WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- KES LIWAT II - DOKTOR AKUI TIADA UJIAN TENTUKAN PELINCIR DIGUNAKAN
- DAP DITUDUH `KAFIR HARBI', YANG MENUDUH ITU MAHU DIGELAR APA?
- MALAYSIA HUB HIBURAN - DR ASRI BIDAS NAJIB
- KES LIWAT II - DR RAZALI DIASAK OLEH KARPAL
- `DAP KAFIR HARBI' - SEPANDUK DARI MELAYU ISLAM YANG JAHIL UGAMA DI GALAS
- WIFI DI PERKAMPUNGAN GUA MUSANG, ORANG JELEBU JANGAN BERSEDIH
- Kerajaan bayar RM26,000 sehari untuk kediaman Najib dan Muhyiddin
| KES LIWAT II - DOKTOR AKUI TIADA UJIAN TENTUKAN PELINCIR DIGUNAKAN Posted: 27 Oct 2010 10:16 PM PDT
Tidak sampai dua minit, perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan bermula, ia terpaksa ditangguhkan seketika. Tindakan itu bagi membolehkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berbincang dengan pihak pendakwaan dan pembelaan di kamarnya.
Ini berikutan peguam bela utama, Karpal Singh yang ingin membuat hujahan bagi mendapatkan nota klinikal tiga doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL). Semalam mahkamah menolak permohonan berkenaan atas alasan pihak pembelaan tidak berhak dibekalkan nota-nota itu kerana saksi tidak pernah merujuk dokumen itu sewaktu pemeriksaan utama. 8.58am: Mahkamah mula bersidang dengan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengambil tempatnya. Doktor bedah am Hospital Kuala Lumpur - Dr Mohd Razali Ibrahim dipanggil ke kandang saksi. 9am: Karpal berkata beliau ingin mengemukakan semula sama ada hakim memahami apa yang dituntut oleh pihak pembelaan semalam - iaitu nota klinikal perubatan. Katanya, kekeliruan penghakiman mungkin mengakibatkan salah faham berhubung apa yang dituntut oleh pihak pembelaan sebenarnya. "Apa yang kami mahu adalah nota klinikal. Laporan awal perubatan bukan satu isu." Hakim Zabidin berkata keputusannya semalam adalah jelas. Beliau kemudiannya mengarahkan kedua-dua pihak untuk mengadakan perbincangan tertutup di kamarnya. Mahkamah berehat seketika. 9.05am: Ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar masuk ke mahkamah dan duduk di galeri awam. Masih terdapat banyak ruang kosong di mahkamah hari ini. Hanya terdapat kira-kira 40 orang. Kebanyakan wartawan asing dan penyokong Anwar yang biasanya hadir tidak kelihatan. 9.23am: Semua pihak yang terlibat keluar dari kamar hakim Zabidin. 9.26am: Mahkamah bersambung. 9.27am: Karpal terus mengasak Dr Razali mengenai keberatannya untuk merujuk kepada nota perubatan. 10.10am: Karpal bertanyakan mengenai laporan perubatan bertarikh 13 Julai 2008. Beliau ingin tahu sama ada terdapat laporan yang dikemukakan oleh dua ahli kimia. 10.52am: Perbicaraan masih belum diteruskan. Peguam Karpal dan Sankara sedang berbincang dengan Anwar di luar mahkamah. 11.06am: Karpal dan Yusof sekali lagi dilihat menuju ke kamar Hakim Zabidin bagi perbincangan di kamarnya. 11.22am: Perbicaraan bersambung semula. Karpal meneruskan soal-balas. 11.56am: Sankara Nair kemudian mengambil-alih daripada Karpal dan menyoal-balas Dr Razali. 12.02pm: Sankara bertanya kepada Dr Razali sama ada pelincir digunakan dalam tindakan meliwat yang didakwa oleh pengadu yang juga saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Dr Razali berkata beliau difahamkan ada, tetapi mengakui tiada ujian dilakukan bagi menentukan pelincir digunakan./Malaysiakini | |||||||
| DAP DITUDUH `KAFIR HARBI', YANG MENUDUH ITU MAHU DIGELAR APA? Posted: 27 Oct 2010 06:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NSPRK Dun Galas telah memulakan medan pertarungan yang dijangka sengit di antara calon Umno dan PAS. Umno sebuah parti sekular berteraskan kebangsaan mempunyai cita-cita tinggi untuk merampas kerusi tersebut dari PAS sebuah parti yang berteraskan Islam. Pertembungan ini adalah di antara golongan sekular iaitu yang memisahkan ugama dan politik serta urusan keduniaan yang dibawa oleh Umno dengan satu lagi golongan yang berjuang untuk mendaulatkan Islam. Di antara kedua-dua golongan ini, siapakah yang dipilih oleh pengundi-pengundi di Dun Galas? Biarpun PAS yang mewakili PR bertanding di situ, namun Umno seperti tidak bersedia untuk berdepan dengan PAS. Maka, serangan Umno dilihat tertumpu kepada DAP yang juga merupakan sekutu PAS di dalam PR. PAS dilihat lebih `gentleman' dengan berdepan terus dengan Umno dan tidak mensasarkan MCA mahupun MIC. Inilah kehebatan PAS di dalam setiap pilihanraya. Diberitakan terdapat sepanduk yang menggelar DAP sebagai `Kafir Harbi'. Mereka mempersoalkan mengapa PAS berkawan dengan DAP. Sebelum kita menjawab persoalan bodoh mereka itu, kita ingin bertanya kepada mereka adakah mereka faham apa yang dikatakan `Kafir Harbi' itu? Jika mereka tidak faham, mereka perlu bertanya kepada `Ularmak Muda' yang ada bersama mereka. Jika `Ularmak Muda' itu membenarkan dakwaan mereka yang menyebut DAP adalah `Kafir Harbi' ini bermakna memang wajar `Ularmak Muda' tersebut berada di dalam parti sekular yang mereka dokongi itu. Seandainya hujah mereka berpandukan kepada fahaman mereka bahawa DAP menolak perlaksanaan hukum hudud yang dicita-citakan oleh PAS sebagai dalil bahawa DAP itu `Kafir Harbi', kita bertanya kembali adakah Umno yang mengaku Islam itu menyokong hukum hudud? Bahkan, kita turut ingin tahu semenjak Umno memegang tampuk pemerintahan negara, pernahkah Umno bercita-cita untuk melaksanakan hukum hudud iaitu salah satu dari hukum Allah itu? Jika bercita-cita pun tidak pernah, jauh sekali untuk merancang melaksanakan hukum tersebut. DAP sekadar menentang secara lisan, itu pun oleh beberapa kerat pemimpinnya akibat mereka tidak beriman dengan Islam. Karpal Singh menentang hukum hudud semata-mata berdasarkan Perlembagaan Negara dari aspek perundangannya. Manakala Umno menentang hukum tersebut bukan lagi secara lisan, bahkan Umno telah pun menggunakan kuasanya untuk menentukan hukum ini tidak akan dilaksanakan. Buktinya, pemimpin Umno dan Kerajaan Pusat yang ditunjangi oleh Umno pernah menggunakan kuasanya untuk menyekat hukum tersebut dari dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu. Justeru itu, siapa lebih `Harbi'? Orang yang tidak beriman dengan Al-Quran menolak hukum dari Al-Quran atau orang yang mengaku beriman dengan Al-Quran tetapi secara terang-terangan menolak hukum Al-Quran? Sebelum ini, pemimpin Umno bercita-cita untuk memperkenalkan judi bola sepak Piala Dunia. Terbaru pula, ada rancangan untuk memperluaskan Pusat-Pusat Hiburan demi para pelancung. Amat memalukan, sebuah negara yang mengaku Negara Islam sanggup mengkhianati amanah Allah semata-mata untuk pelancung asing. Tidak cukup dengan itu, ada pula isteri pemimpin Islam yang menjadi Penaung kepada `Festival Busana Islam' yang sesat itu. Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama menghancurkan golongan sesat seperti ini. Menyokong mereka bererti kita juga lebih teruk dari DAP yang dikatakan `Kafir Harbi' itu. Syabas kepada DAP yang menjadi teman penerang semak samun sepanjang perjalanan kita menuju ke arah mendaulatkan Islam./wfauzdin.blogspot.com | |||||||
| MALAYSIA HUB HIBURAN - DR ASRI BIDAS NAJIB Posted: 27 Oct 2010 09:46 AM PDT Asri : Najib Seolah-olah Pinggirkan Islam ![]() KUALA LUMPUR 27 OKT: Rancangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub hiburan malam selaras dengan Program Transformasi Ekonomi atau ETP dilihat sebagai meminggirkan Islam, kata bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin. "Ini amat bahaya kepada kerajaan sekarang. Ini langkah yang tidak bijak ketika kepimpinan Perdana Menteri sekarang dan Umno dikritik, ini menambah lagi prasangka dan kritikan orang. Sekali sekala nampak macam nak mengangkat Islam, sekali sekala seperti dipinggirkan (Islam) dalam pentadbiran negara kita" kata beliau. Menurut pelan tindakan ETP yang dilancarkan oleh Najib, jumlah kelab malam terkemuka akan ditambah manakala lebih banyak konsert akan dianjurkan dan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dilonggarkan. Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin mempersoalkan rasional Umno-Barisan Nasional cuba meningkatkan pendapatan negara dengan menambah jumlah kelab malam. "ETP ini perlu ditarik balik kerana beri kesan kepada orang Islam dan bukan Islam," Dr Asri memberitahu TV Selangor. "Kerajaan perlu tarik balik kerana jika tidak, ia akan jadi 'pukulan terhebat' untuk kerajaan. Sudahlah dianggap tidak mesra dengan orang Melayu oleh beberapa pihak, ia juga dianggap tidak mesra dengan Islam," tambah beliau. Menurut pelan tindakan ETP, kerajaan Umno-BN pimpinan Najib merancang untuk menubuhkan zon-zon hiburan yang merangkumi kelab malam yang diberi kelonggaran dari segi waktu operasi. Penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu adalah untuk menggandakan pendapatan hiburan malam di Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan, menurut pelan tindakan ETP. Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan. Selain itu syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa akan dilonggarkan bagi membolehkan lebih banyak artis luar negara dari Barat dan negara lain mengadakan pertunjukan di Malaysia. Dr Asri berkata rancangan untuk menjadikan Malaysia hab hiburan malam akan mempunyai kesan politik selain kesan sosial. "Saya lihat langkah ini akan memberi kesan besar kepada persepsi masyarakat Islam. Sudahlah kerajaan sekarang kehilangan sokongan daripada orang bukan Islam, ini juga akan menyebabkan (kerajaan) hilangnya sokongan akibat persepsi negatif umat islam," tegas beliau. "Sudahlah yang sedia ada(kelab malam) kita tidak mampu kendalikan dengan baik dengan gejala sosial meningkat saban hari, kita tambah lagi. Kenapa kerajaan tidak pilih cadangan lain? Mislanya pusat hiburan alternatif yang lebih bersopan seperti nasyid, atau hiburan tradisi yang tidak melanggar nilai-nilai kesopanan?," kata Dr Asri./TVNews | |||||||
| KES LIWAT II - DR RAZALI DIASAK OLEH KARPAL Posted: 27 Oct 2010 09:29 AM PDT
Peguam Karpal Singh - yang disahkan negatif denggi tetapi masih lemah kerana cirit-birit - tiba di di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tengahari ini untuk menyoal siasat doktor Hospital Kuala Lumpur dalam perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Karpal tiba kira-kira jam 1.30 tengahari ketika wartawan menunggu untuk mendapatkan pas masuk dari polis. Mereka diikuti dengan pasukan peguam ketua pembangkang itu - Sankara Nair, Param Cumaraswamy Ram Karpal and Karpal Singh. Karpal tiba kira-kira jam 1.30 tengahari ketika wartawan menunggu untuk mendapatkan pas masuk dari polis. 2.27pm: Karpal memohon untuk mendapatkan nota perubatan oleh doktor-doktor HKL sewaktu memeriksa Saiful selama tiga jam. 2.55 Mahkamah berihat untuk membolehkan hakim membuat keputusan sama ada untuk mengarahkan Dr Razali mengemukakan nota-nota perubatan sewaktu memeriksa Saiful. 3.29pm: Pasukan pembelaan Anwar berbincang dengan pakar perubatan mereka Dr David Wells. | |||||||
| `DAP KAFIR HARBI' - SEPANDUK DARI MELAYU ISLAM YANG JAHIL UGAMA DI GALAS Posted: 27 Oct 2010 07:00 AM PDT
Sehelai kain rentang dijumpai pagi ini tergantung di kawasan pekan Gua Musang dengan ayat berbunyi: "Kenapa PAS masih menyokong DAP (harbi)?" Harbi merujuk kepada penduduk bukan Islam dan kafir yang berperang menentang Islam.
Ia juga menghuraikan tindakan pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh sebagai pemimpin yang didakwa 'hina perjuangan Islam'. Meskipun semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein memberikan amaran supaya semua pihak tidak menggunakan isu agama dan kaum dalam kempen mereka, namun PAS mendakwa lawannya telah memulakan serangan dengan isu agama. Kain rentang ini merujuk kepada laporan akhbar yang dibuat oleh Karpal lebih 10 tahun lalu yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu - Karpal Singh". Ia juga mempertikaikan mengapa PAS masih menyokong DAP yang disifatkan mereka sebagai harbi. Kain rentang itu kemudiannya diturunkan oleh pekerja pilihan raya PAS dan DAP.
Menurut Rahim, mesej kain rentang itu juga bertentangan dengan Islam. "Adalah perkauman bagi menuduh seseorang itu sebagai 'harbi', kerana 'harbi' melambangkan perang terbuka dengan Islam," katanya yang juga ahli parlimen Kota Baru. Menurutnya tindakan itu cuba membuat orang Islam marah. "Sebagai penasihat jentera pilihan raya PAS, saya ingin jelaskan di sini: ini adal;ah PAS lawan Umno. Bukan DAP yang bertanding di Galas.
Kain rentang ini yang mengecam PAS itu juga didapati tidak mempunyai sebarang nama penerbitnya sepeerti yang disyaratkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua juga mempertikaikan kain rentang itu dan mempersoalkan kempen sopan-santun yang dijanjikan oleh pengarah pilihan raya BN, Tengku Razaleigh Hamzah. Bagi beliau, kempen yang dijalankan Umno di Galas ini tiada etika dan tiada kelas langsung. "Umno tidak pernah berubah," kata Tony Pua./Malaysiakini | |||||||
| WIFI DI PERKAMPUNGAN GUA MUSANG, ORANG JELEBU JANGAN BERSEDIH Posted: 27 Oct 2010 04:42 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NSTIDAK semena-mena atau `tanpa dirancang' maka perkampungan di Gua Musang mencipta rekod `kampung WIFI' pertama di Malaysia. `Kebetulan' projek tersebut dijalankan di Gua Musang sewaktu Pilihanraya Kecil Dun Galas akan berlangsung. Sebelum ini `kebetulan' juga berlaku di Bagan Pinang apabila kem tentera dijanjikan dengan kemudahan WIFI, kolam renang dan Padang Futsal sewaktu PRK Dun Bagan Pinang. Setiap kali berlakunya PRK, ada sahaja `projek kebetulan' dan kesemuanya diakui dan dipercayai oleh SPR dan SPRM sebagai `kebetulan'. Jika bukan `kebetulan', sudah tentu ianya merupakan rasuah politik dan ianya menyalahi peraturan dan undang-undang pilihanraya. Tetapi kerana `kebetulan' makan dibolehkan. Saya tidak tahu samada di Bagan Pinang kem tentera di situ sudah menikmati kemudahan WIFI, kolam renang dan Padang Futsal atau belum. Tetapi, apa yang pasti `projek' pertama selepas Tan Sri Isa Samad menang di Dun Bagan Pinang adalah `projek' Tan Sri Isa sendiri iaitu beliau berkahwin baru setelah kematian isterinya. Saya difahamkan oleh rakan tentera di sana, satu apa pun tidak berjalan sebagaimana yang dijanjikan. Saya anak Jelebu, MP Jelebu adalah DSU Dr Rais Yatim yang menjadi Menteri yang menjaga hal ehwal komunikasi. Di kampung saya, usahkan kemudahan WIFI, rangkaian 3G pun tiada. Lojiknya, tentulah kawasan Jelebu terlebih dahulu mendapat kemudahan WIFI tersebut memandangkan MP Jelebu adalah Menteri Penerangan, komunikasi dan Kebudayaan. Lagi pun, Jelebu dirasakan lebih baik pembangunannya sedikit dari Gua Musang, cuma bas sahaja yang bermasalah di Jelebu. Namun demikian orang Jelebu jangan kecewa, mungkin jika ada Wakil Rakyat di tempat kita mati nanti adalah WIFI tu tiba secara `kebetulan'. Gua Musang terdapat ramai masyarakat Orang Asli dan di dalam PRK Dun Galas ini masyarakat Orang Asli akan diberi keistimewaan. Bayangkan orang-orang Asli ini akan menggunakan kemudahan WIFI di rumah mereka. Saya tidak tahu samada majoriti rumah di Gua Musang sudah memiliki komputer atau tidak. Tetapi, WIFI tetap diberikan cuma bila projek ini akan bermula, Wallahu Aklam. Mungkin esok, lusa, tulat, tahun depan atau selepas `kiamat'. /wfauzdin.blogspot.com | |||||||
| Kerajaan bayar RM26,000 sehari untuk kediaman Najib dan Muhyiddin Posted: 27 Oct 2010 03:53 AM PDT 27/10/2010 ![]()
KUALA LUMPUR, 27 Okt - Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM26,000 sehari atau RM9.4 juta setahun sebagai sewa dan penyenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri Najib Razak dan Timbalannya Muhyiddin Yassin di Putrajaya. Perkara itu disahkan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat yang diterima oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong. Liew berkata Najib selaku Menteri Kewangan mengesahkan RM6juta untuk Seri Perdana dan RM3.4 juta untuk Seri Setia (kediaman TPM) dibayar kepada Putrajaya Holding sebagai sewa dan kos penyenggaran. Selain itu kerajaan juga akan megumumkan RM65 juta diperuntukan untuk mengubah suai Seri Perdana selama dua tahun bermula tahun ini. Perbelanjaan yang begitu besar untuk kediaman Najib dan Muhyiddin pasti mengundang kritikan pelbagai pihak ketika hutang kerajaan persekutuan melonjak ke paras paling tinggi dalam tempoh lima tahun. Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion. Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar , kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara, kata beliau./TVNews |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Tiada ulasan:
Catat Ulasan