu pemilihan parti misalnya, kerana sebagai seorang yang dikatakan komited dengan perjuangan, tindakan beliau juga hendaklah rasional dan mendokong perjuangan parti.

Menurut Aziz, semua maklum dalam soal pemilihan ada kelemahan kerana ini kali pertama dan PKR berhadapan dengan ahli-ahli yang tidak biasa dengan proses ini selain daripada sabotaj luar dan sebagainya, dan dia(Zaid) kena bersabarlah.

"Sebagai seorang yang kononnya komited dengan perjuangan mendemokrasikan Malaysia baru, dia tidak sepatutnya mengambil jalan ini kerana ini akan menjadi bahan kepada musuh-musuh atau mereka yang tidak mahu berubah ini.

"Jadi saya rasa Zaid telah tersilap besar dan dia dengan tidak semena-mena menyediakan peluru untuk mereka yang tidak suka demokrasi, yang tidak suka pembaharuan Malaysia," tambah Aziz lagi.

Selepas membuat keputusan mengejut semalam dengan meletakkan semua jawatan dalam parti dan menarik diri dari pemilihan PKR, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu hari ini, turut mengecam supaya Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berundur dari parti.

Ia turut mengundang reaksi dari Aziz.

"Siapa dia untuk menyuruh orang lain keluar. Dia boleh kata begitu sebagai seorang ahli parti tetapi saya fikir satu perkara yang lucu lah apa yang dia minta itu. Orang akan kata, siapa Zaid untuk menyuruh Datuk Seri Anwar keluar dari parti.

"Datuk Zaid kena tahu siapa dia. Jangan semberono, main hentam sahaja. Apa yang berlaku ini pun tidak begitu ceria untuk masa depan dia dalam politik," kata
Aziz lagi.

Tambah Aziz, walaupun beliau tidak mengetahui sepenuhnya apa yang berlaku dalam parti itu, namun beliau percaya, bahawa setiap ahli parti mestilah mempunyai iltizam yang kuat untuk membawa perubahan kepada negara dan tidak goyah ketika berhadapan dengan masalah.

Dalam nada sinis, Aziz seolah-olah memberi peringatan kepada Zaid agar kembali merenung matlamat asal pemimpin itu.

"Saya rasa kita sepatutnya tidak lupa dengan gambar besar untuk membebaskan Malaysia daripada rasuah, daripada penipuan,daripada tekanan, daripada ISA dan sebagainya. Dan saya rasa, apa yang Zaid lakukan hari ini, ialah sesuatu yang berlawanan dengan apa yang disebut sewaktu meninggalkan Umno.

"Sepatutnya sebagai seorang yang komited dengan parti dan perjuangan, dia semestinya tidak buat begitu," jelasnya kepada Tv Selangor.

Bahkan menurut Aziz, tindakan seumpana itu menjadikan Zaid tidak ada bedanya dengan mereka yang keluar dari PKR kerana tidak mempunyai semangat juang dan matlamat yang jelas dalam parti.

Malah ujarnya, tindakan kurang bijaksana Zaid itu tidak akan meninggalkan sebarang kesan kepada parti melainkan kepada diri beliau sendiri.

" Dalam jangka masa panjang saya rasa tidak ada apa-apa. Sedangkan orang seperti Datuk Onn Jaafar dan orang seperti Tengku Razaleigh Hamzah sekalipun, tidak jadi apa setelah meninggalkan parti mereka, jadi siapalah Datuk Zaid ini kan…. Saya tidak fikir apa yang dilakukan beliau mendatangkan masalah pada parti. Saya rasa yang menerima risiko negatif itu dia sendiri," katanya.


TVSelangor

Saifuddin.. kami bukan BODOH!

Posted: 09 Nov 2010 10:11 AM PST

Mustaffa Kamil Ayub yang telah memberikan tempoh 48 jam kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) supaya menghentikan pemilihan 2010 ini telah mendakwa 162 aduan kepincangan atau salah laku atau apa yang sepatutnya tidak dibenarkan berlaku tetapi telah berlaku dalam Pemilihan 2010 ini.

Tetapi menurut Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail pula setakat ini hanya enam aduan rasmi diterima berhubung perjalanan pemilihan pimpinan tertinggi PKR, kenyataan yang sekaligus menafikan dakwaan dua calon timbalan presiden, Datuk Zaid Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayub sebelum ini bahawa lebih banyak aduan dibuat terhadap perjalanan pemilihan PKR.

Jika Saifuddin mengatakan hanya enam aduan rasmi yang telah dikemukakan kepada JPP bagaimanapula dengan sebahagian laporan salahlaku yang telah diserahkan kepada JPP yang disiarkan oleh UrekaAsia di SINI jumlahnya kelihatan lebih dari enam nampaknya.. tak tahulah pula.. mungkin blog tersebut juga berniat jahat terhadap PKR ..


Dalam menegaskan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap akan meneruskan pemilihan langsung yang berlangsung sekarang meskipun menerima kata dua dan dipertikaikan dua calon timbalan presiden , Saifuddin berkata "Adakah ini akan memberi kesan ke atas proses (pemilihan)? Tidak, kami menerima sokongan kuat daripada akar umbi," dan "Jika ada (unsur) manipulasi, beliau (Zaid) tidak akan menang di satu cabang pun,"

Sokongan kuat akar umbi?? Kuatkah sokongan jika yang turun mengundi di kebanyakkan Cabang jumlahnya tidak melebihi 30% malah di Permatang Pauh sendiripun tak sampai 5%, Adakah peratusan itu cukup bagi mengatakan akar umbi menyokong kuat? Sabah lain cerita..

Saifuddin juga menegaskan bahawa daripada 87 bahagian yang telah selesai mengadakan pengundian, Zaid menang di 38 cabang manakala Azmin Ali pula di 37 cabang.

Bagi yang mencari rezeki dengan memakan gaji.. apabila anda menyerahkan notis meletak jawatan biarpun setelah dipujuk anda pasti akan mendengar ayat yang berbunyi lebih kurang begini " Nak Resign jugak ka? Ish.. management dah bincang untuk menaikkan gaji anda" atau ayat ini " Resign jugak? Company baru saja nak beli kereta untuk kegunaan awak" ataupun ayat ini "Saya dah proposed untuk kenaikkan pangkat awak kepada top management.. awak nak resign jugak…."

Tujuan sebenar ayat yang anda pasti akan dengar bila meletakkan jawatan setelah dipujuk itu ialah cuma untuk menimbulkan perasaan kesal didalam diri anda terhadap tindakan anda meletakkan jawatan.. sama dengan ayat Saifuddin diatas tu..

Ayat ini pula.. "Jika ada unsur manipulasi, Zaid tidak akan menang di satu cabang pun,".. adalah sama dengan ayat ini "jika SPR tidak adil, pembangkang tak boleh menang walau satu kerusi pun di Parlimen, tak boleh rampas satu negeri pun di negara ini." Ayat siapa??

Itu adalah ayat yang telah dikeluarkan oleh pemimpin UMNO dalam membela SPR yang dipertikaikan kredebilitinya oleh kita..

Saifuddin.. Ahli PKR menyokong PKR kerana mereka tidak bodoh untuk menyokong UMNO.. jadi janganlah cuba memperbodohkan kami..

Ini buat teman-teman yang membaca blog ini.. ramai yang menyuarakan akan kehairanan mereka dengan gaya penulisan aku sejak akhir-akhir ini.. ada yang mengatakan seolah-olah aku berada dipihak sana (Pihak UMNO la).. sebenarnya tidak.. aku tetap berada di sini.. aku mengkritik sebegini rupa kerana aku telah mendengar dan melihat dengan mata aku sendiri kepincangan yang telah berlaku.. Aku mengkritik sebegini rupa kerana aku hanya mahukan satu Pemilihan yang telus dan adil buat semua yang bertanding..

Bukti yang ada jika didedahkan akan mengundang malapetaka buat para pemimpin yang bertanding baik Dato Zaid mahupun Azmin.. Mus tak ada.. dan pasti akan digunakan oleh UMNO untuk menyerang kita bila PRU tiba..

Aku tak kisah siapapun yang menang sebagai Timbalan Presiden biar Azmin atau Dato Zaid mahupun Mustafa Kamil (Yeop) sekalipun aku tetap akan menyokong mereka, kerana bagi aku mereka adalah ahli PKR sebagaimana aku juga…

Kalau diperhatikan Blog aku ini banyak menyiarkan artikel berkaitan Dato Zaid ini hanya kerana aku sedar kebanyakkan yang menjenguk blog yang tidak seberapa ini adalah Ahli PKR yang bila mereka menjenguk Suara Keadilan Online mereka jarang melihat artikel mengenai Dato Zaid yang jelas tidak adil buat seorang Ahli PKR yang diangkat sebagai pemimpin oleh Ahli PKR sendiri yang bertanding dalam Pemilihan ini..

Dan buat yang kata aku orang UMNO tu... hmmm.. Kepala Hotak Hang!


Berita berkaitan

Pemilihan pusat PKR tetap diteruskan, kata SU Agung

PETALING JAYA, 9 Nov — Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan meneruskan pemilihan langsung yang berlangsung sekarang meskipun menerima kata dua dan dipertikaikan dua calon timbalan presiden ekoran dakwaan wujudnya manipulasi dan kecacatan dalam proses pengundian.

Ketika menyatakan pendirian tegas parti itu petang, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail juga menolak dakwaan Datuk Zaid Ibrahim bahawa proses pengundian pemilihan pusat telah dimanipulasi.

"Adakah ini akan memberi kesan ke atas proses (pemilihan)? Tidak, kami menerima sokongan kuat daripada akar umbi," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini.

Proses pengundian yang bermula dua minggu lalu akan berakhir 21 November ini.

Saifuddin menegaskan bahawa daripada 87 bahagian yang telah selesai mengadakan pengundian, Zaid menang di 38 cabang manakala Azmin Ali pula di 37 cabang.

Dalam pada itu seorang lagi calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub, yang memberikan kata dua kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) pagi tadi, menang di 11 cabang.

"Jika ada (unsur) manipulasi, beliau (Zaid) tidak akan menang di satu cabang pun," kata Saifuddin.

Bagaimanapun Azmin mendahului dua pesaingnya dengan memperoleh 4,378 undi berbanding Zaid yang mengumpulkan 3,410 undi manakala Mustaffa pula 1,181 undi.

"Jangan jadikan sekretariat atau jawatankuasa pemilihan kambing hitam jika calon gagal untuk memobilisasikan jentera mereka," kata Saifuddin.

Semalam, Zaid memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden atas alasan proses pemilihan dicemari kecacatan dan manipulasi undi.

Keputusan itu ekoran pemerolehan undi dalam jumlah yang besar oleh Azmin dari Sabah pada Sabtu dan Ahad lalu.

Pagi tadi, Zaid meminta agar pemilihan ditangguhkan, langkah yang turut disokong oleh Mustaffa.

Mustaffa memberi kata dua agar pemilihan semasa dibatalkan dan proses pengundian baru diadakan.

Menurut Mustaffa beliau akan menghantar memorandum komprehensif kepada parti bagi membuktikan kecacatan pemilihan.

Saifuddin juga membacakan surat yang dihantar oleh Zaid pada 5 Oktober lalu, yang menyenaraikan tujuh cadangan dilaksanakan oleh parti sebelum beliau boleh bertanding dalam pemilihan.

Katanya, pelantikan ejen pengundian dan pengiraan, nombor bersiri pada kertas undi, pembersihan daftar pemilih, ruang pengundian berasingan, waktu mengundi tetap dan pengecualian yuran untuk layak mengundi adalah perkara disyorkan oleh Zaid.

"Beliau menuntut peti undi lutsinar, tetapi ini tidak boleh dilaksanakan sebab tidak ada sumber kewangan yang secukupnya," kata Saifuddin.

"Hakikatnya, Datuk Zaid telah bersetuju untuk menerima pencalonan dan sudah pun separuh jalan dalam pemilihan," katanya lagi.

Saifuddin juga menyenaraikan nama pemimpin yang tewas dalam pemilihan bahagian tetapi masih kekal bersama parti.

"Pemilihan ini juga menyaksikan kekalahan pemimpin yang ada bersama parti sejak penubuhan, tetapi mereka tewas di peringkat bahagian," kata Saifuddin.

"Datuk Kamarul Baharin Abas, sebagai contoh, merupakan bekas bendahari, setiausaha agung tetapi tewas di Teluk Kemang di tangan YB M. Ravi," kata beliau.

Pemimpin-pemimpin lain yang kalah termasuk Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong di Petaling Jaya Utara, Exco Kerajaan Negeri Kedah Lim Soo Nee (Kulim Bandar-Baharu) dan seorang lagi Exco Kerajaan Negeri Selangor Rodziah Ismail (Shah Alam).

"Elizabeth Wong membuat aduan tetapi beliau tenang sementara menanti keputusan mengenai aduan beliau," katanya lagi.

Mengenai status Zaid, Saifuddin berkata, jawatankuasa pemilihan akan menentukan sama ada pengumuman beliau dalam blognya sudah cukup memadai.

"Tiada makluman (lagi), hanya menerusi blog. Tetapi jawatankuasa pemilihan akan memutuskan," kata Saifuddin lagi.


The Malaysian Insider

Tiada ulasan: