Sabtu, 30 Oktober 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PIALA MALAYSIA - KIBARAN `BULAN PURNAMA' MENGUBAT HATIKU

Posted: 30 Oct 2010 10:22 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

TAHNIAH kepada pasukan Kelantan yang baru mencipta sejarah malam tadi menggondol Piala Malaysia setelah berjaya menewaskan Juara Bertahan Pasukan Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kelantan berjaya membuktikan bahawa pasukan yang `tidak kaya' mampu untuk bergelar juara asalkan mempunyai semangat berjuang yang kental. Kemenangan 2 - 1
ke atas Negeri Sembilan disaksikan oleh jutaan peminat bola sepak dalam negara dengan diiringi kibaran `bulan purnama' serta terlihat juga kibaran `keris tanpa sarung' di tengah lautan penonton.

Memang tepat jangkaan di dalam Poll yang saya adakan sebelum ini bahawa pilihan pengunjung blog telah memilih Kelantan muncul sebagai juara dengan mendapat undian 83 %. Saya sebagai anak jati Negeri Sembilan turut kecewa dengan kekalahan Negeri Sembilan malam tadi, namun kekecewaan saya tidaklah sampai sukar untuk melelapkan mata sejurus perlawanan tamat. Hati terubat seketika apabila melihat kibaran `Bulan Purnama' dikibarkan dikaca TV sepanjang perlawanan. Bukan mudah untuk menyaksikan suasana seperti ini.

Skuad Kelantan yang dipimpin oleh bekas orang kuat Umno Kelantan, Anuar Musa telah mengharumkan nama Kelantan di bawah kerajaan Tuan Guru Nik Aziz. Bayangkan sekiranya MB Kelantan dapat hadir di stadium malam tadi, tentulah gegak gempita seluruh stadium. Adalah diharapkan Kerajaan Negeri Kelantan selepas ini sudi menambah peruntukan atau bantuan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebagai penyuntik semangat untuk musim depan. Tahniah juga kepada Anuar Musa yang tidak berpolitik di dalam mengendalikan skuad Kelantan.

Kemenangan di Bukit Jalik telah tercapai. Kini kita menanti apakah kemenangan bakal tercipta di PRK Dun Galas? Sekiranya PAS menang di Dun Galas, rakyat Kelantan pastinya bertuah menikmati kemenangan berganda ini. Tahniah Kelantan, Syabas Negeri Sembilan yang berjaya ke Final./wfauzdin.blogspot.com

TIMB PRES PKR - GILIRAN AZMIN DAHULUI ZAID ?

Posted: 30 Oct 2010 10:06 PM PDT

Pemilihan PKR sengit, Azmin pintas Zaid
Okt 31, 10

Naib Presiden PKR Azmin Ali hari ini berjaya memintas Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim dalam persaingan merebut jawatan timbalan presiden parti itu dengan majoriti yang amat tipis.

Menurut sumber-sumber daripada ibu pejabat PKR, Azmin kini di depan dengan kelebihan kira-kira 10 peratus undi berbanding pesaing terdekatnya itu.

Bagaimanapun, menurut sumber-sumber itu lagi, ibu pejabat parti hanya akan mengeluarkan keputusan penuh pemilihan di 32 cabang itu lewat tengah hari ini.

"Keputusan tidak dapat dikeluarkan awal kerana sampai jam 3, 4 pagi, masih ada keputusan yang baru sampai.

"Lagi pun semalam lebih banyak cabang mengadakan pemilihan (semalam) berbanding hari pertama (kelmarin)," jelas sumber-sumber itu.

Sumber yang rapat dengan Azmin mendakwa, berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 38 cabang, bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memintas Zaid dengan keseluruhan 1,456 undi.

Zaid didakwa mendapat 836 undi manakala Mustaffa mendapat 418 undi.

Bagaimanapun, calon naib presiden Jonson Chong - yang dikatakan regu Zaid - mendakwa, berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 42 cabang, ketua PKR Wilayah Persekutuan itu terus mendahului dengan mendapat sebanyak 1,552 undi.

Menulis di laman Twitter, Jonson mendakwa Azmin mendapat 1,509 undi, sementara Mustaffa pula memperolehi 636 undi.

Setakat jam 10.47 malam tadi, semakan Malaysiakini daripada 11 daripada 32 cabang yang mengadakan pemilihannya semalam, Zaid mendapat 861 undi, Azmin mendapat 845 dan Mustaffa Kamil Ayub mendapat 446 undi.

Hari ini 27 lagi cabang akan mengadakan pemilihannya. Ia akan berlangsung di 6 cabang di Pulau Pinang, 8 di Perak, 7 di Pahang, 4 di Melaka dan 2 di Negeri Sembilan./Malaysiakini

DALAM PWTC BERDEGAR HEBAT, AKHIRNYA "AMPUNKAN KAMI...AMPUN KAN KAMI..."

Posted: 30 Oct 2010 01:00 AM PDT

Kenyataan Rasis: Johari Mohon Maaf

Sumber MerdekaReview

KUALA LUMPUR: Pemangku Ketua Umno Bahagian Titiwangsa Johari Abdul Ghani hari ini memohon maaf dan menyatakan bukan niatnya untuk mengguris hati atau meminggirkan masyarakat Cina dan India di kawasan parlimen di bawah tanggungjawabnya.Ketika menjawab komen dalam blognya www.joharighani.blogspot.com hari ini, beliau mendakwa ucapannya dalam mesyuarat tertutup bersama ahli-ahli Umno pada Julai lalu telah disalah erti.

Beliau berkata, "bukan niat saya untuk memperkecilkan sumbangan pengundi Cina dan India sehingga saya dilabel sebagai rasis. "Tetapi saya lebih bimbang tentang undi Melayu yang semakin merosot yang diperolehi Barisan Nasional dalam pilihan raya umum (PRU) 2008 di mana BN tewas kepada PAS di Parlimen Titiwangsa," jelas beliau.

Menurut beliau, mesyuarat tertutup itu berkisar kepada para pengundi Melayu dan pendekatan yang perlu diambil oleh Umno untuk meraih kembali keyakinan dan sokongan orang-orang Melayu. Ujar beliau, "bukannya saya tidak peduli tentang pengundi Cina dan India. Fokus saya ialah perpecahan undi di kalangan pengundi Melayu dan bagaimana berdasarkan analogi yang mudah, 70% sokongan pengundi Melayu boleh membawa kepada kemenangan.

Johari dilaporkan berkata dalam Youtube, bahawa Umno tidak perlu kepada undi kaum Cina dan India jika mendapat 70% pengundi Melayu untuk menang kerusi Parlimen Titiwangsa. Kenyataan yang panas ini bukan sahaja menimbulkan kemarahan daripada orang-orang Umno sendiri, lebih-lebih lagi daripada masyarakat Cina dan India./Tranungkite

Kenyataan rasis: Johari mohon maaf

Tiada ulasan: