Rabu, 10 November 2010

Anak Cucu Nabi Adam

Anak Cucu Nabi Adam


Asri tak tarik cadangan gesa Anwar bersara

Posted: 10 Nov 2010 03:10 AM PST

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau tidak pernah menarik balik atau menyesal kerana mencadangkan "dinosaur-dinosaur" politik dalam PKR, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bersara.

Katanya, perkara itu dinyatakan dengan jelas dalam surat terbukanya kepada ketua pembangkang itu semalam.

"Cumanya saya hanya memohon maaf jika beliau berkecil hati.

"Itu adalah adab pergaulan, namun pendapat saya masih kekal sehingga kini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, menjawab dakwaan Anwar di lobi Parlimen, Dr Mohd Asri menafikan digunakan oleh akhbar Umno Utusan Malaysia dalam 'perancangan' untuk mencemarkankan nama baik Anwar sebagai ketua pembangkang.

Beliau juga berkata, sebagai seorang Muslim, diharapkan persaudaraan Islam antaranya dan Anwar tidak terputus.

Sambil menegaskan bahawa pandangannya hanya untuk renungan politik dan bukan isu peribadi, Dr Mohd Asri berkata, sebagai saudara Muslim, beliau sekali lagi memohon maaf atas pandangannya.

Bagaimanapun, tambahnya, beliau masih mempercayai pandangan itu ada kebenarannya, melainkan Allah mendatangkan hal yang sebaliknya.

~MK~

Zaid hampakan penyokongnya

Posted: 10 Nov 2010 03:08 AM PST

Beberapa cabang PKR yang memberi sokongan kepada calon timbalan presiden Datuk Zaid Ibrahim berasa kecewa dan tidak berpuas hati dengan tindakannya menarik diri daripada bertanding merebut jawatan tersebut kelmarin.

Bahkan maklum balas yang diterima dari ahli akar umbi menyatakan mereka berasa "seolah-olah dipermain-mainkan" oleh Zaid selepas bertungkus lumus menyokongnya dalam pemilihan yang berlangsung sejak dua minggu lalu.

"Beliau datang (berasal) dari Kota Bharu. Kita mengundi kerana sentimen, jadi ramai yang menyokong beliau.

"Tapi beliau buat macam ini, serang parti, cuba nak merosakkan parti, kita tidak berpuas hati... Kalau buat macam ni, lebih baik keluar dari PKR," kata ahli jawatankuasa PKR Kota Bharu Hasanudin Roslan ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Dalam pengundian di cabang Kota Bharu pada 29 Oktober lalu, Zaid mendapat 174 undi manakala Azmin Ali mendapat 11 undi. seorang lagi calon timbalan presiden, Mustaffa Kamil Ayub pula mendapat 25 undi.

Bagaimanapun, Hasanuddin berkata beliau ada mendengar kumpulan penyokong bekas menteri itu di Kelantan bercadang untuk mendesaknya kembali bertanding jawatan tersebut. Menurutnya cabang berkenaaan adalah Machang, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang yang akan mengundi Jumaat ini.

"Sejauhmana cara mereka (hendak mendesak Zaid) saya tidak pasti," katanya sambil menjangka keputusan mengundi Jumaat ini di Kelantan akan menurun disebabkan tindakan Zaid itu.

Bincang sebelum merebak

Menurutnya lagi, bukan sahaja, malah penurunan peratusan mengundi itu juga disebabkan ahli akar umbi merasakan "Azmin boleh menang" kerana persaingan hanya dua penjuru dengan ketua PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub yang setakat ini mendapat undi terendah.

Selepas 87 cabang bermesyuarat hujung minggu lalu, Azmin semakin jauh di depan dengan majoriti 2,479 undi meninggalkan Zaid dan Mustaffa. Mengikut keputusan rasmi ibu pejabat parti, Azmin mendapat 6,467 undi, manakala Zaid memperolehi 3,988 dan Mustaffa meraih 1,215 undi.

Bagaimanapun, tidak puas dengan perjalanan pemilihan langsung PKR yang julung kalinya diadakan itu, Zaid semalam menarik diri dan melepaskan semua jawatannya dalam parti. Sementara itu, timbalan ketua cabang Batu Kawan, Mansor Md Noor turut kecewa dengan tindakan Zaid yang juga Ketua PKR Wilayah Persekutuan.

Malah, menurut Mansor, hasil perbualannya dengan beberapa rakannya dari beberapa cabang dan akar umbi PKR, mereka turut berkongsi perasaan yang sama.

"Kalau boleh, (Datuk Zaid) boleh bawa (perkara ini) dengan berbincang. Saya tengok semakin hari semakin celaru (dalam parti). Sebelum merebak (menjadi parah) lebih baik bincang di meja rundingan," katanya.

'Pembersihan' dalam parti

Katanya, beliau sendiri akan bermesyuarat dengan ahli jawatankuasanya malam ini untuk mendesak Zaid menarik balik keputusannya daripada bertanding jawatan timbalan presiden.

"Pengundian masih belum selesai. Masih ada harapan (untuk menang)... Kalau beliau membuat keputusan untuk teruse bertanding, beliau kembali akan mendapat sokongan," katanya.

Mansor juga mencadangkan supaya pucuk pimpinan parti "membuat perjanjian" supaya calon yang tewas "diberi tempat" dalam kepimpinan parti. Dalam pengundian di cabang Batu Kawan pada 31 Oktober lalu, Zaid mendapat 94 undi, Azmin (59) dan Mustaffa (9).

Di Sepanggar, Sabah, naib ketua cabang Sulaiman Aladdad berkata tindakan Zaid mengundur diri bertanding jawatan terbabit bukan sahaja "mempermain-mainkan akar umbi, malah beliau seorang pemimpin yang tidak tahan dengan cabaran".

"Ahli akar umbi menyatakan berbagai pandangan mereka. Ada yang rasa pelik, ada yang berasa kecewa dan ada yang menghormati hak beliau untuk mengundur diri.

"Rata-rata pengundi menganggap (pengunduran) sebagai satu pembersihan dalam parti... Kita perlukan pemimpin tahan lasak dan setia kepada parti," katanya sambil mendesak agar pemilihan perlu diteruskan walaupun Zaid menarik diri.

Di cabang Sepanggar, Zaid mendapat 114 undi, manakala Azmin memperolehi 49 undi, sementara Mustaffa meraih 10 undi.

~MK~

Belanja perjalanan menteri bercanggah

Posted: 10 Nov 2010 03:07 AM PST

Jawapan bertulis terbaru Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berhubung butiran perjalanannya adalah RM300,000 kurang daripada jawapan yang hampir sama diberikan dua minggu sebelum ini.

Ahli parlimen Rasah, Anthony Loke berkata percanggahan jawapan Ng semalam berhubung butiran perbelanjaan perjalanannya bagi Januari sehingga Oktober adalah RM1.28 juta tetapi jawapannya kepada MP Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat pada 28 Oktober lalu hanya mencatatkan jumlah RM1.58 juta.

"Terdapat perbezaan RM300,000... Adakah kerana menteri terlalu letih dengan penerbangan sehingga dia baca angka yang salah?" perlinya.

Ng sebelum ini sering-kali menjadi bidasan ahli parlimen pembangkang di Dewan Rakyat yang menuntut jawapan berhubung lawatan luar negara yang didakwanya bagi mempromosi Malaysia.

Beberapa ahli parlimen menuntut menteri pelancongan itu memberikan butiran terperinci perbelanjaannya, khususnya ketika ke New Zealand dan Australia yang menelan belanja RM245,000.

Semalam dalam jawapannya Ng mendakwa ia merupakan hasil promosi menerusi lawatan, yang termasuk taklimat kepada 9,173 individu menerusi 306 acara iaitu seminar, travel mart, sidang media, wawancara media, perjumpaan khas termasuk berjumpa dengan 20 menteri pelancongan dari Asean, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec), Pertubuhan Pelancongan Dunia (UNWTO) dan kumpulan 20 negara anggota atau G20.

Merujuk jawapan bertulis Ng berhubung 'misi' tujuh hari ke Eropah pada 25 hingga 31Mei lalu, Loke berkata

"Adakah ini lawatan membeli-belah atau apa?" soal Loke sambil berkata jumlah itu tidak masuk akal kerana kebanyakan pelancong yang melawat Malaysia bukan datang dari Eropah.

Menurut jawapan bertulis Ng lagi, lawatan ke Eropah berkenaan membabitkan "dua delegasi" dari Kementerian Pelancongan yang melawat London, Munich dan Milan.

Semasa lawatan itu, Ng dikatakan berjumpa dengan Persatuan Diraja Hortikultural bagi mempromosi taman-taman di Malaysia manakala pegawai Tourism Malaysia pula terbabit dengan Pameran Bunga Chelsea.

Katanya lagi, Tourism Malaysia memenangi pingat emas di bawah kategori 'pameran taman' dan kemudiannya diwawancara oleh BBC. Menurut Loke, ini bukan kali pertama Ng memberikan butiran perbelanjaan lawatan yang bercanggah.

Beliau memberi contoh misi kementerian itu ke negara-negara Teluk antara 4 hingga 12 Mei lalu. Jawapan Ng kepadanya mengatakan kos yang terbabit adalah RM97,000, tetapi jawapan menteri itu kepada ahli parlimen Batu, Tian Chua sebelum itu, pula adalah RM300,000.

Loke berkata beliau berharap menteri berkenaan dan kementeriannya akan bertindak lebih profesional dalam menjalakan tugas mereka.

"Kami akan terus baca dan bandingkan jawapan dengan apa yang diberikan sebelum ini, baik daripada MP Pakatan mahupun BN untuk pastikan jumlah yang diberikan adalah konsisten," katanya.

~MK~

UMNO Najis Tandas

Posted: 10 Nov 2010 03:05 AM PST

ADUN Paloh daripada BN hari ini digantung selama sehari daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kerana didakwa ingkar perintah Timbalan Speaker, Mohd Zaki Ibrahim.

Datuk Nozula Mat Diah diperintah keluar dewan dan digantung sehari daripada menghadiri persidangan setelah enggan mematuhi arahan Mohd Zaki yang memintanya supaya duduk bagi membolehkan Dr Nik Mazian Nik Mohamed (PAS-Gaal) meneruskan perbahasan Bajet 2011 kerajaan negeri.

Insiden berlaku ketika Nozula bangun membantah perkataan yang dikeluarkan Abdul Fatah Harun (PAS-Bukit Tuku) yang mengumpamakan Umno seperti "najis dalam tandas" ketika mencelah perbahasan Dr Nik Mazian.

Kata-kata Abdul Fatah menyebabkan Nozula bangun meminta Abdul Fatah menarik balik kenyataannya yang disifatkan sebagai menghina Umno.

Suasana dewan menjadi "panas" apabila Abdul Fatah enggan menarik balik kata-katanya dan Mohd Zaki, yang cuba menenangkan keadaan dewan, menyifatkan apa yang dikatakan Abdul Fatah tidak menyalahi peraturan dewan.

Ini menyebabkan perang mulut antara Nozula dan Mohd Zaki, yang kemudiannya berang dengan keengganan Nozula duduk, lalu memerintahkannya keluar dewan.

Ketika ditemui di luar dewan, Nozula melahirkan perasaan sedih dengan penghinaan Abdul Fatah terhadap Umno.

"Apa yang dikatakan Bukit Tuku menimbulkan kemarahan dan menghina Umno seolah-olah Umno tidak berjasa. Saya sedih Umno dihina sebegitu rupa. Saya menerima arahan (timbalan) speaker yang menghalau saya," katanya yang dilihat mengalirkan air mata.

Nozula berkata ini kali ketiga sepanjang beliau menjadi ADUN diperintah keluar dewan dan sekali digantung elaun.

~bernama~

Semua ADUN BN P Pinang keluar dewan

Posted: 10 Nov 2010 03:04 AM PST

Semua sepuluh ADUN BN bertindak keluar dewan sebagai sokongan kepada Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) yang diarah keluar kerana berdegil enggan menarik balik perkataan "pengecut" yang ditujukan kepada Speaker.

Roslan semalam melabelkan Speaker Datuk Abdul Halim Hussain sebagai "pengecut" pada akhir perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2011.

Bercakap kepada pemberita di luar dewan, Roslan berkata beliau berasa kecewa dengan arahan Timbalan Speaker, Datuk Tan Hock Leong hari ini yang disifatkan sebagai tidak adil kerana beliau tidak diberi peluang menjelaskan insiden perkataan "pengecut" itu.

"Saya menafikan bahawa perkataan itu dikeluarkan dalam waktu persidangan DUN semalam. Saya hanya mengeluarkan perkataan itu selepas Speaker mengumumkan persidangan DUN semalam ditangguhkan," katanya.

Menurutnya, beliau diarah oleh Speaker supaya keluar dewan semalam kerana membincangkan hal tentang Perbadanan Bukit Bendera.


"Hari ini, Timbalan Speaker pula yang mengarahkan saya menarik balik perkataan tersebut atau meminta maaf sedangkan saya telah diarah untuk keluar dari dewan malam tadi," kata Roslan (kanan).

Pada persidangan pagi tadi seorang penyokong kerajaan RSN Rayer (DAP-Seri Delima) meminta dewan mengambil tindakan terhadap Roslan kerana mengeluarkan perkataan "pengecut" terhadap Speaker semalam.

Pemangku Ketua Pembangkang di dewan itu, Datuk Seri Hilmi Yahaya (BN-Teluk Bahang), berkata tindakan Speaker itu tidak wajar dan tidak harus dilakukan terhadap ADUN BN.

"Saya rasa dewan ini tidak begitu adil terhadap wakil rakyat pembangkang dan kami berasa tidak ada apa-apa manfaat lagi untuk duduk dalam dewan," katanya.

Umno mempunyai 11 wakil dalam dewan itu. Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga), yang juga Ketua Pembangkang, telah dikenakan tindakan gantung selama enam bulan setelah Jawatankuasa Kebebasan dan Hak mendapati beliau bersalah kerana membangkit isu sensitif dan berusur hasutan pada persidangan yang lalu.

Hilmi berkata wakil rakyat BN akan membuat keputusan sama ada untuk menghadiri atau tidak persidangan DUN bagi penggal ini yang tinggal dua hari lagi.

"Kami rasakan dewan telah tidak berlaku adil kepada kami, tiada makna lagi untuk kami membahas Bajet 2011," katanya.

~MK~

Isu sosej babi lebai katak, MP PR kena halau dewan

Posted: 10 Nov 2010 03:00 AM PST

Ahli parlimen PAS Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad hari ini diarahkan keluar dari Dewan Rakyat kerana menimbulkan ketegangan berhubung identiti seorang pelajar lelaki yang dirotan kerana membawa nasi dengan daging khinzir goreng dan sosej yang tidak halal.

Dzulkefly yang berang dengan hujah yang ditimbulkan oleh Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) bahawa bapa budak berkenaan beragama Islam.

Justeru, "tidak wajar" bagi seseorang Islam membawa makanan "haram" ke sekolah.

"Jika bapa budak itu beragama Islam, maka sewajarnya budak itu juga semestinya beragama Islam," kata Zulkifli.

Namun, menurut Dzulkefly, isu yang dibangkitkan bukan berhubung indentiti agama pelajar berkenaan tetapi tindakan pihak sekolah yang menghukum budak lelaki itu dengan merotannya.
Makan babi

Zulkifli kemudian berkata "inilah PAS menggalakkan anak Muslim makan babi".

Kenyataan itu telah mencetuskan ketegangan di Dewan Rakyat dengan Dzulkefly terus membidasnya dengan berkata: "Inilah amalan agama yang paling sempit".

Kenyataan itu kemudiannya membangkitkan kemarahan bukan sahaja Dzulkefly, malah sebahagian ahli parlimen Pakatan Rakyat lain.

Turut bangun membantah Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), dan Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja).

Tidak berpuas hati dengan kenyataan Zulkifli itu, Dzulkefly kemudiannya bangun membantah sehingga dewan menjadi kecoh dan tidak terkawal oleh Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Jaafar.

Meskipun diarahkan oleh timbalan speaker supaya berhenti bertengkar dan duduk, namun Dzulkefly terus membidas bekas ahli parlimen PKR yang berpaling tadah itu. Wan Junaidi kemudian mengarahkan supaya Dzulkefly keluar dewan sehingga waktu makan tengahari berahir pada jam 2.30 petang ini.

"Apa yang memanaskan saya apabila saya disuruh duduk, dalam masa sama Kulim Bandar Baharu (Zulkifli) terus menerus menyerang PAS, serang Islam dan serang saya," katanya di luar pintu dewan.

Khianati agama

Pada sidang media selepas itu, Dzulkefly mendakwa ahli parlimen Kulim Bandar Baharu sengaja menggunakan ruang perbahasan untuk mencetuskan pertentangan.

"Dalam semangat toleransi beragama, Kulim Bandar Baharu membuat satu penyataan yang menunjukkan orang Islam ekstrem.

"Kalau benar mahu bahas isu ini, bukan di sini, tapi Kulim Bandar Baharu terus mengatakan bahawa inilah PAS, yang menghalalkan orang Islam makan babi.

"Inilah cara paling jahat yang sebenarnya mengkhianati agama atas kononnya untuk memperjuangkan agama," katanya kesal.

Sementara itu, Yusmadi Yussof (PKR-Balik Pulau) pada sidang media sama turut mengecam sikap Zulkifli.

Katanya, Zulkifli tidak bertanggungjawab dan tidak mengamalkan konsep Islam moderat yang mahu ditonjolkan kepimpinan negara.

"Saya terkilan kerana Kuala Selangor (Zulkefly) menjadi mangsa dalam usaha pertahankan Islam yang sebenar," ujarnya.

~MK~

Isu sosej babi di dewan rakyat

Posted: 10 Nov 2010 02:53 AM PST

Gara-gara menegur sikap ahli parlimen bebas Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang membangkitkan isu 'sosej babi', Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dihalau keluar dewan.

Insiden bermula apabila Zulkifli membangkitkan isu seorang pelajar dirotan akibat membawa sosej babi yang dimasak oleh ibunya, ke sekolah dalam satu kes yang berlaku di Kuching.

Zulkifli juga mendakwa bahawa bapa pelajar berkenaan beragama Islam dan semestinya anak tersebut juga seorang Islam. Justeru, tidak wajar bagi seseorang Islam membawa makanan haram ke sekolah.

Namun, menurut Dzulkefly, isu yang dibangkitkan bukan berhubung indentiti agama pelajar berkenaan tetapi tindakan pihak sekolah yang menghukum budak lelaki itu dengan merotannya.

Isu tersebut semalam dibangkitkan Chong Chieng Jen (DAP-Kuching).

Dr Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat kemudiannya membantah dengan mendakwa tidak wajar ruang perbahasan bajet Jabatan Perdana Menteri diguna membangkitkan isu agama yang boleh mencetuskan ketegangan.

Lantaran itu, Zulkifli yang juga bekas ahli PKR, kemudian menanyakan pendirian PAS berhubung perkara itu lalu menuduh PAS berdiam diri dalam isu tersebut dan mendakwa parti itu menghalalkan orang Islam makan babi.

Kenyataan itu kemudiannya membangkitkan kemarahan bukan sahaja Dr Dzulkefly, malah sebahagian ahli parlimen Pakatan Rakyat lain. Turut bangun membantah Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), dan Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja).

Tidak berpuas hati dengan kenyataan Zulkifli itu, Dzulkefly kemudiannya bangun membantah sehingga dewan menjadi kecoh dan tidak terkawal oleh Timbalan Speaker, Datuk Dr. Wan Junaidi Jaafar.

Speaker kemudiannya mengarahkan Dr Dzulkefly duduk namun tidak diendahkannya ekoran Zulkifli terus menyerangnya.

Ekoran itu, Speaker mengarah Dzulkefly keluar dewan.

"Apa yang memanaskan saya apabila saya disuruh saya duduk, dalam masa sama Kulim Bandar Baharu (Zulkifli) terus menerus menyerang PAS, serang Islam dan serang saya," katanya ketika ditemui sewaktu keluar pintu dewan.

Pada sidang media selepas itu, Dzulkefly mendakwa ahli parlimen Kulim Bandar Baharu sengaja menggunakan ruang perbahasan untuk mencetuskan pertentangan.

"Dalam semangat toleransi beragama, Kulim Bandar Baharu membuat satu penyataan yang menunjukkan orang Islam ekstrem.

"Kalau benar mahu bahas isu ini, bukan di sini, tapi Kulim Bandar Baharu terus mengatakan bahawa inilah PAS, yang menghalalkan orang Islam makan babi.

"Inilah cara paling jahat yang sebenarnya mengkhianati agama atas kononnya untuk memperjuangkan agama," katanya kesal.

Sementara itu, Yusmadi Yussof (PKR-Balik Pulau) pada sidang media sama turut mengecam sikap Zulkifli. Katanya, Zulkifli tidak bertanggungjawab dan tidak mengamalkan konsep Islam moderat yang mahu ditonjolkan kepimpinan negara.

"Saya terkilan kerana Kuala Selangor (Zulkefly) menjadi mangsa dalam usaha pertahankan apakah Islam yang sebenar," ujarnya.

~harakah~

MCA nak saham judi apa kata UMNO?

Posted: 10 Nov 2010 02:50 AM PST

Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke hari ini meminta Umno menyatakan pendirian mereka terhadap parti komponen Barisan Nasional, MCA yang dikatakan sedang berusaha mendapatkan pegangan saham ke atas firma perjudian Tanjong PLC.

Loke yang juga ahli Parlimen Rasah berkata, ini kerana Umno bermati-matian menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggunakan wang judi untuk memberi bantuan kepada orang miskin di negeri itu.

"Kita nak minta pandangan Umno jugalah. Apa pandangan pemimpin-pemimpin Umno sekiranya ada rakan mereka dalam Barisan Nasional mengambil alih satu syarikat perjudian, Tanjong PLC yang memiliki saham dalam perjudian.

"Mereka begitu beria-ia membangkitkan isu di Pulau Pinang kononnya ada sumbangan daripada kelab lumba di Pulau Pinang bagi kepada kerajaan negeri dan kita bagi kepada orang miskin dan mereka kata ini wang haram dan kita tidak menghormati orang Islam dan sebagainya," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Loke turut mempersoal rancangan badan pelaburan MCA, Huaren Holdings Sdn. Bhd untuk mendapatkan firma perjudian ke atas syarikat perjudian ketiga tebesar di Malaysia itu selepas Berjaya Sports Toto dan Magnum.

"Pertama sekali, adakah benar mereka merancang untuk berbuat demikian? Jika betul, di mana autoriti moral MCA? Adakah ia (MCA) entititi perniagaan atau sebuah parti politik?" soalnya.

Beliau juga mempersoalkan tindakan MCA yang hanya berdiam diri rancangan Kementerian Kewangan sebelum ini yang bercadang meluluskan lesen judi sukan di negara ini.

"Adakah kerana mereka menyokong rancangan itu kerana mereka juga ada perancangan untuk melabur dalam perniagaan perjudian?" soalnya.

Menurut Loke lagi, terdapat konflik kepentingan apabila MCA diwakili oleh seorang timbalan menteri kewangan yang keputusannya memberi impak kepada industri perjudian.

"MCA masih adalah sebahagian daripada kerajaan. Meskipun mereka tidak berkuasa, tetapi mereka tetap sebahagian daripada kerajaan dan ini mungkin menyebabkan konflik kepentingan, katanya.

Loke berkata jika MCA meneruskan hasratnya untuk terbabit dengan industri perjudian, DAP akan terus memanjangkan isu berkenaan.

~harakah~

New inside look for Interior Proton Inspira

Posted: 09 Nov 2010 08:39 AM PST









Jom Pakat Buru Tokek

Posted: 09 Nov 2010 08:20 AM PST

Penyelidikan kesIhatan sedunia(W.H.O) mengeluarkan dana berbillion us dollar untuk mengenalisis keputusan vaksin tokey gecko yang ada di dalam tubuh haiwan reptilia ini.

Keputusan daripadanya adalah alternatif mengubat penyakit kancer dan H.I.V AIDs. Vaksin ini belum sempurna lagi untuk di gunakan oleh manusia dan keputusan akan di terima dalam masa terdekat.

RUJUKAN: world healty organization http://www.hearttoheart.org/
acupuncturebandon.blogspot. comglobal cost of H.I.V/AISD
www.worldvision.org hab.hrsa.govWWSF- FOSI H.I.V/AISD

FORUM www.samaritanspurse.orgRED REBBONKeeping Healthy While HIVFirst International AIDS

Penilaian kriteria tokek:

1) termasuk jenis tokek rumah/hutan.

2) tokek sihat dan tidak cacat.

3) perut tokek dalam keadaan kosong dan tidak padat (normal).

4) kepala harus lebih besar daripada badanya (perut).

5) tokek di pelihara secara semula jadi tanpa adanya proses pengemukan buatan.

6) tokek sensitif terhadap tindak balas, lincah dan tidak kaku.

7) berat minima tertera di bawah, siap pengukuran dan penimbang.

8) badan seperti cicak dan adanya bintik-bintik warna merah, hijau, putih dan
kelabu.

9) tokek dapat merayap di dinding, tembok, kayu dan kaca, kerana memiliki perekat

10) fizikal yang alami dan tiada unsur magik atau ilmu hitam.

BERIKUT ADALAH HARGA SEMASA:

310g keatas - 80k
360g keatas - 120k
400g keatas - 500k
420g keatas - 1 juta
460g keatas - 1.5 juta
500g keatas - 2 juta
520g keatas - 3 juta
560g keatas - 3.5 juta
600g keatas - 4 juta
620g keatas - 5 juta
660g keatas - 5.5 juta
700g keatas - 6 juta
720g keatas - 7 juta
760g keatas - 7.5 juta
800g keatas - 8 juta
820g keatas - 9 juta
860g keatas - 9.5 juta
900g keatas - 10 juta
920g keatas - 11 juta
960g keatas - 11.5 juta
1 kg keatas - 15 juta
Tak tahulah samada harga di atas ni betul atau tidak. Yang aku pasti dari emel seorang sahabat ni nampak macam mengarut jer. Tapi memang lah aku ada dengar tentang orang jadi kaya dengan menjual tokek.
Tapi kalau dah sampai 15 juta itu dah kira melampau kaya lah tu. Oppsss lupalak yang 15 juta tu bayar dengan duit Malaysia ka, rupiah ka, Afrika ka, Siam ka atau macam barua jer bunyinyer.
Apapun pesakit-pesakit AIDS dan HIV jangan pula korang baham tokek hidup-hidup. Konfom korang mampusss dulu.

Perkara Yang Orang Jahil Tak Faham

Posted: 09 Nov 2010 08:17 AM PST

Kecuali para nabi dan rasul, semua orang termasuk ulama adalah berdosa. Cuma, keistimewaan para ulama ialah lebih cepat sedar dosa yang dilakukan dan tahu pula bagaimana untuk menebus dosa itu.

Para ulama di sini merujuk kepada mereka yang arif dengan sebenarnya kitab Allah dan sunnah nabinya. Masalah orang jahil ialah tidak mengenal dosa, tidak sedar dosa yang dilakukan, merasa tidak apa dengan dosa dan tidak tahu bagaimana untuk bebas daripada dosa.

Sebab itu ulama yang tidur lebih ditakuti oleh syaitan daripada orang jahil yang beribadat. Tidur ulama cuma matanya, hatinya tetap jaga dan siaga. Ibadat orang jahil hanya zahirnya, bahkan kadang-kadang dia sendiri tidak dapat memastikan adakah ibadah yang dibuatnya itu benar atau salah.

Sebab itu, tidak sama antara seorang suami yang alim dengan suami yang jahil. Ketua yang alim dengan ketua yang jahil. Pemimpin yang alim dengan pemimpin yang jahil. Adakah sama seorang pemimpin rakyat yang memahami al-Quran dengan yang tidak memahami al-Quran?

Jika kita melihat seorang alim makan sambil berdiri, adakah itu sama dengan seorang jahil yang makan berdiri? Jika kita melihat seorang alim bersolat sunat cuma dua rakaat, dan seorang jahil bersolat sunat dua rakaat juga, atau seorang jahil bersolat sunat empat rakaat, adakah mereka sama?

Orang alim bukan untuk ditaqdiskan tetapi untuk ditimba ilmu daripadanya. Kemuliaan dan kelebihannya adalah kerana ilmu yang dimiliki. Itulah kelebihannya berbanding orang jahil. Mungkin orang jahil punya kekuatan fizikal, berketurunan mulia, berharta, berpengaruh, tetapi itu semua tidak mampu mengatasi kemuliaan ilmu.

Kematian orang jahil akan ditangisi orang terdekat tetapi kematian orang alim ditangisi langit dan bumi. Bagi orang alim yang lain, kematian orang alim ibarat putus salah satu urat jantungnya. Kehidupan di dunia tidak bermakna apa-apa jika tanpa ulama.

Mengapa semua orang ingin menjadi orang alim? Mengapa pula tiada sesiapa pun yang ingin menjadi orang jahil? Seseorang itu walau pun jahil, dia akan marah jika dia dikata bodoh, pada hal jahil dan bodoh adalah sinonim.

Itu sudah cukup untuk membuktikan kemuliaan orang alim.

Guru saya menceritakan, Syeikh Najib al-Mutiei, seorang alim dalam bidang hadis di al-Azhar, ketika beliau berkunjung ke Malaysia suatu ketika dulu, beliau dilayan dengan tempat tinggal dan makan minum yang istimewa.

Apabila pulang ke Mesir, beliau berjumpa dengan pelajar Malaysia di sana. Beliau berkata, "Aku berterima kasih dengan layanan mereka, namun aku tidak berpuashati kerana mereka hanya melayan makan dan minum aku. Dimana-mana sahaja aku diberi makan dan minum, tetapi mereka tidak bertanya masalah agama, masalah berkaitan ilmu kepadaku."

Begitulah lebih kurang luahan hati orang alim ini apabila 'ilmunya' tidak diberikan layanan sepatutnya.

Lima belas tahun lalu, saya sepejabat dengan seorang hakim mahkamah syariah. Beliau orang alim dan tempat kami merujuk. Ketika itu beliau orang kuat Umno, tetapi apabila dia mendengar ada orang yang berkata perkara pelik-pelik kepada MB Kelantan, dia marah.

"Dia orang alim, jangan berkata begitu kepada dia. Saya Umno, tetapi saya hormat ilmu yang dimilikinya."

Namun bagi orang jahil, semua itu tidak penting. Saya teringat ungkapan yang bermaksud, "Daging para ulama adalah beracun."

~lunanad thatguy~

Perlis Banjir Bukan Negeri Bawah UMNO

Posted: 09 Nov 2010 08:13 AM PST

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini membidas perangai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kononnya Kerajaan Kedah lepas tangan dan menyerahkan tanggungjawab membantu mangsa kepada Pusat.

Beliau menyifatkan, Muhyiddin dan Umno hanya menginginkan publisiti murahan dalam melakukan misi kemanusiaan.

"TPM kata saya lepas tangan. Pernah pejabat saya hantar surat ke KL (Kuala Lumpur) minta selesaikan masalah? Tak ada. Saya tak pernah tulis kepada PM (Perdana Menteri) tolong saya. Saya tak pernah tulis surat Shahrizat mai tolong saya.

"Dia turun pun pi Tunjang bukan tempat banjir. Kaki kasut dia pun tak basah. Nak cakap apa ..." katanya dalam satu interbiu bersama akhbar rasmi PAS, Harakah.

Minggu lepas, seramai 50,000 penduduk Kedah terpaksa dipindahkan apabila rumah mereka ditenggelami air akibat bencana banjir terburuk dalam sejarah negeri. Rumah Azizan sendiri turut ditenggalami air.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil turut mendakwa bahawa kerajaan negeri 'lembap' dalam memberikan pertolongan kepada mangsa banjir.

Kenyataan Shahrizat dibidas oleh ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mengatakan bahawa kenyataan Shahrizat itu bersifat melampau tatkala semua agensi kerajaan negeri tengah bertungkus lumus menyelamatkan mangsa banjir, kehadiran Shahrizat hanya bertujuan untuk bermain politik.

Di samping itu, Azizan turut mempersoalkan kelewatan Muhyiddin untuk mengunjungi kawasan banjir di Kedah.

"Setelah tujuh hari bencana berlaku, baru (beliau) datang meninjau mangsa banjir. Air banjir pun sudah surut dan sebahagian (mangsa) balik ke rumah masing-masing. Sepatutnya datang lebih awal, baru nampak situasi sebenar," kata Azizan, sambil menambah bahawa timbalan perdana menteri telah pergi ke tempat yang salah untuk mendapatkan maklumat yang betul.

"Kita ada Jawatankuasa Bencana Alam peringkat negeri diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, bilik gerakan banjir peringkat daerah termasuk semua agensi terlibat seperti polis, tentera, sektor awam bekerjasama dengan baik. Tiada sentimen politik langsung.

"Saya terkilan kerana apa yang disebarkan tidak betul. Sepatutnya datang negeri orang, kenalah tanya saya dulu mengenai perkembangan terkini. Bukan buat andaian semata-mata," katanya lagi.

Selain itu, Azizan turut mengkritik kehadiran Muhyiddin ke negeri itu yang disambut dengan bendera-bendera Barisan Nasional di Stadium Sultan Abdul Halim.

"Pasang bendera BN di Stadium Sultan Abdul Halim ketika Muhyiddin nak turun. Maka jadilah lebih publisiti daripada misi kemanusian. Saya datang tak ada bendera PAS atau Kedah iring saya," bidas Azizan.

~harakah~

Ustaz Azizan bidas publisiti murahan banjir BN

Posted: 09 Nov 2010 08:12 AM PST

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kerajaan Kedah 'lepas tangan dan menyerahkan tanggungjawab membantu mangsa banjir kepada kerajaan pusat', lapor Harakahdaily.

Sebaliknya, beliau berkata Muhyiddin dan Umno hanya inginkan publisiti murahan dalam melakukan misi kemanusiaan.

"TPM kata saya lepas tangan. Pernah pejabat saya hantar surat ke KL (Kuala Lumpur) minta selesaikan masalah? Tak ada. Saya tak pernah tulis kepada PM (Perdana Menteri) tolong saya. Saya tak pernah tulis surat Shahrizat mai tolong saya.

"Dia turun pun pi Tunjang bukan tempat banjir. Kaki kasut dia pun tak basah. Nak cakap apa ..." katanya.

Minggu lalu, lebih 40,000 penduduk Kedah terpaksa dipindahkan apabila rumah mereka ditenggelami air akibat banjir terburuk dalam sejarah negeri itu. Malah, rumah Azizan sendiri turut ditenggalami air.

Sebelum ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut mendakwa bahawa kerajaan negeri 'lembap' dalam memberikan pertolongan kepada mangsa banjir.

Kenyataan Shahrizat dibidas oleh ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang berkata dakwaan Shahrizat itu bersifat melampau tatkala semua agensi kerajaan negeri tengah bertungkus lumus menyelamatkan mangsa banjir. Katanya lagi, kehadiran Shahrizat hanya bertujuan untuk mencari publisiti politik.

Di samping itu, Azizan turut mempersoalkan kelewatan Muhyiddin mengunjungi kawasan banjir di Kedah.

"Setelah tujuh hari bencana berlaku, baru (Muhyiddin) datang meninjau mangsa banjir. Air banjir pun sudah surut dan sebahagian (mangsa) balik ke rumah masing-masing. Sepatutnya datang lebih awal, baru nampak situasi sebenar," kata Azizan.

Malah, menurut beliau timbalan perdana menteri juga telah melawat tempat yang salah untuk mendapatkan maklumat yang betul.

"Kita ada Jawatankuasa Bencana Alam peringkat negeri diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, bilik gerakan banjir peringkat daerah termasuk semua agensi terlibat seperti polis, tentera, sektor awam bekerjasama dengan baik. Tiada sentimen politik langsung.

"Saya terkilan kerana apa yang disebarkan tidak betul. Sepatutnya datang negeri orang, kenalah tanya saya dulu mengenai perkembangan terkini. Bukan buat andaian semata-mata," katanya lagi.

Selain itu, Azizan turut mengkritik kehadiran Muhyiddin ke negeri itu yang disambut dengan bendera-bendera BN di Stadium Sultan Abdul Halim.

"Pasang bendera BN di Stadium Sultan Abdul Halim ketika Muhyiddin nak turun. Maka jadilah lebih publisiti daripada misi kemanusian. Saya datang tak ada bendera PAS atau Kedah iring saya," sindir Azizan.

~MK~

Tiada ulasan: