shalehudin |
- Bajet 2011: Hadiah krismas untuk Rosmah
- Kalau depa dah mengaku, yang lain tunggu apa lagi... haha...
- Kunci mulut takut pecah lubang jerung
- Anwar: Nurul know her true supporters
- Apa hal yang Zuraida ni jeles ke Rosmah tah... haha...
- Sah Mandela ni bukan ahli Umno
- Mari kita kenangkan "politik jubur" mainan Umno
- Mana dia pejuang raja raja Melayu
- Umno: Benda pelik yang wajib dijauhi
- Pendedah Maklumat Mengenai Taib Mahmud Mati Diikat Beg Di Kepala
| Bajet 2011: Hadiah krismas untuk Rosmah Posted: 15 Oct 2010 08:38 AM PDT Nama Rosmah juga diheret dalam Bajet 2011 Pembentangan bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Razak Najib terganggu seketika dengan nama isterinya ditimbulkan oleh pihak pembangkang ketika beliau mengumumkan langkah menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di rantau Asia. Ia bermula apabila Najib mencadangkan supaya duti import ke atas kira-kira 300 barangan pelancongan dan rakyat tempatan dimansuhkan. "Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut..." kata Najib sambil kedengaran gelak ketawa dari ahli parlimen. Beberapa ahli parlimen kemudiannya melaungkan "Rosmah!" disambut gelak ketawa rakan-rakan mereka. Najib senyum sinis dan memperlahankan bacaan teks ucapannya sambil menyambung: "Pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu." Dan sekali lagi lebih ramai yang ketawa. Namun, sindiran paling tajam dilemparkan ketika Najib mengumumkan peruntukan RM111 juta untuk program PERMATA yang dinaungi oleh Rosmah. Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dengan kuat menjerit "Rosmah! Rosmah!", sambil sekali lagi disambut Najib dengan senyuman sinis. Peruntukan itu meliputi projek pembinaan fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, bagi membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap. Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti PERTAMA Pintar, Seni, Insan dan Remaja. Pembangkang, khususnya PAS berang kerana walaupun Rosmah tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi, namum program PERTAMA yang diuruskannya didakwa seakan mendapat bajet 'istImewa'. Ini berbanding peruntukkan RM95 juta sebagai bantuan per-kapita untuk sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah. Pembentangan bajet ini juga mendapat sambutan serta bidasan di twitter. "Pengurangan cukai untuk beg, penyembur rambut, minyak wangi... hadiah Krismas awal Najib untuk Rosmah? Tulis MP Serdang Teo Nie Ching. "Ini macam Bajet RM (Rosmah Mansor)," jawab MP Bukit Bendera Liew Chin Tong. |
| Kalau depa dah mengaku, yang lain tunggu apa lagi... haha... Posted: 15 Oct 2010 02:00 AM PDT |
| Kunci mulut takut pecah lubang jerung Posted: 14 Oct 2010 09:37 PM PDT Dakwa pegawai Imigresen di mahkamah, bukan ISA Hazayani Zakaria KUALA LUMPUR, 14 Okt: Tindakan kerajaan yang menahan pegawai Jabatan Imigresen di bawah akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) langsung tidak boleh diterima. Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, mana mungkin mencegah kejahatan dengan melakukan kezaliman terhadap manusia lain. Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan kerajaan yang telah menahan tujuh kakitangan Jabatan Imigresen dan dua warga asing di bawah ISA kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan warga asing ke negara ini. Katanya, ISA sejak dahulu diiktiraf rakyat sebagai akta drakonian yang zalim dan kejam yang berkuasa sewenangnya menangkap sesiapa sahaja tanpa bicara selama mana yang disukai oleh Menteri Dalam Negeri. Beliau menambah, sepatutnya kerajaan bertindak wajar dengan menangkap dan mendakwa mereka di mahkamah. "Bukankah negara kita mempunyai Akta Anti Penyeludupan Manusia 2007 (Akta) 670 yang telah dikuatkuasakan pada 28 Februari 2009," soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Katanya, berdasarkan kes yang sama sebelum ini pada 20 Julai 2009, lima pegawai kanan Jabatan Imigresen Johor dan empat perantara telah ditahan di beberapa tempat di Johor dan mereka telah disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda. "Mengapa dalam kes kali ini, kerajaan memilih Akta ISA? Apakah kerajaan boleh bertindak sesuka hati tanpa mengikut undang-udang yang mereka cipta sendiri? Ataupun mungkinkah kerajaan bertindak sebegini kerana melindungi sesuatu pihak yang lain sehinggakan tidak mahu mendakwa pihak yang ditahan di mahkamah?" soalnya lagi. Soalnya, mengapa pembunuh Datuk Sosilawati dan beberapa pembantunya yang dibunuh secara kejam yang dianggap pembunuhan paling dahsyat di negara ini didakwa di mahkamah tetapi pegawai-pegawai Imigresen berkenaan disumbat dalam ISA. "Bagaimanakah keadilan dapat ditegakkan dengan cara sebegini?" tanya beliau yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional dan Hubungan NGO DPPP. Demi mengharapkan keadilan, ujarnya kerajaan wajar melepaskan mereka dari ISA dan dakwa mereka di mahkamah secara terbuka. Tambahnya lagi, undang-undang dicipta untuk dipatuhi bukan untuk sekadar bahan pameran sahaja. Justeru, beliau berkata, ISA sepatutnya sudah lama dikuburkan dan dijadikan bahan sejarah. |
| Anwar: Nurul know her true supporters Posted: 14 Oct 2010 08:54 PM PDT Anwar: Nurul know her true supporters and who wants to use her ![]() PKR advisor Anwar Ibrahim today said he was confident in his daughter Nurul Izzah's ability to decide for herself on whether or not she will go for the party's deputy presidency during the upcoming party polls. Commenting for the first time on Nurul Izzah's intention to contest the number two post, Anwar said it would be unwise to underestimate the Lembah Pantai MP as she was more than capable of figuring out who were her 'true supporters'. "I am proud of her and I trust her judgment. I am quite sure she knows who her genuine supporters are and those who want to use her for whatever reasons," he told a press conference at the Parliament House lobby today. |
| Apa hal yang Zuraida ni jeles ke Rosmah tah... haha... Posted: 14 Oct 2010 08:30 PM PDT ![]() 'Rosmah, tiada jawatan rasmi tapi berlagak menteri' Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin membidas cadangan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor supaya pusat bersepadu bagi membantu golongan remaja perempuan yang melahirkan bayi tanpa berkahwin ditubuhkan, lapor Suara Keadilan. Ini kerana menurut Zuraida (kanan), tindakan Rosmah itu dilihat mahu mengambil alih tanggungjawab serta memperlekehkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dam Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil. "Saya hendak cakap pun tak faham, apakah sebenarnya peranan Rosmah. Beliau menteri atau isteri Perdana Menteri ke, apa jawatan rasmi beliau yang sebenarnya? "Cadangan beliau menunjukkan beliau ingin campur tangan dalam kementerian dan urusan kerajaan, dia tidak ada apa-apa latar belakang maklumat mengenai masalah tersebut tiba-tiba nak bagi idea yang sebegini. Ini adalah satu perkara yang 'adhoc'. ![]() "Sebarang cadangan sekali pun, Rosmah perlu berbincang dengan pihak kementerian yang berkenaan dan bukannya berlagak seperti mahu ambil alih tugas menteri dan campur tangan dalam pentadbiran negara," kata Zuraida. Zuraida berkata Rosmah seolah-olah mencerminkan kepada rakyat bahawa Shahrizat tidak menjalankan tugasnya sebagai anggota jemaah menteri. "Kalau macam ini baik tutup sahaja kementerian Shahrizat dan letak sahaja tanggungjawab ini di bawah Rosmah," sindir beliau lagi. ![]() Semasa di Belgium mengiringi Datuk Seri Najib Razak, yang mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) Kelapan di Brussels, Rosmah telah melawat "Centre of Integrated Family Welfare" (CIG) untuk mendapatkan input bagi menangani masalah pembuangan bayi . Pusat itu ditubuhkan oleh kerajaan Belgium dengan bertujuan mendekatkan lagi perhubungan ibu dengan anak di mana remaja yang tidak berkahwin akan diberikan latihan bagi menjalankan kehidupan seperti biasa. Lawatan Rosmah ke CIG itu telah dibidas Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad (atas, kanan) yang menyifatkan seolah-olah kerajaan hilang punca dan kontang idea untuk mengatasi gejala berkenaan. Idris berkata tindakan Rosmah itu ibarat memohon sedekah dan ehsan daripada orang lain, sedangkan Islam mempunyai penyelesaiannya yang jitu terhadap masalah ini. |
| Sah Mandela ni bukan ahli Umno Posted: 14 Oct 2010 07:59 PM PDT Mandela enggan jadi Presiden JOHANNESBURG - Petikan buku 'Conversations with Myself' tulisan bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela mendedahkan beliau tidak mahu menjadi Presiden dan lebih suka golongan muda menjadi Presiden kulit hitam pertama di negara itu. Mandela berkata, beliau menerima jawatan itu selepas didesak pemimpin Kongres Kebangsaan Afrika (ANC), dan menyandangnya dari 1994 hingga 1999.: Menurutnya, pelantikan pertama beliau sebagai Presiden Republik Afrika Selatan dalam satu pemilihan demokratik juga tidak memihak kepadanya kerana banyak cadangannya ditolak. Mandela turut menyatakan hasratnya untuk terus berkhidmat di Afrika Selatan tanpa memegang sebarang jawatan dalam kerajaan atau ANC. Buku memoir yang diterbitkan berdasarkan himpunan surat-surat peribadi dan petikan perbualan beliau itu turut menekankan isu utama mengenai kesan-kesan yang dihadapi oleh keluarganya semasa beliau dipenjarakan selama 27 tahun. |
| Mari kita kenangkan "politik jubur" mainan Umno Posted: 14 Oct 2010 07:10 PM PDT Politik JUBUR untuk menabur dendam 2 makhluk ALAH Mangsa dendam politik UMNGOK BN Untuk tidak dilihat naif dalam politik, saya menerima babak ini sebagai sebahagian daripada pergelutan kuasa antara pemerintah dengan pembangkang, atau dalam realitinya, antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat. Dalam konteks Malaysia, serangan politik yang menyentuh keperibadian kadang-kala tidak dapat dielakkan, meskipun pendekatan ini amat dipertikaikan. Kita masih jauh dari persaingan politik yang sihat - perdebatan politik yang diangkat martabatnya untuk membicarakan soal struktur dan sistem. Berbalik kepada persoalan, apakah keperluannya untuk mengaibkan musuh politik dan keluarganya dengan cara sebegitu rupa? Untuk ramai warga Malaysia yang prihatin terhadap politik, babak perebutan kuasa yang paling dahsyat dalam sejarah Malaysia melabuh tirai pada 2 September 2004 - apabila Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara. Ianya bukan soal sama ada benar Anwar Ibrahim terlibat dalam kelakuan sodomi, tetapi pengaiban dan penghinaan secara terbuka yang melampaui batas. Pengaiban secara terbuka terhadap Anwar dan keluarganya telah menyemai benih dendam di kalangan penyokongnya. Ia amat berbeza dengan persaingan politik "siapa lebih Islam atau siapa lebih Melayu", antara UMNO dengan PAS, atau Semangat 46 pada zaman 1990-an. Penghinaan secara terbuka untuk mengaibkan seorang isteri bernama Wan Azizah Ismail, tanpa mempertimbangkan perasaan anak-anaknya - dengan aksi-aksi lucah, gambar-gambar yang diubahsuai, kata-kata yang kasar lagi kesat seperti "kaki buntut" dan sebagainya ketika berkempen, terlalu biadap namanya. Usaha Abdullah Ahmad Badawi untuk membubuh noktah kepada babak politik yang menabur dendam ini disia-siakan begitu sahaja apabila UMNO-BN semakin terdesak di ambang hilang kuasa. Kita tidak lupa bagaimana doktor Hospital Pusrawi, Mohamed Osman Abdul Hamid membuat akuan bersumpah untuk mempertahankan laporannya (berbunyi Saiful tidak diliwat) selepas memeriksa dubur Saiful, dan kemudian menghilangkan diri kerana tidak tahan dengan gangguan dan tekanan daripada pihak berkuasa. Dan drama ini dipentaskan semula, selepas satu dekad. Anak-cucu yang melanggan Utusan Malaysia atau Berita Harian kerana sisipan DIDIK, SKOR dan sebagainya, pada masa yang sama ditayangkan adegan bagaimana kelakuan liwat boleh berlaku - dalam bentuk bertulis... Satu generasi membesar dalam suasana media yang sarat dengan istilah "liwat", "sodomi" - imaginasi masyarakat awam digarap dengan tilam yang naik turun di mahkamah pada akhir tahun 1990-an; kini kita pula menyaksikan satu generasi lagi yang membesar dalam suasana media yang tidak banyak berbeza, mungkin cuma tilam digantikan dengan KY jelly untuk mencungkil imaginasi... |
| Mana dia pejuang raja raja Melayu Posted: 14 Oct 2010 06:53 PM PDT SKANDAL PROJEK PEMBINAAN ISTANA NEGARA Kenyataan Akhbar DSAI pada Khamis 14 Okt 2010 ![]() Kontrakor utama – MAYA MAJU (M) SDN BHD A. KONTRAK 1. Cadangan kos pembinaan yang ditawarkan oleh Maya Maju (M) Sdn Bhd di bawah konsep penswastaan ialah – RM 394,803,200.00 2. Harga yang di tawarkan oleh JKR secara rundingan terus – RM 649,995,507.51 3. Letter of Intent di keluarkan pada – 30 Mei 2006 4. Kontrak di tawarkan pada – 26 Oktober 2007 5. Jangkaan tarikh siap asal – 29 November 2010 dipinda ke Februari 2011 6.. Kos meningkat kepada RM811.2 juta apabila kerja tambahan pembinaan flyover yang menyambung Jalan Duta ke Istana Negara dan kerja "upgrading" di Jalan Changkat Semantan yang diberi kepada Syarikat Ahmad Zaki. B. PERIHAL SYARIKAT Semasa kontrak ditawarkan syarikat ini di takrif sebagai "DORMANT" oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Ini bermakna syarikat ini tidak menjalankan apa-apa kegiatan perniagaan, tidak mempunyai 'track record" dan pengalaman dalam pembangunan dan pembinaan. Hanya didaftarkan sebagai syarikat pembinaan pada Ogos 2008 setelah mendapat kontrak pembinaan Istana Negara pada Oktober 2007. Syarikat dikuasai oleh Dato Hj. Man bin Mat. Bekas Bendahari UMNO Merbok. C. TIDAK BERDAFTAR DENGAN CIDB DAN TIDAK ADA LESEN PKK 1.Syarikat ini tidak mempunyai lesen "PKK" yang wajib untuk dipertimbang kontrak dari JKR. 2. Syarikat ini juga tidak berdaftar dengan "CIDB" sebagai syarat wajib kepada semua kontraktor pembinaan. Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 menjelaskan Bahagian VI Pendaftaran Kontraktor 25. (1) Tiada seorang pun boleh mengaku janji untuk menjalankan dan menyiapkan apa-apa kerja pembinaan melainkan jika dia berdaftar dengan Lembaga dan memegang suatu Perakuan pendaftaran yang sah yang di keluarkan oleh Lembaga Atau bahasa Inggeris Part VI Registration of Contractors 25. (1) No person shall undertake to carry out and complete any construction works unless he is registered with the Lembaga and holds a valid certificate of registration issued by the Lembaga. D. ADA DUA SYARIKAT YANG MEMPUNYAI NAMA SAMA MAYA MAJU (M) SDN BHD – Kontraktor Istana Negara MAYA MAJU SDN BHD - Kedua syarikat ini tidak ada kaitan langsung dan di kuasai oleh orang yang berlainan. - Semua pengumuman oleh kerajaan baik dari Menteri Kerja Raya, media maupun portal kerajaan menyebut hanya Maya Maju Sdn Bhd. - Begitu dengan permasaalahan dan tindakan undang-undang yang diambil terhadap kontraktor pembinaan Istana Negara menyebut Maya Maju Sdn Bhd - Ini menjejaskan imej, prestasi dan persepsi syarikat Maya Maju Sdn Bhd. - Pada 23 Januari 2009, satu Perintah Injunksi telah dikenakan terhadap MAYA MAJU (M) SDN BHD dan pengarah2 nya daripada menggunakan nama "Maya Maju". Walaubagaimanapun Mahkamah Rayuan "overrule" keputusan ini. F. MASAALAH-MASAALAH LAIN. 1. Pada 18 Disember 2008, pihak Abd Mohd Rejab/JR Design Works keluarkan notis menggulung/winding-up MAYA MAJU (M) SDN BHD atas kegagalan membayar fees kerja rekabentuk artitek, 2. Dalam akhbar The Star 27 Jun 2010 di laporkan ramai buruh asing digunakan untuk bina Istana Negara Baru tetapi TIDAK DIBAYAR UPAH. 3. Pada 6 July 2010 SUHAKAM dilarang masuk tapak pembinaan Istana Negara Baru ketika cuba menyiasat dakwaan pekerja asing dilayan dengan teruk dan ada juga dikatakan tidak menerima gaji bagi tempoh 3 bulan |
| Umno: Benda pelik yang wajib dijauhi Posted: 14 Oct 2010 05:43 PM PDT ![]() Syarikat 'mati' kontraktor utama bina Istana Negara Dzulfikar Mashoor KUALA LUMPUR, 14 Okt: Datuk Seri Najib Razak diminta menjelaskan skandal pembinaan Istana Negara yang baru apabila projek bernilai RM950 juta itu diserahkan kepada Syarikat Maya Maju (M) Sdn Bhd. Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, syarikat misteri itu dilantik sebagai kontraktor utama pada 26 Oktober tiga tahun lalu. Walhal, katanya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SMM) mengesahkan syarikat misteri itu telah mati atau tidak aktif ketika proses penyerahan tender dibuat oleh kerajaan Pusat. "Syarikat kontraktor utama itu didaftarkan semula (di SSM) pada Ogos 2008 sedangkan kontraktor diserahkan kepada syarikat itu pada Oktober 2007. "Mengapa status kontrak sedemikian, apakah cara begini yang Umno ambil," ujar Ahli Parlimen Permatang Pauh itu petang tadi di lobi Parlimen. Beliau yang juga Ketua Umum PKR turut mendesak Najib menjelaskan sebab mengapa tarikh siap projek mega tersebut ditangguhkan sehingga Februari tahun depan. Sedangkan katanya, tarikh siap yang dipersetujui antara Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor utama adalah pada 29 November tahun ini. Pentadbiran Najib turut dipersoal kerana kos pembinaan asalnya hanya RM395 juta sahaja. Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa amalan kronisme berlaku dalam proses pemberian projek yang membabitkan Kementerian Kewangan yang juga di bawah Najib. Katanya, syarikat misteri tersebut dikuasai oleh bekas Bendahari Umno Bahagian Merbok. Ahli Parlimen Batu, Tian Chua serta Ahli Parlimen Indera Mahkota, Mohd Azan Ismail turut menyertai sidang media tersebut. |
| Pendedah Maklumat Mengenai Taib Mahmud Mati Diikat Beg Di Kepala Posted: 14 Oct 2010 03:00 PM PDT Bekas pekerja empayar firma perniagaan yang dimiliki oleh keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijumpai mati Ahad lalu di sebuah bilik hotel di Los Angeles dengan sebuah beg diikat di kepalanya. Ross J Boyert, 60, adalah bekas ketua pegawai operasi Sakti International - firma hartanah yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang dimiliki oleh keluarga Taib. "Menurut spekulasi, dia mungkin membunuh diri, tetapi pihak koroner masih menangguhkan keputusan sementara menunggu siasatan lanjut," kata laman sesawang anti-Taib Sarawak Report, yang sebelum ini banyak mendedahkan berita 'mengejutkan' berhubung keluarga ketua menteri itu. Menuruk Sarawak Report, Boyert telah berkhidmat selama 12 sebagai pengurus yang mengendalikan beberapa blok pejabata dan unit kediaman yang dimiliki oleh keluarga Taib di San Francisco dan Seattle. Sakti International dianggarkan memiliki hartanah bernilai US$80 juta (RM258 juta). Antaranya adalah Bangunan Abraham Lincoln yang setinggi 14 tingkat yang didakwa mempunyai sistem keselamatan yang canggih. Bangunan ini menempatkan pejabat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) cawangan Seattle dan unit pencegahan pengganas - Washington Fusion Centre. Boyert adalah pegawai yang bertanggungjawab bagi membantu Sakti International memujuk FBI menempatkan cawangannya itu di bangunan berkenaan pada 1998. Selain Bangunan Abraham Lincoln, hartanah utama Sakti yang lain termasuk 260 California Street, San Francisco, yang penyewanya termasuk Citibank. Boyert mengambil-alih pengurusan Sakti International yang tenat pada 1994 daripada anak Taib - Sulaiman - yang ketika itu seorang pelajar di California. Sulaiman, yang sekarang ini adalah ahli parlimen mengambil-alih kerusi bapanya di Kota Samaharan. Beliau meletak jawatan sebagai timbalan menteri pelancongan tahun lalu dengan alasan faktor peribadi. Menurut khabar angin, Sulaiman sekarang menghadapi masalah kesihatan. Diketepikan keluarga Taib Menurut Sarawak Report, Boyert meninggalkan Sakti International pada 2006 setelah persaingan yang tidak sihat berlaku di kalangan keluarga Taib. "Butiran berhubung apa yang terjadi ke atasnya boleh didadapti daripada rekod samannya di mahkamah di California. Rekod berkenaan membekalkan beberapa maklumat di sebalik pendedahan kepentingan hartanah yang dimiliki oleh Taib yang dibuat oleh Sarawak Report," lapor laman sesawang itu. Taib, yang memerintah Sarawak sejak 1981, disebut sebagai antara rakyat Malaysia yang terkaya dan mempunyai kepentingan perniagaannya baik secara langsung ataupun melalui pihak ketiga di dalam dan juga di luar negara. Antara konglomerat yang menonjol kepunyaan keluarganya adalah Cahaya Mata Sarawak Bhd, yang banyak diberikan kontark membina infrastruktur di Sarawak. Menurut notis saman yang dikemukakan oleh Boyert, Sulaiman menjanjikan beliau 50 peratus keuntungan Sakti International jika berjaya menyelamatkan syarikat itu. Namun, Sulaiman yang kurang cekap kemudiannya digantikan sebagai pengarah tunggal dengan menantu Taib yang berbangsa Kanada, Sean Murray - suami kepada seorang lagi anak Taib - Jamilah. -Malaysiakini |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |













Tiada ulasan:
Catat Ulasan