Sabtu, 2 Oktober 2010

Pulakdah!

Pulakdah!


Isteri Lee Kuan Yew Meninggal Dunia

Posted: 02 Oct 2010 05:27 AM PDT

Puan Kwa Geok Choo


SINGAPURA 2 Okt. – Kerajaan Singapura menyatakan isteri kepada Perdana Menteri pertama negara ini yang juga ibu kepada Perdana Menteri sekarang, Kwa Geok Choo telah meninggal dunia hari ini.

Geok Choo, 89, mengalami serangan strok pada 2008 yang menyebabkannya terlantar di atas katil dan tidak mampu bercakap sejak daripada itu.

Dia meninggalkan suaminya, Lee Kuan Yew, dua anak lelaki iaitu Lee Hsien Loong dan Lee Hsien Yang serta anak perempuan, Lee Wei Ling.


Sumber : AP


thanks1

Tragedi Pelantar Runtuh

Posted: 02 Oct 2010 05:19 AM PDT

GEORGE TOWN, 2 Okt. -- Pelantar konkrit yang dibina untuk mendirikan sebuah pasaraya di Tanjung Tokong runtuh mengakibatkan seorang pekerja Indonesia maut manakala dua pekerja Bangladesh cedera, malam tadi


Seorang pekerja Bangladesh, Mohd Rubel, 30, cedera parah di bahagian belakang leher, bahu dan kaki akibat pelantar konkrit di tapak pembinaan runtuh di Tanjung Tokong dibawa ke Hospital Besar Pulau Pinang malam tadi.

Manakala seorang rakannya yang berasal dari Indonesia, Sardi, 47, maut dan seorang lagi rakannya berasal dari Bangladesh juga cedera dalam kejadian tersebut. Pada pukul 9.45 malam tadi, ketiga-tiga mereka sedang memasukkan simen ke dalam pelantar untuk membina sebuah pasaraya di kawasan berkenaan, tiba-tiba pelantar berkenaan runtuh menyebabkan seorang maut dan dua cedera.


Sumber : Bernama


thanks1

Zaid Perkenal Manifesto Untuk Reformasi

Posted: 01 Oct 2010 06:20 PM PDT


PETALING JAYA: Calon timbalan presiden PKR Zaid Ibrahim hari ini memperkenalkan "manifesto" yang mana menonjolkan agenda pembaharuan yang dicadangkannya untuk parti jika dia terpilih untuk jawatan itu bulan depan.

Antara cadangan-cadangannya ialah merekrut lebih ramai ahli, merapatkan parti kepada reformis , memperkasakan cabang-cabang dan mengukuhkan kedudukan PKR di dalam Pakatan Rakyat.

Zaid berkata dia akan membawa parti itu menjadi sebuah parli yang berjuang untuk semua bangsa, sambil menambah akan menumpukan membawa parti terus kehadapan.

Katanya dia tidak mahu menjadi seperti pemimpin-pemimpin lain yang dibebankan dengan masalah peribadi atau politik yang boleh menghalang mereka menjadikan parti kuat.

Zaid menulis di dalam blognya, mengaku yang dia berhadapan tentangan dari beberapa pemimpin-pemimpin kanan parti yang menolak wawasannya untuk parti itu atas pelbagai sebab.

"Tetapi ini tidak penting... Saya tahu orang ramai dan ahli-ahli parti cukup matang untuk mengukur dan nilai setiap pemimpin. Saya menyerahkannya kepada ahli untuk menilai pembaharuan-pembaharuan yang saya cadangkan," katanya.

Zaid telah diserang bertubi-tubi daripada beberapa pemimpin parti kerana bercakap kepada media utama berkaitan agendanya terhadap parti. Pengkritik-pengkritiknya menuduhnya telah mencemarkan reputasi parti kerana secara terbuka mempesoalkan kepimpinan partinya.

Tindakan terhadap 'kenyataan permusuhan'

Dalam satu tindakan yang pasti menimbulkan kemarahan penyokong-penyokong Zaid, FMT mendapati hari ini pimpinan parti telah mengarahkan jawatankuasa pemilihannya untuk bertindak terhadap mana-mana calon yang membuat kenyataan yang boleh mencemarkan imej parti.

Sumber-sumber berkata keputusan telah dibuat walaupun ada bantahan daripada jawatankuasa pemilihan sendiri.

Semalam biro politik parti sudahpun mengarahkan jawatankuasa pemilihan untuk menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana ahli yang telah menyebabkan kekecohan dalam pemilihan peringkat bahagian.

Biro juga telah memberikan kuasa kepada jawatankuasa itu untuk melihat kejadian dimana calon-calon dan ahli-ahli yang mengkritik parti itu atau pemimpin berikutan kekalahan mereka dalam pemilihan itu.

Keputusan untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin yang membuat "kenyataan-kenyataan permusuhan" hanya akan menyebabkan penyokong Zaid bertambah yakin bahawa pimpinan parti akan melakukan apa sahaja demi memastikan Zaid dikalahkan oleh Azmin Ali bagi jawatan timbalan.

Esok akan menyaksikan pusingan akhir pemilihan bahagian dan pencalonan untuk jawatan-jawatan tertinggi. Pada masa ini, Azmin mengetuai persaingan dengan 90 pencalonan berbanding Zaid 33. Seorang lagi calon, Mustaffa Kamil Ayub, mendapat 16 pencalonan. Zaid juga mendapat dua pencalonan untuk jawatan presiden.



Terjemahan artikel : Zaid unveils manifesto for reforms


Jika anda minat artikel ini :
thanks1

Tiada ulasan: