WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- MAHATHIR KAYA DENGAN `GELARAN' DAN `GELARAN TERBAIK' DATANGNYA DARI PEMIMPIN UMNO SENDIRI
- PERKASA SOKONG MUSTAFA KAMIL KERANA ISLAM ?
- FAEKAH CEMERLANG BANTU KHALID DI SELANGOR
- ROSMAH `MENUNTUT' ILMU SEKOLAH MENGANDUNG DI BELGIUM
- `MAHATHIR TERSUNGKUR' - MUSTAFA KAMIL DAN SEMUA AHLI PKR SOKONG AZMIN
- YB AZMIN TERLALU SOPAN DENGAN MAHATHIR
| MAHATHIR KAYA DENGAN `GELARAN' DAN `GELARAN TERBAIK' DATANGNYA DARI PEMIMPIN UMNO SENDIRI Posted: 05 Oct 2010 10:00 PM PDT Oleh: Pria Malaya Puak2 Umno begitu naik angin bila Azmin Ali mencuit 'godfather' mereka..riuh blogger tegar Umno mengecam Azmin Ali, termasuklah sekutu rapat Umno PERKASA, sehingga mengeluarkan kenyataan supaya perwakilan PKR jangan sokong Azmin Ali, dan sokong Mustaffa Kamil Ayob..sungguh melucukan.. So, sengaja penulis bangkitkan balik berita lama utk tatapan puak2 fanatik Umno, biar celik sikit mata (hati)...di bawah juga penulis lampirkan balik isu di mana Tun M pernah memperlekeh Tuan Guru Dr Haron Din semasa beliau sedang sakit..mungkinkah ini balasannya?...fikir2kan...Dalam sibuk penyokong totok Umno menjerit memarahi Azmin Ali, mereka tidak sedar, para pemimpin tertinggi Umno sendiri pernah mengkritik, menghina dan memakihamun 'godfather' mereka..ada sebarang tindakan? nehi...sungguh malang nasib 'pencacai' bawahan, jeritan mereka langsung tidak dipandang oleh pemimpin atasan, bahkan pemimpin tersebut masih selesa memegang erat jawatannya di dalam Umno dan kerajaan... Ini satu berita yang pernah disiarkan oleh akhbar: "Pemimpin Umno bawa budaya kurang ajar, jadikan saya pariah, panggil saya iblis" ALOR STAR, 28 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemimpin-pemimpin Umno membawa budaya kurang ajar, menjadikan beliau pariah dalam parti itu serta memanggil beliau beruk dan iblis. Ketika mengulas usul yang diluluskan Pemuda Umno Bahagian Kubang Pasu supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz dipecat daripada Umno kerana lantang mengkritik beliau, Dr. Mahathir berkata, "Cara Nazri mengkritik saya bukan budaya Umno, itu budaya kurang ajar. Ada yang panggil saya beruk, ada panggil iblis, ini budaya Umno yang baru.". Bagaimanapun, beliau tidak peduli sama ada Umno akan memecat Nazri atau tidak. http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/10/hot-pemimpin-umno-bawa-budaya-kurang.html | ||||||
| PERKASA SOKONG MUSTAFA KAMIL KERANA ISLAM ? Posted: 05 Oct 2010 06:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NSTAHNIAH kepada calon Timbalan Presiden PKR, Sdr Mustafa Kamil Ayub yang menolak sokongan geng-geng PERKASA terhadapnya. Sdr Mustafa sedar sokongan PERKASA terhadapnya tidak ikhlas kerana PERKASA tidak pernah sealiran dengan PKR. Tetapi seperti biasa, sesiapa pun di dalam PERKASA bukan jenis yang tahu malu seperti juga Presidennya sendiri. Ketua Wira PERKASA masih tegas untuk menyokong Sdr Mustafa Kamil walaupun calon Timbalan Presiden PKR itu menolaknya. Ini adalah kerana PERKASA tidak akan mengalah selagi tidak melihat perpecahan berlaku di dalam PKR. Kita semua sedar hubungan Sdr Mustafa Kamil dengan YB Azmin Ali amat baik dan mereka di antara pilihan terbaik untuk ditabalkan sebagai Timbalan Presiden PKR. Walaupun saya menyokong YB Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR, namun saya amat berpuas hati jika yang memenangi pertandingan ini kelak adalah Sdr Mustafa Kamil. Mengapa secara tiba-tiba PERKASA menyebut soal Islam apabila menyokong Sdr Mustafa Kamil? Semenjak bila PERKASA komited dengan perjuangan Islam, sedangkan semua tahu betapa PERKASA lebih `Melayu' dari Umno. Kerana terlebih `Melayu' lah maka PERKASA juga ditolak oleh Umno. Sekiranya benar PERKASA cintakan Islam, mengapa PERKASA dilihat begitu anti dengan PAS? Ini bukti menunjukkan bahawa niat PERKASA hanya satu iaitu ingin melihat PKR hancur lebur dan berpecah belah. Hakikatnya, PERKASA terasa hati apabila YB Azmin menggelar Tun Mahathir sebagai `pemimpin tersungkur'. Tun Mahathir amat dipuja oleh PERKASA walaupun Nazri Aziz pemimpin Umno pernah menggelar Tun sebagai `nyanyuk'. Tidak hairanlah PERKASA sering bergaduh dengan Nazri Aziz. Justeru itu, pelik apanya PERKASA menyokong Sdr Mustafa Kamil./wfauzdin.blogspot.com | ||||||
| FAEKAH CEMERLANG BANTU KHALID DI SELANGOR Posted: 05 Oct 2010 08:57 AM PDT
| ||||||
| ROSMAH `MENUNTUT' ILMU SEKOLAH MENGANDUNG DI BELGIUM Posted: 05 Oct 2010 08:50 AM PDT
Hajat Rosmah Mansur melawat pusat remaja hamil di Brussel hari ini untuk mendapatkan input bagi menangai masalah pembuangan bayi adalah tidak munasabah dan menggambarkan seolah-olah kerajaan hilang punca dan kontang idea, kata PAS. Ketua penerangannya Idris Ahmad berkata, isteri perdana menteri tidak sepatutnya merujuk kepada Centrum voor Integrale Gezinsgorg (CIG) kerana keadaan iklim dan sosial budayanya berbeza dengan negara ini.
"Tindakan yang dibuat oleh Datin Seri Rosmah untuk merujuk negara Belgium bagi mengatasi masalah anak luar nikah, seolah-olah anak yatim yang kaya dengan harta peninggalan bapanya, tetapi masih lagi meminta sedekah kepada orang ramai. "Begitulah juga tindakan Datin Rosmah ibarat memohon sedekah dan ehsan daripada orang lain, sedangkan kita mempunyai rujukan iaitu Islam," kata Idris lagi. Rosmah hari ini dijadual melawat CIG, sebuah pusat bersepadu bagi membantu remaja hamil di Brussels, Belgium. Pada 1 Oktober lalu, beliau dilaporkan berkata, lawatan itu bertujuan melihat sendiri pendekatan yang diguna pakai dalam melindungi remaja yang mengandung tanpa nikah dalam usaha menangani masalah pembuangan bayi yang semakin serius. Rosmah juga berkata, sebelum menubuhkan pusat perlindungan bagi remaja hamil di negara ini, adalah penting kerajaan mendapatkan pendekatan terbaik daripada segi saintifik dan sistematik seperti yang diaplikasikan di negara lain. Dalam satu kenyataan hari ini, Idris juga mempersoalkan, kenapa begitu takut hendak merujuk kepada "pendekatan Islam yang lebih menyeluruh dan telah terbukti berjaya". "Kaedah yang perlu digunakan mestilah merujuk kepada apa yang diajar oleh Rasulullah SAW iaitu pendekatan mencegah dan mendidik," katanya./Malaysiakini | ||||||
| `MAHATHIR TERSUNGKUR' - MUSTAFA KAMIL DAN SEMUA AHLI PKR SOKONG AZMIN Posted: 05 Oct 2010 08:19 AM PDT
Naib Presiden PKR Musttaffa Kamil Ayub mempersoalkan 'sokongan' Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) terhadapnya yang dicurigai sebagai percubaan melaga-lagakan pemimpin parti itu.
Menurut Mustafa (kiri), PKR sebagai parti berbilang kaum tidak akan berkompromi dengan sikap 'perkauman' NGO Melayu itu. Tolak anasir ekstrim Semalam, Ketua Wira PERKASA, Arman Azha Abu Hanifah meminta semua ahlinya yang menganggotai PKR menolak Azmin sebagai timbalan presiden PKR, sebaliknya mengalihkan sokongan mereka kepada Mustaffa.
Ini kerana, menurut Arman Azha (kanan), Azmin sebagai naib presiden parti itu sekarang didakwa tidak berpendirian dan hanya bertindak sebagai "budak kopi" kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya harap semua anggota PKR memilih Mustaffa Kamil Ayub sebagai timbalan presiden. Beliau daripada ABIM (Angkatan Beliau Islam Malaysia), (beliau) ada agenda Islam," kata Arman Azha. Beliau juga mendakwa, sebanyak 35 peratus NGO Melayu dengan keanggotaan 300,000 orang itu turut merupakan anggota PKR. Dalam persaingan merebut jawatan nombor dua parti itu, Mustafa merupakan salah seorang yang menawarkan diri bertanding, di samping Azmin dan Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim. Bercakap dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini, Mustaffa bagaimanapun berkata, jika sokongan yang diberikan PERKASA itu ikhlas, beliau mengucapkan terima kasih."Saya nak tanya, adakah ikhlas. Kalau ikhlas saya ucap terima kasih," katanya sambil menegaskan perkara itu tidak bermakna beliau menyokong NGO Melayu itu. Katanya, walaupun menyokong membahaskan perkara berkaitan Islam dalam ruang lingkup perlembagaan, tetapi pendekatan chauvinis dan esktrim seperti PERKASA hendaklah ditolak. Sokong bawa rebah Berhubung dakwaan PERKASA bahawa 35 peratus anggota NGO itu juga merupakan anggota PKR, Mustaffa berkata "tak ada angka sedemikian". Sementara itu, mengulas kenyataan Azmin terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir yang dibidas pelbagai pihak, Mustaffa berkata seluruh ahli PKR berkongsi pandangan dengan bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim itu. "Apakah tidak boleh mana-mana pemimpin PKR mengkritik Tun? Kalau Tun seorang negarawan, beliau tidak akan aniaya rakyat dan fitnah bekas timbalan perdana menteri. Mengapa perlu bengis apabila Tun dikritik pada penghujung usianya?" soalnya kembali. Sementara itu, mengulas isu pilihan raya kecil Galas, Mustaffa berkata PKR akan memberikan komitmen sepenuhnya bagi membantu calon PAS yang bertanding. Beliau juga berharap pemilihan dalaman PKR tidak akan menjejaskan sokongan kepada rakan mereka dalam Pakatan./Malaysiakini | ||||||
| YB AZMIN TERLALU SOPAN DENGAN MAHATHIR Posted: 05 Oct 2010 02:00 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS MALAYSIAKINI memetik kenyataan Presiden Majlis Belia Felda, "Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) mengutuk Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali yang menyifatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang menerima rawatan di Australia kini sebagai "pemimpin yang sedang tersungkur." Presidennya Anuar Manap berkata kenyataan menghina oleh Azmin yang bakal bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu merupakan usaha terdesaknya untuk meraih sokongan. (Malaysiakini) Rupa-rupanya ada juga `anak jantan' tenaga muda dari Felda. Saya sebelum ini tidak pernah tahu dan tidak kenal siapa dia Anuar Manap ini. Maklumlah, sewaktu warga Felda dibelenggu dengan kesusahan dan masalah `ditipu' wang mereka, suara ini tidak pula kedengaran. Terpaksa warga Felda ini mengadu ke mahkamah untuk mendapatkan keadilan, dan diberitakan ada beberapa kes yang menyokong tuntutan warga Felda ini di mahkamah. Secara tiba-tiba terpacul suara Presiden Majlis Belia Felda Malaysia ini, tetapi bukan untuk memperkatakan hal ehwal Felda dan permasalahannya tetapi bercakap darihal politik parti pembangkang pula. Selama ini warga Felda pun tahu Pembangkanglah yang bersungguh-sungguh membela nasib mereka yang sering teraniayai ini. Apa pula kaitan YB Azmin dengan Felda? Jika YB Azmin menyebut bahawa Tun Mahathir `tersungkur' atau `tertiarap', itu adalah gelaran yang terbaik buat Tun. Apa pula kena mengena gelaran tersebut dengan pemilihan pemimpin di dalam PKR? Jika YB Azmin tidak menyebut darihal Tun Mahathir pun, semua orang tahu bahawa Tun Mahathir adalah seorang manusia yang suka menjahanamkan bangsanya sendiri. Umno rosak pun akibat tangan Tun Mahathir. Sejak awal lagi iaitu semasa pertandingan merebut jawatan Presiden Umno di antara Tun Mahathir dengan Ku Li, Umno teruk berpecah sehingga diharamkan. Tun Mahathir `cipta' Umno baru selepas itu dan wujud pula Parti Melayu Semangat 46. Melayu berpecah ketika Tun berkuasa. Tidak serik dengan itu, Tun Mahathir memecahkan lagi orang-orang Melayu apabila DS Anwar dipecatnya angkara fitnah liwat. Perpecahan orang-orang Melayu kali ini lebih hebat lagi dan terbentuk pula Parti Keadilan Rakyat sehingga sekarang. Itu belum dikira bagaimana Tun menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu. Dalam aspek agama, usah dikira betapa Tun amat anti kepada PAS yang mahu perundangan Islam ditegakkan. Hukum menyimpan janggut yang menjadi `Sunnah' itu pun Tun boleh hinakan, apatah lagi yang wajib. Jadi pada saya, gelaran yang diberi oleh YB Azmin itu tersangatlah penuh dengan budi bahasa jika dibandingkan dengan kerosakan yang telah dilakukan oleh Tun. Bukan kita tidak pernah dengar ada Menteri Umno yang menggelar Tun `nyanyuk'? Mengapa Presiden Majlis Belia Malaysia ini membisu ketika itu? Perkataan `nyanyuk' dan `tersungkur', mana lebih biadap? Oleh yang demikian, suka kita ingatkan kepada Majlis Belia Felda ini agar lebih menumpukan kepada masalah-masalah warga Felda. Mereka perlu tahu ke mana `ghaib'nya wang-wang Felda. Mereka mesti mendalami keluhan warga-warga Felda yang semakin susah sekarang walaupun baru sahaja mendapat duit raya tiga ratus lebih itu. Jangan sibuk pasal politik jika tidak tahu bagaimana orang politik `berperang'./wfauzdin.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

SHAH ALAM, 5 Okt: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor walaupun sebelumnya ramai yakin beliau akan kalah.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan