Selasa, 12 Oktober 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Akibat biadap dan 'khianat': Istana Kelantan lucut gelaran ‘Datuk’ Ibrahim Ali

Posted: 12 Oct 2010 10:25 PM PDT



Oleh: Pria Malaya

Penulis yakin, bukan sahaja Ibarahim Ali, bahkan PERKASA dan pejuang fanatik Melayu Umno turut terasa malu yang teramat sangat dengan berita penarikan balik gelaran Datuk ini..kononnya pejuang Melayu, tetapi tidak diiktiraf oleh kesultanan Melayu..sungguh hina lagi memalukan..

Mungkin ini balasannya terhadap kerja biadap dan khianat Ibrahim Ali selama ini..

Apakah akan wujud kecaman dan bantahan dari penyokong Ibarahim Ali dan PERKASA terhadap Istana dan institusi beraja? bagi penulis, tidak kurang cercaan dan fitnah akan dilontarkan terhadap kesultanan kelantan termasuk kerajaan negeri kelantan nanti....sama-sama kita saksikan dan ambil perhatian..

Apapun berita sebegini pastinya membuatkan pemimpin dan penyokong MCA gembira dan gelak besar...boleh lihat kecaman dan kutukan MCA terhadap Ibrahim Ali dan PERKASA di SINI...wallahua'lam..


Istana Kelantan lucut gelaran 'Datuk' Ibrahim Ali



KUALA LUMPUR, 13 Okt — Istana Kelantan menarik balik pingat "Datuk" yang dikurniakan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkuat kuasa hari ini.

Ia diumumkan hari ini.

Turut dilucutkan gelaran Datuk ialah bekas setiausaha kerajaan negeri Wan Hashim Wan Daud.

Pengelola Istana Datuk Abdul Halim Hamad memberitahu The Malaysian Insider bahawa Sultan Muhammad V melucutkan gelaran kedua-dua merekam

Wan Hashim sebelum ini mendakwa sebagai setiausaha sulit kepada Sultan Ismail Petra ketika krisis Istana Kelantan.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider Ibrahim sudah dimaklumkan mengenai keputusan itu dan beliau menerimanya dengan terbuka.

"Datuk Ibrahim Ali tak kecewa. Dan, beliau berkata akan terus melahirkan kesetiaan kepada baginda Sultan," katanya. - TMI

Artikel berkaitan:
- GEMPAR! Umno kecut: MCA semakin lantang kutuk PERKASA!

[Terkini] GEMPAR: Lagi skandal menteri Umno di bongkar..kini skandal melibatkan jumlah RM 1 bilion!

Posted: 12 Oct 2010 11:08 AM PDT



Memetik artikel dari blog 'Rocky's Bru'..
Who gets Santa Rais' RM1 billion handout?

Christmas is stll over two months away but the talk is Santa is already in town in the form of Rais Yatim, our Information + Telco ministry. How much? Close to a billion ringgit, courtesy of existing telco players, including Telekom Malaysia. The money will go to three out of nine companies which have been awarded licences to operate Wimax and 3G. Why three companies? Dunno. Which three? Dunno, but Big Dog heard some disturbing rumor about a Minister's son being part of the nine, or three. There's also talk about a D-G's son or KSU's son being involved. But talk is cheap and gets cheaper by the day. The business site T n T also has the story, here.
Sementara blog 'bigdogdotcom' dahulunya mendedahkan...
...However only three out of the nine companies bidding would benefit from this grant. The three is not ascertained yet at this time.

One damning rumour that looms with this is that a close family member of the minister-in-charge Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim has been associated in lobbying for part of the grant for one of the operators bidding. This cannot be true as Dr Rais is a respected senior member of the Cabinet and has been around in the Federal Government since third Prime Minister Tun Hussein Onn's time (with the exception of the interegnum period between 1987 – 1999). If this rumour is true, then it would be a scandal which Prime Minister Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak is gravely unable to afford.

The right way to do this is transparency. The industry is very small. Any movements would be known. More over if it involves grants which are RM hundreds of millions.

Favourtism would simply be detected almost automatically. How the grants would be awarded would create negative perception. It is imperative that the delivery of the 2.6GHz spectrum is done properly to the parties who are deserving and able to follow it through. The challenges arisen from technological, commercial and growth demands for the 100Mbps service will determine how the high value economy that PM Najib's New Economic Model grand plan is able to be realised. At this point, confidence is very important. Communications is one of the National Key Economic Area focused by the Federal Government.

After all, transparency is what PM Najib promised when he assumed the premiership from PM 'Flip-Flop' Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi on 28 March 2009. Corruption is one of the National Key Result Area which PM Najib's leadership has to follow through.
*baca selengkapnya di SINI..

TERBARU: Rocky : Blogger UMNO BN Boikot Galas dan Batu Sapi? (Neutral Daily)


p/s: Pendedahan ini telah dibuat oleh blogger yang pro-Umno..jika dakwaan ini terbukti benar, maka ia bukan sesuatu yg pelik dan mengejutkan..lumrah dari dahulu sehingga kini pemimpin Umno dan skandal/rasuah/penyelwengan tidak dapat dipisahkan...

Adapun jika pendedahan ini tidak benar, maka ia menunjukkan blogger Umno juga adalah antara agen penyebar fitnah, bukan sahaja terhadap pembangkang, tetapi kepada pemimpin mereka sendiri..fikir2kan...;)


Barisan Nazak (BN): Lebih ramai ahli Gerakan keluar parti dan akan sertai Pakatan Rakyat

Posted: 12 Oct 2010 10:29 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Umpan Najib/Umno merasuah berbilion ringgit kepada orang Cina demi mendapatkan sokongan politik ternyata gagal sama sekali...setelah MCA dihambat masalah dalaman, Gerakan pula dilihat semakin lesu dan layu..semakin ramai keluar parti dan sertai Pakatan Rakyat...

Baca kekecewaan penyokong/blogger tegar Umno terhadap Najib di SINI..betul lah kata Ibrahim Ali sebelum ini, Umno kini dikuasai (barua) parti Cina, Umno diperbodoh oleh MCA dan Gerakan, bertepatan dengan 'sifat' Umno, mudah menipu dan ditipu..fikir2kan..wallahua'lam..


Lebih ramai ahli Gerakan akan sertai Pakatan, PCM

Mesyuarat agung luar biasa (EGM) Gerakan Pulau Pinang yang berakhir Ahad lalu dilihat masih belum meredakan krisis kepimpinan parti itu. Ia berikutan beberapa bahagian yang tidak berpuas hati, mengugut untuk menyertai parti lawan.

Menurut bekas naib presiden Gerakan, Huan Cheng Guan, parti yang baru ditubuhkannya, Parti Cinta Malaysia (PCM) telah didatangi oleh beberapa ahli Gerakan yang bercadang membubarkan bahagian mereka kerana tidak berpuas hati dengan keputusan EGM berkenaan.

EGM pada 10 Oktober lalu memutuskan bahawa lebih separuh daripada 322 perwakilan yang mengundi menyokong Datuk Dr Teng Hock Nan kekal sebagai ketua Gerakan Pulau Pinang. Beliau menang dengan kelebihan 29 undi, manakala 145 perwakilan mahu Teng dilucutkan jawatannya. Terdapat satu undi rosak.

Di sebalik kemenangan Teng, ada perwakilan yang berpendapat rasa tidak puas hati terhadap mereka yang mahu beliau dipecat diberikan tumpuan khas agara pembaharuan dapat dilakukan.

Huan yang sekarang ini adalah naib presiden PCM berkata beberapa pemimpin peringkat bahagian dan cawangan juga telah menyatakan minat mereka untuk menyertai Pakatan Rakyat atau PCM.

Antara mereka, dakwanya adalah Kebun Sireh yang bercadang membubarkan bahagiannya bagi membolehkan ahlinya menyertai PKR manakala ahli bahagian Bukit Tengah pula dikatakan berminat menyerati DAP.

"Lebih banyak bahagian akan mengambil tindakan yang sama dan membubarkan bahagian masing-masing dan anggota mereka akan menyertai PCM. Orang yang patut dipersalahkan ialah diri Teng sendiri, kerana mengamalkan politik berpuak-puak," Kata Huan.

Ketika dihubungi, ketua bahagian Kebun Sireh, Sim Chooi Kung mengesahkan anggota bahagiannya bercadang meninggalkan Gerakan kerana tidak berpuas hati Teng kekal ketua parti itu meskipun mereka mengundi menentangnya.

Menurut Sim, anggota Kebun Sireh yang dianggarkan berjumlah 250, bebas menyertai mana-mana parti tetapi kebanyakan mereka memilih PKR, meskipun parti itu tidak mempunyai bahagian di kawasan itu.

"Kami bercadang letak jawatan beramai-ramai dan menubuhkan bahagian PKR yang baru. Ahli akan bermesyuarat minggu ini sebelum kami mengumumkan keputusan rasmi," katanya.

Ketua bahagian Bukit Tengah Lee Nam Sim pula keberatan untuk mendedahkan rancangan pembubaran bahagian itu tetapi memberitahu mereka akan bermesyuarat dalam sehari dua ini bagi membincangkan tindakan susulan.

"Selepas berbincang, kita akan membuat keputusan rasmi," kata Lee.

Sementara itu, Teng berkata beliau tidak mempunyai maklumat berhubung desas desus ada bahagian yang mahu meninggalkan Gerakan berikutan EGM berkenaan.

"Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi. Saya juga tidak akan memanggil untuk bertanyakan mengapa mereka mahu meninggalkan Gerakan. Kita akan lihat apa yang terjadi selepas ini," katanya ketika dihubungi.

Adalah dipercayai ketua bahagian Kepala Batas Gerakan Jeffrey Beh meletakkan jawatannya hari ini bersama 300 penyokongnya. - MK

Berita terdahulu...

Terkini Dan Gempar - 1000 Ahli MCA Serta PKR

Pengerusi MCA bahagian Bukit Bintang Datuk Dr Lee Chong Meng (gambar) mengumumkan keputusan beliau untuk keluar dari parti itu dan dengan rasminya menyertai PKR, disertai 1000 Ahli2 MCA.

Lee, yang popular dengan panggilan "doktor ayam" berkata beliau sudah menghantar surat perletakan jawatannya dari parti kepada ibupejabat MCA tengah hari semalam selepas beliau kembali dari luar negara.

Lee ketika dihubungi di Kuala Lumpur, semalam berkata pada mulanya memang beliau keberatan untuk meninggalkan parti.

"Namun apabila presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membuat pengumuman yang saya akan digantung keanggotaan atas tuduhan menyalahguna peruntukan kerajaan, saya memutuskan sudah tiba masaya saya tinggalkan parti," katanya.

Lembaga Disiplin MCA sebelum ini mencadangkan supaya keaggotaan Lee digantung selama tiga tahun atas dakwaan beliau menyalah guna peruntukan yang diberikan kerajaan pada 2008.

Khabar angin mengenai penyertaan Lee dalam PKR sudah bermula sejak Jun lalu apabila beliau mengaku ada mengisi borang permohonan keanggotaan parti itu, namun tidak menandatanganinya.

Lee menafikan beliau menyalah guna peruntukan kerajaan pada 2008, dan menjelaskan bahawa peruntukan RM60,000 itu adalah untuk aktiviti Tahun Baru Cina di mana beliau sendiri mengeluarkan belanja RM40,000 untuk menjayakan acara bagi aktiviti itu. - Cina Islam

Isu air Kedah: ADUN Umno pun sokong MB Kedah, penyokong totok Umno terkedu tak boleh buat isu..

Posted: 12 Oct 2010 10:10 AM PDT



ADUN Kuala Nerang Pertahan Sokong MB Kedah

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim bersedia pada bila-bila masa untuk dipanggil memberi penjelasan kepada pimpinan UMNO negeri berhubung kenyataannya menyokong Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam isu air yang mencetuskan kontroversi sejak minggu lalu.

Syed Sobri yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap berkata, beliau juga bersedia untuk menjawab mengenai tindakannya mengkritik Ketua Pemuda UMNO Kedah, Badrol Hisham Hashim yang mendesak Azizan meletak jawatan jika isu itu terus berlarutan.

"Kenyataan saya mengenai sokongan kepada Menteri Besar hanya berhubung isu laporan kepada SPRM, bukannya menyentuh mana-mana parti politik atau untuk kepentingan peribadi.

"Saya bercakap demi kepentingan rakyat dan saya bersedia pada bila-bila masa untuk memberikan penjelasan kepada Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal jika dikehendaki berbuat demikian," katanya.

Syed Sobri berkata, beliau akan tetap mempertahankan kenyataan itu yang dianggap tidak melanggar disiplin parti.

"Saya sedia dihukum jika didapati bersalah namun saya akan tetap mempertahankan kenyataan yang saya buat demi kepentingan rakyat," katanya.

Sementara itu, kata Syed Sobri, isu kenaikan tarif air perlu dilihat secara positif sebagai kempen agar rakyat lebih sedar akan kepentingan air dan menggunakannya dengan bijak.

"Kita belum lagi terima bil untuk bulan ini bagi melihat sejauh mana kesannya, bagaimanapun saya akan membuat semakan Januari depan bagi menilai kualiti perkhidmatan air yang disalurkan Syarikat Air Darul Aman (Sada) kepada rakyat selepas kenaikan tarif air.

"Jika masih ada kawasan yang terputus bekalan air atau menerima air yang tidak bersih, keputusan Sada menaikkan tarif air wajar dipertikaikan," katanya.

Syed Sobri berkata, Sada wajar diberikan peluang untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan seiring dengan kenaikan tarif air.

Ditanya mengenai maklum balas yang diterima selepas beliau membuat kenyataan menyokong Azizan, Syed Sobri berkata, ramai juga yang menyokong kenyataannya itu termasuk pemimpin UMNO.

"Yang marah, mungkin mereka tak baca kenyataan saya itu dengan teliti sehingga habis. Kalau faham, mereka takkan marah," katanya. -SH

PANAS: Umum tanggung semua bil sekolah Cina - Blogger Umno kecam Najib

Posted: 12 Oct 2010 01:02 AM PDT

Oleh: Pria Malaya

Di kala kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengumumkan buku teks agama percuma kepada rakyatnya yang beragama Islam (boleh baca di SINI), Najib pula sempena mengambil hati penyokong Cina MCA, beliau telah mengumumkan seluruh utiliti bill bagi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina akan ditanggung oleh kerajaan Barisan Nasional..

Sesungguhnya kita tidak hairan dengan percaturan politik perkauman Najib ini..masihkah anda ingat bagaimana dlm keadaan terdesak di PRK2 sebelum ini seperti pada PRK Sibu dan PRK Bagan Pinang..demi kuasa dan sokongan bukan Melayu, Najib sanggup memberi umpan projek dan wang (rasuah) kepada mereka dlm angka yang jauh lebih tinggi..



(Gambar 1: Najib Tun Razak menyampaikan replika cek bernilai RM5 juta kepada Tiong Hiew King sambil diperhatikan Robert Lau Hui Yew pada majlis ramah mesra dengan persatuan sekolah Cina di Sibu sempena PRK Sibu..)


(Gambar 2: Muhyiddin Yassin telah memberi peruntukan RM 900,000 kepada sekolah Cina di Port Dickson semasa kempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan..)

Kita tidak marah dengan peruntukan dan pengihstiharan yang dibuat oleh Umno/BN ini, semuanya utk membantu rakyat..tetapi kita bangkitkan persoalan ini kerana bila ianya dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat, pelbagai tuduhan dan cercaan dihemburkan terhadap pimpinan PR kononnya barua DAP, pengkhianat negara, lebihkan bangsa bukan Melayu dan sebagainya..

So, fikir-fikirkanlah...betapa hipokritnya perjuangan mereka..seperti biasa, PERKASA tidak akan berdemontrasi kerana ianya dilakukan oleh Umno/BN, apatah lagi pemuda tahan lasak Umno...dibawah, disertakan artikel oleh blogger Umno (melayupasirgudang)yang menyesal dengan sokongan yg diberikan kepada Najib apabila dilihat bermuka-muka dengan orang Cina melebihi bangsanya sendiri..


UTILITI BILL SRJK CINA AKAN DI TANGGUNG SEPENUHNYA OLEH KERAJAAN BN

Perhimpunan Agung MCA hari ini berjaya dalam usaha mereka untuk memperkasakan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, bilamana kerajaan Barisan Nasional telah bersetuju untuk menanggung semua perbelanjaan utiliti sekolah tersebut. Tahniah kepada PM Najib yang begitu perihatin dan pemurah kepada masyarakat cina di negara ini.



Tahniah juga kepada PM Najib yang telah "meminda" buku sejarah dengan mengiktiraf kaum cina negara ini bukan lagi sebagai kaum pendatang sebaliknya adalah kaum atau masyarakat yang "setia" kepada negara. Buktinya kerana kes wanita bogel dalam tahanan polis suatu hari dahulu, menteri kerajaan terpaksa mengadap pemerintah negara cina untuk menjelaskannya.

PM Najib, kamu juga perlu lakukan perkara yang sama kepada Masyarakat India, SRJK(Tamil) juga perlu di biayai bil-bil utilitinya, Buku sejarah Melayu perlu di pinda agar masyarakat India di baca sebagai masyarakat yang wujud dari ladang Gadong Banting Selangor bukan masyarakat yang datang dari India. Mereka adalah juga masyarakat yang "setia" kepada negara, buktinya dalam kes Hindraf Raja kaum India di Malaysia (yang dah nak turun takhta Januari 2011 nanti) terpaksa mengadap Raja di India untuk menjelaskannya.

Pak Najib apa hal dengan bil-bil utiliti untuk Sekolah Agama Persendirian, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Kerajaan Negeri, Sekolah Agama Pondok. Tak kan sekolah nie semua tak guna utiliti seperti Air, Api, Talipon dan Internet? Tak kan buku Sejarah Melayu telah di tukar lagi dengan mencatitkan orang -orang Melayu bukan masyarakat asal negara ini sebaliknya adalah pendatang yang masih lagi tidak setia kepada negara Malaysia kerana Tanah Melayu telah hilang di dalam peta dunia?.

Tuk Najib, MPG menulis artikel ini bukan dengan nawaitu menimbulkan isu perkauman atau menjolok isu perkauman, sebaliknya merasakan bahawa Datuk Seri lah yang memulakan perkara ini. Pendapat MPG yang buta huruf ini, sepatutnya PM 1 Malaysia ini berusaha untuk menyatukan seluruh masyarakat dan kaum dalam negara ini melalui mekanisma perpaduan yang sangat halaus iaitu dengan memperkasakan "SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA". SATU BUDAYA UNTUK MALAYSIA, SATU BAHASA UNTUK MALAYSIA. Lihat siapa yang setia kepada Negara tercinta Malaysia ini.

Ingatan MPG kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, jangan lah DS menjadi salah seorang pemimpin yang "cakap tak serupa bikin". Dalam perhimpunan NGO Melayu baru-baru ini di Ampang DS mengingatkan agar kuasa yang ada di pegang kuat seumpama memegang hulu keris agar tidak tercabut, tetapi di dalam perhimpunan MCA ini DS seolah-olah memberikan sedikit kuasa itu kepada kaum lain untuk di kongsikan bersama. Ingatlah adat dan Pantang Pahlawan Melayu kita. Pantang derhaka kepada Bangsa dan Agama.

Datuk Seri Najib orang Melayu dah lama bertanyakan kepada Pemimpin Melayu yang ada kuasa, kenapa kawasan majoriti Melayu tetapi wakil rakyat masih orang bukan Melayu?. Wakil rakyat adalah utiliti rakyat, salah ke atau susah ke untuk tunaikan hajat orang melayu di kampung-kampung dan kawasan luar bandar hendakkan UTILITINYA yang sama sebangsa dan seagama agar dapatlah nanti menyarahkan bantuan dan ber tazkirah bersama-sama rakyat di dalam surau-surau dan masjid-masjid.

Untuk generasi ku akan datang maafkan atuk kau ini kerana hanya mampu menulis di blog ini sahaja. - Blogmelayupasirgudang

Artikel berkaitan:
- AWAS: Pakatan Rakyat boleh kalah di Galas di sebabkan faktor ini!..(video inside)

Tiada ulasan: