Ahad, 31 Oktober 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Tuu Diaaaa: Najib kena chicken pox, ROSMAH ambil alih tugas 'pemangku PM'!

Posted: 31 Oct 2010 10:56 PM PDT



Oleh: Pria Malaya

Mana menteri-menteri lain? mana TPM Muhyiddin Yassin?..siapa Rosmah Mansor ni? pemangku Perdana Menteri Malaysia ke?..baca di SINI..sungguh terdesak RM ni..

Penulis tak nak cakap banyak..tumpuan penulis kini kepada blogger jumudian Umno..kita lihat apa pula alasan mereka kali ini dalam usaha mempertahankan RM (Rosmah Mansor), 'wanita pertama' kesayangan mereka..

Tanpa disedari, setiap langkah dan perlakuan RM bakal menghancurkan masa depan Najib dan Umno....terima kasih penulis ucapkan kepada penyokong 'kipas susah mati' Umno..teruskan memuji dan memuja RM, teruskan mengarang artikel mempertahankan RM, teruskan usaha kalian menyokong segala tindak tanduk RM...

p/s: pada rakan-rakan facebooker, harap korang join page ini, "WANITA PERTAMA MALAYSIA"...tunjukkan penghormatan kita kepada Raja Permaisuri Agong Malaysia sebagai 'wanita pertama Malaysia' (First Lady of Malaysia), bukan RM!!


Rosmah jadi Pemangku PM?

KUALA LUMPUR, 1 Nov: Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mewakili Perdana Menteri dalam majlis yang tidak boleh disertainya menimbulkan pelbagai persoalan kini apakah beliau adalah pemangku perdana menteri.



"Saya keliru. Jika PM tidak sihat, bukankah sepatutnya timbalan perdana menteri yang mewakili beliau dan kerajaan, dan bukan Rosmah? Atau dia (Rosmah) pemangku PM," kata Malik Imtiaz Sharwa seorang peguam terkenal dalam twitternya.

Semalam, Rosmah telah berucap mewakili PM di Karnival Deepavali 1Malaysia di Litle India dekat Brickfield.

Dalam majlis itu, Najib melalui teks ucapan yang dibacakan oleh isterinya berjanji akan membantu orang India di negara ini.

Najib telah didapati mempunyai tanda-tanda awal sakit chicken pox dan diminta berehat oleh doktor.



Menurut penasihat medianya, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, Najid juga diingatkan supaya mengelakkan dirinya daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar itu.

Katanya, presiden Umno itu mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

"Setibanya di Subang (Selangor) hari ini, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan. Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik," katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.

"Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan," kata Jalaludin. - harakahdaily

Artikel berkaitan:
1. HANGIT! Mencalarkan kredebiliti Umno dan Najib: Blogger Umno desak Rosmah Mansor BERUNDUR!
2. Isu IFF: "Kalau ada yang kata Rosmah tak bersalah, mereka adalah ANJING politik!" - Blogger Umno
3. 'First Lady' Malaysia adalah Permaisuri Agung Tuanku Nor Zahirah, bukan Rosmah Mansor! - Blogger Umno
4. Teguran buat Mufti Perak: "Ulamak muktabar wajib bersuara menegur pemimpin politik!" - mahaguru58
5. KOLEKSI berita/artikel mengenai Rosmah Mansor (video n picture)

PANAS: Mahasiswa turun Pilihan Raya Kecil: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi pertahan GAMIS!

Posted: 31 Oct 2010 05:34 PM PDT



Oleh: Pria Malaya

Satu lagi berita pedih untuk penyokong khususnya blogger tegar Umno!..

Sehari dua ini, mereka (blogger Umno) giat mencemuh dan menjaja berita kononnya mahasiwa yg turun ke Galas dan Batu Sapi adlah mahasiswa yg degil, melanggar AUKU, jenis malas belajar, 'kambing hitam' dan lain2 kutukan serta herdikan..



(Sekadar gambar hiasan: Mahasiswa UKM diperalat masa PAU baru2 ni boleh plak?..)

Tidak cukup dengan itu, dilemparkan fitnah kononnya kehadiran mahasiswa ke Galas adalah dari arahan PAS dan Pakatan Rakyat..boleh lihat contoh di SINI, dan di SINI..

Hari ini, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Saifuddin Abdullah sendiri melalui laman facebook menyuarakan pandangannya, mempertahankan tindakan dan kebebasan mahasiswa-mahasiswa untuk turun pada pilihan raya..

Kalaupun ada mahasiswa yg terlibat (sy ada definisi sendiri ttg hal ini) dgn kempen d Galas & Bt Sapi, janganlah sampai mereka ditangkap dua kali! - Saifuddin Abdullah



Sila rujuk facebook beliau di SINI..malah satu artikel/berita telah dikeluarkan oleh beliau di dalam blognya, mempertahankan tindakan GAMIS atas dasar untuk memberi penerangan berhubung dasar kerajaan..boleh rujuk di SINI...

Akhir kalam, syabas penulis ucapakan kepada mahasiswa2 berani ini, dan anak muda seluruhnya..kalian adalah pelapis pemimpin masa hadapan...anak muda benci kezaliman, anak muda bangkit demi keadilan!..wallahua'lam..

p/s: Bagi mereka yg ingin mengenali lebih dekat siapa TMPT (yg satu2nya penulis hormati) ini, lihatlah video di bawah, atau baca artikel penulis bertajuk, "VIDEO SENSASI: Pensyarah tegar Umno di'terlanjang' secara LIVE di TV3"..




Suhakam: Hak siswa dicabul di Galas

Gua Musang,9 p.m ;Kesemua empat pelajar yang ditahan polis dalam kehangatan pilihan raya kecil Galas semalam dibebaskan lewat malam tadi setelah diambil keterangan oleh polis.

Mereka disambut dengan laungan takbir dan "student power" daripada kira-kira seramai 150 orang rakan mereka yang menunggu di luar balai berkenaan.
Kesemua empat orang pelajar berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis selepas disiasat selama enam jam.

Para pelajar berkenaan disiasat berhubung risalah yang diedarkan kepada orang ramai dalam aktiviti mereka, kata pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Md Sha'ani Abdullah.

Md Sha'ani berkata, beliau hadir ke balai berkenaan pada jam enam petang semalam untuk membantu pelajar berkenaan.



"Mereka bukan budak sekolah terlanjut umur, kita kena ubah sikap dan pandangan yang ketinggalan zaman. (Saranan ini) termasuk (kepada) penguasa yang pastikan keamanan," kata Md Sha'ani.

Katanya, hak para pelajar tersebut telah dicabul apabila mereka ditahan sejak tengah hari lagi.

"Saya dengar sebab mereka ditahan (dan) saya pun gelak.



"Saya tengok risalah itu tidak menyokong mana-mana pihak, tapi bila letakkan dua haiwan politik (calon yang bertanding (dalam risalah), anda main politik," katanya.

Kesemua pelajar terbabit perlu melaporkan diri semula ke balai berkenaan pada 14 November depan.- Malaysiakini

Artikel berkaitan:
1. [Kemaskini] VIDEO SENSASI: Pensyarah tegar Umno di'terlanjang' secara LIVE di TV3..
2. PANAS: Kelab Umno luar negara puji pemimpin PR dan Anwar, hentam pemimpin Umno!
3. Koleksi bergambar (bukti), Umno politikkan mahasiswa dan IPT!!
4. 'Halal' bagi Umno, 'Haram' bagi PR: Siswa UKM sertai raptai perhimpunan Umno..(video inside)

Berita berkaitan:
- Warning Ditarik Balik : Mahasiswa Boleh Turun Galas-Menteri KPT
- Mahasiswa di tahan polis (Malaysiakini)
- TERBARU: Pejuangan mahasiswa tetap diteruskan (Mahasiswakini)

Pendaftaran Pengundi Baru: Syabas PAS dan Pakatan Rakyat PJ Utara!

Posted: 31 Oct 2010 04:28 PM PDT



Oleh: Pria Malaya

Penulis pun nk ucapkan syabas kat PAS/PR bahagian PJ Utara ni, dan bahagian2 yang lain yg aktif menganjurkan/membuka kaunter pendaftran utk pengundi2 baru...tahniah!!

Pada PAS KAwasan, Cabang PKR dan Bahagian DAP yg lain2 yg tak pernah atau belum menganjurkan kempen pendaftaran ini, harap2 segerakanlah niat tu, PRU ke-13 semakin hampir..wallahua'lam..


Pendaftaran Pengundi Baru: Syabas PAS/PR PJ Utara

Tulang Besi mengucapkan seribu kali syabas dan tahniah kepada Pemuda PAS PJ Utara kerana menganjurkan kaunter pendaftaran pengundi baru pada 20/10/2010 di Subang Parade. Dilaporkan tidak kurang dari 200 pengundi baru telah berjaya didaftarkan.

Kepada PAS-PAS Kawasan yang lain, PKR Cabang2 seluruh MAlaysia dan juga DAP diharap meniru dan menyemarakkan lagi contoh yang ditunjukkan oleh PAS PJ Utara ini.

Jangan hanya syok sendiri, bercakap berdegar-degar dan apabila kalah pilihanraya baru nak tergadah. Waktu ada masa terluang macam sekarang, tidak mahu mendaftar pemilih, bila pilihanraya baru nak tergadah. Bila kalah, mulut masing-masing ternganga luas.







Ingatlah pesanan orang tua-tua: Sediakan payung sebelum hujan. Setakat hidup saya selama ini, semua pepatah orang2 tua yang diajar pada saya ini benar belaka.

Jangan setakat kuat berborak dan bercakap semata-mata. Kalau nak menang, WAJIB BUAT KERJA. Mendaftar pemilih WAJIB bagi semua PAS KAwasan, Cabang PKR dan Bahagian DAP.

Masa sekarang untuk bekerja, bukan untuk melobi, tikam belakang ataupun berborak.

Kalau tidak lupakan sahaja hasrat untuk ke Putrajaya.

Sumber: www.malaysiawaves.com

GAMBAR berbicara: Mari kenali lebih dekat isteri calon PAS, Dr Zulkifli..

Posted: 31 Oct 2010 11:06 AM PDT


Oleh: Pria Malaya

Astaghfirullah...nampaknya penyokong dan blogger fanatik Umno semakin lantang dan seronok menyerang peribadi calon PAS, Dr Zul walaupun sudah dinafi dan diberikan penjelasan..

Bukan setakat menghina dan megutuk calon PAS itu, malah lebih dahsyat mereka sanggup mereka fitnah jahat terhadap calon PAS dan isterinya sehingga ke merata tempat!

Boleh lihat contoh di SINI dan di SINI dan banyak lagi...

Sungguh biadap, hina lagi menjijikkan cara mereka berpolitik!...percayalah, fitnah dan cerita aib penyokong Umno terhadap calon PAS ini akan 'memakan diri' mereka sendiri! rakyat Galas akan menilai tektik busuk yang dimainkan Umno...

Akhir kalam, semoga Allah memberi kekuatan kepada calon PAS dan keluarga menghadapi ujian dan mehnah ini, seterusnya memberi kemenangan kepada PAS dalam PRK kali ini, insyaAllah..wallahua'lam..










TIDAK ramai tahu siapa di sebalik tabir kehidupan calon PAS Dun Galas, Dr Zulkefli Mohamed, 44. Selain ibu yang melahir dan membesarkan, kehadiran isteri tersayang melengkapkan kehidupan pemimpin yang menjadi tumpuan ramai sekarang.

Pertama kali bersua dengannya, penulis kagum melihat keayuan di wajahnya. Kata orang kesempurnaan sebagai seorang wanita ada pada dirinya. Anggun dengan seraut wajah yang manis dihiasi kehalusan peribadi, ternyata beliaulah sumber inspirasi Dr Zul. Sepasang mata bercahaya memancarkan kemesraannya.

Zainab Jalar, 30 suri kepada kehidupan calon PAS Dun Galas. Beliau dilahirkan 2 Jun 1980 di Tumpat dan membesar di Chiku 1, Gua Musang. Wanita bertubuh sederhana ini mudah mesra, namun tidak banyak bicara. Beliau lebih suka mendengar daripada berkata-kata.


(Klik gambar untuk paparan lebih jelas...)

Semasa remajanya menuntut ilmu dalam aliran agama. Zainab pernah belajar di Maahad Muhammadi Gua Musang, Sekolah Menengah Ugama (Arab) Meheliah Getting. Kemudian menyambung pengajian di peringkat Diploma Pengajian Syariah di Institut Pengajiaan Ilmu-Ilmu Islam yang kini dikenali Kolej Dar Al Hikmah di Kajang, Selangor.

Selepas menamatkan pengajian, beliau melakukan pelbagai kerja. Pernah bertugas sebagai kerani di Pejabat Pos di Chiku 3, Perunding Kewangan AAM Insurans dan guru di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di Chiku 1. Sekarang bertugas sebagai Pembantu Penyelaras Armalah Dun Paloh semenjak tahun 2007 sehingga sekarang.

Tugasnya mengambil berat mengenai kehidupan golongan armalah di Dun Paloh. Pengalaman berurusan dengan rakyat ternyata memberi manfaat besar kepadanya sekarang. Ditambah pula minat beliau dalam kerjaya membabitkan masyarakat. Zainab juga tidak asing dalam bidang politik. Sepak teranjang politik mempengaruhi kehidupannya.

"Pengalaman saya bergaul dengan masyarakat di peringkat akar umbi membuatkan saya faham kerjaya suami sebagai seorang ahli politik. Apabila tersebar cerita-cerita fitnah terhadap suami saya tidak mudah percaya. Ini kerana sebagai ahli politik musuhnya tentu mencari jalan bagi menjatuhkannya," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Begitu juga dengan isu khalwat yang ditimbulkan Umno dalam laman web Umno Online langsung tidak diambil kira. Beliau menganggap isu seperti itu sebagai asam garam dalam perjuangan bagi menegakkan Islam. Ditanya perjuangan suaminya bagi mempertahankan Dun Galas pada 4 November ini, beliau memberitahu sentiasa memberi sokongan padu.

"Saya memahami kerjaya suami sebagai orang politik dan doktor perubatan. Sebagai seorang isteri saya cuba memahaminya," kata Zainab. Zainab pula sentiasa memberi sokongan padu kepada Dr Zul. Musim pilihan raya sekarang, mereka terpaksa melakukan banyak perkara dalam masa yang singkat.

"Jadual kempen kami dibuat secara berasingan bagi membolehkan lebih ramai pengundi di Dun Galas ditemui," ujar Dr Zul sambil memandang wajah isterinya.

Pasangan suami isteri yang dikenali ramai di Galas sekarang mempunyai seorang anak berusia tujuh tahun. Mereka mendiami rumah di Taman Kesedar Putra tidak jauh dari jalan raya Gua Musang–Kuala Lipis, berada dalam Dun Galas.

Artikel berkaitan:
- Fitnah calon PAS khalwat dengan ibu sendiri: Umno semakin keterlaluan dan biadap!
- Fitnah calon PAS berkhalwat: Blogger Umno mohon maaf, tutup blog 'buat sementara waktu'..

Cili Kasi Taruk: Milo-Susu-Teh 1Malaysia, khas untuk pengundi GALAS!!

Posted: 31 Oct 2010 07:26 AM PDT

Kalau di BATU SAPI, boss suruh letak bendera BN pada jentera 'mee segera', di GALAS pula boss suruh letak logo 1Malaysia...BARU PENGUNDI NAMPAK!!!...;)







Artikel berkaitan:
- Umno 'tunjuk taring': Salahguna harta kerajaan di BATU SAPI, rasuah politik di GALAS..
- PANAS Batu Sapi: Ini rasuah atau 'hadiah'?..(video inside)
- Projek 'mee segera' Batu Sapi: "Boss cakap kene letak bendera BN, baru pengundi nampak.."

Projek 'mee segera' Batu Sapi: "Boss cakap kene letak bendera BN, baru pengundi nampak.."

Posted: 31 Oct 2010 06:34 AM PDT



p/s: Cuba teka berapa bendera BN yang kelihatan pada gambar di atas?...;)

Artikel berkaitan:
- PANAS Batu Sapi: Ini rasuah atau 'hadiah'?..(video inside)

PANAS Batu Sapi: Ini rasuah atau 'hadiah'?..(video inside)

Posted: 31 Oct 2010 04:57 AM PDT





Penyokong Umno nk bicara pasal rasuah politik?? tak payah la..



Koleksi artikel/kenyataan Mahathir tentang fenemena RASUAH dlm Umno
- Rasuah dalam UMNO: Apa kata Tun Mahathir?..(video inside)



Artikel berkaitan:
- Umno 'tunjuk taring': Salahguna harta kerajaan di BATU SAPI, rasuah politik di GALAS..

Lebih 200 ribu rakyat Malaysia sertai facebook bantah projek menara 100 tingkat!..(video inside)

Posted: 31 Oct 2010 03:36 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Setakat artikel ini ditulis (5.45 pm), sudah 212,239 penyokong page ini direkodkan..satu jumlah yang amat tinggi yg berjaya direkodkan tidak sampai dua minggu!..apatah lagi jika hendak dibandingkan dengan penyokong page 'kami sokong menara 100 tingkat' yang masih berusaha mencari pengaruh di kalngan rakyat Malaysia...

Bagi pembaca yg mempunyai akaun Facebook yg belum atau ingin bersama-sama 200 ribu rakyat Malaysia pelbagai agama dan bangsa menyatakan bantahan terhadap idea ini, sila klik pada link disebelah, "1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower"..

Padangan penulis..

Terus terang penulis katakan, penulis membantah projek ini bukan atas desakan atas mana-mana pihak, atau semata-mata idea ini datangnya dari Barisan nasional..




Tapi penulis bantah atas dasar perasaan dan naluri penulis yg kuat menyatakan, 'masih ramai rakyat yang sangat-sangat memerlukan, masih ramai rakyat Malaysia termasuk bangsa Melayu merempat dinegeri sendiri, keadaan ekonomi yang tidak menentu, masalah hutang negara yang kian bertambah, fenomena kenaikan barang dan pelbagai lagi...

Apa salahnya wang sebanyak berbilion2 ini diagihkahn2 sama rata kepada seluruh rakyat Malaysia, Sabah dan Serawak, perbaiki kemudahan pengangkutan dan perhubungan, infrastruktur, sekolah-sekolah, hospital2, kemudahan pelajaran percuma untuk pelajar luar bandar dan pelbagai lagi..

Rasional projek..

Bantahan ini bukan bermakna kerajaan tidak boleh sama sekali membina projek mega berimpak tinggi seperti ini, tetapi apakah memadai Najib yang belum sampai satu penggal memerintah, yg belum 'matang' untuk menguasai dan memahami hal keadaan ekonomi negara (berbanding ketika era 22 tahun pemerintahan Tun Dr mahathir dahulu), tiba-tiba bercita2 besar mahu membina 'legasi' tersendiri, berangan2 besar ingin menempa nama dlm keadaan rakyatnya yg masih tidak menentu..korang fikir2kan..

Sebelum mengakhiri artikel ini, ada baiknya kalian membaca berita terbaru yang dipetik dari akhbar Kosmo! versi online di bawah..semoga menjadi pengajaran...fikir2kan...


Hasil dari 54 Tahun Merdeka....

Masih ada rakyat Malaysia sendiri hidup bertedup dari panas matahari dan berlindung dari hujan dengan menetap di bawah jambatan....


(HAZMAIN memangku Siti Norafida sambil diperhatikan oleh Siti Faezah di bawah jambatan yang menjadi rumah mereka di Lebuh Raya Besraya, Kuala Lumpur semalam.)

Hidup bawah jambatan

KUALA LUMPUR - Pengguna Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) di sini pasti tidak menyangka sebuah kolong di bawah jambatan yang mereka lalui di situ rupa-rupanya menjadi rumah kepada satu keluarga tiga beranak termasuk bayi mereka yang berusia setahun.

Bersama mereka ialah dua lelaki hidup yang turut merempat, Mohd. Hafiz Abdul Aziz, 30, dari Sepang dan Tan Chee Wah, 44, dari Serdang, Selangor.



Ketua keluarga itu, Hazmain Abdul Jalil, 28, membawa isterinya, Siti Faezah Abu Bakar, 27, dan anak perempuan mereka, Siti Norafida ke bawah jambatan itu sejak empat bulan lalu selepas dihalau dari sebuah rumah kosong yang sebelum itu menjadi tempat mereka berlindung.

Kawasan yang menjadi 'rumah' mereka itu tidak berdinding hanya dilapik dengan kayu sementara untuk mendapatkan bekalan air, mereka terpaksa mencuri air dari paip berdekatan.

Belanjawan hanya sibuk nak buat bangunan 100 tingkat, belanja RM 5 billion nak tunnuk kepada dunia supaya ramai pelancong... sedangkan pada hakikatnya masih ada rakyat yang hidup bawah jambatan...

VIDEO: 1M Malaysian Against 100-Storey Mega Tower



VIDEO: 1Malaysia menolak 1 Menara Warisan Merdeka/ 1Malaysia rejects 1Menara Warisan Merdeka



Tak cerdik juga rupanya 'kuda tunggangan' Umno (SPR) ni...

Posted: 31 Oct 2010 02:29 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Fuh, kalau dekat pembangkang, laju je SPR ni keluar statement, keluar kenyataan bantah, pertikai, kritik, kecam pembangkang...

Kalau berlaku dekat kerajaan Umno/BN, punya la diam menikus..dasar hipokrit perkakas Umno ini...

Najib yang terang2 hulur rasuah 'I help You, You Help Me' masa PRK Sibu hari tu, langsung tak ditegurnya..khairy suatu masa dahulu di kelantan, menaja berpuluh2 buah bas utk pelajar luar Kelantan balik ke kelantan untuk mengundi, langsung tak jadi isu bagi SPR..apa beza taja dengan tiket free bas dgn wang kertas wahai SPR??

Suruhanjaya Penipu Rakyat?

Korang tengok gambar atas tu, punyalah nk menghalalkan keputusan buat hari pengundian pada hari bekerja, dibuat perbandingan dgn PRK Manik Urai hari tu, kononnya walaupun dibuat pada hari bekerja, peratusan keluar mengundi tetap ramai, so tak jadi isu katanya...

"Sebagai contoh, pada pilihan raya kecil Manik Urai yang dijalankan pada hari bekerja, lebih 83 peratus pengundi keluar mengundi tetapi pada pilihan raya kecil Bagan Pinang, yang diadakan pada hari tidak bekerja, peratusan keluar mengundi hanya 70 peratus," -SPR
SPR sedar atau tidak, masa PRK Manik Urai, Kelantan telah ishtihar cuti persitiwa utk seluruh negeri Kelantan?..gara-gara tindakan berat sebelah SPR, negeri kelantan terpaksa ishtiharkan cuti khas utk rakyat Manik Urai keluar mengundi?


"Saya isytihar esok 14 Julai (Selasa) sebagai cuti umum bagi seluruh negeri Kelantan, diambil atas sebab 'Cuti Peristiwa'. Dalam semangat pro demokrasi, kami mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan mendahulukan pencapaian," - MB Kelantan
So pada SPR, jangan marah jika anda di cop sebagai perkakas, barua bagi kerajaan Umno/BN (baca di SINI)..wallahua'lam...



Artikel berkaitan:
- PRK N.45 Galas: SAH! SPR adalah barua dan boneka Umno/BN!!

Gambar-gambar kempen calon PAS, Dr Zulkifli Mohamad..(siri 2)

Posted: 30 Oct 2010 11:57 PM PDT

































p/s: Lagi gambar akan menyusul..

Gambar-gambar kempen calon PAS, Dr Zulkifli Mohamad..(siri 1)

Posted: 30 Oct 2010 11:56 PM PDT

































Tiada ulasan: