Senyum Tangis Sendu |
| Posted: 15 Oct 2010 09:05 AM PDT ![]() Projek pembangunan berimpak tinggi yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Belanjawan 2011 yang dibentang di Parlimen petang tadi bakal mengguna sebanyak RM15 bilion dana rakyat yang diambil dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Dana KWSP sebanyak RM 10bilion akan diperuntukkan bagi melaksanakan pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh seluas 2,680 ekar. Antara projek yang akan dilaksanakan melibatkan kediaman mampu milik, perdagangan, industri serta kemudahan prasarana dan ianya dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2025. Sementara itu, PNB pula akan menyalurkan dana sebanyak RM5 bilion untuk membina sebuah menara 100 tingkat, yang tertinggi di Malaysia. Kata Najib dalam ucapannya, projek tersebut sebagai satu lagi mercu tanda selepas Menara Berkembar Petronas yang dibina semasa era pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. |
| Posted: 14 Oct 2010 03:58 PM PDT "Saya mendengar pemandu kereta itu menjerit minta tolong beberapa kali sambil melambai-lambai, namun terkilan kerana tak dapat mengeluarkannya kerana api marak terlalu cepat dan dia tersepit di tempat duduk. HANGUS...anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang rentung. "Tak lama kemudian, suaranya makin perlahan dan dia rentung bersama empat penumpang kereta dipandunya," kata Shahari Ishak, 64, saksi kemalangan yang mengorbankan enam nyawa, lima daripadanya rentung di Kilometer 30.1 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh di sini, awal pagi semalam. Shahari antara saksi terawal yang berada di tempat kejadian dan sempat mengeluarkan seorang penumpang dari kereta Honda City yang dinaiki enam orang itu, namun terkilan kerana hanya mampu melihat lima yang lain rentung dijilat api. Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, pemandu dan lima penumpang kereta terbabit terbunuh kerana penumpang yang dikeluarkan Shahari meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kampar (HK). Enam mangsa membabitkan empat lelaki serta dua wanita dan kejadian berlaku selepas kereta dinaiki mereka dari Kampar ke Ipoh hilang kawalan sebelum merempuh sebatang pokok lalu terbakar. Lima mangsa yang rentung ialah pemandu, Lim Ka Wan, 20, serta penumpang; Tong Wai Leong, 18; Yap Hing Long, 20, Wong Chee Keong, 23, dan Soo Poi Wan, 18. Foo Siew Ling, 23, pula meninggal dunia di Hospital Kampar pada jam 4.50 pagi akibat parah di bahu, tangan dan rusuk kanan. Wong dan Foo adalah suami isteri. Shahari yang tinggal berdekatan tempat kejadian berkata, dia sempat menarik keluar seorang penumpang di tempat duduk penumpang, namun gagal mengeluarkan mangsa lain kerana api marak cepat serta keadaan semua mangsa yang tersepit di tempat duduk masing-masing. |
| You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan