WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- SELEPAS AZMIN, PENYOKONG SETIA BELIAU KETUA WANITA PKR PULA KENA.....
- JIKA TIDAK MAHU DIGELAR `PRIMITIF', MCA MESTI KELUAR DARI BN
- MEDIA LAGAKAN AZMIN - NURUL IZZAH, ZAID TETAP TIDAK SETUJU BOIKOT MEDIA
- KES BUNUH DAN DIBAKAR BELUM SELESAI, POLIS MASIH `RAJIN' IKUTI CERAMAH PR
- PRK DUN GALAS - JIKA SAYANGKAN KU LI, UNDILAH PAS
| SELEPAS AZMIN, PENYOKONG SETIA BELIAU KETUA WANITA PKR PULA KENA..... Posted: 09 Oct 2010 11:00 PM PDT Dalam pemilihan Naib Presiden, keadaan sekarang macam Summerslam. Ramai sangat yang nak ajdi Naib Presiden, tapi dalam pandangan aku…hanya beberapa orang saja yang mempunyai kaliber untuk jadi Naib Presiden. Yang lainnya…saja nak menyemak. dan yang lebih leceh lagi, ada diantara Calon Naib Presiden ini syok sendiri. Semalam, Dolah Sani buat perjumpaan dengan ahli PKR Kuala Kangsar dan Sg. Siput untuk berkempen supaya menyokongnya sebagai Calon Naib Presiden. Cara dia berkempen pun sudah memualkan. Kalau macam inilah orang yang akan menjadi Naib Presiden PKR…buat malu saja. Dolah Sani berkempen macam nak lawan Umno. Dan dia pun buat macam Umno. Kempennya bukan hendak menerangkan visi dan misinya, tapi memfitnah orang lain. Dollah Sani kata, Cabang Ipoh Timor dan Ipoh Barat dapat lima ribu sorang dari Zaid. Betul atau tidak, aku tak tau…tapi kedua-dua Cabang ini mencalonkan Mustaffa Kamil. Dalam perjumpaan itu juga, aku diberitau, Chegu Bard mendapat RM400,000 dari Zaid. Fuiyoo!! Kalau macam tu, pemilihan lagi sekali aku gerenti nak bertanding. Boleh buat duit ooo!! Cerita orang tu bagi duit, orang ni bagi duit…semakin memualkan. Hari tu, Ketua Wanita Perak marah kat aku pasai aku bocorkan cerita dia dalam mesyuarat. Dia kata semua Cabang dapat lima ribu dari Zaid. Bila aku tulis dalam blog, dia kata dia cuma menyampaikan apa yang diceritakan oleh Zuraidah. Zuraidah pun dua kali lima macam Dolah Sani. Cerita la macam mana nak memberdayakan Wanita PKR. Ni dok cerita pasai orang tu bgai duit, orang ni bagi duit. Tapi nak kata apa…itulah standard Ketua Wanita PKR. Semasa aku bercuti lima hari dari menulis, aku jenguk juga pejabat PKR kat Tropicana. Kat situ aku jumpa seorang Wanita PKR Pusat. Dia marah kat aku sebab aku promote Animah Ferrar untuk melawan Zuraidah sebagai Ketua Wanita. Astaghfirullahilazim!!! bila masa aku sebut Animah Ferrar?? Boleh check balik dalam semua posting yang aku buat…aku tak pernah sebut nama Animah Ferrar. Yang pernah aku sebut mungkin Team Ferrari. Walaubagaimanapun, sapa nak lawan pun mampuih pi la. Tunggu malam esok atau hari Isnin. Lepas tu baru aku sambung Dream Team aku./Keseluruhan artikel baca di ureka.asia |
| JIKA TIDAK MAHU DIGELAR `PRIMITIF', MCA MESTI KELUAR DARI BN Posted: 09 Oct 2010 06:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS PEMUDA MCA semalam di dalam kenyataannya yang disiarkan di Malaysiakini menyeru agar Bn atau kerajaan menjauhi `kumpulan/lelaki primitif' iaitu kumpulan yang sentiasa mencetuskan isu perkauman. Siapakah yang dimaksudkan oleh Pemuda MCA sebagai `primitif' itu? Sudah pasti bukan datangnya dari PR, dan tidak mustahil datangnya dari Umno atau Perkasa. Terlalu banyak bukti menunjukkan Umno dan Perkasa boleh dikategorikan sebagai `primitif' jika mengikut gelaran yang diberikan oleh Pemuda MCA tersebut. Malah, terdapat `lelaki primitif' yang pernah digantung keahlian dan jawatannya di dalam parti Umno, kemudiannya diberi `pengampunan' seterusnya diberi 'selendang wira Melayu'. Pemuda MCA harus sedar perkara ini dan harus belajar darinya. Justeru itu, Pemuda MCA hendaklah memberi tekanan atau nasihat kepada MCA Pusat agar memikirkan kembali untuk terus bersama Bn. Sehingga kini, isu perkauman malahan isu agama dipermainkan demi survival politik sekutu mereka. Keputusan Umno mulanya untuk menjauhi Perkasa akhirnya tidak dilaksanakan. Presiden Umno sendiri merasakan bahawa Umno tidak boleh meninggalkan Perkasa begitu sahaja disaat Umno kini `nazak'. Isu Kerajaan Negeri P.Pinang di bawah Lim Guan Eng yang ikhlas ingin membantu warga tua yang terdiri di kalangan orang Melayu di P.Pinang dimainkan sebagai isu perkauman dan agama. Maka, sijahil pun bertambah jahil disebabkan oleh mainan politik Umno. Tiada jalan lain lagi buat MCA jika tidak mahu dikatakan bersekongkol dengan golongan `primitif' ini. MCA termasuk sekutunya dari Gerakan dan MIC haruslah berfikir dengan serius untuk keluar dari Bn dan bersama di dalam PR yang telah terbukti dapat memberikan keadilan kepada semua kaum dan agama. Seandainya mereka masih ingin bersama Umno di dalam Bn, ini bermakna mereka turut terlibat di dalam kumpulan `primitif' ini./wfauzdin.blogspot.com |
| MEDIA LAGAKAN AZMIN - NURUL IZZAH, ZAID TETAP TIDAK SETUJU BOIKOT MEDIA Posted: 09 Oct 2010 01:38 PM PDT Manipulasi Fakta, 'Pelacuran' Media Makin Keterlaluan SHAH ALAM 9 OKT: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mendapati media arus perdana semakin keterlaluan dalam memanipulasi kenyataan dan memutar belit fakta bagi memburuk-burukkan imej pimpinan Pakatan Rakyat di mata masyarakat. Secara sinis, Azan ketika bercakap kepada TV Selangor, berkata media sedemikian yang senantiasa dikawal kerajaan sudah mencapai tahap maksimum dalam memanipulasi dan memutar belit kenyataan pemimpin pembangkang "Saya rasa media kerajaan sudah sampai ke tahap yang orang kata maksimum. Cara manipulasi berita sampai ke tahap maksimum. Selepas ini tiada lagi kaedah untuk tahap manipulasi yang lebih tinggi," kata beliau ketika ditemui TV Selangor hari ini. Akhbar seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian dan saluran TV arus perdana seperti RTM, TV3 dan Astro Awani saban minggu cuba menerbitkan laporan yang menimbulkan kemarahan kalangan pemimpin Pakatan Rakyat. Terbaru, calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menjadi mangsa apabila kenyataannya diputar belit portal MStar yang cuba melaga-lagakan beliau dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Bagi Azan, beliau langsung tidak hairan kerana bagi beliau inilah cara kerja media arus perdana yang secara terang-terangan melanggar prinsip media dan etika kewartawanan. "Ini kerja mereka, tak pernah berubah. Sehingga beberapa isu yang sepatutnya dilihat mengutamakan nilai kewartawanan itu sendiri sudahpun digadai." "Tugas induk dia, iaitu menjatuhkan pembangkang ataupun menghina dan mengaibkan seseiapa saja yang menentang kerajaan dan Barisan Nasional," katanya. Azan turut membuat taakulan bahawa media arus perdana akan terus meningkatkan 'serangan' sempena pilihan raya kecil DUN Galas tidak lama lagi. "Mereka dah lama lacurkan entiti dan etika kewartawanan dan media. "Kita lihat beberapa hari lagi tentang insiden atau calon pilihan raya kecil Galas, dan mereka akan guna semua kekuatan media sebaik mungkin," katanya lagi./TVSelangor |
| KES BUNUH DAN DIBAKAR BELUM SELESAI, POLIS MASIH `RAJIN' IKUTI CERAMAH PR Posted: 09 Oct 2010 12:40 PM PDT Sungguh memalukan apabila kami mendapat berita yang Majlis Jamuan Hari Raya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Johor yang diadakan di Kg.Ayer Manis Kulai telah diganggu oleh pihak polis dua hari lalu (8 Okt). Ia sesuatu yang tidak wajar berlaku sebenarnya. Apakah UMNO Johor sudah terlalu takut dan sanggup mengarahkan pihak polis untuk menggempur sebuah majlis jamuan hari raya parti politik?. Biarpun pihak polis yang melakukan kekasaran itu, namun hakikatnya rakyat lebih tahu yang mereka melaksanakan tugas mengikut arahan puak-puak UMNO Johor itu sendiri sebenarnya. Mahu dinafikan pun tidak berguna, kerana Johor adalam "Lubuk UMNO" yang kononnya terlalu sukar untuk ditembusi oleh parti pembangkang di negara ini. Tambahan pula UMNO itu sendiri lahirnya di negeri Onn Jaafar itu. Makanya, ketakutan yang amat sangat menyebabkan UMNO Johor terpaksa menggempur majlis anjuran PKR itu. Difahamkan pasukan polis yang diketuai oleh OCPD Zul dari Balai Polis Kulaijaya telah mematahkan mikrofon ketika Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng , sedang berucap dihadapan lebih 400 orang hadirin. Tindakan tersebut menyebabkan Chua Jui Meng terpaksa berucap tanpa menggunakan microfon. Walau pun sudah mematahkan microfon, pihak polis masih terus berada disitu termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU). Difahamkan antara pemimpin PKR pusat yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Naib Presiden, Azmin Ali dan Ketua Wanita, YB Zuraida Kamaruddin Orang ramai panik lihat polis tergamak gempur majlis jamuan hari raya [Nampaknya UMNO Johor semakin gentar untuk berlawan secara "anak jantan" dengan Pakatan Rakyat di negeri itu sekarang ini. Tindakan mengarahkan pihak polis menggempur Majlis Jamuan Hari Raya adalah satu tindakan biadap bagi manusia yang tidak bertamadun. Apakah ini yang dikatakan demokrasi yang diamalkan di Malaysia ini agaknya. Ternyata, mereka sudah terlalu takut untuk melihat satu persatu kerusi DUN dan Parlimen di negeri itu jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang. Apapun, syabas dan tahniah kepada PKR Johor yang telah berjaya mencipta sejarah yang amat menarik untuk diperkatakan oleh rakyat Malaysia ini. Semoga dengan ini, rakyat Johor yang selama ini karat UMNO akan membuka mata dan hati mereka untuk membuat perubahan dalam PRU-13 nanti. Jika inilah sikap mereka, ternyata mereka tidak layak untuk berkuasa lagi sebenarnya]./Pahang Daily |
| PRK DUN GALAS - JIKA SAYANGKAN KU LI, UNDILAH PAS Posted: 09 Oct 2010 03:00 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NSAKHIRNYA Ku Li menerima tawaran pimpinan Umno untuk menjadi Pengarah Pilihanraya Kecil Dun Galas. Meskipun PAS seboleh-bolehnya tidak mahu berhadapan dengan Ku Li bukan kerana takut, tetapi ingin menjaga hati Ku Li yang tidak kurang jasanya kepada Kerajaan Negeri Kelantan khususnya di dalam isu royalti minyak. Tetapi, takdir telah menentukan bahawa PAS tetap akan berdepan dengan Umno yang akan diterajui oleh Ku Li di Dun Galas. Di dalam situasi begini, PAS mungkin berada di dalam dilema kerana PAS amat menyanjungi Ku Li biarpun berada di dalam parti yang berlainan. PAS juga mungkin faham, Ku Li juga turut berada di dalam keadaan dilema kerana pimpinan parti telah menyerahkan amanah dan tanggungjawab itu kepada beliau. Akhirnya, prinsip serta dasar perjuangan akan menjadi faktor utama mengapa PAS mesti melawan Umno habis-habisan kerana PAS tidak mungkin akan `membantu' Ku Li dan membiarkan keseluruhan rakyat Kelantan teraniaya. Demi tanggungjawab kepada rakyat, PAS mesti terus mara ke medan perjuangan. Kita sedar bahawa Umno punyai `niat tertentu' mengapa parti tersebut meletakkan Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Dun Galas. Bukankah sebelum ini amanah tersebut kebiasaannya dipikul oleh Timbalan Presiden Umno (TPM) malahan juga Presiden Umno (PM) sendiri? Sudah tentu ada yang mahu dilihat oleh Najib dan Muhyiddin apa yang bakal terjadi kepada Ku Li nanti. Hakikatnya, Najib dan Muhyiddin tidak lagi mahu dimalukan seperti sebelum ini. Mungkin kali ini giliran Ku Li pula? Umno kini sudah bersedia dengan alasannya tidak kira Umno menang atau kalah. Jika Umno menang (Na'uzubillah), maka Umno akan berkata, lihatlah, rakyat kini mula menerima Umno dan menolak PAS/PR. Tetapi sebaliknya, jika Umno tersungkur dan dikapankan lagi maka pemimpin Umno akan menuding jari kepada Ku Li dan menyebut betapa Ku Li tidak layak memimpin Umno sedangkan di Gua Musang sebagai kawasannya pun Ku Li boleh tewas. Maka, seandainya Ku Li mencuba nasib bertanding sekali lagi sebagai Presiden Umno di masa akan datang akan dinilai oleh ahli-ahli Umno sebagai pemimpin yang gagal. Najib, terutama sekali Muhyiddin sudah tentu tidak mahu melihat Ku Li `come back' ke dalam hiraki kepimpinan Umno. Salah satu kaedah yang `paling lembut' untuk melihat Ku Li di`kubur'kan di arena politik Umno adalah dengan `membunuh' kerjayanya di Dun Galas, kemudiannya diluaskan pula di Parlimen Gua Musang. Mungkin Ku Li sudah tahu mainan politik ini, dan tidak mustahil Ku Li juga ada `strategi' tersendiri untuk bermain dengan mereka ini. Apa yang dikhuatirkan, sekiranya Umno tewas lagi kali ini, akan timbul pula tuduhan Ku Li menjadi punca dan `mensabotaj' parti sendiri. Sebab itulah PAS seboleh-bolehnya tidak mahu Ku Li menjadi Pengarah Pilihanraya Kecil di Dun Galas, lebih-lebih lagi sebagai calon Umno. PAS tidak sanggup melihat Ku Li terus di `gurkha'kan oleh Umno./wfauzdin.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan