Sabtu, 2 Oktober 2010

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


BANYAK RASUAH PUNCA PELABUR MENJAUHKAN DIRI

Posted: 02 Oct 2010 07:42 PM PDT


Pelabur risau datang kerana rasuah
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 3 Okt: PAS memandang serius apabila Tan Sri Azman Hashim menyebut kos tinggi rasuah adalah penyumbang kepada sebab pelabur risau datang ke negara ini.

"Jika selama ini pihak pemimpin Umno BN hanya menganggap adalah fitnah pembangkang semata-mata, sekarang kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang peniaga yang terkenal di negara ini adalah bukti mengapa keadaan ekonomi negara kita dipandang serong oleh pelabur," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, katanya PAS mengucapkan tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang telah berusaha untuk menunjukkan prestasi yang baik dengan memerangi rasuah dan salah urus tadbir di negara ini.

"Maka tidak hairan kepada kita pelabur begitu yakin untuk datang walaupun berlainan ideologi dengan kerajaan Pusat," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Pelabur, katanya tidak kira apa pegangan ideologi kepada sebuah kerajaan, asalkan iklim pelaburan yang aman daripada rasuah.

Menurutnya, masalah rasuah jika tidak diatasi segera ia akan menjadi barah kepada ekonomi negara ini.

Maka sebab itulah, katanya rakyat mesti memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah peringkat Pusat, berdasarkan pencapaian cemerlang dan berjaya meyakinkan pelabur kerana tidak ada rasuah dan tumbuk rusuk.

Beliau menambah, PAS juga bersetuju dengan kenyataan Azman supaya menghentikan mempolitik bangsa dan agama kerana ia menimbulkan kegelisahan di kalangan pelabur.

Azman selaku Pengerusi Yayasan Kepimpinan Perdana pada Forum CEO yang dianjurkan oleh yayasan itu menarik minat 400 peserta dari industri berkenaan.

Selain mempolitikkan bangsa dan agama, Azman berkata cabaran kritikal terhadap Wawasan 2020 adalah penguasaan bahasa Inggeris yang lemah akibat "polisi yang kerap-kali ditukar" dan "kos tinggi rasuah".

Idris berkata, PAS sebagai sebuah parti yang mendahulukan keamanan dan kedamaian mengesa semua pihak untuk mengambil nasihat yang dikemukakan oleh tokoh veteran bank di negara ini supaya negara ini berada di atas landasan yang baik.

"Usahlah bermain dengan politik perkauman, yang dianggap tidak sesuai lagi," katanya.

PAS, tegasnya tetap memperjuangkan konsep yang universal seperti yang diajar oleh ajaran Islam tanpa perlu adanya diskriminasi dengan membantu mereka yang wajib dibantu walaupun berlainan bangsa, ideologi dan agama.

"Inilah politik keharmonian yang dipraktikkan oleh PAS," ujarnya lagi.

Begitu juga, tambahnya dengan kelemahan penguasaan bahasa Inggeris yang berpunca daripada dasar yang berubah-ubah dan kegagalan kerajaan BN yang mengatur dengan baik.

Menurutnya, apabila dasar yang dibuat lebih kepada untuk memenuhi tembolok kroni akhirnya wang rakyat hangus hampir RM5 bilion apabila pelaksanaan mengajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris gagal.

"Inilah akibat hanya mendengar pemimpin Umno yang zero IQ dari segi pendidikan tanpa mengambil kiran bantahan daripada tokoh pendidikan di negara ini," ujarnya.


Pemilihan PKR: Anwar kecam Zaid guna media Umno

Posted: 02 Oct 2010 06:52 PM PDT


October 03, 2010
LONDON, 3 Okt — Dilihat sebagai serangan ke atas bakal calon jawatan timbalan presiden PKR Datuk Zaid Ibrahim, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memberi amaran kepada calon-calon bertanding agar tidak sama sekali menggunakan media milik Umno, yang dilihat sebagai 'musuh' Pakatan Rakyat.

"Calon-calon (yang bertanding) seharusnya berwaspada agar tidak dieksploitasi oleh media Umno untuk menyerang polisi-polisi dan pemimpin-pemimpin kita.

"Jangan benarkan parti (PKR) digunakan oleh media Umno dan propaganda (mereka)," kata pemimpin ini pada satu majlis di sini hari ini.

Anwar yang juga Ketua Umum PR mengingatkan ratusan rakyat Malaysia di sini bahawa PKR berjuang untuk melakukan reformasi dan tidak memerlukan "media Umno atau duit."

Beberapa pemimpin parti mengecam Zaid, bekas menteri undang-undang, ekoran dakwaan beliau bahawa tawarannya untuk bertanding kerusi nombor dua dihalang dan membayangkan ia kemungkinan arahan penyokong-penyokong Naib Presiden Azmin Ali yang turut bertanding kerusi nombor dua parti.

Zaid, anggota Majlis Pimpinan Pusat dan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan ditemu bual oleh Mingguan Malaysia Ahad lalu dengan tajuk "Jangan halang saya bertanding".

Pelbagai pihak dalam PKR membidas tindakan itu dengan ada yang menyindir beliau yang dipecat Umno hujung tahun 2008 dan menyertai PKR pertengahan 2009 sebagai 'ejen Umno'.

"Saya sebenarnya tidak tahu secara sahih, ia hanya percakapan orang. Setakat ini tidak ada orang menyokong saya secara terbuka.

"Saya juga tidak tahu sama ada Azmin disokong oleh Anwar secara terbuka.

"Pada saya perkara ini tidak begitu penting sangat kerana dalam politik sokongan yang nampak jelas pun tipu juga, yang tidak cakap apa-apa pun sokong kita. Saya tidak terlalu bimbang dari segi wayang atau permainan ini kerana yang lebih penting ahli- ahli faham apa isu di dalam pemilihan ini," kata Zaid dalam wawancara itu.

Ini kali kedua Anwar mengecam Zaid secara tidak langsung berhubung pendirian beliau tentang perjalanan pemilihan parti.

Sebelum ini Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan bekas timbalan presiden Umno, menolak dakwaan Zaid bahawa "budaya Umno" mula wujud dalam parti dan memberi amaran kepada ahli-ahli PKR tentang kemungkinan munculnya "kuda-kuda Trojan" dalam parti.

Ketua Pembangkang itu juga mengingatkan calon-calon agar menghormati proses pemilihan yang menggunakan sistem langsung dan biarkan ahli-ahli memutuskan dengan mendengar sendiri kepada calon tanpa memudaratkan komitmen parti dalam melakukan pembaharuan.

Kata Anwar, tindakan meluahkan rungutan dalam media ketika pemilihan parti seolah-olah mengikut rentak agenda Barisan Nasional (BN) untuk membangkitkan masalah dalaman PKR dan menjauhkan diri daripada isu lebih besar seperti rasuah.

"Kesemua pemimpin adalah penting, tetapi sesetengah akan menang dan sesetengah yang lain akan kalah," kata Anwar sambil menegaskan, mereka yang menang tidak harus menggondol semua manakala yang kalah tidak wajar mengetepikan agenda besar PKR mahu membawa pembaharuan.

Kerusi timbalan presiden bakal ditanding Azmin, Zaid dan seorang lagi naib presiden Mustaffa Kamil Ayub.

Bagaimanapun ada dua lagi nama yang turut layak untuk bertanding kerusi itu iaitu Menteri Besar Selangor Tan Khalid Ibrahim dan Pengarah Strategi PKR Tian Chua.

PKR meminda perlembagaannya tahun lalu untuk mengadakan pemilihan parti menggunakan sistem satu ahli satu undi.

Kira-kira 400,000 ahli akan mengundi untuk memilih kepimpinan pusat mulai hujung bulan ini selama tiga minggu sebelum kongres khas parti hujung bulan depan.

Mesyuarat agung tahunan cabang dan pemilihan cabang yang menyaksikan proses pencalonan berakhir hari ini dengan tujuh cabang ditangguhkan ekoran kekecohan minggu lalu.

AWANG LIKU LAHIRKAN KEBIMBANGAN KEKALAHAN BN SARAWAK

Posted: 02 Oct 2010 06:44 PM PDT

AWANG LIKU YANG SELALU MENULIS DALAM UTUSAN MULA MELAHIRKAN RASA BIMBANGNYA DENGAN KEADAAN DI SARAWAK. MAKLUMLAH KALAU KALAH WANG AKAN MENULIS SEBULAN SEKALI DALAM AKHBAR UTUSAN MELOYA,PERMIT MUNGKIN UNTUK SEBULAN SEKALI ATAU SEMINGU SEKALI KERANA AKHBAR BERBAHASA MELAYU INI ADALAH PERKAUMAN

Risiko BN Sarawak?

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga dilihat sudah terlalu lama menerajui negeri itu dan sentimen agar beliau berundur turut kedengaran.

Ketika sebahagian merasakan beliau wajar mengumumkan persaraannya sebelum PRU13, Awang mengambil pendirian terbuka. Jika beliau mahu bersara dengan sendirinya, itu lebih baik. Bagaimanapun jika beliau keberatan atas banyak perkiraan termasuk politik, itu juga harus difahami. Bukan semua perkara dan percaturan boleh didedahkan menerusi media.

Sentimen dan realiti adalah berbeza. Kes Samy Vellu tidak sama dengan Taib. Pada Awang, Taib telah membuktikan kejayaannya membawa BN Sarawak menang besar dalam PRU12. Keputusan itu menyumbang kepada kemenangan signifikan BN seluruh negara di sebalik beberapa negeri di Semenanjung dilanda tsunami politik.

Lagipun Awang tidak melihat tokoh lain yang boleh menggantikan beliau sekarang. Politik di negeri itu cukup kompleks, tidak seperti di Semenanjung. Risiko perpecahan cukup besar memandangkan banyak tokoh di negeri itu bersaing mahu merebut tampuk kepimpinan. Apakah ada jaminan BN terus kuat jika Taib berundur sebelum PRU13, yang Awang sebenarnya ragu. Seeloknya biarlah beliau mengetuai BN dalam pilihan raya negeri nanti dan dalam pada itu menyediakan pelan peralihan.

Sama ada suka atau tidak, Taib mempunyai pengaruh besar. Sokongan rakyat terhadap beliau masih kukuh walaupun mungkin tidak sekuat dulu. Dalam Awang mahu melihat perubahan kepimpinan, Awang juga tidak mahu sampai BN hilang kekuatan - simpanan tetapnya - di negeri itu.

Ketika kedudukan BN pada PRU13 digambarkan kritikal oleh banyak pihak, apakah parti itu sedia mengambil risiko tanpa teraju Taib di Sarawak?

KATA -KATA YANG SELALUNYA MEMBODOHKAN MELAYU

Posted: 02 Oct 2010 04:50 PM PDT

KUALA LUMPUR 2 Okt. - Orang Melayu diingatkan bahawa kuasa politik yang diperoleh mereka menerusi pembentukan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah senjata paling tajam yang perlu dipertahankan supaya tidak terlepas ke tangan orang lain.... Berita


Sejak aku kecil lagi , aku tergiang-ngiang kata-kata bahawa Umno adalah kuasa Melayu. Bila aku dah besar aku tahu kuasa Umno adalah duit dengan mengenepikan Melayu.bangsa aku yang aku sendiri tidak tahu hak apa yang istimewanya jadi Melayu. Yang aku tahu jiran aku menjadi ketua Umno kaya kaya raya sehingakan ada tertanam di dalam kepala orang melayu bahawa nak jadi kaya, nak naik pangkat, kena jadi ahli Umno.

Maka ramai lah melayu yang mangkok hanyun yang naik pangkat menyokong Umno tanpa menegetahui bahawa kenaikan pangkat mereka adalah kerana kebolehan mereka sendiri.Bukan kerana Umno yang meletakkan mereka di situ dan bahawa sanya rezeki itu adalah di tentukan Tuhan dengan berusaha,maka yang naik pangkat tadi menindaslah yang menyokong pembangkang......


Tanpa Umno orang melayu tetap boleh hidup.PAS bukan sahaja membantu semua kaum , tetapi juga menjaga agama. Jika kita tidak serasi dengan PKR,atau DAP, PAS adalah jalan terbaik buat orang Melayu.Jadi jangan termakan kata-kata orang yang akan kehilangan kuasanya dengan melutut kepada orang melayu diketika susah.

PRESS STATEMENT 1 October 2010

Posted: 02 Oct 2010 01:00 AM PDT

PRESS STATEMENT

1 October 2010


Is Zaid being marginalised in PKR?


PKR vice-president Dr Lee Boon Chye's statement against fellow leader Datuk Zaid Ibrahim was played up by all the mainstream media today. The New Straits Times even used it as the main news today, all in an attempt to undermine our party and our efforts to Putrajaya.


What was the reason for Lee to issue such a statement in the first place? Was he trying to portray himself as PKR's champion with the statement or was he instructed by someone to continue the attacks on Zaid?


This is not the first 'anti-Zaid' statement that has come from the party leaders. Even the party's communications directors Nik Nazmi Nik Ahmad has opted to take sides in joining the attacks against Zaid Ibrahim, thus belittling his position which warrants that he remains neutral.


And then we had the deputy president Dr Syed Husin Ali joining the fray. After that vice-president R Sivarasa, Wanita Chief Zuraida Kamaruddin and party strategist Tian Chua have also continued with the attacks.


Strangely all these leaders spoke to the media about this. Why is Lee now criticising Zaid for giving interviews to the media?


It is quite clear that Zaid is being continuously marginalised in the party. The various incidents during PKR cabang elections around the country in the past two weeks will show that the 'anti-Zaid' sentiment is being put in place by someone high-up in the party.


The question is who is responsible for this? Judging by the statements coming out from our very own leaders, including the Ketua Umum who warned of Trojan horses in the party, I can only conclude that these people are all in one group – the group which wants Azmin to defeat Zaid for the deputy's post.


Am I wrong in making this assumption? Based on what's happening in the party, I don't think so. I am starting to believe the stories about the Azmin cartel now.


It will be a sad day for the party if we have to forget our aims and principles, all to ensure Azmin is given a free ride to the top post. I hope not to see that day. Let's allow PKR to remain free and independent.


N Gobalakrishnan

Tel: 016-537 3737


KOMPONEN BN DAH SIAP HADAPI PILIHANRAYA

Posted: 02 Oct 2010 12:53 AM PDT


Ahli MIC beri tumpuan PRU-13

02/10/2010 2:55pm

MELAKA 2 Okt. - Ahli dan pemimipin MIC diminta bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 bagi memastikan kejayaan parti itu dan mengenepikan isu-isu lain, kata Naib Presiden parti, Datuk Dr. S. Subramaniam.

Beliau berkata, yang mustahak adalah bagi semua ahli dan pemimpin memberi tumpuan pada pilihan raya umum akan datang untuk merebut semula kerusi yang MIC tewas pada pilihan raya umum lepas.

"Sekiranya pada pilihan raya umum akan datang, jika MIC tidak berjaya merebut kerusi yang kita hilang ataupun kalah pada pilihan raya umum 2008 maka ini akan menjadi masalah kepada kita (MIC)," katanya di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, keputusan Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu, 74, untuk meletakkan jawatan sebagai presiden pada Januari depan setelah 31 tahun memimpin parti itu, adalah berdasarkan keputusan beliau sendiri dan bukan atas desakan pihak lain sebagaimana yang didakwa.

"Ini satu kehilangan kepada parti kerana beliau (Samy) mempunyai pengalaman yang banyak dan telah berjaya menyatupadukan parti ini.

"Pada satu ketika, apa yang berlaku di MIC seperti apa yang berlaku di Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang, orang gaduh dan tumbuk (semasa mesyuarat)," katanya. - Bernama


Mat Sabu cabar Putrajaya dedah jumlah kutipan ‘cukai dosa’

Posted: 01 Oct 2010 10:28 PM PDT

TU LA DIA NAINA..LAIN KALI NAINA CAKAP PAKAI OTAK.....PASAI TU UMNO DAH KENA TOLAK OLEH ORANG MELAYU...PASAI SEMUA SEMBAB MACAM NAINA.....NAINA KAYA RAYA,NAINA PANDAI LA CAKAP.....BANYAK LAGI MAMAK YANG HIDUP SUSAH KAT PENANG NI....

October 02, 2010
TASEK GELUGOR, 2 Okt — Pemimpin PAS mencabar kerajaan pusat mendedahkan kepada umum jumlah kutipan wang cukai dosa sejak memerintah negara sepanjang lima dekad lalu ekoran tindakan Umno Pulau Pinang mempertikaikan 'kesucian' wang ihsan RM100.

Demikian dinyatakan oleh ahli jawatankuasa kerja pusat PAS Mohamad Sabu dalam ceramah isu semasa di Markas PAS, Pongsu Seribu di sini malam tadi berkata, kerajaan wajib berbuat demikian.

Menurut beliau lagi, kerajaan wajib mendedahkan kepada rakyat negara ini supaya perbezaan antara wang dari cukai dosa seperti pungutan dari sumber judi, arak, cukai rumah urut da pusat hiburan dapat diketahui.

"Tolong hebahkan melalui media massa termasuk media milik BN bahawa sehingga tahun 2010 berapa pungutan dari Toto, Magnum, Kelab Lumba Kuda, Carlsberg serta rumah-rumah urut yang bertaburan dalam negara telah mereka kutip.

"Ke manakah hasilnya jika bukan disatukan sebagai dana disatukan.

"Dari hasil penyatuan inilah gaji kepada kakitangan awam turut dimanfaatkan.

"Oleh kerana itu, sepatutnya Umno dan BN jangan memainkan isu sumber judi yang boleh memudaratkan mereka sendiri," katanya lagi.

Mohamad juga menyelar tindakan Umno Pulau Pinang yang menimbulkan isu sumber judi di Pulau Pinang bagi membuktikan kepada rakyat kononnya kerajaan negeri tidak layak untuk memerintah.

"Umno di Pulau Pinang sepatutnya sedar, kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan apa-apa lesen judi.

"Kerajaan pusat yang mereka pimpinlah yang telah meluluskan lesen judi kepada Sports Toto, Magnum Corporation, Genting Berhad, agensi empat nombor ekor serta kilang-kilang yang mengeluarkan arak, pusat penjualan arak dan sebagainya," katanya.

Mohamad berkata, seandainya isu ini terus dipermainkan oleh Umno dan BN, beliau yakin ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada kerajaan Pakatan Rakyat (PR), sebaliknya "tamparan seperti meludah ke langit akan mengenai batang hidung mereka sendiri."

Katanya lagi, tiada perbezaan antara wang 'sin tax' yang dipungut oleh kerajaan pusat yang disatukan dengan pendapatan yang diterima oleh mana-mana kerajaan negeri sekiranya ia tidak diasingkan.

"Dalam konteks kerajaan negeri Pulau Pinang, mereka telah menyatakan terdapat lebihan dari peruntukan sebanyak RM20 juta bagi program penghargaan warga emas.

"Hanya RM10.7 juta yang telah digunakan. Lebihan sebanyak RM9.3 juta lagi masih ada hasil dari sistem cekap, akauntabiliti dan telus yang dilaksanakan," tegas beliau.

Tambah Mohamad, usaha yang diambil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN kerusi Penaga, Datuk Azhar Ibrahim baru-baru ini supaya warga emas memulangkan wang penghargaan sebanyak RM100 yang diterima daripada kerajaan negeri juga tidak akan berjaya mempengaruhi majoriti masyarakat Melayu.

Beliau juga tidak menafikan kemungkinan sebilangan warga emas yang telah dibawa ke Pusat Khidmat ADUN Penaga dalam program mengembalikan wang tersebut adalah warga emas yang tidak mendaftar dengan kerajaan negeri atau pun telah diperdayakan bagi retorik politik Umno dan BN.

Baru-baru ini isu wang dari sumber judi yang dislaurkan kepada warga emas dan program miskin tegar telah ditimbulkan oleh Umno Pulau Pinang.

Ketua Pemuda Umno Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Marican Naina Marican telah meminta Ketua Menteri menjelaskan dakwaan yang telah dibuat oleh sebuah blog.

Ketua Menteri turut menafikan dakwaan yang disifatkan sebagai fitnah dan bohong oleh Umno dan BN di Pulau Pinang bagi meraih sokongan masyarakat terhadap mereka.

Ketua Menteri Lim Guan Eng sekali lagi menafikan dakwaan terbaru Reezal bahawa kerajaan negeri menggunakan sumber yang haram bagi program miskin tegar pula.

Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malik Abul Kassim juga telah menegaskan dakwaan bahawa wang dari Kelab Lumba Kuda sebanyak RM500,000 digunakan bagi program miskin tegar termasuk masyarakat Islam adalah satu pembohongan.

Sekretariat Pemuda PR sekali lagi telah mengeluarkan kenyataan supaya kesemua 11 ADUN Umno di Pulau Pinang mengembalikan gaji dan elaun yang mereka terima sebelum ini sekiranya mendakwa sumber yang mereka terima itu adalah dari punca yang haram

BANDUAN AKHIR

Posted: 01 Oct 2010 09:37 PM PDT

Tiada ulasan: