Sabtu, 2 Oktober 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


MEMALUKAN: 'Tok guru' Umno memakihamun dan meroyan dalam ceramah 'DAP anti Islam'..(video inside)

Posted: 02 Oct 2010 07:49 PM PDT



Oleh: Pria Malaya

Anda tahu kenapa penyokong fanatik Umno tidak memuatturun (download) video ceramah DAP ANTI ISLAM yg diadakan di Besut Terengganu semalam?..anda tahukah kenapa Umno tidak beria2 menyebarkan rakaman video ceramah pemimpin Umno di Besut semalam seperti lazim mereka lakukan sebelum ini?

Jawapannya ialah kerana mereka turut terasa malu dan hina, seorang yang mereka hormat sebagai ustaz lebih banyak memaki hamun dan mencarut di atas pentas secara bertalu-talu, bahkan banyak kenyataan angkuh lagi sombong dikeluarkan oleh penceramah tegar umno ini ceramah semalam..sungguh memalukan, kerana bencikan DAP, PAS di makihamun..

Yang pelik, yg menjadi sasaran makihamun para penceramah parti pekauman Umno ini adalah PAS dan Tok Guru Nik Aziz, bukannya DAP...fikir2kan...wallahua'lam..


Kenapa 'Tok Guru' ni suka sebut gilo - Dr Azman Ibrahim

Seumur hidup saya tidak pernah menghadiri sebarang program ceramah Umno dan tidak pernah berminat untuk curi-curi dengar 'kelentong' penceramah-penceramah upahan mereka. Tapi semalam ketika dalam perjalanan pulang dari menyampaikan kuliah Maghrib dan menziarahi kematian di Jabi, hati saya tergerak untuk berhenti seketika di hadapan Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh, lokasi ceramah Umno yang kalau mengikut poster yang tersebar bertajuk 'DAP Anti Islam'. Entah apa relevannya tajuk ini sedangkan Besut yang menjadi lokasi ceramah ini tidak mempunyai walaupun setengah cawangan DAP.



Tambahan pula Najib sendiri menawarkan diri kepada Obama untuk mengatasi masalah Islamophobia, tiba-tiba Idris Jusoh menganjurkan ceramah untuk mengapi-apikan sentimen agama dan menyemai kebencian kepada penganut agama lain. Penceramahnya: Idris Jusoh, Alwi Che Ahmad dan seorang yang bernama Abdullah Sa'amah. Saya tidak mengenalinya walaupun dikatakan dia Tok Guru Pondok Genting, Tumpat.

Pernah terlihat nama dan gambarnya bersama-sama pemimpin-pemimpin Umno di poster-poster ceramah anjuran Umno Kelantan tetapi saya tidak begitu ambil pusing. That's not my business. Ketika saya tiba 'Tok Guru' ini sedang berceramah.

Entah berapa 'upah' yang diterimanya malam tadi (1 Oktober) sehingga begitu bersemangat sekali 'Tok Guru' ini berceramah diiringi paluan gendang oleh budak-budak Umno (saya tak pasti pemuda atau putera Umno yang berbaju lambang dacing memenuhi satu kanopi sebagai pasukan sorak dan gendang). Di atas pentas kelihatan beberapa pemimpin Umno tempatan tersenyum kelat dan tertawa, entah kerana lucu atau mentertawakan hujah-hujah dangkal penceramah upahan ini.

Trade mark kepada penceramah ini adalah perkataan 'gilo' (gila). Tak kurang dari 30 kali perkataan 'gilo' diulanginya untuk mengutuk PAS dan PKR. "Baso gilo", "puak-puak gilo", "jenis gilo", "orang gilo", "Nik Aziz gilo", "gilo nok jadi PM", "menate gilo", "kena masuk hospital gilo", "penyakit gilo", "pemimpin gilo" dan macam-macam lagi jenis 'gilo' yang diulang-ulang sebut. Sehingga saya mari terfikir, gilakah 'Tok Guru' ni?

Rupanya benar sebagaimana pernah dikhabarkan seorang sahabat dari Dewan Pemuda PAS Kelantan bahawa 'Tok Guru' ini pernah 'berfatwa' dalam satu ceramahnya di atas pentas Umno di Tumpat. "Tuan-tuan sokonglah Umno. Ambo beri jaminan siapa yang sokong Umno, dia akan selamat dunia akhirat." Begitulah taksubnya 'Tok Guru' ini dengan Umno. Semalam dia kata "kita kena lawan puak-puak gilo ni (PAS dan PKR). Melawan puak gilo ni adalah jihad di jalan Allah. Nik Aziz kalu tak pandai memerintah, turun! Kalu tak dak ore nak ganti, biar ambo ganti. Ni Tok Guru Haji Loh, Tok Guru hok Sengoti," ujarnya angkuh. Sekali lagi terdetik di hati saya, gilakah 'Tok Guru' ni?

Malangnya Umno, kerana terpaksa mempergunakan khidmat manusia sebegini untuk meraih sokongan. Saya cuba meneliti kalau-kalau ada hujah beralaskan fakta yang dikemukakan, tapi ternyata sekadar tin kosong, yang menggambarkan butanya penceramah ini dengan fakta sebenar atau dia sengaja membutakan mata demi RM yang mengalir ke dalam poketnya.

Intipati ceramahnya cuba untuk menggambarkan khianatnya PAS dan PKR bersekongkol dengan DAP untuk menghakis hak orang Melayu Islam di Negara ini. "Puak-puak ni memang gilo, beri tanah kepada orang Cina, bantuan kepada Sekolah Cina. Sekolah Melayu bakpo tak bantu. Kita nak kata apa lagi kalu bukan kerja gilo." Seranah 'Tok Guru' ni lagi disambut paluan gendang dan tepukan hadirin.

Mungkin tak sampai maklumat kepada dia, Umnolah yang bertanggungjawab menghentikan bantuan kepada sekolah agama rakyat (SAR). Kerajaan Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab memberikan semula bantuan kepada SAR termasuklah Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng yang dikatakan kerajaan kafir harbi. Masih saya ingat, Saudara Misbah, bekas Setiausaha Politik MB Perak memaklumkan bahawa Datuk Ngeh Kho Ham, Pengerusi DAP Perak telah mencadangkan di dalam satu mesyuarat Exco supaya diluluskan pemberian tanah 100 ekar kepada Pondok Pok Teh, Pengkalan Hulu supaya boleh diusahakan dan menjadi sumber ekonomi kepada pusat pengajian Islam ini.

Sedangkan Allahyarham Pok Teh, Tok Guru Pondok ini yang telah kembali ke rahmatullah beberapa hari lepas telah belasan tahun memohon tanah tersebut dari kerajaan Umno tetapi tidak dilayan, padahal Pok Teh adalah ahli Majlis Fatwa Negeri Perak. Di samping kerajaan PR Perak telah memberikan hak milik Tanah kepada orang Cina, penduduk Kampung Baru yang dah hampir 2 generasi tinggal di situ tanpa dapat hak milik, Kerajaan PR Perak juga telah mengurniakan hak milik tanah kepada orang Melayu di Kampung Tersusun dengan jumlah yang jauh lebih banyak berbanding kepada orang Cina.

Buku Sejarah Melayu Tingkatan Lima dibawanya dan ditunjukkan kepada hadirin, "inilah dia rujukan Perlembagaan Malaysia yang telah dipertahankan oleh Umno puluhan tahun tapi dirosakkan oleh DAP, PAS dan PKR." Disambut dengan tepukan dan paluan gendang pemuda Umno. Saya sekadar ketawa di dalam hati. Kenapa Idris Jusoh tak bekalkan dia buku Perlembagaan yang sebenar walaupun sekadar untuk ditunjukkan kepada hadirin sebab kalau baca pun belum tentu dia boleh faham.

"Pemimpin Umno adalah Hang Tuah yang mempertahankan orang Melayu, DAP ni kafir harbi yang menentang Negara Islam. Pemimpin DAP kata, nak tubuh Negara Islam, langkah mayat dia dulu! Gilonya pemimpin PAS sehingga baca doa untuk orang kafir harbi dalam khutbah Jumaat. Memang gilo sungguh!" ujarnya, mungkin merujuk kes doa untuk YAB Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat di Pulau Pinang yang dah diperjelaskan secara panjang lebar, bagaimana hukum berdoa untuk orang bukan Islam dan dah lama selesai.

Saya tidak berminat untuk mengulanginya lagi. "Kalu kita lok (biar) negara kita kepada puak-puak gilo ni, jawabnya orang Melayu akan jadi serupa Melayu Singapura. Hilang dari muka bumi." Akhir sekali dia 'berwasiat'. "Kita kena beri sokongan padu kepada Datuk Seri Idris, Datuk Abdullah Mohd Zain dan pastikan puak-puak gilo ni tak dapat walaupun satu undi dalam pilihanraya akan datang."

Astaghfirullah, begini sekali rendahnya akhlak dan peribadi 'Tok Guru' ni dan butanya dia dengan maklumat semasa. Nak banding dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz yang dikatakannya 'gilo', jauh bumi dengan langit.

Moralnya, hinanya manusia yang menjadi penjilat kebatilan.


Sumber: http://drazmanibrahim.blogspot.com

VIDEO: Umno Amat Memalukan dan Biadap



Petanda apa bila semakin ramai pemimpin Umno/BN 'hentam' Utusan Malaysia?

Posted: 02 Oct 2010 07:31 PM PDT



Ketua Menteri YB Fatimah Abdullah (ADUN Dalat) menyelar akhbar Utusan kerana menyiarkan artikel kontroversi tentang kepimpinan Pehin Sri Taib Mahmud.... - The Star (1 Oktober 2010)



Artikel berkaitan:
1. RTM terima arahan lisan: Siarkan hanya hujah rasmi (bukti bergambar)
2. Penerbit ntv7 Letak Jawatan Bantah Campurtangan Rosmah (Greenbox)
3. Lagi bukti Umno/BN salahguna media: Penerbit TV dakwa campurtangan politik!
4. "Kebebasan media tidak ada di Malaysia, sudah mati!" - Bekas Pengarang Utusan Melayu..(video inside)

Gambar 2 Tok Guru bertemu dengan pemimpin Hamas di Rusila

Posted: 02 Oct 2010 09:46 AM PDT



"Mengadakan pertemuan dengan pimpinan HAMAS di rumah YB Tuan Guru Presiden PAS sebelum menyampaikan ceramah" - FB 'Nik Abdul Aziz Nik Mat'

Batuk dan Selsema: Dr Mahathir dimasukkan ke hospital di Melbourne..

Posted: 02 Oct 2010 02:59 AM PDT



MELBOURNE, 2 Okt — Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke sebuah hospital di sini malam tadi bagi rawatan "batuk dan selesema".

Beliau kini sedang berehat di Hospital Epworth.

Dalam jawapan melalui SMS, pegawai khas Dr Mahathir, Sufi Yusof mengesahkan bekas perdana menteri dimasukkan ke hospital itu untuk rawatan bagi selesema dan batuk.

Dr Mahathir (gambar), 85, tiba di sini beberapa hari lepas untuk berucap pada seminar mengenai pembangunan manusia anjuran Kelab Umno Australia Melbourne di University of Melbourne hari ini.



Beliau dijadual berkongsi pandangan dan pendapatnya mengenai topik "Are We Ready for 1Malaysia: Does Race Still Play A Part?" (Adakah Kita Bersedia Bagi 1Malaysia: Adakah Bangsa Masih Memainkan Peranan).

(1 Malaysia ialah prinsip yang digariskan untuk membina sebuah negara yang bersatu dan progresif pada Abad ke-21 melalui pemupukan semangat dan nilai kekitaan tanpa mengira bangsa dan agama.)

Sejurus sebelum seminar itu bermula, juruacara majlis mengumumkan Dr Mahathir tidak dapat hadir pada majlis itu yang beliau (Dr Mahathir) nanti-nantikan dan sedih kerana tidak dapat berbuat demikian.

Beliau telah meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed untuk berucap pada seminar itu bagi mewakilinya.

Dr Mahathir menjalani pembedahan pintasan koronari di Hospital Besar Kuala Lumpur pada Januari 1989 dan menjalani pembedahan kedua di Institut Jantung Negara pada September 2007.

Walaupun sudah berusia, Dr Mahathir, yang merupakan penasihat syarikat pengeluar kereta nasional Malaysia, Proton dan perbadanan minyak Negara Petronas, sering ke luar negara untuk menghadiri persidangan antarabangsa berikutan beliau terus menjadi pilihan pihak penganjur untuk menyampaikan syarahan pada majlis tempatan dan antarabangsa. — Bernama

Statistik Pilihan Raya Kecil selepas PRU-12: PR = 8, BN = 3....

Posted: 02 Oct 2010 02:33 AM PDT



Pilihan Raya Kecil ke-12 ????..(insyaAllah PAS (PR) menang...)

Tahniah kerajaan Kedah: Kedah terima pelaburan asing tertinggi di Malaysia, lebih 15 billion!

Posted: 02 Oct 2010 12:46 AM PDT



TAHNIAH!! KEDAH merupakan negeri yang menerima pelaburan asing yang tertinggi di Malaysia, lebih kurang RM1.5 billion..- MIDA

Hijau Kuning Negeriku: Tahniah!

Baru-baru ini waktu menghadiri Jamuan Hari Raya anjuran KHTP di Kulim Hitech - ramai sungguh yang hadir, YB Amirudin pun ada nampak mai.

Di celah-celah tu saya ternampak sorang sahabat lama. Dulu dia kerja kat sebuah kilang industri, kat belah Penang/Prai kalau tak silap, sorang jurutera, orang atas dan berpangkat jugak rasanya.

Bila nampak dia, terus saya pi tegoq, awat dia boleh ada kat situ...Dia habag kata, dia tak kerja kat tempat lama dah. La dok kerja dengan anak syarikat kerajaan negeri kat KHTP ini, dia kata "depa minta tolong mai bantu anak syarikat kerajaan negeri ni, saya mai la!".

Fuh! saya respek sungguh kat dia sebab sanggup berenti kerja yg dah secure dan terjamin dgn syarikat MNC tu, mai kerja dgn syarikat milik kerajaan negeri - yg semua org tau kalau PAS kalah PRU13 di Kedah nanti, dengan dia-dia sekali boleh bungkuih pi.



Bila saya tengok sahabat saya ni, saya teringat 2 org lagi sahabat saya - golongan professional dlm sektor industri juga - yg mengorbankan kerjaya depa di syarikat-syarikat MNC antarabangsa itu, kini bersama-sama dengan dua buah lagi perbadanan yang ada kaitan dengan anak syarikat kerajaan Negeri bagi membantu mempastikan negeri KEDAH di bawah pemerintahan PAS ini akan terus cemerlang ke puncak jaya.

Salah seorangnya adalah bekas Jurutera Process di sebuah kilang di Kulim Hitech dan sorang lagi bekas QA Engineer di sebuah kilang Jepun di Sungai Petani, Kedah.

Hebat depa ni - sebab tak mcm depa - saya dengan jumlah anak dah nak masuk 9 ini - rasa tak berapa berani nak ambik risiko mcm tu.

Mungkin kerana ada orang-orang mcm depa ini kot, maka hari ini Pelabur-Pelabur Asing makin yakin dengan iklim pelaburan di Kedah khususnya di area Hitech ini.

Waktu dok sembang dengan salah seorang org kuat KHTP waktu jamuan aidilfitri hari itu, bila saya tanya pasal tulisan-tulisan dlm blog yg menghentam pentadbiran KHTP, dia ada habag kat saya, dia kata KHTP zaman PAS ini jenis tak suka heboh-heboh apa depa buat, biarlah org nampak results dia saja. Memba ini habag, dia kata org mungkin tak tau, dlm dok kena hentam tu pun, Nu Ada 3 Pelaburan Baru tengah dok Q nak masuk mai!!

Syabas KHTP!

Opps, lupa nak habag, tujuan saya menulis ini sebenarnya adalah sebab nak ucapkan Tahniah kpd kerajaan negeri Kedah, sebab sejak broadband saya prob ini lama dah tak bukak internet, tadi bila baru dpt access internet, masuk blog Kedahlanie ada dimuatkan petikan dari laman MIDA (seperti terpampang di bawah) yg intipatinya ialah KEDAH merupakan negeri yang menerima pelaburan asing yang tertinggi di Malaysia, lebih kurang RM1.5 billion.


Patutlah pun, dalam banyak-banyak kawasan industri di Malaysia ini, baru-baru ini kawan-kawan di sektor industri dok habag ada sebuah Stesen TV Antarabangsa memilih KHTP untuk membuat penggambaran berkaitan kawasan-kawasan industri yang berdaya maju di benua sebelah sini (potential investment zone for foreign investors).

Bila dokumentari itu dibawa balik dan disiarkan di stesen ternama di Negara mereka itu nanti, maka insyaallah akan ada banyak lagi syarikat-syarikat gergasi dari sana akan masuk mai melabur ke sini; dan kesan jangka panjangnya insyaallah akan dapat membantu mewujudkan peluang pekerjaan untuk adik-adik dan juga anak-anak kita yang sedang berada di bangku sekolah ketika ini.

Mungkin ini semua lahirnya atas keikhlasan sahabat-sahabat saya tadi itu, yang mengenepikan kepentingan periuk nasi depa, sanggup berkongsi ilmu dan pengalaman mereka di sektor industri, terjun bersama-sama membantu kerajaan negeri bagi mempastikan pelabur-pelabur asing dan peluang pekerjaan terus wujud dan berkembang maju di negeri Kedah ini.

Untuk itu, suka ka tak suka ka, apa pun pegangan politik kita, dalam hal ini kita sewajarnya ucapkan tahniah khususnya untuk bekas-bekas pekerja kilang seperti sahabat-sahabat saya ini yang melakukan semua ini untuk kepentingan kita bersama. Dan, tahniah juga diucapkan kepada kerajaan Negeri.

Kekalkan keikhlasan yang ada, insyaallah Tuhan akan bersama-sama kita.

sekian
Moniermatdin@yahoo.com
30.9.10
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com/


Sumber statistik: MIDA

Tiada ulasan: