Ahad, 14 November 2010

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Projek jalanraya dan projek pilihanraya?

Posted: 13 Nov 2010 06:09 PM PST

Bukan gambar Samy Veloo, maupun Ganesan...atau
seumpamanya...sekadar hiasan nak nyedap cerita...


Nampaknya PRU sudah semakin hampir.Petandanya sudah semakin jelas.Di kampong Sungai Rokam Ipoh ini, sudah ada beberapa projek yang sedang dilaksanakan.

Padang Kanak-kanak yang telah sekian lama terbiar kini berwajah baru dengan projek untuk berjalan kak.Projek tersebut telah dimulakan pada sebulan yang lalu tapi nampaknya kini sedang direhatkan….Entah pasal apa , tiadalah saya tahu.

Projek tebatan banjir – longkang yang lebih dalam dan menambah lebarkan lagi jalan utama kampong sedang berjalan lancar.Itu semua bagus demi kebajikan rakyat.

Nampaknya, Hamidah tersenyum lebar riang sampai ketelinga melihatkan ada projek yang sedang berjalan. Dan ada juga orang kampong yang ingat itu semua hasil merupakan hasil tetek peluh si Hamidah!Poodah!

Kerja-kerja tersebut adalah dibawah kelolaan Majlis Bandaraya Ipoh. Hamidah cuma mahu tumpang semangkuk.Memang begitulah adat simangkuk hayun macam Midah nih! Kita semua patut ucapkan syabas kepada Hj. Roshidi Hashim, Datok Bandar!Dan jangan lupa, bahawa Nizarlah yang melantik Rosyidi jadi Datok Bandar Ipoh dahulu!Memang tidak sia-sia...

Inilah rupa jalan yang menyedihkan
dihadapan rumah saya...

Projek penerapan muka jalan juga sedang rancak dilakukan berhampiran dengan rumah saya, tapi jalan hadapan rumah saya masih tertap dibiarkan begitu saja.Dah berlopak sana sini dan tidak pernah diturap sejak saya beli rumah ini 25 tahun yang lampau ....

Saya pun bertanya kepada kontraktor yang membuat kerja itu.Dia kata, jalan depan rumah saya itu mungkin akan dilakukan pada fasa yang kedua oleh kontraktor lain.

Betul ke ini? Saya akan tunggu dan lihat …..mana yang akan tiba dulu ? Pilihanraya atau jalanraya?

Tiada ulasan: