Ahad, 14 November 2010

Anak Cucu Nabi Adam

Anak Cucu Nabi Adam


Awas Spy Kamera Sekeliling Kita

Posted: 14 Nov 2010 02:35 AM PST





















Lord Of The Ring Konspirasi Dunia

Posted: 14 Nov 2010 02:17 AM PST

Artikel kali ini menyingkap sebuah filem yang agak popular tidak lama dahulu, ia merupakan filem dari Hollywood, ia tidak lain adalah filem Lord of the Ring. Mungkin ramai antara kita yang sekadar menonton filem tersebut tanpa berfikir serta merenung mesej yang tersembunyi di sebalik filem tersebut, Alhamdulillah dengan izinnya saya berpeluang untuk mengupas serba sedikit pesanan yang tersembunyi untuk di kongsikan bersama.

Film Lord Of The Ring (LOTR) bukanlah filem yang bertema sejarah, mengapa? Jika kita lihat sejarah dunia, tidak ada suatu periwayat atau mana-mana buku sejarah mencoretkan mengenai sejarah sebegitu.
Ia juga bukan filem yang berunsurkan fantasi magis seperti Harry Potter, tetapi di dalamnya terdapat adegan-adegan pertempuran menggunakan sihir sihir. Ia juga bukan filem fantasi, kerana kandungan ceritanya mengandungi makna-makna tertentu. Malah ia juga bukan filem seram, sebab tidak terdapat babak yang mengaitkan dengan kepercayaan hantu didunia ini.

Filem LOTR adalah sebuah filem yang dikelaskan sebagai METAFORA FUTURISTIK. Dengan kata yang lebih mudah untuk kita fahami maksudnya, filem itu sarat dengan mesej serta imiginasi dan gambaran mengenai kehidupan yang bakal terjadi pada masa hadapan.
Ia bukan perkara yang bersifat imiginasi, Tanda-tanda atau gambaran yang digambarkan di dalam filem LOTR adalah melambangkan TANDA-TANDA KIAMAT. Jika anda berpeluang menonton filem tersebut buat kali kedua, cuba anda perhatikan, begitu banyak persamaan-persamaan yang mereka gambarkan mengenai kehidupan manusia menjelang Hari Kiamat.
Tetapi mereka bijak berselindung dan kebanyakan adegan-adegan itu dikaburkan dan diletakan didalam kesamaran dengan harapan kita semua tidak Nampak hakikat sebenar dan terpengaruh dengan mesej yang ingin mereka sampaikan.

Mungkin kebanyakan kita hari ini kurang yakin dengan hadits-hadits mengenai tanda-tanda Hari Kiamat, di mana kita akan kembali ke zaman kekurangan teknologi dan berperang menggunakan kuda, pedang dan seangkatan dengannya.
Mereka menganggap hadis-hadis ini tidak realistik, kurang rasional, dan tidak sesuai dengan fakta-fakta kehidupan moden pada hari ini. Tetapi yang menjadi tanda tanya dikalangan bukan islam, mereka sangat mempercayai akan perkara – perkara ini.
Mereka mencipta Filem LOTR bagi memperlihatkan keyakinan mereka terhadap hari-hari terakhir menjelang Hari Kiamat. Bahkan di pusat-pusat Zionis Antrabangsa, mereka telah pun merancang konsep The New World Order berdasarkan perkhabaran-perkhabaran yang telah diceritakan melalui Al-Quran dan Hadis mengenai Tanda-tanda Kiamat.
Mordor = Markas dajjal Laknatullah

beberapa istilah yang digunakan di dalam cerita LOTR
*Jalan ke utara = ke utara Iran menuju ke Armenia.
*Di antara dua gunung = Gunung Kaukasus.
*Kaum hampir mereka tidak memahami perkataan = Kaum Armenia.
*Tembok besi = Daryal Gorge/Gerbang Iberian/ Gerbang Kaukasia.
Sauron = All Seeing eye = The False Messiah
The All of Seeing Eye
Dinding = Isengard
Witch king = Yajuj & Majuj
Gandalf = Imam Mahdi
Aragorn = Isa al-Masih
Pedang Nabi Muhammad = Al-Battar
Di atas pedang Baginda S.A.W dikhabarkan terdapat tulisan Arab yang berbunyi : 'Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Musa AS, Nabi Harun AS, Nabi Yusuf AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS, Nabi Isa AS, Nabi Muhammad SAW'. Diyakini bahawa pedang (Zulfaqar) yang akan digunakan Nabi Isa AS kelak ketika dia turun ke bumi kembali untuk menghancurkan Dajjal Laknatullah.


Piramid = Lambang Firaun / Piramid Giza, Menara Babylon (akan di bangun oleh Illuminati)

Film LOTR memiliki jalan cerita yang bagus. Jika kita menonton filem ini, kita dapati tiada langsung mengandungi unsur-unsur lucah, perlakuan yang tidak bermoral dan pemujaan berhala (syaitan), aksi-aksi percintaan pemuda dan pemudi. Filem ini amat luar biasa dari pelbagai aspek. Meskipun ia di terbitkan di Hollywood.

Saya teruja dan berasa sangat hairan mengapa Hollywood meluluskan pembikinan dan penyiaran filem seperti ini?, Padahal ianya terang-terangan telah mengambarkan kekalahan empayar pimpinan dajal laknatullah di akhir zaman nanti.
Sedangkan seperti yang kita ketahui Hollywood merupakan sebahagian dari perancangan NWO (New World Order) dan merupakan antara fitnah-fitnah awal dajal laknatullah sebelum ia muncul di akhir zaman nanti.

Apa yang saya fahami melalui metafora dari filem LOTR lebih kurang begini:

Saat ini jaringan freemason antrabangsa, terus menjalankan rencana yang telah di susun oleh dajjal laknatullah, ia bergerak serentak, dengan penuh komited, dan tidak kenal penat, untuk memperbesarkan empayar kerajaan kejahatan Dajjal (Mordor).
Dari sisi pembangunan ekonomi, jaringan informasi, politik, ketenteraan, budaya, pemikiran serta ideologi. Mereka terus bergerak. Agen-agen Freemason di negara itu dianggap sebagai hamba-hamba kepada anak buah Sauron yang sangat fanatik dan bekerja membi-buta tanpa mengenal erti penat. Mereka sedang mempersiapkan bagi kedatangan "The False Mesiah" iaitu dajjal Laknatullah di "The Promise Land" (Palestin).

Sementara kekuatan bagi puak anti Zionis, baik dari kalangan Islam mahu pun Nasrani, juga sedang bergerak menyusun strategi dan kekuatan masing-masing. Suatu saat nanti akan ada kesepakatan antara kekuatan Islam dan Nasrani ini untuk menghadapi, melawan dan menghancurkan Zionis laknatullah.

Sedikit peringatan, Yahudi hari ini bukanlah pengikut Taurat peninggalan Musa AS. Mereka adalah pengikut fahaman-fahaman sihir dari zaman Fir'aun di Mesir. Yahudi saat ini mengikuti Talmud, bukan Taurat.
Meskipun, katanya masih ada Yahudi yang setia mengikuti Taurat. Tetapai majoritinya Yahudi yang mengimani Talmud, mereka bukan Ahlul Kitab, tetapi orang musyrikin. Kerana mereka adalah penyembah dajjal Laknatullah atau simbol-simbol paganisme Mesir Kuno. Tentera-tentera dajjal ini bukan pengikut Musa AS, Tetapi mereka adalah musuh sejati Musa AS.
Nenek-moyang mereka, Bani Israil penderhaka, mereka telah menyia-nyiakan ajaran Musa AS ketika dirinya diutus kepada Bani Israil. Yahudi hari ini lebih tepat disebut: Pengikut SAMIRI, bukan Musa AS.

Masalahnya, kita menyaksikan filem Lord Of The Ring sekadar hiburan semata-mata, tanpa cuba memahami mesej yang hendak disampaikan, sayang sekali.

Majoriti filem Hollywood tidak berkualiti serta boleh dilabel murahan. Kebanyakan filem-filem keluaran mereka penuh dengan propaganda serta mesej tersembunyi seperti The Matrix, Chlinder List, Salt dan banyak lagi. Namun ada juga yang memiliki elemen-elemen yang berkualiti dan mengadungi pesanan untuk diteladani.

Di antara persamaan isi filem LOTR dengan Tanda-tanda Kiamat antara lain sebagai berikut:

1. Intisari cerita film LOTR adalah pertarungan diantara golongan putih dan golongan hitam. Begitu juga saat menjelang Hari Kiamat nanti, akan terjadi pertarungan besar antara kaum Muslimin dengan kaum Yahudi.

2. Di dalam film LOTR, Ketua bagi unsur yang jahat di perlihatkan menggunakan kekuatan ilmu hitam dan sihir yang bermata satu. Ia tidak ubah kepada perkaitan dengan The False Mesiadi akir zaman nanti.

3. Filem itu turut mengambarkan terdapat dua puak yang kuat dan besar bergabung untuk melawan empayar kejahatan. Di akhir zaman nanti terjadi pergabungan antara umat islam dan nasrani (yang telah mengimani Allah setelah Nabi Isa AS turun) untuk menentang kaum yahudi zionis ini.

4. Di dalam filem itu mempelihatkan seorang yang bernama Gandalf sebagai pemimpin yang memimpin golongan yang putih dalam menghancurkan kejahatan. Ia tidak lain bersamaan dengan peranan Nabi Isa AS yang akan turun ke dunia untuk memimpin umat islam untuk menghancurkan dajal laknatullah.

5. Terdapat juga seorang pahlawan yang berani dalam membela kebenaran, Setelah empayar kejahatan Mordor hancur pahlawan itu di angkat menjadi ketua. Posisi pahlawan ini di dalam tanda-tanda kiamat sangat menyerupai posisi Imam Mahadi.

6. Di akhir babak cerita ini digambarkan empayar kejahatan hancur seluruhnya dan tidak ada yang tersisa. Begitulah perkaitan dengan empayar dajal laknatullah nanti, di akhir zaman empayar ini akan hancur dan kaum yahudi zionis akan hancur dan bercerai berai.

7. Sebelum empayar kejahatan (Mordor) ini hancur, mereka telah mencapai kemajuan-kemajuan yang hebat dan pesat dari sudut kekuatan ketenteraan dengan kekuatan yang mereka ada mampu mengepung kekuatan dari kaum yang baik di sebuah lembah. Di akhir zaman nanti begitulah persamaannya, kaum yahudi akan menjadi sangat kuat dan berkuasa seperti yang kita lihat di Israel kini, mereka memperlekeh-lekeh serta membuat sesuka hati kepada umat islam, Namun akhirnya kekuatan yahudi zionis ini akan hancur seperti hancurnya empayar yahudi zionis laknatullah.

8. Kunci kekuatan empayar kejahatan adalah "sang mata satu" (Sauron). Semakin kuat dirinya, semakin kuat pula kerajaannya. Namun saat dia hancur, maka hancurlah seluruh empayar kejahatannya. Begitulah hubungan antara dajjal laknatullah dengan kaum Yahudi zionis terkutuk di Akhir zaman nanti.

9. Hancurnya kekuatan "sang mata satu" ditambah pula dengan jatuhnya cincin yang dibawa Frodo di sebuah kawah gunung berapi yang membara. Begitu pula digambarkan, nanti di Akhir zaman dajjal laknatullah ketika melihat Nabi Isa As., dia akan meleleh seperti garam yang meleleh.

10. Dalam filem itu digambarkan bahwa tokoh "sang mata satu" bukan muncul dari bangsa jin atau makhluk lain. Ia berasal dari seorang raja di masa lalu. Di dalam Tanda-tanda Kiamat disebutkan, bahwa Dajjal itu sejenis manusia. Lahir dari keluarga Yahudi di Isfahan, Iran saat ini.

~konspirasi dunia~

Zaid terumbang-ambing sebagai BARUA

Posted: 14 Nov 2010 02:15 AM PST

Walaupun masalah Datuk Zaid Ibrahim dilihat bermula dengan wawancaranya dengan Mingguan Malaysia yang dipertikaikan, bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu kembali ke akbar Umno itu dan terus mengkritik bosnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menjawab perlbagai persoalan sekitar kesetiaan poliknya pada PKR dan Anwar, Zaid mengulas lebih banyak tentang kemungkinannya menubuhknya parti baru bagi meneruskan agenda perjuangannya.

"Penubuhan parti baru ini akan memperjuangkan demokrasi tulen serta sebuah kerajaan yang telus dan terbuka. Jika saya menang satu dua kerusi pun alhamdulillah, saya sangat berterima kasih.

"Saya tidak ada sebuah pelan besar dalam politik," katanya sambil menjelaskan bahawa penubuhannya akan dibuat "secara kecil-kecilan".

'Konflik' Zaid (kanan) dan PKR dilihat sampai ke kemuncaknya apabila beliau mengundur diri bertanding jawatan timbalan presiden dan melepaskan semua jawatan dalam parti kerana tidak puas hati dengan perjalanan pemilihan anggota majlis pimpinan pusat.

Beliau juga mara setapak lagi dengan meminta Anwar dan naib presiden Azmin Ali - yang juga pesaingnya dalam jawatan itu - berundur daripada PKR.

Tak minat jaga siapa naik

Dalam wawancara eksklusif satu mukasurat penuh dengan Mingguan Malaysia - versi mingguan Utusan Malaysia - hari ini, Zaid juga berazam terus memacu perubahan dan transformasi tida kira sama ada dari pembangkang atau BN.

"Kalau BN salah saya tentang dan kalau betul saya sokong. Dari dulu sampai sekarang saya ikut isu atau dasar.

"Saya tidak ada minat untuk jaga siapa yang bakal naik, perdana menteri atau ketua pembangkang. Siapa untung siapa rugi itu adalah nasib mereka," kata bekas menteri di era perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi itu.

Ditanya kenapa tidak menyertai PAS atau DAP saja daripada menubuhkan parti baru, Zaid menjawab:

"Imej saya dah macam ini tidak ada siapa yang nak ambil saya. Mereka akan kata Zaid ini pengacau."

Menurut Zaid lagi, beliau mahukan karier politiknya berakhir dengan parti politik yang menggambarkan idealismenya tidak kira sama ada ia berjaya atau pun tidak.

PAS patut terajui Pakatan

Menyentuh tentang Anwar, Zaid mendakwa ketua umum PKR itu "meletakkan badannya sendiri sebagai tidak boleh disentuh".

Manakala PKR pula disifatkan sebagai "hanya sebuah parti untuk Anwar dan kawan-kawannya".

Sementara itu, bukan sahaja Mingguan Malaysia, Zaid juga memberikan wawancaranya kepada sebuah lagi akhbar arus perdana New Straits Times, juga pada hari ini.

Bercakap kepada harian berbahasa Inggeris itu, beliau yang sebelum ini diberikan tugas sebagai penyelaras Pakatan Rakyat, membuat cadangan drastik supaya gabungan pembangkang diterajui pemimpin PAS.

Beliau menamakan exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa dan empat anggota parlimen PAS - Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Dr Mujahid Yusuf Rawa (Parit Buntar), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) and Khalid Samad (Shah Alam) sebagai calon-calonnya.

Bercakap soal PAS dan personalitinya secara umum, Zaid berkata parti Islam itu lebih tegas, menggambarkan keyakinan yang lebih dan dapat keluar daripada bayang-bayang Anwar.

~MK~

PKR Selangor pecahkan 'igauan' peratusan rendah

Posted: 14 Nov 2010 02:14 AM PST

Peratusan pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dijangka meningkat ekoran kehadiran ramai pengundi memilih pucuk pimpinan parti terutama di beberapa cabang di Selangor.

Sebanyak lapan cabang di negeri itu melangsungkan pemilihan anggota majlis pimpinan pusat (MPP), termasuk Petaling Jaya Selatan yang melangsungkannya serentak dengan pemilihan di peringkat cabang.

Selain Petaling Jaya Selatan, tujuh lagi cabang di Selangor adalah Kuala Langat, Kota Raja, Klang, Kapar, Shah Alam, Subang dan Petaling Jaya Utara. Menurut Ketua pengawas Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) di cabang Subang Abdul Aziz Jakim menjangkakan ahli yang keluar mengundi bakal mencecah sekurang-kurangnya 1,000.

Sebanyak 5,532 ahli layak mengundi di cabang berkenaan yang dilangsungkan di Dewan Serbaguna Seksyen 7 Kota Damansara. Ditemui Malaysiakini di pusat pengundian berkenaan pagi tadi, Abdul Aziz berkata kira-kira 120 orang telah mengundi setakat jam 12 tengahari.

Pemilihan cabang, pusat berbeza

Kelihatan kira-kira 100 lagi masih beratur di luar pusat pengundian untuk memilih calon pilihan mereka.

"Proses pemilihan masih lagi suam-suam kuku lagi. Pengundian berjalan lancar, tanpa sebarang masalah," katanya sambil menambah pengundi semakin bertambah menjelang tengahari sehingga tamat masa pengundian.

Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan pengundian bermula lewat 40 minit kerana sedikit "masalah teknikal".

Sebelum itu, calon ketua cabang, Muhammad Najmi Samsudin berkata suasana pengundian untuk MPP berbeza dengan suasana pemilihan di peringkat cabang yang berlangsung September lalu.

Ketika ditemui Malaysiakini, berliau berkata, sepatutnya setakat jam sebelas pagi, jika hendak dibandingkan dengan pemilihan cabang lalu, anggota sudah ramai pada waktu tersebut. Menurutnya, faktor penarikan diri Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding jawatan timbalan presiden antara faktor mempengaruhi jumlah kehadiran anggota untuk keluar mengundi.

Tak putus-putus hadir

"Ramai juga penyokong beliau di sini," katanya sambil menambah bahawa beliau optimis anggota akan semakin bertambah sehingga pusat pengundian ditutup.

Ditanya kecenderungan anggota memilih calon timbalan presiden, Muhammad Najmi berkata: "Dekat sini, kebanyakkannya (cenderung) menyokong Azmin".

Sementara itu, tinjauan Malaysiakini di Petaling Jaya Selatan mendapati mesyuarat cabang itu berlangsung dengan lancar meskipun anggota PKR tidak putus-putus hadir sejak pusat pengundian dibuka jam 10 pagi tadi.

Ketua pengawas Mokhtar Hamzah berkata setakat jam 2.15 petang tadi, kira-kira 500 daripada 4,551 keluar mengundi di Pusat Rakan Muda dan Komleks Arena di Petaling Jaya.

"Salah satu faktor anggota keluar mengundi adalah kerana hari ini adalah pemilihan bagi pucuk pimpinan cabang serentak dengan majlis pimpinan pusat," katanya.

Menurutnya lagi, beliau tidak menolak kemungkinan cuti hujung minggu menyebabkan ahli keluar menunaikan tanggungjawab mereka. Sehubungan itu, jika trend itu berterusan, beliau menjangkakan jumlah pengundi akan hadir sehingga mencecah 800 orang.

~MK~

Warni-warni pemilihan PKR di Selangor

Posted: 14 Nov 2010 02:12 AM PST

Walaupun sebelum ini mesyuarat agung tahunan (MATC) beberapa cabang PKR di Selangor diselubungi kekecohan, tetapi pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) hari ini berlangsung sebaliknya.

Sebanyak lima cabang - Kuala Langat, Kota Raja, Kapar, Subang dan Petaling Jaya Selatan (PJS) - perjalanan proses pengundian berlangsung dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Malah suasananya seperti majlis jamuan. Di cabang Subang, anggotanya dihidangkan bihun goreng, jus anggur dan jus oren sebelum menunaikan tanggungjawab masing-masing. Tinjauan Malaysiakini mendapati, ramai anggota daripada pelbagai kaum turut menikmati hidangan yang disediakan sehinggakan sebesen bihun habis licin.

Malah dua pondok panas dipasang di sebelah pintu masuk Dewan Serbaguna Sekyen 7 Kota Damansara bagi membolehkan semakan keahlian dilaksanakan di samping penyokong kumpulan yang bertanding mengedarkan 'chai' mereka masing-masing.

Kelihatan juga penyokong turut mengedarkan 'chai' kepada pengundi sewaktu mereka berbaris sebelum memasuki pusat pengundian berkenaan. Malah, poster-poster calon MPP turut dilekat di dinding bangunan berkenaan sebagai usaha kumpulan masing-masing berkempen di saat-saat akhir.

Tinjauan Malaysiakini di cabang Petaling Jaya Selatan pula mendapati, sebanyak 30 meja disediakan bagi membolehkan anggota memangkah calon pada kertas undi yang diawasi oleh kira-kira 10 pengawas.

Manakala pintu masuk menuju ke pusat berkenaan dikawal kira-kira lima pengawal khas yang dikenali sebagai 'Skuad Khas PJS'. Di luar kawasan pusat pengundian, sebanyak tujuh pondok panas dibuka diluar pusat pengundian - yang terletak kira-kira 10 meter - dari tempat mengundi.

Kelihatan juga penyokong dari kumpulan masing-masing mengedarkan 'chai' berkempen diberikan kepada pengundi sebelum memasuki pusat pengundian. Pelbagai poster dan kain rentang dari kumpulan 'Sinar Harapan Baru' dan 'Team Mantap' di pasang di sekitar kawasan berkenaan.

Ibu pejabat parti mengarahkan cabang berkenaan mengadakan pemilihan cabang serentak dengan pengundian MPP hari ini.

~MK~

47.6% tidak yakin dengan ETP Najib

Posted: 14 Nov 2010 02:11 AM PST

Sebahagian besar perserta undian di laman web Utusan Malaysia tidak yakin bahawa Program Transformasi Ekonomi (ETP) akan meletakkan Malaysia di landasan yang betul ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi.

Daripada 1,611 peserta yang mengundi, sebanyak47.6 peratus mengakui tidak yakin dengan porgram yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Lebih mengejutkan lagi, sebanyak 19.2 peratus mengaku tidak tahu apa itu ETP.

Berdasarkan semakan pada jam 5.53 petang itu di laman web akhbar milik Umno itu, hanya 33.2 peratus yakin dengan program itu.

Kerajaan mengumumkan pelaksanaan ETP - peranannya yang mirip dengan fungsi Unit Prestasi Pengurusan dan Penyampaian (PEMANDU) - bertujuan menyediakan satu jentera penyampaian lebih berkesan antara pihak awam dan swasta dengan rakyat.

Najib sebelum ini dilaporkan berkata, ia juga merupakan komitmen kerajaan untuk merealisasikan program transformasi iaitu sebahagian daripada elemen penting Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

~MK~

'Haram' media di DUN Kedah tetap berjalan

Posted: 14 Nov 2010 02:09 AM PST

Beberapa organisasi media, termasuk Malaysiakini dilarang memasuki DUN Kedah bagi membuat liputan sesi belanjawannya yang bermula pagi tadi. Menurut Muhamad Helmi Mohamad Khalid, setiausaha akhbar kepada menteri besar, larangan itu dibuat ekoran laporan negatif media terhadap banjir yang melanda negeri itu baru-baru ini.

Hanya pemberita daripada The Star, Harakah, Sinar Harian, Makkal Osai, Malaysian Namban, Sin Chew, Kwong Wah, China Press, Nanyang Siang Pau, Guang Ming dan agensi berita Bernama dibenarkan membuat liputan untuk perbahasan belanjawan selama tiga hari itu.

Helmi pada 11 November mengeluarkan surat kepada ketua biro semua media cetak dan elektronik yang berpengkalan di Alor Setar. Ia antaranya merungut tentang liputan berita yang didakwa dimanipulasi sesetengah pihak terhadap kerajaan pimpinan PAS itu.

Mohamad Yusoff Ahmad, pengawal keselamatan di luar bangunan DUN memberitahu, beliau tidak dapat memberikan kebenaran memasuki bangunan kepada sesiapa yang tidak termasuk dalam senarai yang dikeluarkan Hilmi.

"Saya hanya menjalankan tugas," katanya.

Sementara itu, seorang pemberita RTM negeri Samat Majid kelihatan diiring keluar daripada bangunan selepas berjaya memasukinya sebelum itu. Petugas media berita harian Rahmat Othman, yang berkhidmat di kedah selama 16 tahun memberitahu perkara itu kali pertama berlaku.

~MK~

Zambry diseru bertaubat depan Kaabah

Posted: 14 Nov 2010 01:59 AM PST

Pemuda PAS Perak tetap mahu Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bertaubat biarpun Mufti negeri itu berpendapat beliau tidak syirik dalam isu meletakkan ancak ke tiang seri rumah baru-baru ini.

Kesempatan bertaubat itu wajar diambil sempena menteri besar Perak itu sedang menunaikan haji di Mekah di hadapan Kaabah.

Timbalan Ketuanya, Mohd Munir Ali dalam satu kenyataan, yakin bahawa itu sudah menginsafi perbuatan tersebut yang bakal mengundang kekeliruan kepada umat Islam yang lain.

"Kita mengharapkan sekembalinya Datuk Seri Zambry ke tanah air nanti, beliau akan menjelaskan tindakannya tersebut bagi memastikan perbuatan seumpamanya tidak lagi terus menjadi amalan masyarakat Melayu Islam.

" Kita merasakan dengan terdorongnya Datuk Seri Zambry untuk mengerjakan ibadah Haji ini akan cuba membersihkan amalan-amalan yang tidak diterima oleh agama Islam itu sendiri," katanya.

Tindakan Zambry melakukan upacara meletakkan ancak ke tiang seri program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar, Manong pada 17 Oktober yang lalu mengundang persoalan banyak pihak.

Tindakan tersebut didakwa tergolong dalam perkara khurafat dan boleh mengundang syirik sehingga menjejaskan aqidah.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bagaimanapun berpendapat perlakuan Zambry itu tidak syirik atas alasan menteri besar itu melakukannya tanpa niat.

"Proses pembersihan yang kini dilalui oleh Datuk Seri Zambry jua diharapkan akan mendorongnya untuk terus meninggalkan semua amalan khurafat berunsur syirik yang jelas akan menjejaskan akidah.

"Kita percaya hati kecil Datuk Seri Zambry ingin tetap memperbetulkan masyarakat Melayu Islam yang masih meneruskan amalan khurafat tersebut," katanya.

~harakah~

Tiada ulasan: