Selasa, 19 Oktober 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PKR TURUN DARJAT JIKA MEMBELA DS ANWAR ?

Posted: 19 Oct 2010 09:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

BENARKAH PKR akan jatuh darjatnya jika memperjuangkan kes DS Anwar? Secara jujurnya kita semua tahu PKR wujud berasaskan perjuangan yang menuntut keadilan ke atas DS Anwar dan ianya meliputi semua aspek, samada institusi kehakiman, kebebasan media dan segala yang bersifat zalim ditentang. Ini asas yang sepatutnya semua ahli PKR mesti tahu dan parti ini berkembang sehingga dihormati dan digeruni lawan sehingga kini.

Dato Zaid menyebut PKR tidak harus semata-mata berjuang untuk DS Anwar kerana ianya boleh menjatuhkan darjat parti. Saya bersetuju bahawa PKR tidak boleh berjuang hanya untuk individu bernama Anwar, tetapi tidak bersetuju jika darjat PKR boleh jatuh kerana memperjuangkan nasib yang menimpa Ketua Umum PKR ini.

Di samping PKR berjuang untuk menegakkan keadilan untuk semua, PKR tidak boleh melupakan nasib atau penganiyaan yang dilakukan terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Bagaimana PKR boleh meyakinkan rakyat untuk menyelamatkan mereka dari kezaliman dan ketidak adilan, sedangkan PKR sendiri gagal untuk menyelamatkan tokoh utama mereka? "Bagaimana kamu boleh bantu kami, sedangkan bos kamu pun teraniaya?" Mungkin itulah yang akan mereka perkatakan kepada kita. Tergamakkah kita biarkan DS Anwar bersendirian untuk melepaskan dirinya dari kezaliman terhadap beliau?

Pada saya, mereka yang cuba untuk melupakan apa yang berlaku terhadap DS Anwar adalah mereka yang hanya pentingkan diri mereka sendiri. Apabila parti ini telah kuat sehingga berjaya memerintah sebuah negeri yang terkaya, terdapat segelintir pemimpin yang ingin menghasut agar tidak tumpukan lagi perjuangan membela nasib DS Anwar. Di kalangan mereka ini baru `dua hari' berada di dalam parti kemudiannya ingin memanjat tinggi dalam haraki kepimpinan. Pemimpin seperti ini tidak layak dipilih bahkan mungkin tidak sesuai berada di dalam PKR./wfauzdin.blogspot.com

VIDEO - JENAZAH DIKAPANKAN DI LIANG LAHAD TIBA-TIBA BANGUN

Posted: 19 Oct 2010 12:51 PM PDT

Kisah ini dikatakan berlaku di Kalimantan Selatan. `Jenazah' yang hampir dikebumikan di liang lahad tiba-tiba hidup kembali. Wallahu Aklam.

Jana ekonomi tidak perlu menara 100 tingkat

Posted: 19 Oct 2010 11:40 AM PDT

Hafiz Irwan

KOTA BHARU, 19 Okt: Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa menyifatkan Bajet 2011 sebagai kosong dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi rakyat terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah dan orang kampung.

Katanya, Bajet 2011 tersasar daripada temanya kerana tidak menunjukkan transformasi ekonomi untuk lonjakan pendapatan rakyat sebagaimana dijanji Menteri Kewangan I.

"Bajet ini adalah gula-gula untuk orang kampung. Bagi masyarakat pelabur yang lebih sofistikated, bajet ini kosong.

"Saya baca begitu, orang lain saya tak tahu, tidak ada kaitan dengan transformasi yang nak dibawa, pengurangan cukai bagi seluar dalam, rambut merah, itu tiada kena mengena sangat kepada rakyat jelata, itu lebih fokus kepada pelancong," katanya pada sidang media, di sini.

Mengulas pembinaan menara 100 tingkat, Husam tidak nampak rasionalnya bagaimana ia mampu menjana ekonomi.

"Beberapa negara mengalami kemerosotan ekonomi selepas bina menara-menara kerana resources ditumpu kepada projek yang tidak produktif kepada ekonomi secara makro, dalam kes KLCC Tun M (Tun Dr Mahathir) guna petronas untuk biayai pembiayaian menara.

"Tapi dalam kes menara 100 tingkat ini, kalau tidak berfungsi kelak program ini akan jadi satu pembaziran. Dan saya tak nampak negara kita perlu menara baru, malah ekonomi negara tak semestinya dijana dengan membina menara," katanya.

Beliau berkata, kerajaan seolah-olah kekeringan idea apabila hendak menjana ekonomi mesti melalui projek mega./Harakahdaily


PIALA MALAYSIA - AYUH, KIBARKAN BENDERA BULAN TANDA KEDAH - KELANTAN `BERSATU'

Posted: 19 Oct 2010 01:00 AM PDT

Tiada rezeki untuk Selangor tahun ini..(Foto - Ikhsan Kedahlanie)

Oleh: WFAUZDIN NS


KELANTAN adalah pilihan popular untuk melangkah ke Final Piala Malaysia dan mungkin akan bertemu dengan Negeri Sembilan yang bakal bertemu Johor FC pada perlawanan S/Akhir Pertama Rabu ini. Kelantan walau bagaimanapun terpaksa menumpaskan Kedah juga pada Rabu ini di dalam perlawanan S/Akhir Pertama di Alor Star sekiranya ingin mencerahkan peluang ke Final.

Menanti kunjungan Kelantan di Stadium Darul Aman, Kedah pastinya ingin mencapai kemenangan selesa untuk menjadi bekalan ke Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu sebuah stadium yang amat digeruni oleh mana-mana pasukan yang berkunjung ke stadium tersebut. Mungkin pertembungan kedua-dua pasukan dari negeri di bawah Kerajaan PR ini yang diterajui oleh PAS tidak sepanas seperti perlawanan di antara Kelantan - Selangor tempohari. Jangan kita lupa, Selangor juga adalah negeri di bawah PR tetapi diterajui oleh PKR.

Kelantan, Kedah dan Selangor adalah di antara 3 negeri di bawah PR yang berjaya mara ke Suku Akhir, seterusnya 2 negeri iaitu Kedah dan Kelantan meneruskan kemaraan mereka ke Separuh Akhir. Sayangnya, mereka bertemu sesama mereka di peringkat ini. Pasukan yang bakal ditemui di Final nanti sudah pastinya di antara 2 buah negeri di bawah Umno iaitu Negeri Sembilan atau Johor FC. Yang pasti Final nanti adalah pertarungan 2 buah negeri yang berlainan `ideologi'.

Apa pun, adalah diharapkan perlawanan di antara Kedah dan Kelantan nanti tidak akan dicemari dengan pergaduhan, rusuhan atau apa jua bentuk keganasan. Selaku penyokong, mereka mestilah menghormati budaya dan adab sopan yang sentiasa dipertahankan oleh kerajaan negeri mereka. Meriahkan perlawanan ini nanti dengan mengibarkan bendera bulan sebanyak yang mungkin sebagai tanda Kedah dan Kelantan `bersatu'.

Memang benar, sukan tidak harus dipolitikkan tetapi semangat politik tidak salah dibawa ke dalam sukan selagi kita mempunyai semangat kesukanan yang tinggi. Mungkin dengan berkibarnya bendera bulan di kedua-dua belah penyokong Kedah dan Kelantan, diharapkan dapat mengendurkan suasana `panas' di dalam stadium. Tidak kira siapa pemenang, apa yang penting adalah salah satu negeri di bawah PR berjaya ke Final. Itu pasti./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: