Sabtu, 23 Oktober 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


[Kemaskini] Persidangan Agung UMNO, Semua Dangdut Kat KL Penuh Dengan "Orang UMNO"...??

Posted: 23 Oct 2010 07:26 AM PDT



Memetik artikel dari sebuah blog pro-Umno...
GEMPAR Kereta milik exco Pemuda UMNO Malaysia???

terkejut sedang elok jalan-jalan disekitar KL Ternampak sebuah kereta mewah Giler kat sebuah lobi hotel yang berdekatan dengan PWTC

Beragak-agak lah nak datang Persidangan Pakai kereta macam tu
Najib datang PWTC pun naik Proton Perdana je

Heran Bin Ajaib
sumber: http://kerisputera.blogspot.com/2010/10/gempar-kereta-milik-exco-pemuda-umno.html

TERBARU: satu lagi 'berita gempar' yang dicilok dari blog fanatik Umno..sila baca di bawah...
Persidangan Agung UMNO, Semua Dangdut Kat KL Penuh Dengan "Orang UMNO"...??



Wah! Macam dayak dapat senapang ker..? Maklumlah dah berjauhan dengan anak bini…, dah macam trend pulak kalau pegi outstation mesti nak enjoy!

Dengar cerita bila sesi pagi ramai yang datang lambat, sebab malam tadi perwakilan laki2 banyak pegi enjoy, tumpuan of course la ke Dangdut kat KL nie…

Ade member cerita pagi tadi, bila dia dengan geng dari Penang pegi dangdut nie terserempak dengan kawan2 UMNO, bila pegi dangdut yang lain pulak pun jugak ramai "kawan kawan" UMNO….

Hmmmmm enjoy la bang, sesekali…!

sumber: http://lydiausm72.blogspot.com/2010/10/persidangan-agung-umno-semua-dangdut.html

p/s: Buktinya dah dilampirkan..sumber dari blog umno sendiri...kalau penyokong umno tak puas hati, sila 'terjah' blogger umno dahulu...;)

[Kemaskini] Isu IFF: Penulis jawab ketua '40 ulamak muda' Umno...

Posted: 23 Oct 2010 05:48 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Astaghfirullahal-ad'zim...apa nk jadi dengan 'ulamak muda' Umno ini...sanggup mempertahankan Rosmah Mansor semata-mata beliau adalah isteri pemimpin tertinggi parti Umno, sanggup membela (isteri) seorang pemimpin walupun jelas keterlibatan beliau dalam kemungkaran...

Kalau nak bodek pun janganlah sampai membenarkan perkara yang bathil...pada 'ulamak muda' Umno ini, sila baca artikel penuh Dr MAZA di SINI, dan Ust Zaharudin di SINI untuk lebih kefahaman..(atau masih nak salahkan pembangkang apabila kedua2 tokoh agama negara ini (neutral) turut mempertikaikan Rosmah?)

Terang-terang Rosmah terlibat dalam kes ini..utk pengetahuan ketua 'ulamak muda' Umno ini, Malaysia adalah antara 3 negara penganjur untuk IFF ini selain Jakarta dan Monte Carlo..dan 'kuasa' dan pengaruh yg ada pada Malaysia terlalu besar berbanding negara Jakarta dan Monte Carlo..buktinya boleh baca di SINI..

Kerana itulah sebagai muslim kita patut persoal dan membantah pihak penganjur termasuklah Rosmah sebagai penaungnya..bukan sahaja pembangkang, malah terdapat beberapa blogger Umno turut mempertikaikan Rosmah dlm kes ini, antaranya blogger Cucu Tok Selampit:

"Berbalik kepada isu penganjuran Islamic Fashion Festival (IFF), saya menyokong penuh tindakan beberapa ahli parlimen pembangkang seperti PAS MP untuk Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Ghazali, yang meminta Kerajaan supaya mengkaji semula penglibatan Malaysia di dalam IFF kerana bukan sahaja pakaian yang diperagakan ini bertentangan dengan prinsip pakaian Islam lebih malang mereka berani menghina Rasulullah SAW dengan melakarkan nama baginda di pakaian yang sedemikian secara terbalik."
Kalau tak cukup seorang, penulis bawa 3 lagi blogger otai Umno yg tidak bersetuju dan mengecam keras Rosmah Mansor..boleh baca pada tajuk, "Isu IFF: "Kalau ada yang kata Rosmah tak bersalah, mereka adalah ANJING politik!" - Blogger Umno"...

Ternyata puak 'ulamak muda' ini terdesak utk mengambil hati 'tuan' mereka dalam Perhimpunan Agung Umno kali ini..penulis bersetuju dengan Penarik Beca..tittle yang dipegang oleh Rosmah Mansor sebagai PENAUNG IFF cukup kuat utk menyabitkan beliau dengan perkara ini, beliau juga dikira bersubahat dan wajar dipertanggungjawabkan...

"...Adakah apabila perbuatan menghina Islam dianjurkan, penganjur sahaja yang salah? Penaung kepada penganjuran kejahatan menghina Islam itu tak salah sepenuhnya? Menaungi festival hina Islam tidak salah sepenuhnya?!! Punya nak jadi pecacai Umno, fakta pun diputarbelitkan."
Dan penulis ada ulas secara terperinci kenapa Rosmah wajar bertanggungjawab dalam hal ini, sila rujuk di SINI...sila baca sehingga terakhirnya..jika salah, buktikan dan penulis sedia perbetulkan..

Akhir kalam...penulis harap berita ini disebarkan pada khalayak umum..biarkan rakyat yg menilai siapakah geng 'ulamak muda' Umno ini..siapa di pihak yg benar, siapakh yg sebaliknya...utk yg terakhirnya, suka penulis melampirkan kembali artikel seorang blogger pro-kerajaan mengulas mengenai Rosmah Mansor kononnya 'first lady' Malaysia, sila baca di SINI...wallahua'lam...

p/s: Di bawah adalah 'JAWAPAN balas' oleh wakil Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS),
SERTA kenyataan rasmi Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) berkaitan IFF ini...

1. KENYATAAN GAMIS

Kenyataan balas kepada Ulama' Muda Umno

Islamic Fashion Show telah menimbulkan dan meledakkan kemarahan ummat Islam dalam Negara kita. Isu ini dibesarkan lagi bilamana diketahui bahawa isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansur adalah penaung kepada festival tersebut. Tambah menariknya bila Perdana Menteri, Dato' Seri Najib sendiri yang hadir ke majlis berkenaan.

Beberapa siri bantahan dibuat oleh NGO, parti politik, dan orang ramai berkaitan isu ini. Mahsiswa juga tidak ketinggalan, namun amat mendukacitakan bila pihak polis mengambil tindakan awal untuk menghalang bantahan diperingkat mahasiswa yang diadakan semalan, bertempat di Masjid Ar-rahman Kuala Lumpur. Bilangan pihak polis cukup ramai seolah-olah kami ingin membuat rusuhan dikawasan masjid. Kenapa pihak polis dilibatkan dalam isu ini?

Mahasiswa cukup terkilan dengan hujah dangkal seorang ulama' muda UMNO yang mempertahnkan rosmah dalam isu IFF ini. Hujah yang diberikan ialah Rosmah hanya penaung, bukan penganjur. Kalau orang kampung baca kenyataan ini pun cukup lucu kerana penaung kepada sesuatu program itu merupakan orang kuat yang menyokong dan membantu penganjuran majlis berkenaan.

Tambahan pula yang hadir dalam majlis tersebut adalah Perdana Menteri Malaysia yang kononnya boleh menjadi penasihat kepada Barack Obama dalam isu islamophobia.

Selain itu, disebutkan juga ialah soal adab menegur pemimpin. Saya nak Tanya Ulama' muda UMNO ini, Rosmah Mansur ni pemimpin ke? Sejak bila rakyat memilih dia menjadi pemimpin dalam system demokrasi? Apa jawatan dia? Sesungguhnya dia bukanlah pemimpin kami dan mahasiswa tidak pernah mengiktiraf dia sebagai fist lady mahupun apajua pengiktirafan selain hanya seorang isteri kepada perdana menteri.

GAMIS berharap agar ulama' muda ini berfikir panjang sebelum mengeluarkan sebarang kenyatan yang hanya menyerlahkan budaya politik ampu yang ada dalam UMNO. Ulama' muda ini perlu selari dengan hasrat presiden UMNO yang inginkan budaya politik baru dalam parti. Kami bukan berpihak kepada mana-mana parti, namun kita menilai disiplin ilmu dan keabsahan hujah dalam menilai sesuatu isu. Renungan bersama yang kita boleh jadikan iktibar :

Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk bersama mereka, sehingga mereka memasuki perbincangan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Neraka Jahanam. ( An-Nisa : 140)

Jelas, ayat di atas dan banyak lagi, melarang apa jua unsur yang dianggap membantu dan menjayakan lagi agenda maksiat. Maka, kehadiran, sokongan dan penyertaan ke majlis tersebut adalah ditegah oleh Allah. Inikan pula suatu pertunjukan fesyen yang jelas melanggar hukum Allah dan menghina Nabi Muhammad S.A.W yang dicintai.

Mahasiswa hanya ingin dengar permohonan maaf daripada isteri perdana menteri secara terbuka kepada semua umat Islam dan soal taubat itu hendaklah diselesaikan dengan Allah secara terus.

Ahmad Syazwan Bin Muhammad Hasan
Presiden
Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS)

2. KENYATAAN ILMAN

Kenyataan Rasmi ILMAN Berhubung Isu Islamic Fashion Festival

"Umat Islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia baru-baru ini telah dikejutkan dengan satu penganjuran pertunjukkan fesyen yang mana secara jelas telah menghina Islam dan Rasulullah s.a.w.

Pertunjukkan fesyen ini telah menggunakan nama Islam tetapi langsung tidak menepati cara pemakaian Islam bahkan mempamerkan satu tindakan mencemarkan kesucian Islam.

Apa yang dikesalkan adalah penaung kepada pertunjukan fesyen ini yang merupakan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia sendiri iaitu Datin Seri Rosmah Mansor yang beragama Islam.

Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) dengan dukacitanya melahirkan rasa kesal yang tidak terhingga terhadap penglibatan Datin Seri Rosmah sebagai penaung kepada IFF yang juga merupakan seorang muslimah khususnya dan kesal terhadap penganjuran program ini secara umumnya.

Adakah umat Islam belum cukup terhina dengan pelbagai siri pencemaran dan pengkhianatan barat terhadap Islam dengan terbitnya karikatur-karikatur yang menghina Rasulullah s.a.w? Adakah kita puas melihat Islam dipermainkan begitu sahaja dan banyak lagi syubhat-syubhat yang telah dimainkan oleh musuh Islam untuk menghancurkan maruah Islam? ILMAM melahirkan satu kebimbangan terhadap kepimpinan negara yang tidak prihatin terhadap isu ini. Ini secara jelas adalah satu perancangan jahat musuh Islam untuk merosakkan pemikiran umat Islam di mana sahaja mereka berada.

ILMAM dengan ini menyeru kepada seluruh umat Islam untuk membantah dan mencela IFF ini dengan apa jua cara khususnya para ilmuan Islam yang berada dalam kerajaan Malaysia atau parti pemerintah agar turut sama bangkit membantah dan tidak menjadi 'Syaitan Bisu'. Ingatlah firman Allah s.w.t:

"Wahai orang-orang yang beriman kenapah kamu menuturkan apa yang kamu tidak lakukannya? Sungguh besar kemurkaan Allah pada kata-kata kamu yang tidak dikotakan!"(Surah As-Sof:2-3)

ILMAM juga menyeru agar pihak yang terlibat agar segera bertaubat dan tidak lagi mengulangi kemungkaran ini. Setiap individu umat Islam harus berhati-hati dalam setiap tindakan kerana kemungkinan tindakan tersebut akan dikira sebagai perkara yang membatalkan syahadah tanpa disedari walaupun apa yang dilakukan itu tidak berniat untuk menghina.

Semua pihak terutama pihak yang berkuasa haruslah insaf dan sedar akan tanggungjawab masing-masing untuk menjaga agama dan kesucian aqidah Islam. Ingatlah pesanan Baginda Nabi Muhammad s.a.w bahawa Islam itu berada di tempat paling tinggi dan tiada sesuatu pun yang lebih tinggi daripadanya.

Ustaz Mohd Azizul Hisham bin Zulkifli
Presiden,
Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM)

Artikel berkaitan (IFF):
1. [Kemaskini] ISLAMIC fashion via 1MALAYSIA: Kerajaan Umno promosi pakaian Islamik ala jahiliah..(video inside)
2. Bukti 'Festival Fesyen Islam' hina Islam: Penaung FFI Rosmah Mansor harus bertanggungjawab!
3. Isu IFF: "Kalau ada yang kata Rosmah tak bersalah, mereka adalah ANJING politik!" - Blogger Umno
4.
TERBARU (23 OKTOBER) - Festival Fesyen Islam (IFF): Penulis jawab tuduhan blogger Umno...
5. Gambar sekitar demo desak penaung IFF Rosmah Mansor mohon maaf di seluruh negara..(video inside)

Artikel berkaitan Rosmah Mansor:
- 'First Lady' Malaysia adalah Permaisuri Agung Tuanku Nor Zahirah, bukan Rosmah Mansor! - Blogger Umno
- Koleksi entry berkiatan Rosmah Mansor yang mesti anda lihat

Fitnah calon PAS khalwat dengan ibu sendiri: Umno semakin keterlaluan dan biadap!

Posted: 23 Oct 2010 03:02 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Sungguh biadap dan keterlaluan..penyokong jumud Umno sanggup melakukan apa sahaja sehingga melemparkan fitnah kejam terhadap lawannya demi mengejar cita-cita politiknya...

Ini bukan yang pertama...jika anda ingat, mereka penyokong tegar Umno melalui laman forum MYKMU pernah dahulu menuduh seorang Yb muslimat PAS dari Selangor melakukan khalwat dan zina, namun ternyata ianya adalah dusta dan fitnah yang jahat..

Tidak belajar dari kesilapan, kali ini mereka meneruskan kempen menfitnah calon PAS Galas kononnya telah berkhalwat dengan ibunya sendiri..astaghfirullah..di mana kewarasan penganut-penganut tegar Umno ini?...

Setakat ini, blog2 pro-Umno yg pernah menyiarkan artikel fitnah ini masih belum membuat permohonan maaf, jangan pelik sekiranya mereka hanya tersenyum melihat berita ini tanpa sedikit pun rasa kesal dan bersalah, sekurang2nya misi awal mereka telah berjaya....wallahua'lam...


Calon PAS: Tuduhan khalwat fitnah semata-mata

Tidak sampai 24 jam selepas diumumkan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menjadi sasaran media rasmi Umno - Umno Online - yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan 'isterinya' sekarang, Ramelah Mat Jusoh.

Dalam reaksinya terhadap laporan itu, Dr Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu.

Malah, katanya, Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya.
Dr Zulkefli, sebaliknya menjelaskan isterinya bernama Zainab Jalar.

"Fitnah semata-mata, - boleh buat semakan di mana-mana pejabat agama di Kelantan dan seluruh Malaysia," katanya dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Selain mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap berkhalwat, Umno Online juga memperlekehkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mengenakan syarat untuk menjadi calon adalah bukan perokok dengan memberikan gambaran seolah-olan beliau adalah perokok.

"Saya tidak merokok. Semoga Allah mengampuni dosa mereka yang membuat fitnah," kata Dr Zulkefli.

Dr Zulkefli diumumkan sebagai calon PAS oleh Nik Aziz di Gua Musang malam semalam.

Beliau adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008 tetapi tewas.

Berusia 44 tahun, Dr Zulkefli merupakan anak ketujuh daripada 10 adik beradik. Beliau adalah lulusan ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan, Universiti Malaya pada tahun 1992. Dr Zulkefli mengendalikan klinik sendiri di Chiku 3, Gua Musang.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim, berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, dengan mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.

Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman 3,753 undi.

Selain Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, turut hadir di majlis pengumuman calon tersebut ialah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang atau 16.35 peratus. - MK

Tiada ulasan: