WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- PERSIDANGAN UMNO SEPERTI BIASA, PENTAS MENGAMPU PEMIMPIN
- PAHANG DAILY BETULKAN BERITA, SAPP BUKAN WAKILI PR DI PRK BATU SAPI
- ROSMAH, SEBELUM BUAT TANYA ULAMAK DULU, BUKAN SUDAH BUAT ULAMAK KENA TANYA KAMU
- PUTERI UMNO DAN MUSLIMAT PAS SAMA ?
- Si Abu Nawas Dalam Umno
- Hadi: Calon PAS ada kelebihan di Galas
- AHLI PARLIMEN PUN BOLEH HILANG ?
- APABILA SDR SHAMSUL `BERTIKAM' DENGAN CHEGU BARD
| PERSIDANGAN UMNO SEPERTI BIASA, PENTAS MENGAMPU PEMIMPIN Posted: 23 Oct 2010 11:00 PM PDT | ||||
| PAHANG DAILY BETULKAN BERITA, SAPP BUKAN WAKILI PR DI PRK BATU SAPI Posted: 23 Oct 2010 09:52 PM PDT Ramai pihak yang menghentam PDO kononnya membuat laporan salah tentang calon Pakatan Rakyat di Batu Sapi ialahh Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee (foto). Dalam laporan tersebut, pihak kami mengatakan beliau mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi Sabah pada 4 November ini. Sebenarnya, Pakatan Rakyat akan diwakili oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan SAPP seperti yang diwar-warkan. Yong Teck Lee bertanding atas kapasiti SAPP dan ini bermakna pilihanraya kecil itu akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru sebenarnya. Oleh itu pihak kami memohon maaf atas penyiaran laporan tersebut. Ia berlaku secara tidak sengaja berdasarkan kepada laporan yang dibuat oleh krew kami di Sabah. Kesulitan amatlah dikesali dan dengan ini kami menarik balik laporan tersebut. Kesilapan dan kesalahan adalah perkara biasa dalam mana-mana media cetak, namun kenapa bila ia berlaku kepada PDO penyokong Pakatan Rakyat sendiri mengutuk, menghentam dan menuduh kami sengaja mahu memporak perandakan Parti Keadilan Rakyat tu sendiri. Harap Maklum dan terima kasih. PDO | ||||
| ROSMAH, SEBELUM BUAT TANYA ULAMAK DULU, BUKAN SUDAH BUAT ULAMAK KENA TANYA KAMU Posted: 23 Oct 2010 06:00 PM PDT Ulama muda Umno patut nasihat, bukan kipas Rusli Yasmin
| ||||
| PUTERI UMNO DAN MUSLIMAT PAS SAMA ? Posted: 23 Oct 2010 11:50 AM PDT Oleh: Mandor MAHU tergelak pun ada, kesihan pun ada apabila mendapat tahu di sini bahawa Puteri Umno mendakwa PAS telah mula meniru mereka. Apa yang aku tahu, semakin hari semakin banyak Umno meniru PAS atau PR. Contohnya terbaru cuti bersalin 90 hari. Usahlah Puteri Umno terperasan pula. Dari segi pemakaian pun sudah jauh beza Muslimat PAS dengan Puteri Umno. Dari segi dasar lagi la jauh beza malahan jauh bertentangan. Soal PAS kafirkan Umno, itu soal lapuk, soal fitnah terhadap PAS yang Umno sendiri cipta. Sebab itu, bila suatu ketika mahu diadakan debat Umno - PAS tentang tajuk `PAS KAFIRKAN UMNO', mengapa Umno takut berdepan dalam debat tersebut? Jawapannya, sebab Umno tahu bahawa tajuk itu tidak akan membantu mereka bahkan akan kena di atas kepala Umno sendiri. Maka, Umno buat debat `olok-olok' kununnya debat `Umno - PAS' dalam isu `Takfir'. Anda boleh lihat di dalam youtube debat olok-olok berkenaan. Dalam debat tersebut, kununnya ada ulama Umno dan `ulama PAS'. `Ulama PAS' dilakonkan oleh ulamak Umno juga tetapi dikira lebih cerdik sedikit dari ulamak Umno dalam debat tersebut. Lucunya, dalam debat isu `Takfir' yang olok-olok itu pun ulama Umno terduduk. `Ulama PAS' lakonan mereka secara `tidak sengaja' membelasah ulama Umno. Ini menunjukkan bahawa perjuangan PAS yang berlandaskan Islam, berpandukan Al-Quran, Hadith, Ijmak dan Ulamak itu tidak mampu di`tipu' oleh Umno di dalam lakonan debat mereka. Maha Suci Allah, Al-Quran itu adalah Mukjizat dan tiada siapa boleh memperdaya Al-Quran. Jadi, dakwaan Puteri Umno yang `suku masak' dalam politik itu adalah dakwaan `penyedap hati'. Dalam usul agama mereka di Perhimpunan Umno kali ini, Puteri Umno sebenarnya tiada modal untuk berucap. Mereka tidak berdaya untuk menegur Rosmah yang menjadi `Penaung' dalam satu festival pakaian Islam yang mempamirkan unsur sesat itu. Sewajarnya Puteri Umno di dalam usul agamanya simpati dengan maruah wanita Islam yang dipersendakan oleh Rosmah. Namun, apakan daya sedangkan `ularmak muda' dalam Umno pun `cover' si Rosmah. Tunggu sahajalah Umno akan jahanam angkara Rosmah./mandor.blogspot.com | ||||
| Posted: 23 Oct 2010 11:19 AM PDT PENGGULUNGAN di perhimpunan agung Umno tidak banyak berbeza dengan perhimpunan perhimpunan yang sudah-sudah. Acara memuja pemimpin merupakan tradisi yang sukar untuk dibuang. Masa yang terhadap itu disendaki dengan pujian melangit. Nampaknya budaya angkat dan ampu tidak pernah habis. Bukan saja dari kalangan perwakilan atau pembahas yang ingin dilihat sebagai bakal calon pilihan raya tetapi pemimpin tertinggi sendiri turut terjeruk dalam sindrom masuk lif tekan sendiri. Saya akan memfokuskan ulasan ringkas ini kepada penggulungan oleh tiga Naib Presiden, Shafei Afdal, Hishamuddin Hussein dan Ahmad Zahid Hamidi. Dari ketiga-tiga tokoh ini yang ada kelas dan kualiti perbahasan kali ini atau berpijak di bumi nyata hanya Shafei. Walaupun beliau dipersendakan sebagai anak lanun Semporna Sabah, tetapi beliau tetap cemerlang kali ini. Anak lanun berjaya mengatasi anak Jawa dan anak Turki.Shafei tidak memuja presiden dan timbalan presiden membuta tuli seperti Zahid Hamid. Beliau memperkatakan kebimbangan dalam Umno yang merupakan satu realiti. Beliau membangkitkan soal sikap orang Melayu yang tidak mahu mendaftarkan diri sebagai pemilih. Shafei tanpa komromi mendedahkan kelemahan Umno dalam mendaftar anak muda selaku pengundi. Baginya sikap ini boleh memberi kesan buruk kepada Umno. Perbandingan yang diberikan antara orang Cina dengan orang Melayu (Umno) yang mendaftarkan diri sebagai pengundi menunjukkan bagaimana orang Melayu tidak bersemangat dan alpa kepada tanggungjawab. Katanya juga usaha pembangkang terutamanya DAP mendaftar mengundi jauh lebih baik dari Umno dan Melayu. Keadaan itu sangat membimbangkannya yang diberita tugas sebagai orang bertanggungjawab menambahkan pengundi. Dalam pada itu beliau mahu ahli Umno memberi tumpuan kepada mendaftar ahli. Salah satu langkah katanya masjid boleh digunakan untuk mempublisitikan tujuan itu. Apakah cadangan ini akan dilaksanakan nanti. Tidak mustahil kalau Umno merasakan tertekan dengan keadaan itu mereka akan menggunakan mimbar masjid untuk meminta anak muda Melayu mendaftarkan diri sebagai pengundi. Hishmuddin pula lebih bercrita soal kehebatan Umno dan para pemimpin terdahulu. Uncapan dan penggulungan Hishamuddin adalah copyright daripad ucapan pada perhimpunan tahun lepas. Baginya tidak habis-habis menjual dan menceritakan Umno sebagai parti Melayu terbaik. Kepadanya hanya Umno yang mampu membela orang Melayu. Demikian juga dengan Ahmad Zahid Hamid penuh dengan gurau senda dan kendangkalan idea. Beliau tidak banyak mengemukakan idea sebaliknya lebih kepada jenaka yang tidak berbobot. Diawal pembukaan bicara lagi beliau sudah meminta perwakilan memberi tempokan untuk Rosmah Mansor. Pemujian Zahid kepada Rosmah tidak pernah lekang dan menjadi satu kewajiban. Seolahnya nyawa dalam hirerki kepimpinan Najib berada digenggam Rosmah. Walaupun Hishmuddin cuba mengutuk Anwar Ibrahim tetapi kutukan Zahid lebih jelas dan ketara apabila beliau mengatakan ada orang yang tergila-gilakan kuasa dan meminta Anwar bertaubat. Tidak tahu apakah Zahid terpaksa berkata demikian untuk mendapat markah dari sudut mata Najib. Tetapi sesungguhnya apa yang beliau sarankan itu sepatutnya dipraktikan olehnya dulu. Sebelum meminta Anwar bertaubat Zahid dulu kena bertaubat atas dosa-dosanya sebelum ini. Dr Mahathir rasanya setuju dengan saranan ini. Cerita lima orang Abu yang dikemukakan Zahid menarik dan boleh dijadikan iktibar. Kisah ini menggambarkan Zahid hampir dengan kisah-kisah suri teladan dari negara Arab. Beliau nampaknya membuat study mendalam mengenai watak berkenana untuk dipadan dengan fiil perangai orang Umno dan Melayu. Apa yang diperkatakan Zahid rasanya ramai yang setuju. Memang dalam Umno ada Abu Bakar, Abu Talib, Abu Sufiah, Abu Hurairah dan Abu Jahal. Cuma satu subjek terlupa untuk dihuraikan Zahid mengenai dirinya sendiri. Di antara Abu Abu itu di manakah beliau berada? Apakah dia sebenarnya Abu Nawas dalam politik Umno kerana sering muncul dengan jenaka bangsawannya pada perhimpunan agung Umno daripada mengemukakan idea bernas untuk memartabatkan Islam dan bangsa./MSO | ||||
| Hadi: Calon PAS ada kelebihan di Galas Posted: 23 Oct 2010 11:05 AM PDT
PAS yakin calon parti itu mempunyai kelebihan dalam pilihan raya kecil DUN Galas walaupun pernah dua kali tewas ketika bertanding kerusi Parlimen Gua Musang menentang Tengku Razaleigh Hamzah sebelum ini. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kali terakhir bertanding kerusi Parlimen Gua Musang iaitu pada Pilihan Raya Umum 2008, undi yang diperoleh Dr Zulkefli Mohamad di DUN Galas melebihi undi tokoh veteran Umno itu. "Pada pilihan raya umum lepas, Dr Zulkefli mendapat majoriti 300 undi di kawasan Galas walaupun beliau kalah di kerusi Parlimen Gua Musang kepada Tengku Razaleigh. Galas adalah salah sebuah DUN yang terletak dalam kawasan parlimen Gua Musang. "Ini bermakna tidak mustahil untuk PAS menang di Galas dalam pilihan raya kecil ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtima' Kepimpinan PAS Negeri Terengganu hari ini. | ||||
| AHLI PARLIMEN PUN BOLEH HILANG ? Posted: 23 Oct 2010 04:00 AM PDT MP Kota Samarahan Hilang : Satu Lagi Pilihan Raya Kecil? KUALA LUMPUR 22 OKT- Desas desus bertiup kencang di negeri Bumi Kenyalang berhubung keberadaan anak Ketua Menteri, Sulaiman Abdul Rahman Taib yang tidak kelihatan dikhalayak ramai sejak bulan Ramadan lalu. Misteri 'kehilangannya' menimbulkan pelbagai spekulasi terutamanya dalam blog dan internet. Antara berita angin yang tersebar luas di Sarawak ialah kemungkinan Sulaiman akan meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Kota Samarahan dan seterusnya membuka laluan kepada pilihan raya kecil, yang kedua di Sarawak selepas Sibu sejak Pilihan Raya Umum 2008. Malah laman web sarawakreport yang sentiasa mendedahkan mengenai kekayaan Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarga, kaum kerabat serta kroni mereka mendakwa Sulaiman kini mendapat rawatan di Kanada (ada yang mengatakan di Australia) bagi mengubati penyakit 'gaya hidup' dan keadaan kesihatan beliau dikatakan dari 'membimbangkan' hingga ke 'tenat'. Bagaimana pun persoalan yang lebih penting ke mana Sulaiman pergi menghilang sehingga rakan Dewan Rakyat, Charles Santiago daripada Pakatan Rakyat mewakili DAP mengatakan beliau akan cuba mendapatkan jawapan Speaker Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab nanti. Beliau dikatakan tidak pernah sekali hadir pada persidangan Parlimen lalu lantas menimbulkan pertanyaan dikalangan anggota Dewan Rakyat yang lain. Sulaiman adalah Ahli Parlimen Samarahan, memenangi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu dan terus dilantik oleh Perdana Menteri sebagai Timbalan Menteri Pelancongan. Kritikan dalam media terhadap sikap beliau yang tidak menunjukkan minat di dalam tugas kementerian akhirnya membawa kepada perletakan jawatan Sulaiman pada Disember tahun lepas. Alasan yang diberikan oleh ayahnya adalah kerana Sulaiman masih bersedih atas kematian ibunya, Puan Sri Laila Taib pada 29 April 2009. Ketika dihubungi, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sarawak, Baru Bian mendakwa Sulaiman telah tidak kelihatan di kawasan pengundinya sejak Jun 2009. "Kami pun tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada beliau. Apa yang kami dengar hanyalah khabar angin bahawa beliau sakit," kata Baru. Setiausaha MPN Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh pula berkata penduduk di Kota Samarahan sudah mula meungut disebabkan ketiadaan wakil rakyat mereka sekurang-kurangnya sejal tujuh bulan lalu. "Sesuatu perlu dilakukan. Tidak adil bagi rakyat yang memilih beliau tetapi tidak mendapat perkhidmatan darinya. Parlimen juga harus berbuat sesuatu," kata Abang Zulkifli. -Suara Keadilan | ||||
| APABILA SDR SHAMSUL `BERTIKAM' DENGAN CHEGU BARD Posted: 23 Oct 2010 01:00 AM PDT |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Nasrudin berkata, semua orang yang menyaksikan bentuk persembahan Festival Busana Muslim (Islamic Fashion Festival) itu melihat pertunjukan tersebut bercanggah dengan Islam.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan