Khamis, 7 Oktober 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PEMILIHAN PKR - ZAID SEMAKIN CELARU ARAH HALUANNYA ?

Posted: 07 Oct 2010 09:00 PM PDT

Media pencacai pernah mainkan isu Zaid minum arak (foto super impose) sewaktu PRK Hulu Selangor, tapi Zaid kata buat apa boikot media seperti ini.....

Oleh: WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA Dato Zaid Ibrahim semakin hilang punca dan arah di dalam membuat keputusan walaupun terhadap dirinya sendiri. Calon yang dikatakan bakal memberikan saingan sengit kepada YB Azmin Ali bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR itu selalu membuat kita terfikir apakah sebenarnya yang dimahukan oleh Dato Zaid.

Masih kita ingat di awal kemasukannya ke dalam PKR, beliau berkali-kali menyebut tidak berminat untuk menduduki kerusi tertinggi parti. Kemudiannya, Dato Zaid menyebut bahawa beliau tidak akan bertanding sekiranya MB Selangor Tan Sri Khalid mahu bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR. Terbaru pula, di sini, Dato Zaid menyebut pula beliau sedia tidak bertanding sekiranya YB Nurul Izzah bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR.

Apa sebenarnya yang diinginkan oleh Dato Zaid? Adakah beliau mahu Tan Sri Khalid sebagai Timbalan Presiden PKR atau lebih suka jika YB Nurul Izzah menjadi Timbalan Presiden PKR? Atau, Dato Zaid semata-mata mahu YB Azmin tidak terpilih sebagai Timbalan Presiden PKR? Sikap Dato Zaid seperti ini amat membingungkan, beliau seperti tiada panduan di dalam menentukan masa depan beliau sendiri. Apakah wajar orang seperti ini untuk dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR jika beliau bertanding?

Di dalam isu boikot akhbar pencacai, Dato Zaid mempersoalkan mengapa perlu boikot akhbar seperti Utusan. Sukar untuk kita terima mengapa Dato Zaid begitu `sayang' kepada akhbar seperti ini. Adakah beliau lupa akhbar pencacai ini pernah menyiarkan gambar beliau `meneguk arak' sewaktu kempen PRK Parlimen Hulu Selangor? Adakah kerana akhbar tersebut pernah mewancaranya baru-baru ini dan memberi ruang untuk beliau berkempen pemilihan parti, maka Dato Zaid mula merasa `kasih dan sayang' terhadap akhbar tersebut?

Kesemua pemimpin PR telah lama bersetuju untuk memboikot akhbar ini, tiba-tiba hadir Dato Zaid menyeru agar kita semua kembali menatap akhbar pencacai tersebut. Tersenyum lebar pihak pengurusan akhbar milik Umno itu dengan kenyataan Dato Zaid itu apatah lagi pada ketika ini kita sedia maklum betapa akhbar tersebut semakin merudum penjualannya. Dato Zaid kini berperanan untuk mengembalikan semula prestasi dan imej akhbar milik Umno itu.

Berbalik kepada kisah tadi, mengapa Dato Zaid ingin sangat YB Nurul Izzah bertanding merebut kerusi Timbalan Presiden PKR? Apakah beliau yakin YB Nurul Izzah mampu menewaskan YB Azmin semata-mata YB Nurul Izzah anak kepada DS Wan Azizah dan DS Anwar? Ini satu cara simbolik untuk menghancurkan PKR. Mana mungkin ahli boleh terima di dalam PKR Ketua Umum adalah DS Anwar, Presiden isteri beliau dan Timbalan Presiden pula anak beliau. Sedangkan pada ketika ini pun pihak Umno masih menuduh bahawa PKR adalah parti `keluarga Anwar'. Apa muslihat Dato Zaid membuat percaturan sedemikian rupa?

Kepada semua ahli PKR, pilihlah pemimpin anda dengan betul berdasarkan kebolehan dan komitmen mereka terhadap parti. Teruskan boikot akhbar yang telah dipersetujui oleh pimpinan kita demi kebaikan parti. Apa jua pandangan dari mana-mana pihak yang kita lihat seperti ingin menjahanamkan parti haruslah kita tolak. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang tidak `bersekongkol' dengan musuh atau `tali barut'nya. /wfauzdin.blogspot.com

SIAPA YANG GANGGU SIDANG MEDIA RAHIMI ?

Posted: 07 Oct 2010 06:00 PM PDT

Justify Full Kecam tindakan ganggu sidang media Rahimi

Semalam ketika sidang media bekas kakitangan Pejabat Anwar Ibrahim yang menyatakan kononya dia dipaksa membuat kenyataan bersumpah telah diganggu oleh sekumpulan lelaki yang dikatakan penyokong Anwar Ibrahim.

Perkara ini amat mengecewakan dan tidak seharusnya berlaku. Di bawah ini pula ialah kenyataan Timbalan Presiden mengenai perkembangan tersebut.

KEADILAN TIADA KAITAN DENGAN PERCUBAAN GAGALKAN SIDANG AKHBAR

Parti Keadilan Rakyat memandang berat atas percubaan beberapa orang, yang mengakui sebagai penyokong KEADILAN, untuk menggagalkan sebuah sidang akhbar di Kelang semalam.

Mereka dilaporkan sebagai bertindak kasar dan mengeluar kata-kata kesat pada masa itu. Hal ini tidak membantu kes fitnah kedua terhadap Anwar Ibrahim, bahkan menjejas imej Parti.

Saya ingin tegaskan bahawa KEADILAN tidak pernah merestui, apatah lagi mengarah tindakan kumpulan ini. Orang yang dikatakan memimpin kumpulan ini bukannya Naib Presiden Parti ataupun Pembantu Khas Anwar, seperti mana dilaporkan oleh sesetengah media.

Namun begitu kami berpendapat bahawa Rahimi Osman, bekas pembantu Anwar telah berbohong dalam laporan polisnya yang mendakwa beliau dipaksa membuat surat sumpah. Perkara ini akan dijelaskan oleh peguam dalam sidang akhbar tengahari ini.

Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden
KEADILAN

7 Oktober 2010Semalam cheGuBard telah menulis mengenai pengalaman dengan bekas kakitangan pejabat Anwar Ibrahim ini. sila klik sini dan kemudian SharpShooter telah menyambut sebagai saksi hidup yang 'menemani' dia.

Nantikan esok cheGuBard cuba update satu lagi mengenai perkara ini sebab cheGuBard masih berada dalam lingkungan GERAK ketika konspirasi Fitnah 2 dirancang./chegubard.blog

SOKONGAN DATO ZAID KEPADA UTUSAN MENGHINA MEDIA ALTERNATIF

Posted: 07 Oct 2010 11:15 AM PDT


Oleh: WFAUZDIN NS

"Saya tidak akan mempedulikan dasar-dasar yang saya fikirkan tidak progresif. Tiada berasas sama-sekali!" tegas Zaid (TV Selangor). Itulah yang ditegaskan oleh calon Timbalan Presiden PKR berkaitan arahan pimpinan parti untuk memboikot Utusan Malaysia. Mungkin untuk menunjukkan `kehebatan'nya melanggar arahan parti, atau untuk menunjukkan `terima kasih' beliau terhadap akhbar ini yang memberi ruang kepadanya `berkempen' melalui wawancara yang diadakan baru-baru ini.

Walaupun akhbar ini memainkan isu peribadi serta fitnah jahat terhadapnya sewaktu kempen PRK Parlimen Hulu Selangor yang lalu, Dato Zaid masih `sayang'kan akhbar yang dimiliki oleh Umno ini. Kita, terutamanya Bloggers bersusah payah menepis dakyah dan fitnah jahat yang dilakukan oleh akhbar ini terutamanya tentang isu Dato Zaid minum arak dan kaki judi sewaktu kempen tersebut, tiba-tiba sekarang disaat beliau ingin bertanding di dalam pemilihan pimpinan PKR, beliau tegas untuk tidak memboikot Utusan. Diharapkan selepas ini Utusan akan terus menjadi ejen kempen atau saluran media Dato Zaid.

Masih kita ingat sewaktu kempen PRK Parlimen Hulu Selangor di mana Dato Zaid mewakili PR, beliau menyeru agar para pengundi tidak mempercayai laporan media yang terus memfitnahnya. Beliau sedar ketika itu media tidak pernah menyebelahinya secara individu dan parti yang diwakilinya. Beliau arif ketika itu media memainkan peranan untuk membantu kemenangan Bn. Sejarah juga membuktikan bahawa media seperti ini tidak akan duduk diam selagi PR tidak di`kubur'kan.

Alasan Dato Zaid bahawa mesej parti kepada rakyat tidak akan sampai jika kita terus memboikot akhbar ini adalah satu alasan yang teramat bodoh. Semenjak bila mesej dari PR sampai kepada rakyat dengan betul dan telus kepada rakyat melalui akhbar ini? Oleh kerana benci dan meluat rakyat kepada akhbar inilah, maka akhbar ini sekarang jatuh imej dan prestasi jualannya. Umno sendiri pun mulai `berbalah' dengan akhbar ini, tiba-tiba Dato Zaid teramat `kasih dan sayang' kepadanya.

Saya tidak tahu mengapa Dato Zaid masih perlukan akhbar ini. Bukan sedikit media alternatif atau Blog yang sekarang ini menyokong beliau, tetapi pendirian Dato Zaid untuk menerima Utusan amat-amatlah menghina media alternatif yang ada. Bagi saya, Dato Zaid telah memberi kredit terbaik buat Utusan dan bayangkan jika beliau menjadi orang nombor dua di dalam PKR./wfauzdin.blogspot.com

NAJIB DAN ROSMAH `DISELAMATKAN' DENGAN LAPORAN RAHIMI ?

Posted: 07 Oct 2010 10:30 AM PDT

PKR: Ada 'tangan' di belakang Rahimi
Jimadie Shah Othman
Okt 7, 10

Dua peguam yang didakwa memaksa Rahimi Osman membuat dua akuan bersumpah memberi amaran mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Peguam N Surendran berkata, kenyataan Rahimi itu jelas pembohongan dan fitnah terhadap dua anak guamnya Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli.

"Tanpa ragu, kami rasakan ia merupakah satu fitnah. Kami akan keluarkan surat peguam supaya beliau menarik balik kenyataan itu, membuat permohonan maaf terbuka atau menghadapi tindakan undang-undang," kata Surendran.

Ditanya sama ada beliau akan memberikan seminggu kepada Rahimi menarik balik dakwaannya semalam, Surendran berkata: "Lebih cepat daripada itu."

"Saya rasa dia tak perlu seminggu. Dia tahu dia berbohong. Hanya perlu 24 jam untuk tarik balik," katanya.

Semalam, Rahimi mendakwa akuan bersumpah kedua dipinda kandungannya untuk memalit dan memfitnah Najib dan Rosmah dalam konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat ketua pembangkang itu.

Beliau mendakwa telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah "yang tidak benar" tanpa diberikan salinannya.

Selari dengan kenyataan kepada polis

Menurutnya juga, selain membuat laporan polis dan menceritakan hal sebenar beliau telah membuat satu akuan bersumpah yang baru. Dokumen itu didakwa dikemukakan bersama laporan polisnya.

Sementara itu bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR tengah hari ini, Latheefa dan Saiful Izham secara rasmi menafikan dakwaan Rahimi bahawa lelaki itu dipaksa membuat akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Menurut mereka, Rahimi (kiri) - rakan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Anwar - sebaliknya membuat akuan tersebut dengan kerelaan.

Latheefa dan Saiful Izham - kedua-duanya pemimpin kanan PKR - juga mempersoalkan dakwaan Rahimi semalam memandangkan ia dibuat selepas dua tahun setengah.

Menceritakan sebab akuan bersumpah itu dibuat, Latheefa yang juga ketua penerangan PKR memberitahu ia bertujuan menghadapi kemungkinan Rahimi dipanggil sebagai seorang saksi dalam kes perbicaraan liwat Anwar.

Lagi pun, menurut Latheefa, maklumat yang diberikan Rahimi kepada mereka selari dengan dengan kenyataannya kepada pihak polis pada 23 Julai 2008.

"Beliau sahkan bahawa beliau tahu Saiful (Bukhari) telah menemui Najib dan Rosmah," kata Latheefa.

Sivarasa: Bab kedua lagi beberapa hari

"Beliau juga memberitahu polis bahawa dibawa oleh Mumtaz Jaafar, rakan baik Rosmah untuk menemuinya dan Najib.

"Rahimi kongsi maklumat ini dengan kami selepas memberikan keterangan kepada polis.

Manakala Saiful Izham pula yang mendakwa terkejut dengan beritasemalam mendakwa Rahimi membuat kenyataan media itu bagi memberikan kesan negatif terhadap perjalanan posiding melibatkan kes Anwar.

"Saya hairan, sekiranya dia ditahan, mana mungkin dia dengan parti selepas itu, turun berkempan dalam pilihan raya kecil, khususnya di Permatang Pauh," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR R Sivarasa pula berkata, pihaknya mengesyaki ada pihak lain di belakang Rahimi.

"Ada tangan di belakang dia yang merancang episod baru ini? Itu akan kita ceritakan (kemudian).

"Itu akan jadi bab kedua dalam beberapa hari lagi. Kami akan beritahu," kata Sivarasa masih berteka-teki./Malaysiakini

ISU LIWAT II - APAKAH RAHIMI AKAN BERTUKAR MENJADI SAKSI PENDAKWA ?

Posted: 07 Oct 2010 10:30 AM PDT

Isu Rahimi: Karpal akan tuntut lagi senarai saksi
Okt 7, 10

Peguam Karpal Singh akan menimbulkan isu dakwaan mengejut yang dibuat oleh Rahimi Osman apabila perbicaraan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung semula pada 14 Oktober ini dengan menuntut dibekalkan dengan senarai saksi.

Karpal berkata adalah janggal bagi Rahimi yang hanya membuat dakwaan yang beliau dipaksa membuat akuan bersumpah itu selepas dua tahun berlalu.

"Mengapa dia mahu buat laporan itu sekarang? Pihak berkuasa bukan sahaja sepatutnya menyiasat apa yang didakwanya tetapi juga siasat mengapa dia ambil masa begitu lama dan apa yang mendesaknya berbuat demikian?

"Saya akan juga timbulkan perkara ini apabila perbicaraan bersambung pada Khamis ini. Saya juga akan kemukakan kes bagi pihak pendakwaan membekalkan kami dengan senarai saksi, sesuatu yang mereka gagal laksanakan sejak perbicaraan bermula," katanya kepada Malaysiakini.

Apabila ditanya, Karpal berkata beliau tidak pasti sama ada Rahimi sekarang akan menjadi saksi pendakwaan berdasarkan perkembangan terbaru minggu ini.

"Saya benar-benar tidak boleh jawab soalan itu kerana kami tidak ada senarai saksi. Namun saya akan timbulkannya pada Khamis ini, kerana amalan membuat laporan polis selepas dua tahun atau lebih mesti dihentikan. Jika polis ataupun mahkamah melayan laporan atau dakwaan sedemikian, ia tidak akan menghalang orang ramai untuk membuat laporan selepas 20 tahun sesuatu kejadian berlaku," katanya.

Karpal sebelum ini telah dua kli mengadu kerana tidak dibekalkan dengan senarai saksi - sesuatu amalan yang lazimnya dipatuhi dalam kes sivil dan jenayah di negara ini.

Semalam, Rahim mendakwa dalam laporan polisnya yang dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada sekitar Jun 2008 untuk memalit Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datuk Seri Rosmah Mansor, dalam perbicaraan kes liwat yang membabitkan Anwar./Malaysiakini

RAHIMI DIBERI TEMPOH 24 JAM !!

Posted: 07 Oct 2010 09:35 AM PDT

Tempoh 24 Jam untuk Rahimi Mohon Maaf dan
Tarik Balik Tuduhan Fitnah

PETALING JAYA, 7 Okt: Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah menganggap laporan polis terbaru yang dibuat oleh Rahimi Osman adalah karut bagi memanipulasi akuan bersumpah.

Rahimi, bekas pegawai khas Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menuduh dua peguam - Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli memaksanya menamakan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor pernah berjumpa Saiful Bukhari Azlan (saksi utama kes liwat) dalam akuan bersumpah (SD) keduanya pada 28 Jun tahun lalu. Walhal katanya, Rahimi sendiri pada 23 Jun tahun lalu mempertahankan akuan bersumpah itu ketika memberi keterangan kepada polis. "Ia suatu manipulasi fakta yang tidak benar," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini.

Manakala, Latheefa dan Saiful masing-masing turut menafikan dakwaan Rahimi kononnya memaksa diubah inti akuan bersumpah pertamanya di Quality Hotel sebelum ini. Rahimi turut mengaku bahawa turut menyaksikan konsultansi Latheefa dan Saiful di Quality Hotel pada 28 Jun lalu memandangkan beliau merupakan kenalan paling akrab kepada Saiful Bukhari Azlan, saksi utama yang mengaku diliwat Anwar. "Dari pemerhatian saya terhadap Rahimi, kedatangannya adalah untuk memberikan kerjasama kepada pihak kami (peguam). "Saya boleh sahkan di sini bahawa tidak ada apa-apa paksaan ke atas beliau," tegas Sivarasa.

Disebabkan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Subang tidak menolak kemungkinan bahawa wujudnya satu lagi konspirasi untuk memburuk-burukkan parti serta Anwar, Ketua Umum PKR. "Kita nampak ada tangan di belakangannya untuk merancangkan episod buruk ini," tegasnya. Sebelum pada itu, Latheefa memberitahu bahawa Rahimi ketika akuan bersumpah kedua ditulis mengaku bahawa Mumtaz sebenarnya bertanggungjawab membawa Saiful Bukhari berjumpa Najib dan Rosmah. Saiful Izham pula kemudiannya membangkitkan unsur keraguan yang tidak munasabah di sebalik kenyataan media serta laporan polis yang dibuat Rahimi itu. "Yang menjadi kehairanan kami, sekiranya beliau ditahan oleh kami secara paksa, mana mungkin beliau bersama-sama dengan parti selepas dari itu untuk membantu kempen-kempen, khususnya di Permatang Pauh," ujar Saiful.

Manakala, peguam N. Surendren yang mewakili Latheefa dan Saiful Izham kemudiannya menuntut supaya Rahimi memohon maaf dalam masa 24 jam serta menarik balik tuduhan berunsur fitnah itu. Tindakan undang-undang akan dikenakan, termasuk ke atas beberapa media arus perdana sekiranya Rahimi enggan berbuat demikian.-Harakahdaily

Tiada ulasan: