Sabtu, 2 Oktober 2010

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


kerajaan pusat haramjadah....tolong dedahkan jumlah cukai dosa yang kamu sapu....!!!!

Posted: 02 Oct 2010 09:50 AM PDT

Kerajaan pusat di cabar mendedahkan kepada umum jumlah kutipan wang cukai dosa sejak memerintah negara sepanjang lima dekad lalu ekoran tindakan Umno Pulau Pinang mempertikaikan 'kesucian' wang ihsan RM100.

Kerajaan wajib mendedahkan kepada rakyat negara ini supaya perbezaan antara wang dari cukai dosa seperti pungutan dari sumber judi, arak, cukai rumah urut da pusat hiburan dapat diketahui.

Tolong hebahkan melalui media massa termasuk media milik BN bahawa sehingga tahun 2010 berapa pungutan dari Toto, Magnum, Kelab Lumba Kuda, Carlsberg serta rumah-rumah urut yang bertaburan dalam negara telah mereka kutip.

Ke manakah hasilnya jika bukan disatukan sebagai dana disatukan.

Dari hasil penyatuan inilah gaji kepada kakitangan awam turut dimanfaatkan.

Oleh kerana itu, sepatutnya Umno dan BN jangan memainkan isu sumber judi yang boleh memudaratkan mereka sendiri.

Tindakan Umno Pulau Pinang yang menimbulkan isu sumber judi di Pulau Pinang bagi membuktikan kepada rakyat kononnya kerajaan negeri tidak layak untuk memerintah.

Umno di Pulau Pinang sepatutnya sedar, kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan apa-apa lesen judi.

Kerajaan pusat yang mereka pimpinlah yang telah meluluskan lesen judi kepada Sports Toto, Magnum Corporation, Genting Berhad, agensi empat nombor ekor serta kilang-kilang yang mengeluarkan arak, pusat penjualan arak dan sebagainya,.

Seandainya isu ini terus dipermainkan oleh Umno dan BN, kita yakin ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada kerajaan Pakatan Rakyat (PR), sebaliknya "tamparan seperti meludah ke langit akan mengenai batang hidung mereka sendiri."

Tiada perbezaan antara wang 'sin tax' yang dipungut oleh kerajaan pusat yang disatukan dengan pendapatan yang diterima oleh mana-mana kerajaan negeri sekiranya ia tidak diasingkan.

Dalam konteks kerajaan negeri Pulau Pinang, mereka telah menyatakan terdapat lebihan dari peruntukan sebanyak RM20 juta bagi program penghargaan warga emas.

Hanya RM10.7 juta yang telah digunakan. Lebihan sebanyak RM9.3 juta lagi masih ada hasil dari sistem cekap, akauntabiliti dan telus yang dilaksanakan.

Usaha yang diambil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN kerusi Penaga, Datuk Azhar Ibrahim baru-baru ini supaya warga emas memulangkan wang penghargaan sebanyak RM100 yang diterima daripada kerajaan negeri juga tidak akan berjaya mempengaruhi majoriti masyarakat Melayu.

Kita tidak menafikan kemungkinan sebilangan warga emas yang telah dibawa ke Pusat Khidmat ADUN Penaga dalam program mengembalikan wang tersebut adalah warga emas yang tidak mendaftar dengan kerajaan negeri atau pun telah diperdayakan bagi retorik politik Umno dan BN.

Baru-baru ini isu wang dari sumber judi yang dislaurkan kepada warga emas dan program miskin tegar telah ditimbulkan oleh Umno Pulau Pinang.

Ketua Pemuda Umno Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Marican Naina Marican telah meminta Ketua Menteri menjelaskan dakwaan yang telah dibuat oleh sebuah blog.

Ketua Menteri turut menafikan dakwaan yang disifatkan sebagai fitnah dan bohong oleh Umno dan BN di Pulau Pinang bagi meraih sokongan masyarakat terhadap mereka.

Ketua Menteri Lim Guan Eng sekali lagi menafikan dakwaan terbaru Reezal bahawa kerajaan negeri menggunakan sumber yang haram bagi program miskin tegar pula.

Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malik Abul Kassim juga telah menegaskan dakwaan bahawa wang dari Kelab Lumba Kuda sebanyak RM500,000 digunakan bagi program miskin tegar termasuk masyarakat Islam adalah satu pembohongan.

Sekretariat Pemuda PR sekali lagi telah mengeluarkan kenyataan supaya kesemua 11 ADUN Umno di Pulau Pinang mengembalikan gaji dan elaun yang mereka terima sebelum ini sekiranya mendakwa sumber yang mereka terima itu adalah dari punca yang haram

SEEKOR LAGI CILANAT BELAAN UMNO NAK TUNJUK BAGUS PERANGAI....PULANGKAN RM 1OOO KUNUNNYA 'WANG HARAM'....!!!!

Posted: 02 Oct 2010 09:43 AM PDT



Ismail Mohd Ali - pembantu khas kepada ahli parlimen bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang keluar PKR Februari lalu - hari ini memulangkan wang ehsan RM1,000 sumbangan kerajaan negeri Pulau Pinang di atas kematian ibunya.

Ismail (kanan) berkata beliau memutuskan untuk memulangkan wang tersebut selepas berbincang dengan ahli keluarga ekoran laporan bahawa wang itu dipercayai dari sumber judi.

Ismail menerima sumbangan itu melalui program kebajikan warga emas kerajaan negeri pada bulan Ogos ketika ibunya meninggal dunia pada bulan Julai ketika berusia 82 tahun.

"Saya tidak mahu atau memerlukan wang ini. Biarkan ia dibelanjakan untuk orang miskin," katanya dalam sidang akhbar Umno bahagian di Bayan Baru untuk kira-kira 50 warga emas yang mahu memulangkan wang ehsan yang diterima dari kerajaan negeri.

Ismail, yang mendakwa beliau bukan ahli Umno, dan hadir di sidang akhbar itu atas kapasiti peribadi, menggesa Exco kerajaan negeri Pulau Pinang yang bertanggungjawab terhadap halehwal agama, Abdul Malik Abdul Kassim supaya jangan "bermain politik" dengan isu tersebut.

"Haram adalah haram. Abdul Malik tidak layak menjadi exco untuk halehwal agama," katanya.

Ini adalah kali kedua majlis seumpama itu diadakan untuk warga emas berhimpun bagi memulangkan wang ehsan sumbangan kerajaan negeri.

di rasuk CILANAT UMNO KEPARAT DAN PUKIMAK.....70 lagi warga emas pulang semula wang ehsan

Posted: 02 Oct 2010 09:38 AM PDT

Seramai 70 lagi warga emas dari Bayan Baru di sini telah memutuskan untuk memulangkan semula wang ehsan RM100 yang diterima dari kerajaan negeri selepas curiga dengan sumber wang yang mungkin datang dari kegiatan perjudian, lapor Bernama.

Habsah Said, 81, dari Permatang Damar Laut, berkata beliau kecewa dan terkejut apabila mendapat tahu bahawa program menghargai warga emas anjuran kerajaan negeri itu diperoleh daripada kegiatan Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.

"Bagi orang Islam, kami tidak dibenarkan menerima wang daripada sumber yang dilarang dan ia dianggap sebagai "duit haram" yang mana kami buat keputusan untuk memulangkannya semula," katanya pada satu sidang akhbar yang dibuat oleh Ketua Umno Bahagian Bayan Baru Datuk Abdul Rahim Saibu di George Town, hari ini.

Katanya beliau menerima wang itu sebelum ini kerana berpendapat ia sebahagian daripada usaha kerajaan negeri bagi menghargai golongan warga emas.

Seorang lagi warga emas Zainab Abu Bakar, 67, dari Kampung Melayu, berkata beliau memutuskan untuk memulangkan wang itu kepada kerajaan negeri secara sukarela.

"Saya tak boleh terima wang itu kerana ia diperoleh daripada kegiatan perjudian dan kerana itu ia dianggap duit haram," katanya.

Sebelum ini, kira-kira 50 warga emas memilih untuk memberikan wang itu kepada Umno Bayan Baru sebelum ini untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri manakala 20 lagi hadir pada hari ini untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, Abdul Rahim mahu Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Abdul Malik Abdul Kassim supaya meletak jawatannya, atas kegagalan memaklumkan orang ramai sebelum mengagihkan dana itu.

"Sebagai Exco Agama, Abdul Malik gagal menunaikan tanggungjawabnya dan oleh itu beliau perlu meletakkan jawatan," katanya sambil menambah bahawa Umno Pulau Pinang akan mengembalikan wang itu secara rasmi kepada kerajaan negeri tidak lama lagi.

Khamis lepas, sembilan warga emas dari Bertam dan Pinang Tunggal di Seberang Perai memulangkan semula wang RM100 kepada kerajaan negeri selepas mendapati bahawa wang itu diperoleh dari sumber haram.

Baru-baru ini, Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dipetik sebagai berkata bahawa beliau menerima menerima sepucuk surat yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri dan dialamatkan kepada seorang pegawai kelab itu yang memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah menerima RM500,000 baki daripada sumbangan daripada kelab itu.

Pengundi Pulau Pinang yang berumur 60 tahun ke atas yang telah mendaftar dalam program itu layak mendapat bantuan RM100 setahun manakala waris mereka akan menerima RM1,000 selepas kematian mereka.

- Bernama

kalau taraf ADUN di rasuah RM 5 Juta...tentulah taraf ahli parlimen di tawar berkali ganda

Posted: 02 Oct 2010 09:34 AM PDT



MENURUT Raja Petra Kamaruddin dari kertas siasatan oleh SPRM terhadap Adun Kulim, Lim Soo Nee didapati Adun berkenaan mengesahkan dia ditawarkan RM5 juta agar meninggalkan parti. Tawaran itu dibuat oleh bekas MB Kedah Mahadzir Khalid.

Kertas siasatan SPRM itu adalah sumber yang sah dan tidak boleh dipertikaikan. Sekiranya kertas itu benar seperti mana didedahkan ini bermakna memang ada usur rasuah berlaku di Kedah. Kalau dakwaan Adun berkenaan bohong dia boleh dikenakan tindakan.

Persoalan yang bermain di kepala hari ini, kalau Adun dirasuah sebanyak RM5 juta, berapa pula nilai rasuah yang diterima oleh Ahli Parlimen? Di negeri Utara itu ada ahli parlimen yang belut dan meninggalkan parti. Apakah ahli parlimen berkenaan telah menerima rasuah yang menyebabkan beliau sedia mengkhianati parti? Ataupun tindakan beliau itu ikhlas bukan kerana menerima sebarang upahan?

Kita  sekalian dapat menilai hakikat ini sebaik mungkin. Sifir atau fromula yang boleh diberikan begini; seseorang itu tergila nak jadi wakil rakyat kerana hendakkan kedudukan. Di samping itu mahukan elaun kalau parlimen sekitar RM7 ribu hingga RM13 sebulah dan kalau Adun sekitar RM3 ribu hingga RM5 ribu sebulan.

Jadi kalau ada orang tawar RM5 juta atau memberi satu 'kelegaan' yang sangat didambakan kenapa beliau tidak perlu mengambilnya? Bukankah dengan wang itu dia boleh hidup senang, beli ubat kencing manis ataupun melawat Eropah dua kali setahun. Beli motosikal besar dan mengendung si janda yang asal Temerloh Pahang. (Up nak tahu cerita lanjut sila hubungan MP Indra Mahkota, Azan Ismail dan lawyer Md Radzi Mustafa).

Tentu sekali dia mahu. Jadi dakwaan Anwar Ibrahim sebelum ini kononnya ada wakil rakyat yang lompat parti kerana dibayar jutaan ringgit adalah benar bukan gurauan. Pendedahan dibuat Raja Petra itu adalah bukti jelas. Dan kalau perlu isu ini perlu dibongkar seluas-luasnya


mso

CILANAT PUNYA SI SEMBAB BELUM JADI PERANA MENTERI SUDAH MENIPU RAKYAT MALAYSIA ...!!!!

Posted: 01 Oct 2010 10:20 PM PDT

KUALA LUMPUR 1 OKT: Ketika pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) beriya-iya mencanang persetujuan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya Umno-BN Bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Ahli Parlimen Gua Musang itu menafikannya.

Malah, sehari selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan persetujuan Tengku Razaleigh menyandang jawatan itu, Timbalan Presiden Umno turut mencadangkan beliau sebagai calon DUN Galas.

"Rakan, rakan, saya tidak berkata ya ataupun tidak. Saya akan menjelaskan berhubung Galas apabila saya pulang ke Malaysia," katanya pada jam 6.35 waktu tempatan.

Kenyataan ringkas itu adalah reaksi sulung Tengku Razaleigh yang kini berada di luar negara kerana melawat Queen's University di Belfast, Ireland, terhadap pelantikan kontroversi itu.

Rentetan paparan twitter itu, bekas Presiden Semangat 46 yang dijadual pulang 9 Oktober ini, mendapat reaksi pengikut twitter yang bertanya: "Harap maaf Tengku, tetapi kenapa TPM asyik berkata bahawa anda telah persetujui? Bukan sekali tetapi hampir setiap hari."

Tanpa memberi sebarang kata putus, Teng Razaleigh hanya berkata: "Itu, kita kena tanya beliau. Saya setakat ini belum membuat sebarang kenyataan.

Kasihan, Melayu Miskin dan Bodoh.....!

Posted: 01 Oct 2010 10:10 PM PDT

Kadang - kadang bila terlihatkan benda - benda macam ni kita pun boleh terfikir kenapa begitu susah jadi orang melayu ni. Segala benda mesti di kelentong dan segala hal "mesti" ikut kelentong .Bila jadi melayu kena ikut kata UMNO,bila jadi melayu kena ikut kelentong UMNO.Cukup kesian kita bila lihat melayu menjadi sebegini rupa bukan bukan kerana miskin harta tapi terlalu miskin minda

Dalam program - program TV3 suku yang yang sering di laporkan juga adalah mengenai kemiskinan orang melayu,kedaifan orang melayu yang sering akan kita ambil simpati akan keadaan itu.Kadang kala kita terfikir mengapa melayu?

Keruntuhan Moral seperti Buang anak,Seks bebas,Sumbang mahram dan penagihan dadah yang banyak di "highlight" kan adalah datangnya dari orang melayu sedangkan bangsa - bangsa lain seperti Cina dan India agak kurang di babitkan dengan Kes - kes Ini tapi mengapa melayu?

Esok kita akan tonton lagi episod - episod "kedaifan" melayu ini di kaca - kaca TV milik Media tukang - tukang canang UMNO dan Barisan Nasional hampir keseluruhannya di paparkan tentang kemiskinan orang melayu.

Hari demi hari ada yang tertanya - tanya mengapa melayu miskin?

Tetapi pada hari ni jelas di depan mata akhirnya terserlah jawapan mengapa melayu itu terus miskin,Melayu miskin bukan kerana Kerajaan tak bantu tapi melayu miskin kerana fikrah dan pemikirannya di relakan untuk terus bergelumang dalam pembodohan.

Pernah di ungkapkan oleh Usman Awang yang melayu itu setia tanpa sempadan biarpun terpaksa setia kepada pembodohan yang tidak bersempadan.Kesian melayu! Pemikiran bangsa telah di "bonsai"kan selama 52 tahun UMNO mencengkam kan kuku regimnya.

Kasihan makcik - makcik tua,yang dah tak larat mengangkat kerusi atau meja lebih rela membiarkan perut mereka kosong semata - mata mahu menumpahkan taat setia kepada UMNO.Mungkin bila dah tua sebegini otak yang beku dan likat amat sukar unuk berfikir.

Kalau dahulu bila susah minta tolong dengan masyarakat,merayu bantuan pada kerajaaan,tapi hari ini hanya kerana di kelentongkan sanggup mereka pulangkan semula bantuan yang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membela nasib mereka.

Kalau dahulu mereka kata Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah meminggirkan orang melayu tetapi hari ni di Pinang Pinang, siapa yang paling ramai dapat peluang - peluang perniagaan hasil dari amalan pemberian kontrak dan tender secara terbuka? yang pasti nya orang melayu!

Dan hari ini wang bantuan yang di salurkan pada Orang Melayu kini di kaitkan pula dengan hasil judi.Oleh kerana itu wang itu di pulangkan semula,agaknya di manakah letaknya pemikiran orang melayu sampai sebegitu sekali ianya di bodohkan.

Selama ini sumber - sumber keuntungan negara dari Syarikat genting highland yang membayar cukai pada kerajaan malaysia dengan hasil perniagaan CASINO.Syarikat Magnum pula di sertai oleh beberapa orang penting dalam politik melayu.Vincent Tan pula adalah tauke judi yang terkenal turut menjadi aset kerajaan UMNO yang paling berguna.

Tapi tak berapa bulan yang lalu di kala Piala Dunia Afrika membuka tirai gelanggang buat seluruh jaguh Dunia Manakala KerajaanUMNO dan Barisan Nasional menjadi jaguh dan juara dalam memberikan lesen Judi piala dunia kepada sahabat judinya iaitu Vincent Tan.

Manakala Vincent Tan pula tanpa segan silu pula mengakui yang dia akan mendermakan Wang hasil judi itu kepada Badan - badan kebajikan namun tak kedengaran atau terlihat akan kita yang orang melayu akan keluar beramai - ramai dan memulang wang bantuan kebajikan masyarakat kerana di situ jelas mereka saksikan wang itu adalah hasil dari cukai yang di pungut dari perniagaan Judi Vincent Tan dan Lim Goh Tong.

Masih lagi teringat kira - kira 3 tahun lepas setelah Barisan Alternatif dan selepas itu di kenali sebagai pakatan rakyat berjaya menakluki Selangor.Sebaik sahaja memegang tampuk pentadbiran Kerajaan Negeri selangor terus umumkan pemberian 20 meter padu air percuma kepada rakyat negeri selangor.

Tak hairan lah sampai ke tahap itu pun ada orang melayu yang masih enggan menerima air percuma pemberian kerajaan.Tapi andai difikir - fikirakan keadaan dan fikrah pemikiran melayu yang lama ini akan terbit lah rasa Kasihan...Kasihan bukan kerana melayu itu Miskin tapi Kasihan kerana Melayu itu Bodoh


lss

alahai UMNO haprak dan haramjadah...utusan penjilat juboq mu pun tak terjaga...nak jaga melayu 1 malaysia pulak.....poodaaahhh...!!!!

Posted: 01 Oct 2010 10:07 PM PDT



Wartawan Utusan juga merupakan manusia. Mempunyai hati dan perasaan.

Biarpun pihak editorialnya selalu membelasah musuh mereka tanpa fakta dan bukti yang nyata, difahamkan wartawaan biasanya tidak sehaluan dengan ketua mereka itu.

Kata Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ), Hata Wahari yang juga merupakan wartawan senior di media tersebut, "Kita lihat Utusan ini milik Umno, tetapi saya tengok tak ada pun Umno jaga (kebajikan) kita. Kita berlari memperjuangkan hak sendiri."

Malu pun ada. Geram pun ada. Utusan nak memperjuangkan hak Melayu.

Melayu yang diketuai oleh UMNO.

Sudahlah UMNO ! Utusan pun tak boleh jaga, nak jaga Melayu dan Malaysia. Carilah lagi khazanah negara untuk memenuhkan tembolok sendiri, anak isteri dan kroni. Jagalah tembolok itu selagi Melayu belum sedar.

Melayu diperbodohkan selama 53 tahun.

aku dah cakap sebelum ini...bila nak PRK aje...pasti ada berita berita temberang camnie....wooiiii..mangkuk tepen...tak kebulog aku tak pangkah UMNO/BN tau...!!!

Posted: 01 Oct 2010 10:02 PM PDT

Hampir separuh daripada kepimpinan PAS kawasan Pendang meletak jawatan..!!

Hampir separuh daripada kepimpinan Pas kawasan Pendang meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Kerajaan Negeri yang dikatakan gagal menyelesaikan beberapa masalah atau cadangan yang diketengahkan sebelum ini.

Sumber-sumber memberitahu Sinar Harian, tindakan itu diambil sebagai menyatakan bantahan kerana suara akar umbi tidak didengar oleh pihak atasan parti yang kini mentadbir negeri dengan tujuan memperkemaskan dan memantapkan jentera pentadbiran.

Menurutnya, pengumuman peletakan jawatan itu dipercayai dilakukan pada 27 September lalu dan suratnya diserahkan kepada Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Pendang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tokai, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul kelmarin.

"Ahli jawatankuasa yang terlibat mengumumkan meletak jawatan dalam satu mesyuarat yang diadakan di Pejabat Pas Pendang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran kepimpinan negeri.

"Isu ini sudah menjadi heboh dalam kalangan ahli parti dan penduduk di sekitar Pendang," katanya.

Sumber itu berkata AJK yang terlibat bertindak sedemikian selepas berjumpa dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dikatakan gagal menyelesaikan masalah yang diutarakan oleh mereka. .

"Mereka ada meminta Kerajaan Negeri memperbetulkan pentadbirannya kerana perjalanannya sekarang ini tidak mencapai matlamat yang diidamkan oleh kebanyakan pemimpin Pas di peringkat kawasan," katanya.

Usaha Sinar Harian untuk mendapat ulasan daripada Taulan gagal kerana telefon bimbitnya ditutup manakala pegawai di pusat khidmatnya 'tutup mulut' mengenai pergerakan atau aktiviti yang dihadiri pemimpin berkenaan.

Bagaimanapun, Sinar Harian berjaya mendapatkan Bendahari Pas Pendang, Datuk Mohd Hayati Othman yang juga Ahli Parlimen Pendang yang mengesahkan peletakan jawatan itu melibatkan 15 daripada 30 AJK kawasan.

"Mereka menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai AJK itu bermula dari 27 September sehingga semalam (kelmarin) kepada Datuk Taulan.

"Antara yang meletak jawatan terdiri ialah Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua, Setiausaha, Ketua Penerangan dan AJK lain," katanya.

Sehingga kini, beliau dan Taulan belum mengetahui atau dapat mengesahkan punca peletakan jawatan itu kerana tidak menyatakan sebab mereka berbuat demikian.

Mohd Hayati juga juga menafikan peletakan jawatan itu berpunca daripada perasaan tidak puas hati terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri seperti yang didakwa beberapa pihak.

"Sehingga kini, saya belum mengetahui punca mereka bertindak sedemikian kerana gagal menghubungi mereka untuk mendapat penjelasan lanjut.

"Beberapa kali saya menghubungi mereka namun gagal dan dimaklumkan mereka tidak berada dalam kawasan dan kemungkinan ingin berehat selepas meletak jawatan," katanya

Sehubungan itu, beliau akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat membincangkan isu itu. Pada masa ini, seorang pegawai ditugaskan di pejabat Pas untuk mengendalikan urusan orang ramai.

"Kami akan mengaturkan satu pertemuan dengan semua AJK yang meletakkan jawatan untuk mendapatkan gambaran sebenar. Mengikut perlembagaan Pas, mana-mana AJK yang ingin meletakkan jawatan perlu mendapat kelulusan dalam mesyuarat terlebih dahulu.

"Bagaimanapun, peletakan jawatan itu tidak akan menjejaskan Pas Pendang atau mana-mana cawangan kerana ia biasa dalam parti. Perkara ini pernah berlaku sekitar 1980-an apabila kesemua AJK mengundurkan diri dan parti terus bergerak seperti biasa," katanya

dulu kini dan selamanya bukti UMNOngok Yahudi sedekah juga guna duit haram judi!!

Posted: 01 Oct 2010 09:56 PM PDT

beberapa bukti bahawa UMNGOK dan Be End memang pemurah! Suka menderma kepada rakyat yang susah, anak yatim, ibu tunggal, dan bla bla bla. UMNGOK Be End ada funder besar untuk menabur budi kepada rakyat! Argh malaslah nak cerita, korang tengok sendirilah...

PERTAMA Zaman CHE DET



KEDUA ZAMAN PAKLAH



KETIGA ZAMAN NAJIB



SPORT TOTO dan STAFF derma pada anak yatim

Bukti nyata UMNO tolak pendidikan dan perundangan Islam...Pendidikan seks diperluaskan

Posted: 01 Oct 2010 04:33 PM PDT



Kerajaan masih mempertimbangkan bagi menggabungkan pendidikan seks ke dalam sistem kebangsaan sekolah, kata Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Ini satu daripada inisiatif (bagi menghalang gejala pembuangan bayi) bagi memberi pemahaman yang menyeluruh berhubung kesihatan reproduktif di peringkat sekolah," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Sosial Kebangsaan di Putrajaya hari ini.

Muhyiddin, yang juga timbalan perdana menteri berkata pendidikan seks di sekolah yang dianggap sebagai satu inisiatif jangka pendek dan panjang dalam memberikan kefahaman lebih tepat di kalangan generasi muda terutama di peringkat sekolah.

"Kita telah membentuk jawatankuasa teknikal yang sedang mengkaji perkara ini dan akan menentukan cara terbaik memperluaskan program ini pada peringkat nasional.

"Projek perintis sudah dimulakan di antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama Kementerian Pelajaran dan hasilnya nampak amat memberangsangkan," katanya.

Mesyuarat Majlis Sosial Negara hari ini juga memutuskan bahawa pendekatan lebih holistik perlu dalam usaha untuk menangani masalah pembuangan bayi.

Menurut Muhyiddin, mesyuarat juga bersetuju supaya pelan tindakan yang lebih komprehensif akan dilaksanakan secara bersepadu antara kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

"Institusi penting keluarga dan masyarakat juga perlu diperkukuhkan untuk menerapkan nilai murni dan etika serta kefahaman dalam pendidikan agama supaya dapat membantu masalah itu dalam jangka masa panjang," katanya.

malaysiakini

Tiada ulasan: