WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- SOKONGAN KEPADA CHEGU BARD TIDAK HARUS DENGAN MEMBURUKKAN AZMIN
- HANYA DENGAN SPM BOLEH JADI PENGURUS DAN BOLEH JADI WAKIL RAKYAT
- UCAPAN `PUTUS ASA' NAJIB DI PERHIMPUNAN UMNO
- POLL SINAR BERKENAAN BAJET 2011 - RAKYAT TERUS MENOLAK BAJET SELUAR DALAM
- SIMPATI DENGAN NASIB MAHASISWA, GABUNGAN MAHASISWA UKM BERI KATA DUA
| SOKONGAN KEPADA CHEGU BARD TIDAK HARUS DENGAN MEMBURUKKAN AZMIN Posted: 24 Oct 2010 06:00 PM PDT ![]() ![]() Oleh: WFAUZDIN NS PEMILIHAN Ketua AMK menyaksikan sokongan terhadap tokoh muda yang dilihat radikal, berani serta istiqomah di dalam perjuangannya iaitu Chegu Bard semakin bertambah. Saingan tunggal beliau di dalam perebutan Ketua AMK ini adalah Sdr Shamsul Iskandar yang sinonim dipanggil `Sam' sahaja oleh rakan-rakan di dalam parti. Sam juga tidak banyak menghampakan PKR sepanjang beliau memegang teraju Ketua AMK. Kebolehan Sam menerajui AMK boleh dikatakan berjaya sehingga beliau disokong penuh oleh kebanyakan Cabang PKR untuk bertanding sebagai Naib Presiden PKR. Apabila Sam menyuarakan hajatnya untuk bertanding sebagai Naib Presiden, maka sokongan terhadapnya begitu baik dengan mendapat pencalonan kedua tertinggi selepas YB Fuziah Salleh. Namun, Sam mengambil keputusan drastik melangkah ke belakang semula untuk mempertahankan jawatan Ketua AMK. Tindakannya itu satu kesilapan besar kerana kebayakan ahli-ahli kini sudah bersedia untuk menabalkan Chegu Bard ke kerusi Ketua AMK. Situasi kempen di dalam pemilihan kali ini tidaklah seteruk mana walaupun dikatakan adanya unsur-unsur atau budaya Umno diserapkan. Paling berbeza adalah tiadanya laporan atau aduan berlakunya unsur rasuah politik wang sepanjang pemilihan di dalam PKR. Masalah teknikal seringkali menimbulkan kekecohan di dalam pemilihan kali ini dan ianya menimbulkan persepsi bahawa adanya campurtangan untuk menentukan siapa yang dipilih. Walaupun kelihatan kecil, namun jika PKR tidak memperbetulkannya maka ianya akan menjadi barah di dalam PKR di masa-masa akan datang. Menyebut tentang kempen pemilihan Ketua AMK kali ini, propaganda yang dimainkan oleh mereka yang menyokong seseorang calon kelihatan lebih kepada bentuk psikologi. Para penyokong kadangkala terlalu bekerja kuat untuk menentukan kemenangan terhadap calon yang mereka suka. Maka, timbul berbagai cerita di dalam blog-blog sekarang ini. Ada yang berbentuk spekulasi dan tidak kurang juga berbentuk `tuduhan nakal'. Mungkin cara inilah yang dikatakan oleh sesetengah pihak menyerupai cara Umno. Sukar juga untuk kita nafikan. Chegu Bard pernah dituduh menerima wang jutaan ringgit agar mempengaruhi sokongan AMK terhadap seorang calon jawatan tertinggi parti. Beliau juga dikatakan pasti menang jawatan Ketua AMK kerana beliau adalah di kalangan keluarga terdekat DS Anwar. Chegu Bard juga didakwa hanya memperjuangkan reformasi jalanan semata-mata sehinggakan pernah disindir mengapa tidak mengadakan perhimpunan atau menaikkan banner ketika menyerahkan borang penerimaan pencalonan Ketua AMK yang lalu. Ini semua telah dijawab oleh Chegu Bard dengan baik dan berfakta. Jelas, Chegu Bard berupaya menangkis `serangan nakal' seperti ini. Saya cuma agak terkilan kerana disaat Chegu Bard kini mendapat sokongan tinggi sebagai Ketua AMK, terdapat golongan yang dikatakan begitu kuat semangatnya menyokong Chegu Bard cuba untuk mencalarkan imej Chegu Bard. Sokongan terhadap Chegu Bard dilihat agak melampau sehingga mengaitkan nama DS Anwar dan juga salah seorang calon Timbalan Presiden PKR iaitu Azmin Ali. Dakwaan bahawa kemasukan Sdr Shamsul (Sam) semula ke gelanggang perebutan jawatan Ketua AMK adalah atas kehendak DS Anwar dan Azmin adalah satu dakwaan yang amat mendukacitakan. Mengapa perlu dikaitkan dengan kedua-dua orang ini untuk kita menyatakan sokongan terhadap Chegu Bard? Saya adalah penyokong kuat Chegu Bard sejak awal lagi dan saya merasa mengapa nama DS Anwar dan Azmin dikaitkan. Ini menimbulkan persepsi samada DS Anwar atau Azmin yang tidak suka Chegu Bard atau Chegu Bard yang tidak suka kedua-dua tokoh ini. Di antara kedua-dua sangkaan seperti itu, satu pun tidak dapat memasuki akal saya walaupun saya banyak membaca tulisan dari rakan-rakan di dalam blog yang menyokong Chegu Bard. Saya khuatir, strategi seperti ini akan memburukkan imej Chegu Bard yang selama ini kita kenal sebagai pejuang yang tidak memerlukan publisiti, belas kesihan atau prejudis. Apakah kita sangka penyokong-penyokong DS Anwar atau Azmin yang bukan sedikit itu gembira dengan dakwaan seperti di atas? Tidakkah merugikan kita untuk melihat Chegu Bard sebagai pemenang kerusi Ketua AMK? Pada saya, Chegu Bard tidak boleh dipersalahkan dalam kempen seperti ini. Mungkin di luar kawalan beliau akibat terlalu `ekstrim'nya penyokong Chegu Bard. Saya tetap berpegang kepada kenyataan Chegu Bard bahawa beliau akan menyokong Azmin, Zaid dan juga Mustafa Kamil sebagai Timbalan Presiden PKR. Lebih dari itu, saya menganggap satu persepsi yang boleh mencalarkan `kebersihan dan kesucian' yang ada pada Chegu Bard. Saya amat bimbang jika cara membabitkan Ketua Umum dan Azmin di dalam perkara ini dijalankan oleh mereka yang mahu melihat Azmin tumbang di dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, bukan untuk melihat Chegu Bard menang. Rengkas cakap, mereka mahu Azmin tersungkur dan mereka tidak kisah apa yang terjadi kepada Chegu Bard nanti. Tidak cukupkah cerita demi cerita berkaitan Azmin? Apa pun, saya mengharapkan Chegu Bard dapat mengawal perkara ini agar beliau berjaya menduduki kerusi Ketua AMK yang baru. Sudah pasti PKR akan bertambah `ummphh' dan `power' jika Timbalan Presiden PKR adalah Azmin dan Chegu Bard sebagai Ketua AMK kerana inilah tokoh yang paling ditakuti oleh Umno. /wfauzdin.blogspot.com |
| HANYA DENGAN SPM BOLEH JADI PENGURUS DAN BOLEH JADI WAKIL RAKYAT Posted: 24 Oct 2010 04:26 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS UMNO telah mengumumkan nama calonnya untuk bertanding di dalam PRK Dun Galas bagi menentang calon PAS, Dr Zulkifli Mohamad. Tanpa ditanya, Muhyiddin menyebut calon Umno itu hanya berkelulusan SPM. Kita tidak mempertikaikan apa jua kelulusan calon Umno itu kerana di dalam Umno kelulusan tidak penting. "Abdul Aziz akan melepaskan jawatannya sebagai pengurus pejabat operasi RPT Kesedar Sungai Terah, kata Muhyiddin." (Malaysiakini). Itulah hebatnya orang Umno, dengan hanya kelulusan SPM boleh menjadi seorang Pengurus. Janji main politik dan ikut cakap Umno sudah memadai. Di dalam negara dilambakkan dengan masalah pengangguran, ramai yang terpelajar masih menganggur, orang politik berkelulusan SPM boleh jadi Pengurus. Jadi, tidak hairanlah jika mereka angkat lagi untuk menjadi YB pula, mungkin akan ke tahap Menteri walaupun kelulusan SPM. Syaratnya mesti ikut cakap Umno, jangan melawan dan kena buat-buat `bodoh'. Taruhan Abdul Aziz calon Umno ini adalah jawatan Pengurus. Jika beliau menang (Na'uzubillah), dikira beruntunglah juga. InsyaAllah, jika beliau tewas beliau mungkin mendapat tawaran kerja lain setelah meletakkan jawatan Pengurusnya itu. Mungkin ini adalah janji Umno kepadanya kerana saya rasa bukan mudah untuk Abdul Aziz terima tawaran jadi calon menentang PAS. Apatah lagi kerjaya beliau menjadi taruhannya. Samada berkelulusan SPM atau Oxford sekali pun, selagi berada di dalam Umno otaknya tetap sama. Kadangkala seperti otak orang tidak bersekolah. Muhyiddin sebagai contoh, jawatan TPM dan beliau juga orang terpelajar, tetapi banyak percakapannya seperti `orang tidak sekolah'. Kerana apa? Kerana duduk di dalam Umno sebab itu mindanya `terkunci rapat' seperti rapatnya kunci yang menutup isu `Hak Istimewa Orang Melayu' seperti Najib perkatakan baru-baru ini./wfauzdin.blogspot.com |
| UCAPAN `PUTUS ASA' NAJIB DI PERHIMPUNAN UMNO Posted: 24 Oct 2010 01:38 PM PDT ![]() TANDA PUTUS ASA NAJIB DALAM PIDATONYA DI PERHIMPUNAN UMNO Oleh: Dr Chen Man Hin (MALAYSIATODAY) Terjemahan :wrlr Pidato pembukaan Najib di Majlis UMNO telah mengejutkan blogger, peselancar internet dan publik. Media utama memiliki disensor sambutannya Najib sebelum Majelis UMNO, diisi dengan ancaman jatuh badan, kehilangan nyawa dan pembersihan etnis untuk menghindari menyebabkan panik dan kehilangan dukungan di kalangan rakyat dan investor.Pembunuhan Altantuya dan tuduhan palsu Facebook sodomi terhadap Anwar dan sekarang pidato, dicampur dengan ancaman pembersihan etnik mengungkapkan sisi gelap Najib. Bagaimana Anda mendamaikan ini dengan pembicaraan manis 1 Malaysia dan Malaysia adalah untuk semua ras?Sekarang jelas bahwa kita berhadapan dengan menteri kepribadian aplit utama, yang suka berdolak dalih dalam setiap percakapannya. Ancaman yang diucapkan pemimpin UMNO adalah pelanggaran serius protokol demokratis dan harus dibawa ke parlimen.PBB harus diinformasikan dan biarkan mereka melihat perbedaan antara pidato di semasa perhimpunan agong UMNO, dan pidato Najib dilakukan sebelum Majelis PBB. Ianya berkemungkinan jadi Najib dipengaruhi oleh keras para pemimpin UMNO inti yang merasa bahwa mereka kehilangan kendali, dan satu-satunya cara untuk UMNO untuk bertahan hidup adalah kembali ke ideologi mereka terpercaya Ketuanan Melayu (supremasi Melayu), hak Melayu (hak) dan 30 % kuota bumi. Sumber: WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
| POLL SINAR BERKENAAN BAJET 2011 - RAKYAT TERUS MENOLAK BAJET SELUAR DALAM Posted: 24 Oct 2010 12:00 AM PDT Pendapat anda mengenai Belanjawan 2011 yang telah dibentangkan Jumaat lepas.. Sangat berpuas hati Puas hati Tidak berpuas hati Sekadar melepas batuk di tangga Tidak kisah Jum. Undian : 6866 Sumber Carta Di atas: Sinar harian.com Bajet yang dibentangkan oleh Najib masih hangat diperbahaskan di kalangan rakyat jelata. Cuma, di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini sahaja tiada yang serius untuk membicarakannya. Jika ada pun, semuanya cerita yang mengampu dan membodek. Adakah rakyat percaya bajet ini baik untuk rakyat? Sinar Harian.com mengadakan Poll berkaitan isu ini. Lihat keputusan semasa Poll berkenaan setakat berita ini ditulis. Rakyat secara jelas menolak `bajet seluar dalam dan kosmetik' Najib tersebut. /wfauzdin.blogspot.com |
| SIMPATI DENGAN NASIB MAHASISWA, GABUNGAN MAHASISWA UKM BERI KATA DUA Posted: 23 Oct 2010 11:32 PM PDT Isu Mahasiswa Sertai Perhimpunan Agung Umno, GMUKM Beri Kata Dua SHAH ALAM 24 OKT: Isu penglibatan dua mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini wajar dipandang serius oleh semua pihak khususnya pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan kelmarin berkata kedua-dua mahasiswa berkenaan, dipercayai pelajar Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina didapati telah mengambil bahagian dalam perbarisan perasmian Perhimpunan Agung Umno. "Kita bersimpati dengan nasib kedua mahasiswa ini yang jelas dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu atas kepentingan agenda politik mereka. "Kedua-dua mahasiswa berkenaan tidak harus diarahkan ke program tersebut atas kapasiti badan beruniform yang dianggotai mereka kerana ia dilihat mencabuli etika disiplin badan beruniform tersebut yang seharusnya bersifat non-partisan," kata GMUKM. GMUKM seterusnya mendesak pentadbiran UKM menangani isu ini dengan lima tuntutan, yang pertama mendesak pihak pentadbiran UKM menjalankan siasatan secepat mungkin bagi menjawab persoalan yang timbul berikutan isu ini. Keduanya, menurut kenyataan itu lagi, pihak pentadbiran UKM digesa memberikan penjelasan bagaimana sebuah universiti yang sepatutnya bersifat bebas partisan bertindak untuk pihak tertentu mempergunakan mahasiswa dalam program parti politik mereka. GMUKM juga meminta pihak pentadbiran UKM dan Kementerian Pengajian Tinggi memberi penjelasan sama ada mahasiswa tersebut akan diambil tindakan sama seperti empat mahasiswa UKM yang didakwa di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) kerana didakwa membabitkan diri dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor April lalu. Disamping itu, kenyataan GMUKM juga menggesa pihak Kementerian Pengajian Tinggi khususnya Datuk Seri Khaled Nordin mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan kes ini. Akhir sekali, gabungan mahasiswa berkenaan juga menuntut Kementerian Pengajian Tinggi menubuhkan satu suruhanjaya siasatan khas bagi menyiasat dakwaan bahawa ada kakitangan pentadbiran UKM secara terang pernah menyatakan sokongan terhadap sebuah parti politik dalam sebuah majlis rasmi di dalam UKM. "GMUKM berpendirian tegas bahawa mahasiswa tidak wajar dijadikan alat parti politik kerana mahasiswa mempunyai idealisma tersendiri dan seharusnya bebas daripada cengkaman mana-mana parti politik," sebut kenyataan itu lagi. Menurut GMUKM, mereka amat berharap kampus UKM akan sentiasa mengekalkan identiti universiti itu sendiri sebagai pusat ilmu yang unggul. TVSelangor, pada 21 Oktober lalu menyiarkan laporan dua pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) menyertai raptai Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra namun sehingga kini ini tiada tindakan dikenakan kepada mereka. Isu berkenaan turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk pemimpin Pakatan Rakyat yang turut mempersoalkan tindakan kerajaan berlaku dwi-standard terhadap mahasiswa yang terlibat dalam politik terutama yang membabitkan parti pembangkang dengan mengenakan Akta AUKU terhadap mereka namun menutup sebelah mata sekiranya melibatkan Umno. Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke berkata kerajaan tidak memandang serius perkara ini walaupun disokong oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional(BN) termasuk Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sendiri terhadap cadangan pindaan AUKU. "Kerajaan tidak berhasrat langsung untuk membuka ruang kepada pelajar universiti. Kedua, syarat-syarat yang ditetapkan banyak berlaku 'double-standard'," kata beliau lagi Dalam sidang parlimen 20 Oktober lalu, Anthony meminta penjelasan Menteri Pengajian Tinggi berhubung cadangan membenarkan penuntut universiti menganggotai parti politik dalam masa terdekat namun ditolak. Beliau menambah AUKU yang dikuatkuasakan di institut pengajian tinggi tempatan seharusnya tidak bersifat pilih kasih jika kerajaan mahu akta tersebut dihormati semua pihak./TVSelangor |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan