Sabtu, 2 Oktober 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


FITNAH UNTUK LAGAKAN AZMIN DAN KHALID PASTI GAGAL

Posted: 02 Oct 2010 11:00 PM PDT

Khalid Ibrahim Tidak Mudah Diperdayakan


Oleh Mohd Sayuti Omar

SAYA sungguh seronok mendengar jawaban balas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim terhadap sesiapa saja mengkritik beliau atau cuba melaga-lagakan beliau dengan seseorang. Sekali lihat cara berpolitik Khalid macam orang bodoh, tetapi sebenarnya itulah sikap ataupun tindakan politik yang bijak.

Khalid seorang yang tenang dan seperti dungu tidak mudah melatah dan mempercayai cerita-cerita orang. Hatta jerat yang dipsang di depan rumahnya boleh lupa begitu saja. Kerana sikap lembu kenyang itulah menyebabkan Khalid terselamat dari beberapa percubaan untuk menghuruhara kerajaanya.

Bayangkan bagaimana beliau tenang dan senyum saja menerima 'pemecatan' beliau sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Selangor yang diganti dengan Mohamad Azmin Ali. Tidak ada apa-apa protes terhadap perubahan itu walaupun ia dibuat menjelang pemilihan kepimpinan PKR. Tidak ada rajuk atau pun kekeduhan hati yang ditunjukkan pada umum. Mungkin hatinya terguris tetapi Khalid tidak pernah mempamerkan kepada ahli parti. Itulah orang yang cerdik dan bijak.

Kalau berlaku ke atas orang lain, tentu menjadi masalah. Mungkin PKR Selangor sudah dilanda ribut taufan.

Apa katanya mengenai pertukaran jawatan itu. Dia menyifatkan pertukaran itu sebagai biasa dan wajar dalam politik. Dengan pertukaran itu membolehkan beliau menumpukan kepada mentadbir negeri manakala Azmin pula menyusun PKR. Tidak ada sedikpun nampak yang beliau gusar. Keikhlasan Khalid menerima pertukaran itu menyebabkan sesiapa yang niat hendak ambil kesempatan melagakan dia dengan Azmin tidak menjadi.

Yang kecewa orang yang ada agenda cuba menimbulkan ketegangan itu tetapi bukan Khalid dan Azmin.

Begitu juga pendedahan terbaru oleh bekas ahli MPT PKR kononnya ada perbualan telefon seseorang dengan seseorang yang lain mengenai rancangan nak jatuh Khalid Ibrahim. Rancangan itu dikaitkan dengan Azmin Ali. Khalid biasa saja mengulas pendedahan bekas ahli MPT itu. Kata Khalid dia tidak percaya kepada pendedahan itu. Tamat cerita!

Bila Khalid tidak percaya maka terngangalah orang yang mendedahkan rahsia itu. Harapanya untuk melihat Khalid menjadi kerbau dan Azmin menjadi lembu dan berlaga dalam gelanggang sampai robek kandang tidak menjadi. Mungkin mereka yang mendedahkan itu untuk melihat keduanya bergaduh. Bila Azmin dan Khalid bergaduh ibarat kata berkecailah PKR Selangor.

Apa yang diharapkan bila PKR Selangor berkecai dan bergolok maka senanglah untuk Umno masuk jarum dan merampas balik negeri Selangor. Itu tujuannya. Ertinya mereka yang mendedahkan itu kononnya atas nama untuk tegak demokrasi dalam PKR sebenarnya membawa agenda musuh bagi meruntuh PKR. Jika diperhatikan orang yang mendedah perkara itu ada hubung kait dengan bekas orang kuat PKR maka jelas ia bekerja untuk kepentingan Umno. Bukan itu itu namanya pengkhianatan?

Azmin dan terutamanya Khalid dapat membaca kilau dalam kilat ini. Tanpa disedri segala macam kerenah dan rancangan itu menyerlahkan kecanggihan Khalid sebagai MB. Orang seperti Khalidlah layak menajdi MB dalam keadaan partinya senantiasa dihimpit dan dikekang oleh musuh. Beliau tidak gelabah, tidak mudah percaya kepada ocahan musuh dan bersikap menganlisa sedalamnya apa yang berlaku.

Kepada mereka yang ada agenda busuk terhadap PKR Selangor insaf dan jika anda benar-benar ingin tegakkan demokrasi dalam parti itu cuba tegakan dulu keadilan dalam dri sendiri. Tiliklah kepada diri sendiri sebelum hendak menunding jari mengatakan orang lain buruk dan busuk.

Janganlah mereka-reka cerita yang bukan-bukan. Sikap dan perangai yang ada kepada Khalid usahkan cerita bohong kalau cerita benar yang tidak memberi faedah pun akan dibuang begitu saja./msomelayu.blogspot

Mat Sabu cabar Putrajaya dedah jumlah kutipan ‘cukai dosa’

Posted: 02 Oct 2010 09:00 PM PDT

Oleh Muaz Mustaqim

Pemimpin PAS mencabar kerajaan pusat mendedahkan kepada umum jumlah kutipan wang cukai dosa sejak memerintah negara sepanjang lima dekad lalu ekoran tindakan Umno Pulau Pinang mempertikaikan 'kesucian' wang ihsan RM100. Demikian dinyatakan oleh ahli jawatankuasa kerja pusat PAS Mohamad Sabu dalam ceramah isu semasa di Markas PAS, Pongsu Seribu di sini malam tadi berkata, kerajaan wajib berbuat demikian.

Menurut beliau lagi, kerajaan wajib mendedahkan kepada rakyat negara ini supaya perbezaan antara wang dari cukai dosa seperti pungutan dari sumber judi, arak, cukai rumah urut da pusat hiburan dapat diketahui."Tolong hebahkan melalui media massa termasuk media milik BN bahawa sehingga tahun 2010 berapa pungutan dari Toto, Magnum, Kelab Lumba Kuda, Carlsberg serta rumah-rumah urut yang bertaburan dalam negara telah mereka kutip."Ke manakah hasilnya jika bukan disatukan sebagai dana disatukan."Dari hasil penyatuan inilah gaji kepada kakitangan awam turut dimanfaatkan."Oleh kerana itu, sepatutnya Umno dan BN jangan memainkan isu sumber judi yang boleh memudaratkan mereka sendiri," katanya lagi.

Mohamad juga menyelar tindakan Umno Pulau Pinang yang menimbulkan isu sumber judi di Pulau Pinang bagi membuktikan kepada rakyat kononnya kerajaan negeri tidak layak untuk memerintah."Umno di Pulau Pinang sepatutnya sedar, kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan apa-apa lesen judi."Kerajaan pusat yang mereka pimpinlah yang telah meluluskan lesen judi kepada Sports Toto, Magnum Corporation, Genting Berhad, agensi empat nombor ekor serta kilang-kilang yang mengeluarkan arak, pusat penjualan arak dan sebagainya," katanya.

Mohamad berkata, seandainya isu ini terus dipermainkan oleh Umno dan BN, beliau yakin ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada kerajaan Pakatan Rakyat (PR), sebaliknya "tamparan seperti meludah ke langit akan mengenai batang hidung mereka sendiri."Katanya lagi, tiada perbezaan antara wang 'sin tax' yang dipungut oleh kerajaan pusat yang disatukan dengan pendapatan yang diterima oleh mana-mana kerajaan negeri sekiranya ia tidak diasingkan."Dalam konteks kerajaan negeri Pulau Pinang, mereka telah menyatakan terdapat lebihan dari peruntukan sebanyak RM20 juta bagi program penghargaan warga emas."Hanya RM10.7 juta yang telah digunakan. Lebihan sebanyak RM9.3 juta lagi masih ada hasil dari sistem cekap, akauntabiliti dan telus yang dilaksanakan," tegas beliau.

Tambah Mohamad, usaha yang diambil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN kerusi Penaga, Datuk Azhar Ibrahim baru-baru ini supaya warga emas memulangkan wang penghargaan sebanyak RM100 yang diterima daripada kerajaan negeri juga tidak akan berjaya mempengaruhi majoriti masyarakat Melayu.Beliau juga tidak menafikan kemungkinan sebilangan warga emas yang telah dibawa ke Pusat Khidmat ADUN Penaga dalam program mengembalikan wang tersebut adalah warga emas yang tidak mendaftar dengan kerajaan negeri atau pun telah diperdayakan bagi retorik politik Umno dan BN.Baru-baru ini isu wang dari sumber judi yang dislaurkan kepada warga emas dan program miskin tegar telah ditimbulkan oleh Umno Pulau Pinang.

Ketua Pemuda Umno Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Marican Naina Marican telah meminta Ketua Menteri menjelaskan dakwaan yang telah dibuat oleh sebuah blog.Ketua Menteri turut menafikan dakwaan yang disifatkan sebagai fitnah dan bohong oleh Umno dan BN di Pulau Pinang bagi meraih sokongan masyarakat terhadap mereka.Ketua Menteri Lim Guan Eng sekali lagi menafikan dakwaan terbaru Reezal bahawa kerajaan negeri menggunakan sumber yang haram bagi program miskin tegar pula.Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malik Abul Kassim juga telah menegaskan dakwaan bahawa wang dari Kelab Lumba Kuda sebanyak RM500,000 digunakan bagi program miskin tegar termasuk masyarakat Islam adalah satu pembohongan.

Sekretariat Pemuda PR sekali lagi telah mengeluarkan kenyataan supaya kesemua 11 ADUN Umno di Pulau Pinang mengembalikan gaji dan elaun yang mereka terima sebelum ini sekiranya mendakwa sumber yang mereka terima itu adalah dari punca yang haram./Detikdaily

MUDAH-MUDAHAN ALLAH TIDAK MENJADIKAN `TOK GURU' INI `GILO'

Posted: 02 Oct 2010 06:00 PM PDT


Dr Azman Ibrahim


Seumur hidup saya tidak pernah menghadiri sebarang program ceramah Umno dan tidak pernah berminat untuk curi-curi dengar 'kelentong' penceramah-penceramah upahan mereka. Tapi semalam ketika dalam perjalanan pulang dari menyampaikan kuliah Maghrib dan menziarahi kematian di Jabi, hati saya tergerak untuk berhenti seketika di hadapan Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh, lokasi ceramah Umno yang kalau mengikut poster yang tersebar bertajuk 'DAP Anti Islam'. Entah apa relevannya tajuk ini sedangkan Besut yang menjadi lokasi ceramah ini tidak mempunyai walaupun setengah cawangan DAP.

Tambahan pula Najib sendiri menawarkan diri kepada Obama untuk mengatasi masalah Islamophobia, tiba-tiba Idris Jusoh menganjurkan ceramah untuk mengapi-apikan sentimen agama dan menyemai kebencian kepada penganut agama lain. Penceramahnya: Idris Jusoh, Alwi Che Ahmad dan seorang yang bernama Abdullah Sa'amah. Saya tidak mengenalinya walaupun dikatakan dia Tok Guru Pondok Genting, Tumpat. Pernah terlihat nama dan gambarnya bersama-sama pemimpin-pemimpin Umno di poster-poster ceramah anjuran Umno Kelantan tetapi saya tidak begitu ambil pusing. That's not my business. Ketika saya tiba 'Tok Guru' ini sedang berceramah.

Entah berapa 'upah' yang diterimanya malam tadi (1 Oktober) sehingga begitu bersemangat sekali 'Tok Guru' ini berceramah diiringi paluan gendang oleh budak-budak Umno (saya tak pasti pemuda atau putera Umno yang berbaju lambang dacing memenuhi satu kanopi sebagai pasukan sorak dan gendang). Di atas pentas kelihatan beberapa pemimpin Umno tempatan tersenyum kelat dan tertawa, entah kerana lucu atau mentertawakan hujah-hujah dangkal penceramah upahan ini. Trade mark kepada penceramah ini adalah perkataan 'gilo' (gila). Tak kurang dari 30 kali perkataan 'gilo' diulanginya untuk mengutuk PAS dan PKR. "Baso gilo", "puak-puak gilo", "jenis gilo", "orang gilo", "Nik Aziz gilo", "gilo nok jadi PM", "menate gilo", "kena masuk hospital gilo", "penyakit gilo", "pemimpin gilo" dan macam-macam lagi jenis 'gilo' yang diulang-ulang sebut. Sehingga saya mari terfikir, gilakah 'Tok Guru' ni?

Rupanya benar sebagaimana pernah dikhabarkan seorang sahabat dari Dewan Pemuda PAS Kelantan bahawa 'Tok Guru' ini pernah 'berfatwa' dalam satu ceramahnya di atas pentas Umno di Tumpat. "Tuan-tuan sokonglah Umno. Ambo beri jaminan siapa yang sokong Umno, dia akan selamat dunia akhirat." Begitulah taksubnya 'Tok Guru' ini dengan Umno. Semalam dia kata "kita kena lawan puak-puak gilo ni (PAS dan PKR). Melawan puak gilo ni adalah jihad di jalan Allah. Nik Aziz kalu tak pandai memerintah, turun! Kalu tak dak ore nak ganti, biar ambo ganti. Ni Tok Guru Haji Loh, Tok Guru hok Sengoti," ujarnya angkuh. Sekali lagi terdetik di hati saya, gilakah 'Tok Guru' ni?

Malangnya Umno, kerana terpaksa mempergunakan khidmat manusia sebegini untuk meraih sokongan. Saya cuba meneliti kalau-kalau ada hujah beralaskan fakta yang dikemukakan, tapi ternyata sekadar tin kosong, yang menggambarkan butanya penceramah ini dengan fakta sebenar atau dia sengaja membutakan mata demi RM yang mengalir ke dalam poketnya. Intipati ceramahnya cuba untuk menggambarkan khianatnya PAS dan PKR bersekongkol dengan DAP untuk menghakis hak orang Melayu Islam di Negara ini. "Puak-puak ni memang gilo, beri tanah kepada orang Cina, bantuan kepada Sekolah Cina. Sekolah Melayu bakpo tak bantu. Kita nak kata apa lagi kalu bukan kerja gilo." Seranah 'Tok Guru' ni lagi disambut paluan gendang dan tepukan hadirin.

Mungkin tak sampai maklumat kepada dia, Umnolah yang bertanggungjawab menghentikan bantuan kepada sekolah agama rakyat (SAR). Kerajaan Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab memberikan semula bantuan kepada SAR termasuklah Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng yang dikatakan kerajaan kafir harbi. Masih saya ingat, Saudara Misbah, bekas Setiausaha Politik MB Perak memaklumkan bahawa Datuk Ngeh Kho Ham, Pengerusi DAP Perak telah mencadangkan di dalam satu mesyuarat Exco supaya diluluskan pemberian tanah 100 ekar kepada Pondok Pok Teh, Pengkalan Hulu supaya boleh diusahakan dan menjadi sumber ekonomi kepada pusat pengajian Islam ini. Sedangkan Allahyarham Pok Teh, Tok Guru Pondok ini yang telah kembali ke rahmatullah beberapa hari lepas telah belasan tahun memohon tanah tersebut dari kerajaan Umno tetapi tidak dilayan, padahal Pok Teh adalah ahli Majlis Fatwa Negeri Perak. Di samping kerajaan PR Perak telah memberikan hak milik Tanah kepada orang Cina, penduduk Kampung Baru yang dah hampir 2 generasi tinggal di situ tanpa dapat hak milik, Kerajaan PR Perak juga telah mengurniakan hak milik tanah kepada orang Melayu di Kampung Tersusun dengan jumlah yang jauh lebih banyak berbanding kepada orang Cina.

Buku Sejarah Melayu Tingkatan Lima dibawanya dan ditunjukkan kepada hadirin, "inilah dia rujukan Perlembagaan Malaysia yang telah dipertahankan oleh Umno puluhan tahun tapi dirosakkan oleh DAP, PAS dan PKR." Disambut dengan tepukan dan paluan gendang pemuda Umno. Saya sekadar ketawa di dalam hati. Kenapa Idris Jusoh tak bekalkan dia buku Perlembagaan yang sebenar walaupun sekadar untuk ditunjukkan kepada hadirin sebab kalau baca pun belum tentu dia boleh faham.

"Pemimpin Umno adalah Hang Tuah yang mempertahankan orang Melayu, DAP ni kafir harbi yang menentang Negara Islam. Pemimpin DAP kata, nak tubuh Negara Islam, langkah mayat dia dulu! Gilonya pemimpin PAS sehingga baca doa untuk orang kafir harbi dalam khutbah Jumaat. Memang gilo sungguh!" ujarnya, mungkin merujuk kes doa untuk YAB Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat di Pulau Pinang yang dah diperjelaskan secara panjang lebar, bagaimana hukum berdoa untuk orang bukan Islam dan dah lama selesai.

Saya tidak berminat untuk mengulanginya lagi. "Kalu kita lok (biar) negara kita kepada puak-puak gilo ni, jawabnya orang Melayu akan jadi serupa Melayu Singapura. Hilang dari muka bumi." Akhir sekali dia 'berwasiat'. "Kita kena beri sokongan padu kepada Datuk Seri Idris, Datuk Abdullah Mohd Zain dan pastikan puak-puak gilo ni tak dapat walaupun satu undi dalam pilihanraya akan datang."

Astaghfirullah, begini sekali rendahnya akhlak dan peribadi 'Tok Guru' ni dan butanya dia dengan maklumat semasa. Nak banding dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz yang dikatakannya 'gilo', jauh bumi dengan langit.

Moralnya, hinanya manusia yang menjadi penjilat kebatilan./Harakahdaily

ISU MASUK MADRASAH - SOALAN PERANGKAP BUAT NIE CHING

Posted: 02 Oct 2010 01:00 PM PDT

Nie Ching: Polis Pasang Soalan Perangkap

KAJANG 2 OKT: Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang disiasat berhubung isu memasuki ruang dalam surau Al-Huda di sini, baru-baru ini, mengesyaki polis cuba memerangkapnya melalui soalan yang tiada kaitan dengan kejadian itu.

Beliau berkata, kebanyakan soalan tertumpu kepada kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah dalam portal berita yang meminta Majlis Agama Islam Selangor (Mais) membuat siasatan sebelum mengambil tindakan terhadap jawatankuasa surau.

"Yang menghairankan ialah polis tidak bertanyakan insiden yang berlaku tetapi lebih menekan soal kenyataan Ean Yong," katanya pada sidang media selepas memberi kenyataan di balai polis Kajang di sini, pagi ini.

Nie Ching dan Ean Yong ditemani Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng bagi memberi nasihat perundangan dan sokongan moral.

Sebelum ini, isu Nie Ching memasuki ruang solat sebuah surau di sini, digembar-gembur media arus perdana tetapi tidak pula menerbitkan berita mengenai tindakan sama yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan.

Nie Ching berkata, polis juga bertanyakan soalan berkaitan pandangan beliau terhadap titah Sultan Selangor untuk menggantung pengurusan surau berkenaan.

"Bagaimana saya patut menjawab soalan itu? Kalau setuju, itu menunjukkan saya tidak prihatin terhadap kebajikan masyarakat, sebaliknya jika tidak bersetuju, ia seolah-olah saya menderhaka kerana membangkang titah baginda," katanya.

Beliau berkata, ASP Badrul, pegawai yang mengambil keterangannya bertanya sama ada beliau menyedari tindakannya memasuki surau, membawa ketidakharmonian dalam masyarakat dan menimbulkan rasa tidak puas hati umat Islam.

"Polis tidak sepatutnya bertanyakan soalan yang seakan-akan menekan saya untuk menerima dakwaan berkenaan," katanya yang kesal kerana Badrul enggan menyatakan kes itu disiasat mengikut seksyen atau akta apa?

"Jawapan yang saya terima hanyalah 'bagi membantu siasatan'," kata beliau yang tidak berpuas hati terhadap tindakan polis.

Ean Yong pula menyatakan terdapat dua anggota Cawangan Khas (SB) turut bersama hadir semasa keterangannya, diambil.

"Sebelum saya beberapa kali memberi keterangan kepada polis tetapi ini kali pertama dua anggota SB turut serta. Saya berasa sangsi terhadap tujuan sebenar kehadiran mereka," katanya./TVSelangor

PEMILIHAN PKR - AZMIN MENGHAMPIRI 100 PENCALONAN

Posted: 02 Oct 2010 12:00 PM PDT

Timbalan: Azmin 93, Zaid 35, Mus 17, Tian 5, Khalid 4
Abdul Rahim Sabri
Okt 2, 10

11.30pm Naib presiden Azmin Ali mendapat pencalonan ke-93 dari cabang PKR Kelana Jaya malam ini bagi jawatan timbalan presiden.

Cabang tersebut mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.

Bagi jawatan naib presiden pula Kelana Jaya mencalonkan exco kerajaan Selangor Dr Xavier, ketua PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan pengarah strategik PKR, Tian Chua

Di peringkat Cabang pula, regu Syed Shahir Syed Mohamud; ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Kesminder Singh masing-masing memenangi jawatan ketua, timbalan dan naib ketua.

8.07pm Naib presiden Azmin Ali mendapat pencalonan ke-92 dari cabang PKR Johor Bahru bagi jawatan timbalan presiden.

Cabang tersebut mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.

7.50pm Ketua PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub pula mendapat pencalonan ke-17 dari cabang Sabak Bernam, Selangor bagi jawatan timbalan presiden.

Cabang tersebut mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.

Baginaib presiden pula, Sabak Bernam mencalonkan ketua cabang PKR Tuaran, Ansari Abdullah; ahli parlimen Petalng Jaya Selatan, Hee Loy Sian; pengerusi tetap AMK, Yahaya Shari dan ketua cabang Sabak Bernam, Dr Badrul Amin Baharon.

6.00pm Pengarah strategik PKR,Tian Chua mendapat pencalonan kelima dari cabang Pulai, Johor bagi jawatan timbalan presiden.

Cabang tersebut mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.

Calon naib presiden pula terdiri daripada ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; ahli parlimen Subang, R Sivarasa; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; dan ahli parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye.

5.50pm Ketua PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim mendapat satu lagi pencalonan ke-35 dari cabang Hulu Selangor bagi jawatan timbalan presiden.

Cabang tersebut mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.

Calon naib presiden pula terdiri daripada ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; ahli parlimen Subang, R Sivarasa; ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, dan ahli parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye.

Laporan awal: Naib presiden Azmin Ali dan ketua PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim masing-masing menambah satu lagi pencalonan hari ini bagi bertanding jawatan timbalan presiden November ini.

Dengan itu, Azmin mendapat 91 pencalonan - terbaru dari cabang Puchong - yang bermesyuarat hari ini.

Manakala Zaid pula mendapat tambahan pencalonan dari cabang Bandar Kuching. Beliau kini mendapat 34 undi.

Sejumlah 36 lagi cabang PKR bermesyuarat hari ini dan esok - iaitu minggu terakhir pemilihan peringkat cabang dan pencalonan jawatan tertinggi pusat.

Seorang lagi calon, ketua PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub, kekal dengan 16 pencalonan, manakala ahli parlimen Batu Tian Chua dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masing-masing mendapat empat pencalonan.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ahmad mendapat dua pencalonan, manakala ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh dan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar masing-masing dengan satu pencalonan.

Puchong juga mencalonkan Dr Wan Azizah mengekalkan jawatan presiden.

Bagi naib presiden pula, cabang itu mencalonkan Nurul Izzah; ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan; pengerusi tetap AMK,Yahaya Shaari dan seorang pemimpin PKR cabang itu, Suresh Kumar./Malaysiakini

TAHNIAH, US BADRUL AMIN KEKALKAN JAWATAN DAN DICALONKAN NAIB PRESIDEN

Posted: 02 Oct 2010 11:30 AM PDT

Badrul Amin pertahan jawatan di Sabak Bernam
Okt 2, 10

Pengarah penerangan kerajaan Selangor, Dr Badrul Amin Baharon berjaya mempertahankan jawatannya sebagai ketua cabang PKR Sabak Bernam.

Dalam pemilihan hari ini, beliau berdepan dengan dua lagi pencabarnya - Abdul Kadir Abdul Rasyid dan Abdul Aziz Idris.

Dr Badrul memperolehi 290 undi manakala Abdul Kadir mendapat 220 undi dan Abdul Aziz pula 160 undi.

Sementara itu, bagi pencalonan peringkat pusat pula, Sabak Bernam mencalonan ketua PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub bagi jawatan timbalan presiden.

Cabang tersebut mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.

Baginaib presiden pula, Sabak Bernam mencalonkan ketua cabang PKR Tuaran, Ansari Abdullah; ahli parlimen Petalng Jaya Selatan, Hee Loy Sian; pengerusi tetap AMK, Yahaya Shari dan Dr Badrul sendiri./Malaysiakini

PEMILIHAN AMK - CHEGU BARD MANTAP !!

Posted: 02 Oct 2010 10:42 AM PDT

Pemilihan PKR 2010: Ahli Majlis Pimpinan Pusat,
Chegubard Mendahului Pencalonan Ketua AMK

KUALA LUMPUR, 2 Okt [9.35 pm] - Pertandingan bagi jawatan tertinggi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat terkini menyaksikan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Badrul Hisham Shaharin (foto) mendahului pencalonan setakat ini. Beliau mendapat 35 pencalonan sementara penyandang jawatan itu Shamsul Iskandar Md Akin mengikutinya dengan 29 pencalonan.

Sementara itu, Rafizi Ramli setakat ini hanya mendapat 8 pencalonan sahaja. Bagi jawatan Timbalan Ketua AMK pula , Ketua AMK Selangor Khairul Annuar Ahmad Zainuddin mendahului dengan 43 pencalonan. Sementara itu ADUN Teja, Chang Lih Kang yang mendapat 20 pencalonan dan Naib Ketua AMK Amiruddin Shari mendapat lapan pencalonan dan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad hanya satu pencalonan setakat ini. Keputusan terkini adalah berdasarkan mesyuarat bagi 72 cabang AMK yang telah disahkan./PahangDaily

Tiada ulasan: