WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- GALAS - JIKA MAIN PROVOKASI, MEREKA SILAP TEMPAT
- PEMILIHAN PKR - TERGUGATKAH AZMIN DENGAN KEHADIRAN TAN SRI KHALID ?
- PRK DUN GALAS - SI MAT MASLAN BAKAL `MENYUMPIT' PULA
- KISAH DUA `ARWAH' - RAHIMI DAN SAIFUL
| GALAS - JIKA MAIN PROVOKASI, MEREKA SILAP TEMPAT Posted: 10 Oct 2010 11:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS PRK Dun Galas tidak dapat mengelak pertembungan di antara Umno dan PAS. Ada ramalan yang menyebut bahawa akan terdapat lebih dari seorang calon bebas akan bertanding, namun pertarungan sebenar adalah hanya tertumpu kepada dua parti terbesar ini. Umno yang dasarnya Kebangsaan, manakala PAS pula dasarnya Islam. Inilah dua parti yang ditawarkan kepada seluruh rakyat di Dun Galas. PAS lebih awal memberi peringatan kepada semua jentera dan penyokongnya agar tidak melayani sebarang provokasi daripada pihak lawan. Tidak pernah pihak lawan tidak mengadakan provokasi di dalam mana-mana pilihanraya sebelum ini termasuk provokasi dari pihak media di bawah kawalan mereka. PAS sebagai sebuah parti yang amat berpengalaman di dalam Pilihanraya, tentunya arif dengan bentuk provokasi mereka. Namun ingin diingatkan kepada Umno, sekiranya mereka masih ingin `bermain' dengan provokasi seperti sebelum ini, mereka sebenarnya silap tempat. Galas bukan seperti di Bagan Pinang yang mana provokasi yang dimainkan sedikit sebanyak menguntungkan mereka. Di Bagan Pinang banyak kita lihat berbagai aksi samseng mewarnai suasana kempen di sana. Akhirnya mereka menang di Bagan Pinang. Galas, sebuah kawasan yang berada di dalam Negeri Kelantan. Bukan saya ingin melabelkan orang-orang Kelantan ini `gedebe', tetapi semua tahu orang-orang Kelantan tidak sama dengan orang-orang negeri lain. Kita masih ingat, di Bagan Pinang bagaimana puak-puak yang mulanya ingin tunjuk `berani dan samseng' untuk menakutkan penyokong-penyokong dan jentera PAS, tetapi apabila tibanya jentera kempen dari Kelantan membantu, puak-puak ini mula `menekan brek'. Sifat orang-orang Kelantan yang sanggup menyahut cabaran walau di mana bumi dipijak itulah yang membezakannya dengan masyarakat negeri lain. Inilah yang amat dikhuatiri oleh PAS Kelantan. PAS Kelantan bimbang jika Umno terlupa bahawa mereka sekarang sedang `bermain' di Negeri Kelantan. Silap besar jika mereka masih ingin menggunakan taktik yang sama seperti di Bagan Pinang. Mereka boleh berkempen atau berlakon menjadi `penoreh getah' seperti yang telah mereka lakukan di PRK Dun Manek Urai dahulu, mereka boleh menjadi `Penyumpit' kali ini tetapi mereka dinasihatkan agar tidak bermain dengan provokasi yang keterlaluan. Kita tetap yakin, di bawah kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz selaku MB Kelantan yang selalu mengingatkan rakyat Kelantan agar berakhlak dan bermoral tidak akan melayani provokasi jauh sekali untuk memulakannya. Itu harapan kita, tetapi kadangkala `orang yang bersungguh ingin menjual, ada juga yang teringin membeli'nya. /wfauzdin.blogspot.com |
| PEMILIHAN PKR - TERGUGATKAH AZMIN DENGAN KEHADIRAN TAN SRI KHALID ? Posted: 10 Oct 2010 06:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NSTERLEBIH dahulu saya ucapkan tahniah kepada Tan Sri Khalid Ibrahim yang berani membuat keputusan untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Pengumuman beliau itu patut kita lihat secara positif walaupun beliau mungkin dianggap terlalu awal untuk menduduki kerusi berkenaan namun Dato Zaid dilihat lebih `muda' dari Tan Sri Khalid di dalam PKR. Dato Zaid juga ingin bertanding jawatan yang sama. Tidak menjadi masalah besar kerana ini suatu bukti menunjukkan PKR sentiasa mengamalkan demokrasi yang lebih baik dari Umno. Beberapa alasan yang diberikan oleh Tan Sri Khalid yang merasakan wajar beliau bertanding jawatan tersebut bolehlah kita terima sebagai alasan yang munasabah. Lebih wajar lagi untuk beliau mencuba nasib di kerusi nombor dua itu adalah kerana kedudukan Tan Sri Khalid sekarang sebagai MB Selangor. Beliau juga dilihat tidak `rakus' berkempen dan tidak pernah `mengusik' sesiapa apatah lagi memburukkan kepimpinan parti. Beliau seorang yang tegas, berkarisma dan tidak mudah untuk di`provokasi'kan oleh musuh luar dan dalam parti. Semangat setiakawan Tan Sri Khalid amat disenangi oleh ahli-ahli PKR termasuk pemimpin parti. Jika ada pun sesiapa yang ingin mencari sebab untuk tidak menyokong beliau hanyalah kerana Tan Sri Khalid terlalu bersifat `profesional' dan tidak mempunyai kepintaran politik. Walaupun Tan Sri Khalid tidak sebaik YB Azmin di dalam kehebatan berpidato, tetapi kecekapannya menguruskan Negeri Selangor mungkin lebih baik dari YB Azmin sekiranya MP Gombak itu menjadi MB Selangor. Itulah hebatnya Tan Sri Khalid Ibrahim. Bagaimana pula dengan Dato Zaid Ibrahim? Bagaimana dengan janji beliau yang tidak akan bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR sekiranya Tan Sri Khalid bertanding jawatan yang sama? Apakah Dato Zaid sudah bersedia untuk menunaikan janjinya? Bagaimana pula dengan janji terbaru Dato Zaid, bahawa beliau sanggup menarik diri bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR sekiranya YB Nurul Izzah juga bertanding jawatan yang sama? Mana satu pilihan Dato Zaid sekarang? Kita percaya Dato Zaid tidak akan memungkiri janji-janji beliau lagi. Adakah YB Azmin tergugat dengan keputusan Tan Sri Khalid ini? Sudah tentu keputusan Tan Sri Khalid sedikit sebanyak akan membuatkan YB Azmin lebih perlu bekerja kuat untuk meyakinkan ahli-ahli PKR. Pertandingan ini tentunya akan menjadi lebih hebat dan meriah sekiranya YB Nurul Izzah juga memasuki gelanggang. Sdr Mustafa Kamil Ayub juga mempunyai peluang yang agak besar sama seperti Tan Sri Khalid. Pada saya, YB Nurul Izzah harus berfikir banyak kali untuk mencuba nasib di peringkat ini. Saya tetap yakin, menaruh harapan bahawa YB Azmin akan dipilih untuk menjadi Timbalan Presiden PKR. Komitmen beliau terhadap parti, berkarisma serta mempunyai kelebihan berkomunikasi yang hebat menjadi salah satu faktor mengapa YB Azmin perlu diangkat menduduki kerusi nombor dua di dalam PKR itu. Namun, seandainya beliau tewas tidak ralat atau rugi rasanya jika Sdr Mustafa Kamil Ayub mahu pun Tan Sri Khalid dinobatkan sebagai Timbalan Presiden PKR. Calon yang lain daripada itu sukar untuk saya lihat kehebatan dan kelebihannya. Namun, semuanya atas pilihan ahli-ahli PKR sendiri./wfauzdin.blogspot.com |
| PRK DUN GALAS - SI MAT MASLAN BAKAL `MENYUMPIT' PULA Posted: 10 Oct 2010 05:00 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS SAMADA kebetulan atau tidak dengan PRK Dun Galas, kerajaan telah umumkan peruntukan RM 200 juta untuk kemudahan bekalan air bagi orang Asli. Pengumuman tersebut dibuat di Gua Musang iaitu kawasan di mana terletaknya Dun Galas yang akan mengadakan Pilihanraya Kecil di situ. Gua Musang adalah satu daerah yang terdapat ramainya masyarakat orang Asli. "Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Nisra Nisran Asra Ramlan berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM100 juta diperuntukkan kepada Kelantan, membabitkan 50 kampung yang dihuni masyarakat Orang Asli." (Sinar) Teringat kita dialog yang popular sewaktu PRK Parlimen Sibu iaitu," I Help U, U Help Me". Mungkin ini bukan rasuah politik tetapi `kebetulan' kerajaan ingin beri peruntukan tersebut. Memang sepanjang pemerintahan Bn, banyak yang `kebetulan' berlaku, sebab itu SPRM tidak mampu buat apa-apa apatah lagi SPR. Walau bagaimanapun, peruntukan yang diumum disaat begini tentulah memalukan Ahli Parlimen Gua Musang, Ku Li yang baru sahaja bersetuju untuk menjadi Pengarah Pilihanraya bagi Umno di PRK Dun Galas. Ini bermakna Ku Li yang telah menjadi Ahli Parlimen sekian lama di Gua Musang masih gagal menguruskan hal air terutamanya kepada masyarakat orang Asli. Tidak hairan sekiranya sewaktu kempen PRK Dun Galas nanti akan ada beberapa pemimpin Umno yang akan belajar cara `menyumpit' atau `menari tarian orang Asli'. Jika di Manek Urai dahulu, kita dapat melihat Si Mat Maslan menoreh getah, kali ini adakah si Mat Maslan akan menyumpit pula? Tentu banyak adegan atau drama yang bakal kita lihat nanti./wfauzdin.blogspot.com |
| KISAH DUA `ARWAH' - RAHIMI DAN SAIFUL Posted: 10 Oct 2010 02:00 AM PDT Rahimi Jadi 'C4' Untuk Ranapkan Anwar Selepas Saiful Gagal KUALA LUMPUR 9 OKT: Rahimi Osman menjadi sandaran utama untuk melakukan pemusnahan karektor terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Saiful Bukhari Azlan gagal menyakinkan rakyat melalui kes mahkamah konspirasi kedua. "Kalau Saiful Bukhari gagal dijadikan peluru hidup untuk membunuh (karektor) Anwar, Rahimi dengan apa cara sekalipun mesti dijadikan bom jangka C4 untuk membunuh karaktor Anwar," kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mustaffa Kamil Ayub, hari ini. Rabu lalu, Rahimi mendakwa dipaksa pemimpin dan peguam PKR untuk menandatangani dua akuan bersumpah pada Jun 2008 untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes melibatkan Anwar. Bagaimanapun, tindakan Rahimi itu menimbulkan banyak menimbulkan keraguan berikutan ia seakan-akan mengulangi skrip yang berlaku kepada P Balasubramaniam yang menukar akuan bersumpah pertama kepada kedua, sebelum penyiasat persendirian itu kemudian mengakui akuan bersumpah pertama yang mengaitkan Najib dan Rosmah dalam pembunuhan Altantuya Sharibuu sebagai sahih. Dalam kenyataan media, Mustaffa yang juga Pengerusi PKR Perak mengingatkan pimpinan dan rakyat betapa konspirasi terbaru melibatkan Rahimi tidak patut dipandang remeh. Menyifatkan pimpinan Umno sebagai licik hingga PKR tidak sempat menghidu rancangan itu, beliau sangat yakin penyokong Najib-Rosmah akan menuduh parti ini tidak bermaruah dan bermasalah. "Saya sangat yakin orang-orang Najib mahu rakyat melihat parti ini sudah didalangi dalang-dalang politik busuk yang bermasalah.Angkat Politik Nilai, tolak dalang politik busuk seperti 'arwah' Rahimi dan 'arwah' Saiful Bukhari! "Saya sangat yakin Najib dan Rosmah terlibat dalam konspirasi ini," katanya. Mustaffa yakin kenyataan Rahimi menuduh dua peguam, Latheefa dan Saiful Izham Ramli memaksanya menamakan Najib-Rosmah dalam akuan bersumpah keduanya itu semata-mata untuk melindungi kepentingan dua individu itu. "Rakyat dan anggota parti mahu diperbodohkan lagi dengan memadamkan nama kedua-dua peribadi misteri ini. Tidakkah kita hairan Rahimi boleh menafikan akuan bersumpahnya selepas dua setengah tahun beliau membuat akuan itu? "Tidakkah kita hairan, mengapa Rahimi beriya-iya memadamkan nama Najib-Rosmah tetapi mereka berdiam diri dan sangat defensif walhal Rahimi bermati-matian cuba memadamkan nama mereka dalam akuan bersumpahnya. Beliau mendakwa mereka mahu Ketua Umum PKR itu palang penjara dengan apa cara sekalipun kerana Umno sendiri menyakini bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkeupayaan membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya./TVSelangor |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan